Anda di halaman 1dari 11

1 Sejarah

            Bermulanya perkataan hoki adalah tidak dapat diketahui dengan tepat bagaimana dan dari
mana perkataan hoki berasal. Bagaimanapun, hanya terdapat catatan yang menyatakan
permainan ini menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya dikatakan sebagai permulaan bagi
permainan hoki sekarang, pada zaman kuno lagi. Menurut catatan yang diperolehi, ia dimainkan
oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi. Tetapi, permainan ini
kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila pertama kali ia diperkenalkan di
England.
Kedatangan permainan ini telah menarik minat dan semangat masyarakat di negara
tersebut pada ketika itu. Ramai yang telah mula memainkanya. Oleh kerana tiadanya satu pun
peraturan atau undang-undang yang khusus berkenaannya, maka pelbagai teknik permainan
digunakan. Bagaimanapun, keadaan ini sering menimbulkan kekecohan sehingga sering
berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain, cara permainan yang tidak
teratur ini telah mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya pihak atasan British
telah mengharamkan permainan ini.
Dalam pada itu, sebagai permainan, hoki telah mula diterima oleh banyak negara dunia.
Undang-undang tentang permainan ini mula direka. Walaupun usaha ini memakan masa yang
lama, namun ia mendatangkan manfaat kepada permainan ini kemudiannya. Dengan adanya
undang-undang dan peraturan ini, maka dapatlah permainan ini dimainkan dengan teratur dan
memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mempelajarinya.
Dahulunya permainan ini dikenali dengan pelbagai nama atau panggilan. Contohnya di
Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Manakala di Perancis, nama permainan ini di
panggil hoquet. Akhirnya, difahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis
tersebut. Kemudian perkataan ini telah diinggeriskan menjadi hockey (hoki).
Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka bermulalah era baru kepada
permainan ini. Bukan sahaja kaum lelaki yang memainkan permainan ini, malah kaum wanita
juga telah mula mencuba menceburinya. Pasukan hoki pertama telah ditubuhkan dinegara
tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di Selatan London dianggap pasukan hoki
pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861.
Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki. Dan antara lainnya ialah cara bermain,
penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad dan mengenakan hukuman kepada
pemain yang melakukan kesalahan.
Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah digubal serta diperkemaskan dalam satu
mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah
merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886,
bermulalah permainan hoki sebagai salah satu sukan yang paling diminati di dunia. Dari
England, permainan ini tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa
negara Eropah.

1 Sejarah
1.1 Permainan Antarabangsa
           Perkembangan sukan hoki terus tersebar ke negara-negara lain dengan pesat. Akan tetapi,
detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila ia diterima sebagai salah satu acara
dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Walaupun ia diketepikan pada Sukan Olimpik (1924),
namun ia telah diterima kembali dalam Sukan Olimpik seterusnya. Kini, hoki merupakan acara
tetap bagi sukan terbesar ini.
Seperti permainan lain, hoki juga memerlukan sebuah badan khusus di peringkat dunia
bagi menyelaras serta menganjurkan pertandingan pada peringkat ini (Sukan Olimpik). Pada
tahun 1924, tertubuhlah Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah
iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan switzerland. Dengan
itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengelola rasmi bagi permainan
ini pada peringkat dunia.
Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan
permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini
bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan
Asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-juara, Kejohanan Eropah dan
sebagainya.
Diperingkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat termasuklah
India, Pakistan dan Malaysia dari Asia, Belanda, Jerman Barat, Sepanyol dan England dari
Eropah serta Australia dan New Zealand.

Sejarah
1.2 Hoki di Malaysia
           Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan
kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia
hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk
tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki
antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.
Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Dari
sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini hoki
berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara kita.Semua peringkat umur
bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan
penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri.
Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan
pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India
baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu
pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada
tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras
permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli
gabungannya. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini .
Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau menghadiahkan
sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala
Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Penekanan Permainan Hoki


Beberapa penekanan perlu diambil kira oleh seseorang jurulatih selaras dengan matlamat dan
objektif permainan untuk menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber, mantap, berwibawa,
berpengetahuan dan seimbang dalam menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai
murni. Ini merangkumi aspek-aspek :-
i.         penguasaan kemahiran
ii.       pengembangan pengetahuan
iii.      pembentukan moral

Kemudahan Permainan
Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga
dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan untama
permainan permainan ini ialah memasukkan bola kedalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan
kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau
mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-
undang tertentu.

Kemudahan Permainan
3.1 Kawasan
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika
ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan
pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol.
Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti
menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan
bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola
kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki
hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya
hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini.
Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk
pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah
lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan
lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput,
terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.
ISI KANDUNGAN
============================================
==========
10 PENGENALAN 2
20 PERALATAN SUKAN 3
30 CARA BERMAIN 8
40 PENGADILAN 9
50 KEMAHIRAN ASAS 10
10 PENGENALAN
Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. Ia mula dikenali di
peringkat antarabangsa pada tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan
2
demontrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris. Ia telah
dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun 1928 yang
diadakan di Amsterdam. Selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan
sebagai satu permainan antarabangsa, banyak perubahan yang berlaku
dalam peraturan, gaya bermain dan alatan tanpa menukar bentuk asal atau
ciri-ciri permainan.
Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik
iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang
4000 ribu tahun yang lalu. Salah satu dinding makam Bani Hasan di Mesir
yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menunjukkan sebuah lukisan yang
menggambarkan dua orang melakukan buli seperti dalam permainan hoki.
Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai bahawa hoki telah wujud di
Paris , Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang telah ditemui.
Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan
nama commock manakala di Wales hoki dikenali sebagai banty. Sejarawan
sukan pula berpendapat bahawa perkataan hoki diambil sempena daripada
permainan yang digunakan di Perancis, iaitu hoquet. Pada pertengahan tahun
1800-an, hoki menjadi popular di sekolah-sekolah England dan pada waktu
itu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti Kelab Hoki Wimbledon
(1883) dan Blacheath (1861).
Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah
yang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan
dengan bola kriket yang diwarnakan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hoki
pula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung
semula jadi di hujungnya. Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah
berukuran 150 meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol
didirikan menggunakan dua tiang gol berjarak sembilan meter.
Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey
Association (BHA)pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara
seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Pada tahun 1894,
perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsung antara England
dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain.
Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908
dan dihentikan seketika disebabkan Perang Dunia Kedua. Di negara Asia,
HOKI
3
permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di
Tokyo.
Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di
bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama
Singapura. Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai
Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah
Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan.
Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa
antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia
Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara
terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik
sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.
20 PERALATAN SUKAN
i. Padang hoki
Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter
panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dan
garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu gol diletakkan di
atas garisan belakang.
HOKI
1
Rajah 1.1: Padang hoki
ii. Pintu gol
Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang
gol tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar (crossbar).
Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakala
ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warna
putih.
Rajah 1.2: Pintu gol
HOKI
2
iii. Jaring
Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia
mempunyai “mesh” berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
iv. Tiang bendera
Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan
dan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20
meter hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuat daripada bahan lembut
untuk menjamin keselamatan pemain.
Rajah 1.3: Posisi tiang bendera
v. Bola
Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya
permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di
antara 156 g – 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g – 235 g.
Rajah 1.4: Bola hoki
HOKI
2
vi. Kayu hoki
Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah
kanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of
the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagian
bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak
boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggil
kepala kayu yang berbentuk “J” atau “U”. Kayu hoki hendaklah licin
dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh
melalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat
daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.
Rajah 1.5: Ukuran kayu hoki
Rajah 1.6: Gelung bagi diameter kayu hoki
HOKI
2
vii. Alatan penjaga gol
Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai
perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki
dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk
membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol
diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi
tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan
bola.
Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada,
pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped,
pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan
dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi
penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut
dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga
gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala
dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas
permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang
mempunyai ped.
HOKI
2
Rajah 1.7: Kelengkapan alatan penjaga gol
viii.Kasut
Pemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yang
mempunyai tetungku getah. Kasut khas digunakan untuk bermain di
atas permukaan sintetik di mana membenarkan pemain mempunyai
tempat berpijak yang baik.
Rajah 1.8: Kasut tetungku getah
10 CARA BERMAIN
Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting
buka sahaja kepada pengadil tetapi juga pemain, jurulatih dan guru supaya
mendapat kepuasan dan keseronokan dalam permainan. Permainan ini
dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain termasuk
seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan
menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol lawan.
Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35
minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi lima minit.
Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap gol
yang dijaringkan. Perlawanan hoki dikawal oleh dua orang pengadil dan
semua undang-undang dan peraturan permainan di bawah kuasa Lembaga
Peraturan Hoki (HRB).
HOKI
2
20 PENGADILAN
Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang
penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan
yang baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan
dengan lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam
permainan hoki:
HOKI
3
Rajah 1.9: Isyarat-isyarat pengadil
30 KEMAHIRAN ASAS
Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur kepantasan,
kekuatan, daya tahan, unsur-unsut taktikal dan kemahiran-kemahiran asas.
Kemahiran dalam hoki memberi peluang kepada pemain untuk
mempamerkan kreativiti dan gaya individu. Terdapat beberapa kemahiran
asas dalam permainan hoki, iaitu:
i. Menggelecek
HOKI
1
Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakan
untuk melepaskan diri dengan bola apabila di kawal oleh pihak lawan.
Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu:
Menggelecek longgar
Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan
bola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihak
lawan dan memiliki bola sambil bergerak.
Rajah 1.10: Menggelecek longgar
Menggelecek rapat
Ia digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan
rapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi
bola semasa bermain sama ada selamat atau tidak.
HOKI
1
Rajah 1.11: Menggelecek rapat
Menggelecek “lndian”
Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke
kiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat
melepaskan diri daripada pihak lawan.
Rajah 1.12: Menggelecek Indian
HOKI
3
Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menggelecek:
Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan
menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke
hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan
longgarkan sedikit pergelangan tangan.
Badan- bongkok sedikit dan lutut dibengkokkan.
Mata- memandang pada bola semasa membuat tolakan.
Bola- berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
Pastikan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 450 dari
tanah.
i. Memukul
Merupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiran hoki.
Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan atau dihantar
dengan cepat dan jauh. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran
memukul:
Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan
longgar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satu
bentuk “V” dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk keduadua
tangan adalah selari dengan kayu hoki.
Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah
pukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kaki
bersudut tegak dengan bahu. Berat badan seimbang semasa
hayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasa
hayunan ke bawah.
Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu
kayu hoki.
i. Menolak
Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihak
lawan terutamanya untuk “clearance” dan jaringan gol. Kelebihan
kemahiran ini dapat melindungi niat pemain kerana pihak lawan sukar
HOKI
2
menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam
kemahiran menolak:
Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah
dan memegang tengah kayu dengan kuat.
Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibuka
seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikan
kepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kaki
belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa
menolak bola.
Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di
belakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arah
mana bola bergerak.
i. Menguis
Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk
melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar
hantaran jauh kepada pemain pasukan. Berikut adalah tunjuk cara
dalam kemahiran menguis:
Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah
dan memegang tengah kayu dengan kuat.
Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh
bola dan menghadap ke atas sedikit.
Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan
ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan.
Rajah 1.12: Menguis
HOKI
2
i. Menahan/menyerkap
Ia merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalam
permainan hoki. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran
menahan:
Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan
menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke
hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan
longgarkan sedikit pergelangan tangan.
Mata- memandang pada arah bola
Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan
badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit.
Rajah 1.13: Menyerkap
i. Merebut (tackle)
Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan
dengan cara yang betul. Terdapat beberapa jenis tackle iaitu:
Tackle jab
Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang
rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan
dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk (jab) bola
supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia
mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain
berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle.
HOKI
3
Tackle forehand
Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan
dan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari dengan
pemain penyerang. Pegangan kayu dengan tangan kiri di
hujung kayu dan tanagan kanan di bahagian tengah kayu.
Rajah 1.14: Tackle forehand
Tackle reverse stick
Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di
sebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah
bagi sesetengah pemain. Ia dilakukan dengan menyerkap bola
menggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemain
penyerang berlari melepasi bola.
HOKI
3
Rajah 1.15: Tackle reverse stick
Berikut adalah perkara yang perlu diketahui dalam kemahiran merebut:
Mata sentiasa memerhati ke arah bola
Kekalkan kayu hoki di atas tanah supaya mengurangkan
jaraknya dari bola dan penahan dapat bergerak dengan cepat
apabila mendapat peluang.
Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu
hoki supaya penyerang melakukan kesilapan.
Berdiri dengan sebelah kaki berada di hadapan supaya dapat
bergerak dan bertukar arah dengan mudah dan cepat.
i. Sudut penalti
Kemahiran ini menjadi satu aspek penting dalam hoki kerana
kebanyakan bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti.
Perkara yang perlu dipastikan semasa mengambil sudut penalti
adalah:
Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D dan
bola mesti biberhentikan di luar kawasan D.
HOKI
1
Hanya penjaga gol dan empat pemain pertahanan berada
dalam kawasan D semasa sudut penalti
Pemain pertahanan hendaklah berada di belakang garisan gol
sehingga bola di tolak masuk oleh penyerang.
Pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan berada
dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki di dalam
kawasan bermain.
Pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisan
kawasan D sehingga bola di tolak masuk.
HOKI

Anda mungkin juga menyukai