Anda di halaman 1dari 4

Kawan = Friend......?!

2:18:00 AM | | 0 Comments  

Saat aku ditalkinkan…masti baca..(T_T)


Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah…
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil
di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di
sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung
dengan lori balak.
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan
siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan
bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. ”Mengucap sayang,,mengucap……..
Asyhaduallailahaillallah………” ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah
mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam
mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana
degil.
“Bagaimana dengan keadaannya doktor?”Aku amati suara itu.Pasti itu suara
abang.Mungkin abang baru sampai. “Tenat”,jawab doktor dengan ringkas. “Itu kata
doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha”. Sudah seminggu
aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke
sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah….. Tapi mataku…….semakin
gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat
dunia ini. “Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.”Abangkah yang bersuaraitu? Apa
yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu
ini.Tolong bukakan mataku.
“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu
menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu…..aku tidak mahu
berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. “Yassin……”.bacaan yassin
terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di
perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut
datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang
sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika
itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang
pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
“Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan
rintihan “Panas,dahaga,haus,panas……..”.tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku
datang,”Nenek………..”. “Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air
madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.

“Ibu……”.
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi…..”.
Ayah…….kau datang ayah…….”.

“Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang
membantu kau masuk ke syurga”. “Nenek….ibu…..ayah……suara kau kah tadi??Kenapa
kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? “Mengucap
sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah……”.Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang.”Mari ikut kami”. manusia-manusia berjubah


hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya”Mari ikut kami”.cahaya putih
datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .”Apa ini,apa
ini?.Akulah sakaratul maut…….!!!!!!”. Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari
hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian
datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. “Hai jiwa yang keji,keluarlah dari
kemurkaan Allah…….”.Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi
wainnailaihi rajiuun…. Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. “Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?
Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya……”.

“Assalamualaikum……”.
“Siapa yang memberi salam itu?”.
“Aku”.
“Kau siapa wahai pemuda???”.
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya
yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa
warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat
keluar.Tanpa di pedulikannya……jijik,loya,aku rasa……..teramat loya melihatnya.

“Kau tak kenal aku?”.


“Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini”.
“Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”.
“Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
“Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”.
“Akulah amalanmu yang keji……….”.

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku
dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan
di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam
barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan
segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas
kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah
berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!!
Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan
kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami
air.Air apa ini?????
“Tolong….sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku
dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu…..malu…..malu……!!!!!!”.
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku
di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu
demi satu dengan kain itu. “Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua
buat aku macam ini?Tolong rimas….panas……..”. Kemudian aku di letakkan di suatu
sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan
abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?


Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
“Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”.Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku’,sujud dan
tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?”Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah


dan abang.Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!”Keengaran suara tok
imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana
dia bawanya aku?”. Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke
situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!”. Setibanya di tanah
perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan
memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. “Perlahan-lahan”,aku terdengar
suara tok imam memberitahu.”Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.Kini aku
berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah
menutupiku.

“Tanah apa ini?”.


“Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.
“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita
kembali”. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.”Sesungguhnya mati itu benar alam
barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua
benar……..”.Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin
lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku
terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke
atasku.Terasa semakin gelap dan ……aku kini keseorangan.

“Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!


Gelap!!!Panas!!!Tolongggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!
-SIAPA YANG BOLEH TOLONG KITA KALAU KITA TIADA BEKALAN AMAL
SOLEH SEWAKTU DI DUNIA-……
“SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG
AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK…DAN SAKITNYA
HINGGA KE AKHIRAT.”

Anda mungkin juga menyukai