Anda di halaman 1dari 12

SISTEM SARAF

Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf.


Tiga fungsi utama sistem saraf : deria (sensori),
integrasi dan
motor.
Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar.
Integrasi pula bertindak untuk mentafsir perubahan.
Motor memberi respon kepada tafsiran di dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan
kelenjar.

Struktur dan Fungsinya

Sistem saraf dibahagi kepada dua bahagian utama:- sistem saraf pusat
Sistem saraf periferi.
Organisasi sistem saraf sangat kompleks dan hanya mempunyai dua jenis sel iaitu
neuron dan neuroglia.
Neuron terbahagi kepada tiga bahagian: badan sel,
dendrit dan
akson.
Badan sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang dikelilingi oleh sitoplasma.
Badan sel berfungsi melakukan proses sintesis bahan-bahan yang diperlukan oleh sel
saraf.
Dendrit terbina daripada sitoplasma badan sel yang memanjang dan kelihatan bercabang-
cabang.
Dendrit bertugas untuk menghantar impuls ke badan sel.
Akson adalah satu cuaran yang panjang, nipis dan mengkhusus.
Akson bertindak sebagai pembawa impuls dari badan sel ke neuron atau tisu lain.
Akson mempunyai panjang yang berbeza mengikut tempat ia berada.
Akson boleh sepanjang 1mm di otak hingga ke 1m atau lebih di antara korda spina ke jari
kaki.
Terdapat akson yang diseliputi oleh mielin.
Sarung mielin berfungsi adalah untuk meningkatkan kelajuan perjalanan impuls.
Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmiter terhasil di hujung saraf apabila
neuron menerima rangsangan fizikal atau kimia.
Reseptor akan menerima neurotransmiter yang menyebabkan berlaku perubahan elektrik
dan mencetuskan potensial aksi.
Rajah 2.11: Struktur satu neuron. Anak panah menunjukkan arah penjalaran impuls
Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005). Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(a) Sistem Saraf Pusat

Merupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan seluruh sistem ini terdiri daripada otak
dan korda spina. Sistem saraf pusat menerima semua kederiaan tubuh melalui reseptor.
Apabila sistem saraf pusat menerima maklumat kederiaan, ia akan ditafsir untuk
menentukan tindakan yang perlu diambil. Rangsangan otot untuk berkontraksi dan
rangsangan kelenjar untuk merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat.

(b) Sistem Saraf Periferi

Merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina dengan reseptor, otot dan
kelenjar. Boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem aferen dan sistem eferen. Di dalam
sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa maklumat dari reseptor di
periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala sistem eferen pula mempunyai sel saraf
yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar.
Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian iaitu sistem saraf somatic dan sistem
saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai neuron eferen yang bertugas membawa
maklumat dari sistem saraf pusat ke otot rangka. Sistem saraf somatik dianggap sebagai
bersifat voluntari dan boleh dikawal.
Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang membawa maklumat dari
sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar.
Sistem saraf autonomik dianggap tidak voluntari dan di luar kawal serta terbahagi kepada
dua iaitu system saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

Organisasi Sistem Saraf

Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf.

(a) Otak

Otak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia.
Otak dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5kg bagi orang dewasa.
Otak terletak di dalam rongga kranium dan merupakan sebahagian system saraf pusat.
Tisu saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabu dan putih dan berada di
dalam tengkorak.
Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu batang otak (medulla oblongata, pons
dan otak tengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus),serebrum dan serebelum.

• Batang Otak
Di panggil sebagai batang otak kerana bentuknya seperti batang.
Batang otak terletak di bahagian bawah kranium.

Medula Oblongata • Berhubung dengan korda spina.


• Mempunyai panjang kira-kira 3cm dan dipisahkan dari pons oleh alur
horizontal.
• Terbina daripada jirim putih dan pembentukan jaringan jirim kelabu
dan putih.
• Pada bahagian posterior bawahnya terdapat dua nukleus di setiap sisi
yang dikenali sebagai nukleus grasilis dan kuneatus.

Pons • Terletak di atas medula.


• Pons mengandungi jirim putih dan nukleus.
• Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dan nukleus pernafasan
berada di pons.

Otak Tengah • Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon.


• Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrum terdapat di permukaan
ventralnya.
• Unjuran ini berhubung dengan serebrum selepas lencongan ke
anterolateral.
• Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua di bawah terletak pada
permukaan dorsalnya.

• Diensefalon

Terletak di antara otak tengah dan serebrum. Struktur utamanya adalah talamus dan
hipotalamus.
Fungsi talamus adalah sebagai stesen pemancar untuk impuls deria,semasa perjalanannya
ke korteks serebrum. Talamus merupakan pusat untuk mentafsir impuls deria seperti sakit,
suhu, sentuhan dan tekanan.
Hipotalamus pula terdiri daripada banyak struktur. Kedudukan hipotalamus adalah di bawah
talamus. Hipotalamus berfungsi mengawal suhu tubuh dan aktiviti autonomik organ-organ
bahagian dalam. Selain itu, fungsi yang lain adalah mencetuskan reaksi emosi seperti
ketakutan dan kemarahan. Di hipotalamus juga terdapat pusat makan, pusat kenyang dan
pusat haus.

• Serebrum

Merupakan bahagian terbesar otak. Ia terbahagi kepada dua hemisfera yang berwarna
kelabu. Kedua-dua hemisfera ini dipercayai mengawal aktiviti bagi sebelah tubuh sahaja.
Contoh, deria tubuh sebelah kanan dikawal oleh hemisfera kiri dan begitulah sebaliknya.
Fungsi serebrum adalah terlalu banyak dan kompleks. Korteks serebrum terbahagi kepada
tiga kawasan.
Deria : Berfungsi untuk menerima kederiaan dari kulit, otot dan bahagian dalam tubuh.
Ia juga menerima impuls dari berbagai-bagai deria seperti deria rasa, lihat, hidu,
dengar dan sentuh.

Motor : Berfungsi mengawal atur pergerakan otot, pertuturandan sebagainya.

Asosiasi : Menghubungkan kawasan motor dan deria melalui traktusnya. Memainkan


peranan penting dalam ingatan, emosi, taakulan, personaliti dan kecerdikan.

• Serebelum
Merupakan bahagian kedua terbesar otak. Memainkan peranan dalam pergerakan separa
sedar pada otot rangka. Pergerakan separa sedar penting untuk koordinasi, keseimbangan
tubuh dan penetapan kedudukan tubuh.
Rajah 2.12: Bahagian-bahagian otak
Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005). Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(b) Korda Spina

Korda spina mempunyai


kepanjangan kira-kira 45cm bagi
orang dewasa.
Kedudukan korda spina adalah
bermula dari dasar tengkorak
turun ke bahagian servikal, torasik
dan seterusnya ke bahagian
lumbar atas.
Kordaspina adalah terdiri daripada
segmen-segmen dan pada setiap
segmen
terdapat sepasang ganglion.
Pasangan ganglion tersebut ialah
ganglion akar dorsal dan ganglion
akar ventral.
Pada akar dorsal terdapat akson
neuron deria yang bertugas untuk
membawa maklumat dari periferi
ke korda spina.
Akar ventral mengandungi akson
neuron motor visera dan somatik
yang mengawal organ efektor.
Saraf spina pula terbentuk
daripada gabungan ganglion akar
deria dan akar motor.
Saraf ini dikelaskan sebagai saraf
campuran kerana mempunyai
kedua-dua serat aferen dan
eferen.

Rajah 2.13: Korda spina


Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005).
Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(c) Sistem Saraf Autonomik

Merupakan sistem saraf di luar kawalan. Ia juga bertanggungjawab terhadap kawalan otot
bebas dan kilang di dalam tubuh. Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Sistem Saraf Simpatetik


Terbina daripada dua rantai ganglion saraf yang terletak di tiap-tiap sisi di hadapan
vertebra. Semua komponen yang berada dalam sistem saraf simpatetik berhubung dengan
saraf tunjang
• Rangkaian saraf jantung 􀄃 membekalkan jantung dan paru-paru.
• Rangkaian saraf siliaka 􀄃 membekalkan perut usus, organ-organ
di dalam abdomen serta kilang adrenal.
• Rangkaian saraf hipogastrik 􀄃 membekalkan organ-organ di
dalam ruang pelvis.

(ii) Sistem Saraf Parasimpatetik


Sistem ini terbina daripada dua bahagian seperti berikut:
• Bahagian Kranium
- Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian otak serta gentian
saraf yang terkandung di dalam urat saraf otak.
• Bahagian Sakrum
- Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian korda spina.
Sistem ini membekalkan sebahagian daripada usus besar serta organ di dalam
pelvis iaitu usus hujung, pundi kencing dan organ pembiakan
Rajah 2.14: Skema tapak laluan serat saraf simpatetik Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid
(2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rajah 2.15: Skema sistem saraf parasimpatetik


Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang, Selangor:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rajah 2.16: Fungsi saraf pusat dan saraf periferi
Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005).
Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Impuls dan Penjalarannya


Tindakan pantulan atau impuls adalah suatu tindak balas automatik yang berlaku dengan
cepat tanpa difikirkan terlebih dahulu. Tindakan impuls adalah tindak balas motor terhadap
rangsangan deria.
Terdapat beberapa struktur yang membawa kepada tindakan impuls membentuk lengkok
impuls yang terbina daripada bahagian-bahagian berikut:-

(a) Organ deria, contohnya kulit tubuh ataupun hujung gentian saraf yang didapati di
tendon, otot atau lain-lain binaan.

(b)Saraf deria atau saraf penghantar yang membawa rangsang deria tersebut melalui
bahagian saraf deria yang terkandung di dalam saraf pinggir kepada saraf tunjang.

(c) Saraf tunjang dan neuron gegantinya.

(d) Saraf motor atau saraf pengeluar yang membawa utusan motor melalui bahagian saraf
motor di dalam saraf pinggir kepada organ motor seperti otot atau kilang.

(e) Organ motor seperti otot atau kilang, yang bertindak balas terhadap utusan motor
tersebut.

Boleh dikatakan di sini bahawa tindakan pantulan atau refleks (impuls) adalah
gerakan perlindungan yang membenarkan tindak balas motor berlaku dengan
sangat cepat.
Di bawah, adalah beberapa contoh impuls:
Bahagian Sistem Saraf Pusat Bahagian Sistem Saraf Autonomi

• Menarik tangan dengan segera apabila • Air liur akan terhasil dengan lebih
terkena benda tajam atau panas. banyak jika terhidu atau ternampak
• Sentakan sendi lutut apabila dipukul makanan yang lazat.
dengan alat pemukul sendi di atas tendon • Impuls anak mata terhadap cahaya.
tempurung lutut. Anak mata mengecil apabila cahaya
• Tapak kaki yang digarit dengan benda terang dan membesar apabila cahaya
yang tumpul seperti kayu akan gelap.
menyebabkan ibu jari membengkok ke
bawah.
• Tersedak atau terbatuk terhasil apabila
seseorang meminum dalam keadaan
gopoh

Kadangkala ada juga impuls yang boleh dikawal. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, buang
air besar dan buang air kecil merupakan impuls yang tidak boleh dikawal.
Bagi orang dewasa, gerakan-gerakan tersebut boleh dikawal kecuali jika berlaku
kecederaan pada otak, ia akan merosakkan kuasa pengawalan pusat tinggi dan
menyebabkan seseorang individu tidak dapat lagi mengawal gerakan buang air besar dan
buang air kecil.
Jalaran impuls atau jalaran saraf motor bermula di pusat motor di frontal serebrum.
Akson sel saraf di pusat motor menjalar di dalam jirim putih otak dan di pangkal otak.
Pada medula oblongata, jalaran ini melintas ke sebelah yang lain dan turun ke bawah jirim
putih sisi luar saraf tunjang sebagai jalaran piramid.
Di laras tertentu, serat saraf ini akan keluar dari jalaran piramid dan tamat di keliling saraf di
depan jirim kelabu saraf tunjang. Kemudian sel depan saraf tunjang membawa utusan
tersebut melalui akar saraf depan iaitu saraf depan otot tertentu.
Bahagian neuron motor atas terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum
serta aksonnya yang turun sehingga ke sel saraf di depan saraf tunjang.
Bahagian neuron motor bawah pula terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor
serebrum tunjang serta aksonnya yang membekalkan otot tubuh.
Kedudukan fiber motor yang melintas di bahagian medula oblongata menyebabkan pusat
motor di sebelah bahagian otak mengawal otot tubuh di sebelah yang lain.
Rajah 2.17: Jalaran saraf motor dan saraf deria dalam jirim putih saraf tunjang
Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan Fisiologi 􀄃 untuk Jururawat. Kuala Lumpur:
Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai