Anda di halaman 1dari 12

Definisi dan Skop Analisis makroekonomi

Menerangkan konsep makroekonomi dan membezakan bidang kajian antara mikroekonomi


dengan makroekonomi.

Petunjuk / Pembolehubah Makroekonomi


Menerangkan secara ringkas pendapatan negara / keluaran negara, guna tenaga dan
pengangguran, inflasi, imbangan pembayaran, dan pertumbuhan ekonomi.

Menunjukkan kepentingan petunjuk di atas dengan data ekonomi Malaysia.

Dasar Makroekonomi
Matlamat Dasar Makroekonomi
Menghurai matlamat yang ingin dicapai : Tingkat guna tenaga penuh, kestabilan tingkat harga,
membaiki imbangan pembayaran, meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Bentuk Dasar Makroekonomi


Menghurai secara ringkas dasar-dasar yang berikut:

Dasar Sebelah Permintaan : Dasar Fiskal, Dasar Kewangan, Kawalan Langsung.

Dasar Sebelah Penawaran : Perubahan cukai pendapatan, penurunan cukai input yang diimport,
galakan fiskal / insentif pelaburan, galakan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan
(R&D).

Konsep Mikroekonomi
Mikroekonomi didefinisikan sebagai bidang ekonomi yang menumpukan kajian
terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh unit-unit kecil di dalam
ekonomi.

Kajian mikroekonomi dibuat terhadap aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh


individu, firma, dan kerajaan, misalnya kajian mengenai kesan kenaikan
pendapatan individu terhadap permintaan individu dan kenaikan harga barang
terhadap penawaran firma.

Secara umum, bidang kajian mikroekonomi meliputi teori harga, teori


permintaan dan penawaran, teori pengeluaran, teori pasaran dan teori agihan.
Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi
Pendapatan Negara / Keluaran Negara
Pendapatan Negara
Pendapatan Negara ialah jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh sesebuah negara untuk
tempoh setahun. Ia meliputi sewa, bunga bersih, upah, untung, dan pendapatan perusahaan
persendirian.

Keluaran Negara

Keluaran Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi
kegiatan ekonomi negara.

Kepentingan Kajian Pendapatan Negara / Keluaran Negara

Petunjuk taraf hidup rakyat.

Petunjuk pertumbuhan ekonomi negara.

Petunjuk keberkesanan dasar ekonomi kerajaan.

Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.

Memberikan gambaran tentang

 keadaan peluang pekerjaan


 cara penggunaan faktor-faktor pengeluaran
 kadar pengangguran
 tingkat kebajikan dan taraf hidup rakyat.

Membolehkan unit perancang ekonomi mengambil tindakan-tindakan susulan.

Labels: Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Guna Tenaga dan Pengangguran


Tenaga Buruh

Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif
mencari pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana
mereka tidak aktif bekerja atau aktif mencari kerja.

Kadar Tenaga Buruh = (Jumlah Tenaga Buruh / Jumlah Penduduk) x 100%

Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga Buruh Baru - Tenaga Buruh Asal) /
Tenaga Buruh Asal] x 100%

Guna Tenaga

Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam
mengeluarkan output negara.

Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang
mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.

Guna Tenaga = Tenaga Buruh − Jumlah Penganggur

Pertambahan guna tenaga bererti

1. Jumlah Penganggur menurun.


2. Pendapatan Negara / Keluaran Negara meningkat.
3. Taraf Hidup rakyat meningkat dll.

Kadar Guna Tenaga = (Guna Tenaga / Tenaga Buruh) x 100%

Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga = [(Guna Tenaga Baru − Guna Tenaga Asal) / Guna
Tenaga Asal] x 100%

Pertambahan Kadar Guna Tenaga bererti

1. Kadar pengangguran menurun.


2. Pencapaian ekonomi semakin meningkat.

Pengangguran

Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum
mendapat pekerjaan.
Masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga buruh yang sanggup bekerja tidak
mendapatkan pekerjaan.

Punca-punca pengangguran:

1. Penggantian buruh dengan mesin.


2. kemunduran industri.
3. kemelesetan ekonomi dll.

Jumlah Penganggur

Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak
mendapat pekerjaan.

Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang
mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang.

Kadar Pengangguran

Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat
pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh.

Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah
0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.

Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur / Tenaga Buruh) x 100%

Penurunan kadar pengangguran bererti

1. kadar guna tenaga meningkat


2. pendapatan negara / keluaran negara meningkat
3. pencapaian ekonomi meningkat.

Ekonomi mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau
kurang. Semasa guna tenaga penuh, sebilangan besar pengangguran berbentuk
pengangguran geseran sahaja.

Kepentingan Kajian Guna Tenaga / Pengangguran

1. Memastikan bekalan tenaga buruh mahir sentiasa mencukupi supaya daya pengeluaran
negara sentiasa meningkat.
2. Meningkatkan keluaran negara / pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan
pertumbuhan ekonomi.
3. Meningkatkan pendapatan per kapita negara dan seterusnya meningkatkan
kemakmuran masyarakat dan kebajikan penduduk.
 

