KETUA CAWANGAN BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA) IBU PEJABAT BRIGED TENGAH PGA CHERAS PENGENALAN Perkembangan masyarakat yang menghampiri status masyarakat maju membawa banyak perubahan. Tidak semua perubahan dapat diterima dengan mudah, bahkan sebahagiannya menimbulkan kegusaran dan kegelisahan baru. Kaunseling sebagai bidang yang progresif dan dinamik sentiasa berusaha menyesuaikan perkhidmatan mengikut keperluan masyarakat. Dengan termaktubnya akta yang mengawal perkembangan amalan kaunseling di Malaysia, kaunselor dan pengamal kaunseling yang lain perlu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan supaya terus berdaya maju seiring dengan perkembangan itu. PENGENALAN
Pengurusan rekod-rekod dan dokumentasi lain tidak
sepatutnya dilihat sebagai tugas sampingan semata- mata tetapi sama pentingnya dengan sesi kaunseling terapeutik. Akautabiliti dan tahap profesion kaunselor atau pengamal kaunseling tidak lagi diukur berdasarkan maklum balas klien sahaja tetapi menerusi bukti-bukti yang boleh dijustifikasikan. Kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan kaunselor atau pengamal kaunseling di Malaysia adalah kekurangan bahan-bahan rujukan berkaitan pengurusan rekod dalam perkhidmatan kaunseling. Keadaan ini bukan sahaja menjadi isu tempatan bahkan sebenarnya dihadapi juga oleh rakan sejawat di seluruh dunia. PENGENALAN
Di Malaysia, tuntutan yang mewajibkan penyimpanan
rekod tidak disebut secara terus tetapi dikaitkan dengan tanggungjawab profesional yang dipelihara mengikut etika sedia ada. Bahagian B (17) dalam Kod Etika Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) menyatakan: “ Rekod perhubungan kaunseling termasuk nota temu duga, data ujian dan lain-lain dokumen, adalah dianggap sebagai maklumat profesional yang digunakan dalam proses kaunseling…” Hal ini secara tidak langsung menjelaskan kaunselor perlu mempunyai sistem penyimpanan rekod yang sesuai dengan sifatnya sebagai pengamal profesional MANFAAT MENYIMPAN REKOD Terdapat beberapa manfaat mengamalkan penyimpanan rekod yang objektif dan sistematik.Meier & Davis (2001) menyenaraikan beberapa manfaat daripada amalan itu: Rekod menjadi bahan sokongan sekiranya seseorang kaunselor dikaitkan dengan tindakan undang-undang, umpamanya apabila klien mengaitkan kaunselor dengan tindakan yang diambilnya dalam sesuatu kes yang dibicarakan. Butiran dalam rekod membantu kaunselor memaklumkan penyelianya pada proses atau isu-isu yang dihadapi, umpamanya perancangan tindakan yang diambil ataupun isu-isu dilema etika yang dihadapi semasa membantu klien. Penyimpanan rekod membolehkan kaunselor mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh agensi tempat berkhidmat, menjalankan pratikum atau pemeriksaan pihak berkuasa bagi tujuan akauntabiliti, umpamanya jumlah jam sesi kaunseling bagi tujuan pendaftaran kaunselor MANFAAT MENYIMPAN REKOD Rekod adalah cara yang baik bagi mengingatkan kaunselor berkaitan sejarah sesi yang dijalankan dan perkembangan yang berlaku, misalnya tarikh dan masa sesi lepas, rspons klien, strategi dan teknik yang diaplikasikan, tugasan, apa- apa yang berkesan ataupun tidak dan sebagainya. Rekod juga menyediakan maklumat asas tuntutan fee ke atas klien bagi perkhidmatan yang dijalankan. PERLU ATAUPUN TIDAK MENYIMPAN REKOD?
Kaunselor tidak dapat mengingati segala
maklumat, perubahan dan perkembangan klien dan sesi sepanjang masa (Mitchell, 2002). Proses menulis dan menyedaikan segala laporan membantu kaunselor melihat perkembangan klien secara konkrit. Penyimpanan rekod yang tersusun dan sistematik membolehkan kaunselor mengaitkan isu-isu klien secara logik, dahulu dan sekarang serta merancang strategi membantu dengan lebih berkesan. PERLU ATAUPUN TIDAK MENYIMPAN REKOD? Kepincangan seperti pengulangan teknik yang tidak berkesan ke atas klien dapat dielakkan apabila kaunselor mempunyai rekod yang kuat dan konkrit untuk dirujuk. Proses penyediaan laporan dianggap sebagai salah satu cara mempertingkatkan kualiti amalan kaunseling. Penyediaan laporan melibatkan kerja- kerja menganalisis pemikiran dan perasaan kaunselor sendiri, lantas memberi peluang kaunselor membuat refleksi pada sesi yang dikendalikannya. Penyimpanan rekod yang tersusun menjadi bukti kesungguhan kaunselor menjaga hal ehwal kebajikan klien sekiranya kaunselor dipanggil memberi keterangan di mahkamah dan sebaliknya. PEMELIHARAAN DAN KESELAMATAN REKOD Dari Sudut pandangan etika, klien wajar dimaklumkan yang kaunselor menyimpan rekod berkaitan sesi kaunseling. Klien dimaklumkan langkah keselamatan rekod termasuk kaedah penyimpanan dan had-had perolehan rekod oleh orang lain selain kaunselor. Dua perkara bagi menjamin keselamatan rekod iaitu: - Keselamatan fizikal - Melindungi indentiti klien. ISU-ISU PEROLEHAN REKOD Rekod-rekod kaunseling adalah dokumen sulit dan dipelihara sebahagian kewajipan penting bagi kaunselor. Empat isu yang berkait rapat dengan penyimpanan rekod dalam perkhidmatan kaunseling: -Perolehan rekod oleh majikan -Perolehan rekod oleh klien -Perolehan rekod oleh pihak berkuasa (cth. Polis dengan disertakan waran yang ditandatangani oleh hakim mahkamah) kecuali Lembaga Kaunselor. Perolehan dan penggunaan rekod mahkamah ( Kaunselor sebagai saksi pihak klien) TEMPOH PENYIMPANAN REKOD Sehingga kini, belum ada garis panduan yang jelas berkaitan tempoh sesuatu rekod atau dokumen kaunseling patut disimpan. Dalam keadaan biasa dan tiada arahan perundangan atau profesional, sesuatu dokumen atau rekod dapat dilupuskan sebaik sahaja hubungan kaunseling ditamatkan. Penangguhan selama setahun mungkin sesuai dengan andaian klien mungkin datang semula kemudian. Walau bagaimanapun, beberapa isu lain berkaitan pelupusan rekod itu mungkin timbul. Apabila sesuatu kes timbul, rekod kaunselor mungkin diperlukan sebagai rujukan. Bagi kebanyakan negara, tempoh tiga tahun diperuntukankan bagi kaunselor menyimpan rekod kaunseling. RUMUSAN Sekalipun penyimpan rekod mempunyai risiko dan kesulitan tersendiri, satu perkara yang perlu dipertimbangkan adalah sejauh mana amalan penyimpanan rekod yang baik dan sistematik dapat membantu meningkatkan kredibiliti dan keberkesanan kaunselor. Klien memerlukan bantuan yang berkualiti tanpa mengira sama ada perkhidmatan itu disediakan secara percuma ataupun berbayar. Penyimpanan rekod adalah manifestasi profesional kaunselor ke arah menjamin kualiti diri dan perkhidmatan yang ditawarkan. Tanpa amalan rekod yang baik, nilai kaunselor sukar diletakkan, baik kepada klien mahupun diri kaunselor sendiri.