Anda di halaman 1dari 6

 Pengertian kawad kaki ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam,

terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan
serentak; ~ cam proses mengecam orang yg disyaki dlm sesuatu jenayah dgn
membariskan mereka di hadapan pihak berkuasa atau orang yg dianiayai; ~ kaki
kawad oleh anggota pasukan pakaian seragam, terutamanya tentera dan polis yg
mengutamakan pergerakan kaki serentak; ~ perpisahan kawad yg diadakan bagi
meraikan perpisahan seseorang pegawai tinggi (spt polis dan tentera) yg akan
bersara; ~ senjata kawad (polis, tentera dsb) dgn membawa senjata api spt M16;
berkawad berbaris atau berjalan dgn rentak yg sama (bkn tentera, polis, dll),
mengadakan perbarisan: satu pasukan Askar Melayu Diraja akan ~ di Stadium
Merdeka.

berkawat bermaksud berjalan dengan rentak kaki yang sama; berbaris;


mengadakan perbarisan.

Kawad kaki ialah kawad oleh anggota pasukan pakaian seragam, terutamanya tentera dan polis
yang mengutamakan pergerakan kaki serentak.
                                                                                                                       

 PENGENALAN KAWAD KAKI 

TUJUAN KAWAD

1. Untuk membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia.

2. Membentuk anggota supaya berkerjasama dalam satu kumpulan.

3. Huraian adalah seperti berikut:

a. Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib didalam organisasi Jabatan Bomba
dan Penyelamat, Malaysia dan panduan tatatertib adalah berdasarkan kawad-kawad
yang diperbaiki berkali-kali. kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira dimana
tempatnya maka upacara perbarisan akan dilaksanakan demi kepentingan untuk
menyatukan semua anggota sebagai satu keluarga.
b. Apabila mengajar kawad kaki hendaklah menerangkan tujuan berkawad bukanlah
sebagai satu hukuman mendera, tetapi untuk membina tatatertib satu-satu kumpulan. 
c. Kawad yang baik dan tinggi mutunya bukanlah dipelajari diatas padang kawad
semata-mata dan kemudian dilupakan atau sebagai keramaian sahaja.
d. Adalah menjadi tugas utama bagi tiap-tiap anggota supaya mempercayai diri sendiri
dan bertatatertib pada setiap masa. sekiranya berkelakuan tidak senonoh dan buruk
semasa rekrut atau selepasnya maka kejatuhan atau kekalahan akan dialamai oleh
pasukan itu.

JURULATIH YANG BAIK

1. Cergas

2. Boleh mengajar dengan betul

3. Boleh membuat semua pergerakan dan pertunjukkan dengan betul

4. Boleh membetulkan kesalahan dengan cepat

5. Boleh memberi perintah kawad dengan jelas, betul dan terang

6. Jangan berpuas hati melainkan yang baik

SIFAT-SIFAT SEORANG JURULATIH

1.   Disiplin   Mempunyai tahap disiplin yang tinggi


Tidak hilang sabar dan naik darah yang bukan-bukan sehingga
2. Kesabaran
melupakan perikemanusiaan
Ketabahan & Tegur selalu pergerakan-pergerakan yang salah kerana iakan membina
3.
kesungguhan kemahuan belajar.
Sediakan diri anda dan Skuad dalam keadaan tahap yang tinggi, jangan
4. Kemahuan
berpuas hati melainkan yang baik
Hendaklah memahami segala kesukaran dan masalah Skuad, puji
5. Perikemanusiaan 
apabila mereka membuat kebaikan, tetapi jangan lah terlalu bergaul
Sebagai seorang Jurulatih, selalu cergas dan kemas serta mengawal
6. Akhlak
squad dengan baik
Kepercayaan diri Selalu fikirkan, saya mesti boleh buat dan saya akan memberi
7.
sendiri pertunjukan yang baik sekali bukan sebaliknya
8. Tepat dan cepat Boleh memberi perintah dengan tepat dan betul.

UCAPAN JURULATIH SEBELUM MENJALANKAN KAWAD

Pada pagi / petang ini, saya akan mengawadkan skuad,

Penanda di sebelah kanan siapa dia,

Penanda di sebelah kiri siapa dia,

Itu adalah barisan hadapan,

Barisan tengah, tengah juga,

Barisan belakang, belakang juga,


Apa yang saya mahu,

Perintah saya yang betul hendaklah skuad buat dengan betul dan cergas,

Perintah yang salah jangan dibuat,

Peringatan!

Apabila berjalan skuad hendaklah pacakkan tumit,

Lenggangkan tangan kehadapan sama paras dengan bahu,

Dan juga kebelakang seberapa yang boleh

Faham itu skuad!

 Apabila mendapat perintah Penanda Kanan / Kiri siapa dia,


 Jawab : Saya / Pangkat / Nombor anggota / Nama Cikgu / Encik / Tuan
 Jika faham jawab : Faham Cikgu/Encik/Tuan 
 Jika tidak faham : Semua anggota dalam barisan hendaklah diam

CONTOH DAN TAULADAN

Apabila mengawadkan Skuad perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik oleh yang
dimikian pastikan :-

1. Apabila anda mengawadkan Skuad atau mengajar kawad, anda hendaklah sentiasa
berdiri dalam keadaan sedia
2. Apabila bergerak atau berpusing, berjalan dan membuat pergerakan yang lain,
tentukan anda tunjukkan yang betul dan tentukan Skuad itu buat seperti mana
kemahuan anda.
3. Apabila memberi pertunjukkan, mesti dibuat dengan betul. jika pergerakan itu dengan
menggunakan tongkat, gunakan tongkat sahaja jangan dicapur adukkan dengan yang
lain
4. Jangan gunakan perkataan "Maki"
5. Pakaian anda mestilah kemas dan segak.
6. Jangan gopoh dan menggelabah

BERBARIS

Perkara-perkara berikut hendaklah ditentukan:-

1. Jurulatih hendaklah menentukan memeriksa pakaian Skuadnya dan menegur yang


salah serta diperbetulkan sebelum berkawad (tidak memakai pakaian/peralatan selain
daripada yang di bekalkan sepeti waist, porce, kacamata hitam, capa yang tidak
berkaitan dll)
2. Pergerakan keluar dan masuk baris yang dilakukan oleh anggota semasa dalam
perbarisan hendaklah mendapat kebenaran jurulatih
3. Rancangkan pelajaran yang hendak diajar dan persiapan yang rapi hendakalah
disediakan sebelum mengajar
4. Setelah selesai pelajaran, anggota-anggota hendakalah bersuarai dan memberi hormat
kepada jurulatih dan pegawai yang terlibat.
5. Apabila berbaris pastikan perbarisan itu tidak mengadap matahari
6. Apabila anggota kurang daripada 12 orang hendaklah membuat satu barisan sahaja.
7. Jumlah anggota untuk membuat 2 barisan ialah 12 hingga 17 orang
8. Jumlah anggota yang melebihi daripada 18 orang bolehlah di buat dalam 3 barisan..

CARA-CARA MENGAWADKAN SKUAD BARU/KAWAD PERHUBUNGAN

Bagi anggota yang baru atau pelatih hendaklah mereka diajar cara-cara membina bahasa
hukuman kawad menggunakan suara yang kuat seperti harkat, bahasa hukuman kawad dan
panggilan masa 1-2-3-1 untuk memudahkan mereka di latih adalah seperti berikut:-

1. Tujukan bahasa hukuman kawad semasa statik/berhenti, serta latihan


berjalan/dinamik.
2. Cuba seorang demi seorang dengan berteriak bahasa hukuman kawad.
3. Tiap-tiap seorang akan kawadkan kawannya yang dihadapan.
4. Tukarkan barisan itu tiap-tiap 10 minit dengan kedua-dua bahagian skuad itu dapat
peluang untuk mengawadkan kawannya.

PERINGATAN

Dalam keadaan skuad berbaris 3 barisan, hendaklah diterangkan kepada skuad yang mana
penanda kanan dan kiri bagi barisan masing-masing

PANGGILAN MASA

Anggota yang baru (pelatih) dan untuk permulaan berkawad hendaklah berteriak panggilan
masa pada semua pergerakan

1. Tiap orang didalam skuad itu akan faham masa itu apabila mereka berteriak beramai-ramai

2. Mereka akan membuat pergerakan itu dan belajar bersama-sama

MASA DAN LANGKAH

Masa dan jarak langkah didalam berkawad adalah seperti berikut:-

 MASA BERJALAN
Masa cepat jalan biasa 116 - 120 langkah seminit
Masa cepat jalan rekrut 140 langkah seminit
Masa perlahan jalan 65 langkah seminit
Masa berlari  180 langkah seminit
 JARAK LANGKAH

Masa cepat dan perlahan jalan 30 inci


Langkah panjang 33 inci
Langkah pendek 21 inci
Langkah berlari 40 inci
Langkah sebelah 12 inci
Senang diri 12 inci

nota tambahan

Kembali

Anda mungkin juga menyukai