Labels: Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Inflasi
Definisi Inflasi

Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan yang berlaku
secara menyeluruh dan berterusan.

Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.

Harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dalam
negara.

Punca-punca Inflasi:

1. lebihan perbelanjaan semasa ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh.


2. kenaikan kos pengeluaran.
3. kenaikan harga import.

Kesan Inflasi terhadap ekonomi:

1. Menaikkan harga barangan eksport.


2. Penurunan kuasa beli wang.
3. Penurunan taraf hidup masyarakat.
4. Penurunan pendapatan benar individu.
5. Meningkatkan kos hidup masyarakat.

Kadar Inflasi dan Indeks Harga

1. Indeks harga pengguna (IH) mengukur tingkat harga umum.


2. IH bagi tahun asas (tahun yang dijadikan asas perbandingan) ditetapkan sebagai 100.
Jika IH tahun baru = 105, kadar inflasi
= [(IH tahun baru − IH tahun asal) / IH tahun asal] x 100%
= 5/100 x 100%
= 5%.

Kepentingan Kajian Inflasi

1. Mengukur kestabilan tingkat harga umum.


2. Mengukur perubahan kos hidup.
 

Labels: Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Imbangan Pembayaran
Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urus niaga dan
aliran wang antara negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan
perdagangan luar negara.

Penyata kewangan tentang segala urus niaga dan aliran modal antara negara itu dengan
negara lain dalam setahun.

Imbangan Pembayaran = Imbangan Akaun Semasa + Imbangan Akaun Kewangan +


Kesilapan dan Ketinggalan

Kepentingan Kajian Imbangan Pembayaran

Lebihan dalam imbangan pembayaran menguntungkan negara dengan

 menambahkan rizab pertukaran asing negara.

Kurangan (Defisit) dalam imbangan pembayaran merugikan negara kerana :

 mengurangkan rizab pertukaran asing negara.


 menjejaskan kestabilan nilai mata wang.
 mengurangkan kegiatan ekonomi negara.

Kerajaan terpaksa bercampur tangan dalam ekonomi melalui kawalan langsung dll.

Labels: Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Pertumbuhan Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti
pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan
peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi
pembangunan negara.

Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang menyebabkan


pertambahan keluaran (KDNK benar) dalam sesebuah ekonomi.
KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah
negara mengikut harga tetap pada tahun asas.

Pengukur prestasi pembangunan ekonomi berbentuk fizikal misalnya pertambahan


jumlah keluaran barang perkilangan, pembangunan infrastruktur, pembangunan jumlah
sekolah dll.

Pertumbuhan ekonomi = [KDNK benar tahun baru − KDNK benar tahun asal) / KDNK
benar tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang lebih sesuai kerana menunjukkan
pertambahan output dalam negara berkenaan) atau

Pertumbuhan ekonomi = [KNK benar tahun baru − KNK benar tahun asal) / KNK benar
tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang kurang sesuai kerana termasuk pertambahan
output di luar negara)

Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut harga tetap pada tahun asas untuk mengelakkan
pengaruh kesan inflasi.

Kepentingan Kajian Pertumbuhan Ekonomi

Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru kepada penduduk yang semakin
bertambah.

Pertumbuhan Kebajikan

1. Kenaikan taraf hidup masyarakat.


2. Meningkat ketika Pendapatan Per Kapita (PPK) benar meningkat (apabila pertambahan
Pendapatan Negara benar melebihi pertambahan penduduk).
3. PPK benar ialah pendapatan purata penduduk dalam sesebuah negara mengikut harga
tetap pada tahun asas.
4. Pertumbuhan Kebajikan = [(PPK benar tahun baru − PPK benar tahun asal) / PPK benar
tahun asal] x 100%

Kepentingan Kajian Pertumbuhan Kebajikan

1. Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti oleh pertumbuhan kebajikan / kenaikan


taraf hidup masyarakat kerana peratus pertambahan penduduk mungkin melebihi
peratus pertambahan KDNK benar, iaitu taraf hidup masyarakat tidak naik tetapi turun.
2. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi hanya mengambil kira pertambahan keluaran
(KDNK benar) tanpa mempeduli faktor-faktor lain yang boleh menentukan taraf hidup
masyarakat seperti komposisi keluaran, agihan pendapatan, dan eksternaliti negatif.
Matlamat Dasar Makroekonomi Malaysia
Terangkan tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia. [6]

Tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia ialah:

1. Mencapai tingkat guna tenaga penuh

o Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar pengangguran kurang


daripada 5%, iaitu hanya berlaku pengangguran geseran sahaja dalam ekonomi.
o Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan meningkat kerana faktor
pengeluaran digunakan sepenuhnya.
o Keluaran negara meningkat dan berlaku peningkatan dalam pertumbuhan
ekonomi.
o Apabila guna tenaga penuh tercapai, KNK sebenar sama dengan KNK potensi.

2. Mencapai kestabilan tingkat harga umum

o Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi tidak menghadapi masalah


kenaikan harga atau kejatuhan harga kurang daripada 4%.
o Kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil dan ini akan meningkatkan taraf hidup
dan kebajikan masyarakat.
o Kegiatan ekonomi semakin meningkat disebabkan inflasi yang terkawal dan
berlaku kestabilan kadar bunga di pasaran.

3. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

o Pertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan ekonomi semakin meningkat.


o Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.
o Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan masyarakat turut meningkat
 

Labels: Dasar Makroekonomi

Matlamat Dasar Makroekonomi


Mencapai Tingkat Guna Tenaga Penuh

Guna tenaga penuh merujuk kepada :

1. keadaan di mana jumlah pengangguran adalah minimum dan jumlah pendapatan


negara adalah tinggi.
2. keadaan di mana kadar pengangguran berada pada paras yang sangat rendah, iaitu
kurang daripada 4%.
3. keadaan di mana semua faktor pengeluaran digunakan.

Pencapaian tingkat guna tenaga penuh bererti :

1. keluaran negara akan mencapai tahap maksimum.


2. kebajikan masyarakat akan mencapai tahap maksimum
3. Sumber ekonomi digunakan dengan cekap dan tiada pengangguran.

Mengekalkan Kestabilan Tingkat Harga Umum

Tingkat harga umum perlu berada pada paras stabil dan kadar inflasi kekal rendah dan
terkawal.

Kenaikan harga atau inflasi :

1. mengurangkan pendapatan benar/ menjejaskan kuasa beli wang.


2. menjejaskan eksport negara.
3. menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
4. menurunkan tingkat kebajikan masyarakat.

Kejatuhan harga atau deflasi :

1. menjejaskan tingkat pelaburan.


Mencapai Pertumbuhan Ekonomi Berterusan

Pertumbuhan ekonomi menunjukkan kenaikan KDNK benar. Pertumbuhan ekonomi


perlu mencapai kadar yang memuaskan dari tahun ke tahun dengan mengekalkan
pertumbuhan ekonomi yang positif.

Kepentingannya:

 meningkatkan taraf kebajikan penduduk,


 mewujudkan banyak peluang pekerjaan,
 mengatasi masalah pengangguran,
 mencerminkan keberkesanan dasar ekonomi kerajaan.

Membaiki Imbangan Pembayaran

Imbangan pembayaran diperbaiki dengan menambahkan jumlah eksport dan


mengurangkan jumlah import.

Imbangan pembayaran lebihan/ positif/ lebih baik :

1. menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.


2. meningkatkan rizab pertukaran asing sesebuah negara.

Imbangan pembayaran defisit/ negatif/ merosot :

1. mengurangkan pertumbuhan ekonomi negara.

Labels: Dasar Makroekonomi

Bentuk Dasar Makroekonomi


Dasar sebelah permintaan
Dasar kerajaan mempengaruhi permintaan agregat dalam negara melalui :

Dasar Fiskal (Fiscal Policy)

Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur
pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi.

Semasa masalah inflasi, kerajaan akan malaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu
meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan
perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.

Semasa masalah deflasi (kemelesetan ekonomi), kerajaan akan melaksanakan dasar


fiskal mengembang, iaitu menambahkan perbelanjaan keajaan dan mengurangkan kadar
cukai bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.

Dasar Fiskal budibicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan
kerajaan.

Contohnya, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan cukai dan


menambahkan perbelanjaan kerajaan.

Dasar Kewangan (Monetary Policy)

Dasar kewangan ialah dasar kerajaan yang dijalankan oleh Bank Pusat untuk mengawal
penawaran wang dan kadar bunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat untuk
mencapai tingkat guna tenaga dan mengawal inflasi.

Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup, iaitu
mengurangkan penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkan
perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.

Semasa kemelesetan ekonomi atau deflasi, kerajaan akan menjalankan dasar kewangan
mengembang, iaitu menambahkan penawaran wang dan mengurangkan kadar bunga
dalam pasaran bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah
pengangguran.

Dasar Kawalan Langsung

Dasar kawalan langsung merupakan langkah kawalan langsung kerajaan ke atas harga,
kadar upah, eksport dan import negara bagi memperbaiki imbangan pembayaran dan
mengawal inflasi.

Contohnya, kerajaan boleh mengenakan kawalan harga maksimum ke atas barangan


kawalan tertentu bagi mengatasi masalah inflasi.

Dasar sebelah penawaran

Dasar sebelah penawaran ialah dasar kerajaan yang mempengaruhi kegiatan ekonomi dari
segi penawaran dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran ekonomi.
Dasar sebelah penawaran bermaksud dasar kerajaan melalui pencukaian dan galakan
pelaburan yang cuba meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam ekonomi bagi
meningkatkan penawaran agregat dan mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi.
Sebagai contoh, pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dengan menggalakkan lebih
ramai rakyat terlibat dalam aktiviti pengeluaran tertentu.

Contoh dasar sebelah penawaran ialah insentif pengecualian cukai kepada pengeluar dan
penurunan cukai import bagi input pengeluaran. Kedua-dua dasar ini akan meningkatkan
penawaran agregat. Kesannya, harga menurun dan pendapatan bertambah.

Anda mungkin juga menyukai