Anda di halaman 1dari 7

S A T U R D A Y , N O V E M B E R 2 2 , 2 0 0 8

Biodata Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

Dipetik dari tulisan Mohamed Yosri Mohamed Yong

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

Perdana Menteri Malaysia Pertama (1957-1970)

Bapa Kemerdekaan

[b]Era [/b]

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja yang telah

menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan keharmonian negara. Allahyaraham YTM

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah, Sultan Kedah yang

ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah

adalah sebuah negeri di bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan

Abdul Hamid Shah. Ibunya bernama Cik Manjalara merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban,

dalam jajahan Siam.

Penglibatan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa kepada

perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau

bersara pada tahun 1970. Pada 6 Disember 1990, seluruh negara dirundung pilu kerana YTM Tunku

Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia meninggal dunia dan dikebumikan

dengan penuh hormat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau.

[b]Asal Usul [/b]

Ibu Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bernama Menjalara, merupakan anak Ketua

Negeri Mataban dalam jajahan Siam. Pendidikan formal Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj bermula ketika berusia 6 tahun di sekolah Melayu dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan

yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Kemudian YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

dihantar belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun. Apabila kekandanya

Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang pada tahun 1915.

Pada tahun 1919, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dikurniakan hadiah

pelajaran negeri Kedah ke England dan menerima Ijazah Sarjan Muda Sastera (Sejarah) dari St.

Catherine's College, Universiti Cambridge pada tahun 1925. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj bolehlah dianggap sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England.

Selepas itu, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meneruskan pula pengajiannya dalam

bidang perundangan di Inner Temple, England. Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh dengan

lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya

menubuhkan 'Persatuan Anak-anak Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan

menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau

juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen

anti-penjajah British. Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan

Melayu Great Britain dan menjadi setiausahanya yang pertama. Bagaimanapun, Apabila Allahyaraham

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj gagal dalam peperiksaan, beliau pulang ke tanah air dan

berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di beberapa tempat di Kedah.

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

memasuki Perhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala

Muda, Padang Terap. Kuala Nerang, Pulau Langkawi dan Kulim. Pada tahun 1938 sekali lagi

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England, kali ini untuk mengikut kursus

undang-undang namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.


Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke tanah air dan bergiat cergas dalam

SABERKAS. SABERKAS adalah singkatan kepada 'Syarikat Berkerjasama Am Saiburi'. Saiburi adalah

nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah 'Sayang Akan Bangsa Redha Korban

Apa Segala'. Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa pemerintahan tentera Jepun.

Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali muncul, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj menyertai Kesatuan Melayu Kedah.

Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam pada tahun 1947, Allahyaraham YTM

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England sekali lagi untuk meyambung pengajian undang-

undangnya setelah tergendala selama 25 tahun. Pada tahun 1949 Allahyaraham YTM Tunku Abdul

Rahman Putra Al-Haj lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam. Sekembalinya ke

tanah air Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertugas sebagai Pendakwaraya di

Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.

Semasa pemerintahan Jepun, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diberi jawatan

sebagai Penyelia Pelajaran negeri Kedah. Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan politik

yang hebat di Tanah Melayu. Pada masa itulah Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

kembali ke England untuk meneruskan pengajian perundangan beliau di Inns of Court dan kembali ke

tanah air dengan segulung ijazah peguam dan harapan untuk mengembangkan dasar demokrasi. Pada

masa itu beliau berumur 45 tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah bt. Syed Alwi

Barakbah Tunku dan dikurniakan tujuh orang cahayamata. Walau bagaimanapun, Allahyaraham YTM

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkahwin sebelumnya dengan seorang gadis bernama

Meriam pada tahun 1933, malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria. Allahyaraham

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah juga berkahwin dengan Violet Coulson pada tahun 1935

tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan.

[b]Peranan Dan Sumbangan [/b]

Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa Allahyaraham.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres

Melayu Se Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada tahun 1949, Allahyaraham

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato'

Onn bin Jaafar meletak jawatan sebagai Persiden UMNO, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra

Al-Haj telah dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.

Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra

Al-Haj telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Sejak itu

Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah negara


memperolehi kebebasan mutlak apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

membacakan pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 yang kini disambut setiap tahun

sebagai Hari Kebangsaan - Hari menyambut kemerdekaan.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikan kenegarawanan beliau apabila Parti

Perikatan dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC. Allahyaraham

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan kemerdekaan akan hanya dicapai melalui

kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India. Kewibawaan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin terserlah apabila hasil rundingan Allahyaraham YTM Tunku

Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31

Ogos 1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Allahyaraham

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang

penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa daurat dengan memberi

tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan

Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.

[b]Keistimewaan [/b]

Pada 13 Januari 1956, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengetuai rombongan

perundingan Merdeka yang disertai oleh 4 orang wakil Raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan di

Lancester House dan pada 8 Februari 1956, beliau menandatangani Perjanjian Merdeka. Pada 31 Ogos

1957, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka di

Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama dan dalam masa yang sama

memegang potfolio Menteri Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

telah bertindak lancar dengan mencipta polisi-polisi baru. Tunku Abdul Rahman memulakan beberapa

projek pembangunan, diantaranya ialah membina Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen,

Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan. Pada tahun 1957, Pertandingan Bola sepak Piala Merdeka di

buka kepada semua negara kecuali Isreal. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah

mengasaskan Kementerian Kebudayaan, Beliau dan Sukan dalam usaha beliau untuk memperkayakan

warisan Malaysia.

Di peringkat antarabangsa, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan

penubuhan Association of Shoutheast Asia (ASA) dan memeterai perjanjian penubuhannya pada tahun

1961 dengan Thailand dan Filipina. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang

yang keras menentang dasar apartied Afrika Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya dari

Komanwel dalam Persidangan Komanwel di London.

Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam,
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan

Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah peminat sukan yang serius, beliau telah

mengembangkan minatnya ke peringkat negara apabila Malaysia menganjurkan kejohanan Pestabola

Merdeka pada setiap tahun yang menyumbang kepada negara ini muncul sebagai gergasi bolasepak

Asia ketika itu.

Pada May 1961, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga bertanggungjawab

menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara

(kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei. Kesemuanya kecuali Brunei menyertai gagasan tersebut

dan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, satu gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah

Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati kemudiannya

telah menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tindakannya adalah didasarkan kepada

anggapannya bahawa Singapura adalah 'barah yang harus dibuang' demi mengelakkan kacau-bilau

politik merebak ke seluruh negara.

Bagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini perlu dilakukan demi keamanan negara

ketika itu. Pada tahun 1969, pergolakan politik telah membawa kepada peristiwa hitam "13 Mei". Pada

masa itu, beberapa pemimpin muda yang berfikiran radikal mendesak Allahyaraham untuk meletak

jawatan. Beliau dikritik kerana kurang melaksanakan dasar pro-Melayu sehingga menyebabkan

berlakunya rusuhan. Walau bagaimanapun Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj enggan

berbuat demikian sehinggalah masalah itu dapat diselesaikan. Ekoran dari insiden itu, Allahyaraham

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyerahkan kuasa eksekutif kepada Tun Razak yang

mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menerima pelawaan Raja Faizal dari

Jeddah untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke

22 pada 23-24 Januari 1971 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan jawatan

Yang DiPertua UMNO dan Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya.

Walaupun telah bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Allahyaraham YTM

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj banyak menabur jasa dan mengharumkan Malaysia di peringkat

antarabangsa. Beliau mendapat anugerah-anugerah akademik dan sukan dari dalam dan luar negara di

samping menerima darjah-darjah kebesaran. Walau setinggi mana pencapaian beliau, Allahyaraham

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tetap seorang yang merendah diri dan sentiasa memikirkan

kebaikan rakyat.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital

Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jasa-jasanya sebagai Bapa

Kemerdekaan akan sentiasa dikenang setiap kali menjelang Hari Kebangsaan,


Posted by Arihat 8:54 PM

4 comments:

~Ms. Iva~ said...

THANX for this post..

April 12, 2009 7:47 AM

rikiko said...

really thx you !!

April 14, 2009 4:52 AM

myra said...

T.kasih atas info yg tlah dipaparkn(",)

July 22, 2009 6:46 PM

@NicK said...

thanks for the info. tke cre n hve a nce day... ('_')

November 8, 2009 12:17 AM


Post a Comment
Newer PostOlder PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Membina modal insan


B L O G A R C H I V E

 ►  2010 (1)

 ►  2009 (10)

 ▼  2008 (7)

o ►  December (1)

o ▼  November (4)

 Koleksi soalan percubaan dari semua negeri


 Biodata Tun Hussein Onn

 Biodata Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra ...

 Koleksi soalan spot dari times

o ►  October (2)

D U I T P E R C U M A D A R I I N T E R N E T

 Usaha sahaja, dapat duit

M E N U J U K E A L A M P E R K A H W I N A N

 Kasih dan cinta sepanjang hayat

F O L L O W E R S

A B O U T M E

Ariff Alias

Work hard and smart

View my complete profile

Anda mungkin juga menyukai