Anda di halaman 1dari 147

Izzul Izzati

bab
1

T
OMBOL pintu yang
tidak berkunci direntap
dan dipulas dengan rasa
geram. Daun pintu yang terkuak dibiarkan terhempas sendiri.
Bunyi dentuman kedengaran kuat bergema. Biar terasa bingit
gegendang telinga, biar terasa mahu gugur jantung sesiapa yang
mendengar. Dia tidak peduli. Hatinya benar-benar dihenyak
dengan rasa bengang. Jiwanya betul-betul sakit. Nalurinya
terselinap rasa luka yang begitu pedih tatkala mengenangkan
diri diperalatkan demi kepentingan dan kebahagiaan orang
lain. Sedangkan hati sendiri sakit terdera.
“Arghh!!”
Terlepas jua perasaan geram dan marah yang
sedang saling bertindih dengan rasa kecewa. Kunci kereta di
tangan dicampakkan ke atas meja. Berdeting-deting bunyinya
ketika berlaga dan bergesel dengan permukaan meja kaca.

1
kuseru kasihmu

Dihempaskan pula badan ke sofa panjang sambil menghela


nafas berat. Seberat beban di kepala ketika itu. Lengan tangan
digalas ke dahi dan mata dipejamkan rapat. Seboleh-bolehnya
mahu melenyapkan segala bentuk rasa perasaan yang nyata
sarat membelenggu emosi.
Biarpun minda sedang berselirat, dia sebenarnya
masih sedar aksinya itu sedang diperhatikan dan dipertonton-
kan oleh Emilia, teman serumahnya yang kebetulan turut
berada di ruang tamu. Dia tidak peduli apa pun penilaian Emilia
tentang dirinya kala itu. Dibiarkan Emilia membuat tafsiran
sendiri. Kali ini, dia benar-benar tidak mampu membendung
lagi segala macam bentuk tekanan yang sememang telah lama
bersarang di jiwa. Telah lama terpendam. Bila-bila masa saja
boleh meletus bak gunung berapi.
Emilia yang sedang memerhati hanya mampu
menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak perlu bertanya kerana
dia sudah mengetahui jawapannya. Dia juga dapat membaca
apatah lagi meneka apa yang sedang dialami oleh Afrina pada
waktu itu. Bukan kali ini sahaja Afrina berkelakuan sebegitu.
Sudah tiga tahun mereka tinggal serumah. Emilia sudah
masak dengan perangai Afrina. Malah, dia faham kenapa dan
mengapa. Dia juga mengetahui sebab-musababnya. Cuma kali
ini, emosi Afrina nampak begitu tertekan.
“Rina, kau okey, ke?” sapa Emilia perlahan sejurus
emosi Afrina tampak tenang.
Mendengarkan suara Emilia, perlahan-lahan Afrina
membuka kelopak mata. Raut wajah teman serumahnya itu
dipandang dengan renungan yang kosong tanpa emosi.
“Aku rasa lebih baik kau tukar aje tempat kerja,
Rina. Tak adalah kau tension macam ni,” ujar Emilia memberi
cadangan. Cadangan yang entah ke berapa kali diusulkan
namun dibiarkan sepi. Apa yang istimewa sangat dengan
‘mamat’ bernama Hakimi di mata Afrina sehinggakan begitu

2
Izzul Izzati

susah sekali Afrina hendak melupakan, dia pun tak tahu.


Afrina menghela nafas. Wajah Emilia dipandang
sekilas sebelum diketap bibirnya.
“Entahlah, Lia, cakap memang senang tapi nak
lakukannya...,”
Afrina membiarkan ayatnya tergantung. Dia bangun
perlahan-lahan dari sofa dan melangkah ke birai tingkap kaca.
Melalui laras tingkap, dihalakan pandangan anak mata ke
padang permainan yang terletak beberapa meter dari rumah
teres dua tingkat itu. Keriuhan kanak-kanak yang sedang
berkejaran di antara satu sama lain mengelilingi buaian dan
papan gelongsor ketika itu bagaikan sepi di telinga apabila di
pendengarannya terngiang-ngiang kembali bait-bait perbualan
antara dia dengan Hakimi di tempat kerja.

“RINA, kau mesti tolong aku,”


Permintaan Hakimi membuatkan pergerakan Afrina
semerta terbantut.
“Tolong?”
Bebola mata menerjah tepat ke wajah Hakimi yang
berada di hadapan mejanya.
“Tolong apa lagi, Kimi?” keluh Afrina. Salah satu fail
kelabu kehitaman yang tersusun kemas di atas rak di sebelah
meja kerjanya dicapai dan dibelek-belek pantas. Hatinya mula
berasa tidak tenteram dengan nada suara Hakimi yang ternyata
berlainan sekali dari biasa.
“Aku ada masalah sikit, Rina. Hanya kau yang dapat
tolong selesaikan masalah aku ni. Please!”
“Masalah apa lagi?”
Afrina menghela nafas berat. Wajah Hakimi dijeling
sekilas. Dia merasakan ada sesuatu yang terbuku di sudut

3
kuseru kasihmu

hati.
“Masalah dulu juga tapi...,”
“Tapi apa?” pintas Afrina. “Kau ni kan, tak habis-
habis dengan masalahlah,” perli Afrina sinis berbaur geram.
Hilang semangatnya hendak membuat kerja. Bukan dia
tidak tahu apa masalah Hakimi. Kalau tidak fasal Natasha,
tidak mungkin Hakimi sanggup merayu-rayu sebegitu. ‘Dia
ingat aku ni apa? Jabatan Kebajikan dia? Dari zaman belajar
sampai kerja tak habis-habis nak menyusahkan aku. Eeeiii!
Geramnya!’ Jiwa Afrina memberontak sendiri. Dokumen
dalam fail tersebut terus dibeleknya. Maklumat yang ingin
dicari terasa hilang punca. Tidak tahu apa sebenarnya yang
hendak dicari. Semuanya gara-gara Hakimi!
“Tapi kali ni lain, Rina.”
“Lain?”
Terangkat kening Afrina mendengar. Sukar untuk
dia percaya Hakimi ada masalah lain selain daripada Natasha.
Mustahil! Detik hati Afrina sendiri. Hakimi mengangguk,
mengiakan.
“Apa pula masalah kau kali ni?”
Terpacul juga persoalan daripada ulas bibir Afrina.
Mungkin rasa teruja ingin mengetahui tiba-tiba membuak.
“Rina, err... sebenarnya aku…,” Hakimi kelihatan
gelisah hendak memberitahu. “Aku dengan Tasha cadang nak
kahwin.”
Bulat anak mata Afrina mendengar. Lidahnya bagai
terpaku kejap. Dia kelu tiba-tiba. Langsung ketandusan kata-
kata. Biarpun perlahan Hakimi menuturkannya tetapi itu sudah
cukup menyentak aliran darah dalam setiap urat sarafnya.
Jari-jemari yang tadinya pantas membelek turut terhenti.
Berbaur perasaan ketika itu. Terkilankah dia? Kecewakah dia?
Terlukakah dia? Dadanya mula sesak, menahan segala macam
emosi yang tiba-tiba menyerang.

4
Izzul Izzati

“Rina…,”
Afrina terperanjat. Tugas yang terganggu dan
terhenti diteruskan kembali, cuba menutup rasa kalut
dan menggelabahnya. Segala macam bentuk perasaan
yang melanda ditelan dalam-dalam. Sedaya-upaya cuba
menyembunyikan daripada dapat dikesan oleh Hakimi. Dia
harus bijak mengawal emosi biarpun hati tidak mampu untuk
berbohong lagi pada diri sendiri.
“Rina!” panggil Hakimi lagi.
Kali ini, Afrina mengangkat muka. Wajah gelisah dan
resah Hakimi kelihatan jelas di matanya. Dia dapat mengagak
mengapa, biarpun tiada penjelasan daripada Hakimi. Tatkala
pandangan mereka berlaga, Afrina kembali menunduk. Pura-
pura menatap kandungan kertas kerja di dalam fail. Padahal
tumpuannya pada kala itu langsung hilang.
“Rina, kau dengar tak ni?”
Suara Hakimi kedengaran tidak berpuas hati.
“Aku dengar,” jawab Afrina perlahan. Terus berpura-
pura menatap dan membelek surat-surat dan kertas kerja. Dia
sebenarnya perasan, kebisuannya itu membuatkan Hakimi
bertambah gelisah. Biarkan! Biar dia rasa, getus hati Afrina.
“Macam mana ni, Rina?”
“Macam mana apa?”
Acuh tak acuh jawapan Afrina. Masih terus mencuba
menahan emosi dalam diri agar tidak terpamer pada wajah.
“Pasal aku dengan Tasha nak kahwin,” Hakimi
mengulangi masalah yang ingin disampaikan.
“Rasa nak kahwin... kahwin ajelah. So, what is your
problem?”
Afrina masih bersahaja. Biarpun suaranya
kedengaran sedikit mendatar menahan rasa. Fail kelabu
kehitaman ditutup dan ditolak ke tepi meja. Pergerakannya
ternyata menjadi tidak tentu hala untuk menutup kekalutan

5
kuseru kasihmu

yang sedang menyerang jiwanya ketika itu. Perincian lukisan


arkitek yang tergulung kemas bak ‘lemang yang telah dibakar’
di atas meja sisi dicapai dan dibentangkan memenuhi ruang
meja. Dia berlagak sibuk, bertujuan menghalau Hakimi secara
halus daripada terus menepek di tempat duduknya itu. Paling
ditakuti, Hakimi dapat mengesan apa yang sedang bergelora di
dalam nalurinya ketika itu. Lagi parah!
“Rina, kau kan tahu apa masalahnya kalau aku
berkahwin dengan Tasha,” Hakimi menghela nafas. Raut
wajahnya kelihatan tegang.
Afrina kembali memandang wajah Hakimi. Anak
mata mereka bertaut lagi. Afrina kembali menunduk. Tidak
berani untuk terus membalas renungan mata Hakimi. Tusukan
pandangan sebegitu sudah cukup meruntuhkan benteng
ketahanan hatinya. Ingin sekali dia menjerit dan meluahkan
apa yang terbuku. Namun, apakan daya. Dia tidak mampu. Dia
tidak mahu dan tidak ingin sekali-kali bermimpi pada siang
hari. Biarpun rasa kecewa yang bermukim terasa semakin
memberat hembusan nafasnya. Tetapi, untuk dia berterus-
terang, tidak sama sekali!
“Maksud kau, Azlan dan Haliza?”
Setenang mungkin Afrina menyoal, berpura-pura
berfikir dan cuba memahami maksud yang ingin disampaikan
oleh Hakimi. Hakimi mengangguk laju.
“Dari dulu lagi aku dah cakap. Kau kena berterus-
terang sebelum apa-apa berlaku. Tapi kau degil. Bila dah
terdesak macam ni, aku juga yang kau cari,” sindir Afrina.
Sinis lagi pedas! Dalam maksud yang ingin disampaikan.
Sungguh pun begitu, dia yakin Hakimi tidak mungkin
memahami apatah lagi cuba mengerti. Dia pasti! Amat pasti!
Hakimi kelihatan menundukkan wajah.
“Tak semudah itu, Rina. Kau kan tahu Lan dan Liza
kawan baik kita. Aku dah cuba tapi aku tak sampai hati,” luah

6
Izzul Izzati

Hakimi lemah.
Hati Afrina mencebik sinis. ‘Mengaku kawan baik
konon….tapi sanggup tikam kawan tu dari belakang’. Sudah
lama dipendamkan ayat itu. Ingin sahaja dihamburkan kata-
kata itu kepada Hakimi. Tetapi, mulutnya bagai dikunci rapat.
Sudahnya, dia membiarkan sahaja berlalu.
“Rina!” seru Hakimi lagi.
‘Aduh! Nak apa lagi? Mengapalah mamat ni tak
habis-habis menyusahkan orang?’ Desis hati Afrina. Ringan
sahaja mulutnya untuk menghalau Hakimi jauh-jauh. Tidak
sanggup lama-lama menahan kemelut emosi yang sedang
melanda jiwanya ketika itu. ‘Oh! Tuhan, mengapa harus
ada perasaan ini?’ Rintih Afrina sendiri. Dia menghela nafas
dalam. Kelopak mata dipejamkan seketika bagi mencari ruang
ketenangan.
“Rina, aku berharap sangat kau dapat menolong
aku kali ni,” Hakimi masih tidak berputus asa untuk merayu.
Afrina menghela nafas yang semakin sesak.
“Kimi, aku rasa, dalam hal ini lebih baik kau dan
Tasha sendiri yang berterus terang dengan dia orang, bukannya
aku,” ujar Afrina dalam nada tenang mengawal emosi.
“Aku tak berani, Rina,” Hakimi bersuara lesu.
“Hai, kau dan Tasha berani buat. Kenapa pulak
sekarang tak berani tanggung?” sindir Afrina. Terlepas juga
nada suara berbaur perasaan geram dan kesal daripada
mulutnya. Wajah Hakimi ditenung tajam. Hakimi kelihatan
semakin gelisah. Wajahnya diraup berkali-kali.
“Rina, kau tolonglah aku,” sayu Hakimi mengharap.
Afrina memalingkan wajah daripada terus direnung
oleh Hakimi. Berbuku perasaan hatinya mendengarkan
jawapan Hakimi.
“Tak boleh, Kimi! Dalam hal ini, aku tak jamin,”
Afrina cuba menolak. “Ini soal perasaan. Kau dan Tasha seolah-

7
kuseru kasihmu

olah sengaja memainkan perasaan dia orang. Kau sedar tak,


kau telah rosakkan kepercayaan Azlan pada kau,” ujar Afrina
sinis.
Hakimi terdiam. Raut wajahnya kelihatan keruh.
“Aku mengaku, aku salah tapi tolonglah aku kali ni,
Rina. Kau tolonglah cakapkan bagi pihak aku, Rina,” Hakimi
terus merayu.
“Kau tahu tak, hal ini boleh membuatkan kau
bermusuh dengan Lan,” tegas Afrina lagi.
“Aku tahu. Aku sedar tapi aku terpaksa.” Hakimi
menjawab longlai.
‘Terpaksa konon!’Cebik Afrina dalam hati. Hampir-
hampir sahaja terluah keluar daripada mulutnya. Nafas dihela
lagi meredakan amuk perasaan geram.
“Aku cintakan Tasha, Rina. Aku bukannya nak
perkara ni terjadi tapi mungkin sudah ditakdirkan jodoh aku
dengan Tasha,” sambung Hakimi lagi.
‘Huh! Takdir yang diciptakan oleh mereka
sendiri, mahu disalahkan kepada takdir, konon!’ Hati Afrina
mendongkol. Namun, akalnya kembali berfikir rasional.
Bukankah urusan jodoh, hidup dan mati adalah urusan Tuhan?
Kenapa mesti dipertikaikan? Mungkin takdir untuk dirinya
juga telah ditetapkan. Dia hanya mencintai Hakimi secara
diam tapi bukan untuk dimiliki. Sebak terasa mencengkam
di sudut hati.
“Rina, please…,” Hakimi terus merayu.
Afrina mengetap bibir. Sayu benar kedengaran
suara Hakimi meskipun dia tahu sikap Hakimi yang hanya
mementingkan diri sendiri itu tidak seharusnya dikasihani.
‘Tidak sepatutnya ditolong! Biar dia rasa akibat perbuatannya
sendiri. Biar dia tanggung sendiri! Biar padan muka dia!’
Dengus hati Afrina. Tetapi, itulah. Walaupun perasaan marah

8
Izzul Izzati

terasa menggunung kepada Hakimi namun jauh di sudut


nalurinya dia tidak sampai hati membiarkan Hakimi terus
menerus begitu. Lemahkah dia dengan perasaan? Lemahkah
dia? Afrina menghela nafas. Wajah Hakimi dipandang sekilas.
“Kau nak aku buat apa?”
Terpacul juga soalan daripada bibir Afrina biarpun
tanpa ada niat untuk menunaikan permintaan Hakimi. Namun
persoalan yang keluar berbaur kesudian untuk membantu,
itu sudah cukup membuatkan Hakimi tersenyum lega. Riak
keceriaan mula bertunas pada setiap raut wajahnya.
Afrina yang memandang hanya mampu mengetap
bibir. Menahan rasa yang sedang menjalar di hati.
“Aku percayakan kau, Rina. Aku yakin kau boleh
pujuk Lan. Kau tolong cakapkan baik-baik, ya?” Sempat
Hakimi berpesan sebelum dia melangkah pergi.
Afrina kehilangan kata-kata. Hanya mampu
memandang Hakimi berlalu pergi. Terasa dirinya begitu
bodoh sekali. Tidak ada pendirian, menjadi ‘pak turut’ untuk
kebahagiaan orang lain sedangkan diri sendiri merana,
memendam rasa.

“RINA!” Afrina tersentak. Spontan menoleh ke arah suara


yang menyapa. Dilihat wajah Emilia berada di hadapannya
kini. Bukan lagi wajah Hakimi.
“Kau okey ke, Rina?”
Afrina diam, tidak menjawab. Hanya senyuman
hambar diberikan.
Emilia melangkah menghampiri Afrina yang masih
membeku di birai tingkap. Simpatinya menggunung. Afrina
yang dikenalinya selama tiga tahun itu memang pandai
menyembunyikan rasa hati. Tetapi, kawan baiknya itu juga

9
kuseru kasihmu

manusia biasa yang tidak selamanya dapat memendam segala


apa yang terbuku. Akan terluah juga apabila tekanan perasaan
kian sendat menekan.
“Aku sedih tengok kau selalu begini, Rina. Kau
fikirlah tentang cadangan aku tadi. Aku tahu kau susah
nak lupakan dia tapi sekurang-kurangnya kau tak perlu
lagi menghadap muka dia hari-hari,” nasihat Emilia sambil
menggenggam erat tangan teman baiknya itu.
Afrina terus membisu. Air mata yang lama ditahan
menitis jua ke pipi dengan sifat keprihatinan Emilia.
Genggaman tangan teman baiknya itu turut dibalas. Mengharap
sedikit kekuatan. Ternyata dia lemah. Lemah kepada perasaan
yang sememangnya tidak pandai berbohong. Ia tetap juga
hadir biarpun sudah puas dia mengelak dan menepis. Hakimi
Haris! Wajah kacak itu menguak kembali kenangan lama.

10
Izzul Izzati

bab
2

“A
DA sesiapa tak sebelah
awak ni?” Senyap.Per­
tanyaan pemuda itu
tidak dihiraukan. Malah, siswi itu terus ralit berkhayal. Anak
matanya merenung kosong bahagian hadapan dewan. Asyik
sekali!
“Cik adik?” Masih senyap. Tiada sebarang reaksi yang
diberikan.
“Helo, cik adik!” Bahu siswi itu dicuit.
“Opocot, mak kau!”
Spontan, Afrina yang sedang mengelamun, melatah
terperanjat dengan sapaan secara tiba-tiba. Serentak dia
berpaling mencari wajah insan yang telah mengacau-ganggu
mimpi indahnya pada kala itu. Terasa hati melonjak panas dan
geram! Namun apabila mata bertentangan mata, dia menjadi
kaku serta-merta. Dia terkesima. Tergamam. Terpegun.

11
kuseru kasihmu

Terpesona.
“Ada sesiapa tak sebelah awak ni?”
Tanpa menghiraukan reaksi Afrina yang nampak
terpinga-pinga, pemuda tersebut mengulangi pertanyaannya
yang masih tidak dijawab. Sebaris senyuman sinis terukir.
“Ada... err… tak ada. Sebenarnya ada tapi hari ni dia
tak datang,” Afrina gugup. Tergagap-gagap dia menjawab
setelah menyedari aksinya sedang diperhatikan. Tiba-tiba, dia
menjadi kalut dan gabra menahan perasaan malu. Merah
padam wajahnya. Sebal tatkala kedengaran gelak tawa yang
ditahan-tahan oleh rakan sekuliah yang duduk berhampiran.
‘Alamak! Macam mana aku boleh melatah tadi? Aduh! Mak!
Malunya!’ Afrina mengutuk dirinya sendiri. Mahu sahaja
dibungkuskan wajahnya di dalam buku nota.
“Boleh saya duduk? Tempat duduk belakang dah
penuh,” pinta pemuda tersebut. Senyuman sinisnya masih
terukir.
Afrina yang sedar tentang situasi tersebut hanya
mampu mengangguk dan cuba membalas senyuman yang
diberikan namun sayang seribu kali sayang. Senyuman yang
nyata tidak menjadi. Yang terhasil senyuman sumbang lagi
sumbing. Malunya tidak terucap. Kalau boleh disorokkan
wajah di bawah meja sudah pasti dilakukannya pada ketika
itu.
Pemuda itu segera duduk di sebelah Afrina. Dia
sempat memberikan sekuntum senyuman. Terserlah sebaris
giginya yang cantik tersusun. Afrina yang memandang
bertambah terpesona. Hati perempuannya tercuit. Ditambah
lagi lekuk di bawah dagu melengkapkan lagi ketampanan
pemuda itu. ‘Aduhai! Pakwe siapa ni, ek?’ Hatinya seperti
ditarik-tarik oleh besi berani.
Sepanjang kuliah berlangsung, Afrina hilang
tumpuan. Fokusnya lari. Konsentrasinya tidak lagi pada

12
Izzul Izzati

syarahan pensyarah di hadapan. Anak matanya bagai diseru-


seru untuk mencuri pandang wajah pemuda di sebelahnya itu.
Sukar untuk diungkapkan lagi perasaannya ketika itu. Apa
yang pasti, dia terasa ingin menatap sekali lagi raut wajah
pemuda yang tiba-tiba datang menepek di sebelahnya. Tiba-
tiba sahaja. Bagai putera raja turun dari kayangan! Chewah!
Sempat Afrina berangan sendiri.
Afrina terus resah di tempat duduknya. Bila ada
kesempatan dia cuba melirik ekor mata, menerokai sepenuhnya
wajah pemuda itu. Sampai naik juling biji mata apabila hanya
terlihat bahagian sisi wajah. Hampa rasanya. Ingin memandang
lebih-lebih, bimbang akan dapat dikesan oleh teman-teman
sekuliah yang berada di barisan tempat duduk belakang. Lagi
haru dibuatnya! Lagipun, pemuda tersebut kelihatan bersahaja,
tiada tanda-tanda untuk menoleh memandang ke arahnya.
Tumpuannya hanya pada syarahan yang sedang diberikan oleh
Dr. Hassan ketika itu. Apa yang hendak dikatakan lagi, dia
sememangnya bukan ada daya penarik untuk dipandang pun!
Afrina diserang perasaan rendah diri. Biarpun begitu, jiwanya
tetap melonjak untuk mengikut kata hatinya waktu itu.
Perasaan apakah ini? Afrina terus melayan angannya.
Dia tersentak daripada khayalan. Terpinga-pinga
seketika. Keadaan dewan kuliah yang tadinya sunyi sepi tiba-
tiba berubah menjadi gamat. Riuh-rendah bagai pasar borong.
Kuliah sudah tamat, ke? Jam tangan ditilik. ‘Aduh! Cepatnya
masa berlalu!’ Keluh hati Afrina. Di toleh ke meja sebelahnya.
Pemuda di sisinya itu terus bangun dan berlalu tanpa sempat
dia menegur. Paling tidak pun menatap raut wajah yang telah
berjaya mencuri tumpuannya itu. Melihatkan pemuda itu
sepantas kilat hilang daripada pandangan mata, Afrina pantas
melangkah seperti mengejar. Dia tercari-cari wajah itu namun
hampa. Dia mengeluh kecewa.
Afrina termangu. ‘Kenapa dengan aku hari ni, ya?

13
kuseru kasihmu

Tidak pernah rasanya berperasaan begini. Tiba-tiba aje


berminat dengan pemuda tersebut. Walhal bukannya tidak
pernah melihat pemuda yang lebih kacak daripada pemuda itu
sebelum ini’.
Rasa kecewa dan terkilan mengiringi langkah Afrina
sewaktu keluar dari dewan kuliah. Memandangkan teman
baiknya, Natasha dan Haliza tidak hadir ke kuliah hari itu,
terpaksalah dia bersendirian mencari makanan untuk santapan
tengah hari tersebut. Biarpun seleranya seakan-akan hilang
namun langkah kaki tetap diatur jua menuju ke kafeteria yang
terletak di bahagian belakang bangunan fakulti pengajiannya.
Lagipun, perutnya sudah berlagu keroncong kerana sejak dari
pagi tidak diisi.
Sepanjang kaki melangkah ke kafeteria, dia tidak
dapat mengelak daripada menahan anak matanya meliar dan
meneropong ke setiap sudut. Takut-takut si jejaka kelihatan di
mana-mana. Masih cuba menaruh harapan. Masih juga
berharap. Tetapi sia-sia. Akhirnya, dia melewati pintu masuk
kafeteria.
Anak mata Afrina terpaku seketika. Pemuda yang
dicari-cari itu dilihat sedang enak menikmati hidangan
bersama dua orang rakannya yang lain. Hati Afrina tiba-tiba
melonjak riang. Gembira tidak terkata. Seleranya tiba-tiba
datang. Hatinya sekali lagi bagai ditarik-tarik untuk menjamu
selera di kafeteria tersebut. Biarpun sendirian. Dia tidak mahu
melepaskan peluang yang ada untuk menatap wajah yang tiba-
tiba berjaya menawan perhatiannya itu. Menawan sekeping
hatinya. ‘Kalaulah mamat tu tahu. Aduh, malunya!’ Sempat
Afrina mengutuk diri sendiri. ‘Ah! Biarkanlah! Bukannya
selalu, lagipun tak mungkin mamat tu tahu’. Hati Afrina
tersenyum nakal.
Afrina tergesa-gesa menyenduk nasi dan lauk.
Aduhai! Tiba-tiba sahaja dia menjadi seorang yang gelojoh.

14
Izzul Izzati

Biasanya hanya satu lauk dan kuah yang menjadi santapan


perutnya. Kali ini, hampir melimpah pinggan nasinya dengan
lauk-pauk. Satu alasan untuk dia berada lama-lama di situ.
Tanpa berlengah, dia mencari tempat duduk yang selesa untuk
meneropong segala gerak geri dan raut wajah pemuda idaman.
Itu sudah memadai. ‘Putera idaman? Hmmm. Mungkin juga!’
Bisik hati Afrina yang sudah mula berbunga riang.
Orangnya tinggi lampai, berkulit cerah, berkumis
nipis dan rambutnya kelihatan teracak-racak akibat dipotong
pendek, amat sesuai dengan raut wajahnya. Cuma matanya
agak sepet. Macam anak Cina kacukan Melayu. Dengan lain
kata, macam hero drama bersiri Korea. Aduh! Panahan sinar
anak mata pemuda tersebut terasa menggetarkan jiwa ketika
terpandang pertama kali di dewan kuliah tadi. Tidak dinafikan,
pemuda itu boleh dikategorikan sebagai jejaka yang terkacak
di kampus. Kelopak bunga di hati Afrina semakin mekar.
Terasa bagai kembang setaman. Dia tidak mampu menahan
bibirnya lagi daripada mengukir senyuman manis. Semanis
tunas cinta yang mula bertunas dalam hati. Oh! Semudah itu
dia telah jatuh cinta. ‘Inikah dinamakan cinta pandang
pertama? Hati Afrina bersoal jawab sendiri. Dia tersenyum
mengenangkan jejaka itu. Namun, senyuman itu mati tiba-
tiba tatkala teringatkan sesuatu. Oh! Layakkah dia untuk
berganding dengan putera idaman itu? Seorang yang biasa
sahaja pada pandangan mata. Tiada tarikan apatah lagi
berwajah cantik. Afrina mengetap bibir. Semangatnya turut
merudum.
“Hoii, Rina!”
“Oh, mak kau!”
Afrina melatah lagi kerana terkejut bila bahunya
ditepuk kuat dari belakang. Bagai hendak gugur jantung
akibat terkejut yang teramat. Nasib sudu yang dipegang tidak
terlepas daripada genggaman. Eeii... bengangnya dia! Afrina

15
kuseru kasihmu

menyumpah-nyumpah sendiri melihat orang yang


menyergahnya itu.
“Kau! Tasha, Liza! Terkejut aku!” getus Afrina
geram.
Natasha dan Haliza mengekek ketawa melihat reaksi
Afrina. Tanpa disuruh dan dipelawa, mereka berdua duduk di
hadapan meja Afrina. Tidak dipedulikan pandangan mata yang
sedang melihat gelagat mereka. Afrina terasa malu sendiri.
“Itulah, berangan lagi. Kita orang datang pun tak
perasaan,” usik Natasha dengan senyuman geli hati.
“Tolong sikit! Memandai-mandai ajelah kau orang
ni,” sangkal Afrina biarpun hakikatnya begitu. Tidak rela dia
dijadikan bahan kutukan kawan-kawannya itu andainya
mereka berdua mengetahui rahsianya kelak. Tidak sama sekali!
Mana hendak disorokkan wajahnya nanti.
“Hai. Sebelum ni, tak pernah pulak kau makan
sorang-sorang kat kafe. Tiba-tiba aje. Ada apa-apa ke?” sakat
Haliza pula dengan gelak tawa mengusik. Natasha menyambung
tawa Haliza.
Afrina tersenyum kelat. Kelekaan dia merenung
pemuda tersebut membuatkannya benar-benar tidak
menyedari kehadiran kedua-dua temannya itu. Kalaulah
mereka berdua tahu cerita sebenar. Pasti haru! Belum pun
tahu lagi, dia sudah menjadi bahan gelak ketawa.
“Aa... aa..., Rina, selalunya kau main bungkus aje.
Mimpi apa hari ni kau makan kat kafe?” giat Natasha pula.
Gelak tawa masih kedengaran.
“Mana ada,” jawab Afrina sedikit geram. “Apa salahnya
aku makan sorang-sorang kat kafe. Yang kau orang berdua
ponteng kuliah pagi tadi, kenapa?” perli Afrina pula cuba
mengubah haluan topik bicara.
Natasha dan Haliza tersenyum tersipu-sipu.

16
Izzul Izzati

“Ala, Rina. Sesekali…bukannya selalu,” Natasha


menjawab sekali bagi pihak Haliza.
“Pandailah kau orang.”Afrina mencebik.
Natasha dan Haliza hanya tersengih.
“Eh, Tasha!”
Tiba-tiba sahaja Haliza bersuara sedikit menjerit
ketika matanya terpandang seseorang yang sedang menjamu
selera di dalam kafeteria tersebut.
“Kenapa?” soal Natasha tidak sabar.
“Hakimi, senior yang aku ceritakan kat kau hari tu,
ada kat sinilah.”
“Mana?”
Anak mata Natasha liar mencari ke sekeliling
kafeteria. Haliza memuncungkan mulutnya ke arah orang
dimaksudkan. Afrina dan Natasha segera memfokuskan anak
mata mereka ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Haliza.
“Mana?”
Natasha cuba mendapatkan kepastian tatkala
menyedari terlalu ramai pelajar yang berada di dalam kafeteria
tersebut.
“Itu…yang pakai baju warna merah tu. Kacak, kan?
Berkenan betul aku. Sekali pandang terus jatuh hati.
Seronoknya kalau dapat jadi boyfriend aku,” beritahu Haliza
bersungguh-sungguh.
Natasha dan Afrina kembali menoleh ke arah pemuda
yang dimaksudkan oleh Haliza. Air muka Afrina serta-merta
berubah setelah menyedari orang yang dikatakan itu adalah
orang yang sama diminati. ‘Aduh! Putera idamanku, ke?’
Wajah Afrina berkerut bak kertas bergumpal. ‘Kacau daun
betullah dia orang ni! Tak ada ke orang lain yang kau orang
nak minat?’ Rungut Afrina dalam hati. Dia mula rasa tergugat.
Tidak mampu untuk dinafikan terpercik juga perasaan kecewa
dalam sudut hatinya. Siapalah dia jika dibandingkan dengan

17
kuseru kasihmu

kedua-dua teman baiknya itu. Afrina mengeluh hiba dalam


diam. Menelan dalam-dalam rasa hampa yang menerpa.
Kelopak bunga yang baru mula berputik, layu sebelum sempat
kembang mekar dan mewangi. Harapan hatinya turut gugur
satu-persatu. Nasi yang berbaki ditolak ke tepi. Seleranya terus
mati tiba-tiba.
“Hmm…boleh tahan juga mamat tu,” komen
Natasha. Tidak berkedip memandang orang yang
dimaksudkan.
“Kacak, kan?” Senyuman Haliza kian manis.
Menggambarkan betapa perasaannya ketika itu berbunga-
bunga. Afrina menelan air liur pahit.
“Kau kata tadi, dia tu senior kita. Tapi, macam mana
pulak dia ada dalam kuliah Dr. Hassan?” soal Afrina cuba
berlagak biasa.
“Apalah kau ni, Rina. Itu pun tak tahu ke?” kutuk
Haliza. “Kalau dah satu kelas dengan junior, dia mengulang
subjeklah tu. Tak pun dulu dia tak ambik subjek tu,” terang
Haliza dengan diiringi ketawa kecil. Natasha turut tergelak.
Afrina terdiam mendengar. Tidak memberi apa-apa
komen dan reaksi. Hanya menjadi pemerhati gelagat kawan-
kawannya itu.
“Liza, kalau kau berkenan sangat dengan senior tu,
aku cabar kau pikat dia. Amacam?” duga Natasha dengan
senyuman meleret.
Tersirap darah Afrina mendengar. Wajah Haliza
segera dipandang, menunggu respons. Jauh di sudut hati tetap
berharap-harap agar cabaran Natasha ditolak.
“Hmm...,” Haliza seperti berfikir seketika. Wajah
Natasha dan Afrina dipandang silih berganti dengan senyuman
nakal.
“No problem! Kalau dapat nanti, jangan pulak kau
orang berdua cemburu dahlah,” jawab Haliza dengan ketawa

18
Izzul Izzati

bangga. Seolah-olah cabaran itu bakal menghasilkan


kemenangan.
Natasha mencebik.
“Ooit cik kak, jangan nak berlagak lagi. Biar dapat
dulu. Aku nak tengok,” tempelak Natasha. Haliza tersengih.
“Belum cuba, aku dah tahu.” Haliza ketawa terkekek,
cuba mengusik Natasha.
Afrina terus diam membisu. Namun, dia tetap
berusaha juga untuk mengukirkan senyuman kepada kedua-
dua temannya itu untuk melindungi emosi yang semakin
sendat mengasak dalam jiwanya ketika itu. Perasaan kecewa
yang bermukim sedikit sebanyak menjerut kemanisan
senyuman yang ingin dipamerkan.

19
kuseru kasihmu

bab
3

“K
AK Rina! Kak Rina!”
Afrina tersentak.
Lamunan panjangnya
terputus tiba-tiba. Interkom yang menjerit bertalu-talu
memanggil namanya, ditenung seketika sebelum dijawab.
“Iya, Mas. Ada apa?”
“Bos nak jumpa Kak Rina,” jawab Mastura, setiausaha
pejabat tempat Afrina bekerja.
“Nak jumpa? Bila?”
Jam di pergelangan lengan dikerling. Lapan setengah
pagi. Masih awal.
“Sekarang, Kak Rina.”
“Hah? Sekarang?! Apa pakcik tu nak pagi-pagi lagi,
Mas?” rungut Afrina. Ada nada keluhan ketidakpuasan hati
kedengaran. Mastura tergelak kecil mendengar cara Afrina
membahasakan kepada bos mereka.

20
Izzul Izzati

“Entahlah, Kak Rina. Agak-agaknya, semalam dia


mimpi kahwin lagi kot. Itulah pagi-pagi semangat masuk
ofis,” gurau Mastura dengan iringan ketawa geli hati.
Afrina hanya tersenyum. Tetapi, fikirannya lebih
tertumpu pada sebab musabab ketuanya itu hendak berjumpa.
Rasa-rasanya, semua kerja sudah selesai. Kalau ada pun
dateline nya, masih belum due. Harap-harap tidak ada masalah
besar. Doa Afrina dalam hati sambil bangun dan melangkah
ke arah bilik Encik Kamal di tingkat bawah bangunan tiga
tingkat itu.
Setiap kali anak tangga pejabatnya dilangkah, setiap
kali itulah hatinya merungut panjang. Malang betul bekerja di
pejabat yang tidak ada kemudahan lif ini. Hari-hari terpaksa
turun naik anak tangga setinggi tiga tingkat. Bukan setakat
boleh membuat nafasnya semput dan lenguh urat sendi.
Malah silap hari bulan boleh tercabut kepala lutut. Dia yang
masih muda pun rasa begitu. Macam manalah Kak Noor
dan Wan Amalyn ketika sedang sarat mengandung? Afrina
sempat mengomel. Terkumat-kamit bibir mulutnya berbicara
sendiri.
“Hai, Rina!”
“Hah? Errr…. Hai, Johar,” balas Afrina sedikit
tergagap. Terkejut dengan kemunculan Johar di hadapannya
tiba-tiba.
“Bercakap dengan siapa tadi?” soal Johar. Bibirnya
tersenyum geli hati.
Afrina menelan air liur. Tidak dapat tidak, senyuman
Johar terpaksa dibalas bagi menutup rasa malu. Senyuman
masam-masam manis. Aduh! Macam mana dia boleh tidak
perasan kemunculan mendadak Johar itu. Afrina membebel
sendiri lagi tanpa sedar dia sudah pun berada di hadapan pintu
bilik Encik Kamal. Daun pintu diketuk perlahan-lahan.

21
kuseru kasihmu

“Masuk!”
Kedengaran suara Encik Kamal memanggil.
Perlahan-lahan Afrina memulas tombol pintu.
“Kenapa Encik Kamal panggil saya?”
Encik Kamal yang ketika itu sedang tekun meneliti
dokumen di atas meja segera mengangkat wajah. Muka Afrina
dipandang dan dilemparkan senyuman seketika sebelum dia
bersuara.
“Duduk dulu, Rina. Ada perkara yang I hendak
bincangkan dengan you.”
Afrina menurut. Agaknya betul tekaan Mastura, Encik
Kamal nampak bersemangat betul pagi ini. Senyuman Encik
Kamal dibalasnya bagi melindungi hati yang sedang digeletek
perasaan geli hati bila teringatkan gurauan Mastura.
“Begini Rina, projek kita yang tertangguh di Hulu
Pahang hendak dijalankan kembali. Dua minggu lagi, klien
bercadang untuk melawat tapak. Semua konsultan terlibat.
Memandangkan I ada mesyuarat penting hari tu, jadi I nak
you ganti tempat I ke sana nanti.”
Encik Kamal berjeda seketika. Surat di hadapannya
diteliti sekali imbas sebelum disambung kembali
percakapannya.
“Jadi sekarang, I nak you dapatkan balik fail projek ini.
You cuba dapatkan kembali anggaran kos terbaru berdasarkan
kadar semasa, okey?”
Perlahan Afrina mengangguk. Memahami arahan
yang telah diberikan oleh Encik Kamal.
“Any problem?” soal Encik Kamal. Wajah Afrina
ditenung seketika.
“Err… nanti saya kena pergi sorang aje ke, Encik
Kamal?” soal Afrina sedikit resah.
Terangkat kening Encik Kamal mendengar

22
Izzul Izzati

pertanyaan Afrina.
“Kenapa? You takut ke?”
“Tak…tak. Saya saja tanya,” jawab Afrina kalut. Cuba
menafikan perasaannya biarpun itulah yang dia rasakan.
‘Takkan Encik Kamal tak faham? Atau sengaja buat tak faham?
Kena pergi sorang-sorang ke kawasan pedalaman. Kawasan
hulu pulak tu!. Eeeiii…siapa tak takut!’ Omel Afrina sendirian.
‘Memang pun orang tua ni susah nak faham jiwa orang’. Afrina
terus membebel dalam hati. Hendak disuarakan tidak berani.
Nak mampus!
“Kalau tak ada apa-apa masalah, you boleh pergi
sekarang,” ujar Encik Kamal.
Afrina bangun untuk beredar. Sebelum sempat
dia memulas tombol pintu untuk keluar, Encik Kamal
memanggilnya kembali.
“Rina, kalau you takut nak drive seorang, I akan
minta Hakimi teman you ke sana nanti, okey?”
Afrina terkedu. Air liur ditelan berkali-kali. Alamak!
Encik Kamal dengar ke? “Dengan Hakimi, encik?” Afrina turut
terkejut sama dengan saranan Encik Kamal. Bulat matanya
memandang wajah Encik Kamal.
“Kenapa? Ada masalah ke?”
Reaksi Afrina membuatkan dahi Encik Kamal
berkerut kehairanan.
“Tak... err... tak ada masalah,”
Gugup Afrina menjawab setelah menyedari Encik
Kamal dapat membaca gelombang hatinya. Encik Kamal
hanya mengangguk dan kembali menatap butiran di dalam
dokumen di hadapan mejanya itu.
“Eeeiii…geramnya, tak ada orang lain ke nak suruh
teman aku. Kalau dengan dia tu…lebih baik aku pergi sorang-
sorang. Damai sikit jiwa.” Afrina mengomel sendiri sebaik

23
kuseru kasihmu

sahaja keluar dari bilik Encik Kamal.


“Kenapa, Kak Rina?” tegur Mastura tatkala terdengar
Afrina berbicara sendiri.
“Tak ada apa-apa, Mas. Tu, pakcik tulah...,” Afrina
membiarkan ayatnya tergantung. Dia tahu Mastura memahami
maksudnya. Mastura tergelak kecil.
“Eh, Kak Rina! Tadi, Abang Kimi cari Kak Rina!” jerit
Mastura apabila dilihat Afrina sudah mula melangkah menaiki
anak tangga.
Langkah Afrina mati mendengarkan nama Hakimi
disebut. Dihela nafas panjang berbaur keluhan. ‘Aduh! Hakimi
lagi! Dah tak ada orang lain ke? Hakimi! Hakimi!’ Rungut
Afrina dalam hati. Tanpa sepatah kata sebagai jawapan kepada
Mastura, dia kembali mengatur langkah menaiki anak tangga
ke tingkat tiga. Langkah diayun laju. Aksi Afrina menimbulkan
tanda tanya kepada Mastura yang sedang memerhati dari jauh.
Namun tidak disuarakan.
“Rina!!”
Afrina menarik nafas geram. Isk! Boleh tunggang
terbalik jantung dan hati kalau selalu dia dipanggil macam ni!
Bebel Afrina sendiri. Wajah Hakimi yang tiba-tiba muncul di
hadapannya membuatkan langkah kaki sekali lagi terbantut.
Argh! Hakimi lagi! Macam diseru-seru! Dengus hati Afrina.
“Macam mana, Rina? Kau dah cakap dengan Lan?”
soal Hakimi tidak sabar.
“Belum lagi,” jawab Afrina, acuh tak acuh. Langkah
kembali diatur menuju ke tempat duduknya.
“Belum?” Air muka Hakimi berubah tanda tidak
berpuas hati. Langkah Afrina dihalangnya. “Kenapa belum?
Kau tau kan perkara ni tak boleh ditangguhkan lagi.”
Afrina menghela nafas geram. Tajam anak matanya
menikam wajah Hakimi. Diri Hakimi di hadapannya itu terasa
amat kecil sekali dipandang.

24
Izzul Izzati

“Kimi, boleh tak kau bersabar sikit? Aku tengah


sibuk. Kalau kau nak cepat, apa kata kau sendiri yang cakap
dengan Lan? Lagi bagus,” Afrina cuba menembusi halangan
Hakimi untuk ke tempat duduknya.
“Apa ni, Rina? Kau kan dah janji nak tolong aku,”
Hakimi mendengus. Nada suaranya turut meninggi.
“Kalau nak aku tolong, kau kenalah sabar!” balas
Afrina sedikit bengang. Namun, cuba dikawal apabila
memikirkan kawan-kawan sepejabat turut mendengar.
“Rina!”
Hakimi cuba menghalang langkah Afrina dari
meninggalkannya. “Kau…,”
“Maaf, Kimi. Aku banyak kerja. Lain kali kita
bincang,” Afrina memotong ayat Hakimi. Dia sudah bosan
mendengar rayuan yang menyesakkan kepalanya itu. Tanpa
mempedulikan reaksi Hakimi, Afrina terus melangkah.
Dibiarkan Hakimi yang seperti cacing kepanasan itu sendiri.

25
kuseru kasihmu

bab
4

B
EG yang telah diisi
beberapa helai pakaian
untuk dipakai dalam
sehari semalaman diletakkan di atas katil. Afrina menghela
nafas panjang. Hatinya masih berperang dengan perasaan
dan emosi yang berbelah bahagi. Sama ada hendak balik ke
kampung atau teruskan saja rajuknya yang masih belum
terpujuk dengan sikap emak yang telah menyinggung
perasaannya itu.
“Sibuk! Sibuk! Sibuk! Itu ajelah jawapan kamu kalau
mak suruh balik!”
Afrina termangu sendirian di birai katil dalam
biliknya. Memandang kosong dinding bilik yang bercat kuning
lembut. Fikirannya lebih tertumpu kepada kata-kata emak
ketika dihubungi semalam dan terus terngiang di cuping
telinganya.

26
Izzul Izzati

“Bukan Rina tak nak balik, mak. Rina betul-betul


banyak kerja sekarang ni,” Afrina teringat bagaimana dia cuba
membela diri.
“Orang lain pun kerja jugak tapi ada masa jenguk mak
bapak. Patutlah tak ada orang nak. Fikirkan kerja memanjang.
Kalau macam ni perangai kamu, Rina, sampai ke tua kamu
tak kahwin!”
Berdesing panas telinga Afrina dengan leteran
emaknya itu. Sedikit sebanyak hatinya turut tergores.
“Mak tak kira. Kamu mesti balik hari pertunangan
Risya nanti!” Talian telefon kedengaran diletakkan tanpa
sempat Afrina membela diri lagi.
Nafas dihela perlahan. Hati Afrina masih dipagut
perasaan terkilan berbaur kecewa apabila mengenangkan sikap
emak yang tidak pernah mahu memahami hatinya. Ikutkan
hati, tidak ingin dia menjengukkan diri pada hari pertunangan
Arisya, adiknya itu. Biar emak tahu betapa hatinya benar-
benar sakit dan tersinggung. Namun demikian, itu tidak
mungkin dilakukan setelah difikirkan bahawa jasa ibunya itu
yang mengandung, melahirkan, menjaga dan membesarkan
sehingga dia berjaya kini tidak terbalas rasanya.
“Pukul berapa kau nak bertolak, Rina?”
Pertanyaan Emilia mengejutkan Afrina daripada terus
menerawang jauh. Wajah Emilia yang menjenguk di muka
pintu dipandang. Senyuman teman serumahnya itu tetap
dibalas biarpun tidak semanis senyuman yang dilemparkan
oleh Emilia. Cukuplah sekadar menyembunyikan perasaan
dalam hati.
“Sekejap lagi,”
Ringkas Afrina menjawab.
“Eh, Rina! Setahu aku, adik kau Risya masih belajar
lagi, kan?” Emilia menempatkan punggungnya sama di birai
katil Afrina. Afrina hanya mengangguk, mengiakan.

27
kuseru kasihmu

“Mak kau tak kisah ke?” soal Emilia lagi.


“Entahlah, Lia. Budak-budak sekarang ni belum
habis belajar lagi dah gatal nak kahwin. Tak macam zaman kita
dulu, fikirkan nak kumpul duit dulu. Iyalah, nanti tak adalah
menyusahkan mak bapak, kan?” jawab Afrina panjang. Sempat
dia mengerling nakal kepada Emilia di sebelahnya. Bulat mata
Emilia mendengarkan jawapan Afrina.
“Hah, itu tak ada lain. Nak mengata akulah tu,”
dengus Emilia sambil menarik muncung bibir mulut. Tanda
memprotes.
“Eh! Terasa pulak dia,” Afrina ketawa lepas melihat
reaksi kawan serumahnya itu. Sedikit sebanyak mengurangkan
perasaan sedih di hati.
“Sajalah tu,” dengus Emilia, pura-pura marah.
“Tahu, tak apa.” Afrina menyambung tawa. “Kau dan
Khairil tu sememangnya dah sampai seru untuk berkahwin.
Tunggu duit sampai bila pun tak akan cukup, Lia,” ujar Afrina
kemudiannya.
“Chewah-chewah! Sedapnya mulut bercakap. Yang
kau tu, sampai bila nak tunggu Hakimi? Kucing bertanduk
pun tak mungkin kau dapat, tau?” balas Emilia, tidak mahu
mengalah.
Afrina terdiam. Raut wajahnya serta-merta berubah.
Emilia yang tersedar atas kelancangan mulutnya itu mula rasa
serba salah. Dia pasti Afrina terasa dengan kata-katanya yang
dianggap hanya sebagai gurauan. Tiada niat langsung di hati
untuk menyinggung perasaan Afrina.
“Maaf, Rina. Aku tak bermaksud...,”
“Tak apa, Lia. Aku faham,” Afrina memintas ayat
Emilia. Dia bangun dari birai katil dan mencapai beg pakaian
yang diletakkan di atas katil lantas disandang ke bahu.
“Lama ke kau bercuti?”
Emilia cuba mengubah topik. Perasaan bersalah

28
Izzul Izzati

terus-menerus mengepung diri melihatkan wajah suram


Afrina. Mahu sahaja dia menampar mulutnya sendiri atas
keterlanjuran bicara tadi. Itulah benar kata pepatah, terlajak
perahu masih boleh diundurkan tapi kalau sudah terlajak kata,
silap-silap boleh putus sahabat. ‘Hisy, mintak janganlah!’ Doa
Emilia.
“Tak, Lia. Petang esok aku balik sini. Lagipun, kalau
aku mintak cuti belum tentu bos aku tu luluskan. Silap-
silap gaji aku pula kena potong,” Afrina cuba berlawak untuk
mengubah mood dalam diri sambil memulas tombol pintu
bilik.
Emilia hanya diam mendengar. Tidak berani mem­
beri komen. Bimbang tersilap cakap lagi. Langkah kaki Afrina
diekori sehingga ke pintu kereta Waja milik Afrina.
“Kalau ada apa-apa nanti, kau telefon rumah aku, ya?
Handphone aku matikan,” pesan Afrina sambil menghidupkan
injin kereta.
Emilia hanya mengangguk. Faham maksud yang
ingin disampaikan oleh Afrina, sengaja mematikan telefon
bimbitnya agar Hakimi tidak dapat menghubungi. Emilia
mengeluh sendiri. Perasaan bersalah yang bertandang masih
lagi bersisa dan kini hatinya dipagut pula dengan rasa simpati
yang tiada penghujung kepada sahabat baiknya itu. Rina…
Rina.

AFRINA membelok keretanya memasuki lorong jalan


Kampung Batu Satu. Anak matanya meneroka pandangan ke
kiri dan ke kanan jalan. Tidak banyak perubahan meskipun
sudah lebih enam bulan dia tidak pulang ke kampungnya itu.
Enam bulan? Memang satu jangka masa cukup lama. Kalau bayi
yang baru lahir dalam masa enam bulan sudah tentu pandai

29
kuseru kasihmu

merangkak. Malah sudah pandai menyebut perkataan ‘mama’.


Jadi, memang sepatutnya dia dimarahi oleh mak kerana itu.
Biarpun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh sekarang
ni tidak sampai tiga jam setelah siapnya Lebuh Raya Pantai
Timur, sungguhpun begitu dia tetap tidak berkesempatan
untuk selalu pulang ke kampungnya itu. Kesibukan kerja di
pejabat semakin menjadi-jadi pula sekarang ni. Banyak projek
pembangunan yang terbengkalai sewaktu kegawatan dulu
yang ingin dibangunkan kembali setelah ekonomi beransur
pulih.
Afrina memberhentikan kereta setelah memasuki
halaman rumah ibu bapanya itu. ‘Sunyi sepi aje. Ke mana
perginya mak dan ayah?’ Afrina tertanya-tanya sendiri tatkala
terpandang pintu rumah berkunci rapat. Jam di pergelangan
tangan dikerling. Hampir pukul tujuh malam. Biasanya,
waktu Maghrib mak dan ayah ada di rumah. Kecut hati Afrina
ketika bayangan wajah emak tiba-tiba tergambar di fikiran.
Daun pintu rumah diketuk perlahan-lahan. Beberapa seketika
kemudian, pintu rumah itu terkuak.
“Hah, Rina! Kata tak dapat balik,”
Afrina hanya tersenyum menyambut pertanyaan
daripada Encik Arifin.
“Ayah sihat?” Tangan Encik Arifin disambut dan
dicium penuh hormat.
“Emmm…,” jawab Encik Arifin sambil mengangguk.
Afrina kehilangan kata-kata melihatkan reaksi ayahnya itu.
“Kenapa lewat sampai, Rina? Tadi, bertolak pukul
berapa?”
Pertanyaan dan kemunculan tiba-tiba abangnya, Arif
seperti menyelamat keadaan.
“Abang! Bila balik? Tak nampak pun kereta?” soal
Afrina girang. Pipi Daniel, anak saudaranya yang turut berada
di samping abangnya itu, dicuit dan dicium. Daniel yang

30
Izzul Izzati

tidak senang dengan usikan Afrina segera melarikan diri


ke belakang bapanya. Afrina ketawa melihat telatah anak
saudaranya itu.
“Tengah hari tadi abang sampai. Hai, takkan sebesar-
besar kereta abang tak nampak kot?” perli Abang Arif sambil
ketawa mengusik.
“Ye ke?” Afrina tersengih malu lalu menoleh melihat
kereta Abang Arif diparkir elok di sebelah kereta ayah di
halaman rumah. Kepala yang tidak gatal digaru-garu cuba
menutup rasa malu yang bertandang. Memang dia benar-benar
tidak perasaan tadi. Agaknya, fikirannya terlalu memikirkan
reaksi mak dengan kepulangannya itu sehinggakan menutupi
pandangan mata kasar kepada alam di sekelilingnya.
“Ini mesti tengah berangan lebih-lebih, sampai
langsung tak perasan,” sakat Abang Arif lagi.
“Eh, memandai aje abang ni! Mana ada!” sangkal
Afrina. Ekor matanya sempat menjeling ke arah ayahnya di sofa
yang hanya membisu diri tanpa memberi sebarang respons.
“Yelah tu. Boleh ke abang percaya?”
“Tak percaya, sudah,” jawab Afrina malas hendak
melayan sikap Abang Arif yang suka mencari ruang untuk
menyakat. Dia sebetulnya segan dengan ayah yang turut
mendengar. Ketawa Abang Arif semakin galak kedengaran.
Afrina memasamkan wajahnya.
“Pukul berapa bertolak tadi, Rina?” Abang Arif
mengulangi pertanyaan yang masih belum dijawab oleh
Afrina.
“Lewat sikit keluar tadi. Rina ada kerja sikit nak
kena siapkan,” beritahu Afrina. Perkataan ‘kerja’ sengaja
diperlahankan setelah ekor matanya perasan jelingan Encik
Arifin. Seperti ingin turut mendengar jawapan yang bakal
diberikan. Untuk menutup rasa serba-salah dan tidak kena,
Daniel di sisi Abang Arif di tarik ke dalam ribanya.

31
kuseru kasihmu

“Boleh pun balik. Ingatkan dah lupa jalan nak balik


ke rumah!”
Puan Salmiah yang tiba-tiba muncul dari ruang
dapur menyampuk membuatkan senyuman Afrina serta-
merta hilang. Namun, dia tetap bangun dari duduknya untuk
mendapatkan emaknya itu.
“Rina masuk dulu, mak,” mohon Afrina setelah
menyalami dan mencium tangan Puan Salmiah. Dia menapak
ke bilik dengan perasaan sebal, sedih dan terkilan. Tidak
sanggup lama-lama berhadapan dengan emosi emak yang
tidak berkesudahan mencari kesalahannya.
“Tengoklah tu, perangai tak berubah-ubah. Cakap
sikit, merajuk. Apa nak jadi agaknya!” Puan Salmiah terus
membebel.
Afrina hanya mendengar dan membisu diri. Kakinya
tetap melangkah biarpun mulut terasa ringan untuk membalas
bagi membela diri! Pun begitu, tidak sampai hatinya untuk
melukakan hati seorang ibu dengan kata-katanya nanti
meskipun tiada niat untuk melawan.
Abang Arif turut sama mendiamkan diri. Tidak
berani menyampuk. Amat faham dengan sikap Puan Salmiah
yang tidak suka anak-anaknya menjawab. Hanya pandangan
simpati yang mampu dilemparkan kepada Afrina yang telah
menghilangkan diri ke dalam bilik.
“Dahlah, Sal. Rina kan dah balik tu,” bela Encik
Arifin.
Puan Salmiah tidak menjawab hanya dengus tidak
berpuas hati kedengaran.

DI BILIK, Afrina merebahkan badan ke katil. Matanya


dipejamkan bagi melepaskan kepenatan memandu. Selebihnya,

32
Izzul Izzati

dia ingin mencari ketenangan seketika. Keserabutan


fikirannya tidak pernah surut dengan kerja di pejabat dan
masalah yang dibawa oleh Hakimi. Ditambah dan di sendat
pula dengan sikap emak yang tidak mahu memahami keadaan
dirinya membuatkan dia rasa sedikit tertekan. Kalau keadaan
ini berpanjangan, boleh sakit jiwa agaknya. Argh! Hati Afrina
menjerit sendiri.
“Kak Rina!”
Panggilan kuat kedengaran di telinga mengejutkan
Afrina yang hampir terlena. Dilihat wajah adiknya, Arisya
sedang tersengih-sengih di sisi. ‘Alahai budak ni, memang tak
boleh tengok orang senang langsung. Eeiii!’ Dengus Afrina
dalam hati kerana ketenangannya diganggu. Kelopak mata
kembali dipejamkan.
“Kak Rina, bangunlah!” kejut Arisya. Badan Afrina
digoyang-goyangkannya.
“Ada apa Risya, akak penatlah,” rungut Afrina.
Kelopak mata terus dipejamkan.
“Bangunlah Kak Rina! Marilah tengok baju tunang
Risya ni, cantik tak?” rayu Arisya manja. Afrina membuka
sedikit matanya. Baju yang tersarung di badan Arisya ditenung
seketika.
“Hmm..cantik,” jawab Afrina tanpa emosi. Matanya
kembali dipejamkan.
“Boringlah akak ni, tak sporting langsung!” dengus
Arisya.
Mendengarkan rungutan Arisya, Afrina menahan
gelak dalam hati. Saja dia hendak mendera perasaan Arisya
yang telah mengganggu ketenangan dan lenanya. Dia tahu
rajuk adiknya tidak lama. Adat adik-beradik. Lagipun, mereka
memang selalu begitu setiap kali bersua. Tetapi, senyumannya
lenyap tiba-tiba ketika terdengar suara Puan Salmiah
menyapa.

33
kuseru kasihmu

“Kakak kamu memang macam tu, Risya. Dia


bukannya minat dengan benda-benda macam ni. Tak sedar
lagi, umur dah nak mencecah tiga puluh. Nak jadi anak dara
tua agaknya kakak kamu tu!”
Perasaan Afrina bagai dipalu. Pedih! Sindiran tajam
emaknya itu terasa menusuk jauh ke dalam hulu hati. Dalam
diam, Afrina menghela nafas dalam-dalam menahan perasaan
sebak. Dicelikkan kelopak mata. Wajah Puan Salmiah
kelihatan di muka pintu bilik; sedang merenungnya dengan
pandangan yang amat sukar ditafsirkan. Suara Arisya yang
tadinya membingitkan suasana turut terdiam.
“Akak nak pergi mandi dululah, Risya. Kejap lagi
akak tengok baju Risya, ya?” Afrina bersuara juga meskipun
suaranya rasa tersekat-sekat menahan rasa sedih. Perlahan-
lahan, dia bangun dari katil. Setelah mengambil tuala yang
masih berlipat di dalam beg, dia terus berlalu ke bilik air tanpa
mempedulikan aksinya yang diperhatikan oleh Puan Salmiah.
Arisya terus-menerus diam membatukan diri tanpa membalas
kata-kata kakaknya itu. Dia faham sendiri.
Di dalam bilik air, Afrina menangis sepuas-puas hati.
Dibiarkan air pancuran membasahi wajahnya. Sebak hati
tidak tertahan lagi dengan sikap yang ditunjukkan oleh emak.
Hatinya meraung dan menjerit sendiri. Tidakkah emak sedar
bahawa jodoh pertemuan adalah urusan Allah. Kenapa dirinya
dipersalahkan?

34
Izzul Izzati

bab
5

“T
ASYA, kita ­kahwin?”
H a m p i r
tersedak Natasha
mendengar. Dadanya tiba-tiba berkocak dengan rasa debar.
Wajah Azlan di sebelahnya tidak berani ditatap. Air liur ditelan
berkali-kali, cuba meredakan resah yang tiba-tiba datang
menerpa.
“Kahwin?”
Natasha menyoal kembali, berpura-pura tidak
memahami. Biarpun sudah jelas soalan yang telah Azlan
ajukan menerjah masuk ke cuping telinganya. Irama dan
alunan melodi lagu daripada corong radio amat perlahan
untuk mengganggu apatah lagi menghalang pendengarannya
daripada menghayati dan meneliti butir bicara Azlan sebentar
tadi.
Azlan mengangguk. Senyuman ceria dilemparkan.

35
kuseru kasihmu

Melambangkan betapa hatinya berbunga riang untuk


menyuarakan hasrat murninya nan satu itu. Dia telah bersedia
memikul tanggungjawab sebagai suami dan seterusnya sebagai
ayah kepada anak-anaknya yang bakal lahir kelak.
“Dah sepatutnya kita berkahwin, Tasha. Dah terlalu
lama perhubungan kita. Kalau kahwin entah-entah dah
setengah dozen anak kita, tak?” Azlan ketawa kecil dengan
lawaknya sendiri namun penuh berbunga bahagia. Anak mata
yang tertumpu pada jalan raya sesekali mengubah haluan
menjeling mesra ke arah Natasha di sebelah. Bagaimanapun,
kesuraman cahaya lampu jalan yang menerobos masuk melalui
cermin lut sinar kereta telah berjaya melindungi perubahan
pada raut wajah Natasha ketika itu daripada dapat dikesan oleh
Azlan.
Natasha terkelu sendiri. Ketawa Azlan teragak-agak
untuk disambut. Hatinya semakin gundah gulana. Haru biru!
Punggungnya bagai dipanggang, panas membahang. Terasa
ingin melarikan diri. Amat mustahil! Dia ketika itu berada
di dalam perut kereta Azlan. Mahu tidak mahu dia terpaksa
mengikut ke mana sahaja haluan tayar kereta Azlan dan yang
paling pasti dia terpaksa menghadapi kenyataan yang seperti
sedang mencekik dirinya sendiri pada kala itu.
“Tasha tahu, mak dan ayah Lan pun dah setuju kalau
kita langsungkan cuti sekolah nanti. Tapi sebelum tu, kita
bertunang dulu.”
Azlan terus bercerita keinginannya tanpa menyedari
raut muka Natasha sudah pucat lesi, tidak berdarah. Perasaan
bersalah dalam hati Natasha bergendang hebat kerana telah
mempermainkan hati Azlan yang nyata luhur dan jujur
dengan hubungan mereka. Bibirnya turut terkunci rapat
untuk berkata-kata apatah lagi menolak impian murni Azlan.
“Lan ingat kita tak payah bertunang lama-lama.
Cukuplah sebagai syarat. Apa pendapat, Tasha?”

36
Izzul Izzati

Natasha terkedu.
“Tak… tak terlalu awal ke, Lan?”
Gugup Natasha bersuara. Terasa degupan jantungnya
makin bergetar pantas.
“Awal?” Azlan menoleh sekilas ke arah Natasha. Cuba
mencari anak mata Natasha, minta kepastian.
“Maksud Tasha… err…,” Natasha sedikit
menggelabah. Pertanyaan Azlan tidak mampu untuk dijawab.
“Apa maksud Tasha? Tasha nak tunggu sampai bila?”
Soalan bertalu-talu daripada Azlan menjadikan bibir
Natasha kaku membeku. Dia benar-benar kehilangan kata-
kata. Sesekali dia membetulkan duduknya mencari keselesaan.
Walhal sebelum tu, dia amat selesa sekali tatkala bersandar ke
kusyen kereta.
“Bukan... bukan itu maksud Tasha... err...,”
Natasha terus kehilangan bicara. Tidak tahu apa
yang harus diperkatakan. Atau lebih sesuai alasan yang
sebagaimana lagi hendak diberikan agar Azlan terus menutup
cerita fasal ‘kahwin’. Dia benar-benar rasa terperangkap kini.
Rahsianya dengan Hakimi yang tertutup kemas terasa hampir
terselongkar. Tetapi sampai bila rahsia itu harus disimpan?
Tidakkah dia dengan Hakimi juga mempunyai impian yang
sama ingin bersatu di alam perkahwinan? Cepat atau lambat
rahsia itu pasti terbongkar juga. Lagipun, dia sendiri tidak
sanggup lagi berpura-pura dan berlakon di hadapan Azlan.
Semakin lama semakin kuat perasaan bersalah menekan
lubuk hatinya.
Ikutkan hati, ingin sahaja dia berterus-terang.
Namun dihalang keras oleh Hakimi. Tidak mahu Azlan salah
faham konon. Padahal, memang jelas lagi bersuluh perbuatan
mereka akan lebih melukakan dan menyakitkan hati teman
baik sendiri. Ingin menunggu Hakimi memulakan dahulu,
entah bila. Bukan dia tidak pernah menyuarakan. Tapi setiap

37
kuseru kasihmu

kali disuarakan, jawapan Hakimi tetap sama. Masa masih


belum sesuai. Masih belum mempunyai kekuatan untuk
berterus terang. Tidak sampai hati. Dan macam-macam lagi.
“Habis tu?”
Soalan Azlan menarik khayalan Natasha ke alam
nyata kembali. Dada Natasha kembali sesak.
“Ataupun Tasha masih belum bersedia?”
Azlan terus menyoal. Nyata dia tidak berpuas hati
dengan jawapan yang diberikan oleh Natasha, insan yang
amat disayangi dan dicintai setulus hati. Tiada insan lain lagi
di dambakan untuk menjadi suri hidupnya selain Natasha.
Gembiranya tidak terucap pada saat Natasha menerima lafaz
cinta dan menerimanya setulus hati. Biarpun Natasha sering
melengahkan masa untuk mereka bersatu tetapi dia tetap
percaya kepada cinta Natasha. Dan bagi dia, Natasha akan
selalu setia. Begitu tinggi harapan pada hubungannya dengan
Natasha tidak mampu digugat lagi.
Natasha menelan air liur berkali-kali. Fikirannya
benar-benar buntu untuk berfikir bagi mencipta alasan
lagi. Hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sebagai
jawapan.
Azlan menghela nafas. Stereng kereta dipusing dan
langsung berhenti di bahu jalan. Wajah Natasha dipandang
tidak berkelip. Kepastian ingin diraih. Tidak sanggup
menunggu lebih lama. Bukan dia meragui kesetiaan Natasha
tapi dia ingin merealisasikan mahligai impian yang telah lama
diimpikan.
Reaksi Azlan membuatkan Natasha semakin gelisah.
Perasaan bersalah semakin kuat menekan. Anak mata Azlan
yang merenung tidak berani dibalas.
“Keluarga Tasha tidak bersetuju, ke?” Azlan terus
mengutarakan persoalan.
Natasha menggeleng-gelengkan kepala lagi.

38
Izzul Izzati

“Atau Tasha…,”
Azlan membiarkan soalan yang satu itu tergantung.
Tidak berani untuk meneka kemungkinan kebenarannya.
Sesuatu yang sentiasa diharap, agar dijauhinya Tuhan.
“Lan…,”
Natasha menghela nafas cuba mencari kekuatan.
Tiba-tiba, perasaan sesal dan marah pada Hakimi mencengkam
hati. Hakimi sengaja membuatkan dan membiarkan masa
berlalu begitu lama, sehinggakan dia terperangkap dalam
membuai perasaan Azlan pada cinta palsunya itu.
“Lan, jangan salah faham. Maksud Tasha, tidakkah
terlalu awal kita nak kahwin sebab ekonomi kita baru hendak
pulih? Sempatkah Lan hendak mengumpul duit bagi persiapan
perkahwinan kita nanti? Bagi Tasha, perkahwinan hanya sekali.
Tasha tak nak hanya sekadar akad nikah aje,” jelas Natasha
mencipta alasan.
Kenyataan yang diberikan Natasha membuatkan
Azlan ketawa panjang. Jelas di wajahnya perasaan lega yang
amat. Pedal minyak ditekan kembali dan menghalakan haluan
kereta semula ke jalan raya.
“Janganlah Tasha risau. Memang dari awal lagi
Lan sudah kumpul duit untuk persediaan perkahwinan kita.
Sejak Lan mula kerja lagi. Lagipun, mak Lan dah janji nak
menanggung separuh kos perbelanjaan kenduri kita nanti.
Lan kan, satu-satunya anak lelaki mak yang belum kahwin.”
Mendengarkan jawapan Azlan, suara Natasha bagai
hilang dari anak tekak. Tubuhnya terhenyak kaku pada kusyen
kereta.

39
kuseru kasihmu

bab
6

“B
ARU semalam kamu
jejak kaki kat rumah
ni, hari ni dah nak
balik KL?”
Panahan soalan berbaur sindiran yang dilemparkan
Puan Salmiah bagai duri yang menusuk tajam dalam cuping
telinga Afrina. Seperti biasa, dia hanya membisu seribu
bahasa. Wajah Puan Salmiah yang kelihatan masam mencuka
di toleh sekilas sebelum beg pakaiannya diletakkan di tepi sofa
berdekatan pintu utama. Kemudian, dipandang satu-persatu
wajah-wajah yang berada di ruang tamu itu. Encik Arifin,
Arisya, Abang Arif serta kakak iparnya, Kak Rahayu yang
sedang mengupas buah epal untuk Daniel.
“Panas agaknya kat rumah ni, sampaikan dah tak
boleh nak duduk lama-lama,” Puan Salmiah terus membebel
menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

40
Izzul Izzati

Afrina terus mendiamkan diri. Digagahkan kaki


melangkah menghampiri Puan Salmiah dan Encik Ariffin
di sofa. Dia bersimpuh menghadap Puan Salmiah sebelum
ditundukkan wajah. Lambat-lambat Afrina membuka mulut,
cuba bersuara.
“Maafkan Rina, mak. Rina tak dapat cuti. Rina…,”
“Memang itu ajelah alasan kamu,” Puan Salmiah
memotong. “Balik-balik alasan tak dapat cuti, sibuk, banyak
kerja, tah apa-apa lagi. Susah-susah sangat tak payah balik
langsung. Hati mak pun tak sakit!” Puan Salmiah masih terus
mahu mencari salah Afrina.
Afrina kaku di lantai. Menahan telinga dan gelora
rasa terkilan serta kecewa dengan sikap mak. Bibir yang
sememangnya kelu untuk bersuara terus mengeras dan beku.
Apa yang Puan Salmiah katakan sudah di agak dan memang
itulah yang selalunya dia dengar di corong telefon. Bebelan
dan nada yang sama. Memang sebiji! Cuma bezanya, kali ini
dia terpaksa berhadapan dan menelan satu-persatu setiap kata-
kata yang dilontarkan. Tidak dapat menekup dan menjauhkan
gagang telefon seperti selalu. Bukan dia sengaja, jauh sekali
untuk jadi anak derhaka. Tetapi, hati mana dapat menahan
perasaan hiba andainya mereka juga berada di tempatnya.
Sementelah, kata-kata itu daripada ibu kandungnya sendiri.
“Sudah-sudahlah tu, Sal,” Encik Arifin menyampuk.
Cuba mengendurkan emosi perasaan isterinya. “Dah memang
Rina banyak kerja. Nak di apakan lagi. Kalau dia tak balik
langsung, nanti awak juga yang susah,” jawab Encik Arifin bagi
pihak Afrina. Abang Arif dan Arisya tidak berani menyampuk
apatah lagi Kak Rahayu yang hanya menjadi pendengar setia.
“Tak ada susahnya. Kalau dia berani tak balik
langsung rumah ni, buatlah! Jangan panggil aku ni, ‘mak’
lagi,” balas Puan Salmiah, tidak mahu mengalah dengan kata-
katanya.

41
kuseru kasihmu

“Hisy, awak ni, Sal!” Encik Arifin menggeleng-


gelengkan kepala dengan sikap isterinya itu. “Dah lewat
ni, Rina. Nanti lambat pulak sampai KL. Dahlah kamu tu
memandu sorang diri,” sambung Encik Arifin.
Afrina menarik nafas lega kerana ayahnya seperti
memahami keadaannya. “Mak, Rina pergi dulu,” Afrina
mencapai tangan Puan Salmiah dan diciumnya penuh
hormat.
“Emm,” Puan Salmiah mendengus perlahan.
Afrina terus menahan perasaan dengan reaksi Puan
Salmiah. Biarpun wajah tenang dipamerkan namun dadanya
berombak rasa sedih dan pilu yang amat. Setelah bersalam
dengan Encik Arifin, Arisya, Abang Arif serta kakak iparnya,
Afrina mengangkat beg pakaian perlahan-lahan dan disandang
ke bahu.
“Sampai KL nanti jangan lupa telefon, okey?” Abang
Arif yang mengekori langkah Afrina sempat berpesan. Afrina
tersenyum hambar dan mengangguk.
“Hah, bawa kereta tu elok-elok. Terus balik. Jangan
nak singgah di tempat lain lagi!”
Kedengaran suara Puan Salmiah memberi pesanan
tatkala Afrina hampir melewati pintu utama. Afrina kembali
menoleh. Laju kepalanya mengangguk. Sebaris senyuman
terukir biarpun Puan Salmiah tidak memandang wajahnya
ketika itu. Biarlah! Pesanan yang diberikan oleh emak
itu sudah memadai mengubat sedikit luka di hati Afrina.
Sekurang-kurangnya, dia tahu yang emak masih sayang dan
mengambil berat tentang dirinya. Cuma mungkin kemarahan
dan ketidakpuasan hati emak yang masih bersisa membuatkan
emak bersikap begitu. Agak-agaknya, jika dia yang berada di
tempat emak pada saat itu, pasti perkara yang sama akan
dilakukan kepada anaknya, tak? Afrina bersoal jawab dengan
hatinya sendiri. Mana ada ibu tidak sayangkan anaknya. Dia

42
Izzul Izzati

memujuk hati lagi.


“Kalau Kak Rina free, jangan lupa singgah kolej
Risya ye, kak?”
Arisya tidak mahu ketinggalan untuk berpesan ketika
Afrina menghidupkan enjin kereta. Kepalanya dijengahkan,
mendekatkan dirinya dengan tingkap pemandu. Abang Arif
turut sama menghantarnya ke kereta. Kak Rahayu hanya
memandang dari jauh.
“Huh! Malaslah akak. Setiap kali Kak Rina singgah,
Risya tak pernah ada kat bilik. Buat apa Kak Rina pergi?” getus
Afrina cuba mengusik adiknya itu.
“Ala, Kak Rina ni!” Arisya mencebik kelat. “Kak Rina
telefonlah dulu. Kelas Risya memang tak tentu masa,”
Bibirnya dimuncungkan. Begitulah sikapnya setiap
kali tidak berpuas hati. Afrina ketawa senang. Abang Arif turut
sama ketawa. Terhibur hatinya melihatkan reaksi Arisya. Arisya
memang adik manja tetapi amat menyenangkan hatinya.
“Orang dah ada tunang. Mana nak lekat kat bilik
lagi,” Abang Arif pula menyakat. Arisya tersengih-sengih malu
memandang wajah Afrina dan Abang Arif.
“Jangan tak balik bilik terus dahlah,” ujar Afrina
memberi nasihat berbaur ingatan.
“Hisy, Kak Rina nih! Tak adalah Risya macam tu!”
Muncung Arisya makin panjang. Ketawa Afrina dan
Abang Arif kembali meledak.
“Baguslah macam tu, Risya,” Afrina memandang
wajah Arisya yang masam mencuka namun tampak berseri.
Seri orang sedang bertunang. Darah tengah manis katakan.
Teringat kembali majlis pertunangan adiknya yang sudah
berlangsung semalam. Afrina terasa ada sesuatu berbuku
dalam hati. Sesuatu yang sukar ditafsirkan.
“Rina, Abang Arif harap Rina tak ambik hati sangat
dengan perangai mak. Sikap mak memang macam tu, dik.”

43
kuseru kasihmu

“Rina tau, bang. Janganlah Abang Arif risau. Rina


okey,” Afrina tersenyum hambar. Perasaan sebak kembali
mengepung dada dengan sikap prihatin satu-satunya abang
kandungnya itu. Dalam diam, dia memanjat kesyukuran tidak
terhingga pada Tuhan kerana dikurniakan adik-beradik yang
memahami hatinya.
“Bersabarlah, Rina,” pujuk Abang Arif lagi. Dia tahu
walaupun Afrina cuba berlagak biasa namun jauh dalam sudut
hati adiknya itu amat terluka dengan sikap Puan Salmiah.
“Janganlah abang risau. Hmmm… Rina pergi dulu,”
Mata yang mula berair pantas dilarikan ke arah jam
yang tertera di papan pemuka kereta. Cuba mengelak daripada
perasaan sendunya dapat dikesan oleh Abang Arif dan Arisya.
Biarpun mereka mungkin memahami, tetapi dia tidak mahu
membebankan hati mereka dengan kesedihannya. Selagi
terdaya. Selagi mampu, dia akan pendamkan sendiri.
“Kak Rina, bawa kereta baik-baik, ya?” pesan Arisya.
Sempat dia mencium pipi kakak kesayangannya itu.
Afrina ketawa senang dengan gelagat adiknya. Ketawa
itu yang pastinya dibuat-buat. Untuk melindungi rahsia hati.
Air mata yang hampir menitis diseka.
“Insya-Allah, dik.”
Wajah abang dan adik kesayangan dipandang
sayu sebelum kaki menekan perlahan-lahan pedal minyak.
Meninggalkan kawasan rumah tempat lahirnya. Sebak
yang ditahan akhirnya mengundang juga air mata apabila
terpandang wajah mak dan ayah menerusi cermin pandang
belakang. Kesudian mereka menghantar pemergiannya
biarpun pada saat akhir. Sesungguhnya dia pasti, emak dan
ayah amat menyayangi dia sepertimana adik dan abangnya
juga. Hati Afrina berbisik sendiri. Air mata yang mengalir
bertambah laju membasahi lekuk pipi. Selaju deruan enjin
kereta membelah jalan raya.

44
Izzul Izzati

bab
7

S
ETELAH mengunci pintu
kereta, Afrina berlari-lari
anak bagi mempercepatkan
langkah. Jam tangan dipandang lagi. Alamak! Sudah
terlambat! Mati aku kena marah dengan Encik Kamal! Bisik
Afrina resah.
“Lambat hari ni, Kak Rina?” tegur Mastura ketika
Afrina melewati pintu pejabat.
“Biasalah Mas. Traffic jam,” jawab Afrina. Tanpa
berlengah, langkah kaki terus diayun pantas menaiki anak
tangga untuk ke tingkat tiga. Hampir-hampir dia terlanggar
Johar yang kebetulan sedang menuruni anak tangga.
“Opss! Sorry, Jo,” ucap Afrina.
Johar hanya tersengih.
Afrina membiarkan Johar dengan senyumannya.
Dia meneruskan langkah kakinya memanjat anak tangga
yang masih berbaki. Sesampai di tempatnya, interkom pula

45
kuseru kasihmu

berbunyi bertalu-talu. Kelam-kabut Afrina menekan butang


menjawab.
“Iya, Encik Kamal,” jawab Afrina dengan nafas
termengah-mengah. Semput. Penat setelah berlari menaiki
berpuluh-puluh anak tangga.
“You tahu tak sekarang ni dah pukul berapa?” Suara
Encik Kamal seperti menengking.
Afrina terdiam. Semangatnya seakan hilang
melayang dengan sergahan Encik Kamal. Jam di atas mejanya
dipandang. Pukul sembilan setengah pagi. Dia membiarkan
soalan Encik Kamal tanpa jawapan.
“You tahu tak, hari ini ada mesyuarat pukul sepuluh
pagi?” Encik Kamal terus melontar pertanyaan berbaur
kemarahan. Afrina menelan air liur.
“Maaf encik… sa… saya terlambat sampai,”
Tergagap Afrina menjawab.
“Sudah! Turun cepat! Bawa fail projek Tasik Bayu
sekali,”
Keras arahan Encik Kamal. Kedengaran gagang
telefon seperti dihempaskan. Afrina menelan air liur berkali-
kali. Hatinya terasa kecut sendiri mengenangkan Encik Kamal
yang sedang mengamuk. Tanpa membuang masa, segera
dicapai fail projek dan bergegas menuju ke anak tangga.
“Rina! Tunggu dulu!”
Afrina menoleh. Dilihat Hakimi juga sedang berlari
anak menuju ke arahnya. Dia menghela nafas panjang. Aduh!
Mamat ni lagi! Tanpa menunggu Hakimi menghampirinya,
Afrina kembali mengatur langkah.
“Rina!” Hakimi yang sedang mengejar sempat
menangkap pergelangan tangan Afrina yang pantas
melangkah.
Tindakan Hakimi membuat Afrina terkesima.
Kaget. Aliran darahnya semerta tersirap laju. Dia bungkam.

46
Izzul Izzati

Kaku. Sentuhan tangan Hakimi terasa meresap ke seluruh


salur darah. Membuatkan langkah kaki yang tadinya pantas
melangkah terhenti tiba-tiba. Manakala, degupan jantungnya
kini pula laju berlari. Dadanya berombak kencang menahan
debaran yang tiba-tiba datang bertandang. Namun, situasi itu
tidak lama tatkala wajah Encik Kamal yang sedang menunggu
kembali menerpa dalam benak kepalanya. Tanpa sepatah
perkataan yang keluar daripada bibir Afrina, direntap kembali
pergelangan tangan yang berada dalam genggaman Hakimi.
Segera dia melangkah menjauhi.
“Rina...,”
“Maaf, Kimi, aku ada mesyuarat. Encik Kamal
dah tunggu aku kat bawah. I’ll see you later,” pantas Afrina
memotong ayat Hakimi. Alahai, skemanya ayat! Kutuk Afrina
sendiri setelah menyedari baris ayat yang keluar daripada
mulutnya. Ekor matanya menyedari jelingan dan kerlingan
mata-mata teman sepejabat yang lain. Pasti mereka perasan
‘babak cerekarama’ yang berlaku tadi. Argh! Ini semua Hakimi
punya pasal! Afrina mendengus geram.
“Rina!” Hakimi kehilangan suara setelah Afrina
berlari laju menuruni anak tangga seterusnya hilang daripada
pandangan. Dia mengeluh lemah. Perasaannya berbaur ketika
itu. Geram dan marah bercampur resah. Geram dengan sikap
Afrina yang seperti cuba mengelak daripada berbincang perihal
dia dengan Natasha. Resah mengenangkan permasalahan
dengan Natasha yang masih belum selesai. Semakin resah
tatkala teringatkan Natasha yang semakin mendesak.
“Kimi, tak kanlah kita selamanya macam ni? Mak
dan ayah Tasha dah bising. Umur kita pun bukannya muda
lagi. Dua tahun lagi mencecah tiga puluh tahun. Sampai bila
nak tunggu?”
Kata-kata Natasha terngiang-ngiang kembali di
telinganya.

47
kuseru kasihmu

“Tunggulah, Tasha. Kimi belum cakap lagi dengan


Lan. Lagipun, Rina dah janji nak tolong,” pujuk Hakimi.
“Lagi-lagi Lan!” Rungut Natasha. “Kalau Kimi tak
berani nak cakap, biar Tasha sendiri yang cakap.”
“Jangan, Tasha. Kimi takut Lan salah faham nanti.
Lagipun…,” Hakimi kehilangan kata-kata.
“Lagipun, apa?” soal Natasha.
Hakimi menghela nafas.
“Lagipun... tak sepatutnya Tasha terima cinta Lan
dulu kalau Tasha tidak cintakan dia,” ujar Hakimi.
“Kimi kan tahu sebab Tasha terima cinta Lan waktu
tu. Kenapa sekarang nak diungkit lagi?” Soal Natasha geram.
“Entahlah, Tasha. Mungkin silap kita tidak berterus
terang dengan Lan dari awal. Bila dah jadi macam ni…,”
Hakimi membiarkan ayatnya tergantung.
“Masalahnya sekarang, Tasha tak boleh tunggu lagi.
Kalau Kimi betul-betul cintakan Tasha, suruh mak dan ayah
Kimi masuk meminang Tasha. Kalau tidak…,”
“Kalau tidak, apa?” Hakimi menyoal. Intonasi suara
Natasha mengundang kebimbangan hatinya.
“Kalau tidak, Tasha suruh aje Lan yang masuk
meminang.”
Hakimi terdiam. Lama. Kata-kata Natasha seperti
mengugutnya. Perlukah dia mengikut kata hati, pentingkan
diri sendiri tanpa memikirkan perasaan kawan-kawannya?
Soal Hakimi pada dirinya sendiri. Tapi bukankah dia dengan
Tasha.... Hakimi melepaskan keluhan lagi. Wajahnya diraup
berkali-kali. Terasa buntu untuk membuat keputusan.
Jeritan telefon bimbit tiba-tiba menyentakkan
Hakimi yang jauh mengelamun. Segera dicapai telefon yang
berada di sisi meja.
“Helo, Kimi,”
Kedengaran suara Haliza di hujung talian.

48
Izzul Izzati

“Liza,” Hakimi menghela nafas. Cuba meredakan


rasa gelisah.
“Hujung minggu ni, Kimi sibuk tak?”
“Kenapa?” soal Hakimi, acuh tak acuh. Fikirannya
terasa berserabut.
“Liza ingat nak cari barang sikit. Teman Liza
shopping, boleh?”
“Sorry, Liza. Kimi tak senang,”
Tanpa berfikir panjang, Hakimi terus menolak.
Haliza mengetap bibir. Tersinggung dengan respons Hakimi.
Hatinya terasa hampa sekali. Sejak akhir-akhir ini, Hakimi
sengaja mengelak dari berjumpa dengannya.
Haliza tiba-tiba senyap. Diam seribu bahasa
membuatkan Hakimi dihenyak rasa bersalah. Otaknya terasa
beku untuk berfikir mencari alasan bagi memujuk Haliza
kembali.
“Err… Liza, maafkan Kimi. Sebenarnya hujung
minggu ni, Kimi nak balik JB. Kimi dah lama tak jenguk mama
dan papa,” Hakimi terpaksa berbohong untuk mengambil hati
Haliza kembali. “Macam nilah, Liza. Apa kata kita keluar lepas
kerja esok?”
“Betul?”
Suara Haliza kembali ceria. Hakimi menghela nafas.
“Hmmm…,”
“Janji?”
“Kimi janji.”
“Liza tunggu nanti. Kimi datang jemput, okey?”
“Okey. Bye.”
Kedengaran talian dimatikan. Hakimi terduduk di
kerusi. Belum selesai satu masalah, masalah lain pula yang
timbul. Masalah yang ditimbulkannya sendiri. Kalau dulu dia
tidak jadikan Haliza sebagai alat untuk mengaburi pandangan
mata Azlan tentang hubungannya dengan Natasha, sudah

49
kuseru kasihmu

pasti dia tidak tersepit begini. Memang dulu dia tidak terfikir
kesan daripada perbuatannya. Tapi sekarang, dia benar-benar
dihimpit rasa bersalah. Bersalah pada Haliza dan Azlan setelah
lima tahun berlalu.

FIKIRAN Afrina menerawang jauh. Dia melayan perasaan


sendiri sepanjang perjalanan pulang dari mesyuarat yang
dihadiri bersama Encik Kamal. Terbayang-bayang kembali
detik-detik semasa Hakimi memaut pergelangan tangannya
di pejabat pagi tadi. Masih terasa-rasa debaran dalam dada
kala itu. Masih terasa-rasa kehangatannya. Dia sedar, hanya
dia berperasaan begitu tetapi tidak Hakimi. Namun, dia tidak
mampu menahan perasaannya daripada terbuai sendiri. Dia
benar-benar kalah dan lemah dengan kehendak nalurinya itu.
Dia juga sedar dan amat sedar akan kebodohannya yang satu
itu tetapi dia tidak tahu bagaimana ingin mengelak. Obseskah
dia? Atau sebenarnya gila bayang? Oh, tidak! Afrina terasa
malu sendiri.
Mengingati janji dengan Hakimi berkaitan Azlan
membuatkan hati dan perasaan Afrina kembali bergelora
kencang. Geram, marah, sakit hati, terkilan dan sedih. Terasa
berbaur-baur perasaan. Sakit jiwanya dengan sikap Hakimi
dan Natasha yang hanya mementingkan diri sendiri. Tidak
terfikirkah mereka akan perasaan Azlan dan Haliza, kawan
baik mereka semenjak dari universiti lagi? Tidak sayangkah
mereka dengan persahabatan yang telah lama terjalin? Tetapi,
sememangnya perasaan ‘cinta’ itu sendiri boleh membunuh
nilai-nilai persahabatan dan seterusnya membunuh kasih
sayang yang pernah bersemi di antara mereka. Afrina
mengeluh dalam diam.
Encik Kamal menoleh sekilas ke arah Afrina yang

50
Izzul Izzati

banyak membisu diri sejak mereka keluar bermesyuarat pagi


tadi. Melihatkan wajah Afrina yang mendung, terselit pera­sa­
an bersalahnya. Dia pasti, perubahan sikap Afrina mungkin
kesan daripada amarahnya sebelum itu. Dia sebenarnya sedar,
Afrina bukan sengaja datang lewat ke pejabat. Dia faham
kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur tidak menentu tetapi
dia juga perlu menjaga etika pekerjanya agar menitikberat­
kan disiplin dalam diri.
“Rina, nanti jumpa I dulu sebelum you dengan
Hakimi bertolak ke Hulu Pahang,” Encik Kamal memecah
kebisuan di antara mereka. Afrina menoleh. Sedikit terkejut
dengan sapaan Encik Kamal tiba-tiba. Dia hanya mampu
mengangguk dan kembali memandang ke luar tingkap kereta.
Reaksi Afrina mengundang lagi perasaan bersalah di hati
Encik Kamal.
“Rina, apa kata kita pergi lunch dulu sebelum balik
ofis,” ajak Encik Kamal. Hanya dengan cara itu sahaja yang
dapat dia memujuk Afrina secara tidak langsung. Afrina
mengangguk lagi.
“Anywhere you like?” soal Encik Kamal lagi.
“Mana-mana pun boleh, Encik Kamal,” Encik Kamal
mengangguk dan kemudiannya membelok stereng kereta
memasuki jalan ke Wangsa Maju dan menghala ke perkarangan
tempat letak kereta Alpha Angle.
“DeliFrance, boleh?” tanya Encik Kamal.
“Tak kisah,” jawab Afrina seraya mengangkat bahu.
“Tak takut gemuk?” soal Encik Kamal dengan
senyuman terukir pada bibirnya.
Terangkat kening Afrina mendengar nada gurauan
Encik Kamal.
“Tak,” jawab Afrina pendek. Turut tersenyum
memandang Encik Kamal. Lega! Bosnya itu tidak lagi marah-
marah.

51
kuseru kasihmu

bab
8

“S
ENYUM sorang-
sorang nampak! Huh!
Beranganlah tu!” perli
Afrina sebaik sahaja duduk di sebelah Emilia yang sedang
enak-enak berbaring di katil.
Senyuman Emilia semakin meleret dan melebar.
Bantal peluk di sisi didakap erat. Senyuman terus mekar.
Berkerut-kerut raut wajah Afrina kehairanan
memerhati. “Hai, Lia! Kau ni, kenapa? Senyum tak habis-
habis. Anak raja malang mana dah meminang kau ni? Senyum
tak cukup pipi,” usik Afrina dengan iringan ketawa kecil.
Emilia mengalihkan bantal. Anak matanya kelihatan
bersinar-sinar memandang ke wajah Afrina. Melambangkan
betapa bahagianya hati ketika itu.
“Rina,” Emilia berjeda seketika. Senyuman malunya
pula kelihatan terukir kini. “Kau tahu tak, Rina?”

52
Izzul Izzati

“Tak, aku tak tahu,” Afrina memintas. Sengaja


hendak menyakat Emilia.
Emilia mendengus. Bantal peluk di tangan dibaling
ke arah Afrina yang sedang enak mengetawakannya.
“Ceh! Memanglah kau tak tahu kerana aku belum
bagi tahu lagi,” balas Emilia geram kerana Afrina memotong
bicaranya.
Afrina mengekek. Dapat juga dia mengenakan
Emilia. Emilia hanya tersenyum senang dengan usikan Afrina.
Rasa gembira yang berlimpah-ruah dalam hatinya ketika itu
menenggelamkan segala rasa geram dengan usikan Afrina.
Dia bangun dari katilnya dan merapat ke sebelah Afrina.
“Kau tahu, Rina. Aku dengan Khairil nak bertunang,”
ujar Emilia, lambat-lambat. Senyuman malu-malu tersungging
di bibir sebaik sahaja dia menuturkan berita gembira tersebut.
Tidak ada yang lebih menggembirakan bagi seorang gadis
sepertinya selain mendengar kata-kata ungkapan ‘aku ingin
melamarmu’ daripada seorang kekasih yang dicintai yang
sememangnya di nanti-nantikan selama ini.
“Hah? Really?”
Terlopong mulut Afrina.
“Kenapa? kau tak percaya?” Emilia menarik muka
kelat melihatkan aksi Afrina.
“Bukan, bukan aku tak percaya, Lia. Tapi, susah nak
percaya,” jawab Afrina ikhlas apabila Emilia seperti terasa
hati.
“Memang pun. Aku pun susah nak percaya bila
Khairil memberitahu aku masa lunch tadi.”
“Alhamdulillah. Tahniah, Lia!” Afrina memeluk bahu
teman baiknya. “Akhirnya sampai juga seru korang berdua,
ya? Aku tumpang gembira, Lia,”
Lirih dan sayu suara Afrina.
“Thanks, Rina.” Emilia menggenggam erat tangan

53
kuseru kasihmu

Afrina. “Nanti kau tolong teman aku cari barang hantaran,


eh?” pinta Emilia pula.
“Eh! Apa pulak aku?” Afrina menolak. “Kau pergilah
dengan Khairil. Beli sama-sama lagi senang tak payah susah-
susah nak ukur saiz badan, saiz kaki, saiz tangan,” Afrina cuba
melawak.
“Itulah masalahnya sekarang,” keluh Emilia tiba-
tiba.
“Kenapa pula?”
Makin berkerut muka Afrina dengan aksi Emilia.
“Khairil kata ahli keluarganya dah berpakat nak
sponsor setiap barang hantaran. Dia hanya mengikut,” ujar
Emilia dengan nada tidak berpuas hati kerana tidak dapat
memilih sendiri barang yang disukainya.
“Kalau ye pun keluarganya nak sponsor, takkan
kau tak boleh beli barang dengan Khairil? Lagipun barangan
hantaran tu untuk Khairil juga, kan?” ujar Afrina.
“Oh, tidak!” bantah Emilia. “Memandangkan barangan
hantaran untuk aku dirahsiakan,” Emilia berjeda seketika. “…
jadi aku juga nak rahsiakan barangan hantaran untuk dia.
Barulah adil!” luah Emilia, berbaur tidak kepuasan hatinya.
Afrina tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya.
“Ada-ada ajelah kau ni, Lia,”
Emilia hanya tersengih.
“Hai, nampaknya aku terpaksalah cari housemate
baru lepas ni,”
Nada suara Afrina berbaur sayu.
“Bukan housemate tapi roommate,” jelas Emilia.
Senyuman nakal terukir. Terangkat kening Afrina mendengar
kata-kata Emilia.
“Cari roommate? Kenapa pulak?” soal Afrina kurang
memahami. Mengarut! Bertahun-tahun dia tinggal seorang
sebilik. Tiba-tiba, nak kena cari teman sebilik. Apahal? Bebel

54
Izzul Izzati

Afrina sendiri.
“Ai! Buat-buat tak paham pulak,” perli Emilia
selamba.
Berkerut muka Afrina cuba menangkap maksud
Emilia. Fikirannya gagal berfungsi bagi menaksir maksud
yang tersirat yang telah disampaikan Emilia.
“Lurus bendul betullah kau ni!” Emilia mengekek
ketawa.
“Amboi mulut! Tak ada insuranslah tu. Sedapnya
mengata orang!”
Kali ini, wajah Emilia pula menjadi sasaran dengan
bantal peluk. Gamat bilik mereka dengan ilai tawa.
“Tapi kan, Rina, aku harap kau janganlah tunggu
Hakimi. Alamatnya sampai ke tualah kau tak dapat room mate
nanti,” Emilia berkias dengan tawa yang masih bersisa.
Terjegil anak mata Afrina setelah faham maksud
yang ingin disampaikan Emilia. Mendengarkan nama Hakimi
disebut, semangatnya terasa hilang. Keriangan dirinya terus
terbang lesap tiba-tiba. Mulutnya terus membisu seribu
bahasa.
Emilia yang perasan perubahan mendadak raut
wajah Afrina mula rasa bersalah. Namun dia perlu mengejut-
kan lena panjang Afrina. Biarpun Afrina tidak memperlihat-
kan minat yang mendalam kepada Hakimi. Tetapi, dia tahu
hati Afrina terus obsesi secara diam terhadap Hakimi. Dia
pasti! Jika tidak, mengapa Afrina tiba-tiba berubah sikap
setiap kali nama Hakimi disebut? Seperti ada sesuatu yang
sedang bersarang dalam lipatan hati Afrina pada Hakimi.
Nampaknya begitu teruk sekali panahan cinta pandang
pertama Afrina. Emilia mengeluh sendiri. Dia tahu, Afrina
sebenarnya sedar hatinya akan kecewa terluka jika dia terus
mengharap cinta Hakimi. Namun itulah, cinta di dalam hati
teman kesayangannya itu ternyata amat susah dirobohkan.

55
kuseru kasihmu

Tetap teguh dan kukuh abadi bersemi di jiwanya. Rina…


Rina… Emilia mengeluh lagi.

HALIZA membelek-belek blaus yang digantung bersusun di


atas para. Tetapi, konsentrasinya bukan di situ. Perhatiannya
lebih pada gelagat Hakimi. Anak matanya tidak lepas men-
jeling ke arah Hakimi yang kelihatan resah gelisah menekan
butang telefon bimbit di tangan. Hatinya ingin sekali bertanya.
Gerangan siapakah yang sedang dihubungi oleh Hakimi?
Sehinggakan dia merasakan pertemuan mereka pada petang
itu amat hambar. Hakimi seperti terpaksa menemaninya.
Bukan dia ingin sangat membeli-belah tetapi sengaja
mencari alasan untuk berjumpa dengan Hakimi. Mengharapkan
Hakimi yang memulakan dahulu bagai menunggu buah yang
tidak gugur. Selain daripada dirinya, adakah lagi insan istimewa
yang bertakhta di hati Hakimi? Benarkah dia istimewa? Kalau
benar, mengapa begitu susah Hakimi ingin mengucapkan kata
azimat yang selalu dilafazkan oleh insan yang sedang bercinta?
Tapi, benarkah mereka sedang bercinta? Haliza terus melontar
pertanyaan demi pertanyaan yang tidak memberikannya
jawapan yang tepat. Malahan menambahkan lagi kekeliruan
dalam hatinya. Pertemuan buat pertama kali dengan Hakimi
kembali menjengah.
“Terima kasih, Kimi, kerana sudi berkawan dengan
Liza,” ujar Haliza malu-malu. Bahagianya ketika itu, bagai
bulan jatuh ke riba.
“Kimi lagi tak sangka dan rasa amat bertuah Liza
sudi berkenalan dengan Kimi. Kimi berharap berhubungan
kita nanti berkekalan selamanya.”
Berona merah wajah Haliza menahan malu yang
bertandang. Kata-kata Hakimi bagai menyirami dirinya

56
Izzul Izzati

dengan embun pagi. Hatinya berbunga bahagia. Saat itu, ingin


sahaja dia mengucapkan kata cinta kepada Hakimi namun dia
menahan hati agar tidak terluah. Dia tidak mahu dikatakan
perigi mencari timba biarpun terang-terang menunjukkan dia
yang memulakan dan menghulurkan salam perkenalan. Dia
amat bernasib baik kerana Hakimi menerima. Jika tidak, dia
tidak tahu di mana dia nak letak mukanya.
Teringat kembali betapa bangganya dia dengan
kedua-dua rakan baiknya, Natasha dan Afrina kerana berjaya
memenuhi cabaran Natasha. Namun, setelah lima tahun
mereka berkenalan dan kenal rapat, tidak pernah sekali dia
mendengar kata cinta terluah daripada bibir Hakimi. Dia
seperti mengejar bayang-bayang yang tidak pasti.
“Liza, err… Kimi ada hal. Apa kata kita balik
sekarang? Kimi teman Liza lain kali, okey?” Teguran Hakimi
menyentakkan khayalan Haliza.
“Apa boleh buat,”
Jawapan Haliza berbaur hampa. Baju yang sedang
dibelek diletakkan kembali ke tempatnya. Hilang semangatnya
hendak membeli belah. Hakimi yang perasan hanya
mampu mendiamkan diri namun jauh di sudut hatinya
terselit jua perasaan bersalah. Menjaga hati Natasha adalah
lebih utama pada ketika itu.
Sepanjang perjalanan pulang, Hakimi banyak
membisu. Haliza tidak kurang resah untuk memulakan
bicara. Namun, dia perlu mengambil kesempatan yang ada
untuk bertanya. Dia tidak sanggup lagi menjadi pungguk yang
rindukan bulan.
“Andainya Kimi tidak kisah, boleh tak Liza nak tanya
sikit?”
Hakimi kelihatan teragak-agak untuk mengangguk.
Seperti dapat meneka apa yang bakal disoal oleh Haliza.

57
kuseru kasihmu

Begitulah kalau diri sudah buat salah memang hati akan


sering dalam resah gelisah.
“Actually, what do you expect from our
relationship?”
Hakimi menelan air liur berkali-kali. “Kenapa…
kenapa Liza tanya macam tu?”
Gugup Hakimi bertanya, pura-pura tidak
memahami.
“Tentu Kimi faham maksud Liza, kan?”
Hakimi cuba mengukir senyuman bagi
menyembunyikan hatinya yang sudah berselirat dengan segala
macam rasa.
“Kita kan dah lama berkawan. Tentu sekali Kimi
ikhlas berkawan dengan Liza,”
Setenang boleh Hakimi menjawab. Berharap Haliza
tidak memanjangkan persoalan tersebut. Kawan? Haliza
menelan rasa kecewa. Bukan jawapan itu yang diharapkan
keluar daripada bibir Hakimi. Wajah Hakimi yang sedang
memandu kelihatan tenang dipandang penuh sarat dengan
rasa hiba. Apa yang sebenarnya bermain di hati Hakimi tidak
mampu untuk dia meneka secara pasti. Kalau boleh, ingin
sekali dia menyelami sedalam-dalamnya. Sekurang-kurang
dia tahu siapa dia sebenarnya di sudut hati Hakimi. Benarkah
hanya kawan? Berkali-kali perkataan itu bergema di hati
Haliza. Itukah jawapan yang dia dapat setelah bertahun dia
menunggu kata cinta daripada Hakimi?
“Kimi, Liza tak menganggap Kimi sebagai kawan,”
luah Haliza dengan suara ditahan-tahan. Biar Hakimi tahu!
Biar Hakimi faham apa yang terbuku.
Hati Hakimi berdetak kencang. Air liur yang ditelan
terasa kesat.
“Kita bukan lagi kanak-kanak remaja, Kimi. Liza….
Liza memang sukakan Kimi sejak dulu lagi. Sejak kita kenal

58
Izzul Izzati

dulu. Jadi, Liza perlu tahu apa yang Kimi rasa pada Liza,”
luah Haliza tersekat-sekat. Raut wajah ditundukkan. Cuba
melindungi riak malu yang terukir. Namun hatinya rasa lega
teramat kerana dapat meluahkan.
Hakimi kehilangan kata-kata. Kalau diberi pilihan,
dia tidak mahu menjawab soalan Haliza. Dia pasti jawapannya
bakal melukakan hati Haliza. Namun, wajarkah dia terus
membiarkan Haliza membina harapan sedangkan dia tidak
berniat sebegitu terhadap Haliza?
Melihat Hakimi diam membisu, Haliza memejamkan
mata cuba melindungi rasa hampa. Biarpun begitu, hatinya
tetap berdoa dan berharap cintanya akan berbalas. Jalinan
perhubungan mereka yang sudah menjangkau jangka masa
yang lama memberi keyakinan teguh dalam hatinya biarpun
ke kadang timbul rasa keliru. Oh! Hati, sememangnya tidak
pernah mahu mengerti.

Pandang-pandang hati berkenan


Tidur malam terbayang-bayang
Tenung-tenung hati keliru
Siapakah di hatimu

Lama-lama, lama merindu
Pada teruna idaman
Rasa resah rasa pilu
Dia buat tak tahu

Jauh-jauh, jauh hati
Hati kita yang terluka
Rasa resah rasa malu
Tangan bertepuk sebelah

Dapatkah kuinginkan

59
kuseru kasihmu

Hatimu dan hatiku


Berpadu menjadi satu

Hati Haliza terus berlagu pilu.

60
Izzul Izzati

bab
9

A
FRINA mengerling sekilas
ke arah jam di pergelangan
tangan­nya. Anak mata
dihalakan ke arah pintu kafeteria. Keluhan yang dilepaskan
berbaur resah dan geram. Menunggu orang sememangnya
terasa lama biarpun baru sahaja lima minit masa berlalu.
Semakin resah tatkala memikirkan baris-baris ayat yang bakal
diperkatakan kepada Azlan dan Haliza nanti. Bagaimanakah
perasaan mereka nanti? Kecewa? Marah? Sedih? Afrina terasa
lemas dengan pertanyaan-pertanyaan sendiri.
Mengapa hatinya perlu bimbang dan rasa gusar
walhal masalah tersebut bukan berkaitan dengannya pun?
Kenapa dia pula mesti rasa sakit jiwa sedangkan Hakimi
dan Natasha bergembira dan bahagia dengan apa yang telah
mereka lakukan? Tapi, benarkah begitu? Detik Afrina lagi. Apa
pun mereka berdua adalah kawan baiknya. Dan, sudah tentu
dia juga turut rasa tempiasnya akibat daripada sikap Hakimi

61
kuseru kasihmu

dan Natasha. Fikiran Afrina melayang menggamit memori.


Kenangan sewaktu zaman belajar kembali menjengah.

“RINA, kau satu grup dengan Hakimi, kan?” soal Haliza ketika
Afrina sedang bersiap-siap untuk pergi perbincangan dengan
kumpulan kuliahnya.
“Hmm, kenapa kau tanya?” soal Afrina sambil melihat
gelagat rakan baiknya itu tersenyum malu.
“Aku nak mintak tolong sikit, boleh tak?”
“Tolong apa?”
“Tolong bagi surat ni pada Hakimi, boleh?”
“Surat? Surat apa?” soal Afrina, masih tidak dapat
memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Haliza.
“Apalah kau ni, Rina. Buat tak faham pulak. Surat
aku nak berkenalan dengan Hakimi tu lah!”
Senyuman meleret Haliza membantut pergerakan
Afrina. Ada satu macam perasaan meresap ke dalam nalurinya
ketika itu. Susah untuk dihuraikan. Apa yang pasti dia rasa
tergugat. Benar-benar tergugat. Belum pun dapat ditawan,
putera idaman terasa telah dibawa lari. Permintaan Haliza
terasa berat untuk diterima.
Sebenarnya, dia sudah dapat mengagak perkara
ini akan berlaku ketika nama ahli kumpulan diagihkan oleh
Profesor Hassan. Tatkala ternampak namanya tersenarai
sekumpulan bersama Hakimi, Halizalah yang paling gembira
seolah-olah nama dia pula yang tersenarai. Dapat dirasakan
Haliza akan menggunakan dia sebagai laluan untuk berkenalan
dengan Hakimi. Kini, telahannya itu ternyata benar.
“Rina! Boleh ke tak?”
Haliza mengulangi pertanyaannya setelah Afrina
membisu diri.

62
Izzul Izzati

Afrina yang sedang memasukkan nota ke dalam


beg sandang menoleh sekilas ke arah Haliza yang kelihatan
bermuncung.
“Hai, takkan main surat aje. Sekarang ni kan zaman
teknologi serba canggih. Gunalah SMS ke, e-mel ke, nak
lagi canggih guna MMS, baru ada kelas,” ujar Afrina berbaur
mengusik secara tidak langsung cuba mengelak daripada
perasaannya dikesan oleh Haliza.
“Bukan macam tu, Rina. Memanglah aku boleh
berkenalan terus dengan Hakimi. Tapi, aku rasa cara macam
tu... macam perempuan gatal!”
Meletus juga ketawa daripada bibir Afrina mendengar
teori yang diutarakan oleh Haliza itu. “Tau, tak apa. Habis tu,
dengan hantar surat tu tak macam perempuan gatal ke?” perli
Afrina. Ketawa masih kedengaran.
“Dengan surat, nampak sopan sikit. Lagipun, kalau
melalui kau mesti Hakimi rasa aku sememangnya ikhlas dan
jujur nak berkenalan dengan dia.”
Kesungguhan luahan hati Haliza membuat Afrina
terdiam. Sememangnya teori yang dibuat oleh Haliza itu
betul. Suara ceria Hakimi menusuk ke cuping telinga apabila
bingkisan surat Haliza bertukar tangan.
“Hai, bertuah badan. Kau jangan cemburu, Lan!
Orang cantik macam Haliza nak berkenalan dengan aku,”
Afrina mengetap bibir mendengar. Sedikit sebanyak
hatinya turut terjerut; rasa kecewa bertindih dengan rasa
hampa. Peluangnya untuk mendekati putera idaman seperti
tertutup kini. Impiannya bagai retak bak kaca pecah. Walhal,
dari awal lagi dia sedar pautan hatinya pada Hakimi hanya
ibarat angan-angan yang tidak mungkin menjadi realiti.
“Apa pulak aku nak cemburu? Aku pun nak berkenalan
dengan Natasha, lagi cantik,”
Afrina teringat kembali bagaimana bermulanya detik

63
kuseru kasihmu

perkenalan Azlan dengan Natasha.


“Jangan perasan! Belum tentu kau dapat Natasha,”
Hakimi seperti memperkecilkan Azlan.
Afrina pada masa itu hanya menjadi pendengar yang
setia biarpun dalam sudut hatinya menahan sendu sendiri.
“Belum cuba, belum tahu!” Azlan tidak mahu
mengalah. “Rina, nanti kau tolong aku pulak bagi surat pada
Natasha, ya?”
Hah? Afrina yang sedang berpura-pura meneliti
kertas kerja di hadapannya rasa mendongkol. ‘Minta tolong
lagi! Ingat aku ni posmen kau orang ke?’ Saat itu, mahu saja
dihamburkan rasa tidak kepuasan hati namun tidak mampu
terluah daripada bibirnya.

“HEI, Rina!”
“Hah?” Afrina tercengang-cengang seketika kerana
terkejut. Terbang lesap segala kenangan dan memori lama.
Kelihatan Haliza sedang tersengih di hadapannya waktu itu.
“Beranganlah tu,” sakat Haliza melihat keadaan
Afrina.
“Kau, Liza! Selalu buat aku sakit jantung,” marah
Afrina.
Haliza mengekek.
Keceriaan yang terpamer pada wajah Haliza
membuatkan hati Afrina tersentuh. Dipagut rasa sayu. Tidak
sampai hati hendak membunuh keceriaan teman baiknya itu
dengan berita yang bakal diperkatakan nanti.
“Apasal lambat?” rungut Afrina bersahaja bagi
menyembunyikan rasa hati.
“Biasalah, Rina. Kau bukan tak tahu, jalan jam,”
jawab Haliza.

64
Izzul Izzati

“Cepatlah, Rina, apa sebenar perkara penting yang


kau nak cakap dengan aku tu? Sampaikan tak boleh cakap
dalam telefon,” soal Haliza, tidak sabar. Kerusi di hadapan
Afrina ditarik sambil tangannya menggamit memanggil
pelayan kafeteria untuk memesan minuman.
“Sabarlah sekejap, tunggu Lan datang dulu,” ujar
Afrina. Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas.
“Kau cakap ajelah dengan aku dulu. Nanti, bila Lan
datang kau cakap sekali lagi,” desak Haliza tidak sabar.
“Tunggulah Lan datang sekejap lagi. Malaslah aku
nak ulang-ulang banyak kali.”
“Lecehlah kau ni, Rina,” keluh Haliza.
Afrina hanya tersenyum. Namun, senyumannya jelas
tidak menampakkan keserian apatah lagi kemanisan.
“Kau macam mana sekarang? Ofis banyak kerja,
tak?” soal Afrina mengubah topik perbualan agar Haliza dapat
melupakan seketika perkara yang hendak diperkatakan.
“Hal kerja, jangan cakaplah, Rina. Memang tak
pernah habis. Aku sekarang ni tengah bengang dengan bos
aku tu. Semua kerja nak cepat. Dia ingat kita ni apa? Mesin?
Kalau mesin pun, boleh rosak agaknya,”
Afrina tergelak kecil. Situasi kerja mereka sama
sahaja walaupun berlainan pejabat. Mungkin itu juga yang
sedang dirasakan oleh rakan sekuliahnya yang lain.
“Banyak sangat ke kerja kau sekarang? Setiap kali
aku telefon, tak pernah ada kat ofis,”
“Biasalah, Liza… jadi macai orang ni, kenalah ikut
kata bos,” jawab Afrina bersahaja.
Haliza tergelak mendengar gaya bahasa Afrina.
“Betullah, Rina. Kalau diikut-ikutkan hati hendak
saja aku berhenti kerja. Buka bisnes sendiri. Jadi bos. Tak
adalah jadi macai orang lagi,” ujar Haliza diiringi ledakan
ketawa.

65
kuseru kasihmu

Afrina turut tergelak.


“Natasha pun sama macam kau. Sibuk memanjang.
Kalau telefon, tak pernah nak dapat,” rungut Haliza.
Afrina mengetap bibir, mendengar. Benarkah Natasha
kesibukan atau pura-pura sibuk? Nalurinya merasakan Natasha
sengaja tidak mahu menerima panggilan Haliza.
“Kau dengan Kimi, macam mana?”
Tercetus soalan daripada bibir mulut Afrina secara
tidak sengaja. Sudah terlewat untuk ditarik kembali setelah
disedari ketelanjurannya itu. Pertanyaan Afrina mematikan
senyuman Haliza. Agak lama dia terdiam.
“Entahlah, Rina, susah aku nak baca apa sebenarnya
tersirat dalam hati Kimi. Selama kita orang rapat, aku tak
pernah sekali dengar dia kata cinta pada aku,” luah Haliza
tanpa perlu didesak. Rasa kecewa yang ditanggung seperti
mengatasi segalanya.
Hati Afrina dihimpit simpati yang sarat. Dia faham
apa yang terbuku dalam hati Haliza ketika itu. Agak-agaknya
antara dia dengan Haliza, siapa yang lebih merana dengan
sikap Hakimi? Sempat Afrina meneka-neka dalam hati.
“Kau tak cuba tanya atau berterus-terang dengan
Kimi ke?” Afrina cuba menduga Haliza biarpun dia sebenarnya
tahu mengapa Hakimi bersikap begitu.
Haliza mengangguk.
“I did,” jawab Haliza lemah.
“Jadi, apa kata Kimi?” soal Afrina, tidak sabar ingin
mengetahui.
“Dia diam aje. Tak jawab apa-apa,” luah Haliza lagi.
Jawapan Haliza membuatkan Afrina terdiam sejenak. Suasana
antara mereka menjadi hening seketika.
“Kau masih menaruh harapan dengan Kimi lagi ke?”
Afrina memecah kebisuan. Dia perlukan kepastian. Baginya,
jawapan yang bakal diperkatakan oleh Haliza itu nanti akan

66
Izzul Izzati

menyenangkan tugasnya bagi menceritakan perkara yang


sebenar.
Haliza terdiam sejenak. Wajah Afrina yang menanti
jawapannya dipandang kosong.
“Entahlah... tapi aku benar-benar cintakan dia, Rina,”
jawab Haliza sayu.
Afrina terdiam. Dia mengeluh dalam diam. Kenyataan
Haliza membuatkan lidahnya kelu. Biar pun begitu perasaan
simpati tetap berdetik dalam hati Afrina pada Haliza, sahabat
yang senasib dengannya itu. Namun, Haliza beruntung kerana
berpeluang meluahkan isi hati kepada Hakimi tetapi dirinya?
Mungkin merahsiakan lebih baik daripada meluahkan. Apatah
lagi cintanya terang-terang telah ditolak biarpun belum
diluahkan. Afrina membuat rumusan sendiri.
“Eh, Rina. Kau tolong aku, boleh?” Haliza bersuara
ceria tiba-tiba.
“Tolong? Kau nak mintak tolong apa?” Afrina
menyuarakan kesudiannya biarpun hati benar-benar terasa
resah dengan permintaan Haliza.
“Kau kan satu ofis dengan Kimi. Apa kata kau cuba
tanyakan Kimi pasal perkara ni?”
“Aku?”
Nafas Afrina seakan terhenti mendengar permintaan
Haliza yang di luar kemampuannya itu. Namun untuk menolak,
lidahnya seakan kaku untuk menuturkannya. Langsung dia
kehilangan kata-kata. Dia rasa terperangkap kini. Tugasnya
semakin rumit.
“Please, Rina, aku nak tahu sangat perasaan dia pada
aku. Kau tolong, ya?” Desak Haliza.
Afrina terus kehilangan suara. Bunyi mesej daripada
telefon bimbitnya bagai menyelamatkan keadaan daripada
memberi jawapan kepada Haliza.

67
kuseru kasihmu

‘Sorry Rina, aku ada hal. Emergency! I’ll call u later’


- Azlan.

Afrina mengeluh. Skrin telefon bimbit ditenung


lama. Susah untuk digambarkan situasi dirinya waktu itu.
“Kenapa Rina?” Tercetus persoalan daripada mulut
Haliza, melihatkan raut wajah Afrina berkerut seribu.
“Lan tak dapat datang,”
“Jadi, macam mana sekarang?”
“Lain kalilah, Liza. Kita tunggu Lan ada masa nanti.”
Afrina hilang semangat. Fikirannya terasa berserabut tiba-tiba.
Perasaan geram dan marah semerta membukit pada Hakimi
kerana menyusahkan semua pihak. Dia yang tidak terlibat ini
pula yang menjadi mangsa. Afrina mendengus geram.
“Apa salahnya kau bagi tahu aku dulu? Penting
sangat ke perkara yang hendak kau katakan tu?”
Afrina terkedu seketika. Teguran Haliza membuatkan
dia menarik nafas panjang, bimbang emosi yang sedang
bergejolak diketahui Haliza.
“Entahlah….rasanya tak,” jawab Afrina sebagai jalan
tengah. Bimbang Haliza akan terus mendesak.
Berkerut dahi Haliza. Pelik! Bukankah di dalam
telefon sebelum ini, Afrina begitu beria-ia ingin menyampaikan
‘sesuatu’.
“Okeylah, kalau macam tu, aku chau dululah, Rina.
Aku dah janji dengan room mate aku nak dinner kat luar
malam ni,” ujar Haliza sambil bangun dari duduknya. “Kau
jangan lupa tanyakan Kimi perkara tu, ya?” Haliza sempat
berpesan sebelum beredar.
Afrina mengangguk dalam keterpaksaan. Dirinya
tak ubah seperti lilin. Terbakar, menerangi dan akhirnya
memusnahkan diri sendiri. Mungkin dia terlalu lemah untuk
menghampakan hati seorang yang bernama sahabat.

68
Izzul Izzati

bab
10

“M
ANA lagi ok? Yang
ni ke atau yang ini?
Atau, yang ni lagi
nampak menarik?” Emilia menyoal Afrina sambil menyua
beberapa helai baju kemeja kepada Afrina.
Pada cuti hujung minggu itu, awal-awal pagi lagi
dia sudah mengejutkan Afrina, mengajaknya menemaninya
membeli-belah. Rungutan Afrina kerana mengganggu
tidurnya tidak dihiraukan. Khidmat bakti Afrina untuk
menolong memilih barangan hantaran hari pertunangannya
amat diperlukan. Emilia tersenyum sendiri bila teringatkan
dia bakal menjadi tunangan Khairil nanti. Tak sabar rasanya.
Senyuman meniti di bibir Emilia lagi.
Afrina menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Masuk kali ini sudah lebih sepuluh helai kemeja lelaki pelbagai
jenama disuakan kepadanya. Berlengan pendek dan berlengan

69
kuseru kasihmu

panjang. Kononnya, bertanya pendapat. Tapi, bila diusulkan


Emilia pula tidak berkenan. Aduh! Naik pening kepala dia
dengan kerenah Emilia. Sudahlah awal-awal pagi lagi diajak
terpacak depan Mid Valley ini.
Untuk menolak, dia tidak berani. Bimbang akan
menghilangkan semangat teman serumahnya itu yang
ternyata begitu seronok untuk mencari barangan hantaran
pertunangannya. Lagipun, dia faham apa yang sedang dialami
oleh Emilia. Sudah sekian lama Emilia menanti saat sebegini.
Sudah lama dia menunggu. Tentu sekali dia mahu memilih
sebaik mungkin. Bertunang bukan selalu. Sekali seumur
hidup. Lebih-lebih lagi jika tali pertunangan diikat dengan
pilihan hati. Hati Afrina berkata-kata sendiri. Bertuah sungguh
Emilia! Sedangkan dia? Afrina mengeluh hambar.
“Cepatlah, Rina! Yang mana satu ni?”
Gesaan Emilia menarik Afrina dari dunia khayalan.
“Hmmm…semuanya nampak ok,” jawab Afrina
sebagai jalan tengah. Dia sudah keletihan setelah sudah lebih
dua jam berpusing. Kakinya juga sudah naik lenguh berdiri.
Sungguh pun begitu masih belum berjumpa yang berkenan di
hati. Mungkin Emilia sudah rambang mata. Tidak tahu mana
satu hendak dipilih.
“Isk! Kau ni? Aku tanya lain, kau jawab lain. Takkan
nak beli kesemuanya pula? Lari bajet aku,” rungut Emilia.
Afrina tergelak kecil melihat Emilia mencuka tidak
berpuas hati.
“Kalau aku pilih, aku kenalah bertunang dengan
Khairil nanti,” balas Afrina terus-menerus ketawa mengusik.
“Ooitt! Jangan nak berangan. Aku mintak tolong
pilih baju aje, tau!” dengus Emilia. Usikan Afrina tidak
dihiraukan. Dia kembali membelek kemeja-kemeja yang
banyak tergantung.
Afrina ketawa mengekek.

70
Izzul Izzati

“Habis tu, kau tanya macam aku pulak yang nak


bertunang dengan Khairil,” ujar Afrina dengan sisa ketawa.
Emilia tersengih.
“Lia, aku nak duduk sekejaplah. Kalau kau dah pilih
nanti kau cari aku kat bangku sana, ya?”
“Hmmm...,” Emilia hanya mengangguk. Tidak mahu
fokusnya terganggu.
Afrina menggelengkan kepala sambil tersenyum.
Langkah kaki diayun ke arah bangku yang disediakan di dalam
kompleks membeli belah tersebut untuk berehat mahupun
melepak.
Belum pun sempat Afrina duduk di atas bangku
kayu, darahnya berderau tiba-tiba. Anak matanya terpaku pada
kelibat pasangan kekasih yang begitu mesra. Saling bertukar
senyum dan tawa. Jari jemari mereka bertaut erat, saling
berpimpin. Nampak benar-benar sedang berbahagia dilamun
cinta yang sedang membara.
Afrina terkaku. Dadanya berombak kencang seakan
mahu tercabut. Nafasnya rasa tertahan-tahan. Semput
tiba-tiba. Lututnya turut terasa lemah longlai seolah-olah
tidak bermaya hendak berdiri lagi. Dia memaliskan tubuh
saat pasangan sejoli itu berjalan melintasinya. Bimbang
kehadirannya di situ disedari oleh mereka berdua. Melihatkan
reaksi kebahagiaan yang terpamer, mana mungkin pasangan
itu perasan akan kewujudan insan-insan di sekeliling mereka.
Biarpun hati sarat dengan rasa kecewa dan terluka
sendiri, dia masih juga mahu memandang semula ke arah
Hakimi dan Natasha. Dia sedar kehadiran Natasha di sisi
Hakimi bakal mempertontonkan kepadanya babak-babak yang
bisa merobek hati dan jiwa. Apatah lagi senyuman mekar
yang terukir pada wajah Hakimi jelas menunjukkan betapa
dia berbahagia di sisi Natasha. Naluri Afrina benar-benar
terhiris dengan rasa cemburu. Tanpa dapat ditahan, hatinya

71
kuseru kasihmu

tiba-tiba dikepung dengan rasa sebak dan hiba. Pandangan


matanya mulai kabur. Air mata mula bergenang di tepi tubir
mata. Ditahankan jua agar tidak menitis. Dia masih sedar
dia bisa menjadi tontonan insan-insan sekeliling kiranya dia
mengikut hati dan perasaannya ketika itu. Sudahnya, dia
hanya memandang sepi bayangan Hakimi dan Natasha yang
semakin menjauh dan kemudiannya menghilang di celah-
celah orang ramai.
Afrina terduduk sendiri setelah merasakan tidak
mampu lagi hendak berdiri lebih lama. Dia sendiri tidak
mengerti mengapa bayangan wajah dan senyuman Hakimi
sering terlintas dalam ruang mindanya walhal dia sedar
untuk memiliki Hakimi bagai jauh panggang dari api.
Bukan dia tidak mahu menerima hakikat itu tetapi hati dan
perasaannya ternyata degil untuk mengakui. Sering kali
juga dia memujuk hati mengatakan Hakimi sememangnya
tidak ada keistimewaan untuk dipuja sebagai jejaka idaman.
Namun, kadang-kadang jiwanya lemah untuk melawan emosi
yang sudah melekat kukuh di setiap penjuru hati. Bertambah
susah dan sukar untuk dia melupakan setelah hampir setiap
hari dia terpaksa bersua muka dengan Hakimi. Tanpa sedar,
dalam diam dia sebenarnya sering mencuri pandang dari jauh
wajah Hakimi sewaktu di pejabat. Cukuplah hanya sekadar
mengubat rindu. Gaya dan penampilan Hakimi dengan raut
wajah dan senyumannya ternyata bisa membuat hati mana-
mana anak dara yang melihat tertawan sendiri. Dan dia
mengaku, dia tidak terkecuali biarpun cuba untuk dielak.
Kerana dia hanyalah insan biasa yang mempunyai kehendak
dan naluri. Akan tetapi, sampai bilakah hati ini akan terus
dibuai mimpi-mimpi sebegini?
“Rina!”
Afrina tersentak.
“Isk! Kau ni, Rina. Puas aku cari kau. Rupanya, kat

72
Izzul Izzati

sini kau berangan,” bebel Emilia.


Afrina diam membisu. Kata-kata Emilia dibiarkan
tidak berbalas. Semangatnya benar-benar luntur.
“Rina, kau ni kenapa?” Perubahan sikap Afrina
rupanya dapat dikesan oleh Emilia.
“Maafkan aku, Lia. Kita balik. Lain kali aku teman
kau lagi, ya?” pinta Afrina perlahan. Tanpa menunggu Emilia
memberi jawapan, Afrina pantas mengangkat kaki menghala
ke pintu lif. Tidak mampu lagi untuk dia menunggu lebih
lama. Emilia yang kebingungan segera berlari mengikut.
Apahal pulak ni? Kepalanya yang dilitupi kain tudung digaru-
garunya.
Sepanjang perjalanan pulang, Afrina tetap
mendiamkan diri. Emilia memandu tenang. Namun anak
matanya tidak lepas pandang mencuri perhatian ke arah
teman kesayangannya di sebelah. Pun begitu, dibiarkan Afrina
melayan emosi biarpun hatinya melonjak untuk bertanya
sebab-sebab yang menyebabkan perubahan sikap Afrina
tiba-tiba sahaja. Biasanya Afrina akan bersikap sebegitu jika
berkaitan dengan Hakimi. Tidak mungkin ada sebab lain. Dia
pasti! Amat pasti! Hati Emilia meneka dengan yakin.
“Lia, aku jumpa Kimi tadi.”
Tiba-tiba, Afrina memecah kebuntuan antara
mereka.
Bulat mata Emilia mendengar. Pantas dia menoleh.
Hatinya terasa ingin melompat meraikan kemenangan kerana
tekaannya betul namun akal warasnya melarang kerana itu
akan menambahkan lara sahabat baiknya itu. Jadi, memang
betullah Hakimi penyebabnya. ‘Hakimi pun satu masa ni
pulalah nak memunculkan diri. Rosak rancangan aku untuk
membeli belah.’ Sempat Emilia menyumpah seranah Hakimi
biarpun dia tahu Afrina mahupun Hakimi tidak bersalah.
Afrina memendam perasaan kerana Hakimi. Sedangkan

73
kuseru kasihmu

Hakimi pula tidak mengetahuinya. Jadi, siapa yang bersalah?


Spontan Emilia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Rina...,”
Emilia cuba bersuara.
“Maafkan aku, Lia. Aku betul-betul tak dapat kawal
emosi tadi,”
Pantas Afrina memotong. Perasaan bersalah menerpa
kerana merosakkan rancangan Emilia.
“It’s okay, Rina. Jangan risau. Aku faham. Lagipun
masih ada masa.”
“Thanks, Lia.” Tangan Emilia dicapai dan digenggam
erat.

74
Izzul Izzati

bab
11

E
NCIK Kamal memandang
wajah Afrina dan Hakimi
silih berganti. Anak mata
kemudiannya dihalakan pula ke arah lakaran lukisan lokasi
tapak projek Hulu Bentong yang dibentangkan hingga hampir
memenuhi ruangan meja. Sudah hampir satu jam mereka
berbincang mengenai projek yang akan dilaksanakan itu nanti.
Paling penting ketika itu, Afrina dan Hakimi faham mengenai
skop kerja dan keadaan tapak projek yang bakal dilawati oleh
mereka pada keesokan harinya.
“I want both of you to check the actual situation of
the site thoroughly and make sure all those related items
will be included in the estimated cost for this project, okay?”
Afrina dan Hakimi menganggukkan kepala; tanda
memahami pesanan daripada bos mereka itu.
“Any problem?” soal Encik Kamal. Wajah Afrina dan

75
kuseru kasihmu

Hakim dipandang lagi. Hampir serentak Hakimi dan Afrina


menggeleng-gelengkan kepala.
“Okey, kalau dah tak ada apa-apa masalah, cukup
sampai sini dulu perbincangan kita. Anything, please inform
me.”
Afrina dan Hakimi sekali lagi menganggukkan
kepala. Mereka kemudiannya bangun dari kerusi di bilik
mesyuarat itu untuk beredar.
“Tunggu dulu, Rina!”
Encik Kamal memanggil sewaktu Afrina sudah
hampir melepasi pintu. Manakala, Hakimi sudah pun keluar
dari bilik tersebut.
“Ada apa, Encik Kamal?”
“Lepas ni, bawakan semua report tender projek Sri
Menanti ke bilik I,”
Afrina hanya mengangguk. Kakinya kembali
melangkah dan tombol pintu bilik mesyuarat dipulas sekali
lagi.
“Rina!”
Afrina terkejut. Wajah Hakimi sudah kelihatan di
tempat duduknya.
‘Aduh! Lagi-lagi muka ni! Apa jenis spesies entah.
Lagi hendak dijauhi lagi rapat dia mendekati. Tak reti-reti
bahasa!’ Bentak Afrina sendiri. Agaknya sudah lama dia
menunggu sewaktu Encik Kamal memanggilnya tadi. Afrina
membuat rumusan sendiri.
“Tepi sikit, Kimi, aku nak ambil fail yang Encik
Kamal nak,” pinta Afrina apabila kedudukan Hakimi telah
menghalangnya untuk mengambil fail yang dikehendaki oleh
Encik Kamal.
“Kau dah cakap dengan Lan, Rina?” Hakimi menyoal
tanpa mengendahkan permintaan Afrina. Dia sebenarnya
sudah putus asa dengan sikap Afrina yang banyak berdolak-

76
Izzul Izzati

dalik tatkala diajukan persoalan tersebut.


“Kimi, boleh tak kau sabar sikit? Aku nak cepat ni.
Encik Kamal tengah tunggu,” ujar Afrina sedikit bengang
dengan sikap Hakimi.
“Rina, sudah seminggu aku tunggu. Kau nak suruh
aku tunggu sampai bila?” Balas Hakimi turut meninggikan
suara.
Terjegil anak mata Afrina mendengar suara Hakimi
yang agak tinggi. Sudahlah minta tolong, nak memaksa orang
pulak. Banyak cantik muka dia! Desis Afrina dalam hati.
Anak matanya masih tajam merenung wajah Hakimi yang
bersahaja. Anak mata mereka berlaga. Kelakuan Hakimi dan
Natasha petang semalam tiba-tiba terbayang dalam fikiran.
Tanpa dapat dielak, terselinap perasaan cemburu di hati. Dia
rasa terluka dan kecewa sendiri. Afrina akhirnya mengalah
dan mengalihkan kembali pandangan anak matanya daripada
menatap wajah Hakimi yang hanya akan menambahkan sakit
di hati.
“Kimi, kalau macam nilah sikap kau...,”Afrina
membiarkan ayatnya tergantung. “Sorry, Kimi! I can’t help
you any more,” Afrina bersuara tenang biarpun hakikat
hatinya sudah panas membara dengan perangai Hakimi. “So
now, you are on your own,” tambah Afrina lagi. Fail di dalam
laci dicapai dan terus berlalu.
Anak mata Hakimi pula terjegil mendengarkan
jawapan Afrina.
“Rina!”
Lantang Hakimi memanggil setelah menyedari
Afrina sudah jauh meninggalkannya. Melihatkan teman-teman
sepejabat yang saling pandang memandang, dia membatalkan
niatnya untuk menyekat langkah Afrina. Sakit betul hatinya
dengan reaksi Afrina yang tampak dingin akhir-akhir ini.
“Pedulikan dia, Kimi. Rina tu bukan boleh dipakai

77
kuseru kasihmu

sangat,” Hanum tiba-tiba menyampuk, cuba mengapi-apikan


sikap buruk Afrina terhadap Hakimi. Di samping itu, dia cuba
mengambil kesempatan untuk menarik perhatian Hakimi.
Hakimi tidak menjawab teguran Hanum. Hanya
diam membisu. Langkah kaki diayun pantas ke arah tempat
duduknya.
“Tak payahlah nak sibuk hal orang lain, Hanum.
Kamu tu boleh dipakai sangat ke?” bidas Kak Noor bersahaja
dengan wajah selamba. Kedengaran gelak-ketawa Wan Amalyn
dan Anita, juga teman sepejabat yang lain.
Hanum mendengus bengang. Pantas meninggalkan
tempat duduknya dan melangkah masuk ke dalam pantri.
Kak Noor tersengih geli hati melihat aksi Hanum.
Peduli apa dia andainya Hanum terasa. Bukan dia tidak tahu,
Hanum memang ada hati dengan Hakimi. Keakraban Afrina
dan Hakimi sejak mereka mula bekerja di pejabat itu menjadi
punca Hanum tidak menyukai Afrina. Apatah lagi Hakimi
tidak melayannya.
Afrina terus melangkah biarpun suara Hakimi
kedengaran bergema dalam ruang pejabat. Tidak dipedulikan
lagi teman-teman yang tertoleh-toleh kehairanan. Kata-kata
Hanum yang menyakitkan masih sempat singgah ke cuping
telinga. Pun begitu tidak dihiraukan juga. Hatinya saat itu
berbelit dengan rasa kesal, geram dan marah. Saling menindih
dengan segala macam perasaan berbaur yang sudah lama
tersimpan di hati.
Langkah Afrina kian longlai. Dan, akhirnya dia
menyandar lemah ke dinding di ruang tangga. Terlupa
seketika wajah Encik Kamal yang sedang menantinya. Terasa
ingin dihamburkan segala perasaan yang bersarang dalam
dada. Terasa ingin diluahkan perasaan yang terbeban dalam
hati. Namun, apalah dayanya. Jauh dalam sudut hati, dia
tidak dapat mengelak daripada terjentik dengan cemburu

78
Izzul Izzati

setiap kali Hakimi menyebut nama Natasha di hadapannya.


Pertemuan dengan mereka berdua pada hujung minggu lepas
menambahkan lagi rasa seksa yang sedia ada dalam jiwanya.
Menambahkan lagi lara hati. Biarpun berulang kali dipujuk
hatinya. Dia tidak mahu hidupnya seumpama pungguk
rindukan bulan. Namun apakan daya, dia akui dia manusia
lemah. Hatinya tidak mampu mengusir wajah Hakimi daripada
terus menghuni di dalamnya. Perasaan kurniaan Allah itu
amat susah untuk dia padamkan walaupun jiwanya sering
sakit diperlakukan Hakimi.
Dia juga sedar, dia tidak boleh berterusan begini.
Dia perlu keluar daripada kemelut perasaannya yang seperti
mengharapkan kasih Hakimi. Ya! Dia mesti berbuat sesuatu
agar perasaannya tidak terus bermimpi dan berharap. Afrina
meneruskan langkah tatkala terdengar derap tapak kaki
menaiki anak tangga. Baru dia teringat arahan Encik Kamal.
Matilah dia kena marah dengan Encik Kamal kerana lambat
menyampaikan fail yang diinginkan. Ini semua gara-gara
Hakimi! Argh!
“Lari baik-baik, Rina. Jatuh nanti, susah!”
Afrina terkedu. Perasaan malu dan sebal terasa
menyerbu ke muka. Teguran Johar membuatkan dia
memperlahankan sedikit langkah kaki menuruni anak tangga.
Baru dia perasan, dia sering bertembung dengan Johar setiap
kali dia berlari, menaiki atau menuruni anak tangga. Hiks!
Mamat ni, masa orang nak cepat itulah dia pula nak muncul.
Macam tau-tau aje. Gerutu Afrina. Biarpun begitu, senyuman
Johar tetap dibalas, tutup malu.

79
kuseru kasihmu

bab
12

H
AKIMI terus resah di
tempat duduknya. Sikap
Afrina sepanjang hari
tersebut benar-benar menguji kesabaran dirinya. Afrina
seperti tidak membenarkan langsung untuk dia mendekati.
Setiap kali dia datang menghampiri setiap kali itulah Afrina
cuba menyibukkan diri dengan berbual di telefon dan berbual
dengan teman sekerja yang lain. Panas mendidih hatinya
melihat.
“Kawan-kawan! Kak Noor nak buat air ni, ada sesiapa
berminat!”
Laungan suara Kak Noor memecahkan kesunyian di
dalam pejabat pada petang itu. Jam di dinding menunjukkan
ke angka tiga setengah petang. Memang masa-masa begini
mengulik rasa mengantuk. Elok juga pekena kopi panas.
“Kak Noor! Saya nak! Saya nak! Kaw-kaw punya!”

80
Izzul Izzati

Suara Johar kedengaran lantang meminta.


“Wan pun nak, Kak Noor!”
“Saya juga!”
Riuh kedengaran kawan-kawan sekerja di pejabat
Afrina memesan minuman.
Kak Noor tersenyum sinis. “Hmmm…korang ni,
pantang offer. Cepat aje menyahut. Nak buat sendiri, malas!”
perli Kak Noor.
Masing-masing yang terasa terkena pada batang
hidung sendiri hanya tersengih-sengih dengan sindiran
berbaur usikan daripada Kak Noor.
Hakimi mendiamkan diri. Tidak berminat untuk
menyertai mereka yang lain. Afrina yang berada kira-kira
kurang dari sepuluh meter bertentangan tempat duduknya
dipandang berulang kali. Melihatkan Afrina sedang bersandar
senang di kerusi, dia mengambil kesempatan menghampiri.
Kesabaran untuk terus menunggu sudah sampai ke tahap
maksima.
“Kak Noor! Biar Rina tolong,” Afrina terus
membuntuti langkah Kak Noor ke arah pantri setelah disedari
haluan langkah Hakimi sedang menuju ke arah tempat
duduknya.
Melihat tindakan Afrina, langkah Hakimi terbantut
di pertengahan jalan. Tajam anak matanya memerhatikan
Afrina yang kelihatan berlagak selamba. Berbaur perasaannya
ketika itu.
Afrina sempat mengerling renungan mata Hakimi.
Tajam menikam. Bagai ingin menelan dirinya hidup-hidup.
Lebih teruk daripada singa puasa sebulan. Gumamnya
sendiri. ‘Apa perlu kisah! Biar dia rasa! Orang macam Hakimi
memang patut diajar begitu’. Desis hati Afrina dalam diam.
Berdendamkan dia? Terdetik juga persoalan dalam hatinya.
“Rina, buat kopi paling sedap untuk Jo, tau!”

81
kuseru kasihmu

Johar bersuara tatkala Afrina melintasinya. Senyuman nakal


menguntum di bibir.
“No problem, Jo,”
Senyuman Johar dibalas manis. Berasap hati Hakimi
memerhati.
“Hah! Kimi, kamu ni kenapa? Tercegat tengah jalan.
Mengigau ke apa!”
Sergahan Kak Noor membuatkan Hakimi terkebil-
kebil akibat terkejut. Kak Noor ketawa. Disambut pula oleh
mereka yang lain. Afrina cuma tersenyum sinis.
“Hah! Kamu nak kopi ke tak nak ni?”
“Bo…boleh juga, kak,”
Tergagap Hakimi menjawab pertanyaan Kak Noor
yang tiba-tiba itu.
“Kalau ye pun berangan nak kahwin, janganlah
tengah jalan, Kimi. Kalau kat jalan raya, dah sah kamu mati
kena langgar. Langsung tak sempat kahwin,” perli Kak Noor.
Hakimi terkedu. Merah wajahnya menahan malu.
Gelak ketawa terus kedengaran. Suasana ruang
pejabat tiba-tiba menjadi gamat. Afrina berlagak selamba. Cuba
menahan gelak daripada meletus melihat perubahan air muka
Hakimi. Padan muka! Hati Afrina berkata geram. Sempat dia
terpandang jelingan kelat Hanum kepadanya. Bukan dia tidak
tahu Hanum kelihatan tidak berpuas hati kerana buah hati
pengarang jantungnya dipermainkan. Menyampah betul dia
melihat!
Hakimi terus terdiam. Kata-kata Kak Noor sememang
tepat terkena mukanya. Tidak berani dia memandang wajah
Afrina yang sudah pasti mengejeknya dalam diam. Afrina yang
melintasi di hadapannya dan menuju ke pantri bersama Kak
Noor hanya mampu dipandang dari ekor mata. Bernanah
hatinya ketika itu.
“Kak Noor, air kopi untuk Kimi nanti Kak Noor tak

82
Izzul Izzati

payah letak gula,” saran Afrina ketika Kak Noor mengambil


balang berisi gula.
Berkerut seribu dahi dan muka Kak Noor. Afrina yang
sedang mengatur mug dalam dulang dikerling kehairanan.
“Kenapa pula?” soal Kak Noor. Secara tidak langsung
dia ingin tahu tentang punca perselisihan antara Hakimi dan
Afrina pagi tadi. Kot-kot Afrina sudi cerita kepadanya.
“Kimi, memang suka kopi tak bergula, kak,” ulas
Afrina bersahaja. “Lagipun, Rina nampak dia mengantuk
sangat hari ni. Eloklah Kak Noor buatkan kopi pahit untuk
dia. Pekat sikit lagi bagus. Khasiat minum kopi ni mampu
menyegarkan fikiran dan minda orang mengantuk. Biar lebih
cergas dan segar. Betul tak, Kak Noor?” Dengan riak selamba,
Afrina berkata tanpa langsung memandang anak mata Kak
Noor. Bimbang Kak Noor perasan reaksinya yang sedang cuba
mengenakan Hakimi yang sering menyakitkan hatinya.
“Hai, sampai macam tu sekali mengantuk si
Hakimi.”
Tanpa banyak soal lagi, Kak Noor terus membancuh
seperti mana yang diusulkan oleh Afrina. Lagipun, dia percaya
kata-kata Afrina kerana apa yang dia tahu Afrina dan Hakimi
sudah saling kenal-mengenali dan agak rapat masa di kampus
dulu. Dan kini berlarutan biarpun masing-masing sudah
bekerja. Sementelah lagi mereka satu pejabat. Cuma, akhir-
akhir ini hubungan Hakimi dan Afrina kelihatan seperti
dilanda perang saudara. Adatlah tu, bila sudah berkawan rapat.
Kak Noor membuat rumusan sendiri.
Hati Afrina tersenyum geli hati. Namun, dia tidak
berani mempamerkan pada raut wajah. Silap hari bulan Kak
Noor perasan nanti. Dia keluar terlebih dahulu dari pantri
sambil membawa dulang yang mengandungi beberapa cawan
yang berisi air kopi. Cawan kopi untuk Hakimi ditinggalkan.
Dibiarkan Kak Noor sahaja yang membawanya. Alasan diberi,

83
kuseru kasihmu

cawan Hakimi sudah tidak cukup ruang untuk diletakkan di


dalam dulang yang dibawa.
“Terima kasih, Kak Noor,” ucap Hakimi sebaik sahaja
cawan berisi air kopi pahit Kak Noor letakkan di sebelah
mejanya.
“Hmmm… sama-sama kasih,” balas Kak Noor
bersahaja dan terus berlalu ke tempat duduknya.
Hakimi segera mengambil dan menghirup kopi
panas itu perlahan-lahan. Tiba-tiba, air kopi yang baru dihirup
tersembur keluar kembali daripada mulutnya. Dia sedikit
melompat tatkala air kopi tertumpah dan terkena pada baju
kemeja putih dan seluarnya. Wajah Hakimi berubah kelat.
Lebih kelat daripada kopi yang dirasai.
“Air kopi apa ni, Kak Noor? Pahit semacam aje,”
komen Hakimi. Segera dia mengeluarkan sapu tangan untuk
membersihkan kopi yang tertumpah.
“Dah memang nama pun kopi, takkan nak rasa milo
pulak! Orang dah buat, banyak pulak songeh dia,” marah Kak
Noor.
Hakimi terkedu. Sekali lagi dia terkena. Gelak-
tawa kawan-kawan membuatkan dia tidak berani membalas
ataupun cuba menjawab kenyataan Kak Noor. Takut tersalah
cakap. Dia bukan tidak tahu sikap Kak Noor kalau sudah mula
membebel. Boleh masak dia dibuatnya.
Melihatkan Hakimi terkulat-kulat sendiri menelan
kopi pahit. Afrina menekup mulut menahan gelak dari
tercetus. Padan muka! Puas hatinya.

84
Izzul Izzati

bab
13

P
ETANG itu, Afrina berkira-
kira untuk pulang awal
dari pejabat. Biarpun
kerja yang perlu diselesaikan sedang bertimbun-timbun,
namun konsentrasinya seakan hilang. Ini semua gara-gara
Hakimi! Sebetulnya dia cuba mengelak daripada Hakimi terus
mengganggu dirinya. Bukan dia tidak sedar, sejauh mana
sangat dia boleh melarikan diri daripada Hakimi. Apatah lagi,
esok mereka berdua akan berangkat ke tapak bina Hulu Pahang
bersama-sama. Memang sah, dia tidak boleh mengelakkan diri
lagi.
“Rina, dah nak balik ke?” Johar menyapa semasa
melihat Afrina berkemas-kemas untuk pulang. Memandangkan
dia juga hendak balik ke rumah, Johar berharap Afrina akan
mempelawanya pulang bersama. Biarpun mereka sebenarnya
pulang dengan kereta berasingan tetapi sekurang-kurangnya

85
kuseru kasihmu

berjalan bersama sehingga ke tempat letak kereta.


Afrina hanya sekadar tersenyum tawar dengan teguran
Johar. Dia tidak berminat hendak menjawab. Sementelah dari
ekor mata, dia perasan Hakimi turut menoleh dan memandang
ke arahnya. Dia juga perasan Johar seperti ingin menyatakan
sesuatu, namun langkah kaki diayun laju menuju ke arah anak
tangga. Bimbang Hakimi cuba menghalang langkahnya itu.
Johar termangu sendiri melihat Afrina langsung
pergi.
“Hai, Rina! Awal kau balik hari ni,” sapa Emilia tatkala
terlihat Afrina sedang berbaring senang di sofa panjang.

“Hari ni aku penatlah, Lia. Rasa nak rehat,” jawab


Afrina bersahaja.
“Nak rehat?” Terangkat kening Emilia mendengar.
Alasan Afrina terasa pelik di telinganya. Tas tangan dan kunci
kereta diletakkan di atas meja sebelum dia melabuhkan
punggung ke sofa sebelah Afrina. “Ye, ke? Atau ada sebab-sebab
lain kau balik awal ni?” soal Emilia lagi. Cuba mengorek.
“Tak ada apa-apalah, Lia. Aku betul-betul penat,” ujar
Afrina.
“Boleh percaya ke ni?” Emilia masih mahu Afrina
berterus-terang apa yang sedang disembunyikannya.
“Lia, aku rasa nak pergi mandi dululah. Badan aku
rasa melekit.” Afrina cuba mengelak. Dia mahu otaknya tenang
daripada memikirkan tentang Hakimi. Pantas dia bangun dari
sofa dan melangkah menuju ke bilik. Dia sengaja melarikan
diri daripada Emilia mengorek dan memanjangkan cerita fasal
Hakimi. Dia faham apa yang sedang difikirkan oleh Emilia
melalui pandangan matanya.
Emilia terkebil-kebil melihat aksi Afrina yang
pantas.
Sesudah membersihkan diri, Afrina merebahkan

86
Izzul Izzati

badan ke katil. Dia ingin melelapkan mata barang seketika.


Merehatkan fikiran yang ternyata amat berserabut pada kala
itu. Berselirat dengan segala macam perkara yang benar-benar
mengganggu ketenangan hidupnya kini.
Argh! Hakimi Harris! Tanpa diseru, nama itu
bagai bergema sendiri di ruang hatinya yang paling dalam.
Bagaimana harus dipadamkan seraut wajah itu? Semakin dia
berusaha membuangnya jauh, semakin kerap bayangan wajah
Hakimi menerpa benaknya. Setiap kali bayangan Hakimi
singgah di fikiran, emosi dalam dirinya akan dihenyak-henyak
dengan segala perasaan berbaur. Kecewa, terkilan, marah dan
sakit hati namun masih ada terselit rasa kasih yang tersulam.
Oh, Tuhan! Mengapa mesti ada perasaan itu? Tidakkah dia
rasa membodohkan diri sendiri? Mengharapkan cinta dan
menyeru kasih Hakimi yang terang-terang bukan miliknya.
Namun, jauh di sudut hati dia tidak mampu menepis harapan
yang telah tersedia tersemat.
Deringan telefon di atas meja mengejutkan Afrina
yang hampir terlena. Dalam mata yang masih terpejam,
digagau tangannya mencari gagang telefon. Siapalah yang
mengacau malam-malam buta ni? Ngomel Afrina dalam hati.
Ini tidak ada lain, mesti Hakimi! Argh! Hakimi lagi! Bilalah
nama itu akan lenyap di fikiran?
“Helo!” jawab Afrina malas. Gagang telefon dilekapkan
ke tepi telinga. Kelopak mata kembali dipejamkan.
“Rina! Aku ni,”
“Hmm…. Kau, Lan. Nak apa?” soal Afrina, acuh tak
acuh. Kelopak matanya masih terpejam.
“Jom keluar!”
“Keluar?”
Serta-merta kelopak mata Afrina terbuka luas. Dilirik
anak mata ke arah jarum jam di atas meja. Sudah mencecah
sebelas malam. “Kau gila ke, Lan, kan ke dah tengah malam

87
kuseru kasihmu

ni?”
“Sekejap aje, Rina. Aku janji hantar kau balik sebelum
dua belas malam,” pujuk Azlan.
“Hmm…,” Afrina mengerahkan otaknya berfikir
seketika. “Okeylah, kau kat mana tu? Pukul berapa kau nak
sampai rumah aku?”
“Aku dah ada depan rumah kau. Cepatlah turun!”
Terbeliak biji mata Afrina. Pantas dia melompat turun
dari katil. Kain langsir segera diselak. Kelihatan lampu kereta
Azlan menyuluh dengan terang lorong jalan depan rumahnya.
Dihelanya nafas panjang. Aduh! Ini lagi seorang manusia yang
bisa memeningkan kepalanya! Keluh Afrina lagi.
Setelah bersiap ala kadar, Afrina mendapatkan Azlan
yang masih setia menantinya di hadapan rumah. Terdetik juga
dalam hati, agak-agaknya apa jiran-jiran akan berkata tatkala
mereka terlihat dia keluar rumah di waktu sebegitu bersama
teman lelaki? Teman lelaki? Afrina membiarkan pertanyaan
itu tanpa jawapan. Terlebih fikir akan memeningkan lagi
kepalanya yang sedia pening.
“Kita nak ke mana ni, Lan?” soal Afrina sebaik sahaja
kereta Azlan meluncur pergi.
“Apa kata kita lepak kat gerai depan sana?” saran
Azlan.
Afrina hanya menjongket bahu. Tanda tak kisah.
Setelah meletakkan kereta di bahu jalan, mereka
berdua mencari-cari meja makan yang dikira strategik
tempatnya. Meskipun sudah hampir tengah malam namun
masih ramai yang berkunjung ke gerai tersebut. Rata-rata
berpasangan. Seperti juga dia dengan Azlan. Pasti mereka yang
lain memandang dia dan Azlan jua begitu. Biarlah. Mereka
bebas meneka dan menilai. Sempat Afrina bergumam sendiri.
“What’s up? Malam-malam buta kau cari aku?”
Tanpa menunggu lama, Afrina melontarkan

88
Izzul Izzati

pertanyaan. Menu yang tersedia ada di atas meja dibelek-belek


tanpa minat.
“Aikk! Sepatutnya aku yang tanya kau, apahal kau
nak jumpa aku?” Azlan pula bertanya.
Aisey! Afrina mengeluh sendiri. Dia hampir terlupa
tentang hal itu. Apatah lagi setelah perselisihan faham antara
dia dengan Hakimi di pejabat petang tadi, fikirannya terasa
beku untuk berfikir jauh lagi.
“Wei! Apa lagi yang kau berangankan tu? Cepatlah
cerita, Rina!” gesa Azlan apabila Afrina tiba-tiba membisu.
“Kau ni, tak reti-reti nak bersabar langsung!” rungut
Afrina. Azlan tersengih.
Afrina menghela nafas dalam-dalam. Berfikir-fikir.
Mencari mukadimah yang sesuai untuk memulakan bicara.
“Err… sebenarnya begini, Lan,” kata-kata Afrina terhenti
apabila pelayan gerai datang mengambil pesanan.
“Kau tak makan lagi ke, Lan?” soal Afrina setelah
pelayan tersebut beredar. Terlupa seketika untuk memberitahu
perkara yang terhenti sebentar tadi.
“Belum,” jawab Azlan ringkas.
“Hai, lewat betul kau makan,”
“Ini yang aku tengah bengang, Rina.”
Nada suara Azlan berbaur ketidakpuasan hati.
“Kalau kau nak tahu Rina, malam ni aku dah janji nak keluar
dengan Tasha. Last minute, Tasha cancel date. Dia kata dia
tak sihat, pening kepala. Nak berehat aje kat rumah. Tapi bila
aku ke rumah sewanya, kawan-kawan dia cakap dia dah keluar
dengan seseorang,” dengus Azlan geram.
Afrina terdiam sendiri. Raut wajah Azlan di
hadapannya dipandang penuh simpati. Hanya dia seorang
di antara kawan-kawannya yang tahu mengapa Natasha
bersikap begitu. Ketika itu mereka berada dalam tahun
akhir di universiti. Itu pun secara kebetulan dia terserempak

89
kuseru kasihmu

dengan Natasha bersama Hakimi secara tidak sengaja. Mereka


berdua waktu itu sedang makan bersama di salah sebuah
gerai berdekatan kampus. Cukup mesra. Makan bersuapan.
Sesiapa yang melihat pasti tidak teragak-agak mengatakan
yang mereka berdua sedang dilamun cinta. Perasaan terkejut
semasa melihat Natasha dan Hakimi tidak dinafikan. Tetapi,
dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Dia masih mengingati bagaimana Natasha yang
menyedari kehadirannya di gerai tersebut, segera memohon
agar perkara tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan Azlan
dan Haliza. Rasa marah memang ada waktu itu tapi demi
sebuah persahabatan, rahsia itu terus tersimpan bertahun-
tahun lamanya sehinggalah mereka tamat belajar dan bekerja
kini. Sungguh dia tidak menyangka dia telah berkawan dan
jatuh cinta pada orang yang mempunyai sifat pentingkan diri
sendiri akibat desakan cinta. Sedih, terkilan dan kecewa. Satu
rangkaian yang sudah cukup menghiris jiwanya. Kasihan Azlan
dan Haliza, mereka pasti lebih derita kerana dipermainkan.
“Woit! Berangan lagi!” sergah Azlan. “Hai, sejak bila
kau pandai berangan ni, Rina? Diam-diam kau simpan pakwe,
eh?” Azlan galak ketawa mengusik.
“Ceh! Kau jangan nak mengarut!”
Terjegil biji mata Afrina. ‘Eiii…sesuka mulut dia
kata aku simpan pakwe! Dia ingat aku ni apa?’ Hati Afrina
menyumpah sendiri.
Azlan tergelak besar. Afrina buat ‘pekak badak’. Malas
hendak melayan. Namun, sedikit sebanyak terasa segan juga
apabila dia perasan ada mata-mata yang turut memandang.
“Cepatlah, Rina, perkara apa yang penting sangat tu?”
Azlan bersuara tatkala gelak tawanya kian reda. Permintaan
Azlan membuatkan Afrina menghela nafas panjang.
“Sebelum aku cerita, aku nak kau berjanji dengan
aku, boleh?”

90
Izzul Izzati

“Janji? Janji apa?” soal Azlan.


