Anda di halaman 1dari 5

Cara Melakukan Pertolongan Cemas (CPR)

Jika berlaku kemalangan atau mangsa lemas, anda boleh menyelamatkan


nyawa mangsa dengan melakukan perkara berikut:

1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas
atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan
perhatian kepada mangsa.

2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas.

3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada
pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda
asing (jika ada) dari mulut mangsa.

4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas
melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan
pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan dua
saat).

5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya
dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan
kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan
dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.

Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter
dari ulu hati. Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari
tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat
pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.

6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali atau
hingga bantuan sampai.

7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi


membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.
TEKNIK-TEKNIK CPR (Resusitasi Kardiopulmonari)

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting di


dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan
terhenti.  CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun
pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada.  Dengan cara ini
darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-
organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan
jantung.

Jantung terhenti menyebabkan mengsa pengsan dalam masa beberapa saat.  


Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera.  Jika cepat
melakukan CPR, difibrilasi dan rawatan lanjutan, mangsa mempunyai
peluang untuk dipulihkan.

CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan,


pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR:  Airway, 
Breathing and Circulation).

1.SALURAN PERNAFASAN

2.PERNAFASAN 

3.EDARAN DARAH
PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG
JANTUNG DAN SISTEM PEREDARAN DARAH

Jantung merupakan sejenis otot dan saiznya lebih kurang gengaman tangan
dan terletak ditengah-tengah dada di antara sternum dan tulang belakang
(spina).  Ateri koronari adalah ateri khas yang membawa darah keotot
jantung itu sendiri

Fungsi Jantung adalah mengepam darah keparu-paru dimana darah itu


memperolehi ioksigen dan seterusnya dialirkan ke seluruh badan.  Jantung
orang dewasa mengepam lebih kurang 5 liter darah seminit.

Oksigen diperlukan oleh sel-sel badan untuk berfungsi.  Apabila jantung


terhenti, oksigen tidak lagi beredar dan oksigen oksigen yang tersimpan
diotak dan organ-organ penting akan cepat kehabisan.  Denyutan jantung
yang diterbitkan oleh impuls elektrik semulajadi, dihantar melalui jantung di
antara 60 - 100 kali seminit di dalam badan seseorang dewasa yang sihat. 
Apabila senaman dijalankan jantung biasanya mengepam darah sehingga 25
liter seminit.

Paru-paru mengandungi pundi-pundi udara (alveoli) yang dikelilingi oleh


saluran-saluran darah halus (rerambut).  Impuls saraf daripada otak, ke otot
dada dan ke diafragma membolehkan seseorang itu bernafas.  Dengan setiap
pernafasan, udara dibawa daripada saluran pernafasan (hidung, mulut,
farinks, larinks, trakea dan bronki) ke pundi-pundi udara di dalam paru-paru.

Udara mengandungi lebih kurang 21% oksigen pada paras laut. Apabila


pundi-pundi udara diparu-paru berisi udara, darah dikelilingnya mengambil
oksigen daripada udara di paru-paru dan membawanya balik ke jantung, dan
seterusnya mengepamnya keseluruh badan.  Apabila oksigen diambil
daripada darah oleh sel-sel tubuh, karban dioksida di keluarkan sebagai
bahan kumuh.  Ini dikembalikan oleh darah ke pundi-pundi udara di paru-
paru dan dikeluarkan daripada badan semasa bernafas.

 
RENJATAN.
Semasa dalam keadaan renjatan, pesakit tidak mendapat bekalan darah yang
mencukupi yang menyebabkan kekurangan oksigen. Jika tidak dirawat
dengan segera, jantung mangsa akan menjadi lemah dan tidak berfungsi
dengan betul. Jika berada dalam keadaan renjatan yang berterusan boleh
menyebabkan kematian.

Tanda-tanda mangsa renjatan.

Pada peringkat awal:

i) Denyut nadi yang cepat.

ii) Pucat, sejuk, kulit bersisik, berpeluh.

Apabila renjatan melarat:

i) Kulit lebam terutamanya bahagian dalam bibir. Warna kuku dan


cuping
ii) telinga tidak normal serta-merta apabila dipicit.

iii) Lemah dan pitam.

iv) Rasa mual dan berkemungkinan muntah.

v) Dahaga.

vi) Pernafasan yang pendek dan kencang.

vii) Nadi yang lemah dan halus. Apabila nadi pada pergelangan tangan
hilang, kira-kira separuh dari volum darah akan turut hilang.
Apabila bekalan oksigen ke otak menjadi lemah:

i) Resah gelisah dan mangsa menjadi agresif.

ii) Menguap dan tercungap-cungap untuk menyedut udara.

iii) Tidak sedarkan diri.

Rawatan.

i) Telefon ambulans jika perlu.

ii) Baringkan pesakit jika ia muntah, pusingkan kepala ke sisi.

iii) Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran
bernafas, tinggikan kakinya antara 8”-12”.

iv) Longgarkan pakaian yang ketat.

v) Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh.

vi) Beri keyakinan.

vii) Jangan beri air atau alkohol.

Renjatan Elektrik.

Jika mangsa didapati terkena renjatan elektrik, berhati-hati. Pastikan arus


elektrik telah dimatikan atau suis utama telah ditutup sebelum memberi
sebarang bantuan kecemasan. Jika tidak, alihkan wayarelektrik dengan kayu
yang kering atau objek yang bukan pengalir.

i) Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.

ii) Periksa mangsa jika perlu lakukan CPR.

iii) Beri rawatan terbakar dan melecur.

iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan rawatan untuk mangsa
pengsan.Temani mangsa sehingga bantuan tiba.

Anda mungkin juga menyukai