Anda di halaman 1dari 3

Tips belajar saat akhir

Daripada Wikibooks.

Belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus.
Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga belajar sebegini, cuba amalkan kaedah di bawah
ini:

Petua

Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan
terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti
biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.

Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-
kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari
tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan
nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba
teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan
anda yang tidak tenteram itu.

Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan
letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin
bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda
bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh
dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini
akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk
otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar
dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan
waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji
pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan
masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam,
anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada
waktu yang dikehendaki.

Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan
fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan
masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan
keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang
dilakukan.

Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan.
Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai
perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak
dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa
pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini
boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa
menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang
seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.

Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang
dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-
ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya
anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan
membahayakan anda.

Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan
segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat
mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus
belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis
belajar.

Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan.
Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti
tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa
selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk,
amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.

Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting
sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba
pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas
kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk
mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas
yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut
dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-
kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.

Panduan menjelang peperiksaan


Daripada Wikibooks.

Gunakan saat-saat hampir menjelang peperiksaan untuk membuat persediaan terakhir seperti:

1. Sentiasa meminta bantuan guru bagi memperkukuhkan pemahaman dan penglihatan anda
mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami.
2. Minta pendapat guru tentang soalan-soalan ramalan yang mungkin timbul secara am.
3. Menyenaraikan perkara-perkara yang mungkin perlu anda beri tumpuan mengikut
keutamaan dan cuba memahaminya dengan lebih jelas lagi.
4. Dapatkan soalan-soalan lepas daripada senior dan kemudian kaji serta cuba jawab soalan
yang belum dapat dijawab dengan baik.
5. Buat perbincangan bersama rakan-rakan bagi menangani masalah yang belum dapat
diselesaikan dan dapatkan pertolongan mereka jika anda belum bersedia.
6. Semak jadual peperiksaan dan buat satu jadual terakhir untuk mengulangkaji secara
ringkas dan padat.
7. Rujuk kembali nota-nota ringkas, gambarajah-gambarajah penting dan ingat fakta-fakta
utama.
8. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta makan makanan yang seimbang.
9. Sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya yang tidak berbelah bagi kepada persediaan
menghadapi perperiksaan anda.

Belajar perlulah dengan kerelaan hati tetapi bukan kerana terpaksa. Belajar kerana terpaksa tidak
dapat membantu anda belajar dengan sempurna dan boleh membuatkan anda gugup dalam
peperiksaan nanti. Yakin akan kebolehan diri. Tanamkan dalam diri “saya boleh” dan tulis
dengan besar dan terang di atas sekeping kad dan letak di hadapan anda (tempat anda belajar).

Anda mungkin juga menyukai