Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : KEPENTINGAN FITRAH KEJADIAN MANUSIA TERHADAP GURU

Pendidikan dilihat sebagai suatu ruang yang menyediakan pelbagai peluang


untuk memperkembangkan segala potensi yang ada dalam diri seseorang individu
atau pelajar. Persekitaran pembelajaran yang berkesan akan mempengaruhi
keupayaan seseorang untuk memahami dan bertindak balas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan dalam membantu kanak-kanak
menyerlahkan potensi yang terpendam. Sifat-sifat yang ada dalam diri kanak-kanak
seperti ingin tahu, keterbukaan, daya cipta dan kebolehan menyelesaikan masalah
perlulah ditingkatkan kerana ia dapat membantu kanak-kanak menyedari kebolehan
dan potensi diri sendiri.Dengan mengetahui dan memahami fitrah kejadian manusia,
ia dapat membantu guru menyediakan pelbagai aktiiviti kognitif (perkembangan)
yang dapat mengilap potensi kanak-kanak. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan
dengan mempunyai sifat dan fitrah keterbukaan akan menyebabkan murid-murid
mudah menerima segala bentuk idea dan pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Oleh yang demikian, fitrah ini sendiri akan membantu murid memperbaiki diri.
Contohnya, pengajaran dan pembelajaran dalam menyelesaikan masalah matematik
Tahun Satu yang mengandungi kemahiran mengira menggunakan objek dapat
mengembangkan potensi pelajar untuk berfikir secara logik.Selain iti, guru akan
dapat mengembangkan potensi dari segi bakat dan emosi melalui aktiviti ko-
kurikulum di sekolah. Ini juga hasil daripada konsep kefahaman tentang fitrah
kejadian manusia. Khususnya kanak-kanak. Ini kerana, setiap kanak-kanak
mempuyai fitrah dan bakat yang agak istimewa dan membezakan diantara satu
denan yang lain. Atau mudah difahami sebagai serupa tapi tak sama. Pelajar juga
mempunyai sahsiah yang berbeza iaitu dari segi kepintaran komunikasi dan
kecekapan menjalankan aktiviti. Misalnya, sifat tolak ansur dan tolong
menolongdapat dipupuk menerusi aktiviti penyelesaian masalah atau tugasan
secara berkumpulan. Di samping itu, ia turut membantu murid untuk meningkatkan
keyakinan seterusnya melatih diri untuk menjadi seorang pemimpin.Pemahaman
terhadap fitrah kejadian manusia juga akan dapat menbantu guru menyediakan
bahan mengajar dan set induksi untuk mengwujudkan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan tahap kecerdasan pelajar serta minat
dan naluri pelajar di dalam kelas, suasana pembelajaran akan lebih mudah untuk
dirancang. Guru perlu berusaha meransang pelajar mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih ceria dan kondusif. Contohnya, guru boleh
menyediakan P&P dalam bentuk reakreasi dan permainan untuk menarik minat
murid-murid. Ini kerana, fitrah kejadian manusia yang suka akan hiburan,
kebebasan dan keseronokan.Sebagai seorang guru, kita mestilah berjaya
meningkatkan semangat kendiri dan motivasi kepada pelajar. Ini berdasarkan sikap
kesediaan dan kesungguhan murid yag akan membawa murid melaksanakan tugas
atau menjawab soalan. Fitrah ingin tahu yang wujud dalam jiwa mereka
membuatkan mereka sentiasa akan ingin meneroka sesuatu.untuk meningkatkan
motivasi pelajar, guru haruslah tidak membesarkan kelemahan yang terdapat pada
murid. Setiap komitmen yang diberi oleh murid haruslah dihargai kerana ia mampu
meransang mereka untuk terus belajar dan berusaha.Kepentingan fitrah kejadian
manusia yang seterusnya ialah dapat membantu guru membimbing dan
memperkembangkan potensi Jasmani mereka. Aspek jasmani yang dibekalkan
dalam diri kanak-kanak telah melahirkan satu aspirasi di sekolah yang menekankan
kepada kecemerlangan sukan. Ini bermakna murid-murid berpeluang mempamerkan
kemahiran psikomotor dalam diri mereka dan memperkembangkan lagi keupayaan
dalam diri mereka. Misalnya dalam permainan tennis atau badminton. Murid-murid
akan berupaya untuk melakukan servis, memulangkan bola dengan tepat dan
mengawal permainan di gelangang.

Anda mungkin juga menyukai