Anda di halaman 1dari 24

DISIPLIN MURID

Ahli Kumpulan
1. Abdul Rahman Jamil
2. Gan Siew Ping
3. Nor Zakiah Hanum Bt Ahmad Sahfini
4. Siti Noor Zhafarina Bt Roslan
DISIPLIN…..

Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh


seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan
tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan
kehidupan.

Kesanggupan seseorang murid menghormati dan


mematuhi kehendak undang-undang /
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama
ada suka atau pun tidak.
Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959:

“Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas


disiplin sekolah”

“mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di


sekolah itu.”

“diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa


menjalankan hukuman kepada guru-guru lain atau murid-
murid yang ditetapkan olehnya ……tertakluk kepada syarat-
syarat atau had-had yang difikirkan patut.”
Surat-surat pekeliling berkaitan
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001
Langkah-langkah yang harus diambil oleh pengetua
dalam menguruskan aduan disiplin Langkah-langkah

1. Langkah 1: menerima aduan, membuat siasatan awal


dan kumpul bukti.
2. Langkah 2: Buat kesimpulan daripada bukti.
3. Langkah 3: Murid berpeluang membela diri.
4. Langkah 4: Guru membebaskan murid sekiranya
keterangan yang diberikan memuaskan.
5. Langkah 5: sekiranya murid mengaku bersalah dan
ada bukti-bukti tuduhan, maka hukuman dikenakan.
PERATURAN YANG HARUS
DIPATUHI

”Di samping kuasa dan budi bicara pihak


berkuasa disiplin, maka dalam
pelaksanaannya mereka harus
mengamalkan keadilan”.

‘Natural Justice’ (hak untuk didengar)


IMPLIKASI SEKIRANYA
“ NATURAL JUSTICE”
TIDAK BERLAKU
• SUBANG JAYA, 27 Okt (Bernama) -- Seorang
murid Tahun Tiga di sebuah sekolah di Pusat
Bandar Puchong mendakwa trauma selepas
ditampar hingga bengkak oleh seorang guru
disiplin hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah.

• Ibu murid itu, V. Kavitah, 29, berkata anaknya


turut mendakwa saluran pendengaran kanannya
sedikit terganggu dan demam akibat ditampar
hingga menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah
kerana trauma dengan kejadian pukul 7.40 pagi
semalam.
FAKTOR-FAKTOR ASAS
YANG PATUT DIAMBILKIRA TERHADAP
SESUATU HUKUMAN

1) Perwatakan, sejarah dan latar belakang


murid.
2) Kekerapan atau kesungguhan kesalahan yang
dilakukan oleh murid.
PENGERTIAN HUKUM

Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa


mengenakan hukuman yang menyakitkan
bagi sesuatu salah laku
HUKUMAN YANG BOLEH
DIKENAKAN

SURAT PEKELILING BIL.6/68.


BERTARIKH:
10 SEPTEMBER 1968
PEMBUANGAN MURID DARIPADA SEKOLAH-
SEKOLAH KERANA KELAKUAN CURANG

1. Murid, ibu bapa dan penjaga diberi


amaran bertulis berkaitan kesalahan
dan satu salinan borang jawapan
disertakan untuk penjaga memberi
akuan terima.
Penggantungan

”Penggantungan merupakan satu arahan di


mana seseorang murid itu dilarang dari
memasuki kawasan sekolah atau menikmati
sesuatau kemudahan sekolah”

Tidak boleh lebih 14 hari


Hukuman Dera (Corporal punishment)
di bawah peraturan ini
[ Subperaturan 5 (1) ] menjelaskannya dengan syarat bahawa ;

( a ) hukuman dera kepada


murid-murid perempuan
adalah dilarang ; dan
( b ) hukuman dera kepada murid
lelaki adalah dihadkan kepada
merotan dengan rotan yang
ringan di tapak tangan atau
pun di punggung yang berlapik
dengan pakaian dan hendaklah
dijalankan hanya oleh Guru
Besar atau pun dengan kuasa
nyata yang diberi olehnya
dalam hal yang tertentu.
Penahanan ( detention )

”Penahanan adalah untuk mengawal murid-


murid yang jahat
( delinquent ) dengan cara menafikannya
dari menikmati dan menggunakan masa
lapangnya. Arahan penahanan itu
hendaklah menentukan masa dan jumlah
jam seseorang itu ditahan”
Denda
Dalam hal sama ada denda sebagai satu
hukuman terpulanglah kepada Pengetua
ingin mempertimbangkan secara teliti
hubungan antara denda dengan kemampuan
seseorang murid untuk membayar denda itu
Amaran
Setelah mempertimbangkan keadaan, jenis
salah laku dan kelakuan murid yang telah
melakukan salah laku itu, berpendapat
bahawa adalah kurang wajar dikenakan
hukuman yang lebih berat lagi
HUKUMAN YANG DITEGAH
Hukuman terhadap fizikal

1. Berdiri lama di tengah panas


2. Lari keliling padang
3. Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
4. Memukul diri sendiri/sesama sendiri
5. Berdiri di atas kerusi atau meja
6. Menarik rambut/tarik telinga
7. Belasah dengan alat seperti tali
8. Pinggang atau pembaris
9. Junjung kerusi/ buku
10.Cubit
11.Enjut/ ketuk ketampi/ mendada
12.Ketuk/sekel kepala
Hukuman Terhadap
Mental Dan Emosi
1. Gunting Rambut Sesuka hati
2. Berdiri Membuat Latihan
3. Berleter
4. Gantung Tulisan di Badan
5. Memalukan dikhalayak Ramai
6. Kelas Tahanan pada Waktu Rehat atau Pulang
7. Memaki hamun
8. Menjeling
9. Menyindir
10. Conteng Muka dengan Kapur
11. Koyak Buku latihan
12. Memperlihatkan Air muka yang Marah
13. Menggugut atau mengertak murid
14. Tidak Menghiraukan murid
15. Tidak Menanda Buku latihan
ISU PENGURUSAN DISIPLIN 2010
1. Murid

• Murid tidak puas hati dengan hukuman


disiplin
• Murid tidak diberi peluang menjawab
pertuduhan
• Diskriminasi kaum
• Cara guru menangani disiplin murid
ISU PENGURUSAN DISIPLIN 2010
2.Ibubapa/penjaga & Masyarakat
• Ibubapa/penjaga tidak faham peraturan
sekolah
• Aduan ibubapa/penjaga/ pihak awam
• Tindakan Disiplin oleh pihak sekolah
• Saman Di mahkamah
• Siaran melalui media
ISU PENGURUSAN DISIPLIN 2010
3. Sekolah
• Guru tidak faham peraturan disiplin sekolah
• Guru tidak faham literasi undang-undang
• Guru tidak puas hati dengan peraturan disiplin
• Tindakan guru tidak ikut peraturan
• Tindakan sekolah tidak ikut peraturan

Anda mungkin juga menyukai