Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Iklan merupakan perantara yang amat diperlukan oleh para pengiklan kerana hanya melalui

iklan produk mereka dapat dijual di pasaran yang mencabar. Tetapi, iklan yang baik dan iklan

yang buruk tidak harus dibandingkan kerana insan yang telah diberi akal fikiran untuk

mengasingkan antara yang baik dan yang buruk. Manusia haruslah menteladani perkara yang

baik dan menjauhi dari perkara yang buruk. Isu yang menimpa pada masa-masa ini adalah

remaja mudah dipergaruhi iklan serta kehidupan trend terkini. Pada pendapat kami,

kenyataan ini adalah benar dan ada juga sifat-sifat negatifnya. Ini adalah kerana isu sebegini

haruslah dilihat menjurus dari dua sudut. Kedua-dua sudut ini akan diperjelas di dalam isi

kandungan ini.

Isi Kandungan

Kedua-dua penjuru yang di nyatakan di atas adalah seperti berikut:

1) Remaja memang mudah dipengaruhi iklan serta trend terkini dimana remaja akan

mudah terikut-ikut iklan serta menginginkan barang-barang yang dipertontonkan oleh

iklan tersebut atau memperikutkan gaya fesyen yang dipertontonkan oleh iklan

dengan gaya fesyen yang terkini;

2) Tetapi bukan semua remaja adalah begitu. Segelintir memang akan terikut dengan

gaya yang terkini atau barang-barang yang dipertontonkan oleh iklan seperti telefon

bimbit yang canggih dan terkini atau komputer riba dengan teknologi maklumatnya

yang terkini. Ada juga yang akan berfikir dan akan menggunakan akal fikiran mereka
kerana mereka telah diberi didikan dan asuhan yang berlainan dimana mereka akan

memikirkan tentang keadaan dan akan memikir sebelum membuat keputusan.

Kedua-dua penjuru menunjukkan bahawa terdapat berlainan jenis manusia yang senang

dipengaruhi dan ada yang tidak dipengaruhi. Mereka yang senang dipengaruhi sentiasanya

dari keluarga yang berada dan telah diberi segalanya yang dipinta sejak mereka budak-budak

lagi. Mereka inilah yang akan dijadikan sasaran para pengiklan untuk melariskan barangan

mereka samada dari segi fesyen yang terkini atau barangan yang terkini dan serba canggih.

Tetapi sebagai seorang pengguna seperti remaja, ibubapa, guru, kawan atau jiran haruslah

sentiasa memberi tunjuk-ajar antara satu sama yang lain dimana kerajaan pun telah

menjalankan kempen bijak membeli atau bijak berbelanja. Ini mendorong kita untuk

memikirkan samada bila kita membeli kita perlukan atau tidak barang yang kita ingin beli.

Sebagai contoh, pada zaman 1970an serta awal 1980an, remaja tidak memerlukan telefon

bimbit semasa pergi ke sekolah tetapi sekarang ia telah menjadi satu keperluan kerana remaja

kini senang merayap dan tidak terkawal.

Bagi mereka-mereka yang senang dipengaruhi, mereka haruslah berbuat demikian:

(i) Mereka haruslah berjimat cermat dengan wang yang mereka perolehi kerana

wang tersebut susah dicari dan tidak akan datang lagi selepas telah dibelanja.

Mereka juga haruslah memikir sebelum membeli dimana barang-barang

keperluan sahaja harus dibeli dan tidak sewenang-wenangnya;

(ii) Mereka juga harus bijak memilih barang-barang yang mereka beli dimana

mereka boleh memilih barangan yang berkualiti. Ini adalah seperti peribahasa
yang menyatakan “alah membeli menang memakai” yang bermaksud remaja

haruslah memilih barangan yang berkualiti walaupun mahal tetapi akan

bertahan lama dan tidak mudah rosak dari barangan yang murah;

(iii) Mereka juga harus bijak berbelanja. Ini adalah kerana jika mereka bijak

berbelanja, bila mereka sudah dewasa kelak, mereka akan bijak menguruskan

kewangan mereka dan akan sentiasa mengamalkan tabiat bijak berbelanja

semasa membeli-belah. Lebih-lebih lagi, mereka juga akan dapat menyimpan

untuk masa depan mereka dari remaja lagi jika mereka bijak berbelanja dari

usia yang muda. Ini juga akan membantu mereka semasa mereka di universiti

kelak agar mereka tidak bergantung pada ibubapa mereka dan lebih berdikari

dari segi kewangan;

(iv) Mereka juga harus hanya membeli pada masa terdapat promosi barangan atau

jualan murah. Ini akan dapat menjimat kerana pada masa jualan murah

barangan yang mahal akan dijual dengan harga yang lebih murah untuk

melariskan barangan tersebut atau menghabiskan stok yang terdapat supaya

stok baru atau model baru dapat dikeluarkan dalam jenama yang sama;

(v) Mereka juga harus mengawal nafsu mereka kerana berbelanja secara berlebih-

lebihan atau memboros adalah ciri-ciri syaitan. Kita sebagai manusia tidak

boleh mengikut jejak langkah syaitan kerana kita telah diberi akal fikiran

untuk memikirkan masa depan kita dan tuhan telah mengangkat martabat kita

sebagai manusia serta khalifahNya di muka bumi ini.

Kesimpulan
Remaja haruslah menjauhi diri dari menjadi buruan para pengiklan kerana mereka senang

diperangkap oleh para pengiklan dengan barangan yang canggih serta serba-serbi. Mereka

juga haruslah mengamalkan perkara-perkara yang elok seperti bijak membeli dan bijak

berbelanja. Sekiranya mereka mengamalkan perkara seperti ini mereka akan dapat

menyimpan wang untuk masa depan mereka agar mereka tidak menjadi bebanan pada

ibubapa mereka pada masa mereka memasuki universiti kelak. Mereka juga perlulah pandai

mengurus kewangan mereka dari usia yang muda agar kewangan mereka tidak menjadi

melarat bila mereka dewasa kelak. Ia juga akan membawa padah jika mereka tidak pandai

mengurus kewangan mereka dari usia yang muda sebab tabiat memboros dan berbelanja

berlebih-lebihan akan juga memakan diri mereka ketika dewasa kelak.