Anda di halaman 1dari 3

Kiter renungkan sesama...mungkin ada hikmah disebaliknya...

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika
teringatkan dia. Dan walaupun sekadar “Hai” daripada dia cukup sebagai penenang.

Ulasan : Anda mungkin menaruh hati kepadanya, Cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda
tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin
menyukai kamu. Jangan jadi terlalu ‘sweet’, saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar
untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan : Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu
lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab
tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah
membahagiakan kamu.

Ulasan : Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan larikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri
daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali
perbuatan kamu itu.

Ualsan : Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang
menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu
itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini
hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan : Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang
sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana
takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.
Tiada sesiapa pun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapair mata yang satu
lagi, “Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.
Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua itu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal
membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja.”

Ulasan : Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi
begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatnya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak
menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita,
kemudian kita akan sedih menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga
dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang
yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda berada.

Ulasan :
Bahagian1 : orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda
sayangi.
Bahagian 2 : Terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih
menyayangi kamu sepenuh hatinya , fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh disudu
hati, kita tahu orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standart itu. (don’t be too choosy!)

Ulasan : kita amat kritikal teutamanya kepada orang yang kita sukai atau syangi kerana kita
mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik
dapay dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia
diberikan kepada orang yang bertuah.

Ulasan : Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak menerima
kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya.
Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan : Kepercayaan terhadap pasangan anda adalah amat penting. Untuk mempercayai
seseorang yang anda sayangi/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin
terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu2 terhadap anda dan jangan
ragu2 terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini “Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan
perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai
seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi
anda, jika anda menyintai saya, saya akan ‘court’ (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya...”

Ulasan : Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang
pertama, tetapi a masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya
apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu
mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan : Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk
anda mencuba terlebih dahulu, kerana jika anda berjaya, kemenangan itu teramatlah manis.
Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda
sayangi/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda
bertangguh.

Ulasan : Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayangi/cintai.
Beritahu mereka biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling
indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan
istimewanya mereka dalam hidupanda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan
anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda
terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan
sengsara, bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang
yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi
anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan : Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan
kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah
orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan : Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan
mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...ia
bukanlah ‘pasport’ untuk anda difahami, tetapi untuk anda memahami. Ia bukan ‘pasport’ untuk
anda mangambil itu da ini, tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar, bukan
supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur, bukan untuk anda
meminta itu dan ini. Ia buakn untuk anda berkira2 atau mengukur, tetapi untuk anda mencintai.

People Will Forget What U Said


People Will Forget What U Did
But...People Will Never Forget How U Feel Them...

Anda mungkin juga menyukai