Anda di halaman 1dari 19

AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(1)

BAB 3 : MOTOR ARUS ULANG-ALIK 3 FASA (3 PHASE MOTOR)

Pengenalan

Motor 3 fasa merupakan motor yang paling banyak digunakan di industri.


Ini disebabkan binaannya ringkas dan tahan lasak. Terdapat tiga jenis motor tiga
fasa yang utama iaitu motor aruhan, motor aruhan pemutar berlilit dan motor
segerak. Perbezaan yang ketara di antara motor-motor ini ialah pada bahagian
pemutar dan cara ia berkendali.

Motor tiga fasa mempunyai ukuran yang lebih kecil pada kuasa yang
sama dengan motor-motor lain. Harga dan kecekapannya juga sama dengan
motor-motor lain dan ini menjadi faktor utama mengapa motor-motor tiga fasa
paling banyak digunakan.

1. Prinsip Kendalian Motor Aruhan

Belitan medan atau belitan pemegun bagi kesemua motor tiga fasa
hampir sama, tambahan mungkin dibuat pada bilangan kutub, litar dwivoltan dan
susunan kepelbagaian kelajuan. Belitan medan ini pada amnya sama seperti tiga
belitan fasa tunggal di pemegun yang dipisahkan di antara satu dengan lain
sebanyak 120º elektrik.

Apabila bekalan tiga fasa diberikan, medan magnet berputar akan terhasil
di pemegun, penghasilan medan magnet ini disebabkan oleh turun naiknya arus
dibelitan mengikut gelombang frekuensi bekalan. Medan magnet yang berputar
ini akan memotong pengalir-pengalir di pemutar. Voltan akan terhasil di pemutar
sama seperti janakuasa a.t. apabila medan memotong pengalir (Hukum Faraday
elektromagnet). Voltan ini dihasilkan juga oleh prinsip-prinsip pengubah di mana
belitan pemegun menjadi belitan utama pengubah dan pengalir di pemutar

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(2)

menjadi beltan sekunder pengubah. Oleh kerana medan di pemegun


mengembang dan menguncup, ia seolah-olah memotong pengalir-pengalir di
pemutar dan d.g.e. balik akan terhasil. Prinsip penghaasilan ini menyebabkan
voltan dikenali sebagai ’d.g.e. pengubah’.

Rajah 4-4: Belitan Stator 3-


ph
Dengan litar lengkap pengalir di pemutar (litar pintas), arus akan mengalir.
Arus ini cukup kuat kerana litar selari (berlitar pintas) boleh menghasil medan
magnet yang kuat. Kutub magnet pemutar ini akan ditarik oleh kutub magnet
berputar (kutub yang berlainan menarik) dan seterusnya pemutar akan berputar
mengikut arah putaran medan magnet.

Dari sini dapatlah difahami bahawa motor-motor aruhan mempunyai


kebolehan menghidupkan motor sendiri dengan tambahan bantuan luar. Ini
menjadikan motor aruhan mudah dikendalikan.

Motor aruhan sangkar tupai lebih banyak digunakan kerana:

i. Ia tahan lasak
ii. Ia tidak perlu alat tambahan untuk menghidupkan motor.
iii. Ia tidak ada belitan di pemutar, jadi ianya ringkas.
iv. Ia murah
v. Ia tidak memerlukan penyelenggaraan lebih
vi. Saiznya lebih kecil pada kuasa yanng sama dengan motor pemutar berlilit
jika dua sangkar tupai digunakan.
vii. Pengaturan kelajuannya yang baik mengikut perubahan beban.

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(3)

2. Jenis-jenis Motor Aruhan 3 Fasa

Motor 3 fasa boleh dibahagikan ke dalam dua kumpulan yang umum,


iaitu, motor aruhan sangkar tupai dan motor aruhan pemutar berllilit.

Kedua-dua motor in mempunyai pemegun yang serupa tetapi berbeza


pada bahagian pemutar. Satu mempunyai pemutar sangkar tupai dan satu lagi
mempunyai pemutar berlilit. Motor aruhan pemutar berlilit dikenali sebagai motor
gelang gelincir kerana sambungan belitan ke pemutar dibuat melalui 3 gelang
gelincir.

Prinsip kendalian kedua-dua motor ini sama di mana arus kearuhan saling
yang terhasil di pemutar akan menghasilkan medannya sendiri. Fluks di pemutar
ini akan berputar bersama pemutar mengikut arah medan magnet yang berputar
di pemegun. Tujuan pemutar dibelitkan ialah untuk mengawal kelajuan motor di
mana arus aruhan yang terhasil di pemutar dapat dikawal dengan menggunakan
perintang. Oleh kerana itu motor ini mempunyai satu kelebihan berbanding
dengan motor aruhan sangkar tupai.

3.3 Bahagian-bahagian Utama Motor Aruhan Dan Fungsinya

Hampir kesemua motor 3 fasa tidak terkecuali daripada mempunyai tiga


bahagian berikut. Ini termasuklah motor aruhan. Perbezaan yang wujud di antara
motor-motor ini ialah dari segi binaan pemutar dan bilangan kutub untuk pelbagai
kelajuan motor atau voltan. Tiga bahagian itu ialah pemegun, pemutar dan
perisai hujung.

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(4)

Pemegun
Pemegun atau ’utama’ ialah bahagian yang pegun dalam motor. Pemegun
motor-motor aruhan pada prinsipnya sama dengan pemegun pengulang-alik. Ia
diperbuat daripada lapisan keluli dan mempunyai lurah-lurah alur (lubang alur)
hampir mengelilingi keseluruhan belitan pemegun. Pemegun ini disokong oleh
rangka motor yang diperbuat daripada besi tuang atau plat keluli.

Terdapat 3 belitan satu fasa di pemegun. Ia diletakkan pada sudut 60º


mekanik atau 120º elektrik dan disambung sama ada secara bintang atau delta.
Di kotak pangkalan kotor ini terdapat enam pangkalan untuk maksud sambungan
luar sama ada secara delta atau bintang. Setiap dua pangkalan mewakili satu
belitan.

Tugas utama pemegun ialah sebagai teras untuk menghasilkan medan


magnet di pemegun di samping sebagai pelengkap litar magnet.

(b) Pemutar
Pemutar atau ’sekunder’ ialah bahagian yang berputar. Ia berbentuk
silinder dan berpenebukan keluli atau lapisan-lapisan besi bertebat. Bagi motor
jenis pemutar berlilit, terdapat 3 set belitan gegelung pada lubang alur pemutar
yang diakhiri dengan tiga gelang gelincir. Belitan ini disambungkan secara
bintang. Motor pemutar sangkar tupai pula mempunyai batang-batang kuprum
atau aluminium dipasang selari denga aci berhampiran dengan permukaan
pemutar. Kedua-dua hujung kesemua batang-batang itu akan dikimpal atau
dipateri keras secara gelang agar berlitar pintas. Batang-batang pengalir ini tidak
ditebat (bersentuh dengan teras).

Kadangkala terdapat juga batang-batang pengalir tidak dipasang selari


dengan aci tetapi melintang dengan sudut beberapa darjah. Ini bertujuan untuk
mendapat daya kilas yang lebih sekata dan mengurangkan bunyi dengung
magnet semasa motor bekerja.

Tugas pemutar ini ialah untuk memutar aci (motor). Bagi membolehkan ia
berputar ia perlulah menjadi magnet dan seterusnya magnet ini dapat berputar
mengikut putaran medan magnet di pemegun. Oleh kerana itu secara tidak
langsung tugas pemutar ini ialah sebagai penghasil medan magnet yang akan
bertindak balas dengan medan berputar.

Aci yang disambungkan ke pemutar akan dipasanng ke beban. Ini beerti


pemutar menjadi perantaraan yang membolehkan aci dan beban dipasang.

(c) Perisai hujung

Perisai ini digunakan untuk memegang galas yang menyokong aci


pemutar. Di samping itu perisai ini juga melindungi bahagian-bahagian dalaman
motor daripada disentuh atau kerosakan mekanik. Terdapat berbagai-bagai

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(5)

bentuk perisai di kiri dan kanan kuk motor. Bentuk-bentuk ini disesuaikan dengan
jenis motor, misalnya jenis tutupan rapi, tutupan separuh terbuka, tutupan kalis
air, tahan letupan, tahan panas dan sebagainya.

Perisai ini diperbuat daripada berbagai-bagai bahan mengikut sesuatu


jenis motor, Umumnya ia diperbuat daripada bahan yang sama dengan kuk
motor dan akan dicagakkan ke kuk dengan pegas.

Petunjuk:
belitan pemegun
lubang alur pemegun
pemesong udara dan penutup habuk
4 & 12. perisai hujung
5. galas bebola
6. penutup pangkalan
7. kotak pangkalan
8. pemutar aluminium tuang
9. galas bebola
10. plat nama
11. pemegang galas bebola

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(6)

3.4 Medan Magnet Berputar

Kendalian motor aruhan bergantung sepenuhnya kepada medan magnet


berputar. Medan magnet berputar dapat menentukan arah putaran pemutar,
kelajuan putaran dan memberikan keseimbangan medan semasa motor
berbeban atau tidak.

Kelajuan medan magnet (NS) ini berputar ditentukan oleh frekuensi dan
bilang kutub atau dirumuskan dalam formula

Ns = 120 x f
P

Di mana
NS = kelajuan segerak
F = frekuensi
P = bilangn kutub

Ini bererti semakin besar frekuensi, semakin tinggi kelajuannya dan


semakin banyak kutubnya, semakin rendah kelajuan putarannya. Sebagai
contoh, perhatikan jadual berikut:

Frekuensi 25 Hz Frekuensi 50 Hz

Bilangan Kelajuan Bilangan Kelajuan


kutub (P) segerak (NS) kutub (P) segerak (NS)

2 1500 p.s.m. 2 3000 p.s.m.


4 750 p.s.m. 4 1500 p.s.m.
6 500 p.s.m. 6 1000 p.s.m.
8 375 p.s.m. 8 750 p.s.m.

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(7)

3.5 Istilah-istilah Berkaitan

Istilah-istilah berikut seringkali digunakan sewaktu menerangkan motor-


motor tiga fasa. Antaranya ialah:

(a) Kelajuan segerak

Kelajuan segerak adalah kelajuan medan magnet yang berputar di


pemegun. Kelajuan ini boleh berubah secara kadar terus dengan frekuensi dan
berkadar songsang dengan bilang kutub atau boleh diringkaskan dalam formula
berikut;

NS = 120 f
P
Di mana
NS = kelajuan segerak
P = bilangan kutub
F = frekuensi

(b) Kelajuan pemutar


Kelajuan pemutar ialah kelajuan putaran pemutar bagi motor-motor
aruhan. Kelajuan ini biasanya berkurangan 3 hingga 4 peratus kelajuan segerak.
Bagi meningkatkan kelajuan pemutar, kelajuan segerak perlulah dinaikkan.
Simbol kelajuan ini ialah ’Nr’. Kelajuan pemutar biasanya dinyatakan dalam
pusingan seminit ( p.s.m).

(c) Gelinciran
Perbezaan kelajuan di antara kelajuan segerak dengan kelajuan pemutar
dipanggil sebagai gelinciran. Gelinciran tetap wujud dalam motor aruhan bagi
membolehkan medan magnet berputar memotong pengalir di pemutar dan
seterusnya mengaruhkan arus di pemutar. Gelinciran bagi motor-motor aruhan
biasanya dalam lingkungan 3 hingga 4 peratus daripada kelajuan segerak.
Gelinciran ini disimbolkan dengan huruf ’S’.

Biasanya nilai gelinciran sesuatu motor akan diberikan dalam peratusan


kelajuan atau secara mudah ditulis sebagai :

Peratus gelinciran = kelajuan segerak (NS) - kelajuan pemutar (Nr)


Kelajuan segerak (NS)

(d) Kelajuan motor


Kelajuan motor yang sebenarnya ialah kelajuan pemutar sewaktu
membawa beban penuh.Gelinciran akan menurun dengan pengurangan beban,
tetapi kelajuan motor akan bertambah dengan pengurangan beban. Perbezaan
kelajuan semasa tidak berbeban dengan beban penuh bagi motor-motor aruhan

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(8)

amat kecil dan ia dikelaskan sebagai motor yang mempunyai kelajuan malar.
Kelajuan ini biasanya dicatatkan pada plat nama sesuatu motor.

(e) Daya kilas permulaan dan larian


Daya kilas ialah kebolehan motr untuk berputar. Biasanya ia dinyatakan
dalam unit Newton-meter (Nm). Penghasilan daya kilas yang kuat atau lemah
bergantung kepada cara bagaimana ia diwujudkan. Bagi motor aruhan a.u.,
penghasilannya ialah secara penarikan diantara medan magnet yang berputar
dengan medan magnet di pemutar yang diperolehi secara kearuhan saling.
Terdapat 3 jenis daya kilas yang perlu diambil perhatian bagi
menggerakkan sesebuah mesin. Daya kilas itu ialah:
(i) Daya kilas peremulaan
(ii) Daya kilas pemecutan
(iii) Daya kilas larian.

Daya kilas permulaan ialah daya kilas yang diperlukan bagi mengatasi
geseran statik dan pemula mesin yang akan dipusingkan dan seterusnya
memulakan pergerakan daripada kedudukan pegun. Biasanya daya kilas ini
dinyatakan dalam peratusan daya kilas beban penuh.

Daya kilas pemecutan diperlukan bagi membolehkan mesin itu diputarkan


terus sehingga mencapai kelajuan penuh. Nilai daya kilas ini dapat ditentukan
daripada graf daya kilas/kelajuan terhadap beban motor itu.

Daya kilas larian pula ialah daya kilas sewaktu kelajuan penuh diperolehi,
iaitu ketika daya kilas motor sama dengan daya kilas/beban (graf daya
kilas/kelajuan bersilang).

3.6 Motor Segerak

Motor segerak sebenarnya adalah pengulang-alik tetapi ia dijalankan


sebagai motor. Nama motor ini diperolehi daripada kelajuan segerak yang
dimiliki oleh motor ini ( NS = Nr). Oleh kerana itu ia tidak ada gelinciran. Kelajuan
motor berubah mengikut frekuensi dan bilangan kutub atau diringkaskan dalam
formula berikut :

NS = Nr = 120f
P
Di mana
NS = kelajuan segerak
Nr = kelajuan pemutar
F = frekuensi
P = bilangan kutub

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(9)

Motor ini mempunyai kelajuan yang malar. Motor segerak tidak boleh
bergerak sendiri, ia memerlukan bantuan penggerak samada di luar atau di
dalam motor sebelum berputar.

(a) Prinsip kendalian asas motor segerak


Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan kepada pemegun motor segerak,
medan magnet berputar akan terhasil di pemegun pada kelajuan NS = 120f

P
pusingan seminit. Putaran medan magnet ini tidak berguna untuk menghasilkan
arus aruhan di pemutar kerana pemutar akan digerakkan oleh satu penggerak
luar pada arah putaran medan magnet di pemegun. Kelajuan putaran pemutar itu
(Nr) mestilah hampir sama dengan kelajuan segerak (NS). Setelah kelajuan
pemutar dan kelajuan medan magnet hampir sama, bekalan a.t. akan diberikan
ke pemutar melalui gelang gelincir. Fluks yang dihasilkan oleh belitan di pemutar
akan bertindak balas dengan medan magnet yang berputar. Seterusnya pemutar
akan berputar selaju putaran segerak (medan magnet berputar) iaitu, Nr = NS..
Walaupun penggerak pemutar ditanggalkan, ini disebabkan oleh tindakan saling
kunci di antara medan magnet berputar dengan medan magnet di pemutar. Daya
yang mengunci pemutar dengan pemegun diistilahkan sebagai daya kilas tarik
ke dalam (perapat).
Bagi motor auto segerak, pemutarnya mempunyai batang pengalir
sangkar tupai dan motor segerak ini akan dijalankan mengikut prinsip kendalian
motor sangkar tupai sebelum bekalan a.t. diberikan ke pemutar apabila kelajuan
pemutar hampir menyamai kelajuan segerak. Tetapi cara ini terbatas kepada
motor-motor segerak berukuran sederhana sahaja.

(b) Bahagian-bahagian dan fungsi motor segerak


Binaan motor segerak sama dengan pengulang-alik jenis medan berkisar
arus pegun di mana dua bahagian utama yang perlu ada ialah pemegun dan
pemutar.
(i) Pemegun
Pemegun motor segerak boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut
fungsi, iaitu sebagai teras magnet dan litar medan magnet dan sebagai tempat
belitan pemegun sama seperti motor aruhan tiga fasa. Teras pemegun ini
diperbuat daripada lapisan besi-besi nipis yang telah ditebat bagi mengurangkan
kehilangan arus pusar saling dari lubang alur untuk mengisi belitan pemegun.
Pemegun juga mempunyai lubang-lubang untuk pengalih udaraan yang berada
pada kedudukan melintang lubang alur. Tujuannya ialah untuk menyejukkan
teras akibat kehilangan besi.

(ii) Pemutar
Bagi motor segerak yang kecil, pemutarnya diperbuat daripada magnet
kekal dan motor ini tidak memerlukan tambahan pemula di luar. Ia akan terus
berputar apabila bekalan diberikan. Lazimnya pemutar motor segerak ini terdiri
daripada 3 bentuk iaitu kutub tertonjol, kutub turbin dan jenis aruhan segerak.

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(10)

Pada bahagian pemutar ini ditempatkan dua gelang gelincir dan berus
karbon bagi sambungan belitan pemutar ke bekalan a.t. untuk mendapatkan arus
ujaan di pemutar. Bagi pemutar yang mempunyai sangkar tupai, sangkar tupai
itu biasanya dipasangkan berhampiran dengan permukaan pemutar dan ia
diperbuat daripada kuprum.

(c) Cara menghidupkan motor segerak


Seperti yang kita sedia maklum motor segerak tidak boleh hidup sendiri
apabila bekalan 3 fasa diberikan. Ia memerlukan pemutaran pemutar sebelum
pemutar itu boleh diujakan dengan bekalan arus terus dan seterusnya bergerak
pada kelajuan segerak.
Terdapat berbagai-bagai cara bagaimana pemutar ini digerakkan. Di
antaranya ialah menggunakan motor proni, pemutar sangkar tupai dan perintang
pemutar.

(i) Motor Proni


Motor proni ialah sebarang motor yang dipasangkan secara terus atau
berperantaraan tali sawat ke pemutar motor sangkar tupai. Motor ini mestilah
mempunyai kelajuan lebih atau kurang sedikit daripada kelajuan motor segerak.
Jika motor aruhan 3 fasa, bilangan kutubnya mestilah kurang daripada bilangan
kutub motor segerak itu.
Setelah kelajuan pemutar motor sangkar tupai mencapai kelajuan
segerak, bekalan akan diujakan oleh pemutar bagi mendapatkan medan magnet
pemutar yang akan menangkap medan magnet berputar di pemegun dan
seterusnya membolehkan ia berputar pada kelajuan segerak. Ketika di mana
kelajuan pemutar dan kelajuan segerak adalah sama dapat diketahui dengan
melihat lampu penunjuk yang dipasang sesiri dengan bekalan ke pemegun motor
itu (lampu akan padam). Motor proni akan ditanggalkan dari pemutar itu atau
diputuskan bekalannya dan motor segerak akan terus berputar dengan kelajuan
segerak.

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(11)

(ii) Pemutar sangkar tupai


Apabila bekalan diberikan ke pemegun motor ini, ia akan berputar sama
seperti prinsip motor aruhan dan apabila kelajuan pemutar telah hampir
mencapai kelajuan segerak, bekalan a.t. akan diujakan ke pemutar dan motor
akan terus berputar dengan kelajuan segerak. Semasa mula-mula dihidupkan
belitan pemutar dilitar pintaskan bagi menambah daya kekuatan medan magnet
di pemutar untuk berputar di samping mengurangkan arus pemulaan.

(iii) Perintang pemutar


Perintang pemutar akan dipasangkan ke pemutar motor segerak dan
motor segerak ini akan berputar mengikut prinsip-prinsip motor pemutar berlilit.
Apabila kelajuannya mencapai kelajuan segerak, bekalan a.t. akan diujakan ke
pemutar itu dan rintangan pemutar dihapuskan. Kerja memutuskan litar perintang
pemutar dan menyambungkan pemutar ke bekalan a.t. akan dilakukan oleh
penyentuh-penyentuh magnet atau suis-suis kendalian tangan. Penghidupan
motor aruhan ini dikenali sebagai motor pemula pengalih teratur.

(d) Membaiki fakor kuasa


Faktor kuasa motor ini boleh diubah samada ditambah atau dikurangkan
dengan mengubah arus ujaan di pemutar. Sungguh pun begitu kelajuan motor
tidak akan berubah dengan perubahan faktor kuasa ini jika kesemua perintang
reostat dipasangkan ke litar pemutar. Arus akan berkurangan daripada arus
biasa dan faktor kuasa akan ketinggalan dengan banyaknya. Arus pemagnetan
di pemegun akan membantu medan pemutar yang lemah. Arus ini akan
ketinggalan di belakang voltan sebanyak 90º dan ia menjadi sebahagian besar
jumlah arus yang masuk dan seterusnya menghasilkan faktor kuasa mengekor.
Sekiranya arus di pemutar bertambah dengan mengurangkan rintangan
reostat, arus pemagnetan menjadi sebahagian kecil daripada jumlah arus yang
masuk ke pemegun dan arus di medan pemutar adalah besar. Faktor kuasa
akan bertambah jika kekuatan medan magnet di pemutar betul pelarasannya.
Faktor kuasa keunitian atau satu (100%) boleh diperolehi. Nilai di mana arus
ujaan di pemutar memberikan faktor kuasa keunitian dipanggil sebagai ’ujaan
medan biasa’.

(e) Penggunaan motor segerak


Oleh kerana motor segerak tidak boleh dihidupkan dengan sendirinya ia
hanya digunakan di tempat perusahaan sahaja. Penggunaan yang paling utama
ialah sebagai alat untuk membaiki faktor kuasa di samping kerja-kerja lain
seperti:

(i) menjalankan mesin bancuhan bahan mentah kerana kelajuannya adalah


malar samada berbeban atau berbeban penuh seperti pengisar dan penggaul
simen.
(ii) menjalankan beban yang berterusan, misalnya pemampat empar
(iii) set motor-janakuasa
(iv) kipas pengalih udaraan utama

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(12)

(v) pam
(vi) pemutar pemampat salingan
(vii) pemutar pendorong-kapal elektrik.

3.7 Penghidup Motor Aruhan

Penghidup digunakan untuk membolehkan motor bekerja dengan selamat


semasa mula-mula dihidupkan hinggalah ia diberhentikan semula.

Sebuah penghidup biasanya akan dilengkapai dengan alat-alat kawalan


seperti berikut untuk :

(i) menghidupkan motor


(ii) mengawal kelajuan
(iii) menterbalikkan arah putaran motor
(iv) menghentikan motor
(v) memberhentikan motor apabila berlaku beban lebih, kepanasan dang
sebagainya.
(vi) pemencilan/pengasingan litar motor

Sungguh pen begitu bukan semua penghidup memerlukan alat-alat


tersebut.

(a) Penghidup voltan penuh dan voltan terturun


Apabila sesebuah motor dihidupkan secara membekal voltan penuh terus
ke motor, pemula itu dipanggil sebagai pemula terus pada talian (direct online)

Bukan semua motor boleh dihidupkan secara begini. Biasanya motor yang
menggunakan pemula jenis ini terbatas sehingga kepada had 3 k.k. Oleh itu arus
pemulaan yang tinggi terus disuapkan ke motor, motor-motor besar yang
menggunakan kaedah ini berkemungkinan akan terbakar kerana menerima arus
pemulaan yang besar. Bagi mengatasi masalah ini voltan bekalan perlulah
diturunkan. Terdapat beberapa cara motor dihidupkan secara voltan terturun.
Diantaranya ialah dengan menggunakan :

(i) perintang sesiri dengan bekalan


(ii) pengubahan sambungan beban ( Y - ∆)
(iii) autopengubah

(b) Pemula voltan penuh


Pemula voltan penuh bererti tidak ada sebarang pengurangan voltan
dilakukan atas voltan bekalan motor. Ia akan disambungkan secara terus ke
bekalan melalui suis kendalian tangan atau penyentuh magnet. Pemula cara ini
paling mudah dan murah digunakan. Sebaik sahaja bekalan diberikan ke motor,
motor akan terus berputar. Pada masa motor mula bergerak, arus pemulaan

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(13)

amat tinggi iaitu kira-kira 6 hingga 9 kali ganda arus beban penuh. Arus ini akan
berkurang apabila motor telah berputar.
Motor yang biasa menggunakan pemula ini ialah motor aruhan sangkar
tupai dan motor perintang pemutar. Motor perintang pemutar dihidupkan
bersama-sama dengan pemula perintang pemutar walaupun terdapat rintangan
di pemutar. Arus pemulaan di pemegun masih tidak dapat dikawal, yang dikawal
hanyalah arus di pemutar bagi mendapatkan satu daya kilas pemulaan yang
baik.

Rajah di bawah menunjukkan bagaimana pemula terus pada talian dilakukan


dengan menggunakan pengawal gelendong dan suis penyentuh magnet.

(c) Pemula voltan terturun


Di antara penghidup voltan terturun yang lazimnya digunakan ialah ;
(i) pemula perintang utama
(ii) pemula bintang delta
(iii) pemula autopengubah

Pemula-pemula ini digunakan untuk motor-motor yang berukuran besar,


biasanya untuk motor tiga fasa. Perintang, autopengubah dan pertukaran
sambungan litar belitan pemegun daripada bintang kepada delta akan
menyebabkan voltan bekalan berkurangan pada kadar 60% hingga 75%,
seterusnya arus pemulaan akan berkurangan. Motor boleh dihidupkan dengan
selamat tanpa arus pemulaan yang tinggi. Setelah motor mencapai kelajuan 75%
beban penuh, voltan penuh motor ini akan diberikan di mana perintang atau
autopengubah akan diputuskan dari litar atau sambungan belitan pemegun akan
bertukar menjadi sambungan delta

(d) Pemula bintang-delta


Apabila motor ini mula-mula dihidupkan, belitannya disambungkan secara
sambungan bintang yang kemudian akan ditukar kepada sambungan delta.
Perubahan sambungan ini boleh dilakukan dengan menggunakan suis tangan
(pengawal gelendong) atau penyentuh magnet.

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(14)

Rajah di bawah menunjukkan bagaimana pemula bintang delta


dikendalikan secara suis pengawal gelendong iaitu:

1. Apabila bekalan diberikan dan suis pengawal gelendong berada di


tengah-tengah motor itu, beban disambungkan ke bekalan.
2. Apabila suis ditolakkan keatas, belitan motor itu dengan sendirinya
disambung secara bintang. Pangkalan belitan 5, 3 dan 1 disambungkan
ke bekalan dan pangkalan belitan 6, 4 dan 2 disambungkan bersama
( poin bintang)
3. Setelah motor ber[putar 75% daripada kelajuan beban penuh, suis
pengawal gelendong akan ditolak ke bawah. Ini bererti belitan motor itu
akan disambungkan secara delta dan motor terus dihidupkan dalam
sambungan ini.
4. Bagi melengkapkan penghidup, ia perlu dipasang dengan pelindung
beban lebih dan gegelung pemegang yang akan melepaskan tangkai suis
itu apabila berlaku beban lebih di samping punatekan henti.

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(15)

(e) Penghidup perintang pemutar


Penghidup ini dikhususkan untuk motor aruhan pemutar berlilit di mana ia
boleh dihidupkan pada beban penuh dengan pelarasan rintangan yang sesuai.
Setelah motor berputar, rintangan ini akan dikurangkan sedikit demi sedikit
sehingga tidak ada rintangan langsung dan pemutar dilitar pintaskan iaitu ketika
motor mencapai kelajuan penuh. Penurunan rintangan pemutar akan menambah
daya kilas motor.

(f) Pemula autopengubah


Pemula ini digunakan apabila pemula bintang delta tidak sesuai
digunakan disebabkan voltan pemulaan tidak cukup tinggi atau motor itu hanya
mempunyai 3 pangkalan keluar. Autopengubah yang digunakan akan
disambungkan secara bintang dengan enam pangkalan keluar iaitu tiga untuk
bekalan masuk dan tiga untuk voltan terturun dikehendaki yang biasanya ialah
40%, 60% atau 75% voltan bekalan. Dengan penurunan ini, arus pemulaan dan
daya kilas pemulaan berkurangan sebanyak 16%, 36% atau 65% daripada
pemula secara terus pada talian.

Perbezaan voltan terturun diadakan bagi penyesuaian dengan beban


yang dibawa oleh motor itu. Sungguhpun begitu, kaedah pemula ini tidak sesuai
digunakan untuk memulakan motor pada beban yang berat. Pertukaran daripada
voltan terturun (mula) kepada voltan penuh (larian) boleh dilakukan dengan
menggunakan suis atau penyentuh magnet. Kedua-dua kaedah ini dikenali
sebagai sistem kornderfer (Autopengubah sebelah kiri ).

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(16)

(g) Pemula perintang utama


Pemula ini sesuai untuk motor sangkar tupai ketika tidak berbeban atau
membawa beban ringan. Kaedah voltan terturun yang digunakannya hampir
menyamai autopengubah. Bezanya autopengubah diganti dengan perintang
tetap yang disambung sesiri dengan belitan motor. Apabila motor telah berjalan
75% beban penuh, perintang itu akan dilitar pintaskan dan motor menerima
voltan penuh. Pemula cara ini lancar daripada pemula lain kerana litar motor
tidak terjejas oleh perubahan litar pemula samada ia bertukar atau terbuka
sambungan.

Daya kilas pemulaan motor ini berkadar 25% hingga 65% daripada daya
kilas pemulaan secara terus. Perubahan ini bergantung kepada jenis perintang
yang digunakan.

(h) Pemilihan pemula


Sebelum sesuatu pemula dipilih, beberapa perkara perlulah dikenal pasti
agar pilihan itu benar-benar tepat mengikut apa yang dikehendaki. Yang paling
utama biarlah pemilihan pemula itu selamat digunakan, murah dan tahan lama.
Faktor-faktor yang menjadi penentuan pemilihan ini ialah :-
(a) kadaran kuasa kuda motor
(b) jenis motor
(c) jenis daya kilas pemulaan yang dikehendaki
(d) kawalan kelajuan
(e) penukaran arah putaran

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(17)

Sebagai rumusan, perhatikan jadual di bawah untuk kemudahan membuat


pillihan.

Jenis motor Jenis pemula Daya kilas Beban


pemulaan

Aruhan sangkar tupai Perintang utama 25%-65% Tanpa beban dan beban
ringan
Aruhan sangkar tupai 3 Autopengubah 16%, 36%, 65% Beban ringan dan berat
pangkalan

Aruhan sangkar tupai (6 Bintang-delta 33% Beban ringan


pangkalan) .

Aruhan sangkar tupai Terus pada talian Amat rendah Beban ringan

Aruahan belitan pemutar Perintang pemutar maksimum Beban penuh

3.8 Perlindungan Dalam Penghidup Motor

Terdapat dua jenis perlindungan yang terdapat dalam penghidup motor,


iaitu perlindungan tanpa voltan dan perlindungan beban lebih.

(a) Perlindungan tanpa voltan


Kadangkala voltan bekalan akan turun atau putus seketika dan ini
menyebabkan kelajuan motor berkurang atau berhenti. Apabila voltan pulih
semula, motor akan menerima arus tinggi mendadak, yang boleh menyebabkan
kebakaran atau mencederakan pengguna apabila motor berputar dengan tiba-
tiba.
Perlindungan voltan rendah ini dapat dilakukan dengan menggunakan
gegelung yang dipasang selari dengan bekalan apabila ia menerima voltan
kurang daripada hadnya. Ia akan melepaskan kesemua penyentuh-
penyentuhnya termasuklah penyentuh yang menyambungkan motor ke bekalan.
Motor akan berhenti dan tidak akan hidup kecuali jika pemula itu dihidupkan
semula.

(b) Perlindungan beban lebih


Penambahn beban motor melebihi hadnya sering terjadi samada
disengajakan atau tidak. Tambahan beban ini menyebabkab arus yang masuk ke
motor bertambah bagi menambah daya kilas untuk terus memutarkan motor.
Jika keadaan ini dibiarkan, berkemungkinan belitan-belitan motor akan terbakar
kerana menerima arus yang melebihi kemampuannya. Bagi mengatasi masalah
ini, pelindung beban lebih dipasang pada setiap fasa. Peranti ini akan bekerja

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(18)

apabila berlaku beban lebih dan seterusnya membukakan suis pelindung beban
lebih. Apabila suis terbuka bererti litar gegelung pelindung tanpa voltan terputus
dan kesemua penyentuh litar itu akan dilepaskan. Dengan ini motor itu pun
berhenti.

Isi-isi Penting:

1. Kelajuan segerak boleh dikira dengan membahagikan (120 x


frekuensi) dengan bilangan kutub.
2. Gelinciran ialah perbezaan di antara kelajuan segerak (NS)
dengan kelajuan pemutar (Nr).
3. Motor aruhan sangkar tupai secara amnya mempuyai kelajuan
yang malar. Kelajuannya boleh diubah dengan mengubah frekuensi atau
bilangan kutub.
4. Motor aruhan sangkar tupai mempunyai daya kilas yang rendah
berbanding dengan motor aruhan pemutar berlilit.
5. Kelebihan motor aruhan pemutar berlilit berbanding dengan
motor aruhan sangkar tupai ialah :
(a) Daya kilas pemulaan tinggi
(b) Kelajuan boleh ubah
(c) Boleh berputar pada beban berat dengan sekata dan
lancar.
6. Keburukan motor aruhan pemutar berlilit ialah
(a) harganya mahal
(b) Kos pengendalian dan penyenggaraan lebih tinggi
(c) Kecekapan rendah apabila perintang berada dalam litar
pemutar
7. Motor aruhan 3 fasa digerakkan oleh prinsip-prinsip
(a) Medan berputar
(b) Tindak balas medan di pemutar dengan medan berputar
(c) Bantuan penggerak luar
8. Motor 3 fasa boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:
(a) Motor aruhan sangkar tupai
(b) Motor aruhan pemutar berlilit
(c) Motor segerak

9. 2 bahagian motor 3 fasa ialah :


(a) Pemutar sangkar tupai/pemutar berlilit
(b) Pemegun – 3 set belitan
10. Kelajuan pemutar (Nr) ialah kelajuan putaran aci/motor
11. Kelajuan segerak (Ns) ialah kelajuan putaran medan magnet berputar
12. Motor segerak digunakan untuk :
(a) membaiki faktor kuasa
(b) menjalankan beban berterusan
(c) menjalankan beban yang tidak menentu ringan atau beratnya.

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik


AC MOTOR JEK1234/N(1)/JAN08/REV(2)/P(19)

razali@psdc.gov.my Unit JPK-Teknikal, Jabatan Akademik