Anda di halaman 1dari 23

1

ABSTRAK

Definisi biomekanik ialah aplikasi prinsip-prinsip mekanik dan pemodelan matematik


dalam mempelajari sistem biologi atau kehidupan organisme. Sesiapa yang
mempunyai pengetahuan biomekanik boleh mempertingkatkan pelbagai bidang
seperti pengetahuan mengenai tulang, bidang haiwan dan tumbuhan, perubatan dan
tidak kurang juga dalam arena sukan. Namun begitu, projek ini akan lebih
memfokuskan kepada biomekanik dalam sukan. Sukan biomekanik adalah suatu
pembelajaran mengenai daya dan kesannya kepada pergerakan tubuh badan manusia.
Sejarah biomekanik bermula pada akhir abad ke-19 dan ketika itu semua
mengenalinya sebagai kinesiologi. Ketika zaman itu, kinesiologi membawa maksud
pengetahuan mengenai pergerakan. Namun begitu, dalam arena ini, pengertian
kinesiologi ialah pengetahuan mengenai pergerakan manusia. Perkataan biomekanik
mula dikenalkan pada tahun 1960-an. Terdapat banyak kebaikan yang akan diperoleh
jika mempelajari sukan biomekanik seperti mengetahui cara untuk mengurangkan
kecederaan ketika bersukan, mengetahui senaman yang sesuai atau tidak untuk
dipraktikkan demi kesihatan diri dan memperbaiki atau mencipta teknik untuk
mencapai sasaran dalam perlawanan. Kesimpulannya, mempelajari biomekanik
mempunyai banyak kegunaannya dalam industri sukan. Terdapat beberapa kes tentang
sumbangan biomekanik terhadap inovasi dalam sukan yang akan dibincangkan dalam
projek ini.

PENGENALAN

Apakah itu biomekanik? Tidak semua lapisan masyarakat kita memahami perkataan
ini walaupun secara asasnya kita mengetahui apakah yang boleh dipelajari daripada
subjek biologi dan mekanik. Namun begitu, apabila digabungkan kedua-dua perkataan
2

biologi dan mekanik, kita akan memikirkannya sejenak. Definisi biomekanik ialah
suatu penyelidikan tentang kehidupan orgasnisme dengan mengaplikasikan prinsip-
prinsip fizik, matematik, fisiologi dan anatomi.

Semasa kita masih lagi pelajar sekolah menengah mahupun sekolah


kebangsaan, pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri ataupun guru sukan kita,
apakah teknik yang paling bagus untuk mendapat tempat pertama dalam acara lompat
pagar? Ataupun, kenapa kita perlu untuk memanas badan sebelum bersukan? Kenapa
kaki saya selalu cedera apabila sedang bermain? Bagaimana cara untuk kurangkan
kecederaan badan? Jika ini yang pernah kita persoalkan, maka sebenarnya anda semua
sudah dekat untuk mempelajari biomekanik. Inilah sebahagian pengetahuan yang akan
dipelajari jika anda berminat dengan biomekanik.

Biomekanik adalah bidang yang sangat luas. Anda dapat melihat kaitannnya
subjek biomekanik dalam bidang perubatan mahupun hubungan antara haiwan dengan
biomekanik ataupun kaitannya pergerakan badan dalam bidang biomekanik. Namun
begitu, projek ini hanya akan lebih fokus dalam sukan biomekanik. Banyak yang
boleh dipelajari dalam bidang ini, contohnya, penyelidik biomekanik mengkaji apakah
pergerakan yang sesuai untuk mencapai sasaran dalam setiap perlawanan tetapi tidak
mencederakan badan. Selain itu, para pengkaji biomekanik juga mencari cara atau
ubat untuk menyembuhkan luka kaki yang terkehel akibat bermain bola di padang.
Ada juga di kalangan mereka mengkaji untuk melakukan pembaharuan dari segi
peralatan-peralatan yang lebih canggih dan berkesan dalam arena sukan. Ini hanyalah
sebahagian yang boleh dipelajari dan dipraktikkan jika kita berminat untuk
mempelajari bidang sukan biomekanik. Tidak rugi untuk kita menambahkan
pengetahuan dalam bidang ini tambahan pula jika kita sedang bekerja dalam bidang
kedoktoran mahupun hanyalah sebagai guru sukan sekolah biasa. Kita tidak perlu
merendah diri walaupun pekerjaan kita hanya sekadar guru sukan sekolah kerana
dengan ilmu pengetahuan yang bergunalah yang mampu mengangkat taraf kita ke
mercu kejayaan.

Bidang biomekanik masih boleh dikatakan agak baru di negara kita. Tidak
banyak yang betul-betul berminat dalam bidang ini. Mungkin kerana negara kita yang
3

masih belum maju seperti di Eropah, mungkin juga kekurangan sokongan ataupun
subsidi dari kerajaan untuk pembangunan yang pesat dalam bidang biomekanik
ataupun masyarakat kita sendiri yang leka untuk memajukan negara dengan
memperbanyakkan pengetahuan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

BIOMEKANIK : DEFINISI DAN PERSPEKTIF

Apabila kita menyebut perkataan biomekanik, apakah yang terlintas dalam fikiran
kita? Seramai mana yang mengetahui dan memahami perkataan biomekanik? Pada
permulaannya, saya juga kurang memahami apakah itu biomekanik. Saya tahu
perkataan biomekanik ada kaitan dengan sistem biologi dan juga unsur-unsur
mekanik. Tetapi apakah yang boleh dirungkaikan dari istilah biomekanik?

Perkataan biomekanik datang dari dua sebutan iaitu bio dan mekanik. Jika
anda pernah belajar asas mekanik dan asas biologi sudah mencukupi untuk anda
memahami dan belajar dalam bidang biomekanik. Definisi biomekanik ialah
penggunaan dari prinsip mekanik dan pemodelan matematik dalam mempelajari
sistem biologi. Mekanik adalah salah satu bidang fizik yang mempelajari tentang
konsep tentang daya dan kesannya. Bidang mekanik pula terbahagi kepada dua cabang
besar iaitu statik dan dinamik. Statik ialah suatu sistem pembelajaran dalam keadaan
yang tidak bergerak ataupun bergerak dengan kelajuan yang sama. Dinamik pula
adalah suatu sistem pembelajaran dalam keadaan kelajuan yang sentiasa berubah
samada bertambah atau berkurang. Kinematik dan kinetik adalah bahagian lanjutan
dalam bidang mekanik. Kinematik membawa maksud suatu pengetahuan tentang
fungsi pergerakan. Kinetik pula adalah pengetahuan tentang tindakan terhadap daya.
Namun begitu, matematik dan fizik saling memerlukan untuk mencari penyelesaian
yang terbaik dalam setiap kes dalam kehidupan ini. Di sini, biomekanik memerlukan
kita mempunyai pengetahuan tentang prinsip mekanik dan kecekapan menggunakan
formula matematik dalam menganalisis sistem biologi ataupun lebih difahami
kehidupan organisme seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Apabila kita menyebut
perkataan sistem biologi dalam bidang biomekanik, ia akan melibatkan pengetahuan
4

dalam bidang anatomi dan fisiologi. Anatomi adalah suatu pembelajaran sains yang
melibatkan bentuk dan struktur sesuatu kehidupan organisme manakala fisiologi pula
membawa pengertian mengenai suatu pengetahuan dalam sistem biologi yang
menerangkan tentang fungsi-fungsi dalam bahagian kehidupan organisme. Namun
begitu, kebanyakan ahli biomekanik lebih menitikberatkan hal yang berkaitan manusia
supaya ilmu pengetahuan ini dapat diaplikasikan dalam masalah kehidupan harian.

