Anda di halaman 1dari 11

DEMOKRASI DI MALAYSIA MENGIKUT PERSPEKTIF SEYMOUR MARTIN

LIPSET

1.0 LATAR BELAKANG

Dalam perkembangan sistem pemerintahan serta tatacara bermasyarakat, demokrasi


dianggap sebagai satu sistem politik terbaik yang terkandung di dalamnya idealisme
sosio-politik yang sesuai untuk kehidupan manusia.  Bermula dengan pemikiran Socrates
hinggalah ke hari ini, demokrasi berkembang selari dengan konsep negara bangsa,
kontrak sosial, aspirasi umum, penyertaan rakyat, hak rakyat dan sebagainya.  Kesemua
konsep ini mengikat demokrasi dengan kehendak majoriti rakyat terhadap satu-satu
pemerintah. Dengan itu, pemahaman mengenai demokrasi dapat ditakrifkan sebagai
sebuah negara atau kerajaan yang terhasil daripada kehendak dan aspirasi kelompok
masyarakat majoriti.  Walaupun, ia adalah milik masyarakat paling ramai, amalan murni
demokrasi menentang sekeras-kerasnya penindasan dan kebebasan kepada kelompok-
kelompok masyarakat yang lebih kecil atau menjadi minoriti di dalam sesebuah negara
dan masyarakat. 

Pemerintah yang dibentuk daripada pilihan ramai itu bertujuan memberi perkhidmatan
terbaik dan memastikan kehidupan rakyat terjamin.  Seperti hujah Abraham Lincoln yang
menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-enam belas bahawa demokrasi adalah satu sistem
politik daripada rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat.  Ciri-ciri demokrasi yang dapat
dilihat pada hari ini merangkumi pilihan raya, parti politik, kebebasan media, hak asasi
manusia, pembahagian kuasa dan masyarakat sivil.  Ia menjadi mekanisme yang
diwujudkan untuk mengimbangi kekuatan kerajaan dan kepentingan masyarakat majoriti
supaya terus terpelihara. Secara umumnya lagi, demokrasi sistem pemerintahan
berdasarkan pilihan majoriti yang mana pihak menerima paling banyak undi akan
membentuk kerajaan.  Untuk membolehkan demokrasi terus subur, ia memerlukan
partisipasi politik secara menyeluruh oleh rakyat sesebuah negara.  Partisipasi politik pula
tidak boleh membezakan kelompok-kelompok masyarakat kerana mereka berhak
terhadap proses demokrasi dan pemilihan kerajaan serta pembuatan keputusan. Bagi Dahl
(1971), Diamond (1989) dan Lipset (1960) yang membuat kajian mengenai demokrasi
mendapati, ia muncul selepas berlaku pertentangan antara sistem tradisional di dalam
tamadun Eropah.  Bermula dengan perbincangan Socrates, berlakunya Revolusi Perancis
dan revolusi industri memperlihatkan bahawa demokrasi wujud selepas adanya
pertembungan rakyat dan pemerintah.  Rakyat yang semakin memahami ilmu
pengetahuan dan melihat keburukan pemerintah mula bangkit untuk mendapatkan kuasa
pemerintahan.  Demokrasi dalam konteks ini menjadi satu amalan terbaik bagi
masyarakat kerana mereka yang menentukan sistem dan pemerintah kerajaan. Huntington
(1991) menjelaskan, bermula awal 1970-an lebih kurang 30 negara Eropah Timur dan
Amerika Latin memilih sistem pemerintahan demokratik yang begitu berkait rapat
dengan kebangkitan kebebasan rakyat. Menurut Zaini (2006), pentakrifan umum
mengenai demokrasi apabila ia mempunyai tujuh ciri-ciri utama di dalam sistem
pemerintahan iaitu: 

1. Kebebasan berucap.
2. Kebebasan media.

3. Pilihan raya bebas dan adil.

4. Pentadbiran berasaskan majoriti.

5. Hak minoriti dihormati.

6. Kebebasan berorganisasi.

7. Kebebasan kehakiman.

Dengan ciri-ciri tersebut, ia membawa maksud bahawa demokrasi merujuk kepada


negara yang mana, setiap rakyat mempunyai peranan dan terlibat secara langsung bagi
proses pemilihan pemimpin kerajaan.  Selain itu, calon-calon bertanding merebut jawatan
pula bersaing antara satu sama lain tanpa tekanan mana-mana pihak dan seterusnya,
kerajaan menghormati dan mengiktiraf hak sivil dan kebebasan politik rakyat.  Partisipasi

2
rakyat adalah satu sifat utama yang mesti wujud dan berlaku di dalam sesebuah sistem
demokrasi.  Partisipasi itu boleh dilihat dalam pelbagai cara dan paling mudah adalah di
dalam proses pengundian dan menyertai kempen pilihan raya kepada mana-mana calon
yang disokongnya.  Dengan demikian, pilihan raya menjadi pengukur paling unggul
kepada partisipasi rakyat di dalam sesebuah negara. 

Manakala, kebebasan bersuara, kebebasan media dan hak untuk berorganisasi menjadi
penyumbang ke arah mewujudkan satu persekitaran kondusif kepada sistem demokrasi. 
Bagaimanapun, sukar untuk mengesan sebuah negara yang benar-benar memberikan hak-
hak tersebut kepada rakyat dan ia boleh dikatakan tidak bersifat mutlak.  Ia membawa
kepada andaian bahawa tidak ada satu model demokrasi pun di dalam sistem dunia ini
yang mengamalkan demokrasi yang patuh kepada ciri-ciri tersebut termasuklah Amerika
Syarikat, Perancis dan United Kingdom.   Angkubah kepada ukuran partisipasi politik
rakyat di dalam sistem demokrasi biasanya berpaksikan kepada peratusan rakyat yang
keluar mengundi dengan andaian semakin tinggi jumlah yang mengundi, maka semakin
tinggilah ukuran amalan demokrasi sesebuah negara.  Jumlah parti politik yang wujud di
dalam sesebuah negara juga menjadi ukuran penting sebenarnya.  Dengan mengambil
contoh beberapa sistem demokrasi yang mengamalkan sistem satu atau dua parti,
menunjukkan tiada satu pemikiran yang ideal mengenai bilangan parti politik sedangkan
amalan demokrasi membenarkan pembentukan parti politik sama ada penyokong
kerajaan atau pembangkang. Menurut Ghazali (2006) pula, di dalam sistem demokrasi,
rakyat berhak untuk memilih pemimpin dan parti yang akan memerintah sesebuah
negara.  Hak itu adalah aspek terpenting yang membezakan sistem demokrasi dengan
sistem lain yang tidak demokratik.  Pilihan raya dianggap paling dominan dalam
menjelaskan sama ada sesebuah negara itu mengamalkan demokrasi atau tidak kerana ia
membabitkan partisipasi rakyat tanpa mempertikaikan persoalan sama ada mereka
kelompok majoriti atau minoriti. 

3
2.0 SEJARAH DEMOKRASI DI MALAYSIA

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja


Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk
pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah
pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan,
Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi


berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-
negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep
penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada
perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan


institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis
Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan
Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

4
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan
Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan
menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau
Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan
tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

  2.1 Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan


mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen
Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara
terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di Pertuan Agong

2. Dewan Negara

3. Dewan Rakyat

Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai


kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah
Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat
julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan
Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-Pertua bagi kedua-dua
Dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli
Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.

Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan
Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen
Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh
tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen

5
diadakan di bangunan baharunya sendiri yang tersergam indah dalam kawasan
Taman Tasik Perdana dengan keluasan 16.2 hektar.

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan
Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi
institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi
lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

Bagaimanapun, di dalam kes Belarus dan Georgia, pengawalan kerajaan terhadap media,
masyarakat sivil yang tidak mempunyai impak dan strategi-strategi mengekang pihak
pembangkang menjadi kunci kepada parti pemerintah untuk memenangi pilihan raya walaupun
secara terang, rakyat mahukan pembaharuan.  Dengan demikian, selain pilihan raya, kebebasan
media dan gerakan masyarakat sivil menjadi kayu pengukur lain yang akan disentuh bagi
membandingkan demokrasi dan penyertaan rakyat di dalam negara-negara bekas komunis
ini. Bagi Belarus dan Georgia yang menjadi sebahagian Kesatuan Soviet yang mengamalkan
sosialisme dan komunisme, kejatuhan empayar sosialis itu pada 1990-an membolehkan negara-
negara di dalam kesatuan itu mendapat kemerdekaan dan menentukan corak pemerintahan
sendiri.  Tulisan ini akan melihat kepada dua negara bekas komunis iaitu Belarus dan Georgia
yang kini mula mengamalkan pentadbiran demokratik.  Dengan menggunakan kerangka
demokrasi dan partisipasi politik, penulisan ini juga akan melihat dengan mendalam sama ada
sistem demokrasi terus berkembang atau sebaliknya di negara bekas komunis ini. 

Demokrasi dan Partisipasi Politik di Belarus 

Republik Belarus memperolehi kemerdekaan pada 27 Ogos 1990 selepas kejatuhan Soviet dan
mengisytiharkan kemerdekaan pada 25 Ogos 1991.  Ia ditadbir oleh Presiden dan institusi
parlimen iaitu National Assembly yang terdiri daripada lower house, house of representatives

6
dan upper house yang mengandungi 64 ahli Majlis Republik.  House of representatives
mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri, meminda perlembagaan, memberi undi kepada
Presiden dan membuat cadangan kepada dasar luar dan dalam negeri.  Majlis Republik pula
bertanggung jawab melantik pegawai kerajaan, menjalankan perbicaraan terhadap Presiden dan
berkuasa menyokong atau menolak rang undang-undang yang diluluskan oleh house of
representative.   Setiap dewan mempunyai kuasa untuk menggunakan kuasa pembatal terhadap
undang-undang yang diluluskan jika ia bertentangan dengan perlembagaan negara.  Presiden
sejak 1994, Alexander Lukashenko adalah ketua negara manakala Majlis Menteri diketuai
Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden.  Bidang kehakiman pula terdiri daripada
Mahkamah Agung dan pelbagai mahkamah khusus seperti Mahkamah Perlembagaan yang
berurusan dengan isu-isu khusus berhubung perlembagaan dan undang-undang perniagaan.  Para
hakim dilantik oleh Presiden yang kemudian disahkan oleh Majlis Republik. Terdapat tiga parti
utama yang menguasai house of representatives iaitu Parti Komunis, Agrarian Party dan Liberal
Democratic Party.  Parti politik lain yang menyokong Presiden adalah Socialist Sporting Party
dan Republican Party of Labour and Justice.  Parti pembangkang pula terdiri daripada People’s
Front dan United Civil Party.   Beberapa pertubuhan seperti Organization for Security and Co-
operation in Europe, OSCE mengisytiharkan bahawa pilihan raya Oktober 2004 sebagai tidak
bebas sepenuhnya dan bertentangan dengan prinsip demokrasi berikutan kekalahan teruk parti
pembangkang dan laporan berat sebelah media Belarus yang menyokong kerajaan semata-mata
tanpa ada ruang kepada pihak pembangkang.  Pada pilihan raya 2000 pula, ia terpaksa dijalankan
sebanyak empat kali sebelum semua kerusi dipenuhi.  Daripada jumlah itu, 86 peratus daripada
kerusi timbalan National Assembly dimenangi pihak yang membangkang kerajaan dan
selebihnya dimenangi parti yang setia kepada Presiden.  Pilihan raya terbaru 19 Mac 2006 bagi
Presiden, berlaku keganasan oleh polis terhadap calon-calon pembangkang dan menjadikan
pilihan raya 2006 sebagai paling kontroversi.  Presiden Lukashenko memenangi majoriti dengan
80 peratus undi yang kemudiannya didakwa sebagai pemilihan tidak adil oleh OSCE.           

Berdasarkan pilihan raya Belarus dan taktik yang digunakan oleh Presiden, tidak dinafikan,
negara bekas komunis ini masih belum menerapkan amalan demokrasi sepenuhnya dan
menggunakan gaya kepimpinan autoritarian.  Dengan itu, partisipasi politik sebenarnya tidak
selaras dengan amalan demokratik apabila wujud halangan kepada penyertaan pembangkang dan

7
kebebasan rakyat untuk memilih kerajaan.  Ini diperkuatkan dengan tindakan Majlis Eropah yang
menggantung keahlian Belarus kerana penyelewengan pilihan raya 1996 lagi.  Alasan yang
dinyatakan atas tindakan itu adalah kerana Belarus tidak menghormati piawaian demokrasi dan
mencabul prinsip pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang.   Kerajaan Belarus juga
dikritik kerana tidak menghormati hak asasi manusia berdasarkan tindakannya terhadap
pertubuhan bukan kerajaan, wartawan, kepentingan minoriti dan ahli politik pembangkang. 
Kerajaan sebagai entiti yang mempunyai akses terhadap jentera-jentera pentadbiran mampu
menggunakan segala sumber untuk menghalang partisipasi rakyat dalam proses pemilihan
pemimpin seperti menggunakan undang-undang tertentu untuk mengikat kebebasan rakyat. 

Kebebasan Media di Belarus 

Menyentuh mengenai kebebasan media yang menjadi sebagai faktor menyuburkan demokrasi,
dapat dilihat bahawa media masih menjadi satu bidang yang dikawal kerajaan Belarus.  Dalam
laporan mengenai pencabulan terhadap bidang kewartawanan di negara bekas komunis itu yang
disediakan oleh Organisasi Untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, OSCE dan Perwakilan
Mengenai Kebebasan Media bertarikh 16 September 2004, mendapati wartawan menerima
ancaman menerusi telefon supaya menghentikan aktiviti mereka, monopoli kerajaan terhadap
stesen televisyen, syarikat surat khabar dipaksa mencetak akhbar di luar negara, rampasan surat
khabar dan wang jualan harian akhbar, wartawan sering menghadapi tindakan mahkamah,
pemotongan program-program televisyen, tindakan penapisan melampau, penggantungan akhbar
bebas, wartawan tidak dibenarkan membuat liputan majlis rasmi kerajaan, kerajaan mengenakan
syarat tidak logik yang menghalang kebebasan media dan juga pencerobohan terhadap pejabat
akhar bebas.  Ini adalah antara contoh-contoh tekanan dan sekatan yang dilakukan terhadap
media bebas Belarus oleh pihak kerajaan. Seperti biasa, kerajaan sentiasa menjustifikasi tindakan
mereka terhadap kebebasan media walaupun pemerhati dan rakyat memahami tindakan itu
sebagai menyekat pengaruh media untuk menentang kerajaan.  Ketika pilihan raya juga
membuktikan bagaimana peranan media dalam menyalurkan maklumat yang berat sebelah untuk
membolehkan kerajaan memenangi pilihan raya.  Di dalam sebuah masyarakat, media sama ada
elektronik atau cetak menjadi sumber rakyat mendapat perkembangan terkini atau sebarang isu. 
Penguasaan media di bawah kerajaan yang menapis setiap laporan berita menyebabkan apa yang
disebut Karl Marx sebagai satu kesedaran palsu diberikan kepada rakyat. 

8
Demokrasi dan Partisipasi Politik di Georgia 

Sebelum kejatuhan Soviet lagi, Georgia telah memulakan usaha untuk mendapatkan
kemerdekaan kerana sikap penduduknya yang begitu menitikberatkan soal etnik, bahasa dan
identiti agama.  Insiden 9 April 1989 dalam tunjuk perasaan menentang Soviet, beratus
rakyatnya mati selepas diserang tentera Soviet.  Kejadian itu membangkitkan sentimen anti-
Soviet yang tebal di kalangan penduduk sekitar republik Baltik.  Partisipasi politik di Georgia
bermula sebelum kejatuhan Soviet dengan gerakan anti-Soviet dilancarkan menerusi pakatan-
pakatan politik seperti Round Table-Free Georgia, RT-FG.  Ketika pilihan raya pertama selepas
kejatuhan Soviet untuk Majlis Agung di parlimen negara itu, RT-FG memenangi 155 daripada
250 kerusi yang dipertandingkan, manakala Communist Party yang memerintah memperolehi 64
kerusi.           

Kejatuhan Soviet pada 1991, Georgia memperolehi kemerdekaan dan Zviad Gamsakhurdia
dilantik sebagai Presiden.  Beliau bagaimanapun digulingkan dalam rampasan kuasa berdarah
oleh National Guard dan organisasi para militer yang dipanggil Mkhedrioni yang disokong oleh
tentera Russia beroperasi di Tbilisi.  Negara itu kemudian terbabit dalam perang saudara
sehingga 1995.  Eduard Shevardnadze kembali ke Georgia dan menyertai ketua rampasan kuasa
untuk membentuk Majlis Negara.  Beliau kemudian menjadi Presiden dan dipilih semula pada
tahun 2000.   Perang saudara yang meletus membunuh 25 ribu penduduk Georgia yang
dilakukan oleh pemisah Abkhaz.  Pada 2003, Shevardnadze disingkirkan menerusi Revolusi
Rose selepas pembangkang Georgia dan badan pemerhati antarabangsa mendapati pilihan raya
parlimen sebelum itu dicemari dengan penyelewengan.  Revolusi itu diketuai oleh Mikheil
Saakashvili, Zurab Zhvania dan Nino Burjanadze, yang merupakan bekas ahli dan pemimpin
parti pimpinan Shavarnadze. Saakashvili dilantik sebagai Presiden pada 2004 dan cuba
memulihkan wilayah Georgia, mematahkan usaha penghapusan etnik dan menamatkan masalah
pelarian.  Sejak revolusi, beberapa reformasi dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi dan
ketenteraan Georgia.  Beliau yang mewakili National Movement-Democrats, NMD memenangi
pilihan raya dengan majoriti 75 peratus undi keseluruhan.  Pilihan raya itu dikatakan menjadi
pemilihan paling bebas dalam sejarah Georgia.  Bagaimanapun, kerajaan Georgia sentiasa
menghadapi ancaman dan krisis dengan pihak-pihak yang menggunakan kekerasan seperti
kumpulan Ajaria.  Perdana Menteri, Zurab Zhvania yang mati kerana keracunan karbon

9
monoksida digantikan dengan Zurab Nogaideli.   Saakashvili, sejak memegang kerusi Presiden,
telah membuat langkah menguatkan angkatan tentera khususnya penghantaran tentera untuk
latihan dengan Amerika Syarikat.  Seperti mana negara yang masih baru dalam mengamalkan
demokrasi, Georgia menghadapi masalah kerana pada bila-bila masa pemerintahan boleh
dirampas oleh satu kudeta.  Apa yang berlaku di Georgia, rampasan kuasa dan pilihan raya yang
tidak bebas membuktikan bahawa tidak wujud sebenarnya partisipasi politik yang tulen dalam
kerangka demokrasi. Ketiadaan masyarakat sivil yang kuat untuk mengimbangi kerajaan dan
tiada kebebasan media untuk mendidik masyarakat menjadikan demokrasi di Georgia masih
pada peringkat awal.  Kejayaan penerapan demokrasi bergantung kepada bantuan antarabangsa
dan kesedaran rakyat terhadap hak-hak mereka dalam menentukan pemimpin serta pembabitan
langsung dalam proses pembuatan keputusan. 

Kebebasan Media di Georgia 

Media di Georgia pula boleh dianggap sebagai antara yang terbaik sejak peralihan sistem ke arah
demokratik.  Dibandingkan dengan negara bekas Soviet yang lain, ia secara relatifnya lebih
profesional dan pelbagai.  Bagaimanapun, Georgia yang masih belum mencapai ekonomi maju
dan kegiatan rasuah yang berleluasa, pembaharuan media tidak berlaku seiring dengan
perkembangan sistem demokrasi.  Kerajaan tidak meletakkan pemodenan media sebagai
keutamaan sebaliknya bergelut dengan usaha menyediakan keperluan asas kepada rakyat. Sejak
mewujudkan perlembagaan pasca-komunis pada 1995, Georgia cuba membangunkan media
yang bebas dan demokratik.  Ia menghadapi pelbagai cabaran membabitkan pengeluaran lesen,
peraturan kewartawanan atau percukaian kreatif.  Kerajaan merangka undang-undang yang
dilihat sebagai menghalang kebebasan media seperti yang berlaku dalam konflik antara surat
khabar Rezonansi dan menteri dalam negeri.  Akhbar itu menyiarkan mengenai pembelian tidak
sah pasukan bola sepak Georgia, DINAMO oleh menteri dalam negeri.  Presiden Shecardnadze
kemudian mengecam media kerana menyiarkan bahan yang tidak mempunyai bukti kukuh.  Apa

10
yang berlaku kepada wartawan George Sania pula yang bekerja untuk stesen televisyen
RUSTAVI-2 lebih menakutkan apabila ditemui mati dibunuh.  Ia menyebabkan rakyat mula
menunjuk perasaan menentang pembunuhan kejam itu selepas rakyat mula percaya bahawa
beliau dibunuh kerana laporan bersifat politik dan penyiasatan beliau. Walaupun penapisan
maklumat tidak dibenarkan mengikut undang-undang media massa negara itu, pemilikan
televisyen dan syarikat media swasta tidak dibenarkan melebihi 25 peratus saham.  Beberapa
syarat lain di dalam undang-undang Georgia pula, seakan-akan tidak membenarkan kepada
kebebasan media.  Selain itu, kerjaya di dalam bidang kewartawanan pula mempunyai
pendapatan yang rendah menyebabkan perkembangan bidang ini untuk mencapai kebebasan
media serta mewujudkan wartawan yang berwibawa membentuk pemikiran rakyat tidak berlaku. 

Rumusan 

Sebagai negara yang baru memperolehi kemerdekaaan, Belarus dan Georgia sentiasa terdedah
kepada ancaman yang boleh menggagalkan demokrasi.  Kematangan demokrasi di negara-negara
bekas komunis memerlukan masa yang lama berikutan pengaruh empayar Soviet yang masih
menebal.  Penduduk juga memerlukan pembangunan ekonomi dan sosial untuk menjadikan
mereka mempunyai kesedaran lebih tinggi mengenai peranan mereka dan seterusnya
meningkatkan partisipasi politik mereka.  

11