Anda di halaman 1dari 27

KAUNSELING

INDIVIDU
( Apa dan Bagaimana ???? )
Apa itu
Kaunseling ?????
Definasi
Zuraidah Abd. Rahman (1990),
“ Kaunseling ialah satu proses membina
perhubungan diantara seorang yang berkemahiran
dalam bidang menolong (kaunselor) dengan
seorang lain yang memerlukan pertolongan
(klien). Perhubungan ini berasaskan sifat hormat,
mesra dan jujur membantu supaya klien
memahami diri, menukar perlakuan, meneguhkan
iman dan mengasah keupayaan menyelesaikan
masalah dengan objektif ”.
Shertzer & Stone (1976),
“ Kaunseling ialah satu proses
pembelajaran yang mengajar individu
mengenai diri sendiri, perhubungan dan
perlakuannya dengan individu lain yang
meningkatkan perkembangan diri sendiri
”.
Dustin & George (1973),
“ Kaunseling sebagai satu proses
pembelajaran yang dibina untuk
meningkatkan perlakuan yang diterima
Rumusan pengertian Kaunseling.

Kaunseling adalah proses


pertolongan yang profesional
yang bertujuan membantu
individu memahami dirinya
dan alam sekelilingnya
Perhubungan Kaunseling dan
Personaliti Kaunselor
Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti
kaunselor, iaitu :-
1. Mesra - sifat mesra kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila
klien menunjukkan tanda-tanda berikut iaitu tidak kekok bercakap, relax,
selesa dan ‘rasa’ diterima oleh kaunselor.
2. Jujur - kaunselor tidak berpura-pura dalam perhubungan dengan klien.
Kaunselor bersifat ‘natural’, terbuka, spontan, tidak defensif dan
konsisten. Dan mampu berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan
emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas.
3. Menerima Tanpa Syarat
- ciri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima
diri klien yang sebenarnya.
- perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan
unik walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai.
- mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif
atau serong terhadap kliennya.
4. Berempati
- ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk
memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan
dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami
oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian
daripada proses ini.
MATLAMAT KAUNSELING
1. Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas
dirinya.
2. Memperbaiki imej diri yang negatif.
3. Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan.
4. Mempermudah atau menggerakkan perubahan tingkah
laku.
5. Membantu klien menjadikan lebih produktif.
6. Membimbing klien mencari dan memupuk sumber
dalam.
7. Mempertingkat kemampuan klien membuat
keputusan.
8. Membantu klien mengurus masalah yang ‘belum
selesai’ dalam hidupnya.
PRINSIP KAUNSELING
Antara prinsip utama kaunseling adalah seperti berikut:-
1. Manusia mempunyai harga diri.
2. Manusia itu unik.
3. Manusia yang memiliki personaliti yang bersepadu juga memiliki
personaliti sihat.
4. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.
5. Manusia berkembang melalui proses sosialisasi.
Proses Kaunseling
Kaunseling merupakan suatu proses yang mempunyai ciri-
ciri seperti berikut:
1. Suatu jangka masa untuk membolehkan klien
berubah ie. jangka masa pendek atau panjang.
2. Kaedah atau langkah yang sistematik.
3. Wujud hubungan yang terbuka di antara klien
dan kaunselor.
4. Ilmu tentang manusia dan kejadiannya dalam
memberikan pertolongan atau bimbingan.
Oleh itu proses kaunseling akan bermula apabila ada
persetujuan antara dua individu (klien dan kaunselor) untuk
melibatkan diri mereka di dalam menguruskan sesuatu
persoalan atau masalah.
Langkah-langkah dalam Proses Kaunseling

Menamatkan sesi Menyediakan prasesi

Mengambil
tindakan
Membina hubngan
( melayan, mendengar,
memahami )

Menbincang altenatif

Meneroka, menganalisis
Mengenal pasti masalah
masalah
Langkah-langkah dalam Proses Kaunseling.
Langkah Pertama : Menyediakan Prasesi.
Bagi klien yang datang membuat temujanji,kaunselor perlu bersedia untuk mengetahui serba
sedikit tentang profil klien demi memudahkan kaunselor membentuk hubungan dan
memberikan pertolongan.

Langkah Kedua : Membina Hubungan; Melayan,


Mendengar Dan Memahami.
Kejayaan membina hubungan yang baik dengan individu yang meminta pertolongan adalah
penting dalam memulakan sesi kaunseling. Berikut adalah beberapa panduan bagi
mewujudkan hubungan yang baik di antara kaunselor – klien :
1. Menunjukkan tingkahlaku tanpa lisan yang mesra.
2. Menunjukkan keinginan untuk menolong.
3. Mendengar apa yang diperkatakan.
conti……….
4. Mendengar luahan perasaan yang dinyatakan.
5. Mendengar dan memahami perasaan dan erti yang tidak dinyatakan.
6. Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian.
7. Mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan apa yang ditunjukkan dan dikatakan
oleh perkataan dan tingkah laku klien.
8. Tidak banyak bercakap, tetapi cuba lebih banyak mendengar dan memahami.
Langkah Ketiga : Meneroka Dan Menganalisis Masalah.
Permasalahan yang dibawa perlu diterokai. Ini bertujuan
supaya pihak kaunselor dan klien dapat memahami
permasalahan dengan lebih objektif. Perkara pokok yang perlu
difahami adalah apakah yang menjadi masalah?
1. Pemikirannyakah? – Memahami dunia dengan tidak rasional.
2. Perasaannyakah? – Perasaan yang tidak selaras.
3. Perlakuannyakah? – Mempelajari atau mengamalkan tingkah laku yang tidak
sesuai.
4. Pengalamannyakah? – Pengalaman lama yang pahit yang mengganggu hingga kini.
Langkah Keempat : Mengenal Pasti Punca Masalah.
Klien perlu dibantu supaya dia lihat dimana punca masalah bagi memudahkan proses
intervensi dibuat. Ini kerana masalah selalunya kompleks berkait sehingga tidak dapat
dipastikan yang mana punca utama dan yang mana masalah sampingan.
Masalah mungkin berpunca daripada tiga faktor utama iaitu :-
1. Diri sendiri.
2. Orang lain, tetapi melibatkan dirinya.
3. Takdir.
Perbincangan untuk memastikan klien memilih jalan yang paling sesuai amatlah penting.
Proses perbincangan terdiri daripada :-
1. Mengumpul sebeberapa banyak pilihan daripada klien dan kaunselor.
2. Menimbang satu persatu dari segi buruk baik dan kesesuaiannya.
3. Mengenepikan pilihan yang kurang baik dan tidak sesuai.
4. Beri peluang klien membuat pilihan.

Langkah Kelima : Mengambil Tindakan.


Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan. Dalam proses
kaunseling, tindakan juga perlu dibincangkan supaya kejayaan dan pembelajaran daripada
sesi dapat dirasakan. Tindakan selanjutnya adalah dengan :
1. Menghuraikan alternatif yang dipilih.
2. Membincangkan langkah yang perlu diambil.
3. Menentukan masa langkah akan diambil.
4. Meminta klien menyatakan semula keputusan yang telah dipersetujui.
5. Memberi peluang kepada klien mendapatkan sokongan untuk rujukan
dan pertemuan berikutnya.

Langkah Keenam : Menamatkan Sesi.


Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Ini dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu
permasalahan dapat diuruskan.
Kemahiran Asas Kaunseling
1. Kemahiran Prasesi.
• Perancangan prasesi – menyemak rekod- rekod klien,
menyemak diskripsi tugas klien, tempat dan masa yang
sesuai.
• Keselesaan klien – jangan cakap berbelit-belit, nyatakan
sebab pertemuan dengan jelas, kaedah yang dijalankan harus tidak
mengancam.

2. Kemahiran Membina Hubungan.


• Membina suasana alam sekeliling – bilik yang sesuai,
kerusi/meja yang sesuai.
• Suasana teraputik – suasana yang aman dan tenang tanpa
gangguan.
• Jarak – tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh.
• Penampilan diri – pandangan pertama amat penting
dalam menentukan keberkesanan hubungan yang akan terjalin
seterusnya.
• Ekspresi muka – Ekspresi wajah adalah penglahiran rasa
hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan diri individu.
• Pandangan atau kontak mata –
• Tahap tenaga
• Kedudukan dan Pergerakan tubuh badan – cara duduk
dalam sesi kaunseling, pergerakan tangan dan kaki, senyuman, nada
suara dan suara separa bahasa ( batuk-batuk, ketawa, tersedu,
menjerit, merungut-rungut, berbisik-bisik sendiri, mengeluh
dll).
3. Kemahiran Membalas (Responding) Layanan Lisan.
• Penstrukturan – untuk menyediakan nada dan struktur sesi
perundingan yang bakal dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang
disentuh adalah seperti berikut:-
- Peranan kaunselor – Mendengar, memahami dan membantu
perkara yang dibawa oleh klien untuk dirundingkan.
- Peranan klien – Menceritakan dengan bebas dan memilih tajuk
perundingan (tajuk adalah pilihan klien kecuali klien yang
dirujukkan enggan memilih tajuk perundingan.
- Jangka masa – Lama masa disediakan untuk
perundingan ialah 30 minit atau 45 minit.
- Etika – Peraturan dan perkara-perkara rahsia akan tetap
dirahsiakan oleh kaunselor.
• Dorongan Minima – antara contoh dorongan minima ialah
seperti menganggukkan kepala, menggunakan separa bahasa
contohnya dengan berkata: Mmm! Mmm! , Hmm! Hmm!,
menunjukkan wajah yang tenang dan memberikan senyuman
(jika perlu). Tujuannya adalah :- memberangsangkan klien
untuk terus bercerita, menunjukkan kaunselor mendengar dan
menunjukkan kaunselor faham dan mengikut apa yang sedang
diperkatakan oleh klien.
4. Kemahiran Mendengar – mendengar merupakan kemahiran yang
paling penting dalam proses kaunseling. Didalam konteks
kaunseling terdapat beberapa perkara yang perlu didengar iaiti isi
kandungan yang diperkatakan, perasan yang dilahirkan
melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan
yang dinyatakan.
5. Refleksi – merupakan satu usaha memahami klien dari sudut
pandangan klien itu sendiri. Perkara yang perlu dibuat refleksi adalah;
Isi, perasaan dan pengalaman.
6. Parafrasa – respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati
tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam ayat
yang pendek. Parafrasa juga digunakan untuk membuat refleksi kepada
apa yang dikatakan oleh klien.
6. Kemahiran Menyoal – menyoal adalah satu cara yang perlu
dilaksanakan. Matlamat menyoal adalah untuk: mendapatkan
maklumat dengan tepat, mendapatkan maklumat lanjut dan
mendapatkan kepastian. Didalam sesi kaunseling, terdapat dua bentuk
soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.
7. Kemahiran merumus – amat perlu bagi kaunselor. Ia merangkumi
aspek mengulang dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh klien.
8. Konfrantasi – Ia hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang
baik dan kukuh di antara klien dan kaunselor. Kemahiran konfrantasi
ini di gunakan didalam keadaan seperti berikut:-
i. Apabila terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh
klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya
ii. Apabila terdapat percanggahan di antara apa
yang dikatakan pada satu masa dengan apa yang
dikatakan pada masa yang lain.
iii. Tangkah laku bertentangan dengan apa yang
dikatakan.
iv. Pengalaman kaunselor dengan klien
bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh klien
mengenai dirinya.
v. Menyatakan tentang tingkah laku klien yang
didapati tidak sesuai, sebagai maklumat
tambahan mengenai diri klien.
Penyelesaian Masalah
Terdapat beberapa langkah di dalam
penyelesaian masalah, antaranya
adalah :-
1. Membincangkan alternatif –
alternatif hanya akan
diperbincangankan setelah klien dan
kaunselor memahami masalah yang
dibincangkan dengan jelas.
2. Mengambil tindakan –
Setelah alternatif dipersetujui, barulah tindakan untuk
memenuhi alternatif tersebut dapat dibuat. Tindakan
dapat dibuat dengan membantu klien merancang pelan
tindakan seperti berikut:-
i. Menyediakan matlamat klien.
ii. Menyediakan objektif yang dapat memenuhi
matlamat.
iii. Menyediakan langkah-langkah yang patut dibuat
secara tingkah laku.
iv. Menyatakan waktu mula langkah itu dibuat.
v. Menyatakan jangka waktu tindakan dibuat.
vi. Menyatakan harapan daripada langkah tersebut.
vii. Menyatakan tamatnya langkah itu.
viii. Menilai kejayaan dan kegagalan langkah tersebut.
3. Khidmat susulan –
Bagi kaunselor yang memberikan tugasan, kontrak atau
latihan kepada klien mereka, khidmat susulan adalah
perlu. Khidmat susulan perlu untuk memonitor kemajuan
klien dalam kontek keupayaannya menguruskan
permasalahan yang dibawanya. Khidmat susulan mungkin
berbentuk :-
i. Mendengar kemajuan yang telah dibuat oleh
klien dan memberikan galakkan atau bimbingan baru
untuk meningkatkan progres diri klien.
ii. Mengubah strategi atau bentuk intervensi yang
dibuat oleh klien.
iii. Menilai strategi telah dilaksanakan oleh klien.
iv. Memberikan khidmat lanjutan seperti khidmat
rujukan sekiranya dirasakan perlu.
4. Membuat rujukan –
Salah satu peranan penting yang dilaksanakan oleh
kaunselor dalam mengambil tindakan ialah merujukkan
klien kepada pakar, tempat, atau bahan maklumat yang
diperlukan. Panduan membuat rujukan adalah seperti
berikut:-
i. Kenal pasti keperluan klien dengan jelas.
ii. Beritahu keperluan klien mengikut penilaian
kaunselor.
iii.Beritahu klien yang kaunselor tidak
berkebolehan dalam memberikan khidmat yang
diperlukan.
iv. Dapatkan tempat rujukan yang betul.

Anda mungkin juga menyukai