Setakat ini, secara kasar kita sudah memahami erti biomekanik. Tetapi apakah
tujuan kita mengetahui biomekanik? Apakah kesan dan hasilnya kepada kita? Apakah
kebaikannya dalam kehidupan harian kita? Berbaloikah bidang ini untuk dipelajari
oleh pelajar-pelajar universiti atau hanya sekadar untuk mencukupi kredit untuk
mereka memperoleh segulung ijazah?

Biomekanik adalah sebahagian dari aplikasi sains. Biomekanik ada kaitannya


dengan masalah kesihatan kita, masalah harian haiwan dan juga tumbuhan. Pernahkah
anda terlihat seseorang yang terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya dan
memerlukan pengganti kaki yang rosak teruk akibat dari kemalangan itu dan apakah
yang perlu dilakukan oleh doktor yang mengubatnya? Mungkin salah satunya
membuat kaki palsu yang sesuai untuk pesakit tersebut. Di sini anda perlu faham
bahawa kaki palsu bukan sahaja memerlukan kepakaran dari seorang pakar tulang,
tetapi seorang yang memahami dan mencipta kaki palsu berdasarkan prinsip-prinsip
mekanik. Di sinilah keperluan untuk memahami bidang biomekanik.

Adakah anda mengetahui bahawa banyak penyelesaian bagi kes-kes dalam


bidang perubatan mempunyai kaitan dengan pengetahuan dalam bidang biomekanik.
Orang rabun yang memerlukan cermin mata perlulah berterima kasih kepada ahli
biomekanik kerana dengan kerjasama dari pakar mata yang mempunyai pengetahuan
tentang fungsi dan struktur mata dan ahli biomekanik yang mempunyai pengetahuan
fizik yang menyebabkan mereka dapat melihat semula alam ini dengan sempurna.
Pakar mata dan ahli biomekanik sentiasa mempertingkatkan kecanggihan dalam
memperbaharui cermin mata. Dahulu kegunaan cermin mata hanyalah untuk melihat
dengan sempurna namun begitu pada zaman sekarang banyak yang telah diperbaharui
seperti melindungi mata dari bertambah rosak disebabkan menghadap skrin komputer
5

dengan lama. Pelbagai jenis dan fesyen cermin mata boleh didapati di kedai cermin
mata supaya anda tetap kelihatan anggun walaupun berkaca mata. Apatah lagi dengan
teknologi yang tinggi, anak-anak muda zaman sekarang sudah mula mengguna kanta
lekap berwarna ataupun tidak untuk tampil lebih bergaya.

Zaman sekarang teknologi telah banyak membantu kita untuk menghadapi


kehidupan harian dengan lebih baik lagi. Hal ini semua adalah disebabkan kita
menyemaikan sikap suka membaca. Kalau dahulu, peluang untuk ibu yang sedang
bersalin dapat meneruskan hidup adalah 50-50, maksudnya belum tentu boleh
diselamatkan ketika melahirkan anak. Namun begitu, pada zaman sekarang, sukar
untuk kita terdengar kes ibu bersalin meninggal dunia. Kalau adapun hanyalah
segelintir. Mungkin kerana ajal sudah sampai. Namun begitu, dengan kepakaran
doktor dalam bidang ini dan kepakaran jurutera-jurutera dalam menghasilkan
peralatan canggih dapat menyelamatkan ibu yang bersalin dan anaknya. Jika dahulu,
kedudukan anak yang dikandung melintang dalam perut ibu, pasti sukar diselamatkan
jika bersalin secara normal. Namun begitu, disebabkan peralatan yang canggih yang
digunakan ketika melakukan pembedahan dapat menyelamatkan nyawa anak dan si
ibu. Dahulu, ibu yang bersalin secara pembedahan hanya boleh mengandung tiga
orang anak, namun disebabkan teknologi yang canggih dalam bidang biomekanik
menyebabkan mereka dapat mengandung lebih dari tiga orang anak.

Pada ketika ini, sudah pasti anda mula memahami keperluan penyelidik
biomekanik dalam negara ini. Baiklah, kita teruskan lagi supaya sama-sama lebih
memahami konsep biomekanik. Ahli zoologi melakukan penyelidikan, taksiran,
pengiraaan dan pemeriksaan terhadap pelbagai jenis haiwan supaya lebih mengenal
tentang prinsip-prinsip biologi yang ada pada haiwan tersebut. Dengan ini, kita boleh
memahami dengan lebih mendalam tentang kehidupan dan kejadian haiwan dan
aplikasinya terhadap peralatan canggih yang berguna kepada manusia. Contoh mudah
seperti mencipta kapal terbang. Penciptaan kapal terbang bukan sahaja memerlukan
kepakaran dalam bidang fizik dan matematik, tetapi juga pengetahuan yang mendalam
tentang kejadian burung yang mampu terbang tinggi di awan dengan stabil.
6

Kita mengetahui bahawa manusia secara zahirnya tidak boleh hidup di dalam
laut mahupun sungai. Tetapi setelah mengkaji secara mendalam tentang kehidupan di
laut dan menggunakan prinsip-prinsip mekanik, maka manusia mula mengetahui
pelbagai teknik berenang malah mula mencipta peralatan-peralatan yang
membolehkan kita berada di permukaan atau di dalam lautan dengan lebih lama
seumpama haiwan di laut.

Senaman ringan yang diadakan di peringkat sekolah mahupun dianjurkan oleh


mana-mana persatuan adalah bagus untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian untuk
menjaga kesihatan badan. Kebanyakan latihan ini telah dikaji tentang
keberkesanannya oleh para penyelidik biomekanik. Namun begitu, anda perlulah
mengambil langkah berjaga-jaga apabila mendapati badan anda selalu sakit-sakit
ataupun mengalami kecederaan ketika sedang mempraktikkannya. Kemungkinan
pergerakan anda tidak betul ataupun badan anda tidak sesuai untuk menjalani latihan
sesetengah teknik senaman. Jadi, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor
mahupun jurulatih demi kesihatan yang baik. Bukan sekejap untuk kita mengguna
badan kita ini, tetapi bertahun-tahun lamanya.

Jika kita melihat seorang bayi sedang belajar merangkak, duduk dan berlari,
sebenarnya pembelajaran itu adalah salah satu perspektif biomekanik. Pelbagai kes
dalam kehidupan harian yang berkaitan dengan pengetahuan biomekanik. Untuk
melanjutkan pengetahuan dalam bidang ini, kita boleh merujuk pelbagai jurnal yang
berkaitan dengan biomekanik seperti “Approach run strategies in the long jump”, “A
theoretical description of blood flow through mitral orifice” dan sebagainya. Inilah
yang dikatakan pengetahuan dan pembelajaran mengenai biomekanik.

SEJARAH BIOMEKANIK

Sebelum era ini, ramai mengenali biomekanik dengan perkataan kinesiologi. Boleh
dikatakan biomekanik adalah cabang kepada bidang kinesiologi. Istilah kinesiologi
mula dikenali dalam bidang sains pada akhir abad ke-19. Kinesiologi merupakan satu
7

istilah yang agak sukar diterjemah. Ahli anatomi berpendapat bahawa kinesiologi
berkaitan dengan struktur badan dan fungsi otot serta penyambungan dan penyusunan
setiap bahagian sistem badan. Berlainan pula dengan ahli fisiologi yang mengaitkan
perkataan kinesiologi dengan senaman, biokimia dan kesan komposisi badan, saiz dan
ruang terhadap pergerakan badan. Ahli matematik dan jurutera mendekati
pengetahuan mengenai pergerakan melalui prinsip-prinsip mekanik dan aplikasi-
aplikasi hukum fizik terhadap sistem biologi. Ahli-ahli perubatan pula menyatakan
kinesiologi adalah sebahagian atau cabang dalam bidang fisiologi.

Mulai tahun 1960-an, istilah biomekanik mula digunakan menggantikan


perkataan kinesiologi. Pada zaman itu, kinesiologi membawa maksud pembelajaran
mengenai pergerakan yang berkait rapat dengan bidang anatomi, fisiologi dan
mekanik. Namun begitu, pada era ini, pengertian kinesiologi adalah pengetahuan
tentang pergerakan manusia. Biomekanik pula membawa erti tentang aplikasi hukum-
hukum fizik dan pemodelan matematik dalam pembelajaran tentang kehidupan
organisme. Konsep mekanik adalah berkaitan dengan daya dan kesannya terhadap
sesuatu sistem yang mengandungi pengetahuan tentang kinetik, statik, dinamik dan
kinematik.

BIOMEKANIK DALAM SUKAN

Seperti yang diketahui, biomekanik merupakan suatu cabang yang luas bukan sahaja
dalam bidang mekanik, haiwan, sukan, ortopedik malah buah-buahan dan sayuran.
Namun begitu projek ini akan lebih menjurus dalam bidang sukan biomekanik.
Apakah yang kita faham tentang biomekanik dalam sukan? Mungkin fikiran kita mula
terfikir tentang sukan.Tapi apakah kaitannya sukan dalam bidang biomekanik? Seperti
yang dibincangkan tadi, kita memahami biomekanik ialah prinsip-prinsip mekanik dan
matematik yang diaplikasikan dalam pembelajaran mengenai tubuh manusia. Cuma
kali ini dari sudut sukan. Mungkin juga biomekanik dalam sukan membawa maksud
aplikasi prinsip-prinsip mekanikal dalam pembelajaran tentang tubuh manusia supaya
setiap tindakan pemain akan membawa kemenangan dalam perlawanan. Ataupun
8

lebih tepat lagi, kita boleh menyatakan sukan biomekanik ialah pembelajaran tentang
daya dan tindakannya terhadap tubuh manusia dari sudut sukan. Sekarang kita sudah
mengetahui maksudnya, tetapi masih kabur tentang tujuan pembelajaran ini,
aplikasinya, contoh-contoh yang berlaku dalam kehidupan harian mahupun
kepentingannya dalam bidang sains.

Seorang jurulatih sedang memerhati pemain-pemainnya bermain bola baling.


Pernahkah anda mendengar jurulatih ini dengan dahi yang berkerut memarahi ataupun
menasihati pelajarnya cara bermain dengan betul? Ya, sudah tentu pernah. Mengapa
perlu ditegur? Sudah pasti supaya pelajar-pelajarnya menggunakan teknik yang betul
untuk memenangi sesuatu pertandingan. Ada atlet yang beraksi menggunakan teknik
yang bagus. Namun begitu, ada aksi yang kurang cekap dan perlu diperbetulkan. Apa
yang boleh dikatakan mekanik memberitahu kita apa tindakan yang betul atau tidak
ketika bermain dan mengetahui pergerakan yang betul untuk menggantikan aksi yang
salah ketika bermain. Apabila pembetulan telah dilakukan, atlet tersebut akan bermain
dengan menggunakan pergerakan dan teknik yang betul dan membolehkannya
memperbaiki prestasinya ketika bermain.

Tidak semua senaman yang sentiasa diamalkan dahulu dan sekarang adalah
dikhususkan untuk menjaga kesihatan diri. Kita mengetahui bahawa senaman baik
untuk kesihatan badan dan mengelakkan kita dari diserang penyakit, namun begitu
jika menggunakan teknik yang salah akan membawa padah kepada diri sendiri. Oleh
itu, pengetahuan tentang biomekanik sangat dititikberatkan supaya boleh
diaplikasikan dalam kehidupan ini.

Jika anda selalu tercedera ketika sedang bersukan, anda mesti terfikir teknik
yang dilakukan sekarang mungkin tidak sesuai dipraktikkan, itulah sebabnya anda
selalu sahaja luka. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Sudah pasti anda
dinasihatkan berjumpa dengan guru sukan ataupun pergi sahaja ke klinik kesihatan
sekolah anda untuk meminta nasihat dan diberikan ubat supaya luka cepat sembuh.
Tahukah anda guru sukan dan doktor mempunyai pengetahuan mengenai fisiologi,
anatomi dan mekanikal? Walaupun begitu, tidak semua doktor mempunyai
pengetahuan tentang prinsip mekanikal. Jika digabungkan kesemua bidang-bidang
9

tersebut, anda akan faham bahawa kecederaan yang dialami ketika sedang bersukan
mempunyai kaitan dengan bidang biomekanik. Pengetahuan mengenai biomekanik
membolehkan kita semua mempelajari cara pergerakan yang betul ketika sedang
bersukan untuk mengelak dari luka ringan atau parah, mengetahui peralatan-peralatan
yang sesuai digunakan ketika di padang untuk mengelak dari tercedera dan
mempelajari cara perubatan berteknologi tinggi untuk mempercepatkan luka sembuh
dengan cepat.

TEKNIK

Ahli sains yang bekerja dalam bidang mekanik akan terlibat dengan daya dan kesan
daya seperti graviti, geseran dan rintangan udara. Mereka menggunakan kemahiran
mekanik ini dalam penyelesaian hal kerja mereka mungkin dalam hal keretapi,
jambatan, bangunan, penghawa dingin dan seumpamanya. Pekerjaaan ini banyak
melibatkan kehidupan manusia dan memberi kesan terhadap kehidupan harian samada
bertambah baik ataupun tidak. Anda percaya atau tidak, sebenarnya semua kesan daya
seperti rintangan udara dan geseran juga melibatkan aktiviti sukan. Contoh yang
senang, seseorang yang sedang memanjat tangga atau bukit mahupun kapal terbang
yang sedang berlepas ke udara terlibat dengan daya graviti yang menarik mereka
semula jatuh ke bumi. Hal yang berkaitan graviti juga melibatkan aktiviti sukan
seperti seorang atlet yang melakukan lompatan tinggi atau melompat jauh. Contoh
yang lain, seseorang yang terlibat dengan sukan berbasikal perlu berlawan dengan
rintangan udara seperti juga seseorang yang membawa kereta. Secara
kesimpulannnya, prinsip-prinsip mekanik yang diaplikasikan untuk pembangunan dan
kemudahan kehidupan harian manusia juga diaplikasikan kepada arena sukan.