“Janji yang kau tak akan bertindak apa-apa. Yang
paling penting, kau terima dengan hati yang terbuka.”
“Bertindak apa? Terima apa?”
Berkerut dahi Azlan cuba memahami maksud yang
ingin disampaikan.
“Janji dulu, baru aku cerita,” jawab Afrina. Azlan
mengekek geli hati dengan kerenah Afrina.
“Perangai kau ni macam anak saudara aku aje. Kena
janji dulu baru nak dengar cakap,”
Ketawa Azlan kembali meledak.
Ceh! Afrina tersenyum kelat. ‘Ada ke patut di samakan
aku dengan anak saudara dia?’ Rungut Afrina lagi.
Perbualan Afrina dengan Azlan terganggu setelah
pelayan gerai datang membawa pesanan. Azlan tanpa berlengah
terus menarik pinggan nasi dekat dengannya. Nasi di pinggan
disudu dan disuap ke mulutnya tanpa mempelawa Afrina yang
sedang memerhati di hadapannya. Kelaparan perut mengatasi
minatnya untuk mengetahui hal yang ingin diperkatakan oleh
Afrina.
Afrina terleka seketika melihat gelagat Azlan yang
sedang menikmati nasi goreng dengan penuh berselera. Agak-
agaknya, apalah reaksi Azlan andainya dia mengetahui perkara
sebenarnya? Masih berselerakan dia? Terbit rasa resah di hati
Afrina. Patutkah dia memberitahu atau membiarkan sahaja
Hakimi dan Natasha menyelesaikan sendiri masalah mereka?
‘Memang sepatutnya di biarkan! Biar padan dengan muka dia
orang berdua!’ Desis hati Afrina geram.
“Lan, boleh tak aku nak tanya sikit?”
Azlan mengangguk. Terus menyuap makanan ke
mulut. Lapar benar lagaknya. Tergeleng-geleng kepala Afrina
melihat.
“Kau dengan Tasha bila lagi nak kahwin?” soal Afrina

91
kuseru kasihmu

bersahaja. Sengaja cuba menduga dan memancing emosi


Azlan.
Pertanyaan Afrina mematikan kunyahan mulut
Azlan. Kepala digeleng-gelengkan lemah. “I don’t know,”
jawab Azlan perlahan dalam nada suara yang dalam. Seperti
ada sesuatu yang menghalang.
“Why?” soal Afrina lagi.
Azlan terdiam seketika. Sudu dan garpu diletakkan di
tepi pinggan. Selera dia seperti terbantut biarpun nasi masih
berbaki separuh pinggan. Hati Afrina tersentuh melihat.
Rasa amat bersalah kerana persoalan yang diajukan telah
mematikan selera Azlan.
“Entahlah, Rina, sejak aku ajak Tasha bertunang, dia
seperti cuba melarikan diri dari aku. Pelbagai alasan diberikan.
Kadang-kadang tu, aku rasa alasan yang dia bagi macam tak
logik tapi entahlah…,” luah Azlan mendatar. Ada keluhan
terkilan kedengaran.
“Kau agak-agak, kenapa?” soal Afrina, masih mahu
menguji perasaan Azlan.
Azlan tersenyum nipis sambil menggeleng-gelengkan
kepala. Tanda tidak tahu. “Tapi kan, Rina, kekadang aku rasa
dia macam ada orang lain aje,” ucap Azlan. Senyumannya tiba-
tiba berubah kelat.
“Are you sure?” Afrina terus-menerus menyoal.
Terangkat kening Azlan mendengar soalan yang
bertubi-tubi tentang Natasha. Setahunya, Afrina tidak pernah
berminat hendak mengetahui hubungannya dengan Natasha.
Pernah dia menyuarakan masalah hubungannya dengan
Natasha. Minta pendapat kerana Afrina adalah kawan baik
Natasha sewaktu belajar dahulu. Tetapi, Afrina tidak pernah
serius mendengar. Kononnya tidak ada pengalamanlah. Tidak
tahu untuk memberi komenlah. Di luar bidang dialah. Dan
macam-macam lagi alasan yang terkeluar daripada mulut

92
Izzul Izzati

Afrina. Sikap keprihatinan Afrina kali ini mengundang tanda-


tanya dalam hati Azlan.
“Tasha ada cerita apa-apa kat kau ke?” Azlan menyoal
pula. Anak matanya dihalakan tepat ke anak mata Afrina. Dapat
merasakan Afrina cuba menyembunyikan sesuatu.
“Err…tak ada,” Menggelabah Afrina seketika
mendengar soalan yang diajukan. “Aku cuma tanya aje,”
ujar Afrina kemudiannya. Renungan mata Azlan seperti
meraguinya, membuatkan dia mula rasa resah dan gelisah.
“Lan, we better go. It’s too late now.”
Afrina melirik ke arah jamnya. Cuba mengelak
daripada terus terperangkap dengan persoalan yang sedang
bersarang dalam fikiran Azlan. Tetapi bukankah sekarang
masa yang amat sesuai untuk dia memberitahu Azlan perkara
sebenar? Kenapa mesti ditangguhkan lagi? Afrina termangu
seketika. Fikiran terasa kosong untuk memberi keputusan.
Hatinya berbelah-bahagi. Apa yang pasti, dia tidak sampai hati
untuk menyatakan sesuatu yang bakal mengecewakan hati
kawan-kawannya. Lagipun, dia sayangkan tali persahabatan
yang telah terjalin antara mereka berlima.
Azlan yang memerhati reaksi Afrina, terasa kepalanya
semakin sendat dengan tanda tanya.
“Nanti dulu, Rina!”
Azlan menghalang pergerakan Afrina yang sudah
bangun dari duduknya. “Kau belum lagi cerita perkara penting
nak beritahu aku.”
“Err…,” Afrina kehilangan kata-kata. “Lain kalilah,
Lan, dah lewat malam. Esok pagi, aku kena outstation. Takut
nanti terlajak tidur pulak,” Afrina memberi alasan.
Azlan akur. Pelayan gerai digamit untuk membayar
harga makanan.

93
kuseru kasihmu

bab
14

S
UASANA sekeliling
masih gelap-gelita.
Matahari masih belum
menampakkan sinar cahayanya. Namun, burung-burung
sudah mula berkicau menandakan hari sudah menjelang pagi.
Kesejukan suhu pagi itu jelas terasa. Bagai mencucuk-cucuk
dan menusuk hingga ke tulang hitam. Sementelahan lagi
bercampur dengan kedinginan alat penghawa dingin kereta,
membuatkan Afrina memeluk tubuh yang hampir beku
menahan kesejukan.
Sudah lebih sejam Hakimi dan Afrina bertolak ke
Hulu Pahang tetapi tiada langsung bicara kedengaran di
antara mereka. Seperti ada sesuatu yang menghalang untuk
mereka berbicara seperti biasa. Afrina kelihatan tenang
bersandar di kusyen kereta sebelah Hakimi. Pandangan
matanya banyak dilemparkan ke luar tingkap kereta. Biarpun

94
Izzul Izzati

begitu, hatinya tetap berlagu resah dengan situasi tegang yang


sedang menyerang di antara mereka. Lebih-lebih lagi masa
perjalanan masih panjang untuk sampai ke destinasi. Sesekali
terdetik dalam hati perkataan ‘menyesal’ kerana menerima
saranan Encik Kamal, mengajak Hakimi untuk menemaninya.
‘Memandu sendirian tanpa Hakimi lagi selesa dan tenang jiwa’.
Desis hati Afrina sendiri.
Hakimi terus memandu dalam kebisuan. Tidak
berminat untuk berbicara apatah lagi bersembang dengan
Afrina di sebelahnya. Sakit hati dengan sikap Afrina petang
semalam masih terasa. Masih berbuku rasa geram. Wajah
Afrina yang tenang tanpa riak bersalah menambah lagi rasa
bengang hatinya.
Setelah hampir dua jam perjalanan, Hakimi
memperlahankan kelajuan keretanya untuk meninjau gerai-
gerai makan yang ada di sepanjang jalan. Dia sebenarnya tahu,
Afrina lebih arif tentang jalan tersebut dan gerai makan yang
mana lebih sedap dan bagus. Disebabkan ego yang ternyata
tebal dalam diri, membuatkan dia tidak mahu mengalah
untuk memulakan bicara seterusnya untuk bertanya kepada
Afrina yang juga masih membisu diri.
Sebaik sahaja terpandang sebuah gerai makan,
Hakimi memperlahankan lagi kelajuan kereta dan akhirnya
berhenti betul-betul di hadapan gerai tersebut. Jam tangannya
dikerling sekilas. Pukul sembilan pagi. Masih ada satu jam
setengah untuk mereka sampai ke tapak projek. Tanpa
mengajak Afrina bersama, dia melangkah keluar dari perut
kereta dan duduk di salah sebuah meja makan. Dibiarkan
Afrina terkontang-kanting bersendirian di dalam kereta.
Melihatkan reaksi Hakimi, hati Afrina mendengus
geram. ‘Huh! Perangai macam budak-budak!’ Kutuk Afrina
sendiri. Ikutkan hati, tidak ingin dia mendapatkan Hakimi
yang sedang mengisi perut. Tetapi terkenangkan perutnya

95
kuseru kasihmu

yang juga menjerit kelaparan, hendak atau tidak dia terpaksa


berfikir dua kali. Lambat-lambat, dia melangkah keluar dari
kereta. Diperhatikan seketika sekitar gerai makan yang penuh
sesak dengan pelanggan. Masing-masing sedang enak menjamu
selera. Langkah kaki kemudiannya diayun menuju ke meja
yang sedang diduduki Hakimi. Terlintas juga dalam hati untuk
mencari meja kosong daripada duduk semeja dengan Hakimi
yang nyata menampakkan tidak menyukainya duduk bersama.
Namun, dia terpaksa menahan perasaan dan mengalah setelah
memikirkan pandangan mata orang di sekitar yang mungkin
sedang memerhatikan gelagat mereka berdua.
Hakimi terus menjamu selera tanpa menghiraukan
Afrina yang duduk di hadapannya. Setelah menghabiskan
sepinggan nasi lemak dan segelas teh tarik, dia menggamit
pelayan gerai untuk membayar.
“Semua sekali empat ringgit lima puluh sen, encik,”
ujar pelayan gerai.
“Bukan semua, ini sahaja,” balas Hakimi selamba
sambil menunjukkan pinggan nasinya sahaja.
Darah merah terasa menyerbu ke muka Afrina yang
mendengar. Seleranya semerta terbantut. Pernafasannya terasa
sesak menahan perasaan hiba dan sakit hati bercampur baur.
Biarpun dia tidak mengharapkan Hakimi turut membayar
harga makanannya sekali tetapi sedikit sebanyak hatinya turut
rasa sebal ketika anak mata pelayan gerai itu memandang
tepat ke wajahnya. Seolah-olah memahami apa yang sedang
bergolak dalam fikiran dan hatinya pada kala itu. Lebih malu
apabila Hakimi terus berlalu ke kereta tanpa menunggu dia
menghabiskan makanan.
Melihatkan Hakimi sudah menghidupkan enjin
kereta, Afrina terpaksa meninggalkan nasi yang masih separuh
di pinggan. Berbakul perasaan geram bertandang dalam hati.
Kalau tidak kerana kewujudan pemilik gerai dan orang ramai

96
Izzul Izzati

yang sedang menjamu selera, ingin sahaja dia mencekik-cekik


sepuas hati batang leher Hakimi. Paling tidak pun di beri sebiji
penumbuk pada muka kacak Hakimi bagi meredakan perasaan
sakit hati. ‘Kacak ke? Boleh blah!’ Getus Afrina yang benar-
benar panas dan bengang sambil melangkah laju menuju ke
kereta selepas membayar.
Mereka sampai ke tapak projek tepat pada masanya.
Pengurus dan jurutera projek; Encik Zaid dan Encik Fahmi
juga sudah kelihatan, sedang meninjau-ninjau kawasan.
“Cik Afrina?” teka Encik Zaid ketika Afrina dan
Hakimi melangkah menghampiri mereka. Afrina mengangguk.
Senyuman yang dihulurkan oleh Encik Zaid dan Encik Fahmi
dibalas.
“Apa khabar, Cik Rina? Selama ni hanya mendengar
suara, baru hari ini kita dapat berjumpa,” ujar Encik Zaid. “Ini
siapa?” soal Encik Zaid lagi.
“Oh, ya! Perkenalkan, my colleague, Hakimi.” Afrina
memperkenalkan Hakimi kepada yang ada. Wajah Hakimi
dikerling sekilas. Walaupun perasaan marah masih membukit
dengan perangai Hakimi, dia cuba menahan sabar agar tidak
terpamer pada raut wajah. Jelingan mata Afrina dibalas
sebelum Hakimi menghulurkan tangan kepada Encik Zaid
dan Encik Fahmi.
“Hakimi,”
“Saya Zaid. Ini jurutera saya, Fahmi,”
Salam daripada Hakimi disambut.
“Sementara menunggu arkitek datang, apa kata
kita tunggu dulu dalam kabin,” cadang Encik Zaid. Afrina
dan Hakimi mengangguk setuju. Mereka berempat berjalan
seiringan menuju ke arah pejabat tapak yang terdapat di situ.
Mesyuarat pada pagi itu berlarutan hingga ke petang
dengan lawatan ke tapak kawasan yang hendak dibangunkan.
Afrina mengambil beberapa gambar kawasan tapak binaan

97
kuseru kasihmu

tersebut untuk dijadikan panduan semasa penyediaan


dokumen tender nanti. Sempat dia memerhati keadaan sekitar
tapak projek di mana chalet akan dibangunkan. Meskipun
kawasan tersebut dirasakan amat sesuai untuk dijadikan
tempat berehat tetapi lokasinya yang jauh ke pedalaman amat
sukar untuk orang ramai datang berkunjung. Lebih-lebih lagi
kawasan tersebut kekurangan keperluan asas seperti kedai
makan dan kedai keperluan lain. ‘Entah apa yang menarik
minat pihak klien projek tersebut, dia pun tidak tahu’. Sempat
Afrina mengomel sendiri.
“Nak terus balik ke, Cik Rina?” soal Encik Zaid sebaik
sahaja mereka bersurai untuk beredar dari kawasan projek.
“Begitulah agaknya,” jawab Afrina sambil menjeling
sekilas ke wajah Hakimi. Hakimi hanya memandang tanpa
riak emosi.
“Hmm…baik you berdua bertolak sekarang. Hari
pun macam nak hujan,” saran Encik Zaid.
Afrina turut mendongak memandang ke arah langit.
Awam hitam kelihatan sedang berarak menyeliputi langit yang
semakin beransur gelap.
“Okeylah, Encik Zaid, kami jalan dulu. Jumpa lagi
nanti,” Afrina memohon diri. Senyuman turut dilemparkan
kepada Encik Fahmi dan Encik Azman, arkitek projek tersebut
yang turut ada bersama.
Hakimi bersalam dengan yang ada sebelum
mengikuti langkah Afrina ke kereta. Situasi dingin di antara
Hakimi dan Afrina masih belum reda biarpun hampir seharian
mereka bersama berbincang berkaitan projek. Masing-masing
seperti berlakon di hadapan mereka yang ada di tapak binaan
tersebut.
Belum pun sampai setengah jam masa perjalanan
mereka pulang ke Kuala Lumpur, hujan renyai-renyai mulai
turun. Semakin lama semakin bertambah lebat. Hakimi

98
Izzul Izzati

terpaksa memperlahankan kelajuan kereta dan kadang-kala


hampir berhenti kerana pandangan hadapan cermin kabur
dan tidak jelas.
Afrina yang berada di sebelah Hakimi mulai resah dan
bimbang melihatkan keadaan sekeliling yang gelap dan hujan
yang turun bagai tidak mahu berhenti. Hatinya turut berdebar
tatkala memikirkan laluan mereka ketika itu meredah hutan
rimba dan bukit-bukau. Bagaimana nanti kiranya mereka
terbabas? ‘Ya Allah! Minta dijauhkan’. Doa Afrina dalam hati.
“Kimi, kau okey ke? Masih boleh drive lagi?”
Terpacul juga soalan daripada bibir Afrina setelah
disedari raut wajah Hakimi turut mempamerkan kebimbangan.
Tidak dihiraukan lagi perasaan marah yang belum reda dengan
sikap Hakimi. Apa yang penting pada saat itu ialah mereka
selamat meredah perjalanan yang berliku-liku dalam keadaan
hujan lebat.
“Okey, aku okey,” jawab Hakimi perlahan namun
nadanya jelas bergetar kebimbangan.
Ringan mulut Afrina meminta Hakimi berhenti
dahulu di tepi jalan. Biar hujan reda dahulu baru menyambung
kembali perjalanan mereka. Tetapi apabila difikirkan mereka
ketika itu berada di dalam hutan yang tebal, dibatalkan
niatnya. Dalam kekalutan dan kebimbangan, terdetik juga
rasa bersyukur di dalam hati kerana Hakimi menemaninya
ke tapak projek Hulu Pahang. Agak-agaknya kalau dia datang
seorang, apa yang akan berlaku pada dia nanti? Afrina tidak
mahu memikirkannya. Apa yang pasti dia akan menangis
sorang-soranglah jawabnya.
‘Pom!’
Afrina dan Hakimi tersentak ketika terdengar
bunyi yang kuat. Serentak dengan itu kereta bagai
hilang keseimbangan. Terenjut-enjut. Hakimi terpaksa
memberhentikan keretanya di tepi jalan. Mana mungkin

99
kuseru kasihmu

untuk meneruskan perjalanan dengan keadaan kereta begitu.


Mereka berdua berpandangan seketika. Masing-
masing kelihatan pucat. Cuma tidak dapat dikesan
kerana suasana agak gelap. Hanya diri sendiri yang dapat
merasakannya.
“Kau nak ke mana Kimi?” soal Afrina berbaur
kebimbangan bila Hakimi cuba mencapai payung yang berada
di tempat duduk belakang.
“Aku nak tengok keadaan kereta sekejap,” jawab
Hakimi.
“Jangan, Kimi, hujan lebat tu,” halang Afrina.
Kebimbangan jelas tergambar di raut wajahnya.
“It’s okay. Aku cuma nak tengok keadaan kereta,”
Hakimi membuka pintu dan menuju ke bahagian
bonet kereta. Hujan lebat bersama angin yang bertiup kencang
membuatkan payung Hakimi sukar dikawal. Hampir-hampir
terlepas daripada tangannya. Dia mencapai lampu picit yang
tersimpan di dalam bonet dan kemudiannya disuluh ke
bahagian bawah tayar kereta. Dia mengeluh sendiri.
“Kenapa dengan kereta, Kimi?” tanya Afrina setelah
Hakimi memasuki ke dalam perut kereta semula. Pakaian
Hakimi basah kuyup. Dia kelihatan menggigil apabila kulitnya
yang basah terkena penghawa dingin kereta. Terdetik juga
rasa simpati di dalam hati Afrina melihat.
“Tayar pecah,” jawab Hakimi sambil menggeleng-
gelengkan kepala. “Isk! Masa ni lah pulak tayar nak pecah!”
Hakimi merungut sendiri.
Afrina terdiam seketika. Buntu otaknya untuk
berfikir.
“Habis, macam mana sekarang ni, Kimi?” Afrina
terus menyuarakan kebimbangan.
“Kita kena tunggu sampai hujan reda dulu baru
boleh tukar tayar.”

100
Izzul Izzati

“Tunggu?” soal Afrina lagi.


Hakimi mengangguk.
“Kita tak ada pilihan,”
Jawapan Hakimi membuatkan Afrina tersandar
lemah ke kusyen tempat duduknya. Dalam hati tidak putus-
putus dia berdoa, supaya mereka berdua selamat sampai ke
rumah.

101
kuseru kasihmu

15
bab

“B
UKA pintu ni!”
A f r i n a
yang sedang terlena
tersentak kerana terkejut. Terpinga-pinga dia seketika.
Cermin pintu kereta kedengaran diketuk dari luar. Di toleh
ke sebelahnya. Meskipun keadaan agak gelap tetapi dia tahu
Hakimi sedang tidur di sebelah tempat duduknya kerana
dia terdengar dengkuran halus. Jam pada dashboard kereta
dipandang. Pukul dua belas setengah malam. Mereka berdua
ternyata tertidur sementara menunggu hujan berhenti.
‘Tok! Tok!’ Cermin kereta diketuk lagi. Afrina mula
rasa berdebar. Jantungnya berdegup kencang. Dilihat ada
sinar lampu suluh sedang menyuluh ke dalam kereta mereka.
Namun wajah-wajah orang yang mengetuk kereta tidak
berapa jelas kelihatan kerana suasana sekeliling gelap-gelita
dan cermin tingkap juga berkabus.

102
Izzul Izzati

Siapa mereka? Orang jahatkah? Degupan jantung


Afrina makin ketara tatkala teringatkan pelbagai peristiwa
yang sering terjadi. Adakah mereka berdua pula akan menjadi
mangsa nanti? Tanpa banyak berlengah lagi, Hakimi yang
sedang lena dikejutkan. Tersirap darah Afrina tatkala jari-
jemarinya tersentuh kulit badan Hakimi yang tidak berbaju.
Dadanya berdetap kencang.
Terpinga-pinga Hakimi seketika kerana terkejut.
“Kenapa, Rina?” soal Hakimi cemas.
Tanpa menunggu Afrina menjawab, Hakimi sudah
mendapat jawapannya apabila kedengaran cermin kereta terus
diketuk bertalu-talu.
Afrina cuba menghalang Hakimi dari membuka
pintu kereta tapi sudah terlambat kerana Hakimi sudah pun
membukanya. Serentak dengan itu, mentol lampu pada
bahagian siling kereta menyala dengan terang dan menyuluh
setiap ruang. Sah! Badan Hakimi yang tidak berbaju jelas pada
pandangan mata Afrina. Dia terpanah seketika.
“Apa kamu buat kat sini?”
Kedengaran suara yang bertanya. Afrina menarik
nafas lega apabila mendengar suara yang bertanya tidak seperti
suara orang jahat. Namun penuh rasa curiga.
“Sebenarnya, errr… sebenarnya,”
Tergagap Hakimi menjawab. Afrina di sebelahnya
dipandang seketika. Disebabkan diri masih dikuasai perasaan
terkejut, Hakimi tidak dapat berfikir secara tenang.
Melihatkan Hakimi bukan berseorangan di dalam
kereta, orang yang bertanya tadi turut menjengukkan
kepalanya untuk melihat ke dalam perut kereta. Kemudian dia
berbisik sesuatu kepada beberapa orang di sebelahnya.
Afrina dan Hakimi saling berpandangan. Hati Afrina
kembali berdebar. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Hakimi
yang menyedari dia tidak berbaju segera mencapai baju

103
kuseru kasihmu

yang digantung di tempat duduk belakang. Tergesa-gesa dia


menyarungkan ke badan.
“Sebenarnya pakcik, kami berdua dari Kuala Lumpur.
Kami terperangkap dalam hujan lebat tadi. Tayar kereta kami
pancit,” jawab Hakimi kemudiannya. Nada suaranya sedikit
tergagap.
“Tayar pancit?” soal pakcik tersebut seperti ingin
kepastian. Lampu suluh dihalakan ke arah tayar kereta.
“Kamu berdua ni sebenarnya buat apa kat sini?
Jangan cuba berbohong!” Suara pakcik tersebut sedikit keras.
“Saya tak bohong. Tayar kereta memang pancit tadi,”
jawab Hakimi gugup.
“Kamu bohong! Tayar kereta kamu mana ada yang
pancit.”
Hakimi terkedu. Dia bungkam seketika. Bulat mata
Afrina memandang wajah Hakimi. Minta kepastian.
“Sebenarnya tayar kereta saya memang pancit tadi
tapi… saya dah tukarkan. Lepas tukar tayar tadi, saya rasa letih
dan tertidur kat sini,” jawab Hakimi kemudiannya. “Kalau
pakcik tak percaya, pakcik boleh tengok bukti,” Hakimi terus
membela diri.
“Mana buktinya?”
Pakcik tersebut terus bertanya. Ternyata masih ragu-
ragu dengan jawapan Hakimi.
Hakimi melangkah ke arah bonet kereta. Setelah
bonet dibuka, muka Hakimi serta-merta berubah pucat.
Wajah pakcik di hadapannya dipandang seolah-olah meminta
simpati.
“Saya… saya terlupa nak ambil tayar yang pecah
tadi, pakcik,”
Suara Hakimi sedikit gugup. Hampir tidak keluar
dari bibirnya.
“Terlupa ambil? Kamu letak kat mana?”

104
Izzul Izzati

“Bukan kat sini. Errr... jauh dari sini,” Hakimi


menjawab, teragak-agak. Terasa ingin ditamparnya wajah
sendiri kerana kelalaiannya meninggalkan tayar yang pecah
di dalam hutan.
Pakcik tersebut memandang Hakimi dengan
perasaan curiga.
“Kamu berdua ikut kami!”
Kedengaran tegas suara pakcik itu memerintah.
“Ikut pakcik? Kenapa? Apa salah kami?” soal Hakimi
pantas.
Afrina menelan air liur. Pahit. Dia sememangnya
dapat meneka mengapa.
“Kamu ditangkap kerana berkhalwat di dalam
kereta.”
“Hah?” Anak mata Hakimi membuntang. Afrina
kaku mendengar. Tekaannya ternyata tepat. Pernafasannya
bagai terhenti tiba-tiba.

PAKCIK Salleh, ketua kampung berdekatan, memandang


Hakimi dan Afrina silih berganti. Melihatkan air muka mereka
berdua, dapat dirasakan Hakimi dan Afrina memang jujur dan
tidak bersalah. Dia masih berasa curiga dengan cerita yang
telah didengari daripada Hakimi. Lagipun, dia tidak boleh
menilai seseorang itu dengan hanya melihat raut wajah.
Syaitan tidak mengira sesiapa untuk digoda imannya. Apatah
lagi mereka ditangkap dalam keadaan yang mencurigakan.
Hakimi tidak berbaju. Panas katanya setelah menukar tayar
kereta. Satu alasan yang sukar diterima.
“Kalau betul kamu letih sangat, kenapa kamu
berhenti di tempat yang sunyi dan gelap macam tu? Banyak
lagi tempat lain kamu boleh berhenti dan tidur,” syarah Pakcik

105
kuseru kasihmu

Salleh.
“Saya letih sangat, pakcik. Tak terdaya nak memandu
lagi,” jawab Hakimi meminta simpati.
“Kamu boleh memandu?” soal Pakcik Salleh kepada
Afrina.
“Bo… boleh,” jawab Afrina sedikit gugup. Degupan
jantungnya berlari kencang. Akalnya masih belum dapat
berfikir dengan baik. Apa yang berlaku secara mendadak benar-
benar membuat dia kebingungan. Perasaan terkilan terasa
membuak-buak dan melimpah di dalam hati kerana Hakimi
tidak mengejutkannya sewaktu dia menukar tayar kereta dan
berhenti di bahu jalan di kampung tersebut. Macam mana dia
boleh tidak tersedar? Soal Afrina sendiri. Agak-agaknya badan
dia terlalu letih. Lepas jumpa Azlan malam semalam, dia tidak
dapat melelapkan mata dan hari ini seharian pula dia di berada
tapak binaan. Fikiran dan tubuh badannya ternyata tidak
sempat hendak berehat. Afrina membuat kesimpulan sendiri.
“Dah tu, kenapa kamu tidak ganti tempat dia untuk
memandu?”
Teguran Pakcik Salleh mengejutkan Afrina kembali
ke alam realiti. Realiti yang dia dengan Hakimi kini ditangkap.
Ditangkap basah!
Afrina terkedu. Bibir mulutnya bagai dikunci untuk
menjawab.
“Dia tidur masa tu, saya tak sampai hati nak kejut,”
jawab Hakimi bagi pihak Afrina.
‘Tak sampai hati konon! Manisnya bahasa!’ Desis hati
Afrina. Bukan dia tidak tahu perangai Hakimi. Sombong tak
bertempat. ‘Bila jadi macam ni, siapa yang patut disalahkan?
Padan muka! Padan muka aku juga!’ Sempat Afrina mengomel
sendiri.
Pakcik Salleh menggeleng-gelengkan kepalanya.
Keluhan dilepaskan. Alasan memang senang diciptakan tetapi

106
Izzul Izzati

sukar dia mempercayainya kerana mereka tidak ada saksi


untuk membuktikan. Hanya Allah sahaja yang tahu situasi
mereka berdua. Lagipun, mereka ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung yang sedang meronda. Andainya
dilepaskan mereka begitu sahaja, sudah pasti mendatangkan
ketidakpuasan hati penduduk kampung tersebut. Paling berat,
dia bakal kehilangan kepercayaan orang kampung kepadanya.
“Lepaskan kami, pakcik. Kami tak bersalah,” rayu
Hakimi.
“Pakcik minta maaf. Pakcik tak boleh lepaskan kamu
berdua. Kes kamu berdua ni bukan hanya kali ini sahaja baru
berlaku. Dah banyak kali berlaku,”
“Tapi, kami bukan penduduk kampung ni dan kami
tak buat apa-apa!”
Hakimi tidak berpuas hati dengan tuduhan Pakcik
Salleh. Tajam anak matanya memandang Afrina yang hanya
membisu diri. Seolah-olah meyakinkan penduduk kampung
tersebut akan kesalahan mereka.
“Disebabkan kamu bukan penduduk kampung nilah,
kami tidak boleh lepaskan kamu. Ini sebagai pengajaran
kepada pemuda-pemudi di kampung ini agar tidak melakukan
maksiat,” ujar Pakcik Salleh.
“Pakcik! Saya tak bersalah! Saya berani bersumpah
yang saya tidak bersalah!” ucap Hakimi tegas bagi membela
diri.
Afrina langsung sepi tanpa suara. Sememangnya,
dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan biarpun dia sedar
dia sepatutnya turut sama membela dirinya bersama Hakimi.
Tetapi perasaan, fikiran bahkan konsentrasinya bagai hilang
tidak menentu.
“Pakcik nak kamu menghubungi ibu bapa kamu
berdua sekarang,” arah Pakcik Salleh tanpa menghiraukan
rayuan Hakimi.

107
kuseru kasihmu

Hakimi meraup wajahnya beberapa kali. Nafas berat


dilepaskan. Bagaimana dia boleh terlupa untuk menyimpan
kembali tayar kereta yang telah diganti. Kepala digeleng-
gelengkan beberapa kali. Terasa kesal kerana dia ditangkap
ketika tidak berbaju. Disebabkan alasan itulah, dia gagal
mempertahankan diri. Bukan disengajakan. Setelah dia
menukar tayar kereta, bajunya itu lencun dengan peluh
ditambah pula lembap akibat terkena hujan lebat sewaktu
keluar dari kereta. Sememangnya rasa tidak selesa. Terdetik
juga rasa kesal di dalam hati kerana tidak mengejutkan Afrina,
jika tidak pasti perkara ini dapat dielakkan. Silap dia juga
membiarkan enjin kereta terpasang, kalau dimatikan sudah
tentu tiada orang yang perasan mereka berdua sedang tidur
di dalam kereta. Hakimi mengeluh sendiri. Banyak sekali
kesilapan dan kelalaian dilakukan sehinggakan mengundang
musibah.
Afrina terkaku di situ. Pandangan mata Pakcik Salleh
membuatkan hembusan nafasnya seakan-akan terhenti. Antara
terpaksa dan dipaksa, dia tiada pilihan. Akur dengan arahan
Pakcik Salleh agar menghubungi keluarganya. Apa alasan
yang sebaiknya harus diberikan kepada kedua orang tuanya
itu? Bolehkah ibu bapanya menerima berita ini? Marahkah
mereka? Malukah mereka dengan apa yang terjadi? Soalan
demi soalan menghenyak fikiran Afrina ketika itu.

108
Izzul Izzati

bab
16

“K
AMU tau tak, Rina,
kamu betul-betul
memalukan mak dan
ayah! Mana mak nak letak muka kalau orang kampung tahu?”
Afrina diam dan tunduk. Kata-kata yang terhambur
daripada mulut Puan Salmiah bagai menghentam-hentam
segala salur darah dan menusuk pedih ke dalam hulu
hatinya. Biarpun begitu, dia tidak berani membuka mulut
untuk mempertahankan diri apatah lagi menjawab meskipun
hakikatnya dia dan Hakimi tidak bersalah. Air liur ditelan
beberapa kali. Cuba membuang perasaan berbaur yang sedang
menyeliputi jiwanya pada tika itu. Dijeling sekilas ke arah
Hakimi yang juga tunduk membisu. Status Hakimi dengannya
hari ini berbeza dengan status Hakimi semalam. Semalam
hanya sebagai kawan. Ya, hanya sekadar kawan biasa. Kawan
satu universiti dulu. Kawan sepejabat. Tetapi, hari ini dengan

109
kuseru kasihmu

sekelip mata Hakimi sudah bergelar suami. Suami? Perkara


yang tidak pernah terfikir apatah lagi terlintas di dalam
fikirannya. Gembirakah dia kerana dapat memiliki Hakimi?
Atau, sebenarnya bakal menambahkan lagi lara di hati?
Dia menghela nafas dalam-dalam. Beban masalah
itu terasa berat untuk diterima namun dia dengan Hakimi
terpaksa akur untuk mengelak daripada kes mereka dihantar
ke pejabat agama. Sudah tentu bertambah panjang cerita
andainya mereka berdua terpaksa keluar masuk Mahkamah
Syariah. Untuk mengelak daripada malu dan menutup kes,
keluarga Afrina bersetuju untuk menikahkan mereka berdua
pagi itu juga meskipun keluarga Hakimi tidak dapat dihubungi.
Kononnya ke luar negara.
“Malu mak nak mengaku anak macam kamu ni,
Rina! Kamu ni tak sudah-sudah buat mak susah hati,” bebel
Puan Salmiah lagi.
Afrina memilih untuk mendiamkan diri. Hanya
menahan telinga dengan perasaan hiba ditahan-tahan. Biarpun
hatinya terluka. Jiwanya pula bagai dihiris pedih dengan kata-
kata tajam daripada emaknya sendiri.
“Kamu tak pernah nak menyenangkan hati mak. Ada
saja nak menyakitkan hati!” Puan Salmiah terus memarahi
Afrina tanpa memberi peluang untuk Afrina membela diri.
Afrina terus membisu.
“Mak hantar kamu belajar tinggi-tinggi, bagi ilmu
ugama tapi ini yang kamu balas pada mak. Kamu tak pernah
nak fikir ke perasaan mak dan ayah,”
Suara Puan Salmiah berubah kendur dan berbaur
sendu dan hiba. “Sampai hati kamu memalukan mak, Rina.”
Afrina menghela nafas. Mata dipejamkan menahan
perasaan. ‘Maafkan Rina, mak. Semua yang terjadi bukan
kemahuan Rina. Rina tak bersalah, mak!’ Hati Afrina merintih
sendiri. Tidak berani hendak menyatakan kepada Puan

110
Izzul Izzati

Salmiah. Hakimi juga diam seribu bahasa. Sedikit-sebanyak


hatinya turut terkena tempias kata-kata Puan Salmiah.
“Cukuplah tu, Sal. Marah pun tak ada gunanya lagi.
Perkara dah terjadi,” sampuk Encik Arifin. “Bila keluarga
kamu balik, Hakimi?” soal Encik Arifin kemudiannya.
“Minggu depan, pakcik… err… ayah,” jawab Hakimi
tergagap.
Afrina memandang sekilas wajah Hakimi yang
kelihatan gelisah. Satu persoalan menerpa ke dalam benaknya.
Betulkah keluarga Hakimi tiada di Malaysia? Atau sengaja cuba
dirahsiakan daripada pengetahuan mereka? Sikap Hakimi
memang sukar dijangka.
“Ayah nak kamu hantar keluarga kamu untuk datang
berbincang. Secepat mungkin, sebelum orang lain dapat
tahu,”
Suara Encik Ariffin kedengaran tegas. Ayat terakhir
mengandungi maksud yang dalam dan tersirat.
Hakimi yang memahami, mengangguk-anggukkan kepalanya.
Akur dalam keterpaksaan. Otaknya buntu, fikirannya terasa
berserabut malah hati dan perasaannya terasa berperang
sesama sendiri. Wajah Natasha tiba-tiba terbayang di dalam
mata, menyesakkan lagi pernafasannya, menghuru-harakan
lagi akal fikirannya.
Afrina tidak mahu menunggu lama lagi di ruang
tamu, perlahan-lahan dia bangun dari sofa menuju ke bilik.
Biarpun dia tahu kemarahan emak dan ayahnya masih belum
reda. Dan mungkin tidak akan reda setelah apa yang telah
berlaku. Tetapi, patutkah dia disalahkan atas apa yang telah
terjadi?
“Nak ke mana pulak tu?”
Sergahan Puan Salmiah mematikan langkah Afrina.
“Rina… Rina nak masuk bilik, mak,” jawab Afrina
gugup.

111
kuseru kasihmu

“Mak belum habis cakap lagi kamu dan nak lari. Apa
nak jadi dengan kamu ni, Rina? Cakap mak tak pernah nak
dengar. Ikut kepala sendiri. Nak tunjuk degil!” Puan Salmiah
terus membebel.
Afrina kaku berdiri. Diam tidak berkutik.
“Dahlah Sal, cukup-cukuplah tu,” celah Encik Arifin.
“Rina, pergi masuk bilik,” arah Encik Arifin kemudiannya.
Afrina tidak menunggu lama terus menyambung
langkahnya menuju ke bilik. Sempat dia menoleh ke arah
Hakimi yang turut memandang ke arahnya. Dia tidak dapat
meneka pandangan mata Hakimi kepadanya pada saat itu.
Fikirannya kosong untuk berfikir lebih jauh.

DI BILIK, Afrina termangu sendirian di birai katil. Jam pada


dinding dipandang. Sudah melewati pukul lima setengah pagi.
Hanya tinggal sejam untuk melelapkan mata sahaja sementara
menunggu waktu cerah. Dia terus termangu di sudut katil.
Merenung kenyataan yang sedang terbentang dan tersurat
yang entah bagaimana bentuk dan rupa sebagai isteri Hakimi.
Wajah Abang Arif dan adiknya Arisya serta kawan-kawan satu
persatu terlintas di dalam fikiran. Belum pun selesai satu
masalah, masalah yang lain pula timbul kini. Apa yang hendak
dia katakan kepada Arisya dan Abang Arif? Bagaimana pula
dengan reaksi Emilia, Azlan, Haliza dan Natasha? Oh Tuhan,
rumitnya masalah ku ini. Rintih hati Afrina.
Pintu bilik yang dibuka dari luar menyentakkan Afrina
daripada termenung panjang. Wajah Hakimi yang muncul di
hadapannya dipandang sekilas. Mendung dan muram. Biarpun
dia tidak dapat menyelami sedalam-dalamnya hati Hakimi
pada saat itu namun dia seperti dapat meneka apa yang sedang
menyeliputi fikiran Hakimi.

112
Izzul Izzati

Tanpa mempedulikan pandangan Afrina kepadanya,


Hakimi berlalu ke katil dan diambil sebiji bantal. Dicampakkan
batal tersebut di atas permaidani dan direbahkan badannya di
situ. Matanya dipejamkan dan digalas lengannya pada dahi.
Afrina memandang dengan perasaan berbaur. Sedih dan pilu.
Sayu hatinya bila terkenangkan pernikahannya tidak seperti
mana yang diimpikan oleh setiap gadis. Penuh kemesraan,
kebahagiaan, keceriaan dan keriangan. Segala itu hanyalah
ilusi semata dan fantasi itu tidak mungkin terjadi. Sikap
Hakimi pula yang seperti mementingkan perasaan sendiri
menambahkan lagi rasa sendu di dalam hati. Sejak mereka
diijabkabulkan beberapa jam lepas, sepatah perkataan pun
tidak keluar daripada bibir mulut Hakimi. Seperti turut sama
menyalahkan dirinya.
Melihatkan Hakimi memejamkan mata, Afrina
mematikan suis lampu bilik dan menghidupkan suis lampu
meja. Dia kemudiannya perlahan-lahan merebahkan kepala
pada bantal di atas katil. Dipandang sekilas ke arah Hakimi
yang sedang berbaring kaku di permaidani. Biarpun kelihatan
Hakimi memejamkan mata tetapi dia sebenarnya tahu Hakimi
masih belum tidur. Mana mungkin dapat melenakan diri
dengan masalah sedang sarat bermain di dalam kepala.
Afrina terkebil-kebil memandang siling bilik dalam
kesamaran lampu meja. Sudah puas dia cuba memejamkan
mata namun gagal untuk mengundang ngantuknya. Sudah
puas dia menukar posisi tidur. Berpusing ke kiri dan ke kanan.
Masih belum dapat menghilangkan resah gelisah di hati.
“Rina…,”
Afrina sedikit tersentak. Akhirnya, Hakimi bersuara
juga memecahkan kebuntuan dan kedinginan yang melanda
mereka. Namun, panggilan Hakimi dibiarkan sepi tanpa
sahutan. Dipandang sekilas ke arah Hakimi yang sedang
berbaring di bawah. Ternyata telahannya benar, Hakimi juga

113
kuseru kasihmu

tidak dapat melelapkan mata.


“Rina, aku tahu kau belum tidur.”
Suasana sepi bermaharajalela ketika itu. Dalam
kesuraman lampu itu kedengaran Hakimi melepaskan keluhan
panjang. Afrina terus menerus diam. Hanya menunggu ayat
yang bakal diperkatakan oleh Hakimi.
“Rina, tahu kan yang kita terpaksa bernikah?”
Afrina tetap diam. Tidak langsung memberi apa-apa
reaksi biarpun terasa ingin menggelengkan kepala menafikan.
Menafikan! Benarkah? Terdetik soalan yang tidak mampu
diberikan jawapan menusuk jauh ke dalam hatinya saat itu.
Adakah impiannya untuk memiliki Hakimi masih membara?
Afrina memejamkan mata rapat. Cuba mencari ruang untuk
hati dan fikirannya tenang.
“Walaupun pernikahan ini sah tapi aku harap kau
faham keadaan aku,”
Lambat-lambat Hakimi menuturkannya penuh
emosi. Afrina mengangkat wajah. Cuba memahami maksud
yang ingin disampaikan oleh Hakimi.
“Rina, maafkan aku. Bukan maksud aku untuk lari
dari tanggungjawab. Tapi, apa yang bakal aku putuskan nanti
untuk kebaikan kita juga,”
Hakimi terdiam seketika sebelum dia menyambung
kembali kata-katanya.
“Rina, pernikahan kita ini hanya sementara. Kita
akan berpisah sebaik sahaja aku berkahwin dengan Natasha,”
Tersirap darah Afrina mendengar baris-baris ayat
yang baru diperkatakan oleh Hakimi. Bukankah Hakimi sudah
berjanji dengan ayah yang dia akan menghantar keluarganya
berbincang mengenai majlis perkahwinan mereka? Kenapa
tiba-tiba berubah? Sampai hati Hakimi buatnya begini. Rintih
Afrina sendiri. Mata dipejamkan rapat. Dadanya terasa sesak.
Melihatkan Afrina mendiamkan diri, Hakimi bangun

114
Izzul Izzati

daripada perbaringannya.
“Rina, maafkan aku. Aku faham keadaan kau tapi
aku tak boleh terima perkahwinan ini. Aku tak boleh terima,”
luah Hakimi berkali-kali. Ada keluhan hampa pada hujung
suaranya.
Afrina membuka kelopak mata. Menarik nafas dalam-
dalam mencari ketenangan serta kekuatan untuk berbicara.
‘Huh! Faham konon! Apa yang kau faham sebenarnya, Kimi?’
Hati Afrina menyoal sendiri. ‘Kau rasa hampa, kecewa tapi
bagaimana dengan aku? Aku lagi hampa Kimi, lagi kecewa’.
Hati Afrina bertambah hiba.
Itulah kelemahannya, tidak mampu untuk meluahkan
apa yang terbuku di dalam dada. Tiada upaya menyatakan
perasaan hatinya sendiri. Naluri Afrina bertambah sebak.
Dia menahan agar tidak terluah menjadi tangisan. Biarpun
air mata sudah bergenang dalam tubir matanya. Mujurlah
cahaya lampu meja agak suram. Dapatlah juga dilindungi raut
wajahnya daripada dapat dikesan oleh Hakimi. Tidak ingin
dia menunjukkan wajah sedih di hadapan Hakimi meskipun
itulah kenyataannya.
“Rina!”
Seru Hakimi setelah Afrina terus membisu diri.
“Kimi, tak siapa nak perkara ini berlaku. Dan, aku
juga tak boleh memaksa untuk kau menerima apa yang telah
berlaku,”
Perlahan Afrina berkata menahan rasa sebak yang
hampir sebu menyeliputi nalurinya.
“Cuma, kenapa kau tidak berterus terang sahaja
dengan ayah aku tadi. Kenapa kau sanggup berjanji dengan
ayah aku?” luah Afrina sedikit geram berbaur kecewa menahan
rasa sebak yang kian mencengkam dada.
Hakimi terdiam. Wajahnya ditundukkan. Tidak tahu
apa yang hendak dikatakan lagi. Melihatkan Hakimi kehilangan

115
kuseru kasihmu

kata-kata, menitik juga air mata di atas pipi Afrina. Memang


sudah di agak. Hakimi hanya pandai membuat keputusan
tetapi tidak berani mengambil risiko. Orang lain pula terpaksa
menanggungnya. Siapa lagi kalau tidak dia!

116
Izzul Izzati

bab
17

A
FRINA dan Hakimi pulang
ke Kuala Lumpur pada
keesokan harinya sebaik
sahaja selepas sarapan pagi bersama kedua-dua orang tua
Afrina. Setelah menurunkan Afrina di depan rumah sewanya,
Hakimi terus memecut kereta laju, seolah-olah tidak sabar-
sabar lagi untuk berlalu pergi. Lagak Hakimi tidak ubah seperti
ingin lari sepantas yang boleh bagi menjauhinya. Tidak seperti
mana semalam, sebelum peristiwa itu berlaku. Wajah Hakimi
sentiasa mengekorinya. Sentiasa mengganggu ketenangan
miliknya. Kini, apa yang hendak dikatakan lagi? Sekelip mata
corak kehidupannya berubah. Keluh Afrina sendiri.
“Kita tetap jalani kehidupan kita seperti biasa
walaupun kita telah bernikah. Aku akan cuba cepatkan proses
perceraian kita nanti,”
Itulah kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Hakimi

117
kuseru kasihmu

sebelum memecut keretanya pergi.


Afrina mengetap bibir. Biarpun kereta Hakimi sudah
lama lenyap daripada pandangan mata namun dia masih tegak
berdiri di hadapan pintu pagar rumah. Fikirannya terasa tepu
untuk berfikir. Terlalu sukar untuk diterima segala yang terjadi.
Umpama mimpi yang tidak pernah termimpi kerana cinta
yang tidak terluah kepada Hakimi adalah sekadar ilusi yang
tidak pernah terfikir akan menjadi realiti. Afrina menghela
nafas dalam-dalam, cuba mencari ruang ketenangan dalam
diri yang ternyata kusut dan belum pasti dapat dicari punca
untuk kembali terungkai. Dia terus kaku berdiri.
“Rina! Kau buat apa kat luar tu? Kenapa tak
masuk?”
Teguran Emilia membuatkan Afrina menoleh. Baru
dia sedar yang dia telah lama berdiri tegak di situ. Mengalahkan
tiang lampu jalan. Sempat Afrina menjeling ke arah tiang
lampu elektrik yang terpacak tegap di hadapannya. Dia ingin
tersenyum namun sekelumit pun tidak mampu terukir di
bibirnya ketika itu.
“Kau baru sampai ke? Kata semalam, habis meeting
terus balik?” Emilia terus menyoal.
Afrina hanya mendiamkan diri. Soalan Emilia
dibiarkan sepi tanpa jawapan. Tanpa sepatah kata, Dia
melangkah lemah masuk ke dalam rumah dan terus ke biliknya.
Dibiarkan Emilia tercengang sendiri dengan penuh tanda
tanya. Dia ingin bersendirian untuk seketika. Ada masa nanti,
pasti akan diceritakan juga kepada teman baiknya itu kerana
Emilia adalah satu-satunya teman yang sudi mendengar dan
memahami hatinya. Terkejutkah Emilia nanti? Harap-harap
Emilia tidak pengsan setelah mendengarnya ceritanya nanti.
Hati Afrina tersenyum tawar sendiri.
Dia merebahkan badan ke atas katil. Dibiarkan beg
kerja di tepi almari tanpa dikemaskan. Badan dan fikirannya

118
Izzul Izzati

terasa amat letih sekali. Nasib hari ini bukan hari kerja, kalau
tidak jenuh dia dan Hakimi memikirkan alasan yang logik
mengapa mereka tidak dapat ke pejabat hari ini. Agak-agaknya
apa reaksi rakan sepejabat lebih-lebih lagi Encik Kamal
seandainya diketahui yang Hakimi kini suaminya setelah
ditangkap berkhalwat sewaktu keluar daerah atas urusan kerja?
Haliza dan Azlan? Natasha? Oh! Tidak! Hati Afrina menjerit
hiba. Air matanya mengalir lagi. Fikirannya tiba-tiba terasa
berat bagai ditimpa bebanan yang tidak kelihatan. Adalah
lebih baik digalas batu seguni daripada menanggung beban
masalah sebegini. Afrina memejamkan mata. Mindanya tidak
mampu berfikir lagi. Kelopak matanya semakin berat untuk
diangkat. Kain cadar lecun dengan air matanya. Akhirnya, dia
terlena sendiri dalam kesedihan setelah semalaman dia tidak
mampu melelapkan mata.

SEBAIK sahaja sampai di rumah, Hakimi segera melarikan


diri ke bilik. Teman serumahnya, Zaidi yang sedang berbaring
di atas sofa tidak dihiraukan. Kesan kepenatan membuatkan
fikirannya tidak mampu berfikir apa-apa lagi.
Setelah membersihkan diri, Hakimi mundar-mandir
di bilik. Nyata dia tidak mampu berehat dengan selesa selagi
permasalahannya masih belum nampak jalan penyelesaian.
Dia tidak rela melepaskan Natasha demi sebuah perkahwinan
yang tidak diingini. Dia perlu berbuat sesuatu. Jika tidak, pasti
dia akan kehilangan Natasha. Beg pakaian yang tersimpan
di atas almari pakaian dipandang lama. Fikirannya mula
berfungsi kembali.
Tanpa berlengah, beg pakaian itu dicapai dan
diturunkan dari atas almari. Kemudian dibuka pula pintu
almarinya dan mengeluarkan beberapa helai baju dan seluar

119
kuseru kasihmu

cukup untuk dipakai beberapa hari. Diisi kesemua baju


dan seluar yang telah dipilih ke dalam beg. Setelah bersiap
sepantas mungkin, Hakimi mengatur langkah keluar bilik.
Dilihat rakan serumahnya, Zaidi masih lagi terbaring di atas
sofa. Masih leka menonton televisyen.
“Kimi! Kau nak ke mana?”
Terbantut seketika pergerakan Hakimi apabila tiba-
tiba sahaja dia ditegur oleh rakan serumahnya itu.
“Aku nak balik JB dalam dua tiga hari,” jawab Hakimi
sambil menyarung kasut di kaki.
“Kau biar betul, Kimi?” Zaidi bangun daripada
sofa. “Kau kan baru balik dari outstation. Takkan nak drive
ke JB pulak? Kau tak letih ke?” Tenungan matanya dipenuhi
persoalan kerana tindakan mengejut Hakimi.
Hakimi terdiam sejenak. Nafas panjang dihela.
Teguran Zaidi menyedarkan dia akan keadaan dirinya saat itu
yang sememangnya letih dan amat penat sekali. Tetapi, tekanan
masalah yang sedang menyaluti fikirannya membuatkan dia
terpaksa dan memaksa diri untuk itu. Sekiranya dia tunggu
lebih lama, akan lebih menyulitkan lagi keadaan yang tersedia
kusut.
“Tiba-tiba kau nak balik JB, apasal? Mama dan papa
kau tak sihat ke?”
Soalan Zaidi membuatkan Hakimi segera bangun
dari tempat duduknya. Keletihan dan kepenatan tiba-tiba
hilang kembali. Beg pakaian di sisi dicapai.
“Tak, mama dan papa aku sihat. Cuma...,” Hakimi
mengetap bibir. Tidak dapat meneruskan bicaranya.
“Cuma apa?”
Hakimi terdiam. Rasa terperangkap.
Berkerut dahi dan muka Zaidi dengan reaksi Hakimi.
“Kau ni kenapa, Kimi? Lain macam aje aku tengok?”
“Tak ada apa-apa, Edi. Aku dah lambat ni. Aku pergi

120
Izzul Izzati

dulu.”
Tergesa-gesa Hakimi mengatur langkah menuju ke
arah kereta yang diletakkan di luar pagar. Dia bimbang Zaidi
akan cuba bertanya lebih lanjut lagi. Zaidi menggaru-garu
kepala yang tidak gatal setelah kereta Hakimi hilang daripada
pandangan. Dia rasa musykil dengan kelakuan Hakimi hari
itu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Persoalan yang bertandang di dalam hati terus
hilang tatkala anak matanya tertancap pada jarum jam
dinding. Menunjukkan angka dua petang. Dia perlu bersiap
segera kerana dia ada temu janji dengan kelab bola sepaknya
lewat petang nanti. Berbincang untuk perlawanan yang akan
berlangsung antara kelab. Begitulah masanya dihabiskan
setiap hujung minggu.

121
kuseru kasihmu

bab
18

P
ETANG itu suasana di
jalan raya tampak tenang;
mungkin masing-masing
tidak mahu melepaskan peluang untuk berehat sepuasnya di
rumah pada hujung minggu. Azlan berasa bosan keseorangan
di rumah. Lantas dia terfikir untuk mengajak Natasha keluar
bersiar-siar dan berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Dia
membawa kereta dengan kelajuan sederhana memandangkan
tidak apa yang perlu dikejarkan seperti selalu apabila dia ingin
cepat sampai ke pejabat. Takut terlambat. Lagipun, dia tahu
Natasha tentu berada di rumah sewanya. Hatinya benar-benar
rasa yakin.
Sebaik sahaja Azlan menghampiri perkarangan
rumah sewa Natasha, dia memperlahankan kelajuan keretanya.
Namun stereng kereta pantas dilencongkan dan langsung
berhenti di bahu jalan setelah anak matanya tertangkap kelibat

122
Izzul Izzati

bayangan kereta Perdana V6 milik Hakimi di hadapan rumah


sewa Natasha. Hatinya mula berdetak kencang. Biarpun dia
sedar yang Natasha juga kawan kepada Hakimi namun entah
mengapa hatinya rasa resah tidak menentu. Tidak dinafikan
rasa cemburu tetap melanda jiwanya. Kalau boleh, dia tidak
mahu Natasha rapat dengan kawan-kawannya lain walhal
mereka semua terlalu rapat sewaktu belajar di universiti
dahulu. Sudah menjadi sifat manusia barangkali. Tidak suka
berkongsi kasih. Kalau ada pun mungkin orang lain namun
bukan dirinya. Desis hati Azlan.
Kegelisahan yang terkumpul di dalam dada Azlan
semakin sarat ketika kaki Natasha melangkah masuk ke dalam
perut kereta Hakimi, membawa bersama sebuah beg pakaian.
Setelah Natasha menutup pintu kereta, tanpa menunggu
lama, Hakimi terus memecut laju ke jalan raya utama. Azlan
yang memerhati bingung seketika dihimpit seribu persoalan.
Gerak hati mendorong Azlan turut sama memecut keretanya
mengikut haluan kereta Hakimi di hadapan. Secara berhati-
hati dia mengekori kereta Hakimi agar tidak kehilangan jejak.
Dalam masa yang sama, dia turut bimbang Hakimi akan
menyedari tindakannya itu.
Azlan terus mengekori kereta Hakimi biarpun
haluan kereta Hakimi memasuki pondok tol yang menghala
ke lebuh raya selatan semenanjung. Niat di dalam hati mahu
terus mengekori, namun dia mengalah juga. Akhirnya,
dia memberhentikan keretanya di kawasan rumah rehat
Seremban setelah menyedari kereta Hakimi terus memecut
laju ke hadapan seperti tiada tanda akan berhenti. Hakimi dan
Natasha sebenarnya hendak ke mana? Seremban, Melaka atau
Johor Baharu? Tapi, mengapa? Sungguh-sungguh dia tidak
tahu. Persoalan terus menindih kotak fikiran Azlan. Pantas dia
mencapai telefon bimbit. Hanya satu nama yang terlintas di
kepalanya. Afrina! Afrina tentu tahu ke mana haluan Hakimi

123
kuseru kasihmu

dan Natasha.
Nada panggilan terus berdering dalam talian namun
belum ada tanda-tanda panggilannya akan dijawab. Azlan
hampir putus asa. Stereng kereta dipulas kembali ke lebuh
raya untuk kembali ke Kuala Lumpur. Jalan menuju ke arah
rumah Afrina menjadi pilihannya ketika itu. Dia perlukan
penjelasan segera tentang apa yang telah dilihatnya. Setakat
mana hubungan Natasha dengan Hakimi yang dia tidak tahu
selain daripada kawan biasa?

AFRINA tersedar akibat terkejut bila terasa badannya


digoncang. Mula-mula perlahan kemudian kuat. ‘Eeeii! Kacang
hantu manalah yang mengganggu ni! Tak boleh nak tengok
orang senang sikit!’ Hati Afrina mengamuk marah. Dicelikkan
kelopak mata. Terkebil-kebil dia seketika. Wajah Emilia yang
sedang tersengih di pandang seketika sebelum anak matanya
singgah ke arah jam yang tergantung pada dinding. Alamak!
Sudah masuk waktu Maghrib. Lamanya dia tidur.
“Hey! Bangunlah! Tidur mati ke apa?” tempelak
Emilia berbaur mengusik. Paha Afrina ditamparnya.
Afrina hanya mampu tersenyum tetapi lebih kepada
tersengih. Terasa ringan kepalanya setelah dapat rehat yang
mencukupi. Tetapi masalah itu…. Argh! Dia malas hendak
fikirkan lagi.
“Rina, Azlan cari kau tadi,”
“Azlan? Apa dia nak, Lia?”
Emilia menjongket bahu. “Bila aku kata kau baru
balik dari outstation dan tengah tidur, terus dia pergi. Dia
nampak macam ada masalah aje,”
Afrina hanya diam membisu. Tidak berminat untuk
mengambil tahu. Hakimi dan Natasha adalah punca segala

124
Izzul Izzati

masalah mereka. Tetapi, bagaimana pula masalahnya dengan


Hakimi? Fikirannya terasa berat kembali. Dicapai tuala yang
tersidai dan berlalu ke bilik air. Emilia memandang penuh
dengan ribuan persoalan.
Malam itu, tidak dapat tidak, Afrina terpaksa bercerita
kepada Emilia apa yang sebenarnya berlaku. Dia memerlukan
seseorang yang benar-benar memahami pada saat fikirannya
sudah buntu untuk berfikir mencari jalan penyelesaian.
Emilia yang begitu terpegun mendengar, memandang
wajah Afrina tanpa berkelip. Sukar untuk dia mempercayainya
apatah lagi menerima. Tetapi, itulah realitinya. Kita hanya insan
yang lemah dan daif yang dikurniakan akal yang bijaksana,
ilmu pengetahuan yang luas dan rezeki yang lumayan namun
sebagai hamba-Nya kita tidak dapat lari daripada diuji oleh
Allah. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
“Rumit masalah kau ni, Rina,” putus Emilia setelah
lama membisu diri setelah mendengar cerita daripada Afrina.
“Berat lagi aku yang menanggungnya, Lia,” luah
Afrina.
Emilia memandang penuh simpati. Apa lagi yang
boleh dikatakan selain daripada mempamerkan rasa simpati.
Itulah konsep fitrah hidup dan kelemahan manusia yang tidak
mampu menjangka apa yang bakal berlaku di masa hadapan
sebaliknya apa yang dirancang belum tentu lagi berjaya
dilaksanakan.
“Habis tu, kau setuju dengan keputusan Kimi?”
“Entahlah Lia, aku dah tak tahu apa yang patut aku
buat sekarang ni,” luah Afrina lagi. “Bingung rasanya. Apa aku
nak jawab dengan mak dan ayah aku kalau Kimi memang dah
tekad dengan keputusannya? Tak sanggup rasanya aku nak
melukakan hati orang tua tu lagi. Apa yang berlaku sudah
cukup memalukan mereka. Cuma sekarang ni bernasib baik
kerana orang sekeliling tidak tahu. Kalau tidak… entahlah,”

125
kuseru kasihmu

keluh Afrina. Ada sendu di sebalik kata-katanya yang ber-


baur kecewa.
Emilia mendiamkan diri. Bingung juga dia untuk
memberi pendapat. Dia tahu kesulitan yang Afrina hadapi.
Kalaulah tidak kerana adanya undang-undang, mahu sahaja
dia menyuruh Afrina membelasah Hakimi cukup-cukup. Biar
Hakimi rasa seksanya. Dia juga turut sama rasa geram dengan
sikap Hakimi yang tidak mahu langsung bertanggungjawab.
“Rina, aku rasa kau jangan mengalah dengan
Hakimi,” ujar Emilia setelah lama berfikir.
“Maksud kau?”
Berkerut-kerut dahi Afrina kehairanan.
“Buat sesuatu agar Hakimi tidak jadi berkahwin
dengan Natasha,” jawab Emilia.
Kerutan dahi dan wajah Afrina kian ketara, cuba
untuk memahami maksud yang tersirat di sebalik kata-kata
Emilia.
“Sesuatu tu, apa?” soal Afrina seperti orang bodoh.
Aksi Afrina membuatkan Emilia tersengih nakal.
“Cuba pikat Hakimi,”
“Pikat?”
Hampir terjegil keluar biji mata Afrina mendengar
saranan teman baiknya itu.
“Kau biar betul? Kau ingat senang ke nak pikat
Kimi? Liza yang cantik tu pun fail, inikan pula aku. Lagipun,
manalah aku ada pengalaman bab pikat memikat ni,” sangkal
Afrina, tidak bersetuju.
“Siapa kata kau tak cantik, Rina. Cuma kau aje yang
rasa macam tu. Tak pernah nak yakin pada diri kau sendiri.
Bila lagi nak ada pengalaman kalau tak nak cuba?” Emilia
cuba membangkit semangat Afrina.
Pengalaman memikat orang? Biar betul, Emilia ni!
Gerutu Afrina sendiri. “Aku tak naklah, Lia. Malu kalau Kimi

126
Izzul Izzati

tahu aku cuba memikat dia,” tolak Afrina lagi.


“Apalah kau ni, Rina. Hakimi tu kan dah jadi suami
kau. Apa nak dimalukan,”
Afrina menghela nafas. Sungguh! Dia tidak dapat
menerima saranan Emilia. Kalau dilakukan pun mungkin
sesuatu perkara yang terakhir yang akan dilakukan dalam
hidupnya. Pikat Hakimi! Oh tidak! Sungguh-sungguh dia
tidak mahu.
“Cakap memang senang Lia, cuba kau di tempat aku
sekarang,” keluh Afrina.
“Aku faham perasaan kau, Rina. Tapi cubalah kau
fikir baik-baik, kalau kau ikut kata Hakimi, tak pasal-pasal
kau jadi janda muda. Kau nak ke? Dia pulak senang-senang
kahwin lain,”
“Nak ke tak nak. Itu bukan soalnya, Lia. Kau kan
tahu bukannya boleh dipaksa-paksa orang suka kat kita,” ujar
Afrina kemudiannya.
“Rina, kau kan dah lama kenal Kimi. Selama ni, tak
pernah sekali dia nak cuba menghargai kau walaupun sebagai
kawan. Lagi menyusahkan adalah. Jadi sekarang ni masanya
untuk kau ajar dia balik. Biar dia faham sikit perasaan orang
lain,” sambung Emilia berbaur geram.
Afrina menggeleng-gelengkan kepala. Tanda tidak
berapa setuju dengan cadangan diusulkan.
Emilia menghela nafas. Tidak berpuas hati dengan
reaksi Afrina. “Kalau tidak kerana diri kau pun, kau kena
fikirkan juga hati mak dan ayah kau yang dah terluka tu,
Rina,” pujuk Emilia lagi.
Afrina diam. Sedikit sebanyak dia termakan
juga dengan kata-kata Emilia walaupun keraguan untuk
melakukannya lebih terserlah.
“Macam mana pula dengan Tasha, Lan dan Liza?”
“Aku rasa tak ada masalah. Sama ada Kimi kahwin

127
kuseru kasihmu

dengan kau atau Natasha sama aje. Lan dan Liza tetap kecewa.
Aku tak rasa diaorang akan salahkan kau seandainya diaorang
tahu perkara sebenar,” ujar Emilia penuh keyakinan. Lagak
seorang penasihat pula.
“Tasha?”
“Pedulikan dia, Rina. Selama ni pun dia bukan
kisahkan perasaan orang lain,” jawab Emilia bersahaja.
Afrina mengeluh panjang. Memang Natasha tidak
pernah kisah fasal perasan orang lain tetapi dalam hal ini
dia juga yang terpaksa berhadapan dengan Natasha nanti.
Mungkin tidak hari ini, tapi bagaimana pula dengan hari esok?
Agak-agaknya apa tindakan Natasha kepadanya? Afrina takut
untuk memikirkannya.
“Apa yang perlu aku buat, Lia? Boleh ke aku pikat
Kimi? Agak-agak Kimi terpikat tak dengan aku?”
Tanpa sedar terpacul keluar pertanyaan yang nyata
berlainan dengan kata hatinya sebentar tadi. Tersimpul
senyuman geli hati pada bibir Emilia yang mendengar.
Senyuman nakalnya bertambah meleret tatkala wajah Afrina
kelihatan merah menahan malu.
“Hai, best student macam kau ni ada masanya bodoh
juga, yek?” perli Emilia dengan wajah selamba.
Terbeliak biji mata Afrina mendengar ayat yang
terkeluar daripada bibir Emilia. Namun itu tidak terkesan
di dalam hati jauh sekali untuk berkecil hati dengan kata-
kata Emilia. Sikap tulus dan ikhlas dalam diri Emilia selama
mereka bersahabat tidak boleh dipertikaikan lagi.
“Nak buat macam mana, cikgu aku dulu pun tak
pernah ajar,” balas Afrina bersahaja. Juga tidak mahu mengalah
dengan kata-kata Emilia.
Emilia terus ketawa. Afrina memasamkan muka
melihatkan ketawa Emilia semakin rancak. Ceh! Kurang asam
punya kawan!

