pENYEDIAAN mAKANAN
pENYEDIAAN mAKANAN
LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN:
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga
garing. Masukkan udang kering. Goreng selama 2 minit. Kemudian masukkan daging,sos
cili,sos tiram,kicap & garam. Biarkan sekejap. Akhir sekali, masukkan mihun & daun
bawang. Gaulkan supaya bercampur rata. Masak selama 5 minit. Hidangkan.
REFLEKSI:-
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami berjaya menyiapkan tugasan
pertama kami iaitu Mihun Goreng Cenderawasih. Kami namakan resepi dengan nama
tersebut sempena nama gadis yang teraniaya dan cantik iaitu Cinderella dan salah satu burung
yang tercantik di dunia iaitu burung Cenderawasih. Kami mengadaptasi karakter-karakter
tersebut kerana dengan semangat yang ada pada Cinderella(kami) dan cabaran-cabaran yang
dihadapi untuk menjayakan sesuatu tugasan dilakukan dengan jayanya. Karakter(kami)
melakukan tugasan bersama-sama tanpa mengira penat lelah dan seterusnya menghasilkan
sesuatu ‘output’ yang cantik,menarik dan memuaskan hati semua orang (Cenderawasih).
Diharap kami berjaya memberikan yang terbaik untuk pensyarah kesayangan kami, Puan Nik
dan rakan-rakan sekalian. Terima kasih.
NAMA MENU:- Puding Koktail Enak-Enak Aje (hidangan untuk 25 orang)
BAHAN-BAHAN DAN SUKATAN
Bahan puding: ( hidangan untuk 25 orang ) Bahan untuk sos kastard:
2 biji kek marble
15 sudu besar tepung kastard 2 biji kuning telur
6 gelas air 1 sudu teh esen vanilla
1 tin cocktail buah 2 ½ sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair 1 tin susu cair
Gula secukupnya Gula secukup rasa
2 biji telur dipukul Secubit garam
PERALATAN YANG DIGUNAKAN:-
2 periuk
1 bekas plastik
2 acuan puding/loyang
1 gelas
3 sudu besar
CARA-CARANYA IALAH:-
1. Potong kek mengikut saiz yang sesuai dan aturkan
ke dalam acuan/loyang.
2. Masak air kemudian masukkan tepung kastard, susu cair, buah koktail & gula.
3. Pukul telur sehingga kembang.
4. Apabila sudah masak, perlahankan api dan tuang telur tadi ke dalamnya. Kacau
sebentar.
5. Masukkan ke dalam acuan yang mengandungi susunan kek tadi.
6. Biarkan sejuk.
7. Untuk membuat sos kastard, pukul tepung kastard dan susu cair kemudian masukkan
gula dan masak. Kacau perlahan-lahan.
8. Masukkan esen vanilla dan sedikit garam.
9. Kacau sehingga masak. Apabila sudah sejuk, tuangkan ke atas puding tadi.
Hidangkan.
REFLEKSI
Syukur alhamdulillah dengan terhasilnya resepi kumpulan kami yang kedua ini, kami berjaya
mendapat satu ilmu atau pengalaman yang baru di dalam dunia masakan. Dalam refleksi ini,
kami menggunakan analisis SWOT untuk mengukuhkan lagi hasil kerja kami. Kelebihan
yang kami dapat daripada usaha kami untuk menyiapkan tugasan kami ialah semangat
kerjasama kami sendiri. Dalam usaha ini kami telah bersatu dan bersama-sama menyiapkan
resepi kami. Walaupun kelemahan kami ialah kami tidak berapa tahu akan resepi Puding
Koktail ini, namun kami tetap berusaha membuatnya dengan bantuan ikhlas pensyarah kami,
Pn. Nik Noriah. Peluang yang mencabar ini kami sahut dengan jayanya. Tiada halangan bagi
kami asalkan kami bersatu dan bekerjasama. Terima kasih.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN
PROGRAM: KURSUS PERGURUAN LEPASAN
IJAZAH
KPLI-SR KDC AMBILAN NOV 2010
(PENDIDIKAN KHAS)
MATAPELAJARAN: KEMAHIRAN HIDUP
(PENYEDIAAN MAKANAN)
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:
PN.HJH.NIK NORIAH BT NIK IBRAHIM
TARIKH SERAHAN: 09 DISEMBER 2010
DISEDIAKAN OLEH:-
Che Fazli Bin Che Mohammed (850730-03-6437)
Bahan-bahan :-
½ kg udang
1 biji tomato
sedikit minyak
segenggam tauge
Cara-cara:
Tumbukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Sawi dipotong, cili merah dihiris dan tomato
dipotong enam.Hiris daging nipis-nipis.
Masukkan kicap cair.Masukkan sawi, cili merah dan tomato.Kacau rata-rata. Kemudian, masukkan
kuey tiaw.Akhir sekali, masukkan tauge.