Anda di halaman 1dari 16

SMK LONG GAFAR

NAMA : AHMAD FAKHRI ARIF


B. MAT ZAID

TINGKATAN : 1 MUSZAPHAR

GURU PENILAI : ENCIK ANUAR BIN


SALLEH
BI ISI KANDUNGAN HALAM
L AN

1 PENGHARGAAN 1

2 PENDAHULUAN 2

3 OBJEKTIF KAJIAN 3

4 KAEDAH KAJIAN 4

5 KAWASAN KAJIAN 5

6 DAPATAN KAJIAN 6

7 7

8 8

9 9
Sebagai pembuka jendela bicara, marilah kita sama-sama
memanjatkan doa kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah
kurnia-NYA, maka dapat juga saya menyiapkan folio Geografi ini.
Pertama kali ingin saya mengucapkan berbanyak ribuan
terima kasih kepada beberapa orang individu yang telah
membantu saya dalam menyiapkan folio ini terutama sekali
kepada guru Geografi saya iaitu Encik Mohd Anuar Salleh kerana
telah member tunjuk ajar serta bimbingan bagi menyediakan
kertas kerja ini dengan lebih baik lagi.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Raja
Anuar Bin Raja Mat dan Tuan Roslida binti Megat Mat yang
memberi dorongan dan bantuan kewangan untuk saya menyiapkan
kertas kerja ini.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya iaitu Nor Zul
Afifudin dan Ahmad Fakhri Arif yang membantu saya dengan
memberi maklumat terperinci.
Encik Anuar memberitahu kami sekelas bahawa
semua pelajar Tingkatan 1 perlu menjalankan Kajian Geografi
Tempatan (KBT). Beliau menberi kami tiga tema dan menyuruh
kami memilih satu daripadanya sebagai tajuk kajian masing-
masing. Tema-tema tersebut ialah bentuk muka bumi, cuaca dan
iklim, dan kesan tindakan manusia. Tema yang dipilih mesti
dikaitkan dengan isu-isu semasa. Saya memilih tema kesan
tindakan manusia di kawasan sekitar rumah saya. Encik Anuar
memberikan masa sebulan untuk kami melaksanakan kajian ini.
Selepas memperoleh maklumat yang cukup, saya menyediakan
laporan yang lengkap.
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:

Mengkaji kesan tindakan manusia terhadap alam sekitar

Mengkaji kesan aktiviti manusia dalam ekonomi terhadap


alam sekitar

mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan


kajian

Memahami pengaruh unsur-unsur ekonomi terhadap aktiviti


harian manusia di kawasan kajian

KAEDAH TEMUBUAL :

Saya menemubual lebih kurang 3 orang penduduk setempat


untuk mengetahui punca yang menyebabkan beberapa kesan
tindakan manusia kepada alam sekitar dalam sector pertanian.
Hasil temubual telah saya catatkan didalam boring temubual. (
lihat lampiran A ).

KAEDAH PEMERHATIAN :

Saya telah membuat pemerhatian di kawasan sekeliling dan


mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan semula jadi dan jenis-jenis
pertanian yang terdapat di kawasan kajian itu. Hasil pemerhatian
ini saya catatkan didalam boring pemerhatian. ( lihat lampiran B ).

KAEDAH RUJUKAN :

Saya telah membuat beberapa rujukan didalam buku teks


Geografi dan beberapa buah buku didalam perpustakaan di
sekolah saya yang berkaitan pertanian.

Saya telah membuat kajian di Desa Darul Naim yang


menjalankan kegiatan pertanian seperti sayur-sayuran kangkung,
sawi dan sebagainya.

Desa Darul Naim terletak pada arah selatan dari Bandar


Kota Bharu dan terletak kira-kira 5 kilometer dari Desa Darul
Naim dan arah utara dari sekolah saya.
Setelah menjalankan kajian ini saya telah mendapat tentang
tentang maklumat iaitu jenis pertanian yang dijalankan, kesan
negatif terhadap alam sekitar dan langkah kawalan.

Saya mendapati kegiatan pertanian disini berasaskan sayur-


sayuran seperti kangkung, sawi dan sebagainya.

Melalui pertanian ini saya mendapati terdapatnya kesan


negatif akibat penggunaan racun serangga, baja kimia dan
sebagainya. Antaranya termasuklah akibat penggunaan racun
serangga dan baja kimia akan menyebabkan bahan toksik, seperti
plumbun dan zink dalam tanah bertambah. Penggunaan mesin
pembajak akan menyebabkan habitat haiwan di kawasan pertanian
akan musnah.
Langkah kawalan yang patut dilakukan adalah penggunaan
kaedah biologi dalam pertanian seperti penggunaan baja organic
atau asli seperti najis haiwan dan sisa tanaman. Pemeliharaan
haiwan seperti ular dan burung hantu di kawasan pertanian dapat
menggantikan penggunaan racun kimia.
Jadual jenis aktiviti manusia

JENIS
PERTANIAN BILANGAN JUMLAH

PADI

POKOK GETAH
Kesan-Kesan Tindakan
SAYUR- Aktiviti Manusia
SAYURAN

JUMLAH

Sumber : Soal Selidik

Selepas menjalankan kajian di kawasan ini, saya


berpendapat bahawa kesan-kesan tindakan aktiviti manusia
terhadap muka bumi di Desa Darul Naim perlu diberi perhatian
serius. Di samping itu, saya dapat mengetahui bentuk-bentuk
muka bumi kawasan kajian termasuklah pandangan darat fizikal
yang sering berubah-ubah. Selain itu, saya juga mendapati bahawa
muka bumi terdedah kepada agen hakisan kerana muka bumi
diratakan. Di samping itu, saya mendapati bahawa tanah di
kawasan kajian menjadi tidak subur akibat kegiatan manusia.

NILAI-NILAI MURNI DAN PATRIOTIK

Saya bersyukur kerana penduduk kawasan kajian


mempunyai pekerjaan yang tetap dan halal. Saya cukup berbangga
dengan kawasan kajian kerana mempunyai pelbagai tumbuhan
dan tempat yang strategik. Saya juga turut gembira kerana
penduduk di kawasan kajian dapat menyara hidup mereka dan
terkeluar dari kemiskinan. Saya juga turut gembira kerana
penduduk di kawasan kajian saling bekerjasama dan tolong-
menolong antara satu sama lain. Saya juga turut terpegun dengan
penduduk di kawasan kajian kerana mereka dapat hidup dalam
keadaan aman damai dan harmoni.

Chong Mui Seng, 2002, Geografi Tingkatan 1 KBSM,


Sasbadi Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai