Anda di halaman 1dari 17

Sorotan penulisan

Aliran vokasional yang diperkenalkan bertujuan untuk membantu pelajar yang lebih
berminat ke arah kerja yang berbentuk praktikal, umumnya kepandaian dan kecenderungan
manusia adalah berbeza. Aliran vokasional ini membuka peluang kepada individu yang kurang
berminat mengikuti pengajaran berbentuk teori dimana, vokasional ini lebih memberi tumpuan
kepada aspek kemahiran. Kebanyakkan Negara maju seperti jepun, menjadikan bidang ini
sebagai satu bahagian yang penting dalam usaha memajukan Negara, dan buktinya kejayaan
besar Negara jepun hari ini merupakan sumbangan industri dan telah berkembang pesat di
seluruh dunia, kejayaannya diakui oleh semua.

Di Malaysia aliran vokasional sering kali dikaitkan dengan pelajar yang kurang bijak.
Stigma ini tidak lagi relevan memandangkan mereka adalah individu yang turut sama membantu
Negara dalam mengerakkan ekonomi serta banyak membantu dalam pembinaan sektor industri,
pembangunan dan sebagainya. Kemajuan Negara menuntut individu bukan sahaja bijak tetapi
perlu tangkas, kreatif, kritis dan sebagainya. Pelajar di aliran vokasional dilihat dapat memenuhi
kiteria-kiteria yang telah dibincangkan. Merujuk kepada kajian ini penyelidik cuba melihat
profile kecerdasan emosi dikalangan guru-guru vokasional dan ini sangat bertepatan dalam
usaha meningkatkan kualiti pelajar-pelajar di aliran vokasional ini. Menunjukkan bahawa
pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal.

Justeru itu komponen yang terkandung di dalam mata pelajaran vokasional ini telah
dirancang dan disusun dengan teliti supaya dapat memenuhi objektif dan matlamat yang
dikehendaki. Oleh yang demikian, dapat dikatakan pembelajaran yang berkesan adalah hasil dari
aktiviti yang berkaitan dan bermakna kepada pelajar, dilakukan dalam konteks dan suasana yang
sesuai, dibimbing oleh pengajar yang terlatih dan pelajar mempunyai peluang untuk berinteraksi
dengan pelajar yang lain. Hasil penyelidikan menyokong peranan pembelajaran secara
kontekstual (contextual learning) dalam pendidikan akademik dan vokasional. Menurut Ahamad
(2001), mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Teknikal)
pada seminar kebangsaaan Pendidikan Asas Vokasional dan Pameran dalam Ucaptama
“Halatuju dan cabaran Pendidikan Vokasional di Sekolah Menengah Akademik” sebilangan
pelajar daripada golongan ini kurang mampu mengikuti mata pelajaran akademik, mereka
cenderung kepada mata pelajaran bercorak ’hands-on’ yang banyak melibatkan aktiviti “learning
by doing” dengan menggunakan kemahiran tangan.

Dalam situasi ini pelajar diperlukan mengambil mata pelajaran kurang mampu dan tidak
mereka minati. Ini mungkin menimbulkan masalah dari segi sosial dan adab disiplin. Menyedari
hakikat ini pentingnya mata pelajaran vokasional untuk kerjaya pelajar disamping mengurangkan
masalah dan isu-isu berkaitan dengan pelajar. Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak
langkah untuk memperkenalkan 22 MPV di sekolah menengah dalam jangka masa 4 tahun mulai
2002 sehingga 2005. Matlamat mata pelajaran vokasional ini diperkenalkan di sekolah menengah
akademik bertujuan memberi peluang yang luas kepada pelajar memilih mata pelajaran mengikut
minat dan bakat mereka. Malahan ia juga membekalkan kemahiran vokasional terutama kepada
pelajar yang cenderung dalam ketukangan tangan di samping dapat memberi persediaan awal
kepada pelajar bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir dalam perindustrian
negara. Dalam masa yang sama, mereka juga dijangka akan mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan secara teori disamping berupaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran
tersebut di rumah serta dalam kehidupan seharian mereka (Widad dan Syed Hadzir, 1996).

Potensi aliran vokasional

Perkembangan aliran vokasional memberi satu cabaran kepada tenaga pengajar dalam
memperkukuhkan lagi kualiti pengajaran dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja
cemerlang dari segi akademik malah baik dari segi akhlaknya. Ini sejajar dengan visi kerajaan
dalam melahirkan warga yang berkemahiran seterusnya dapat membantu matlamat ke arah
Negara maju 2020.

Dalam RKM 10, yang dibentangkan baru-baru ini menekankan aspek pembangunan dalam
aliran teknik dan vokasional, ini kerana bidang ini dilihat mempunyai potensi yang cukup besar
dalam membantu Negara ke arah mencapai status Negara maju. Antara perkara yang akan
diperkemaskan ialah :

 Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif;


 Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan keperluan
industri; dan

 Memperkemas penyampaian TEVT.

Selain itu, perkembangan aliran teknik dan vokasional juga meningkatkan bilangan pekerja
berkemahiran dalam pasaran kerja. Bagi memberi tumpuan yang lebih tinggi kepada bidang
vokasional yang lebih menitik- beratkan kepada latihan hands-on dan menyediakan lebih banyak
kursus yang sesuai, sebanyak 69 daripada 88 sekolah teknik akan ditukar menjadi sekolah
vokasional dan enam sekolah vokasional baru akan dibina menjelang tahun 2015. Pembelajaran
berasaskan projek Pendekatan pembelajaran berasaskan pen- geluaran dan berasaskan projek
akan diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti dan daya tarikan program TEVT kepada majikan
dan pelajar. Pendekatan ini akan menggalakkan penyertaan industri secara langsung dalam
program latihan kemahiran, di samping mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan peralatan
di institusi TEVT. Pendekatan ini akan menggandakan enrolmen di sekolah menengah aliran
vokasional dan kemahiran pada akhir tempoh rancangan yang mana enrolmen semasa adalah
seramai 32,000 pelajar.

Peningkatan ini akan memberi sumbangan yang ketara dalam menambah bilangan pekerja
mahir dan separa mahir. Kerajaan akan menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan menyediakan
program sangkutan industri dan pekerjaan kepada pelajar lepasan institusi TEVT Penambahan
bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui peluasan program tenaga
pengajar sambilan. Langkah ini akan menarik mereka yang berminat untuk menjadi tenaga
pengajar di samping terus kekal bekerja di industri. Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan
terkini tentang teknologi dan perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan
dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelatih. Kerjasama antara institusi TEVT dengan
industri dalam pertukaran personal akan diperkukuhkan bagi membolehkan tenaga pengajar
vokasional menjalani program penempatan di industri bagi mendapat pendedahan dan
pengetahuan teknologi terkini. Pada masa yang sama, tenaga pengajar vokasional dari industri
ditempatkan di institusi TEVT bagi memperkukuh kemahiran pedagogi mereka.

Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga


pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan dengan
menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang baru. Sebuah pusat latihan tenaga
pengajar yang baru akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan sebanyak 800 setiap
tahun. Selain itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program latihan pengajar di
institusi latihan kemahiran awam yang lain.selain itu, perancangan dan pembangunan mata
pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan demi menghadapi cabaran kehidupan
masa kini dan masa akan datang (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, 2002).

Profile kecerdasan emosi guru vokasional

Penerangan secara ringkas berkenaan dengan bidang vokasional menunjukkan pada kita
perlunya usaha secara holistik bagi menjayakan visi dan misi kerajaan menjadikan bidang ini
tunggak kepada kemajuan negara. Dalam konteks kajian ini kita akan melihat secara mendalam
peranan guru dalam membantu hasrat kerajaan membangunkan bidang ini. Sebagai seorang guru
pemantapan dari segi persedian fizikal dan mental sangat penting kerana pelajar hari ini dilihat
adalah invidu yang kompleks dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. “Guru yang cemerlang
akan melahirkan pelajar yang cemerlang” kata-kata ini perlu menjadi panduan kepada guru.
Untuk menjadi guru yang cemerlang aspek kecerdasan emosi harus diterapkan dalam diri
masing-masing kerana tanpa adanya elemen seperti empati, kemahiran sosial, motivasi,
kesadaran dan kawalan diri adalah sukar untuk seseorang guru itu menjadi seorang guru yang
cemerlang.

Kecerdasan emosi individu yang bergelar guru adalah sangat penting ini kerana guru
memainkan peranan penting dalam mendidik anak bangsa. Guru yang berkualiti adalah guru
yang berjaya membentuk pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah diri. Guru yang
berkualiti juga ialah guru yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber manusia
terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga, menyemaikan perasaan
kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara
ini adalah penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalah paksi kepada segala
usaha dan harapan untuk mencapai wawasan Negara, (Tun Abdullah Ahmad Badawi,2002).

Peranan guru dalam mendidik anak bangsa adalah satu tanggungjawab besar yang perlu
di galas oleh setiap insane yang bergelar guru. Amanah yang diberi oleh masyarakat harus
dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi. Oleh itu, Guru berkesan adalah
guru yang sentiasa membina keunggulan sahsiah pelajarnya dan membina suasana pengajaran
dan pembelajaran yang cemerlang. Justeru, guru tidak hanya mementingkan pencapaian
akademik pelajar, tetapi mereka perlu mengambil berat terhadap keseimbangan antara pengisian
penghayatan Agama dan moral dengan penguasaan kemahiran dalam bidang yang mereka
ajarkan (Tajul Arifin & Nor ’Aini Dan 2002; Kamarul Azmi & Ab. Halim 2008).

Antara ucapan yang di sampaikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (2002), majlis
pelancaran hari guru di Kota Kinabalu. Menggesa supaya guru :

Untuk memastikan kualiti hidup terus meningkat, tentunya kita memerlukan daya
kepimpinan yang berkualiti di kalangan guru-guru. Kita perlu menghasilkan warga pendidik
yang berwibawa. Ini bererti guru perlu mempunyai azam dan iltizam yang kuat untuk
membangunkan pendidikan yang berkualiti melalui usaha kecemerlangan akademik dan sahsiah
murid. Selain daripada kecemerlangan akademik, ukuran gagal jayanya sesuatu sistem
pendidikan juga bergantung kepada sejauh manakah kita berjaya menghasilkan generasi yang
mantap peribadi, bersikap positif terhadap kehidupan, mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat dan tidak jemu mengejar kecemerlangan dalam apa sahaja yang dilakukan. Inilah juga
aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru dan para pemimpin pendidikan di peringkat
rendah.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Noor Khairyna Khalib, (2009). Guru adalah insan
yang cukup istimewa lantaran tanggungjawab dan amanah yang terpaksa dipikul untuk mendidik
manusia menjadi insan yang berperibadi mulia, berakhlak tinggi dan kamil. Guru merupakan
role-model oleh itu sudah semestinya guru menunjukkan contoh yang baik dan mereka haruslah
mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi.Perkembangan pesat yang berlaku dalam era
globalisasi kini memperlihatkan pelbagai pembaharuan dan inovasi telah berlaku bukan sahaja
dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi, pengurusan dan perniagaan, malahan turut
membawa cabaran kepada bidang pendidikan. Cabaran besar yang dihadapi dalam kerjaya
pendidikan hari ini adalah untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berwawasan,
berketerampilan, memiliki sahsiah diri terpuji sebagaimana yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Dalam menyahut cabaran ini, sudah tentulah ia memerlukan warga pendidik yang
berpengetahuan luas, berkemahiran dan memiliki kekuatan emosi yang tinggi. Secara tidak
langsung cabaran ini turut dihadapi oleh guru Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah dan
pensyarah di institusi pengajian tinggi. Sejak kebelakangan ini peranan dan tanggungjawab guru-
guru dan guru kemahiran hidup semakin kompleks dan mencabar. Penggunaan teknologi
maklumat, internet, e-perdagangan dan pelaksanaan akan membawa cabaran-cabaran baru. Oleh
yang demikian, mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, menguasai
kemahiran-kemahiran kaunseling dengan baik, mematuhi kod etika guru serta memiliki tahap
kemahiran sosial yang tinggi. Ciri-ciri ini sangat penting dalam usaha untuk mencapai kepuasan
dalam kerjaya, seterusnya mampu memberikan komitmen yang jitu dalam melaksanakan tugas
dan tanggungjawab.

Menyedari hakikat terhadap tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru-
guru kemahiran hidup, satu aspek yang tidak kurang pentingnya dan perlu ditekankan ialah
keupayaan mereka mengurus kepintaran emosi dalam menghadapi cabaran kerjaya mereka.
Kajian yang dijalankan oleh Mohd. Najib (2002) telah membuktikan kepentingan kecerdasan
emosi (EQ) yang tinggi di kalangan guru-guru adalah amat penting dalam melaksanakan proses
perundingan dengan pelajar supaya pendidikan menjadi lebih berkesan.

Kecerdasan (intellectual)
 Mempunyai kuasa penaakulan yang tinggi dan kebolehan untuk memperolehi dan
memegang pengetahuan (Abdul Fatah Hasan, 1998).

Emosi
 Mempunyai perasaan yang mudah ditunjukkan dan mudah menghubungkan sesuatu
dengan perasaan ( Abdul Fatah Hasan, 1998).

Kecerdasan emosi

Mengikut salovey dan mayer (1997), kecerdasan emosi ialah ialah kebolehan untuk
mengawasi diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi, dapat membezakan antara ke
dua-duanya dan boleh menggunakkan maklumat itu untuk memandu pemikiran dan tindakannya.
Dalam erti kata lain, Kecerdasan emosi (emotional intelligence atau EI) merujuk kepada
kemampuan memahami emosi, menyelaminya, dan membina hubungan bagi meningkatkan
pengetahuan dalam memahami emosi diri dan orang lain (Mayer & Salovey, 1997)

Definisi kecerdasan emosi oleh Murray (1998) pula menunjukkan bahawa kecerdasan
emosi merupakan satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau emosi negatif seperti marah
dan ragu-ragu serta menfokuskan kepada perasaan positif seperti keyakinan diri. Ini
mengambarkan pengaruh pemikiran yang positif akan sentiasi melingkari kehidupan individu
yang mempraktikkan kecerdasan emosi. Dalam situasi yang lain perasaan ragu-ragu yang
sentiasa membelangu diri, sering kali akan menjadi penghalang kepada kehidupan yang lebih
tenang ini kerana ia menyumbang kepada ketidaktentuan emosi individu dimana turut
mempengaruhi hubungannya dengan orang lain. Sebagai contoh seorang guru yang ragu-ragu
dengan kemampuan pelajarnya maka guru ini tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap
kejayaan pelajarnya. Jelas disini seorang guru perlu sentiasi berfikiran positif lebih-lebih lagi
apabila berhadapan dengan para pelajarnya. Guru adalah role model yang baik dalam memberi
contoh yang terbaik dari semua aspek tidak kira dari segi sahsiah diri, toleransi, komunikasi dan
sebagainya.

McGarvey (1997) pula menyatakan terdapat empat kebolehan yang harus dimiliki untuk
meningkatkan kecerdasan emosi seseorang individu, iaitu kebolehan untuk mengawal dorongan,
emosi, berada dalam keadaan bermotivasi walaupun berhadapan dengan pelabagai masalah dan
sifat empati yang tinggi terhadap orang lain. Sehubungan itu, kecerdasan emosi merupakan
kebolehan untuk merasai, memahami dan mengaplikasikan secara berkesan kuasa dan penilaian
yang baik terhadap emosi yang merupakan sumber tenaga, informasi, perhubungan dan pengaruh
manusia (Cooper & Sawaf, 1997).

Konsep dalam kecerdasan emosi ini lebih menekankan aspek murni seperti toleransi,
kerjasama, jujur, beradap, simpati dan banyak lagi. Sahsiah diri yang unggul merupakan teras
kepada pembentukan kecerdasan emosi dalam diri individu. selain itu, melihat kepada prespektif
yang diketengahkan Salovey,beliau antara tokoh yang banyak mengenengahkan kepentingan
kecerdasan emosi dari segi penerapan bertujuan untuk keharmonian bersama selain melahirkan
insan yang peka dan sensitif terhadap keperluan orang lain. Beliau telah memperluaskan unsur
kecerdasan emosi ini supaya aplikasinya lebih luas dan sistematik. Antara lima aspek yang
dibincangkan ialah :

Kesedaran diri (self-awareness)

Aspek ini dibincangkan dahulu kerana fokusnya adalah bagaimana seseorang itu
mengawal perasaan tidak kira dalam situasi yang bagaimana. individu yang mampu mengawal
emosinya dengan baik adalah individu yang dilihat sering kali memperoleh kejayaan yang besar.
Kejayaan ini boleh dilihat dari segi kerjaya, peribadi, keluarga dan sebagainya. Tidak semua
individu mampu untuk mengawal perasaan apatah lagi semasa gembira, marah, sedih dan
sebagainya. Pengawalan perasaan yang baik menjadi tunjang utama kepada pembentukan
kecerdasan emosi. Kebolehan mengetahui emosi sendiri secara tidak langsung dapat mengawal
tindak tanduk yang lebih positif. Pemikiran rasional juga dapat dijana dengan baik sekiranya
individu tersebut sedar tentang emosi sendiri dan sentiasa mengawal perasaan supaya tidak
timbul sebarang masalah yang negatif. Sebagai contoh dalam konteks kajian memperlihatkan
bagaimana seorang guru perlu mengawal perasaan dari satu ketika ke sesuatu ketika apabila
berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang, sikap pelajar yang
berbeza, perlu berhadapan dengan karenah masyarakat dan pentadbiran dan sebagainya.

Selain itu, kecerdasan emosi juga turut dilihat dari aspek kebolehan dalam pengurusan
emosi. Kebolehan ini sangat penting kerana setiap individu tidak terlepas daripada diduga
dengan pelbagai masalah . Kebolehan menguruskan emosi menuntut seseorang supaya tahu
bagaimana untuk mendapatkan ketenangan jiwa, menguruskan stress dan menghadapi sesuatu
cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Memandangkan setiap individu tidak terlepas daripada
berhadapan dengan situasi ini maka kebolehan dari segi menguruskan emosi sendiri adalah
penting berikutan setiap keputusan di ambil mempengaruhi kehidupan secara kolektif.
Contohnya, bagaimana seorang individu itu menguruskan stress apabila terpaksa memikul
tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya, masyarakat dan sebagainya. Maka di sini individu
tersebut perlu bijak menguruskan emosi dengan mengatur strategi yang baik supaya semuanya
berjalan dengan lancar. Di sini jelas menunjukkan pengurusan emosi yang betul dan tepat akan
melahirkan kehidupan yang lebih harmoni dan bahagia.

Kawalan diri (self-regulation)

Senario hari ini, turut melihat perubahan dari segi corak hubungan guru dengan pelajar,
arus kemodenan membawa perubahan yang besar kepada interaksi antara pelajar dan guru.
Pelajar hari ini dilihat sudah banyak berubah berbanding pelajar dulu, contohnya dari segi
perwatakan, pergaulan, pemikiran dan sebagainya. Oleh yang demikian, setiap guru perlu
bersedia dengan transformasi ini untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Misalnya,
hari ini pelajar dilihat sudah berani memukul guru, mengugut, merompak dan sebaginya,
keadaan ini menunjukkan seorang guru perlu bersiap sedia dari segi kekuatan mental,emosi dan
jasmani. Kaitannya dengan pengurusan emosi di sini ialah seseorang guru perlu mengawal
sebarang tekanan yang datang dengan mengambil langkah yang terbaik bertujuan mengelakkan
stres yang boleh membawa kepada keadaan yang lebih teruk.

Motivasi diri (motivation)

Individu yang mempunyai kemahiran motivasi yang baik adalah individu yang produktif
dan efektif. Ini boleh dilihat pada setiap tugasan yang dilakukan. Selalunya individu yang
bermotivasi dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan dapat meyelesaikan sesuatu
tugasan dengan baik. Selain itu motivasi yang bersifat kosisten akan melahirkan invidu yang
bukan sahaja menepati masa malah bertanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan.
Sebagai contoh seorang guru yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk mendidik para
pelajarnya akan berusaha gigih bagi memastikan kejayaan para pelajarnya. Salah satu eleman
penting dalam kebolehan meningkatkan motivasi ini ialah menjadikan individu itu lebih afektif
di mana kesungguhan dan kecekapan dalam melaksanakan kerja dapat menghasilkan sesuatu
yang boleh dibanggakan.

Emphati (empathy)

Kecerdasan emosi juga turut melihat dari segi perspektif kebolehan mengenal emosi
orang lain. Kesedaran sendiri emosi orang lain adalah asas “kemahiran manusia”. Seseorang
yang ada perasaan empati kerapkali mudah merasakan perasaan orang lain. Setiap insan yang
bergelar manusia harus mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan selain memahami
keadaan orang lain. Tanpa perasaan empati tidak wujud tolak ansur antara satu sama lain dan
seterusnya menyukarkan lagi hubungan sesama insan. Dalam konteks dunia pendidikan seorang
guru perlu mempunyai perasaan empati yang tinggi dalam membantu para pelajar menjadi
pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah unggul dari segi sahsiah diri.

Kecerdasan emosi dari segi kebolehan menjalin hubungan persaudaraan turut menjadi
kayu pengukur kepada tahap kecerdasan sesorang individu. Ini kerana seni persaudaraan antara
manusia amat penting. Kecerdasan emosi juga dihubungkait dengan keberkesanan
kepemimpinan. Kecerdasan ini merujuk kepada kemampuan pemimpin untuk menghubungkan
emosi dengan penyebab, menggunakan emosi untuk membina penyebab dan penyebab kepada
kesejahteraan emosi (Mayer & Salovey, 1997). Dengan lain perkataan, EI merupakan 'bekas'
untuk meneruskan kemampuan kognitif manusia Untuk melahirkan invidu yang mempunyai
gaya kepimpinan yang tinggi, seseorang itu perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
khususnya dalam membina hubungan yang positif dengan individu lain. Interaksi sosial yang
baik perlu kosisten dan dari segi ruang lingkupnya diperluaskan dari masa ke semasa dalam
usaha mempertingkatkan gaya kepimpinan yang lebih afektif. George dan Bettenhausen (1990)
dan George (1995) meneliti beberapa faedah yang diperolehi daripada emosi. Pemimpin yang
mempunyai emosi yang positif dapat mempengaruhi keberkesanan dalam kepemimpinan. Emosi
yang positif akan mendorong kepada pemprosesan informasi yang sistematik dan berhati-hati
dan akan memberi kelebihan sekiranya seseorang pemimpin berhadapan dengan masalah yang
kompleks dan berisiko tinggi (Sinclair & Mark, 1992).

Manakala Goleman (1995) telah membincangkan kecerdasan emosi dalam lima


komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua
komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri
sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan
membina hubungan yang positif, ini akan dibincangkan dalam kemahiran sosial. Komponen
pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah
keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional,
mempunyai penilaian yang realistik serta mempunyai keyakinan diri sendiri yang kukuh. Tiga
subkompetensi yang dikenalpasti ialah fkesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan
keyakinan kendiri.

Komponen kedua ialah kebolehan mengatur emosi serta keupayaan menangani


kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal. Terdapat lima subkompetensi iaitu
kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi. Bagi Goleman, mereka yang
cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dengan dapat menggiatkan lagi
kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan dapat mengawal sesuatu
keinginan yang mendesak. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa peraturan emosi diri
sendiri yang baik dapat membantu seseorang mengawal perasaan kebimbangan, kemarahan dan
dorongan dari melakukan tingkah laku yang tersasar. Disamping itu, ia juga berkeupayaan
mengembalikan emosi ke arah yang lebih positif setelah berhadapan dengan sesuatu ujian atau
halangan.

Komponen ketiga ialah berkaitan dengan keupayaan untuk menggerakkan dan


mendorong diri sendiri untuk bertindak atau disebut sebagai motivasi. Terdapat empat
subkompetensi yang berkaitan iaitu dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme.
Individu yang mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak, mengambil inisiatif dan
berusaha ke arah pencapaian matlamat hidup. Kebolehan ini membantu seseorang itu untuk
meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya bangkit dari kegagalan.

Seterusnya, komponen keempat dalam model Goleman ialah empati iaitu keupayaan
untuk memahami dan merasai apa yang orang lain rasakan serta dapat mewujudkan hubungan
yang baik dengan setiap lapisan masyarakat. Selain itu, kanak- kanak yang berusia dua tahun
sudah mula dapat memahami perasaan teman yang sedang menangis. Keupayaan dan
kemahiransedemikian boleh membantu seseorang mewujudkan suasana hubungan yang baik
dengan semua orang. Kemahiran ini dapat memberikan panduan kepada seseorang mengenai
perbuatan, tutur kata dan perasaan yang akan disusuli kemudian.

Komponen kelima ialah kemahiran sosial iaitu melibatkan pengendalian emosi bagi
mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik. Seseorang yang cerdas dikatakan
berupaya mengurus dan memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat. Kebolehan ini
akan dapat membantu seseorang berinteraksi dengan baik.

Kecerdasan emosi guru dan kaitan secara langsung dengan pencapaian akademik pelajar

Kajian tentang kecerdasan emosi guru yang dikaitkan secara terus dengan pencapaian
akademik para pelajar masih kurang dibincangkan. Atas inisiatif bersama, penyelidik cuba
merungkai sejauh mana kecerdasan emosi seseorang guru itu, turut mempengaruhi pencapaian
akademik para pelajarnya. Umumnya kajian sebelum ini banyak menyebut kaitan kecerdasan
emosi guru dengan motivasi, kualiti bekerja, kepimpinan dan sebagai. Maka kajian ini akan
menjawab benarkah kecerdasan emosi guru turut mempengaruhi pencapaian akademik
pelajarnya. Umumnya guru digalakkan untuk menguasai apa yang dikatakan sebagai kecerdasan
emosi. Masalah hubungan pelajar dengan guru hari ini dilihat semakin hari semakin berantakan,
pelajar sudah berani memukul, memeras ugut, mencederakan, merosakkan harta benda guru dan
sebagainya. Sikap negatif ini boleh ditangani dengan baik sekiranya guru mempraktikkan amalan
kecerdasan emosi dalam kehidupan seharian. Perubahan sikap yang negatif kepada yang lebih
positif dikalangan pelajar mungkin akan turut mempengaruhi peningkatan pencapaian akademik
para pelajar.

Dalam kajian yang dilakukan menekankan aspek kecerdasan emosi sangat penting dalam
usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Banyak dalam kajian menyatakan
kecerdasan emosi dalam diri individu dapat mempertingkatkan kualiti hidup seseorang. Seperti
kajian yang dilakukan oleh Iskandar, Rohaty Mohd Majzub, Zuria Mahmud (2009) menekankan
aspek pentingnya kecerdasan emosi dikalangan pensyarah. Kajian ini telah mendapati bahawa
domain-domain dalam kecerdasan emosi yang menyumbang kepada komitmen pekerjaan ialah
motivasi kendiri, kesedaran kendiri, kematangan, dan kerohanian juga mempunyai sumbangan
yang signifikan kepada komitmen pekerjaan pensyarah. Bagaimanapun, satu dapatan menarik
ialah kemahiran sosial merupakan penyumbang utama kepada komitmen pekerjaan kepada
pensyarah-pensyarah yang dikaji. Oleh kerana skor domain kemahiran sosial paling rendah
dalam domain-domain kecerdasan emosi, terdapat keperluan untuk pensyarah-pensyarah ini
memperbaiki kemahiran sosial supaya sama taraf dengan domain-domian lain dengan harapan ia
dapat meningkatkan komitmen pekerjaan mereka.

Selain itu, kajian ini turut mengaitkan prestasi para pensyarah dapat memberi satu
anjakan paradigma dalam mayarakat. Sekiranya pensyarah tersebut dapat menguasai domaian
kecerdasan emosi adalah lebih mudah untuk membawa masyarakat itu kepada keadaan yang
lebih positif, merujuk kepada kemajuan dari segi fizikal dan mental. Dalam erti kata lain
pensyarah adalah medium atau agen perubahan kepada masyarakat. Relevannya kajian ini
sekiranya ia dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar dan kecerdasan emosi para guru
ialah pensyarah mempunyai peranan yang sama dengan guru, iaitu bertangungjawab mendidik
anak bangsa maka penguasaan eleman kecerdasan emosi adalah kondusif dalam membina
kejayaan pelajar. Menurut mereka lagi, Pendidik yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi
lebih terbuka untuk berkomunikasi dan menerima pandangan orang lain, mesra, dan dapat
memberi sokongan kepada rakan sekerja. Kemahiran sosial yang baik boleh membantu
pensyarah mengawal emosi pensyarah dalam persekitaran kerja yang sentiasa dinamik.
Walaupun ahli akademik berada dalam posisi yang memberikan mereka ‘kuasa
akademik’ yang menyebabkan mereka dipandang tinggi oleh pelajar, kuasa ini tidak sepatutnya
dijadikan sebab kenapa mereka tidak boleh mengaplikasikan kemahiran sosial semasa bersama
pelajarnya.

Dalam perbincangan yang lain pula, kajian yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Azizi
Hj. Yahaya Yusof Boon (2005), mengatakan dimensi pengawalan emosi mempunyai hubungan
yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Para pelajar yang mempunyai keupayaan
mengawal emosi tidak akan bertindak secara gopoh. Mereka lebih tabah dan tenang dalam
menjalankan tugasan. Keupayaan mengawal emosi membolehkan pelajar menghadapi
pembelajaran dengan lebih baik tanpa dipengaruhi unsur-unsur kerisauan, takut gagal atau tidak
yakin pada diri. Bagi dimensi kecerdasan emosi motivasi, kajian menunjukkan dimensi motivasi
mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Para pelajar yang
mempunyai motivasi akan mempunyai dorongan untuk berjaya. Mereka lebih berkeyakinan
dalam melakukan tindakan. Bagi dimensi kecerdasan emosi empati kajian menunjukkan dimensi
empati dapat member peningkatan kepada pencapaian akademik pelajar. Para pelajar yang
mempunyai empati adalah sensitif terhadap persekitaran dan boleh menyesuaikan diri dengan
suasana seperti gembira, mesra, marah, sedih atau sakit hati. Para pelajar ini akan lebih disenangi
oleh rakan dan akan mewujudkan suasana gembira untuk menghadapi pembelajaran yang secara
tidak langsung meningkat pencapaian akademik. Bagi dimensi kecerdasan emosi kemahiran
interpersonal kajian menunjukkan dimensi kemahiran interpersonal mempunyai hubungan yang
signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Para pelajar yang mempunyai kemahiran
interpersonal lebih pandai bersosial. Mereka tidak akan menghadapi kesukaran dalam
menjalinkan hubungan dengan rakan sebaya, selalu bertindak secara positif dan akan membantu
dalam pencapaian akademik yang baik.
Dalam kajiannya juga ada menegaskan seorang pendidik perlu mempunyai kemahiran
untuk mengeksploitasi kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap dimensi kecerdasan emosi
pelajar. Oleh sebab kecerdasan emosi merupakan satu sifat yang boleh dipupuk dan
dikembangkan, guru perlu ada pengetahuan tentang kecerdasan emosi agar dapat membantu
meningkatkan kecerdasan emosi pelajarnya. Guru hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar
tentang strategi mengendali masalah emosi, cara bekerjasama dengan orang lain, membantu
pelajar mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pada dirinya. Apabila pelajar berupaya
mengawal emosi mereka akan dapat memberikan penumpuan terhadap proses pembelajarannya.
Pendidik hendaklah mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan seperti mengadakan
perbincangan kumpulan supaya pelajar boleh berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti ini
memberi peluang kepada pelajar mengetahui perasaan rakan dan mendapat maklum balas
terhadap tindakan yang diambil iaitu perasaan empati. Pelajar yang mempunyai empati lebih
mudah memenuhi permintaan dan kehendak pendidik serta memberi tindak balas dengan segera.

Sekiranya guru itu sendiri mempraktikkan kecerdasan emosi dalam diri masing-masing
secara tidak langsung dapat memberi contoh yang baik kepada pelajarnya untuk turut sama
menjadikan kecerdasan emosi sebagai medium untuk menjadi orang yang berjaya, bukan sahaja
dalam konteks akademik tetapi turut mendidik pelajar menjadi individu yang komited,
bertangungjawab, mempunyai semangat juang yang tinggi,sensitif dengan kepayahan orang lain,
amanah dan tolak ansur apabila berada dalam dunia pekerjaan kelak.

Penemuan dalam kajian lain pula, berkaitan kecerdasan emosi guru dan hubungannya
dengan pencapaian akademik dimana, Noriah Mohd. ishak, Ramlee Mustapha, Siti Rahayah
Ariffin & Syed Najmuddin Syed Hassan (2003) menyebut penerapan nilai kecerdasan emosi
dikalangan pendidik adalah penting berikutan guru juga turut di bebankan dengan tugas
pengurusan yang lain. Oleh yang demikian guru perlu bijak menguruskan setiap tugas yang telah
diamanahkan supaya kualiti kerja seiring dengan kecermelangan pencapaian pelajarnya. Kajian
ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dan nilai
kerja di kalangan guru MRSM walaupun kekuatan hubungan tersebut adalah di peringkat
sederhana. Ini boleh diinterpretasikan bahawa guru yang mempunyai kecerdasan emosi yang
baik juga menunjukkan prestasi kerja yang baik terutamanya di kalangan guru-guru yang baru
berkhidmat kurang dari sepuluh tahun. Kajian ini mempunyai impak yang besar kepada dasar
pendidikan guru di mana latihan kecerdasan emosi untuk guru-guru perlu diperkenalkan di dalam
kurikulum pendidikan guru di Malaysia.

Apa yang menarik di dalam kajian ini ada menyatakan Kajian-kajian tentang kecerdasan
emosi banyak dijalankan di Barat tetapi amat kurang di Malaysia. Tinjauan literatur yang
dijalankan menunjukkan bahawa kajian berhubung dengan kecerdasan emosi tertumpu kepada
kecerdasan emosi pelajarpelajar (Inday 2000; Noriah et al., 2000). Hanya beberapa kajian,
contohnya, Mohd Najib Ghaffar (2000) yang memberi tumpuan terhadap kestabilan emosi guru.
Kajiankajian di luar negara (Polloway et al., 2001; Skovholt & D’Rozario 2000) menunjukkan
kestabilan emosi guru mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan kajian
kecerdasan emosi di Malaysia terutamanya kajian ke atas guru . jJadi, sudah tiba masanya kajian
tentang kecerdasan emosi guru dilakukan supaya program pembaik pulih atau intervensi dapat
dijalankan.

Rata-rata kajian menekankan pentingnya kecerdasan emosi di serapkan dalam diri setiap
individu, lebih-lebih lagi jika mereka berada dalam dunia pendidikan. Membuktikan dengan
guru maka lahirlah seorang doktor, jurutera, saintis dan sebagainya. Sudah menjadi tugas guru
dalam memastikan matlamat tercapai untuk mendidik pelajar menjadi orang yang cemerlang dari
segi akademik dan sahsiah diri. Pendapat ini turut di sokong oleh Zamri Mahamod dan rakan-
rakan (2010), Guru yang mempunyai hubungan baik dengan pelajar boleh membimbing dan
membantu mereka dalam pencapaian akademik. Selain itu, sikap mesra guru kepada pelajar juga
akan dapat menarik minat mereka untuk belajar. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
motivasi dan sikap pelajar untuk belajar. Dalam kajian nya turut menyatakan Guru juga perlu
bijak mengawal emosi diri dengan mengkaji situasi persekitaran pelajar supaya menimbulkan
minat pelajar dalam mata pelajaran yang diajarkan.rumusan terhadap kajian ini didapati bahawa
profil kecerdasan guru pelatih bidang bahasa adalah pada tahap sederhana. Maknanya,
kecerdasan emosi pada tahap sederhana untuk masa hadapan akan memberikan kesan kepada
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini adalah kesan tidak langsung
daripada proses
pendidikan pada peringkat universiti. Tahapan emosi guru-guru pelatih pada tahap sederhana
mustahil nanti akan menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai