Anda di halaman 1dari 25

 Shamsul Iezuddin Ismail 208340

 Nik Syukri Nik Ali 208476


 Che Mat Jusoh 208466
 Hamidi Hamid 208428
 Che Zulaimi Che Yusof 208353
 Khairul Azri Ghazali 208357
 Mohd Zailani Sapiai 208465
 M. Falusi Abdullah 208418
 M. Yusran A. Rahman 208422
 Rosdi Tahir 208311
 Sekolah merupakan sebuah institusi sosial
yang memainkan peranan yang amat penting
dalam merubahkehidupan masyarakat.

 Sekolah adalah pengubah minda dan


sekolah adalah penentu kepada budaya dan
pembangunan sesebuah negara.
 Budaya secara ringkasnya merujuk kepada
ciri-ciri dan hasilan tingkah laku yang
dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada
persekitaran sosialnya

 Tylor (1871) menyatakan budaya sebagai


“keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,
undang-undang, adat dan sebarang bentuk
keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh
seseorang sebagai ahli masyarakat”.
 Budaya merupakan apa yang terkandung dalam
diri individu hasil daripada pengalaman
interaksi sosial dengan masyarakat di
sekeliling kita.

 Menurut T.Marimuthu (1990) budaya sekolah


terdiri daripada “… nilai-nilai, kepercayaan,
pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan
tingkah laku yang semuanya berbeza daripada
institusi
sosial yang lain”.
 Sekolah mempunyai suatu budaya yang
tersendiri yang sememangnya berbeza
daripada budaya institusi yang lain.

 Sekolah merupakan sebuah institusi sosial


yang wujud dengan adanya para guru dan
pelajar. Guru dan pelajar berinteraksi dalam
menyampai, menyumbang dan menimba ilmu
pengetahuan. Proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut telah melahirkan
suatu budaya sekolah.
 Dalam erti kata lain, budaya sekolah
sebahagian besarnya adalah hasil daripada
interaksi diantara guru-guru dan pelajar-
pelajarnya.
 Budaya sekolah selalunya kekal untuk satu
tempoh yang tertentu.Budaya sekolah
biasanya wujud melalui lima faktor:

 Faktor pertama
Faktor pertama yang mempengaruhi
kewujudan budaya sekolah ialah sekolah
sebagai sebuah institusi formal, sekolah
mewujudkan objektif dan peringkat tingkah
laku tertentu di kalangan pelajar mengikut
rangkaian peraturan dan undang-undang.
 Faktor kedua:
Sekolah merupakan sebuah organisasi
berdasarkan waktu . Sekolah bermula
dan tamat pada waktu yang telah
ditetapkan . Oleh sebab itu pelajar yang
datang lewat akan dikenakan tindakan
disiplin atau didenda
 Faktor Ketiga:
Sekolah juga merupakan institusi yang digred
mengikut umur pelajar. Pelajar diasingkan
mengikut umur dan sesetengahnya mengikut
kebolehan dan keupayaan. Pelajar yang lebih
umur tidak dibenarkan mengulang kelas. Di
negara kita, seseorang pelajar hanya
dibenarkan mengulang sekali sahaja dalam
tempoh sembilan tahun persekolahan.
 Faktor Keempat:
Upacara dan keramaian yang diadakan di
sekolah seperti perhimpunan sekolah, upacara
menaikkan bendera dan menyanyi lagu
kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah
memberi pelbagai makna atau simbol kepada
pelajar. Upacara lain ialah seperti hari ucapan
dan penyampaian hadiah, hari sukan tahunan,
pameran tahunan, lumba jalan kaki, pesta dan
persembahan pentas.
 Semua upacara dan perayaan ini
mengembangkan budaya sekolah yang
membawa kepada stabiliti sekolah sebagai
sebuah sistem sosial. Perkara lain yang
telah menjadi simbol atau lambang budaya
sekolah ialah seperti pakaian seragam
sekolah, lencana, tali leher, warna sekolah
dan sebagainya
 Faktor kelima
Dalam konteks yang lebih luas, budaya
sekolah ditentukan oleh matlamat institusi
berkenaan. Matlamat pendidikan ialah
pemindahan budaya, sosialisasi golongan
muda, menyerapkan pengetahuan dan
kemahiran serta mengembangkan
kebolehan pelajar.
 Sekiranya sekolah hanya memberikan
perhatian kepada pemindahan pengetahuan
dan kemahiran dengan tujuan lulus dalam
peperiksaan, akan wujudlah subbudayanya
yang berorientasikan akademik. Sebahagian
besar sekolah di negara kita mempunyai
budaya akademik yang amat kuat di samping
subbudaya yang lain seperti olahraga, sukan,
permainan dan persatuan.
 Tiga jenis budaya yang menunjukkan corak
kehidupan dalam budaya sekolah ialah :
a) Budaya Instrumental
b) Budaya Ekspresif
c) Budaya Moral
 Budaya Instrumental
Tujuannya ialah pengumpulan
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
diperlukan untuk lulus di dalam
peperiksaan di samping menghasilkan
pelajar dan warganegara yang baik dan
sempurna. Dalam erti kata yang lain
ialah, budaya ini mengutamakan
matlamat masa hadapan para pelajar.

Budaya Ekspresif:
 Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak
kreatif dan seni para pelajar. Aktiviti
diadakan untuk mereka menghilangkan
ketegangan , serta meluahkan tenaga tanpa
sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah.

 Contoh aktiviti ialah seperti menari, melukis,


atau bermain muzik mengikut kecenderungan
dan minat masing-masing. Tidak terdapat
sebarang sekolah di Malaysia yang menekankan
budaya ekspresif ini, tetapi terdapat
beberapa buah sekolah di Britain dan Amerika
Syarikat yang mengamalkannya.
 Budaya Moral:
Tujuannya ialah untuk melahirkan pelajar
bermoral yang berkemampuan membuat
pertimbangan tentang beberapa tindakan
atau tingkah laku yang betul atau salah.
Sekolah menghukum setiap kesalahan dan
memberikan ganjaran seperti hadiah
kepada yang betul atau baik.
 Dahlke(1958)membezakan tiga aspek yang
luas dalam budaya sekolah.Tiga aspek
tersebut ialah:
i) Peralatan (Instrumental)
Dari aspek ini manusia membuat
pilihan terhadap teknik melakukan
sesuatu. Ia adalah alat untuk
memperoleh objektifnya.
ii) Peraturan (Regulative)

 Aspek ini merujuk kepada tindakan


manusia dan penggunaan peralatan
yang tertakluk kepada peraturan dan
undang-undang

 Peraturan sekolah adalah ketentuan


atau garis panduan yang dikenakan
oleh pihak sekolah untuk mewujudkan
disiplin di kalangan pelajar
iii) Arahan (Directive).
- Daripada aspek arahan, para individu
memperoleh nilai-nilai semerta, interpretasi
mereka tentang hidup, dan matlamat yang
mereka kerjakan.

- Budaya sekolah seperti ini telah digunakan


untuk melahirkan pelajar yang berjaya dan
bertingkah laku mulia. Sebenarnya seluruh
budaya sekolah dikuasai oleh nilai domain
sekolah, yang berorientasikan akademik,
sehinggakan murid-murid digolongkan kepada
dua kategori yang luas, iaitu akademik dan
bukan akademik.
 Budaya sekolah terlalu menekankan pencapaian
akademik dan menimbulkan beberapa masalah di
kalangan remaja.
 Masalah remaja dikategorikan ke dalam tiga
golongan:
a) Aktiviti akademik (pencapaian yang tinggi
dan murid yang lembap),
b) Pelanggaran peraturan tatatertib (perosak
akhlak dan pengacau),
c) Masalah emosi ( takut dan menarik diri).
 Budaya sekolah yang formal yang terlalu
berorientasikan akademik:
- Ramai pelajar yang berasal daripada keluarga
yang taraf sosioekonominya rendah tidak
berupaya memenuhi permintaan yang tinggi
daripada budaya akademik ini.
- Seluruh struktur dan organisasi sekolah
dibentuk ke arah membantu pelajar agar
lulus dalam peperiksaan dengan kelulusan
yang baik.
- Pelajar dibahagikan mengikut kebolehan.
Akibatnya pelajar yang lemah diabaikan.
Budaya sekolah yang sihat ialah ciri-ciri budaya
dan sub-budaya yang dapat menyumbangkan
kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah
sebagai institusi pendidikan dengan erti kata
yang sebenarnya, dapat membantu
merealisasikan segala yang tersurat dan yang
tersirat di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai