Anda di halaman 1dari 2

AJAR BAYI ANDA MEMBACA

Beberapa hari yang lepas saya terlibat didalam satu perbincangan di televisyen dengan
seorang yang sebenarnya tidak mahu mendengar jawapan saya , yang bertanyakan kenapa
saya merasakan bahawa adalah bagus bagi ibu mengajar bayinya membaca.
Memandangkan akan betapa mustahilnya untuk saya menjawab disana tanpa gangguan
maka saya fikirkan lebih baik sekiranya saya mencuba disini.

Saya memikirkan bahawa adalah sungguh baik bagi ibu atau bapa untuk mengajar
bayinya membaca kerana beberapa sebab:

1- Adalah lebih mudah mengajar anak berumur dua tahun membaca di rumah
daripada mengajar anak berumur enam tahun disekolah ; sungguh lebih mudah.

2- Memandangkan bahawa bayi lebih minat untuk belajar dari melakukan apa
sahaja didunia ini , dan lebih suka untuk bersama dengan ibu bapanya dari
sesiapa sahaja didunia ini , hanya beberapa aktiviti sahaja yang paling
mengembirakan bagi ibu dan bayi seperti situasi belajar membaca.

3- Membaca ialah asas bagi semua pembelanjaran dan pencarian ilmu. Sekiranya
seorang ibu mengajar bayinya membaca pada usia satu, dua atau tiga tahun
maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca disekolah pada usia enam,
tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah berpasangan , manakala
buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya. Ini adalah benar bagi
negara , negeri, bandar, masyarakat dan lebih penting lagi orang perseorangan.

4- Adalah satu perkara yang indah bagi seorang bayi, anak atau orang dewasa
untuk boleh membaca.

5- Banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh diperkatakan tetapi saya akan
senaraikan yang terakhir disini , tetapi bukan yang paling remeh. Malah saya
rasa inilah yang paling penting sekali.

Kita ibu bapa, sanggup menjalani kehidupan awal bersama bayi kita. Kita sanggup
menghadapi hidung berhingus , lampin kotor, kepanikan ketika kehilangan nya dipusat
membeli belahyang sesak selama tiga puluh saat yang yang dirasai seolah-olah satu jam,
kecemasan serta doa ketika perjalanan kehospital pada pukul dua pagi dengan suhu badan
anak melambung hingga kerekod dunia yang baru, dan berbagai lagi keadaan yang
sanggup kita lalui semata-mata untuk dapat memeluk badan kecil yang sangat kita cintai
itu dan menatap wajahnya yang begitu gemilang.

Kemudian seperti yang biasa pada adat, pada umur enam tahun sampailah masa nya
untuk mengenalkan ia pada semuayang indah yang telah tertulis didalam bahasanya dan
bahasa-bahasa orang lain dan membuka pintu ilmu dan apa sahaja yang indah didunia ini.
Maka disaat ini kita serahkan ia kepada seorang asing yang bergelar cikgu, dan berdoa
semoga cikgu ini menyedari akan betapa bijaknya dan betapa ingin tahunya otak anak ini.
Setelah kita sanggup memikul semua beban –beban sayang tadi ,tidakkah kita layak
untuk merasai nikmat kegembiraan dalam mengajar bayi kita membaca dan dengan
berbuat demikian , kita dapat mengangkat bayi kita keatas bahu kita dan mengatakan ,
“Lihatlah, anakku, dunia ini dengan segala keindahannya , inilah hadiah kami untukmu”

Itulah yang ingin saya perkatakan didalam perbincangan saya hari itu tetapi yang
bertanya sebenarnya tidak inginkan jawapannya. Semoga yang ingin tahu akan mendapat
manfaatnya.