Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Tongkul 2002
LIPATAN
Geometri dan Pengelasan Lipatan
Lipatan boleh berbentuk secara terbuka dan landai hingga ke sangat ketat dan
berlaku secara berasingan atau berkumpulan.
Rabung – Crest; Palung – Trough; Sayap – Limb; Engsel – Hinge; Garis Engsel –
Hinge Line; Paksi Lipatan – Fold Axis; Garis Paksi – Axial Line;
Satah Paksi – Axial Plane; Tunjaman – Plunge; Lipatan Menunjam – Plunging Fold;
Arah rebahan lipatan tidak simetri – Vergence;
Jenis Lipatan
Pengelasan Lipatan
Antara yang lebih terkenal adalah pengelasan John Ramsay, di mana beliau
menggunakan isogon sebagai petunjuk secara tidak bias kelas lipatan tertentu.
Isogon adalah garis yang menyambung titik pada sayap lipatan yang
mempunyai kemiringan yang sama. Taburan garis isogon ini samada selari,
mencapah atau menumpuh menjadi asas pengelasan ini.
Mekanik Lipatan
Perlipatan dipengaruhi oleh suhu, tekanan, cecair dan sifat badan batuan
(komposisi, tekstur dan sifat setiap lapisan).
Pembengkokkan boleh berlaku bila ada objek tertentu (seperti intrusi batuan
igneus, struktur dupleks) berada di bawah sesuatu lapisan.
Pemampatan/Pemendekkan (buckling) melibatkan arah canggaan yang selari
dengan perlapisan. Pada suhu yang rendah, buckling disertai oleh gelincir
fleksur.
Lipatan Kompleks
Lipatan kompleks berlaku apabila satu set lipatan ditindih oleh satu atau lebih
set lipatan baru, samada akibat arah daya yang sama atau berlainan.
Bentuk lipatan bertindih ini adalah berkaitan dengan orientasi kedua-dua set
lipatan itu dan juga sifat fizikal batuan yang tercangga.
Dua episod perlipatan boleh dipisahkan oleh masa beberapa saat sahaja atau
berjuta tahun, atau berlaku secara berterusan.
Ia berlaku bila dua set lipatan tegak bertemu atau berinteraksi pada sudut besar.
Ia berlaku bila lipatan yang dengan paksi permukaan miring (e.g. lipatan isoklinal)
dan lipatan dengan paksi permukaan tegak (e.g. lipatan tegak) bertemu/berinteraksi
pada sudut yang besar.
Ia berlaku bila lipatan isoklinal yang ketat dilipat semula pada paksi yang sama, pada
berbagai skala.
Kombinasi ketiga-tiga jenis di atas juga boleh berlaku. Satu jenis boleh
bertukar secara beransur-ansur ke jenis yang lain.
Lipatan yang bertindih ini penting untuk menentukan sejarah canggaan sesuatu
kawasan.