Anda di halaman 1dari 18

TEKS UCAPAN PENGACARAAN MAJLIS

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKFMA TAHUN 2010

TARIKH : 11 NOV 2010 ( khamis )


MASA : 2.00 PETANG

UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS

Bismillahirahmanirrahim…..
Assolatuwassalo asshirafil ambia iwarmussalim wallaalihiiassohbihiajmainn.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai di buka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

1
Yang berbahagia En. Mohd Zukhi b. Che Din , Pengurus Rancangan FELDA
kawasan Mata Ayer merangkap Yang Dipertua PIBG SKFMA.

Yang Berusaha En. Wan Nordin b. Wan Mat, Guru Besar SKFMA.

Yang Dihormati Pn. Jamilah bt Othman , Penolong Kanan 1


Pn. Muawanah bt Bugal , Penolong Kanan HEM

Guru-Guru Cemerlang, guru –guru, Staf- staf sokongan

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SKFMA

Ahli Jawatankuasa PMG dan GPW

Para Ibubapa dan Penjaga murid serta

Murid-murid para penerima Anugerah kecemerlangan yang dirahmati Allah


sekelian..

Assalamulaikum wbt….
Alhamdulillah , marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi rasa
kesyukuran ke hadrat Allah SWt kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya
memberi sedikit lorongan waktu dan usia pada kita semua pada petang ini untuk
sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKFMA
pada tahun ini.
Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan2 dan
puan2 ke majlis ini serta merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
seluruh tetamu jemputan dan para penjaga murid sekelian yang sudi
melapangkan masa hadir di majlis pada petang ini.
Sesungguhnya majlis yang kita adakan pada petang ini amat besar
maknanya kepada kita semua sebagai satu wadah pengiktirafan dan penghargaan
atas usaha , kesungguhan dan kecemerlangan yang telah dibuktikan oleh para
guru dan anak-anak kita.
Atas kesedaran itulah maka kita anjurkan majlis sebegini setiap tahun
dengan harapan dapat menjadi peransang dan pencetus semangat agar berusaha
dengan lebih gigih dan dapat mencipta kejayaan dengan lebih cemerlang lagi di
masa akan datang..isyaallah

2
BACAAN DOA

Para hadirin sekelian,


Kalau pergi ke Tanjung Keramat,
Anak manis jangan di angkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memuliakan majlis pada petang ini, marilah kita bersama-sama


menadah tangan bermunajat , untuk memohon berkat agar segala urusan
dilimpahi rahmat.
Untuk itu , majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Al fadzil Ustaz
Faizul Azhar untuk memimpin bacaan doa…
Dipersilakan…..

######################## Bacaan doa #############################

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kepada Al fadzil Ustaz Faizul
Azhar atas kesudian memimpin bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita
ini diberkati oleh Allah SWT…isyaallah.

UCAPAN GURU BESAR

Bukan rumput sebarang rumpun,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

3
Seterusnya marilah sama2 kita mendengar amanat dan ucapan yang
disampaikan oleh pimpinan tertinggi di sekolah ini.
Untuk itu , majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En.
Wan Nordin bin Wan Mat , Guru Besar SKFMA untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan.

Majlis mempersilakan….

################ Ucapan GB berlangsung ########################

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Wan Nordin bin Wan
Mat atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung Jentayu,


Di atas papan batang jerami;
Tampilah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Para hadirin sekelian,


Untuk itu , Aturcara majlis pada petang ini kita teruskan dengan menjemput
En. Mohd. Zukhi bin Che Din , YDP PIBG SKFMA untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKFMA bagi tahun
2010 ini.

############### ucapan perasmian berlangsung #########################

4
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohd Zukhi bin Che di
atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis kita pada petang ini.

PERSEMBAHAN NASYID

Para hadirin yang dikasihi sekelian..,

Dan bagi menyerikan lagi pembukaan tirai majlis hari anugerah pada petang ini ,
marilah terlebih dahulu kita berhibur dengan persembahan selingan kumpulan
nasyid murid-murid tahun 6 dibawah pimpinan Ustazah Rosimah bt Mat Isa..kita
akan disajikan dengan persembahan dua buah lagi iaitu Rasullulah dan Pergi Tak
kembali…

Dipersilakan…

…..Demikian lah tadi persembahan nasyid dari murid-murid tahun 6 ..


Berikan tepukan untuk mereka.

PENYAMPAIAN SIJIL-SIJIL

Para hadirin sekelian.,

Kini tibalah saat dan ketika untuk sama-sama kita saksikan majlis
penganugerahan sijil-sijil khas kepada murid-murid yang telah menunjukkan
komitmen dan kecemrlangan mereka dalam bidang-bidang tertentu.
Dan bagi menyempurnakan majlis pencapaian sijil –sijil ini , Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan Pn. Muawanah Bt Bugal, Penolong Kanan HEM untuk
tampil ke pentas bagi menyampaikan sijil-sjil berikut.

5
SIJIL PENGAWAS SEKOLAH
Majlis anugerah penyampaian sijili-sijil khas ini dimulakan dengan
penyerahan sijil pengawas sekolah..
Mendahului senarai penerima Sijil pengawas sekolah tahun 2010 ini

Dipersilakan…

6
SIJIL PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Seterusnya dipersilakan para penerima sijil pengawas pusat sumber sekolah iaitu ;

7
SIJIL PENGAWAS SPBT

Aturcara penyampaian sijil ini diteruskan dengan penganugerahan sijil Pengawas


SPBT..
Dipersilakan….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Muawanah bt Bugal,


Penolong Kanan HEM atas kesudian menyampaikan sijil-sijil itu tadi.

8
SIJIL KOKURIKULUM TAHUN 6

Seterusnya majlis dengan sukacitanya mempersilakan Pn. Jamilah Bt


Othman , penolong kanan 1 untuk menyempurnakan majlis penyampaian sijil-sijil
kokurikulum untuk murid-murid tahun 6…dipersilakan

Mendahului senarai penerima sijil tahun 6..dipersilakan..

9
SIJIL GRADUASI PRA SEKOLAH.

Para hadirin sekelian.


Seterusnya aturcara kita diteruskan lagi dengan mempersilakan murid-
murid Pra sekolah untuk menerima skrol sijil gradusi ..
Dipersilakan…

10
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Jamilah bt Othman atas
kesudian menyampaikan sijil-sijil itu tadi.

Para hadirin sekelian..,


Sebelum kita meneruskan layanan debaran di dada ..apa kata marilah kita
berehat seketika dan renungi bait-bait bahasa serta madah berkelok kata
menerusi sajak ini…
Untuk itu majlis mempersilakan Sahira Syamimi bt Ahmad Zawawi , Johan
Pertandingan sajak Sempenan Bulan bahasa SKFMA untuk mendeklamasi sajak.

Dipersilakan….

PENYAMPAIAN HADIAH MATA PELAJARAN TERBAIK , KEDUDUKAN DALAM


KELAS DAN PEMULIHAN.

Para hadirin sekelian,


Terima kasih atas kesetiaan tuan2 dan puan2 untuk terus mengikut
perkembangan hari anugerah kecemerlangan ini dan diharapka n kesetiaan tuan2
dan puan2 akan terus berkekalan hingga ke penghujung majlis ini .isyaallah

Seperti yang dijanjikan .., kita bersama lagi dalam sepetang hari Anugerah
kecemerlangan SKFMA bagi tahun 2010 ini dengan mengumumkan para penerima
hadiah mata pelajaran terbaik , kedudukan dalam kelas terbaik dan Pemulihan
terbaik .
Dan bagi menyempurnakan penyampaian hadiah2 ini, dipersilakan yang
Berusaha En. Wan Nordin bin Wan Mat , Guru Besar SKFMA untuk tampil ke
pentas utama menyampaikan hadiah2 berikut..

Dipersilakan…,

11
Demikian lah tadi barisan penerima hadiah kecemerlangan mata
pelajaran , kedudukan dalam kelas terbaik dan pemulihan terbaik..

Syabas dan tahniah diucapkan..

Majlis merakamkan setinggi2 ucapan terima kasih atas kesudian Tuan GB


menyampaikan hadiah-hadiah itu tadi.

PERSEMBAHAN POEM ( DURRAH DIYANA MOHD FAUZI)

Para hadirin sekelian..


Kita berehat seketika untuk memberi laluan kepada hiburan selingan..
Untuk itu dipersilakan Durrah Diyana bt Mohd Fauzi untuk
mempersembahkan poem beliau …

Dipersilakan….,

######################### persembahan poem #################

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Durray Diyana atas persembahan itu
tadi…

ANUGERAH JQAF DAN ANUGERAH NILAM

Kita kembali bersama semula dan aturcara seterusnya adalah majlis penyampaian
Anugerah khas iaitu Anugerah JQaf dan Anugerah NILAM..
Untuk itu dipersilakan tuan guru besar untuk menjemput dan mengiringi
En. Mihd Zukhi bin Che Din ke pentas utama untuk menyampaikan anugerah –
anugerah ini..

Dipersilakan..

12
Bagi Anugerah JQaf dipersilakan…,

1.
2.
3.
4.
5.

Bagi Anugerah Nilam pula dipersilakan ..,

1. Nurul Hidayah Natasha bt Zainuddin


2. Nor Azira bt Nasri
3. Sahira Shamimi bt Ahmad Zawawi
4. Durrah Diyana bt Mohd Fauzi

Tahniah dan Syabas diucapkan.

Seterusnya..,
Bagi Anugerah Pencapaian UPSR 2010 terbaik…
Dipersilakan…
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Syabas dan Tahniah kepada mereka.

13
PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH.

Para hadirin sekelian ..,


Walaupun secara zahirnya komposisi sekolah ini kecil dan terpencil
berbanding pencapaian sekolah-sekolah lain, namun ini bukanlah halangan dan
kekangan untuk kita sama-sama menjana kecemerlangan dalam pelbagai
bidang .Setiap tahun kita seharusnya berasa megah kerana pasti ada catatan
kejayaan yang membanggakan. Walaupun jumlahnya agak kecil namun ia tetap
menjadi kebangaan dan catatan lipatan sejarah sekolah ini.

Oleh itu pada petang ini kita akan zahirkan kebanggaan kita ini dengan
mengumumkan para penerima anugerah tokoh-tokoh berikut..

NILAM
Bagi kategori Anugerah Nilam iaitu anugerah pengiktirafan bagi murid yang telah
muncul sebagai pembaca buku terbanyak di pusat sumber sekolah dengan
cacatan 336 buah buku.

Majlis dengan ini menganugerahkan


Zurita bt Abd Rahman sebagai Tokoh Nilam Emas
SKFMA tahun 2010 .

14
TOKOH KOKURIKULUM DAN AKADEMIK

Seterusnya sidang hadirin sekelian,

Kita akan umumkan pula penerima bagi Anugerah Tokoh Kokurikulum dan
Akademik terbaik..

( BACA PROFILYANG DILAMPIRKAN )

Atas kecemerlangan inilah , maka Nurul Hidayah bt Zainuddin dipilih


sebagai Tokoh kokurikulum dan Akademik terbaik SKFMA bagi tahun 2010 ini,

Syabas dan tahniah.

TOKOH MURID TERBAIK 2010

Para hadirin sekelian,


Aturcara hari Anugerah Kecemerlangan SKFMA 2010 pada petang ini
mencapai ke kemuncaknya dengan mengumunkan Anugerah Tokoh Murid terbaik
yang disandang oleh seorang cahayamata kelahiran pasangan kepada Encik Nasri
bin Seman dan Pn. Normala bt. Salleh.
Dilahirkan pada 16 April 1998 di Hospital Besar Tuanku Fauziah Kangar ,
perlis.
Antara komitmen dan pencapaian terbaik adalah

( BACA PROFIL YANG DILAMPIRKAN )

Atas keunggulan dan kewibawaan murid ini , maka SKFMA dengan ini
menobatkan Nor Azira bt Nasri sebagai tokoh Murid SKFMA bagi tahun 2010 ini.

Dipersilakan……….ke pentas untuk menerima anugerah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohd
Zukhi bin Che Din atas kesudian memyempurnakan anugerah-anugerah itu tadi.

15
Para hadirin sekelian..,

Sebagai menzahirkan rasa penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih ,


SKFMA dengan rasa berbesar hati menjemput Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En
Wan Nordin bin Wan Mat ke pentas untuk memyempurnakan penyampaian
cenderahati kepada para penyumbang…

Dipersilakan penyumbang …..

1.
2.
3.
4.
5.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Wan Nordin bin Wan Mat
atas kesudian menyampaikan cenderhati itu tadi.
Sesungguhnya jasa baik dan budi tuan2 dan puan2 diberkati oleh Allah SWT.

PERSEMBAHAN PENTOMIN

Persembahan seterusnya ..marilah sama-sama kita berhibur pula dengan


persembahan pentomen yang dijayakan oleh murid-murid tahun 6 dengan
kareografer nya Pn. Azlina bt Md Jatin..

Dipersilakan…

16
Demikian lah tadi persembahan oleh murid-murid tahun 6 dengan pentomin
drama tari ‘ Aci-Aci bukak pintu’

JAMUAN DAN BERSURAI

Batu Indik Batu Lesung,


Nyiru tergantung berlapikkan kati;
Dua tiga kata terdorong,
Jangan disimpan di dalam hati,

Ambil pisau lalau di asah,


Lajak di asah terhiris jari;
Akhir kata selamat berpisah,
Diiizinkan Allah bertemu lagi.

Para hadirin sekelian,


Dengan berlangsung persembahan pentomen itu tadi , maka aturcara hari
anugerah kecemerlangan tahun 2010 ini akan melabuhkan tirainya..

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih

Sebelum berangkat pulang , saya bagi pihak majlis menjemput tuan2 dan
puan menikmati juadah petang yang kami sediakan..

Setakat ini sahaja untuk kali ini , saya mewakili seluruh kerabat kerja hari
Anugerah kecemerlangan tahun 2010 ini mengucapkan mengucapkan setinggi
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini dengan
sempurnanya..
Sekian sahaja dan andaikata ada salah dan silap seribu kemaafan dipinta.
Semoga bertemu lagi di lain waktu dan ketika
Salam bahagia dan salam hormat dari kami semua..

17
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Isyaallah Boleh kita berjumpa lagi.

Wabt..

KamalSKFMA 2010

18

Anda mungkin juga menyukai