Untuk memenangi sesuatu perlawanan, prinsip mekanik diaplikasikan


bersama-sama dengan aksi oleh seorang atlet. Jika atlet dan jurulatih benar-benar
memahami tentang konsep daya graviti, mereka akan cuba bertindak melawan kesan
daya graviti itu dan memikirkan teknik apakah yang sesuai dan berkesan untuk
sesuatu perlawanan. Contohnya, seseorang ahli gusti akan tahu daya graviti itu adalah
10

kawan karibnya, dengan kata lain, kemenangan itu sudah pasti berpihak kepadanya
apabila pihak lawan sudah tidak lagi stabil untuk berdiri apatah lagi cuba berlawan
balik.

Contoh yang lain, seorang peluncur ski perlulah membengkokkan kakinya ke


depan semasa sedang meluncur untuk mengurangkan rintangan udara. Teknik ini
membenarkan tarikan graviti berlaku supaya dapat meningkatkan kelajuan sebagai
persiapan sebelum mereka melakukan lompatan tinggi. Apabila sedang melakukan
lompatan tinggi, peluncur ski akan menggunakan rintangan udara untuk menghadapi
tarikan daya graviti. Mereka memanjangkan kaki dan membongkokkan diri ke depan
seolah-olah seperti sayap kapal terbang. Dengan cara ini, rintangan udara akan
menolong menjadikan peluncur ski berada lebih lama di udara. Inilah salah satu cara
yang menunjukkan bergunanya pengetahuan biomekanik di mana peluncur ini telah
mengaplikasikan prinsip mekanik dalam pergerakan tubuh badan supaya dapat
memperbaiki prestasi dalam perlawanan.

Terdapat lebih daripada tiga jenis daya seperti yang telah disebutkan di atas
yang terlibat dengan pergerakan tubuh badan yang perlu diketahui dan dianalisis. Jika
anda seorang yang bersemangat dalam arena sukan, anda bukan sahaja perlu
mempelajari dan bertindak melawan daya yang bertindak ke atas anda ketika sedang
bertanding, malah anda juga perlu mempertimbangkan daya yang dihasilkan oleh
pihak lawan. Dari sini, kita perlulah memahami, mempelajari, menganalisis dan
bertindak terhadap daya yang dihasilkan dalam sesuatu perlawanan. Hal ini boleh
membantu seseorang atlet mahupun jurulatih mencipta teknik yang baru dan
memperbaiki teknik permainan yang sedia ada supaya dapat membantu mereka
mencapai sasaran dalam suatu perlawanan. Inilah yang dikatakan bagaimana
biomekanik membantu mempertingkatkan arena sukan ini. Sudahkah anda mula
memahaminya?

Selain daripada memperbaiki dan mencipta teknik, prinsip-prinsip mekanik


dan formula matematik juga boleh diaplikasikan dalam peralatan-peralatan sukan.
Kadang-kadang, kita perlu faham kudrat seseorang manusia seperti atlet tidak mampu
berjaya dalam suatu pertandingan jika hanya bergantung kepada pergerakan badan
11

yang betul dan berkesan. Mereka juga perlu menggunakan peralatan yang canggih dan
diperbaharui untuk memudahkan mereka memperbaiki prestasi dalam setiap
perlawanan. Hal ini samalah seperti seseorang memerlukan teknologi canggih seperti
kenderaan awam ataupun lagi mudah dimaksudkan seperti kereta supaya
memudahkannya bergerak dan menjimatkan masa. Kemungkinan pembaharuan
dengan pelbagai aspek yang diperlukan oleh seseorang atlet ketika sedang bersukan
yang diterapkan dalam sesuatu peralatan seperti set pakaian bermain, kasut, raket, ski
dan seumpamanya dapat membantu mereka untuk berjaya dalam perlawanan. Kasut
yang padan dipakai dengan dapat memberikan keselesaan terhadap pergerakan kaki
memudahkan atlet berlari laju dan menggunakan pelbagai teknik yang dipelajari
ketika bermain bola sepak untuk mencapai kemenangan. Raket yang boleh melawan
daya dari menghalang kita memberikan smash yang terbaik kepada pihak lawan pasti
sesuatu perkara yang sangat diperlukan dan dimiliki oleh pemain tenis mahupun
pemain badminton.

Apabila kita menyaksikan suatu perlawanan seperti badminton atau bola


sepak, pasti sekali-sekala kita akan menganalisis dan memberi komen terhadap
perlawanan tersebut. Pernahkah anda bercakap dengan diri sendiri atau rakan-rakan
tentang pemain tersebut tidak pandai bermain seperti yang satu lagi? Ataupun,
pernahkah anda berkata, pemain itu tidak pandai menumpaskan pihak lawan, asyik-
asyik dia saja yang terkena? Hal ini semua berkaitan dengan teknik. Hanya boleh
dikatakan pemain perlu tahu menggunakan teknik yang betul. Kadang- kadang teknik
yang digunakan sama sahaja yang digunakan oleh teknik pihak lawan cuma
pergerakannnya ada sedikit perbezaan yang menyebabkan dia tersungkur dengan
pihak lawan.

Apakah yang kita faham dengan teknik? Ya, kita tahu teknik itu adalah suatu
cara. Tapi apakah yang benar-benar dimaksudkan dengan teknik dalam sukan? Teknik
adalah suatu corak dan urutan dari suatu pergerakan kepada pergerakan yang lain yang
dihasilkan oleh seseorang atlet ketika sedang menghasilkan kemahiran ketika sedang
bertanding. Ketika bersukan, seseorang atlet tidak terhad kepada satu cara tetapi,
terdapat banyak cara untuk berlawan dengan pihak yang lain. Namun begitu, ada
sukan yang hanya memerlukan satu teknik seperti pemain cakera hanya perlu
12

memusing dan melempar cakera ke destinasi yang telah ditetapkan dalam suatu
perlawanan. Ada juga yang memerlukan pelbagai teknik dalam suatu perlawanan
seperti tenis dan badminton. Mereka perlu mahir dalam servis, pukulan hadapan,
pukulan kilas dan pukulan belakang. Setiap teknik yang dihasilkan sentiasa bertujuan
menumpaskan pihak lawan. Contohnya, dalam bermain tenis, servis yang bagus
menyebabkan pihak lawan tidak dapat mengembalikan bola tersebut kepada kita
semula. Contoh yang lain, jika pihak lawan menggunakan teknik yang bagus ketika
membuat pukulan kilas atau hadapan dapat mematikan kita dari menyerang pihak
lawan semula, malah terpaksa mengikut rentak pihak lawan bermain untuk
mempertahankan pihak lawan dari memenangi pertandingan tersebut. Boleh dikatakan
di sini, setiap atlet cuba mempersembahkan teknik yang betul malah berkesan supaya
setiap objektif dalam setiap teknik yang dilakukan akan berjaya dengan cemerlang.

Seseorang yang sedang bermain akan menonjolkan kemahiran dengan


menggunakan teknik yang cemerlang ataupun teknik yang kurang
memberangsangkan dalam suatu perlawanan untuk kita tontoni dan memberi komen
tidak berbayar. Kalau anda pernah melihat seseorang yang sedang bermain di padang
ataupun anda sendiri yang sedang bermain, anda boleh tahu teknik yang anda hasilkan
itu mungkin tidak cukup bagus ataupun sangat bagus. Contohnya, jika pihak lawan
dapat mengembalikan bola “shuttle” kepada anda semula, bermakna kemahiran
pukulan anda atau smash anda kurang bagus.

Jika anda sedikit sebanyak mengetahui tentang permainan golf, anda pasti
dapat menyaksikan pelbagai jenis “stroke” yang dihasilkan oleh setiap pemain dalam
perlawanan tersebut. Ada yang menggunakan teknik “stroke” yang buruk sehingga
memerlukan banyak kali pukulan untuk menjaringkan bola golf ke dalam lubang gol.
Pernahkah anda menyaksikan pemain-pemain terkemuka golf bermain di kaca
televisyen seperti Greg Norman, Pat Bradley dan Tiger Woods? Jika dianalisis cara
mereka bermain, sebenarnya mereka menggunakan asas teknik yang sama dalam
melakukan “stroke”. Daripada melakukan ayunan belakang sehinggalah turutan
berikutnya untuk menjaringkan bola golf ke dalam lubang gol, anda dapat melihat
penggunaan hukum-hukum daya yang lancar dalam setiap pergerakan yang dihasilkan
oleh pemain-pemain ini. Hal yang sama juga yang berlaku kepada pemain-pemain
13

lompat jauh seperti Carl Lewis, Mike Powell dan Jackie Joyner-Kersee. Walaupun
pemain ini berbeza dari segi ketinggian, berat dan kekuatan, tetapi tetap mempunyai
asas teknik yang sama ketika sedang berlari, melakukan lonjakan, lompatan tinggi dan
mendarat. Pergerakan yang berkesan ini menunjukkan mereka menggunakan teknik
yang bagus, betul dan sesuai dengan pergerakan tubuh badan sehingga menggelarkan
mereka pemain-pemain terkemuka di dunia.

Selain daripada perbezaan yang kecil dari segi kemahiran di antara pemain-
pemain terkemuka ini dan perbezaan sukan yang diceburi, dapat disimpulkan, mereka
mengaplikasikan prinsip-prinsip mekanik untuk mengawal pergerakan badan ketika
sedang melakukan aksi-aksi dalam perlawanan. Adalah sesuatu yang jarang berlaku
bagi seseorang atlet berjaya menunjukkan teknik yang berkesan disebabkan oleh nasib
yang menyebelahi mereka ketika sedang bertanding. Hal ini kerana kebanyakan yang
berlaku kepada seseorang mestilah mempunyai sebab yang munasabah. Contohnya,
seseorang yang berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) mestilah disebabkan usaha yang gigih dan tawakal kepada Tuhan.

Dalam dunia yang serba canggih ini dan saingan yang sengit dalam dunia
sukan, seseorang atlet terkemuka perlulah mempunyai seseorang yang membantu
mereka dalam memperbaiki diri untuk memperoleh kejayaan dalam sukan yang
diceburi. Seseorang jurulatih yang pakar dalam penggunaan prinsip-prinsip mekanik
dalam mengawal pergerakan badan diperlukan supaya pergerakan atlet itu boleh
diperbaiki dan dipertingkatkan prestasi mereka dari hari ke hari.

Bagaimanakah untuk anda menjadi jurulatih yang berbaloi apabila diupah oleh
mana-mana pihak untuk mengajar permainan bola jaring? Baiklah, mula-mula anda
lihat cara mereka bermain, kemudian anda akan memulakan sesi menerangkan latar
belakang permainan ini dan mengajar pelbagai gerakan badan supaya boleh
menjadikannya teknik untuk menjuarai suatu perlawanan. Anda menjadikan diri anda
sebagai contoh dahulu dalam melakukan teknik tersebut dan kemudian mengarahkan
pemain anda melakukan aksi yang sama sehingga menjadi. Sebenarnya, apa yang
telah anda lakukan sudah bagus sebagai seorang jurulatih, namun tanpa latar belakang
yang asas mengenai penggunaan prinsip mekanik dan formula matematik, anda tidak
14

mampu membawa diri anda ataupun pemain-pemain anda ke peringkat yang lebih
jauh lagi seperti menjadi pemain terkemuka dunia. Sebagai jurulatih sangat penting
untuk anda memahami mengapa pergerakan ini bagus daripada pergerakan yang lain
ketika ingin menjaringkan gol dan membolehkan anda menerangkan kepada pemain
anda mengapa pergerakan ini selamat dan sesuai untuk dipraktikkan tanpa menyakiti
badan dan senang untuk dipelajari.

Bagaimanakah seorang jurulatih mampu mengadaptasi pengetahuannya dalam


biomekanik sehingga dapat memperbaiki teknik yang sedia ada ataupun mencipta
teknik yang berkesan? Anda jangan lupa bahawa ciptaan Tuhan terhadap manusia
adalah yang terbaik dari makhluk lain di alam ini. Manusia mempunyai sifat kreatif
yang boleh mempertingkatkan diri dalam menghadapi pelbagai dugaan dan masalah.
Oleh itu, seorang jurulatih perlulah kreatif untuk memperbaiki prestasi bagi setiap
pemain-pemainnya. Tidak semua teknik yang diperkenalkan boleh dibawa dengan
baik oleh setiap pemain. Anda perlu ingat bahawa setiap pemain mempunyai banyak
perbezaan dari segi usia, ketinggian, kecenderungan dan bentuk tubuh badan. Oleh itu,
anda perlulah memerhati dan menganalisis setiap pemain dengan teliti supaya teknik
yang dicipta mampu memberi kesan yang baik ketika dalam perlawanan nanti.
Sebagai jurulatih yang berkaliber, anda juga disarankan untuk memahami, memerhati
dan menganalisis cara pihak lawan beraksi dalam perlawanan. Anda jangan lupa
setiap pasukan mempunyai strategi-strategi dan kemahiran yang berbeza antara satu
sama lain. Dengan ini, anda perlulah merancang pelbagai strategi supaya dapat
menewaskan pihak lawan. Pemain-pemain juga mulai faham dan dapat menilai
dengan baik apa yang telah diajar kepada mereka dan tahu teknik yang manakah yang
sesuai diaplikasikan ketika dalam perlawanan nanti. Dengan ini pengajaran anda
menjadi lebih bernilai dan difahami oleh semua pihak. Teknik yang diajar mestilah
seiring dengan aplikasi prinsip biomekanik supaya teknik yang diajar akan berkesan
dan berjaya untuk digunakan ketika beraksi di padang nanti.

Anda sedar ataupun tidak, kebanyakan teknik-teknik yang diajar oleh guru
sukan, kebiasaannya telah dipraktikkan berpuluh tahun dahulu lagi. Cuba ingat
semula, hampir kesemua teknik yang diajar di sekolah rendah dan sekolah menengah
di seluruh negara adalah hampir sama. Ada di antaranya, teknik yang sudah lapuk atau
15

teknik tradisional. Ada yang tidak ada kaitan langsung dengan penggunaan prinsip-
prinsip mekanik ke atas pergerakan tubuh badan. Tidaklah dikatakan semua teknik ini
tidak berkesan, tetapi kita perlulah menganalisis setiap pergerakan yang dihasilkan
oleh badan mampu membawa kemenangan yang besar kepada kita ataupun tidak.

Ada juga jurulatih yang masih menggunakan teknik cuba dan buat. Kalau anda
bernasib baik, menanglah anda ketika perlawanan nanti. Kaedah cuba dan buat
hanyalah akan meninggalkan kesan yang negatif kepada atlet. Bayangkan anda tidak
mempunyai ketinggian yang sesuai untuk melompat dengan lebih tinggi berbanding
rakan anda yang sememangnya mempunyai ketinggian yang ideal. Jika jurulatih anda
selalu saja meminta anda bekerja keras lagi, pasti anda sudah bosan untuk mendengar
leterannya lantaran mengetahui tanpa teknik yang betul bagaimana mampu anda
melompat dengan ketinggian yang ideal ataupun sememangnya anda tidak perlu
begitu menekankan teknik tersebut disebabkan faktor ketinggian anda tetapi bekerja
keras menggunakan teknik yang lain yang sesuai dengan tubuh anda untuk berjaya
dalam arena sukan.

Sesetengahnya pula hanya meniru sahaja aksi yang dihasilkan oleh pemain
dunia terkemuka tanpa mengira bentuk fizikal dan persekitaran yang berlainan. Jika
anda bertuah, ya, sudah pasti anda dapat meningkatkan prestasi anda dalam sukan
yang diceburi dengan meniru gaya pemain terkemuka dunia. Jika tidak pasti
kecundang jua dalam perlawanan tersebut. Dapat disimpulkan di sini, sukan
memerlukan kita untuk mempunyai pengetahuan yang asas dalam biomekanik selain
dari bekerja keras untuk mencapai sasaran.

MENGELAK DARI KECEDERAAN

Sesetengah orang menganggap kepentingan dalam mempelajari biomekanik,


mengelak dari kecederaan ketika sedang bersukan sebenarnya merupakan kepentingan
yang paling utama sekali ketika mempelajari biomekanik dalam sukan. Kecederaan
adalah suatu yang menyakitkan tubuh badan kita. Oleh itu mengetahui cara bagaimana
16

untuk mengelak kecederaan dari berulang atau daripada berlaku perlulah diketahui
caranya jika anda memang seorang yang suka bersukan. Mengetahui apakah senaman
yang mampu mengembalikan kesihatan badan dan memahami pergerakan badan yang
manakah akan memberi kesan yang baik atau buruk terhadap kesihatan badan anda
suatu yang bagus untuk dianalisis, dikaji, dan difahami. Walaupun anda hanyalah
pelajar sastera atau seorang suri rumahtangga sepenuh masa, jika anda meminati dan
suka bersukan maka adalah suatu yang sangat berguna untuk mempelajari bidang
sukan biomekanik seperti pelajar sains yang lain. Walaupun anda hanyalah suri
rumahtangga namun pengetahuan luas dalam bidang sains menjadikan anda seorang
yang mengikuti arus teknologi. Sekurang-kurangnya, anda menggunakan ilmu
pengetahuan tersebut daripada segelintir pelajar sains yang hanya mengikuti kursus
biomekanik hanya untuk mendapatkan segulung ijazah.

Banyak cara untuk mengelakkan diri dari kecederaan dari segi teknik
kemahiran pergerakan badan ketika bersukan, peralatan canggih masa kini, senaman
untuk kesihatan badan dan dari sudut bidang perubatan. Seperti yang diulas beberapa
perenggan di atas, jika anda tersalah mempraktikkan teknik yang diajar, pasti
membawa kesan buruk. Salah satunya anda tidak dapat memperbaiki pencapaian diri
dalam industri sukan dan satu lagi yang juga mempunyai kepentingan iaitu
menyebabkan kecederaan pada tubuh anda. Itulah tujuannya kita perlu
mengaplikasikan prinsip-prinsip mekanik dan pengetahuan anatomi dan fisiologi
dalam pergerakan badan supaya dapat mengetahui kesannya terhadap tubuh badan
kita. Kesemua daya yang terlibat di persekitaran ketika bersukan mahupun daya yang
dihasilkan oleh anda, rakan anda dan juga pihak lawan boleh menjadi penghalang
untuk anda melakukan teknik yang betul. Selain dari mengetahui teknik yang betul,
anda juga perlu mempelajari untuk menggunakan teknik tersebut ketika waktu yang
betul supaya mendatangkan faedah kepada anda ketika sedang bersukan. Sains adalah
suatu kajian mengenai alam. Tubuh badan manusia juga adalah alam ciptaan tuhan.
Begitu juga mekanik di mana ia merupakan cabang kepada bidang fizik. Fizik dan
matematik adalah sebahagian dari sains. Jadi, biomekanik sangat bagus untuk dikaji
untuk mengelak dari kecederaan.
17

Untuk menilai sesuatu kecederaan secara tepatnya, kita perlulah mempunyai


ilmu mengenai apakah ciri-ciri dan faktor yang menyebabkan kecederaan itu boleh
berlaku. Contohnya retakan tekanan, patah terbengkok, retakan pemampatan, terseliuh
dan konkusi adalah disebabkan faktor dari kesan daya ketika kita sedang beriadah.
Seseorang yang terjatuh dari melakukan aksi lompatan tinggi ataupun tercedera akibat
dikasari oleh pihak lawan adalah dua jenis kecederaan yang perlu diubati dengan cara
yang berlainan. Apabila kita mengetahui apakah yang menyebabkan sesuatu
kecederaan, barulah ilmu kedoktoran, anatomi dan fisiologi akan mengambil alih
untuk mengetahui kesannya dan bagaimana untuk memulihkan anggota badan yang
tercedera.

Contoh yang senang difahami, seseorang gimnastik akan mengalami


kecederaan yang agak parah setelah selesai melakukan aksi “stunt” jika tidak
mendarat dengan baik. Mereka perlulah membengkokkan kaki,buku lali dan juga
pinggang supaya dapat mengurangkan kesan daya yang bertindak kepada mereka
setelah mendarat selepas melakukan aksi lompatan yang tinggi. Namun begitu,
pergerakan ini pasti menyebabkan pendaratan anda nampak tidak sempurna dan pasti
mengurangkan markah sekaligus menutup peluang untuk anda memenangi pingat
emas. Jika anda tetap mendarat dengan baik, ataupun “stick” seperti tiang yang
menegak ketika mendarat, pasti anda akan memperoleh markah penuh, tetapi
kesannya akan menyakitkan tubuh badan anda. Jadi bagaimana ya? Mungkin cara
pemarkahan perlulah fleksibel dengan tetap memberi markah yang penuh terhadap
mereka yang mendarat dengan kaki dan pinggang yang membengkok. Apa pendapat
anda? Kesihatan tetap perlu dititikberatkan jua.

Selain dari kepentingan teknik pergerakan badan, peralatan yang digunakan


ketika bersukan juga perlu diambil kira dan penting untuk mengurangkan kesakitan
dan kecederaan badan. Hal yang sama berlaku untuk mengurangkan gemaan dalam
sesebuah rumah. Anda memerlukan peralatan untuk mengurangkan gemaan tersebut.
Pasti anda tidak mahu keadaan rumah anda seperti dalam gua. Oleh itu, untuk
mengurangkan gemaan, salah satunya, anda bolehlah memasang langsir di rumah anda
untuk mengurangkan pantulan suara ketika berada dalam rumah. Baiklah, jika anda
seorang yang suka berenang, pakaian yang longgar melambatkan pergerakan anda
18

ketika berenang. Oleh itu, anda perlu memakai pakaian yang muat-muat dengan tubuh
anda ataupun untuk memudahkan kerja anda, beli saja pakaian renang dan
peralatannnya untuk memudahkan anda menikmati aktiviti sukan ini. Pakaian renang
menghalang dari melambatkan pergerakan anda kerana berjaya mengurangkan daya
dan rintangan air ketika sedang berenang.

Seseorang yang terlibat dengan aktiviti lumba lari atau lompat pagar
memerlukan mereka menggunakan tenaga kaki yang banyak. Kelengkapan
keselamatan yang dipakai di kaki anda ketika sedang dalam perlawanan dapat
mengelak dari berlakunya kecederaan ataupun kejang ketika sedang berlari. Selain
dari itu, jangan lupa anda juga perlu memakai kasut yang sesuai, senang dan dicipta
untuk melakukan aktiviti berlari. Kasut ini akan mengurangkan kecederaan anda dan
membantu anda untuk meningkatkan prestasi dalam sukan tersebut.

Pernahkah anda melihat seseorang yang cuba berjalan semula dengan baik
setelah terlibat dengan kemalangan dibantu oleh beberapa jururawat dan pakar tulang
di hospital? Mungkin pernah tetapi di kaca televisyen. Mereka diajar dengan senaman
yang bersesuaian supaya tidak menambahkan lagi kecederaan yang sedia ada dan
mampu berjalan dengan baik semula. Apa yang boleh dikatakan, senaman dengan
kaedah yang betul membolehkan kesihatan badan terjaga dengan baik ataupun boleh
memulihkan kesihatan badan seperti sedia kala.

Pernahkah anda melihat di luar sana, ketika watu pagi, ramai orang tua
terutama kaum cina sedang membuat senaman “taichi” (sejenis senaman yang
diamalkan secara turun-temurun oleh kaum cina) ? Ya, sudah tentu jika anda juga
selalu mengamalkan senaman di waktu pagi. Senaman ini dikatakan dapat
mengembalikan kesihatan badan semula disamping mencergaskan otot-otot badan.
Jabatan kesihatan di seluruh dunia juga mengesyorkan senaman ini diamalkan oleh
semua lapisan masyarakat. Kerajaan kita juga banyak menyarankan kita dengan
membuat pelbagai kempen di kaca televisyen, radio, mempamerkan pelbagai poster di
luar sana dan memperbanyakkan promosi supaya semua lapisan masyarakat kita
tergerak hati untuk turut serta dalam aktiviti sihat ini. Pelbagai senaman dicipta
dengan kreatif oleh para profesional supaya senaman yang dipraktikkan bersesuaian
19

dan menjamin kesihatan badan. Di sinilah para profesional akan mengkaji dan
menganalisis supaya senaman yang dikenalkan tidak memberi kesan yang buruk
terhadap tubuh badan kita. Asas mekanik, anatomi dan fisiologi perlu diketahui dan
dianalisis untuk menjadi kreatif dalam meningkatkan mutu senaman kita.

INOVASI DALAM ARENA SUKAN

Dengan huraian yang panjang lebar sebentar tadi, saya harap pembaca dapat
memahami kepentingan biomekanik dalam kehidupan harian. Projek ini diteruskan
lagi dengan perbincangan tentang apa yang telah dilaksanakan demi perubahan yang
semakin baik dalam dunia sukan dari sudut biomekanik. Kita sudah maklum,
pengetahuan tentang biomekanik dapat meningkatkan prestasi seseorang dalam dunia
sukan. Peningkatan prestasi ini tidak lain tidak bukan telah membawa perubahan yang
besar dalam dunia sukan.

Contohnya, sebelum tahun 1968, ramai di kalangan atlet acara lompat tinggi
telah menggunakan teknik “straddle’ ketika sedang melepasi halangan lompat tinggi.
Teknik “straddle” membawa maksud bahagian badan di hadapan akan menghadap
halangan (bar) ketika sedang melakukan lompatan. Namun begitu, pada tahun 1968,
seseorang atlet acara lompat tinggi yang bernama Dick Fosbury telah menggunakan
teknik yang berlainan dengan menggunakan bahagian belakang tubuh badan
menghadap halangan ketika sedang melakukan lompatan tersebut. Lompatan ini
berjaya membuatkan Fosbury meraih pingat emas dalam sukan Olimpik. Selepas
teknik ini diperkenalkan, ramai atlet acara ini mula menggunakan teknik ini ketika
dalam perlawanan. Pada masa ini, teknik ini dikenali sebagai “Fosbury Flop”. Teknik
ini dikatakan lebih bagus daripada teknik tradisional sebelum ini kerana teknik
“Fosbury Flop” lebih senang untuk dipelajari dan dipraktikkan serta apabila
melakukan lompatan, teknik “Fosbury Flop” ini lebih laju bagaikan sedang berlari
daripada teknik sebelum ini. Untuk pengetahuan bersama, teknik ini tidak dicipta oleh
mana-mana ahli biomekanik tetapi telah dianalisis dan dicipta oleh atlet ini sendiri.
Hal ini merupakan suatu yang sangat mengagumkan dalam arena sukan.
20

Gambar 1: Atlet lompat tinggi menggunakan teknik “straddle”.

Gambar 2: Fosbury Flop teknik

Adakah anda mengetahui bahawa pemain-pemain bola sepak profesional di


luar negara sana seperti pemain-pemain English Premier League (EPL) mempunyai
kasut yang dicipta hasil kreatif oleh ahli biomekanik? Kasut mereka dicipta dengan
menekankan aspek-aspek mekanik supaya memudahkan pergerakan kaki untuk
bermain dengan pelbagai teknik dalam perlawanan. Kasut yang dipakai juga dibuat
dengan mengikut ukuran saiz tapak kaki setiap pemain-pemain tersebut supaya dapat
memberi keselesaan yang maksimum ketika memakai dan sedang bermain. Tidak
mungkin anda akan menemui sepasang kasut yang sama dengan atlet-atlet ini di
mana-mana kedai kasut kerana kasut mereka diperbuat khas untuk pemain-pemain ini.
21

Ini adalah satu kemajuan yang telah dilakukan oleh penyelidik biomekanik demi
peningkatan dunia sukan.

