Anda di halaman 1dari 21

3 Rahsia Keyakinan Diri

  Pembuka kata  

Beberapa minggu lalu saya ada ceritakan tentang hasrat


saya untuk berkongsi beberapa tips mengenai keyakinan
diri. Keyakinan diri yang saya maksudkan bukan sahaja
keyakinan untuk berdiri di depan khalayak ramai, malah
keyakinan diri untuk buat sesuatu yang baru, menghadapi
cabaran dan mencipta kejayaan.

Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang asas perlu


dimiliki oleh semua orang. Ada banyak keadaan atau situasi
yang boleh menggugat keyakinan diri kita. Contohnya
kalau kita selalu gagal atau pernah gagal, kita akan takut
untuk mencuba. Ini menunjukkan keyakinan diri kita untuk
menebus kegagalan itu adalah teralu rendah atau langsung
tidak ada.

Ada orang yang selalu diejek dan diperlekehkan. Ini


membuat mereka rasa rendah diri, tidak percaya kepada
kebolehan diri sendiri malah membenci diri mereka sendiri.

Ada orang yang terlalu selesa berada di dalam kawasan


yang selamat bagi mereka. Jika mereka tidak pernah
bersuara dalam mesyuarat atau perbincangan, mereka kekal
tidak bersuara dan hanya memendamkan pendapat mereka.
Jika mereka tidak pernah berniaga, mereka kekal makan
gaji walaupun mereka sudah lihat 1001 sebab mengapa
perniagaan boleh membantu mereka mencapai apa sahaja
yang mereka inginkan.
Ada orang yang banyak idea tetapi tidak berani untuk
menulis disebabkan bimbang karyanya tidak disukai orang.
Keyakinan diri orang begini sangat rendah hingga dia
sendiri memandang rendah terhadap karyanya sendiri.

Ada orang yang tidak pernah mengecap kejayaan besar


yang boleh dibanggakan.  Lalu mereka sangka kejayaan
bukanlah untuk mereka. Dalam erti kata lain, mereka
seolah-olah percaya mereka telah lahir untuk gagal.

Insyaallah, minggu depan saya akan mula kongsikan


beberapa tips keyakinan diri yang biasa saya kongsikan
bersama peserta program saya. Malah saya juga ada
lakukan sedikit kajian tambahan untuk kongsikan bersama
anda beberapa tips dan petua untuk meningkatkan
keyakinan diri. Minggu depan, kita akan mulakan dengan 3
rahsia keyakinan diri.  Mengapa saya kata rahsia?
Kerana…….. kita tunggu minggu depan.

 
  Rahsia 1  

Mungkin ada
berpuluh-puluh
atau beratus-
ratus rahsia
keyakinan diri. 
Namun saya
mahu berkongsi
3 rahsia
keyakinan diri
yang saya
amalkan selama ini. Bagi saya, dengan keyakinan diri, kita
akan mampu menghadapi apa jua cabaran, berani
meluahkan pendapat atau pandangan di hadapan sesiapa
sahaja dan mampu mencabar kebolehan dan keupayaan diri
kita sendiri ke tahap yang lebih hebat.

Jika anda tidak pernah dengar tentang 3 rahsia ini, jangan


bimbang. Ini kerana ia ditulis oleh saya sendiri berdasarkan
pemerhatian, pembacaan dan pengalaman saya sendiri. Jadi
besar kemungkinan anda belum pernah membacanya di
mana-mana.

Mari kita mulakan dengan rahsia yang pertama.

“Rahsia pertama - Orang lain tidak tahu yang anda tidak


yakin.”  Hmm..apa maksudnya.

Begini, apabila anda rasa tidak yakin dengan diri anda


terutamanya semasa berucap di depan khalayak ramai,
semasa menghadiri temuduga, semasa berdepan dengan
‘boss’, semasa bermesyuarat, semasa menduduki
peperiksaan dan sebagainya, orang lain tidak tahu yang
anda sedang tidak yakin. Mereka lihat anda seperti biasa
sahaja.

Mengapa anda perlu tahu perkara ini? Jika anda rasa orang
tahu atau nampak yang anda tidak yakin…..  rasa berdebar,
gugup dan gementar anda akan menjadi-jadi. Padahal,
orang lain tidak sedar keadaan anda itu. Saya beri satu
contoh.

Katakan Ahmad sedang menghadiri satu temuduga terbuka.


Semasa sampai di tempat temuduga, Ahmad lihat ramai
graduan yang berpakaian
segak dan kemas
bersedia untuk temuduga
tersebut. Ahmad merasa
berdebar. Semangat dan
keyakinan dirinya sangat
rendah ketika itu.
Apabila Ahmad
melihat graduan lain
kelihatan begitu yakin
sekali, Ahmad merasa
rendah diri. “Kenapa
semua orang nampak hebat dan yakin sedangkan aku takut
macam nak pengsan ni?”

Perasaan itu membuat keyakinan diri Ahmad semakin


menurun dan perasaan gementarnya semakin menjadi-jadi.
Ahmad rasa seolah-olah semua orang boleh lihat wajahnya
yang cemas dan gayanya yang tidak yakin. Akhirnya,
Ahmad gagal menjawab soalan temuduga dengan baik dan
gagal mendapat pekerjaan tersebut. Cerita tamat.

Berdasarkan cerita ini, saya ada soalan untuk anda.

 Soalan pertama, adakah benar orang lain boleh


melihat dalaman diri anda yang tidak yakin?
 Soalan kedua, bagaimanakah rahsia pertama ini
dapat membantu anda?

 
Rahsia 1.1

Sudahkah anda fikirkan mengenai soalan saya semalam?


Adakah ada pasti dengan jawapan itu atau masih ada rasa-
rasa ragu? Hmmm… mari saya kongsikan jawapan saya
sendiri.

Soalan pertama: Adakah benar orang lain


boleh melihat dalaman diri anda yang
tidak yakin? Saya percaya bahawa orang
lain tidak nampak jika anda sedang tidak
yakin. Rasa tidak yakin tidak mudah
kelihatan sebenarnya. Sebagai contoh, jika
anda lihat penyanyi yang bakal membuat
persembahan, mereka selalunya kelihatan
tenang dan yakin padahal banyak ketikanya
mereka rasa sangat berdebar, gementar dan
   
takut. Begitu juga jika anda lihat
penceramah atau ‘trainer’ professional
sebelum mereka berikan ceramah. Mereka kelihatan yakin
dan tenang walaupun dalam diri mereka ada sedikit rasa
bimbang (jika tidak dapat berikan ceramah yang baik) atau
takut (jika ceramah tidak mendapat sambutan).

Oleh kerana sukar untuk orang lihat rasa tidak yakin diri
kita, kita secara normalnya akan kelihatan seperti orang
yang yakin. Jika kita berada di dalam mesyuarat atau
hendak memberi ucapan, ingat bahawa orang tidak nampak
rasa tidak yakin diri kita itu. Jadi, berlagaklah seperti orang
yang yakin.

Saya masih ingat pengalaman saya menghadiri temuduga


untuk bekerja dengan PriceWaterHouseCoopers Chartered
Accountant (Sebuah Syarikat Perakaunan terbesar di
dunia) pada tahun 2000. Ketika saya sampai di tempat
temuduga, saya lihat lebih seratus graduan (hampir 200
sebenarnya) ada di sana. Mereka berpakaian sangat segak,
kemas dan hebat. Majoritinya ialah graduan berbangsa Cina
kerana jawatan ini banyak disandang oleh mereka. Entah
kenapa saya terus rasa rendah diri, takut dan gementar.
Rasa kerdil sungguh diri saya ini (walaupun saya berbadan
besar ) dan rasa seperti tidak ada harapan untuk berjaya.
Namun, saya sebaik mungkin cuba menyorokkan rasa takut
dan gementar itu.

Setelah tamat 3 peringkat temuduga, saya adalah antara 26


graduan yang berjaya mendapat pekerjaan. Semasa kursus
induksi, saya berbual dengan beberapa sahabat baru
terutamanya yang berbangsa Cina. Saya beritahu mereka
“korang ni semua masa temuduga nampak menakutkan
betul. Nampak betul-betul macam eksekutif yang dah ada
pengalaman bertahun-tahun. Rasa macam tak ada harapan
je nak dapat kerja ni.”

Apa yang menariknya ialah mereka ceritakan bahawa


mereka juga rasakan perkara yang sama iaitu takut,
gementar dan rendah diri. Padahal saya
langsung tidak nampak itu semua. Lebih
memeranjatkan saya, hampir semua kawan-
kawan saya itu berkata (lebih kurang macam
ni) ”I tengok muka you  lagi menakutkan la
Osman. I ingat you ni memang manager kat
sini!”

Tergelak saya mendengar komen itu. Di situ


saya faham bahawa “kalau kita rasa rendah
diri apabila melihat kehebatan orang lain,
dalam masa yang sama mungkin orang juga
sedang merasa rendah diri semasa melihat kehebatan diri
kita.” Jadi, mengapa perlu takut dan rasa tidak yakin?

Jadi, pengajaran pertama yang perlu kita ingat ialah


walaupun kita sedang merasa begitu berdebar dan kurang
keyakinan diri, jangan terlalu risau.  Orang lain tidak dapat
melihatnya. Jika kita berlagak bersahaja, orang pasti
nampak yang kita adalah orang yang yakin dan
bersemangat tinggi.

Namun pasti ada yang tidak berpuas hati dengan pendapat


saya ini. Kata mereka “Habis, yang tak yakin sampai
menggeletar, menggigil dan tergagap-gagap tu, takkanlah
orang tak nampak?” Hmmmm…..  apa pendapat anda?

 
  Rahsia 1.2  

Bagaimana dengan soalan saya semalam? Sudahkah anda


fikirkan?

Saya tidak nafikan bila kita rasa terlalu tidak yakin dan
takut, ia boleh kelihatan melalui gerak-geri tubuh kita.
Tangan kita mungkin menggeletar, suara tersekat-sekat dan
fikiran rasa bercelaru. Namun, ini semua selalunya
disebabkan rasa tidak yakin itu terlalu menguasai diri kita.

Jika kita rasa takut dan tidak


yakin, kemudian kita asyik
fokuskan fikiran kita ke arah
itu, rasa itu akan semakin
kuat dan menjadi-jadi. Kalau
kita takut nak bercakap di
depan khalayak ramai dan
takut jika kita nampak
menggeletar, perasaan itu
akan semakin menjadi-jadi.
Akibatnya, keluarlah semua
masalah yang kita sebutkan
tadi.

Apa yang ingin saya katakan melalui rahsia pertama ini


ialah orang tidak nampak yang kita tidak yakin, kecuali….
jika kita sendiri yang menunjukkannya dengan jelas.

Begini, bila kita berhadapan dengan situasi yang boleh


membuat kita rasa takut dan tidak yakin, tarik nafas dalam-
dalam dan fikir, “orang lain nampak aku ‘confident’ dan
bersemangat!” . Bila kita buat begini, kita akan jadi lebih
tenang. Fokuskan kepada cara berfikir begini.
Dalam masa yang sama, jika
kita ada masalah tangan
menggeletar (yang tidak boleh
kita kawal), elakkan daripada
membuat aktiviti yang boleh
menampakkan tangan kita
yang menggeletar itu. Cuba
sorokkan tangan yang
menggeletar itu dengan cara
yang tidak terlalu kelihatan
(seperti letak dalam poket dan
gerakkan sekali-sekala
mengikut mesej yang disampaikan). Satu perkara lagi, jika
kita ada masalah tangan menggeletar ketika bercakap di
hadapan khalayak ramai, janganlah pegang kertas atau
objek yang boleh nampak jelas ‘getarannya’. Kalau nak
guna microphone pun, cuba usahakan supaya ada tempat
letaknya. Jadi kita tidak perlu pegang.

Masalah menggeletar ini selalunya boleh diatasi dengan


latihan dan percubaan yang berterusan. Percaya atau tidak
saya sendiri ada masalah ini sebelum ini. Apabila saya
praktikkan cara ini dan terus membuat latihan dan
persembahan, ‘tangan menggeletar’ itu hilang dengan
sendirinya.

Selamat mencuba.

Rahsia 1.3

Dalam posting yang lepas, saya telah berikan dua soalan


mengenai keyakinan diri. Soalan-soalan itu ialah
   
 Soalan pertama, adakah benar orang lain boleh
melihat dalaman diri anda yang tidak yakin?
 Soalan kedua, bagaimanakah rahsia pertama ini
dapat membantu anda?

Saya telah bincangkan


mengenai soalan pertama. Mari
kita bincangkan mengenai
soalan kedua. Mengapa dengan
mengetahui bahawa orang lain
tidak dapat melihat yang anda
tidak yakin boleh membantu
meningkatkan keyakinan diri
anda? Hmmm…. berbelit-belit
pula rasanya ayat ini.

Begini. Apabila kita rasa tidak


yakin diri, kita rasa lemah,
malu dan tidak dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri
kita. Lebih buruk lagi, kita akan rasa seolah-olah satu dunia
dapat melihat kelemahan diri kita. Ini membuat keyakinan
diri kita semakin jatuh. Hakikatnya, orang lain tidak dapat
melihat kelemahan dan rasa tidak yakin itu tadi. Jadi
dengan menyembunyikan rasa tidak yakin itu sahaja, kita
akan terus kelihatan sangat yakin dan bersemangat!

Ini adalah beberapa perkara yang perlu kita ingat jika kita
sedang merasa tidak yakin.

 Jangan sebut atau beritahu orang yang kita tidak


yakin, tidak pandai atau tidak hebat. Contohnya, jika
kita sedang memulakan ucapan, jangan mulakan
dengan “Saya sebenarnya tak berapa bersedia ni,
baru disuruh buat presentasi ni semalam”, atau
“maafkan saya, bahasa Inggeris saya teruk sikit”.
Tujuan kita kata begini selalunya ialah untuk
melindungi diri kita agar orang faham kenapa
ucapan atau presentasi kita tidak bagus. Tetapi apa
yang buruknya, selepas berkata demikian, orang lain
akan segera nampak rasa tidak yakin diri kita itu.
Malah, orang lain akan mula mencari kelemahan
dan kekurangan dalam ucapan dan presentasi kita.
 Apabila kita rasa
tidak yakin semasa
belajar,
mengulangkaji atau
semasa menghadapi
peperiksaan, jangan
bercakap tentang
rasa tidak yakin itu.
Berlagak atau
berlakon seperti
yang kita sedang
merasa yakin
(kenang kembali
pengalaman di mana kita merasa yakin dan tiru
semula apa rasanya semasa yakin itu). Apa yang
kita buat ini akan menimbulkan rasa yakin dalam
diri lalu meningkatkan kebolehan kita untuk
mengulangkaji atau menjawab soalan peperiksaan.

 Jangan asyik ingatkan diri kita bahawa kita tidak


yakin. Saya selalu mendapat soalan daripada pelajar
atau orang dewasa mengenai masalah yang mereka
rasa tidak yakin dengan kebolehan diri mereka. 
Mereka ini berulang-ulang kali mengatakan bahawa
mereka tidak yakin. Sedar atau tidak, bila kita kata
kita tidak yakin, kita sedang mengarahkan minda
kita untuk merasa tidak yakin. Jadi…… betul-betul
lah tidak yakin rasanya.

Mulai hari ini, setiap kali kita rasa tidak yakin, jangan sebut
kuat-kuat. Bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan
bayangkan bagaimana agaknya rupa dan kelakuan kita
kalau kita sedang merasa yakin. Ini akan melatih minda kita
supaya fokus kepada keadaan keyakinan diri yang tinggi.
Selamat mencuba.

 
  Rahsia 2  

Rahsia keyakinan diri yang kedua ialah ‘keyakinan diri


boleh dilatih dan dipupuk’. Hmm…. apa maksudnya?
Biasanya apabila seseorang
mengeluh tentang keyakinan
diri mereka yang rendah,
mereka seolah-olah rasa
bahawa sifat itu diwarisi
daripada ibu bapa.  Jika kita
datang daripada keluarga
yang bahagia, berjaya dan
hebat, kita akan mempunyai
semangat dan keyakinan diri
yang tinggi. Begitu juga
sebaliknya. Benarkah begitu?
(Tentu anda teka tidak benar kan? Tetapi apa buktinya?)

Sebagai contoh, disekeliling kita banyak kisah di mana


seorang penceramah atau ketua yang hebat bermula
daripada seorang yang sangat lemah semangat dan tidak
berkeyakinan. Saya ada kenal beberapa trainer dan
personaliti yang pada zaman kanak-kanak dan remaja
sangat pemalu dan tidak yakin diri. Tetapi, mereka bertukar
menjadi seseorang yang hebat, petah berkata-kata dan jelas
dalam menyampaikan mesej mereka.

Kita perlu ingat bahawa keyakinan diri adalah sama seperti


kemahiran lain yang boleh kita kuasai. Jika kita mahu
pandai tunggang basikal, kita
mesti berlatih dan terus
mencuba kan? Kalau kita mahu
pandai memasak kita kena
selalu memasak kan? Begitu
juga dengan keyakinan diri.
Semakin kita berlatih untuk
meningkatkan keyakinan diri,
semakin tinggi tahap keyakinan
diri kita.

Berita baik yang kita boleh perolehi daripada rahsia kedua


ini ialah jika kita sekarang ada masalah keyakinan diri, ia
boleh diatasi dan diselesaikan. Maksudnya, tahap keyakinan
diri kita boleh ditingkatkan.

Jadi hari ini jerit kuat-kuat dalam hati kita, “Aku pun ada
keyakinan diri yang tinggi jugakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!”
 

 
  Rahsia 2.1  

Setelah kita tahu rahsia bahawa keyakinan diri boleh dilatih


dan dipupuk, apakah yang patut kita lakukan? Banyak
perkara.

 Pertama,
teruskan
mencuba
dan
mencuba.
Kalau kita
tidak yakin
hendak
bersuara,
cuba
bersuara.
Dalam masa yang sama, walaupun ada rasa takut,
biarkan sahaja dan kawal rasa takut itu dengan fokus
kepada apa yang kita mahukan. Contohnya jika kita
rasa takut hendak berucap, kawal rasa takut dengan
fokus kepada memori yang menggembirakan dan 
mungkin juga kita boleh fokus kepada wajah-wajah
yang ceria di hadapan kita.

 Akui kelemahan (kepada diri sendiri, bukan dengan


menyebutnya di depan orang lain) dan cari jalan
untuk mengubahnya. Contohnya, semasa hendak
berucap di depan khalayak ramai, kita akan rasa
takut dan rendah diri kerana takut dikutuk atau
diketawakan. Kita
bimbang orang nampak
kelemahan kita. Nasihat
saya, jangan bimbang
orang lihat kelemahan
kita. Sebaliknya, selepas
tamat berucap (jangan
tanya semasa baru mula
berucap atau sedang
membuat ucapan), tanya
pendapat orang yang mendengar ucapan kita tentang
perkara-perkara yang boleh kita majukan. Walaupun
komen begini selalunya menyakitkan hati dan
telinga, ia sangat hebat untuk menolak kita terus
maju jauh ke depan.

 Cari sebanyak mungkin peluang untuk melatih dan


mengawal rasa tidak yakin. Rasa takut dan tidak
yakin diri boleh menyerang sesiapa sahaja tidak
mengira kebolehan atau pengalaman. Saya sendiri
walaupun sudah banyak pengalaman bercakap di
khalayak ramai, pada situasi tertentu masih merasa
begitu berdebar dan kurang keyakinan diri. Namun
saya terus berlatih dan belajar untuk mengawal
perasaan itu semua dengan membayangkan
kesudahan yang saya mahukan. Jika saya mahu
ucapan saya berakhir dengan tepukan yang kuat,
saya akan fokus kepada bayangan itu. Jika saya
mahu ‘training’ saya berakhir dengan peserta datang
mengucapkan tahniah atau memberi testimoni yang
baik, saya akan fokuskan kepada bayangan itu juga.
Hasilnya, rasa tidak yakin berkurangan dan
bayangan itu menjadi kenyataan.

Selamat mencuba.

 
  Rahsia 2.2  

Rahsia 2.2 ini ialah satu rahsia dalam rahsia. Hmmm…


seronok pula dengar bunyinya. Apakah yang saya
maksudkan dengan rahsia dalam rahsia?
Begini. Semasa kita
berlatih untuk memupuk
semangat dan keyakinan
diri, kita akan mula-mula
sekali hadapi banyak
kegagalan. Kita akan
hadapi pelbagai
rintangan yang boleh
menjatuhkan semangat
dan keyakinan diri kita.
Contohnya, dalam usaha
menjadi seorang trainer
atau ‘public speaker’,
kita dicemuh, dikutuk
atau disindir kerana
kurangnya kemahiran
dan kecekapan. Kita juga
diberi komen yang
memanaskan telinga seperti, ‘kalau bagi ucapan begini,
adik saya pun lebih bagus’, ‘ cara penyampaian hancur,
asyik tergagap-gagap sepanjang ceramah’ atau
‘persembahan huru-hara, macam kerja last minute’. Jangan
terkejut jika kebanyakan trainer dan public speaker pernah
mendapat komen-komen sebegini termasuk saya sendiri.
Apa yang perlu dilakukan agar semangat dan keyakinan diri
kita kekal utuh dan tidak jatuh?

Ingat teknik ini. Setiap kali selesai melakukan sesuatu,


imbas kembali apa yang telah dilakukan. Tapi perlu ingat,
kita mesti mengimbas perkara-perkara baik dan kenangan-
kenangan manis yang berlaku terlebih dahulu. Ini kerana
ada kajian mengatakan bahawa jika kita selalu kenang
sesuatu, ia akan berlaku semula. Maksudnya, jika kita
kenang dan imbas apa yang kita lakukan dengan baik, kita
akan ulangi melakukan perkara baik itu.

Sesiapa yang tidak tahu teknik ini akan selalu mengenang


apa yang mereka tidak suka terlebih dahulu. Contohnya
mereka kenang kembali dan berfikir, ‘kenapa la aku
tergagap-gagap tadi?’, ‘malu betul bila penonton tak gelak
bila aku buat lawak tadi’ atau ‘kenapa la aku asyik lupa je
apa nak cakap,’.

Bila kita imbas dan kenang perkara-perkara begini, seperti


kata kajian tadi, ia pasti akan berulang. Ucapan kita yang
seterusnya pasti akan dipenuhi masalah gagap, lawak tak
menjadi dan lupa isi yang hendak diperkatakan.

Esok saya akan terangkan dengan lebih lanjut bagaimana


cara mengenang kembali apa yang perlu dilakukan selepas
selesai melakukan sesuatu.

p/s Rahsia dalam rahsia kerana ramai orang tahu untuk


yakin perlu berlatih tetapi tidak ramai tahu cara berlatih
dengan betul dan berkesan agar semangat kekal utuh dan
tidak jatuh.

 
Rahsia 2.3

Minggu lepas saya ada


terangkan bahawa apa yang
kenang akan berlaku semula.
Maksudnya, selepas kita
melakukan sesuatu, jika kita
kenang kegagalan, kegagalan
akan berulang semula. Begitu
juga sebaliknya. Ini adalah 3
langkah yang perlu diambil
untuk memupuk semangat
   
dan keyakinan diri yang
tinggi.

 Pertama, selepas
melakukan sesuatu
seperti peperiksaan, ucapan atau presentasi, fikirkan
atau kenang kembali apa perkara baik yang telah
kita lakukan. Lihat semula di dalam minda semua
perkara baik dan menyeronokkan. Mungkin kita
lihat ramai penonton ketawa atau tersenyum semasa
mendengar ucapan kita tadi. Mungkin apa yang kita
rancangkan semuanya menjadi. Kenangan ini akan
menimbulkan rasa seronok dan tenang di dalam hati.
Pastikan kita dapat rasa keseronokan ini semasa
melakukan aktiviti ini.

 Kedua, fikir begini, “apa yang boleh aku buat untuk


majukan lagi persembahan tadi?”. Berfikir begini
tidak menjatuhkan semangat diri kita. Kita sekadar
mahu mencari jalan untuk memperbaiki dan
meningkatkan kehebatan dalam apa yang kita
lakukan. Jadi ketika ini, cuba fikirkan semula
apakah perkara yang tidak bagus berlaku semasa
aktiviti tadi. Ini dilakukan dengan hati ceria dan niat
untuk memperbaikinya agar ia jadi lebih baik dan
menyeronokkan.

 Ketiga, tuliskan apa perubahan dan


kemajuan yang perlu dilakukan.
Lebih baik lagi, cuba lakonkan terus
perubahan yang kita mahukan.
Contohnya jika kelemahan semasa
aktiviti tadi ialah tergagap-gagap
semasa menyebut sesuatu, cuba sebut
semula perkataan-perkataan itu
dengan lancar, tenang dan yakin.
Insyaallah jika ia dilakukan dengan
hati ceria dan niat memajukan diri,
perubahan itu akan berlaku dengan
mudah.

Selamat mencuba.

 
  Rahsia 3  

Rahsia keyakinan diri yang ketiga ialah, jika kita mahu


meningkatkan keyakinan diri, kita perlu ’suka dan
cintakan diri kita sendiri’. Hmmm…. harapnya rahsia ini
tidak pelik bunyinya.

Begini, rasa rendah diri selalu datang


daripada orang yang rasa dirinya tidak
berharga, tidak bijak, tidak
berkebolehan dan tidak istimewa.
Apabila berdiri di depan khalayak
ramai, mereka rasa diri mereka tidak
hebat berbanding dengan orang-orang
yang berada di depan mereka lalu
mereka rasa kurang yakin. Mereka juga
rasa mereka kurang pengalaman lalu
keyakinan diri jatuh ke lantai, tidak
boleh diangkat lagi.

Orang yang mengalami rasa rendah diri juga selalu gagal


melihat kekuatan yang ada di dalam diri mereka. Mereka
terlalu fokus kepada kelemahan dan kegagalan mereka pada
waktu lalu. Contohnya, ada pelajar di universiti yang
merasa sangat rendah diri hingga gagal menyerlah dan
gagal mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Padahal,
pelajar ini dulunya adalah seorang pelajar yang sangat
cemerlang di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Ramai orang dewasa yang merasa rendah diri kerana belum


mencapai kejayaan atau kekayaan. Akibatnya, kejayaan dan
kekayaan menjadi semakin sukar diperolehi.

Jika kita suka dan cintakan diri


kita, kita akan mula
memandang pada kekuatan
dan kehebatan dalam diri kita
sendiri. Ini tidak bermaksud
kita berbangga diri, sombong
dan mahu menunjuk-nunjuk.
Tokoh-tokoh yang
berkeyakinan tinggi tidak
mempunyai sifat negatif
begitu. Apa yang dimaksudkan
melalui rahsia ini ialah apabila
kita sudah mula menghargai
kekuatan dan kehebatan diri dengan cara suka dan cinta
kepada diri sendiri, kekuatan dan kehebatan itu akan
semakin menyerlah (baca beberapa kali ayat ini untuk
memahaminya).

Mari kita uji sama ada kita suka dan cintakan diri kita atau
tidak melalui beberapa soalan di bawah:

1. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain,


siapakah yang anda mahu jadi?
2. Semasa anda menatap wajah anda di dalam cermin
setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa
yang anda lihat?
3. Selama ini, apabila anda melihat kehebatan orang
lain, adakah anda mula merasa rendah diri?

Apa kata anda jawab 3 soalan ini dahulu dan saya akan
terangkan mengapa saya berikan soalan ini esok. Selamat
menjawab.

 
  Rahsia 3.1  

Saya sudah terangkan bahawa rahsia keyakinan diri yang


ketiga ialah ’suka dan cintakan diri kita sendiri’. Saya juga
telah berikan 3 soalan untuk anda fikirkan. Sudahkah anda
fikirkan? Mari saya terangkan mengapa saya tanya soalan
tersebut.

1. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain,


siapakah yang anda mahu jadi?

Soalan ini bukan bertujuan untuk memerangkap atau


mengena. Kebanyakan orang apabila ditanya soalan begini,
mereka mula fikir tentang siapa yang mereka mahu jadi.
Tidak salah mahu jadi seperti orang yang hebat. Namun,
kita mesti ingat, soalan ini bertanya sama ada kita mahu
jadi orang lain. Jika kita mahu, ia bermakna kita tidak
berapa suka atau cintakan keadaan diri kita sekarang. Sebab
itulah kita mahu jadi orang lain.

Ini berbeza dengan rasa ingin berubah. Orang yang ingin


berubah kepada sesuatu yang lebih baik masih sukakan diri
mereka. Tidak kira apa kerja mereka, apa pangkat mereka,
apa kekurangan mereka, mereka tetap sukakan diri mereka
sendiri. Cuma mereka mungkin mahu mengubah diri
mereka kepada yang lebih baik. Orang yang tidak
berkeyakinan diri pula tidak sukakan diri mereka dan kalau
diberi pilihan, pasti mereka mahu jadi orang lain.

Mulai hari ini, cuba fikirkan sekali lagi, adakah kita mahu
bertukar menjadi orang lain? Kalau ada satu kejaiban di
dunia ini yang boleh menukarkan kita kepada orang lain,
mahukah kita? Jika anda kata anda tidak mahu dan anda
masih mahu menjadi diri anda walaupun masih belum
mencapai kejayaan besar dalam hidup, itu tandanya anda
suka dan cintakan diri anda. Jika itu yang anda percaya,
saya juga percaya bahawa anda adalah orang yang
bersemangat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

 
  Rahsia 3.2  

Soalan saya yang seterusnya ialah ‘Semasa anda menatap


wajah anda di dalam cermin setiap pagi atau setiap kali,
adakah anda suka apa yang anda lihat?’

Percaya atau tidak,


kebanyakan orang tidak
dapat melihat kecantikan diri
mereka yang tersendiri.
Disebabkan mereka selalu
membandingkan kecantikan
mereka dengan orang-orang
berstatus model,  mula wujud
rasa benci dan tidak suka
kepada rupa dan keadaan diri
mereka sendiri. Jadi, setiap
kali melihat ke dalam cermin,
mereka ini selalu mencari dan terlihat keburukan dan
kekurangan pada wajah dan tubuh badan mereka.

Orang-orang yang begini selalu menunggu situasi dan


waktu yang sesuai untuk sukakan diri mereka. Contohnya,
kalau ada orang lain puji kecantikan mereka, baru mereka
rasa gembira dan yakin. Kalau ada orang lain sukakan
mereka, baru mereka mahu suka diri mereka sendiri
walaupun selalunya tidak bertahan lama.

Keyakinan diri kita tidak boleh bergantung kepada faktor


luaran.  Maksudnya, tidak boleh tunggu semua orang suka
kita baru nak rasa yakin. Tidak perlu tunggu orang puji kita
baru nak rasa gembira. Keyakinan diri sepatutnya datang
dari dalam diri kita sendiri. Setiap kali kita melihat cermin,
kita sendiri memuji keindahan ciptaan Allah yang
dijelmakan ke dalam rupa paras kita. Setiap kali kita
melihat cermin, kita rasa suka menjadi diri kita sendiri.

Ini yang saya cadangkan. Setiap pagi, semasa sedang


bersiap-siap untuk ke sekolah atau ke tempat kerja, lihat
wajah kita di cermin. Senyum dan bayangkan kejayaan-
kejayaan kita pada masa lalu. Kemudian, bayangkan pula
tentang orang-orang yang suka, sayang dan sentiasa
menyokong kita. Teruskan senyum  dan akhir sekali,
bayangkan bagaimanakah cara kita senyum apabila kita
sudah benar-benar berjaya suatu hari nanti. Bayangkan
apakah rasanya kalau kita seorang yang sangat
berkeyakinan tinggi. Aktiviti ini hanya mengambil masa
antara 1-3 minit sahaja. Sanggupkah kita laburkan masa itu
untuk meningkatkan keyakinan diri kita?

 
  Rahsia 3.2

Bermula 19 Februari,  saya ada tulis mengenai 3


rahsia keyakinan diri. Lama sungguh tulisan saya
ini tertunda. Namun yang tertunda hanyalah
bahagian akhir sahaja (posting terakhir rahsia
keyakinan diri ialah pada 7 Mac 2008. Jika anda
rujuk semula tulisan saya, dalam rahsia ke-3 saya
ada berikan 3 soalan:

1. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang


lain, siapakah yang anda mahu jadi?
2. Semasa anda menatap wajah anda di dalam
cermin setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa yang
anda lihat?
3. Selama ini, apabila anda melihat kehebatan orang lain, adakah
anda mula merasa rendah diri?  

Saya sudah berikan penjelasan untuk soalan pertama dan kedua. Kini
giliran soalan ketiga pula. Adakah anda mudah merasa rendah diri
apabila melihat kehebatan orang lain atau apabila anda berada bersama
orang-orang yang hebat? Berdasarkan pengalaman saya, merasa rendah
diri apabila melihat kehebatan orang lain adalah satu perkara yang biasa
berlaku. Jika saya jalankan program-program untuk pelajar universiti,
saya pasti tanya sama ada para pelajar ada merasa yang diri mereka
kurang bijak dan pandai berbanding kawan-kawan mereka. Majoriti
pelajar akan mengaku merasa demikian.

Ini nasihat saya.  Nasihat ini ialah nasihat yang saya amalkan apabila
saya mula merasa rendah diri semasa melihat kehebatan orang lain.
Begini. Apabila anda melihat kehebatan seseorang

 Pertama, kagumi kehebatan mereka. Jangan rasa marah,


benci atau cemburu. Jika anda benci pencuri, adakah anda mahu
jadi pencuri? Tidak bukan? Jika anda benci orang biadab,
adakah anda mahu jadi biadab?
Tentu tidak juga bukan? Sama juga.
Jika anda benci orang yang hebat
dan cemerlang, secara tidak sedar
anda mendidik diri anda untuk
bencikan kehebatan dan
kecemerlangan. Akibatnya, anda
tidak jadi hebat seperti mereka.
 Kedua, kata dalam hati, “hebatnya
awak ni! Bagus, saya juga akan jadi
hebat macam awak tak lama lagi.
Orang lain pun akan rasa macam apa
saya rasa sekarang setiap kali
melihat saya.”
 Ketiga, bayangkan diri anda hebat seperti orang tersebut.
Bayangkan bagaimana cara anda bercakap, berjalan, duduk,
bekerja dan sebagainya jika anda sehebat mereka.

Aktiviti ini semua bukan sahaja akan mengurangkan rasa rendah diri
kita malah ia akan meningkatkan lagi semangat kita untuk berjaya. Jika
anda kurang yakin dengan teknik ini (hehe, kurang yakin dengan teknik
keyakinan diri…. macam kelakar pula bunyinya..) apa kata anda cuba
sahaja. Lihat apa kesannya kepada keyakinan diri anda.
Selamat mencuba!