Anda di halaman 1dari 11

Isyarat Sulit

Isyarat Maksud Isyarat


     Ikut jalan ini.
Boleh digaris pada tanah atau
     menggunakan ranting kayu atau batu-
batu kecil yang disusun mengikut
bendera anak panah.
    
Jangan ikut jalan ini.
Arahan ini mungkin menunjukkan ada
     bahaya di hadapan atau jalan mati.
Lima langkah dari sini ada surat
tertanam.
Anak panah menunjukkan arah di
     mana surat itu berada.
Ada air ke arah ini.
Seperti isyarat di atas, ia boleh dilukis
      atau dibentuk dengan menggunakan
batu-batu kecil, tali dan sebagainya.
Sumber air seperti kolam, tasik atau
sungai.
Ikut ranting kayu yang patah.
Dibuat dengan mematahkan ranting
atau anak kayu. Bahagian yang
      dipatahkan itu direbahkan ke arah
yang dimaksudkan.
Ikut arah hujung rumput ini.
Dibuat dengan menyimpul rumput
     atau lalang dengan hujungnya
dihalakan ke arah yang dimaksudkan.
Ikut arah batu kecil ini.
Menggunakan batu yang disusun
berderet, dimulakan dengan batu
    besar dan semakin kecil ke
hujungnya. Hujung batu kecil
menunjukkan arah yang dimaksudkan.
Ada perkhemahan di kawasan ini.
Anak panah diarahkan ke tapak yang
dimaksudkan.
   
Jalan terus.
Bermaksud arah yang diikut mesti
diteruskan. Boleh dibuat dengan
  
meletakkan sebutir batu kecil di atas
batu besar atau melukis rajah yang
serupa dengan kapur.
Ikut kiri
Memberi arahan supaya membelok
atau mengikut jalan ke sebelah kiri.
Boleh dibuat dengan meletakkan
sebutir batu kecil di batu besar dan
menyusun beberapa butir batu kecil
lagi menghala ke kiri.
Ikut kanan
(Seperti arahan Ikut kiri di atas)

Tunggu di sini.
Arahan supaya berhenti dan tunggu
atau berehat di tempat yang
ditandakan. Ia boleh dibuat dengan
ranting atau dilukis.Batu juga boleh
digunakan. Batu besar diletakkan di
bawah sekali dan dua butir atau lebih
batu yang semakin kecil disusun
berlapis di atasnya.

 
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama
lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di
sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri -
Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak,
Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga
atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian
biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja.
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang
bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah
keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah
kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah
sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya
dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan
kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan
kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian
di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah
kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau
yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu
digunakan dalam Lambang Malaysia,

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan
tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning  pada awan-awan itu ialah warna Diraja
bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya


dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat
kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.

Bendera Negeri Johor


                                    
 
 

    Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

Lambang Negeri Johor


 

    Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan
Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau;
sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau
yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu
masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah
perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

Sejarah silam Malaysia yang menarik, sebagai tempat persinggahan dalam laluan perdagangan
rempah ratusan tahun dahulu, telah menjadikannya sebuah pusat gabungan pelbagai budaya. Segala
aspek negara, dari latarbelakang penduduknya, hinggalah kekayaan senibinanya, mencerminkan
penggabungan warisan dan budaya yang pelbagai.

Pelbagai Budaya

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa
generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama
lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah
kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik
peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

Melayu
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus
penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu
beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai
keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke
1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu
terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

Cina
Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi.
Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-
19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.
Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di
utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa
Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.

India
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10
peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil,
yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk
mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan
beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan
pedas dan pakaian sari yang mewah.

KUMPULAN ETNIK PRIBUMI

Orang Asli

Orang Asli adalah terma yang digunakan untuk kumpulan etnik pribumi yang terdapat di
Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagi kepada tiga kumpulan utama: Negrito, Senoi dan Proto-
Melayu. Kumpulan Negrito biasanya tinggal di utara, Senoi di pertengahan dan Proto-Melayu di
selatan. Setiap kumpulan dan kumpulan etnik kecil mempunyai bahasa dan budaya tersendiri. Ada
yang menjadi nelayan, peladang dan ada yang kerap berpindah-randah.
SARAWAK

Secara kolektifnya, kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh dan
Orang Ulu. ‘Dayak’ yang bermakna ‘hulu’ atau ‘pedalaman’, digunakan sebagai istilah umum oleh
penduduk Islam pinggir pantai bagi merujuk kepada lebih 200 kumpulan suku peribumi yang tinggal
di kawasan pedalaman. Lazimnya mereka tinggal di rumah panjang, iaitu rumah komuniti tradisional
yang boleh memuatkan antara 20 hingga 100 buah keluarga.

Iban

Kumpulan etnik terbesar Sarawak, kaum Iban merangkumi 30 peratus populasi negeri ini.
Kadangkala mereka dikategorikan secara salah sebagai etnik Dayak Laut kerana kepakaran mereka
menggunakan bot, bagaimanapun, mereka sebenarnya kaum dari hulu sungai di tengah-tengah
Kalimantan. Dahulu kala, mereka adalah pejuang yang sangat gagah berani dan terkenal dengan
‘ngayau’ atau pemburuan kepala serta aktiviti pelanunan. Secara tradisi, mereka menyembah tiga
Tuhan di bawah kekuasaan Singalang Burung, Tuhan burung peperangan. Walau kebanyakan mereka
kini beragama kristian, mereka masih mengamalkan amalam tradisi.

Bidayuh

Kaum Bidayuh Sarawak terkenal kerana keramahan budaya mereka, selain menjadikan kawasan
pergunungan negeri ini sebagai tempat kediaman. Ada yang merupakan peladang, dan pemburu.
Mereka juga terkenal kerana minuman tuak (arak beras). Dahulu, sewaktu zaman pemburuan kepala,
hasil pemburuan tersebut diletakkan di dalam sebuah ‘baruk’. Baruk adalah sebuah rumah bulat yang
dahulu kala menjadi tempat bagi pemuda Bidayuh mengawal kampung mereka. Ia dibina tinggi, kira-
kira 1. 5 meter dari tanah dan berfungsi memantau pergerakan dari pelbagai arah. Asalnya mereka
mengamalkan ajaran animisme dan kini ramai yang telah memeluk agama Kristian.

Orang Ulu

Dikenali sebagai kaum hulu sungai Sarawak, mereka kira-kira 5.5 peratus populasi Sarawak dan
terdapat lebih 100,000 suku etnik Orang Ulu di sini. Mereka adalah antara kaum pribumi Borneo
yang paling artistic, dengan penggunaan pelaratan yang dihiasi seni tangan manik yang halus, dan
juga kaum wanita yang berpangkat tinggi turut menghiasi tubuh mereka dengan seni lukisan tatu.

SABAH

Kaum etnik terbesar Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.

Kadazan Dusun

Kumpulan etnik terbesar Sabah, Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi negeri itu. Terdiri
daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun mereka digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan
budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara
tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di
pedalaman Sabah.

Bajau

Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk
negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut)
dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi
peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka
menunggang kuda, yang turut dipamerkan setiap tahun di festival Tamu Besar di Kota Belud.

Murut

Kaum etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi 3 peratus populasi penduduk negeri ini.
Secara tradisi, mereka menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara
etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma
dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Seperti kebanyakan
kaum pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.

 
Demokrasi Berparlimen

Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan  demokrasi berparlimen

Sistem Demokrasi Berparlimen

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan


dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara
telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem
Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan,
iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada
sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan
Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri yang terbabit telah
menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara
dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir
oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan
kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang
Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah
diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri
masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi
negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda
adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas
dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula
menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri
Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat Mengangkat Sumpah
mememang jawatan YDA X111 pada 13 Disember 2006
(Sumber: Perpustakaan Foto Jabatan Penerangan Malaysia)

Yang di-Pertuan Agong

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan
iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen
untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan
Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen
bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang
kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan
sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan
bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh
mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika
dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat
pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60
hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan
Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat
daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-

1.Yang Di-Pertuan Agong


2.Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

Sumber: Parlimen Malaysia

Anda mungkin juga menyukai