Anda di halaman 1dari 6

1

MAJLIS UGAMA ISLAM SIMGAPURA


KHUTBAH JUMAAT PADA
14 JUN 2002M / 3 RABIUL AKHIR
CONTOH TAULADAN YANG BAIK

Mauduk khutbah saya kali ini ialah Qudwah Hasanah. Dalam istilah
masa kini, ia boleh disamakan dengan kepimpinan melalui teladan.
Seorang pemimpin Islam, tidak harus hanya bercakap mengenai
keunggulan Islam, tetapi mesti mampu menunjukkannya dengan
contoh-contoh dalam kehidupan hariannya.

Firman Allah:
2

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu


mengatakan apa yang tidak kamu perbuat ?. Amat besar kebencian
di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu
kerjakan”. (As-Shaf: 2-3) .

Dalam erti yang lebih meluas, qudwah hasanah menuntut seseorang,


istimewa bagi yang mengambil tugas kepimpinan, agar menjadikan
dirinya teladan kepada melaksanakan dalam kehidupan sehariannya
seruan-seruan kebaikan yang dia laung-laungkan. Dia harus
bertindak sebaik kebaikan yang dianjurkannya, bukan sebaliknya.
Jika dia menyeru dibasmi korupsi, dia sendiri mesti bersih dari segala
unsur korupsi. Jika dia menganjurkan peningkatan ilmu, dirinya mesti
menjadi teladan sebagai seorang pencinta ilmu. Jika dia memanggil
kepada kemuliaan akhlak, peribadinya sendiri adalah gambaran
akhlak mulia.

Nabi Muhammad s.a.w. ialah contoh terbaik bagi qudwah hasanah.


Apabila isterinya Aesha ditanya mengenai akhlak Nabi, beliau
menjawab: “Akhlak Nabi ialah Al-Quran!”

Maksudnya, keperibadian Nabi, sifat dan sikap baginda, cara baginda


berfikir dan bertindak, kehidupannya, semangat dan perjuangannya –
semuanya berupa natijah yang tumbuh dari asuhan Al-Quran. Apa
yang baginda lakukan adalah melaksanakan anjuran Al-Quran. Apa
yang baginda tinggalkan adalah apa yang dilarang Al-Quran. Baginda
menyampaikan Al-Quran, dan dirinya sendiri menghayati semangat
dan isi Al-Quran. Nilai-nilai abadi yang tumbuh dalam dirinya adalah
hasil asuhan Al-Quran. Jadilah baginda seolah-olah Al-Quran yang
hidup. Itulah yang dimaksudkan Aesha bahawa akhlak Nabi
Muhammad s.a.w. ialah Al-Quran.

Sebagai pemimpin, baginda berada di barisan hadapan dalam


menegakkan kebenaran dan dalam menghadapi tentangan daripada
perjuangannya. Baginda menolak tawaran kemewahan dan
kesenangan hidup, dan bersedia menghadapi pelbagai risiko demi
menegakkan kebenaran.

Meskipun seorang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), Baginda


amat meninggikan kedudukan ilmu. Di akhir Perang Badar, baginda
menawarkan keampunan dan kebebasan kepada setiap tawanan
3

perang yang sempurna mengajarkan bacatulis kepada 10 kanak-


kanak di Madinah. Kata baginda,

Ertinya: “Kelebihan orang berilmu daripada orang abid (yang banyak


ibadahnya), adalah seperti kelebihanku daripada orang yang paling
rendah dari kamu.” (Riwayat Tirmidzi dari Abi Umamah).

Baginda juga paling unggul dalam memberi makna kepada prinsip


persamaan dan persaudaraan. Status seorang hamba seperti Zaid
bin Harithah, diangkat dengan mengistiharkannya sebagai kerabat
Baginda, keturunan bangsawan Quraisy. Ketika sebahagian sahabat
masih taksub kepada sentimen kebangsaan Arab, Baginda
mengistiharkan Salman dari Farsi sebagai kerabatnya, dan sekaligus
melunturkan sentimen sempit tersebut.

Qudwah hasanah juga berlaku dalam kepimpinan para Sahabat.

Sebagai Khalifah, Abu Bakar, yang telah menghabiskan hampir


seluruh hartanya membantu perjuangan Islam, terus hidup
sederhana, dan tidak punya istana.

Umar bin Khattab, yang dengan kehebatan kepimpinannya


membolehkan Islam berkembang ke Syria, Iraq dan Mesir, terus
dengan amalan hariannya yang sederhana baik dari pakaiannya
ataupun makanannya. Ketika jazirah Arab dilanda kebuluran, Umar
langsung tidak makan daging, minyak sapi, ikan atau makanan lazat,
sambil tidak putus-putusa berdoa, “Ya, Allah! Jangan Engkau
hancurkan umat Muhammad dengan dosa-dosaku.” Sifat sederhana
itulah yang membolehkan beliau melihat dan merasakan sendiri
masalah dan kesulitan rakyat, kemudian mengambil langkah-langkah
memberikan bantuan yang diperlukan.

Ketika sedang solat dan didatangi peminta sedekah, Khalifah Ali bin
Abu Talib, tanpa tangguh-tangguh lagi telah memberikan cincin
perak yang dipakainya kepada peminta sedekah tersebut. Itulah cara
4

memberikan makna secara unggul kepada erti kedermawanan dan


kebajikan.

Demikianlah beberapa contoh qudwah hasanah, iaitu berbuat baik


bagi menghidupkan unsur-unsur kebaikan yang dianjurkan, dan tidak
bercanggah antara apa yang diperkatakan dengan yang dikerjakan.
Dengan melaksanakan dalam bentuk amali apa yang diperkatakan,
sesuatu nilai yang baik itu akan lebih mudah difaham. Dan kesannya
akan lebih mendalam. Apa yang dikata, dikota. Yang samar
(abstract) menjadi nyata (concrete). Inilah proses pembelajaran yang
mudah, dan paling berhasil.

Bukan semua orang mudah memaham sesuatu nilai yang unggul dan
murni secara intelektual. Namun, tidak sukar bagi semua orang
memaham makna sesuatu dengan cara melihat dan meniru sesuatu
yang terang dan nyata. Faktor qudwah hasanah yang dipakai dan
dihidupkan oleh para pemimpin Islam di peringkat awal itulah yang
membolehkan semangat dan isi Al-Quran menjadi mudah difaham,
dihayati, dan dikembangkan oleh generasi umat Islam yang mula-
mula.

Sebaliknya, di suasana kepimpinan tidak menghidupkan qudwah


hasanah, sering timbul percanggahan antara aspirasi dengan realiti.
Yang hendak dicapai berlawanan dengan pencapaian sebenarnya.
Suasana begini pasti mengelirukan orang ramai. Orang akan keliru
tentang nilai apakah yang hendak dipegang? Kekeliruan ini menjadi
hambatan kepada usaha-usaha menyemai dan menumbuhkan
unsur-unsur kebaikan dalam kehidupan masyarakat. Firman Allah
S.W.T:

Maksudnya: “Mengapakah kamu menyuruh orang mengerjakan


kebajikan, sedang kamu melupakan diri kamu sendiri, padahal kamu
membaca Kitab. Tidakkah kamu mengerti ?".
5

Bayangkan kesan-kesan negatif jika berlaku keadaan berikut:

Pemimpin yang gigih memajukan amalan demokrasi, enggan


bersikap toleransi kepada pandangan-pandangan yang tidak sehala
atau serasi dengan pandangannya.

Pemimpin yang menyeru berjimat-cermat dalam perbelanjaan agar


mampu menabung untuk membangunkan ekonomi bangsa,
menyampaikan perutusannya itu di sebuah majlis makan malam
yang lumayan di sebuah hotel paling mahal.

Pemimpin yang diberi tanggungjawab membawa perpaduan di


kalangan jemaah, mengamalkan kepimpinan yang menyebabkan
wujud prasangka dan kecenderungan berkelompok-kelompok.

Ataupun, pemimpin yang mendorong rajin membaca, sedangkan diri


mereka sendiri tidak membaca. Mereka menyatakan Islam sangat
menggalakkan ilmu sains modern, sedangkan diri mereka sendiri
tidak berusaha memahami bagaimana manusia boleh sampai ke
bulan, bagaimana berlaku empat musim di setengah-setengah
tempat di dunia, atau kurang peduli dengan kesan kejuruteraan baka
dalam kehidupan umat.

Percanggahan begini pasti menambahkan kekeliruan. Nilai-nilai


manakah yang benar, mesti diikut dan dihidupkan?

Sidang Jumaat rahimakumullah,

Kejahilan merupakan satu sebab mengapa qudwah hasanah tidak


terjelma pada setengah-setengah kepimpinan. Oleh itu, sesiapa jua
yang bersedia mengambil tugas kepimpinan harus
memperlengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan.
Satu daripada usaha yang boleh dibuat ialah dengan cara banyak
membaca.

Bagaimanapun, mempunyai ilmu pengetahuan sahaja belumlah


mencukupi. Nilai-nilai kebaikan daripada ilmu itu mestilah pula dapat
diserapkan dan disebatikan dalam jiwa sehingga mampu melahirkan
6

tindakan-tindakan yang baik secara spontan dan bersengaja, iaitu


tanpa dipaksa-paksa dan tanpa mengira tempat, masa dan suasana.

Mudah-mudahan dengan kesedaran menjalani proses melatih dan


membina akhlak seperti ini, dunia kepimpinan dalam masyarakat kita
akan menjadi lebih kuat. Dan sesiapa jua yang mengambil tugas
kepimpinan, baik di rumah, dalam masyarakat, dan seterusnya pada
peringkat negara, akan berbuat sejajar dengan apa yang dianjurkan,
iaitu kepada menghidupkan qudwah hasanah.

Anda mungkin juga menyukai