128
Izzul Izzati

bab
19

“T
IBA-TIBA aje Kimi
ajak Tasha jumpa mama
dengan papa, kenapa?”
Natasha memecahkan keheningan ketika dalam perjalanan ke
rumah ibu bapa Hakimi.
“Kan Tasha juga yang nak Kimi cepatkan perkahwinan
kita, kenapa pulak tanya?” jawab Hakimi sedikit berang. Dia
jadi rimas dengan soalan yang diajukan oleh Natasha.
“Eh! Takkan Tasha nak tanya pun tak boleh?” soal
Natasha sedikit terusik dan terkilan dengan sikap Hakimi yang
tiba-tiba naik angin dengan soalannya.
Hakimi terdiam. Nafas dihela dalam-dalam apabila
tersedar daripada kesilapan yang tidak disengajakan itu.
“Kimi minta maaf, Tasha. Kimi penat sebenarnya.”
Hakimi cuba tersenyum semanis mungkin kepada Natasha
bagi melindungi kekalutan hatinya yang sebenar. Bukan
sahaja Natasha, dia sendiri tidak menjangkakan keputusan

129
kuseru kasihmu

mendadaknya itu. Fikirannya benar-benar kusut untuk


berfikir dengan baik. Segala apa yang dibuat seperti mengikut
kata hati.
Setelah menghantar Afrina ke rumahnya tengah
hari itu, kegelisahan dalam diri ternyata terus menghantui.
Mengingati lafaz nikah dengan Afrina dan janjinya dengan
keluarga Afrina membuatkan nafasnya benar-benar tidak
teratur. Dia perlu melakukan sesuatu. Amat perlu! Apa yang
pastinya dia tidak mahu kehilangan Natasha. Alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Dia nekad! Dia tidak kisah lagi fasal Azlan dan
Haliza. Apa nak jadi-jadilah. Dia tidak peduli fasal Afrina dan
keluarga. Pandai-pandailah Afrina menyelesaikan masalah itu
bersama keluarganya. Mak dan ayah Afrina pun satu, mereka
tidak sepatutnya memaksa dia menikahi Afrina. Mereka
sememangnya tidak boleh hidup bersama. Tiada langsung
perasaan cinta yang terbit di antara mereka. Biarpun secebis.
Masakan bisa dan mungkin untuk mereka terus hidup berpura-
pura sebagai suami isteri. Dia yakin Afrina sendiri tentu faham
tindakannya itu. Hakimi terus melayan perasaan sendiri.
Melihatkan Hakimi membisu, Natasha turut
mendiamkan diri. Malas hendak memanjangkan cerita.
Bimbang juga akan mencetus pertengkaran di antara mereka.
Dia sebenarnya terkejut bercampur gembira semasa Hakimi
menelefonnya tiba-tiba. Memintanya bersiap dengan kadar
segera untuk mereka berangkat ke rumah ibu bapa Hakimi
yang menetap di Johor Bahru. Biarpun begitu perasaan tanda
tanya tetap berlegar dalam mindanya dengan keputusan
mendadak yang dibuat oleh Hakimi. Agak-agaknya Hakimi
sudah boleh memecahkan rasa bersalah terhadap Azlan dan
Haliza, tak? Teka Natasha sendiri.
Menyebut nama Azlan, dada Natasha pula terasa
sesak dan lemas tiba-tiba. Perasaan bersalah tetap menghantui

130
Izzul Izzati

biarpun dari mula lagi dia berniat menerima cinta Azlan hanya
sebagai batu loncatan bagi dia mendekati Hakimi. Dan dia
yakin hubungan cinta pura-puranya bersama Azlan tidak akan
bertahan lama. Paling lama pun hanya setahun. Tetapi malang,
jangkaannya meleset. Azlan begitu setia kepada cintanya. Tiada
sebab untuk dia jadikan alasan bagi memutuskan hubungan
mereka. Biarpun begitu, perasaan bersalah hampir tidak wujud
di dalam hati sewaktu cintanya itu disambut baik oleh Hakimi.
Dan, mereka bercinta secara rahsia sehingga tamat belajar dan
kini menjangkau hampir lima tahun. Adatlah tu. Cinta tidak
semestinya sampai ke jinjang pelamin. Bisik Natasha sendiri
menyedapkan hati sendiri namun jauh di sudut naluri tetap
terselit perasaan bersalah yang sukar diungkap. Dia mengeluh
dalam diam sebelum wajah Hakimi yang sedang memandu
dijeling sekilas.
“Kimi okey ke? Kalau penat biar Tasha pula drive?”
tanya Natasha setelah menyedari Hakimi terus membisu diri.
Tidak seperti selalu mereka berjumpa.
“It’s okay, Tasha. Kimi masih boleh memandu
lagi,” jawab Hakimi. Senyuman Natasha cuba dibalas
meskipun hambar. Senyumannya mati sebaik sahaja anak
mata memandang semula ke jalan raya di hadapannya. Dia
merasakan kejadian semalam seperti mengekori langkahnya.
Pedal minyak ditekan selaju mungkin, seolah-olah ingin
melarikan diri dari kenyataan itu.
Setelah lima jam perjalanan, akhirnya mereka sampai
juga ke plaza tol Skudai. Hakimi menghalakan haluan stereng
keretanya menuju ke Johor Bharu. Sebetulnya, kedua-dua
ibu bapanya tidak ke mana-mana. Apa yang dikatakan kepada
keluarga Afrina dan Pakcik Salleh, ketua kampung di mana
dia dengan Afrina ditangkap hanya pembohongan semata-
mata. Tidak salah rasanya berbohong untuk kepentingan diri.
Hakimi menyedapkan hati sendiri. Lagipun, dia rasa terkilan

131
kuseru kasihmu

dengan tindakan keluarga Afrina yang telah memaksa mereka


supaya bernikah bagi mengelak kes itu dibawa ke Mahkamah
Syariah. Untuk mengelak daripada diketahui orang ramai.
Malulah kononnya! Dia bukan berdendam dengan ibu bapa
Afrina tetapi rasa tidak puas hati tetap bersarang di dalam
jiwanya. Dia bukannya bersalah. Kenapa pula dia harus dipaksa
begitu? Afrina pun satu hal! Mengikut sahaja apa kata-kata ibu
bapanya tanpa membela diri langsung. Tanpa sedar, Hakimi
menggenggam kuat stereng kereta. Sikap Afrina benar-benar
mengundang rasa geram dan marah di dalam jiwanya.
Reaksi Hakimi mengundang persoalan dalam
hati Natasha yang memerhati. Namun tidak berani
mempersoalkannya. Mungkin Hakimi terlalu letih dan
tertekan dengan kerja. Natasha cuba membuat andaian sendiri
bagi membuang prasangka buruk yang bertandang. Tetapi,
di dalam sudut hatinya, dia tidak mampu menepis perasaan
resah dengan perubahan sikap Hakimi tiba-tiba.
“Jom, Tasha. Kita dah sampai,” ajak Hakimi sebaik
sahaja meletakkan kereta di hadapan pagar rumah kepunyaan
mama dan papanya itu.
Natasha membuka pintu dan melangkah perlahan-
lahan keluar dari kereta. Sementara menunggu Hakimi
mengeluarkan barang-barang mereka, dia menjenguk ke
dalam kediaman rumah teres dua tingkat itu. Hiasan seni
tamannya kelihatan ringkas namun masih menarik perhatian
sesiapa yang memandangnya. Tanaman hijau menghiasi laman
depan. Ia turut dilapisi permaidani rumput yang mana jelas
memberi kesegaran dan ketenangan. Di tepi pagar rumah,
ditanam dengan pelbagai jenis pokok kelapa daripada spesies
rendang. Meskipun rumah ibu bapa Hakimi di bahagian lot
tepi yang mana kedudukannya berhampiran simpang jalan
raya yang sibuk dengan laluan kenderaan, tetapi landskap
yang dibina menghalang pandangan pengguna jalan raya serta

132
Izzul Izzati

mengurangkan kebisingan walaupun tidak sepenuhnya.


“Tasha, apa ditunggu lagi? Jemputlah masuk. Mama
dan papa tentu tengah tunggu kita,” pelawa Hakimi sewaktu
melihat Natasha masih tegak berdiri di hadapan pintu pagar.
Apa yang dikatakan oleh Hakimi adalah betul kerana
kelihatan wajah kedua-dua orang tuanya di hadapan muka
pintu rumah mereka. Senyuman manis terpamer pada raut
wajah Puan Jamilah dan Encik Haris, melihatkan Hakimi dan
Natasha sihat seperti biasa dan selamat sampai.
“Apa khabar, auntie?” ucap Natasha mesra. Tangan
kedua-dua ibu bapa Hakimi disalami dan diciumnya penuh
hormat.
“Baik Natasha,” jawab Puan Jamilah, ibu Hakimi.
Encik Haris, ayah Hakimi hanya tersenyum melihat.
“Cantik,” puji Puan Jamilah sambil menyentuh pipi
Natasha. “Patutlah anak auntie tak sabar-sabar nak kahwin,”
usik Puan Jamilah sambil tersenyum memandang Hakimi.
Encik Haris hanya ketawa. Natasha tersenyum malu tetapi
sempat menjeling ke arah Hakimi di sebelahnya. Hakimi
hanya menunduk. Tidak ada sebaris senyuman yang terukir
pada bibirnya. Mungkin terlalu penat. Natasha cuba membuat
andaian sendiri.
“Sebenarnya bukan Kimi yang tak sabar nak kahwin,
tapi mama kamu ni yang tak sabar-sabar nak terima menantu,”
sakat Encik Haris pula.
“Hish! Abang ni. Ke situ pulak,” jeling Puan Jamilah
tidak senang kerana suaminya seperti dapat membaca
hatinya. Natasha ketawa kecil melihat gelagat kedua-dua
bakal mertuanya itu. Hakimi terus membisu. Tidak berminat
hendak menyampuk.
“Jemputlah, Tasha. Jangan malu-malu.”
Natasha mengangguk sambil melangkah mengikut
Puan Jamilah dan Encik Haris.

133
kuseru kasihmu

“KIMI tak nak bertunang, mama. Kimi nak nikah terus,”


beritahu Hakimi ketika mereka sekeluarga duduk berbincang
sambil menikmati hidangan makan malam. Natasha juga
turut sama dalam perbincangan tersebut sedikit terkejut
mendengar. Keputusan Hakimi di luar jangkaannya. Tidak
pula Hakimi memberitahunya sebelum ini. Kenapa Hakimi
tidak berbincang dahulu dengannya mengenai perkara ini?
Hati Natasha dijentik persoalan.
Anak mata Puan Jamilah membulat tiba-tiba,
memandang wajah anak sulungnya itu. Manakala dahi
Encik Haris berkerut seribu. Mereka saling berpandangan
sebelum memandang semula wajah Hakimi dan Natasha silih
berganti.
“Kenapa pula tak nak bertunang? Kalau nak cepat
sekali pun sekurang-kurangnya bertunang dulu dalam dua
atau tiga bulan,” nasihat Puan Jamilah.
Natasha yang berada di sisi Hakimi memahami
maksud pandangan mata Puan Jamilah dan Encik Haris.
Dia turut memandang wajah Hakimi penuh kehairanan.
Keresahan yang jelas tergambar pada raut muka Hakimi
menambahkan lagi perasaan ingin tahunya. Biarpun dia juga
bersetuju dengan cadangan Hakimi untuk mempercepatkan
perkahwinan mereka namun cadangan Hakimi tetap menjadi
tanda-tanya. Dapat dirasakan Hakimi cuba menyembunyikan
sesuatu daripadanya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena
dengan Hakimi.
“Tasha pun rasa macam tu, auntie. Mak dan ayah
Tasha pun nak Tasha bertunang dulu,” ujar Natasha turut
menyokong nasihat bakal mertuanya itu.
“Tak boleh, Tasha. Kimi tak nak,” Hakimi membantah.
Natasha bertambah terkejut mendengar. Wajah Hakimi di
sebelahnya turut di pandang tidak berkelip.
“Kenapa pulak tak boleh? Apa masalahnya?” Encik

134
Izzul Izzati

Haris pula bertanya. Nada suaranya mencerminkan perasaan


kehairanan membuak-buak. Dapat dirasakan Hakimi
mempunyai maksud yang terselindung.
Hakimi terkedu. Dia segera menunduk setelah
perasan mukanya menjadi sasaran mata kedua ibu bapanya
termasuk Natasha. Sikap terburu-burunya telah membuatkan
papa dan mamanya mulai mengesyaki sesuatu. Begitu
juga Natasha. Hakimi menghela nafas dalam-dalam, cuba
menenangkan kembali hati dan fikirannya. Dia sepatutnya
berhati-hati. Tersilap langkah rahsianya akan terbongkar
secara tidak sengaja. Parah dia nanti! Sudah tentu mama
dan papanya tidak akan meneruskan majlis perkahwinan dia
dengan Natasha. Hakimi meraut wajahnya berkali-kali.
“Kenapa, Kimi? Kimi ada masalah ke kalau bertunang
dulu?” Puan Jamilah pula bertanya.
Hakimi menelan air liur pahit. “Tak… tak ada,
mama,” sangkal Hakimi sedikit menggelabah. Wajah terus
ditundukkan. Cuba mengelak daripada mamanya dapat
mengesan kegelisahan hatinya.
“Habis tu, mama tengok macam ada yang tak kena
aje,”
“Err…. Bukan macam tu, mama. Sebenarnya, Kimi
rasa elok kita buat terus majlis akad nikah tanpa buat majlis
pertunangan. Lagipun, keluarga Tasha dekat Perak. Jauh
mereka nak datang berulang alik dari Johor Bharu ke Perak.
Kalau buat satu majlis sahaja bukan sahaja dapat jimat duit
tapi jimat masa,”
Natasha, Puan Jamilah dan Encik Haris saling
berpandangan. Jawapan Hakimi mengundang beribu
persoalan dan kehairanan di dalam hati mereka. Alasan yang
tidak logik!

135
kuseru kasihmu

bab
20

P
AGI Isnin itu, awal-awal
lagi Afrina sudah berada
di pejabat. Entah kenapa
hatinya rasa tidak sabar hendak berjumpa dengan Hakimi.
Selalunya dia rasa gembira andainya Hakimi tidak ada atau
bercuti. Terasa aman dunia. Tetapi, hari ini… memang sukar
ditafsirkan hati ini. Apa yang dia tahu, masalah mereka
perlu diselesaikan seberapa segera. Mereka perlu berbincang
untuk kebaikan semua pihak. Dia amat berharap Hakimi
menimbangkan balik keputusan yang telah diputuskan.
Kiranya perlu, dia mungkin akan berterus-terang tentang
hatinya terhadap Hakimi biarpun dirasakan itu bukanlah
jalan yang terbaik. Silap hari bulan, dia pula akan dituduh
mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Tapi demi
maruah mak dan ayah serta keluarganya, dia sanggup
menerima segala kemungkinan itu.

136
Izzul Izzati

Memandangkan dia masih belum bersarapan,


Afrina berkira-kira hendak membancuh minuman untuknya.
Cukuplah sekadar mengisi perut waktu pagi. Semasa
melangkah ke pantri, dipandang sekilas ke arah tempat duduk
Hakimi yang masih kosong. Mengapa Hakimi tidak sampai
lagi? Hati Afrina sedikit resah. Sambil membancuh dan
mengacau Nescafe panas, fikiran Afrina turut sama berputar
memikirkan cadangan yang diutarakan oleh Emilia semalam.
“Aku rasa kau tahu apa yang patut kau buat. Tapi,
jangan pula kau goda dia macam perempuan gatal,”
Meledak ketawa Emilia waktu itu. Afrina tersenyum
sendiri namun senyumannya berubah kelat. Sekelat Nescafe
yang dibancuhnya tanpa gula. Menggoda Hakimi? Mampukah
aku melakukannya? Berkali-kali disoal hatinya.
Afrina tersentak ketika pintu pantri terkuak. Wajah
Mastura dan Kak Noor kelihatan terjongol di muka pintu.
“Wah! Pagi Rina datang hari ni,” ceria suara Kak
Noor menyapa.
“Ha’ah, awal-awal lagi dah sampai. Ada apa-apa
ke, Kak Rina?” sambung Mastura. Wan Amalyn, yang juga
rakan sepejabat Afrina yang kebetulan baru masuk, cuma
tersenyum.
“Pandailah, Mas, datang pagi-pagi mesti ada apa-
apa ke?” soal Afrina sambil membasuh sudu yang telah
digunakan.
“Biasanya macam tulah. Semalam tak dapat tidur
ke?” Kak Noor pula cuba menyakat.
“Eh! Kak Noor ni, memandai aje,” sangkal Afrina.
“Kak Noor tengok mata Rina merah semacam aje,
macam tak cukup tidur? Betullah tu!” ujar Kak Noor dengan
senyuman meleret. Mastura turut menyengih.
Berkerut dahi Afrina. Dikerling matanya ke cermin
muka yang berada di dalam pantri. Ketara sangatkah wajahnya

137
kuseru kasihmu

nampak tidak cukup tidur? Memang pun dia tidak dapat


melelapkan mata walau sepicing pun semalam. Hakimilah
puncanya!
“Dari pengalaman Kak Noorlah, orang yang tengah
angau bercinta biasanya tak dapat tidur lena,” sakat Kak Noor
dengan iringi ketawa mengusik. Mastura dan Wan Amalyn
turut sama menyambut tawa Kak Noor.
Afrina tersenyum pahit. Dia menahan
perasaan, melihat teman-teman sepejabatnya itu galak
mengetawakannya. Agak-agaknya kalau mereka berdua tahu
perkara sebenar, adakah mereka akan ketawa begitu? Ketawa
mengejek mungkin? Tetapi, tidak mungkin Kak Noor, Wan
Amalyn dan Mastura akan berbuat begitu. Dia kenal hati budi
mereka bertiga. Tapi, bagaimana pula dengan rakan sekerja
yang lain? Terutama Hanum yang tergila-gilakan Hakimi?
Afrina mengetap bibir.
“Siapa si dia tu, Kak Rina? Ceritalah sikit. Tak baik
bercinta senyap-senyap, tau!” Mastura pula menggamatkan
lagi usikan Kak Noor.
“Mana ada. Pandai-pandai aje korang ni,” sangkal
Afrina.
“Iye lah tu. Boleh ke Kak Noor percaya?”
Ketawa mengusik masih kedengaran.
“Orang macam Rina tu, betul ke ada boyfriend, Kak
Noor? Siapalah insan yang malang tu, ye?” sampuk Hanum
yang tiba-tiba muncul.
Ketawa kecil seakan-akan mengejek kedengaran
biarpun perlahan namun tajam berbisa menusuk ke dalam
cuping telinga Afrina yang mendengarnya. Ikutkan hati ingin
sahaja dia berbalas mulut dengan Hanum yang sememangnya
terkenal dengan mulut laser. Paling tidak pun mengenakan
kembali si ‘mulut tempayan’ tu. Namun, apabila teringatkan
peristiwa hitam semalam, dia hanya mampu mendiamkan

138
Izzul Izzati

diri. Bimbang dia pula yang terkena nanti andainya rahsia


itu terbongkar. Terbongkar? Minta-minta dijauhkan, mana
hendak diletakkan mukanya nanti.
Suasana di dalam ruang pantri tiba-tiba sunyi dan
sepi tanpa ada gelak ketawa mengusik lagi.
“Tak ada boyfriend pun tak apa, Rina. Jangan jadi
macam orang tu, kejar boyfriend orang tapi diri sendiri gigit
jari kerana syok sendiri!” balas Kak Noor bagi pihak Afrina.
Gelak ketawa kembali bergema di dalam pantri
tersebut. Afrina tidak dapat menahan turut tersenyum.
Hanum menarik muka empat belas. Berdengus kasar dan
segera melangkah keluar dari pantri tanpa sempat membuat
minuman. Gelak ketawa terus kedengaran.
Afrina membawa air Nescafe yang telah dibancuh
ke tempat duduknya. Tempat duduk Hakimi dipandang lagi.
Masih kosong! Bercutikah Hakimi atau dia ada mesyuarat pagi
ni? Hatinya semakin resah menanti. Terasa ringan tangannya
menekan butang interkom untuk bertanyakan kepada Mastura
ke mana perginya Hakimi. Namun, dia bimbang sikap ingin
tahunya itu akan menimbulkan tanda-tanya Mastura pula.
Suis komputer di atas meja dihidupkan. Dia cuba
mengalihkan perhatiannya terhadap kerja-kerja yang banyak
tertangguh. Sekurang-kurangnya dapat menghilang sedikit
kegelisahan hati dan paling penting melenyapkan segala
permasalahan yang masih membelenggu fikiran. Deringan
telefon bimbit membuat dia tersentak. Kelam kabut dia
mendapatkan telefon bimbitnya itu yang masih tersimpan di
dalam tas tangan. Dalam hati, dia amat berharap Hakimi yang
menghubunginya biarpun perkara tersebut adalah mustahil.
Tapi, manalah tahu.
Afrina mengeluh hampa tatkala melihat nama Azlan
yang tertera di atas skrin telefon bimbitnya. Lambat-lambat
dia menekan butang untuk menjawab.

139
kuseru kasihmu

“Helo, Rina!”
“Iya,” Afrina menjawab.
“Boleh aku tahu Kimi ada kat ofis,tak?” soal Azlan
tanpa banyak bicara.
“Tak ada. Kenapa?” soal Afrina pula kehairanan. Nada
suara Azlan ternyata serius. Tidak seperti selalu yang sentiasa
ceria.
“Kau tahu tak dia ke mana?”
Tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh Afrina,
Azlan terus menyoal.
“Tak. Aku tak tahu. Aku pun tengah tunggu dia
sekarang,” balas Afrina. “Kenapa Lan?” soal Afrina lagi dengan
perasaan ingin tahu melonjak-lonjak.
“Tak ada apa-apa cuma...,” Azlan tidak menghabiskan
ayatnya. Kedengaran jelas pada cuping telinga Afrina, Azlan
mengeluh panjang.
“Cuma apa, Lan?” Afrina tidak berpuas hati
soalannya tidak berjawab. Dapat dirasakan Azlan sedang
menyembunyikan sesuatu daripadanya. Adakah Azlan sudah
mengetahui perkara sebenar?
“Tasha ada cerita apa-apa tak dengan kau?” Azlan
terus-menerus menyoal Afrina.
Afrina terkedu seketika. Tidak tahu apa yang harus
dijawabnya. Dia rasa serba-salah.
“Rina!”
“Tak... tak ada. Kenapa?” jawab Afrina sedikit gugup
kerana berbohong. Nasib mereka berbicara melalui telefon.
Sekurang-kurangnya Azlan tidak dapat mengesan perubahan
air mukanya.
“Tak apalah, Rina.”
“Lan!”
Suara Afrina hilang tatkala Azlan mematikan talian.
Hatinya tiba-tiba di amuk resah. Dia cuba menghubungi Azlan

140
Izzul Izzati

kembali tetapi telefon bimbit Azlan tidak dapat dihubungi.


Dicubanya pula telefon pejabat Azlan. Jawapan daripada
penyambut panggilan, ‘Azlan cuti kecemasan hari ini’.
Argh! Afrina termangu seketika di meja. Fikiran
yang sememangnya buntu kini terasa bertambah berselirat
pula. Apa sebenarnya sedang berlaku? Afrina cuba mencari
jawapan untuk persoalannya sendiri. Dapat dirasakan segala
yang berlaku ada hubung-kait dengan Hakimi juga Natasha.
Ringan tangannya hendak menelefon Haliza untuk bertanya.
Manalah tahu, kot-kot kawannya itu tahu. Tetapi, bagaimana
pula sekiranya Haliza tidak tahu? Tidakkah nanti menjadi
tanda-tanya Haliza pula? Afrina meletakkan kembali gagang
telefon. Tidak mahu memanjangkan cerita yang sememangnya
sudah pun kusut-masai. Akhirnya, dia mengambil keputusan
untuk menunggu sahaja Hakimi.

“RINA, jom pergi makan!” ajak Johar. Tersenyum-senyum.


Berharap Afrina menerima pelawaannya. Afrina menjeling
jam tangannya. Sudah pukul satu tengah hari. Patutlah!
“Tak apalah, Jo. Jo pergilah makan dulu. Rina ada
kerja sikit,” tolak Afrina tanpa mengangkat wajah.
“Kerja-kerja juga, Rina. Makan kenalah juga. Kalau
kau sakit, aku juga yang susah nanti,” jawab Johar selamba.
Masih tersenyum-senyum.
“Hai, Jo! Ajak Rina sorang aje, ke? Kawan-kawan pun
nak pergi makan juga,” sampuk Kak Noor.
Johar tersengih-sengih malu.
“Jo memang macam tu, Kak Noor. Bila Rina tak ada
baru nak ajak kita,” sampuk Wan Amalyn.
Afrina hanya diam membisu di tempatnya. Tidak
berniat menyampuk perbualan kawan-kawannya itu. Johar

141
kuseru kasihmu

yang masih tersengih dijeling sekilas dari ekor mata. Huh! Tak
ubah macam kerang busuk.
“Betul ke kamu tak nak turun makan, Rina? Atau
nak kirim apa-apa, boleh Kak Noor tolong belikan.” Kak Noor
pula bertanya.
“Takpe lah, Kak Noor. Rina tak rasa nak makan lagi.
Kalau lapar nanti, Rina turun cari makan sendiri,” Afrina
menolak sebaik mungkin agar Kak Noor tidak terasa.
“Betul ke tak nak ni?” Johar yang masih setia
menunggu pula menyampuk. Afrina menggelengkan kepala.
Sedikit senyuman dihulurkan kepada Johar dan kawan-
kawannya yang lain.
“Kalau macam tu, Kak Noor turun dululah. Jangan
biarkan perut kosong, Rina. Tak elok,” pesan Kak Noor sebelum
berlalu pergi. Johar yang turut mengikut langkah kaki Kak
Noor sempat mengenyit mata nakal.
Afrina cuma tersenyum dengan gelagat Johar.
Perhatian kembali dipusatkan pada kerja-kerja yang terbentang
di hadapannya. Sesekali terbabas juga mengingati Hakimi
yang masih belum menampakkan batang hidung. Ke mana
sebenarnya Hakimi pergi? Entah yang ke berapa kali persoalan
itu berlegar di dalam fikirannya.
Sehingga petang, Hakimi masih tidak kelihatan di
pejabat. Afrina rasa kecewa menunggu. Satu kerja pun tidak
mampu disiapkan. Tumpuannya benar-benar hilang. Hilang
bersama Hakimi yang entah berada di mana kini. Sebaik
sahaja habis waktu pejabat, dia tidak menunggu lebih lama.
Pantas dia berkemas-kemas untuk pulang. Berkira-kira mahu
meninggalkan pejabat seberapa segera. Tidak dipedulikan
pandangan mata teman-teman sepejabat dengan tindakannya
itu terutama Mastura yang berada di muka pintu masuk
utama.
Afrina tidak segera pulang ke rumah. Stereng

142
Izzul Izzati

kereta dipulas ke kawasan perumahan Taman Melawati di


mana Hakimi tinggal. Resah yang menghimpit jiwa tidak
tertanggung rasanya. Sampai di lorong rumah Hakimi, dia
memandu perlahan-lahan dan cuba meninjau ke dalam
kawasan rumah Hakimi. Kosong! Kereta Hakimi mahupun
rakan serumahnya tidak kelihatan. Pintu rumah juga turut
berkunci. Jelas menunjukkan tuan rumah tiada di rumah.
Sekali lagi Afrina hampa. Dia memberhentikan kereta agak
jauh sedikit dari halaman rumah Hakimi. Dia termenung
seketika di situ.
Hatinya dipagut rasa berbelah bahagi. Sebahagian
mendesaknya supaya menunggu kepulangan Hakimi manakala
sebahagian lagi membantah keras. Wajarkah tindakannya itu
atau macam orang tak betul? Mengharap pada orang yang
tidak sudi. Keyakinannya tiba-tiba terasa goyang.
Afrina mengambil keputusan untuk terus
menunggu. Sementara itu, dia cuba menghubungi Azlan
namun masih tidak berjaya. Jam pada dashboard kereta sudah
menunjukkan pukul lapan setengah malam. Aduh! Mana
Hakimi ni pergi? Rungut Afrina mula kebosanan. Dia menoleh
lagi ke arah rumah Hakimi. Gelap-gelita. Tiada cahaya lampu
yang menerangi di dalam rumah. Biarpun rumah jiran-jiran
Hakimi sudah bercahaya, namun suasana sekeliling tetap
sunyi sepi. Nasib dia sedang ‘bercuti’. Tidak perlulah kelam
kabut mencari surau atau masjid.
Afrina menyandar lesu pada kusyen kereta. Badannya
terasa letih sekali. Fikirannya menerawang lagi. Betul ke
tindakan aku ni? Dia tertanya-tanya sendiri. Kalau Hakimi
balik nanti, apa yang hendak aku katakan nanti, ya? Tiba-tiba
terpacul soalan yang dia sendiri tidak pasti jawapannya. Kepala
yang tidak gatal digaru-garunya. Setelah berfikir panjang,
Afrina menghidupkan kembali enjin kereta. Buang masa aje
dia menunggu andainya dia sendiri tidak pasti apa sebenarnya

143
kuseru kasihmu

yang hendak dikatakan kepada Hakimi.


Belum sempat Afrina menukar gear untuk
meninggalkan kawasan perumahan tersebut, kelihatan
sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumah Hakimi.
Walaupun cahaya dari lampu jalan samar-samar namun dia
masih dapat mengecam pemilik kereta tersebut. Hakimi!
Afrina mematikan semula enjin keretanya. Entah
kenapa seperti ada kuasa semangat yang menyerap ke dalam
diri. Dia bagai diseru-seru supaya mendapatkan Hakimi yang
sedang membuka pintu pagar rumahnya. Tetapi, belum pun
sempat Afrina membuka pintu kereta untuk melangkah,
bayangan Natasha kelihatan berdiri di sisi Hakimi. Terbantut
terus pergerakan Afrina. Argh! Macam mana Natasha boleh ada
bersama? Aduh! Apa dia buat kat sini? rungut Afrina geram.
Bukankah rumah Hakimi rumah orang bujang? Berani betul
Natasha ni. Tak takut kena tangkap basah ke? Tangkap basah?
Afrina mengetap bibir tatkala peristiwa hujung minggu lepas
menerpa ke dalam minda.
Tanpa menunggu lebih lama, Afrina menghidupkan
kembali enjin kereta dan memecut laju meninggalkan tempat
itu. Semakin lama dia di situ, semakin terluka hatinya.
Perasaan cemburu yang tiba-tiba tertunas bagai menghiris-
hiris pedih jiwanya. Selalukah Hakimi membawa Natasha ke
rumahnya? Suatu persoalan yang tidak mampu dijawabnya.
Pedal minyak terus ditekan laju. Mahu di bawa jauh-jauh
hatinya yang benar-benar kecewa itu.

144
No. ISBN:- 978-938-42552-8-2
Jumlah muka surat:- 538
Harga Runcit:-
S/M:- RM19, S/S:- RM22
Harga Ahli KKN:-
S/M:- RM15, S/S:- RM18

Sinopsis:-
Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah
mimpi-mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik
Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka
idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya
sendiri. Dia sedia mengalah, memberikan laluan dan ruang
biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah
menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah
seorang daripada mereka. Namun dugaan hadir tanpa dipinta,
langsung tidak terlintas di fikiran.
Musibah datang jua menimpa antara dia dan
Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar untuk ditafsirkan.
Tetapi apa yang pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan.
Ada cerita yang harus disembunyikan dan disimpan kemas
daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawannya.
Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi.
Cabaran Afrina, kasih Hakimi harus dimiliki dengan apa jua
cara sekalipun.
Namun relakah dia dikatakan sebagai ‘muka tembok’
demi menyeru kasih Hakimi?
Persoalannya… mampukah Afrina menyeru kasih
Hakimi sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih
hati?

"Dalam desiran rindu yang terpendam, ada seru


membisikkan... kaulah kekasih hingga ke akhirnya."

Berjayakah Afrina meraih cinta Hakimi? Untuk


menjawab persoalan yang timbul, dapatkan KUSERU
KASIHMU di rangkaian kedai buku Popular dan MPH serta
kedai-kedai buku berhampiran anda.
Anda juga boleh melanggan secara terus dengan
kami sama ada melalui online atau pun pos.
Jika anda ingin melanggan melalui online, sila layari
laman web kami di:- www.kakinovel.com untuk maklumat
lanjut.
Jika anda ingin melanggan secara pos, sila tuliskan
di atas sekeping kertas saiz A4 nama penuh anda, alamat
lengkap, no. telefon, tajuk novel dan jumlah naskhah yang
ingin dipesan. Poskan bersama wang pos/kiriman wang (atas
nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise


No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D'Wangsa, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
No. tel:- 03-4149 0096
No. faks:- 03-4149 1196