Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA BALING DI

MALAYSIA
Permainan ini agak baru dikenali umum sebagai permainan yang mirip

kepada bola keranjang. Bola baling mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik

pada tahun 1936. Sebelum itu, ia popular di negara-negara seperti Denmark,

Czekoslovakia, Jerman dan negara-negara bekas Soviet Union.

Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1976 oleh

seorang guru yang bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor, Encik Lim Hock

Han kepada satu kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di

Selangor. Kepopularan permainan ini terbukti dengan berlangsungnya

Kejohanan Pertama Pertandingan Terbuka Bola Baling anjuran Selangor dan

Wilayah Persekutuan pada tahun 1982. Kejohanan ini disertai oleh 12 buah

pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti

Malaya.

Ini diikuti dengan penubuhan persatuan bola baling di negeri-negeri di

Malaysia dan disusuli pula dengan penubuhan Persekutuan Bola Baling

Malaysia pada tahun 1985. Kini permainan bola baling dipertandingkan di Majlis

Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).


KEPERLUAN DAN PERALATAN

Gawang Gol

Bola diperbuat daripada kulit dan berwarna.


PERATURAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA BALING
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang
pemain akan bermain, sementara baki 5 orang lagi akan menjadi pemain
simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa ketika dalam
permainan.
2. Permainan diadili oleh dua orang pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang
memilih untuk membuat permulaan atau memulakan perlawanan. Balingan
dibuat di garisan tengah.
4. Seseorang pemain dibenarkan :
(a) menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan
apa cara pun sama ada dengan tangan, lengan, kepala, paha atau
lututnya;
(b) memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau
hantaran;
(c) melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke satu tempat lain dalam
kawasan permainan yang ditetapkan.
5. Kecuali penjaga gol, pemain-pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam
kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar daripada kawasan golnya, dia akan dianggap
sebagai seorang pemain padang.
7. Jika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula dengan
satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan bola itu
keluar.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan,
pihak lawan hendaklah berada pada jarak sekurang-kurangnya 3 meter
daripada pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seseorang pemain
itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan
gol.
10. Gol boleh dijaringkan dari arah atau mana-mana tempat balingan dilakukan.

BAGAIMANA BOLA BALING DIMAINKAN


Kedudukan Pemain
Permainan dimulakan di bahagian tengah gelanggang di mana salah satu
pasukan memulakan hantaran. Kemenangan dikira dengan kelebihan jumlah
jaringan yang diperoleh. Sebelum permainan dimulakan, empat orang pegawai
yang terdiri daripada Pengadil Garisan Gol, Pengadil Gelanggang, Penjaga
Masa dan Pencatat hendaklah ada atau dilantik. Masa permainan adalah seperti
berikut, iaitu mengikut kategori masing-masing.

Jumlah pemain di dalam satu-satu pasukan ialah seramai 12 orang, 10


orang pemain di dalam gelanggang dan 2 orang penjaga gol. Bagi memulakan
permainan, 7 orang pemain mesti berada di dalam gelanggang termasuk
seorang
penjaga gol.

Anda mungkin juga menyukai