Anda di halaman 1dari 48

PANTU

N
PENYERI MAJLIS
Mekar serumpun bunga siantan,
Ditiup angin gugur berserakan;
Agar tazkirah mendapat keberkatan,
Surah al-Fatihah kita bacakan.
Menarik perhatian
khalayak kepada acara
yang sedang dan akan
berlangsung.
Dari Kedah pergi ke Sabah,
Pergi ke Sabah naik basikal;
Cuba fikir adakah munasabah,
Pergi ke Sabah naik basikal?

Ustaz Sopian
Tidur sebantal lena berulit,
Dibuai mimpi bersama
puteri;
Sekali sekala pantun diselit,
Majlis tampak lebih
berseri.
Pantun sebagai pembuka majlis.
Indah mentari terbit di kuala,
Tampak cahaya cerah
berserakan;
Sebelum majlis kita bermula,
Bacaan doa kita mulakan.
Petik setangkai buah bidara,
di atas perahu mari dimakan;
Untuk kita mulakan acara,
Ummul –Kitab kita bacakan.
Ucapan terima kasih kepada
pembaca doa.
Pergi mengail ikan haruan,
Buat selendang kain pelekat;
Terima kasih kepada tuan,
Doa dipohon semoga berkat.
Peralihan dari satu acara kepada
satu acara yang lain dengan cara
yang lebih indah.
Dari Kelantan pergi ke Kedah,
Dari Kedah ke Kuala Lumpur
pula;
Doa selamat dipohon sudah,
Marilah kita beralih acara.
Tampak berseri hilanglah duka,
Dalam majlis lampu
berkerdipan;
Perut pun sudah kenyang belaka,
Marilah kita mendengar
ucapan.
Untuk memperkenalkan
seseorang.
Cantik sungguh melati kota,
Warnanya merah tampak
ceria;
Kata orang tak kenal maka tak
cinta,
Bila kenal barulah mesra.
Untuk menjemput seseorang
menyampaikan ucapan.
Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua;
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa ucapan tuan pengetua.
Tampak cahaya jauh di kuala,
Kerdipan cahaya menawan
hati;
Timbalan Pengarah kita persila,
Ucapan perdana kita hayati.
Berdaun lebat pokok bidara,
Tempat bersarang burung
tempua;
Sampai kini kemuncak acara,
Ucap utama tuan pengetua.
Untuk menjemput tetamu
kehormat menyampaikan ucapan
perasmian.
Pergi ke pantai mencari lokan,
Rehat berteduh di pohon jati;
Ucapan perasmian kita nantikan,
Marilah bersama-sama kita
hayati.
Bulan mengambang syahdu dan
indah,
Menjadi rinduan pujangga
seni;
Majlis perasmian terlaksana sudah,
Semoga gemilang program
Sebagai ungkapan terima kasih
kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan sesuatu
majlis.
Meliuk lintuk bunga melati,
Tumbuh merimbun di batang
kenanga;
Ucapan diberi penuh bererti,
Menjadi pedoman kepada
semua.
Petang hari menanam selasih,
Selasih berbunga indah
berwarna;
Y. Bhg. Dato’ setinggi-tinggi terima
kasih,
Ucapan diberi penuh
Terbang sekawan burung tempua,
Membuat sarang di rumpun
pegaga;
Terima kasih kepada semua,
Segala kerjasama amatlah
berharga.
Rimbun menghijau pohon selasih,
Tumbuh serumpun di pinggir
hutan;
Majlis ucapkan terima kasih,
Rasmilah sudah majlis
sambutan.
Untuk memaklumkan bahawa
majlis akan berehat untuk
seketika.
Paduka sukma setia menanti,
Berseri di hati pinangan
dibawa;
Seketika cuma majlis berhenti,
Mari menikmati halwa telinga.
Rembulan berbisik pinta kasihan,
Merayu pungguk serata buana;
Kumpulan muzik kita tampilkan,
Serikan majlis ceriakan
suasana.
Sebagai penutup acara dan untuk
mengucapkan terima kasih
kepada hadirin serta memohon
maaf seandainya terdapat
sebarang kesilapan.
Menitis embun mawar titipan,
Terbang hinggap si anak
kumbang;
Rasmilah sudah majlis penutupan,
Segala ilmu agar dikembang.
Tumbuhan merimbun pohon celagi,
Menjadi teduhan kenari
bercanda;
Tahun hadapan berjumpa lagi,
Andai tersemat di dalam
minda.
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur
dibaja;
Majlis kita berakhir di sini,
Silap dan salah lupakan sahaja.
Tegak merimbun pohon bidara,
Tempat berteduh si anak rusa;
Kita sampai ke penghujung acara,
Jumpa lagi pada lain masa.
Majlis kita berakhir di sini,
Sebarang kesilapan harap dimaafi,
Segala kerjasama disanjung tinggi,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di
hati,
Semoga kita bertemu lagi.
Pantun boleh juga digabungkan
dengan bahasa Inggeris untuk
menceriakan khalayak yang
pelbagai bangsa.
Pergi mengail si ikan puyu,
Mari disimpan di dalam botol;

Now we present to you,


Presentation by our
fasilitator.
Waktu subuh azan mendayu,
Bersujud ke hadrat Illahi
rabbi;

All the best to all of you,


Have sweet memories with
SAMTSSAAS.
 Tetak buluh panjang sepuluh
 Mari dijolok sarang tebuan
 Angkat tangan jari sepuluh
 Doa dipohon agar majlis diberkati
 Tirai bicara dilabuh sudah
 Doa selamat telah dipohon
 Para Jemputan bersedia sudah
 Kini tibalah kita ke arena
pelancaran.
 Adat berbahasa menyampai
pesan
 Adat berupacara menyampai
ucapan
 Izinkan saya beralih acara
 Persembahan (apa2 jenis)kita
saksikan/dengarkan bersama.
 Pijak galah sambil berlari
 Rupanya hujung sudah patah
 Banyak usaha kepada diri
 Tika dirimu muda dan mentah
 Anak kecil bermain buai
 Buaian tersangkut dipohon jati
 Menabur budi patut disemai
 Barulah hidup disanjung tinggi@
 Kelak diri disanjung tinggi
 Mentari senja melabuh cahaya
 Tanda malam kian tiba
 Akhir kata tutup bicara
 Salam sejahtera kepada semua
 Bintang tujuh sinar berseri
 Bulan purnama datang menerpa
 Ajaran guru hendaklah dicari
 Mana yang dapat janganlah
lupa

Anda mungkin juga menyukai