Kasut untuk berlari pula mulai ada di pasaran pada tahun 1970-an. Pada ketika
itu, banyak masalah telah berlaku untuk membuat kasut tersebut kerana kurangnya
pengalaman dan rekaan kasut ini yang masih baru serta masih banyak perlu
dipertingkatkan mutunya. Disebabkan kekurangan ini, ramai atlet mengalami kesan
kecederaan pada kaki seperti retakan tekanan dan terseliuh. Akibat dari kesan ini,
pengeluar kasut mula membuat kasut yang lebih lembut daripada sebelum ini. Namun
begitu, rekaan ini telah menyebabkan kurangnya stabiliti dan kawalan mengakibatkan
peningkatan pengguna kasut yang mengalami kecederaan pada buku lali, lutut dan
paha. Disebabkan pelbagai masalah yamg melanda, kajian biomekanik telah diadakan
dan ditaja oleh kebanyakan pengeluar kasut yang terkenal. Hasilnya banyak
pembaharuan dalam rekaan tersebut dalam memberi keselesaan ketika memakai dan
bersukan. Rekaan kasut moden ini telah mengurangkan kecederaan pada kaki dan baik
untuk pergerakan tubuh badan ketika sedang bersukan.

Pengeluar kasut yang terkenal, Nike sangat menitikberatkan keselesaan dan


keselamatan pengguna yang memakai kasut keluaran syarikat ini. Oleh itu, Nike telah
menubuhkan Makmal Penyelidikan Sukan Nike pada tahun 1980. Matlamat makmal
ini ditubuhkan untuk kemajuan dan peningkatan dalam industri sukan dan pembuatan
kasut sukan berdasarkan prinsip-prinsip mekanik, fisiologi dan anatomi.

Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan pemain luncur sukar untuk berjaya
dalam melakukan aksi lompat kijang disebabkan atlet-atlet ini kurang membawa
lengan mereka dengan pantas supaya dapat mempercepatkan putaran ketika mereka
sedang berada di udara. Oleh itu, suatu tindakan telah diambil untuk memperbaiki
prestasi atlet-atlet ini. Mereka akan lebih diberi penekanan untuk melakukan latihan
berkaitan dengan penggunaan lengan dan bahu supaya dapat memberi kekuatan
kepada lengan mereka untuk melakukan aksi lompat kijang dengan lebih cemerlang.

Misbun telah mencipta satu teknik dalam permainan badminton untuk


menjuarai dalam setiap perlawanan. Teknik ini dinamakan teknik potong di mana
22

apabila kita menggunakan teknik ini, ia dapat mematahkan serangan pihak lawan
sekembalinya bola “shuttle” ini kepada mereka. Hal ini disebabkan teknik ini akan
menyebabkan pihak lawan menerima bahagian “shuttle” yang berbulu menyebabkan
sukarnya untuk membalas serangan tersebut. Kebiasaannya apabila kita
mengembalikan serangan kepada pihak lawan, pihak lawan akan menerima bahagian
“shuttle” yang berbola yang membolehkannya untuk membalas serangan. Teknik
potong ini merupakan satu pembaharuan dalam dunia badminton dan pasti boleh
menyebabkan pemain berpeluang menjuarai mana-mana perlawanan badminton.
Namun begitu, disebabkan teknik ini dilihat oleh para juri kurang adil untuk
digunakan dalam perlawanan, maka teknik ini telah diharamkan untuk digunakan
dalam setiap perlawanan.

Inilah di antara sumbangan biomekanik kepada peningkatan kemajuan yang


berlaku dalam industri sukan. Sebenarnya banyak lagi yang telah dilakukan oleh para
penyelidik biomekanik samada dalam arena sukan, perubatan dan seumpamanya.
Namun begitu, bidang ini masih agak baru untuk kita melihat perkembangan dan
sumbangannya secara menyeluruh dalam semua bidang sains.

KESIMPULAN

Kalau dilihat, kebanyakan cabang sains dan teknologi sudah dimaklum, difahami dan
tahu apakah sumbangannya kepada dunia moden hari ini. Walaupun tidaklah begitu
luas ilmu pengetahuan kita seperti sebentang lautan, namun begitu, kita boleh agak
yang mana satu sumbangan dari sains. Tetapi bila disebut sahaja biomekanik, semua
orang akan berfikir sejenak sebelum memberi pendapat sendiri tentang bidang ini.
Mungkin disebabkan bidang ini adalah gabungan dari bidang biologi dan kejuruteraan
menyebabkan kita kurang pasti ke manakah arah tujuan dan sumbangannya kepada
umum.

Kalau kita lihat dari sudut perubatan, secara umumnya, masyarakat akan
mengatakan semua yang berkaitan ubat, peralatan untuk pembedahan dan
23

kelengkapan untuk yang kurang mampu pasti disumbangkan oleh ilmu perubatan.
Sebenarnya tidak. Baiklah hampir secara keseluruhan, ya, bidang perubatan paling
banyak memberi sumbangan kerana ia berkaitan dengan kehidupan organisme. Tetapi,
tanpa teknologi dari bidang lain seperti kimia, matematik, psikiatri dan kejuruteraan,
tidak mungkin bidang perubatan akan mengalami kepesatan teknologi.

Begitu juga yang berlaku dalam bidang sukan di mana kebanyakan masyarakat
pasti berfikir yang terlibat secara langsung dalam bidang sukan adalah guru sukan,
jurulatih dan atlet-atlet. Padahal tanpa pengetahuan biomekanik, tidak mungkin arena
sukan akan maju seperti sekarang. Namun begitu, sukar untuk ahli biomekanik untuk
campur tangan dalam dunia sukan kerana secara langsung, mereka tidak begitu terlibat
dengan dunia sukan. Ahli biomekanik hanya akan diupah untuk bekerjasama dengan
dunia sukan jika diberi peluang oleh kebanyakan badan profesional yang mempunyai
kesedaran tinggi bahawa tanpa pengetahuan dan pemodenan hasil dari bidang
biomekanik, pasti sukar untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet dalam setiap
perlawanan seperti yang berlaku pada masa sekarang.

Oleh itu, pada pandangan saya, ramai guru sukan, jurulatih, atlet, jurutera-
jurutera mahupun ahli kimia dan matematik pasti akan mempelajari bidang
biomekanik jika diberi pendedahan tentang kepentingan dan faedah yang boleh
didapati jika menguasai bidang ini. Wajar juga diberi pendedahan mengenai aplikasi
prinsip-prinsip mekanik dalam tubuh badan manusia kepada semua orang yang ingin
menjadikan bidang sukan sebagai pekerjaan tetap mereka. Jika sukan yang dipilih
sebagai kerjayanya maka sudah pasti impian mereka adalah mengecapi kejayaan
sehingga ke puncak dunia. Bukan mudah untuk menggenggam suatu kejayaan tanpa
usaha yang gigih dan ilmu pengetahuan yang luas. Begitu juga hal yang berlaku
kepada kerjaya seseorang pensyarah. Nampak kerjanya mudah, mengajar dan
menyelidik, tetapi untuk sampai ke satu tahap digelar profesional oleh kebanyakan
orang perlulah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam kerjayanya.
Oleh itu, ahli sukan juga memerlukan ilmu pengetahuan dalam biomekanik selain
berdisiplin dan berlatih dengan gigih untuk meningkatkan prestasi mereka supaya
dapat menumpaskan pihak lawan sekaligus menjuarai dunia sukan.