Anda di halaman 1dari 7

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KOOPERATIF DI SEKOLAH KURANG

MURID DALAM KELAS

MATEMATIK
PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kajian di barat (Johnson & Johnson 1994) menunjukkan kaedah ini bukan saja membantu
meningkatkan pencapaian akademik tetapi berkesan untuk memupuk kerjasama, minat pada
sekolah, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain dan kesan afektif lain
yang positif.

1.2 Latar belakang kajian

Negara Malaysia kini menuju ke era kemajuan sains dan teknologi di samping kehidupan harian
dalam ‘survival’ manusia sejagat hari ini.  Matematik adalah sebagai salah satu kunci kepada
peluang pekerjaan dan karier di mana kebolehan menyelesaian masalah dalam matematik adalah
mustahak sebagai asas pendemokrasian dalam era teknologi terkini.

Pembelajaran matematik KBSR (1993) dirancang supaya mencapai matlamat iaitu untuk
meningkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat pelajar terhadap matematik selaras dengan
falsafah pendidikan Negara. Mereka diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara
berkesan dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi bagi
melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka. Mata pelajaran
matematik telah dijadikan mata pelajaran teras di semua peringkat persekolahan. Bagaimanapun
pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut tidaklah begitu menggalakkan.
Hal ini sering berlaku di sekolah biasa. Apatah lagi di sekolah kurang murid. Ini mungkin ada
kaitan dengan pendekatan pengajaran  oleh guru-guru itu sendiri. Menurut Byres (1993), kaedah
pengajaran hanya mementingkan pelajar menurut sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Proses
pembelajaran adalah berbentuk pasif dimana guru menyampaikan pengetahuan dan pelajar
menerima dan berusaha mengingati kebanyakan ilmu itu.  Peranan guru dalam bilik darjah tidak
lebih daripada menyuruh pelajar menggunakan langkah-langkah yang diajar oleh mereka,
seterusnya mengikuti apabila menjawab soalan peperiksaan nanti. Hasilnya ramai pelajar yang
gagal, benci dan takut kepada mata pelajaran ini.
 Satu perkara yang menjadi kebimbangan yang serius di negara kita hari ini ialah kesedaran
bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik boleh dikatakan sangat tidak menggalakkan
kerana kebanyakan guru matematik tidak melibatkan pelajar semasa proses pembelajaran di bilik
darjah, yang seterusnya mencetuskan satu kebimbangan lain yang lebih cemas terutama dalam
menghadapi era Wawasan 2020 nanti. Ini seterusnya menjadi pertanyaan bagaimana pelajar-
pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik yang berkaitan dengan kehidupan harian 
selepas meninggalkan sekolah sekiranya mempunyai sedikit ilmu matematik. Menyedari hakikat
ini, maka sewajarnya guru-guru matematik di sekolah memilih pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh menarik minat para pelajar. Noraini (1994) menyatakan di antara
faktor-faktor yang boleh menarik dan merangsangkan minat seseorang kepada sesuatu perkara
iaitu: Dengan cara ini mereka tidak akan merasakan bahawa mereka berhadapan dengan
peraturan yang menakutkan bahkan mereka akan merasa seronok sewaktu proses pembelajaran
matematik. Justeru itu guru perlu merancang dan memilih kaedah pengajaran yang sesuai supaya
pembelajaran matematik berlaku dalam keadaan yang dapat merangsang minat dan tumpuan
serta belajar bersungguh-sungguh. Pendekatan yang menggalakkan pelajar-pelajar belajar dan
mencari ilmu sendiri perlu dipupuk di samping guru sebagai pembimbing, membimbing supaya
mereka lebih ekspresi kendiri yang kreatif. Atas sebab itu, Pembelajaran Koperatif dicadangkan
dalam kajian ini.

Pada asasnya Pembelajaran Koperatif / Kooperatif merupakan suatu kaeadah yang


menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan
menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah
matematik. Kaedah ini juga mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri.
Selain daripada pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah
yang semaksimum mungkin, mereka juga boleh bersosialisasi. Namun begitu sebagai seorang
guru, apa yang diperhatikan ialah guru-guru tidak gemar mengajar secara kumpulan sebagaimana
yang diharapkan. Kedudukan para pelajar dalam bilik darjah, suasana sekitaran, kekangan masa
dan tumpuan untuk menghabiskan sukatan mendorong guru-guru beralih semula kepada kaedah
pembelajaran tradisional. Akan tetapi menurut Zahrah (1996), interaksi antara guru dan pelajar
dalam kerja kumpulan menentukan tahap pencapaian objektif pengajaran guru. Interaksi dua hala
dan secara kumpulan merupakan iklim sosial pembelajaran yang paling berkesan.
 Kenapa pilih CL?
Kajian menunjukkan teknik CL dapat:
- promote student learning and academic achievement
- increase student retention
- enhance student satisfaction with their learning
experience
- help students develop skills in oral communication
- develop students' social skills
- promote student self-esteem
- help to promote positive race relations

1.3 Pernyataan masalah

- Masih kurang kajian terhadap SKM


- Kooperatif learning biasa diamalkan dalam kelas biasa.

a. Ciri-ciri sekolah kurang murid:


1. sekolah berkenaan dikategorikan sebagai SKM apabila bilangan muridnya kurang
daripada 100 orang(KPM)

b. Masalah SKM:
1. “Setiap sekolah menerima geran per kapita iaitu bantuan yang diberikan oleh
kerajaan berdasarkan bilangan murid, jadi sekolah-sekolah seperti ini mendapat
geran per kapita yang rendah,” katanya.
2. apabila geran per kapita yang diterima pihak sekolah rendah, kemudahan seperti
alat bantuan mengajar dan perabut juga terhad dan ini sekaligus mewujudkan
suasana pembelajaran yang tidak selesa.

1.7 Kepentingan kajian:


1. menyediakan input bagi guru-guru yang mengajar disekolah kurang murid tentang
strategi dan teknik yang sesuai mengikut situasi murid mereka. Ramai guru yang tidak
ada pengalaman dan tidak pernah terfikir bagaimana proses P&P berjalan di SKM. Malah
ramai yang menganggap ianya mudah sahaja.
2. Johnson dan Johnson (1994), Nor Azizah Salleh (1992) dan Sharan (1980), menunjukkan
bahawa pembelajaran kooperatif mempunyai struktur yang membolehkan interaksi sosial
berlaku dan dapat meningkatkan pencapaian, minat kepada sekolah, rakan dan mata
pelajaran.
3. Menyediakan panduan kepada guru tentang pembelajaran kooperatif agar dapat
dipalikasikan oleh guru terutama di sekolah kurang murid.

"Bagaimanapun ketika ini adalah sangat sukar kepada kerajaan untuk menekankan soal ekuiti
dan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah berkenaan kerana disebabkan tahap infrastruktur yang
jauh lebih daif berbanding sekolah di bandar," katanya. 

Mengenai hala tuju SKM, Hishammuddin berharap seminar yang sedang berlangsung itu dapat
mencari beberapa kaedah dan pendekatan mengenai masa depan SKM dengan mengenal pasti
daripada segi aspek fizikal atau bukan fizikal, penekanan terhadap kemahiran `pengajaran
pelbagai Gred' dalam latihan perguruan. "Mungkin juga ada cadangan reka bentuk sekolah
pedalaman baru yang lebih menjimatkan kos atau mungkin SKM mahu ditutup serta digantikan
dengan konsep Sekolah Berpusat dan Sekolah Model Khas yang ditambah baik," katanya. 

Beliau berkata isu SKM jika dibiarkan berterusan akan menghasilkan satu kitaran ganas dengan
memberi kesan yang berganda. 

"Kesannya ialah ketidakmampuan SKM mencapai tahap yang diinginkan akan menyebabkan
pencapaian murid merosot. Seterusnya prestasi mereka di sekolah menengah pula akan turut
terjejas," katanya. 

Beliau berkata selain itu keciciran akan meningkat kerana mereka gagal mendapat keputusan
yang baik sama ada dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menengah
Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

"Jurang antara bandar dan luar bandar akan lebih ketara disebabkan pada peringkat awal lagi
ianya telah berlaku perbezaan antara murid SKM dan sekolah biasa," katanya. 

Hishammuddin berkata usaha menangani isu dan cabaran SKM tidak boleh dilakukan oleh
kementerian itu bersendirian, sebaliknya ia memerlukan bantuan dan kerjasama daripada
kementerian lain terutamanya Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta kerajaan-kerajaan
negeri. 

Hishammuddin berkata kementeriannya akan memberi tumpuan kepada agenda SKM,


prasekolah dan pendidikan khas bagi tempoh tiga penggal Rancangan Malaysia (RMK) akan
datang bermula RMK-9 bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Bidang ini memerlukan mereka yang berkebolehan mengasimilasi dan mentafsir maklumat secara
matematik dan statistik. Ini bermakna matematik adalah merupakan satu mata pelajaran yang sangat
penting dalam era menuju kemajuan sains dan teknologi di samping kehidupan harian dalam ‘survival’
manusia sejagat hari ini.  Matematik boleh dikatakan kunci kepada peluang pekerjaan dan karier di mana
kebolehan menyelesaian masalah dalam matematik adalah mustahak sebagai asas pendemokrasian
dalam era teknologi terkini.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini ialah untuk memahami proses PK oleh guru-guru matematik di
sekolah rendah kurang murid berdasarkan kekerapan aktiviti PK, masalah
pengurusan bilik darjah, persediaan dari segi pengetahuan dan kemahiran PK,
persepsi guru-guru tentang PK, minat dan penglibatan pelajar terhadap PK
(daripada perspektif guru) dan minat guru-guru terhadap PK

1. PROBLEM STATEMENT
2. RESEARCH OBJECTIVES:
a. Mengesan masalah yang berlaku semasa proses P&P berjalan.
b. Mengenalpasti bagaimana CL dijalankan dalam kelas matematik SKM
c. Mengesan sikap murid terhadap CL semasa P&P berjalan.

3. RESEARCH QUESTION
a. Bagaimanakah CL dapat dijalankan dalam sekolah kurang murid?
b. Sejauhmanakah CL dapat diaplikasikan dalam kelas SKM?
c. Bagaimanakah sikap murid semasa CL dijalankan di dalam kelas?

d. THEORITICAL FRAMEWORK

e. LITERATURE REVIEW

f. RESEARCH METHODOLOGY
g. RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai