Anda di halaman 1dari 15

________________________________________________________________________

PENGENALAN

________________________________________________________________________

Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular dalam kalangan

remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian

pelajar remaja malahan boleh mengganggu-gugat perkembangan remaja dalam arus

pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gengsterisme boleh mempengaruhi

pembabitan pelajar dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran

sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol.

A. Sejarah Awal Gengsterisme

Penghijrahan masyarakat Cina dan India ke Malaya pada abad ke-18 dianggap

sebagai titik permulaan tertubuhnya kumpulan geng di Malaysia. Migrasi masyarakat

Cina terutamanya dari wilayah Kwantung dan Fukian akibat keadaan politik serta pernah

menyertai aktiviti penggulingan Dinasti Manchu menyebabkan Malaya turut diresapi

aktiviti ini. Mereka yang paling aktif adalah daripada kumpulan Ang Bin Hoay yang cuba

mendapatkan ahli melalui sistem Kapitan iaitu menyatukan ahli untuk memastikan

kepentingan mereka terpelihara. Aktiviti kumpulan-kumpulan ini tidak lagi berpusat

kepada memelihara kepentingan ahli semata-mata tetapi mula melakukan aktiviti yang

menyalahi undang-undang dan bersifat jenayah seperti mencuri, membunuh dan

mengancam keselamatan orang ramai untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai

kumpulan berpengaruh.

1
Dalam kalangan masyarakat India pula, pelabelan istilah geng bermula sejak

tahun 1960-an apabila ramai remaja India mula terlibat dengan aktiviti yang menjurus

kepada jenayah terutama dengan pengaruh daripada kumpulan etnik Cina. Ada kumpulan

yang menyamai aktiviti ini seperti mendapatkan wang perlindungan manakala ada pula

yang bergaduh semata-mata kerana isu wanita. Pada tahun 2000, 459 daripada 1560 buah

sekolah menengah berhadapan dengan pelajar berisiko terlibat dengan gengsterisme.

2
________________________________________________________________________

PERBINCANGAN

________________________________________________________________________

GENGSTERISME DARI PERSPEKTIF TEORI STRUKTURAL – FUNGSIONAL

Gejala gengsterisme dalam kalangan para pelajar boleh dikaitkan dengan  tahap

disiplin seseorang individu. Menurut Kamus Dewan, disiplin membawa pengertian

latihan pemikiran dan kelakuan supaya  ahli masyarakat atau individu boleh mengawal

diri, peraturan-peraturan yang ditetapkan  untuk melatih seseorang berkelakuan baik.

Manakala dari sudut agama Islam, disiplin dapat disimpulkan sebagai satu tatacara

larangan atau satu sistem hukuman yang dikenakan keatas seseorang. Selain itu, ia adalah

satu proses latihan dan pembelajaran yang bertujuan membetul, menguat dan

menyuburkan unsur-unsur kawalan diri serta kepatuhan kepada peraturan  dan norma-

norma kebudayaan.

DEFINISI DAN KONSEP TEORI FUNGSIONALISME

Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile

Durkheim. Mengikut teori  ini, masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan

sosial dan perubahan semasa. Masyarakat sebagai satu organisma dan setiap organ

mempunyai peranan yang tersendiri. Teori  ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau

institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.

Para ahli fungsionalisme selalu menyatakan bahawa setiap bahagian masyarakat

mempunyai tujuan-tujuan  dan keperluan-keperluan tersendiri.

3
Teori ini menekankan kepentingan persefahaman setiap ahli masyarakat untuk

mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat. Mengikut pemikiran ahli fungsional,

kita harus memerhati terlebih dahulu fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial.

Teori ini akan mengkaji bagaimana sistem sosial itu berfungsi. Kemudian mereka akan

menilai sejauh manakah perjalanan sistem  tersebut membawa kepada keharmonian

sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat. Idea fungsionalisme ialah

masyarakat adalah berasaskan konsesus. Maksud konsesus ialah manusia bersetuju

kepada nilai-nilai asas masyarakat dimana mereka hidup dan mengiktiraf kebaikan-

kebaikannya. Adalah menjadi kemahuan setiap anggota bahawa konsesus berterusan

wujud supaya masyarakat dapat berjalan lancar.

Fungsi nyata ialah seperti tugas guru atau sekolah yang dirancangkan iaitu

memberi pengajaran. Manakala fungsi tidak nyata ialah bermaksud tidak dirancang.

Dimana pada waktu rehat murid tidak berkeliaran tetapi mereka dapat mengisi masa itu

dengan berfaedah.

Kelemahan teori fungsional secara keseluruhan ialah mereka menolak perubahan

sosial yang menjejaskan kestabilan sistem sosial. Alasanya mahu ke arah peraturan

sosial. Misalnya dalam masyarakat yang sedang membangun masih lagi terdapat

golongan yang miskin, tercicir dan tidak mendapat kerjasama dengan kumpulan

masyarakat yang kaya. Oleh itu, masih wujud lagi jurang susun lapis dalam sesebuah

masyarakat.

4
B. FAKTOR PENYEBAB GENGSTERISME

a) Institusi Kekeluargaan

Arus pemodenan yang pesat dalam negara penting untuk pembangunan dan

peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan

untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai

atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan

melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk

meneruskan kehidupan. Penderitaan ini tidak difahami oleh golongan remaja walaupun

mereka sedar namun sukar untuk mendapat bimbingan memandangkan kehidupan

keluarga yang mendesak perlu diatasi dengan pengorbanan masa bekerja.

Ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif dalam aktiviti gengsterisme

kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-

anak mereka. Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak daripada

keluarga ini. Masalah lebih rumit dalam kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau

ibu tunggal. Pendapatan daripada pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan

ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Hal ini berbeza dengan bapa

tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika

mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu, remaja

ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya dalam

kalangan rakan-rakan.

b) Pengaruh Rakan

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat keatas kehidupan seseorang kerana

kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja

5
terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan

menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti

mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng

sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol.

Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan

kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang

masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan

ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan.

c) Kekuatan Diri Sendiri

Sikap remaja sendiri penting untuk mengelakkan diri mereka daripada terbabit

dalam gengsterisme. Mereka yang terlibat dalam aktiviti ini adalah remaja yang masih

tidak mempunyai haluan dan terkapai-kapai mencari jalan kehidupan mereka. Desakan

keluarga dan kesempitan hidup boleh mendorong mereka tidak memberi perhatian

sepenuhnya keatas pelajaran mereka, dan menganggap keciciran dan ponteng sekolah

merupakan amalan yang biasa. Mereka hilang tumpuan kerana sikap inferioriti dalam

kalangan mereka sendiri berbanding dengan pelajar yang rajin dan tekun berusaha.

Ketiadaan ‘role model’ yang sesuai juga dianggap faktor pendorong pembabitan mereka

dalam gengsterisme.

d) Kesan Persekitaran

Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang

kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan

remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. Hal ini jelas berlaku di

kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah. Ada pula dilabel

6
sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif

dengan jenayah kumpulan gengsterisme. Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran

kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut dalam kalangan remaja di sekolah

mereka. Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut

untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke

dalam bentuk tindakan gengsterisme.

e) Media Massa

Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan

yang sangat penting dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan

tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan

sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja.

Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana

walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan

penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah

terutama dalam kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu

merupakan satu realiti dalam kehidupan.

f) Sekolah

Sungguhpun sekolah bukan punca yang menyebabkan gengsterisme, tetapi

sekolah boleh menjadi tempat pertemuan ketua dan ahli-ahli kumpulan ketika sebelum

kelas bermula, masa rehat, masa selepas persekolahan atau ketika pelajar ponteng kelas.

g) Didikan Agama

Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme.

Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung

7
ia boleh menghindar remaja tersebut daripada terperangkap dalam kegiatan gengsterisme.

Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak

terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas

kedalam kumpulan bergeng ini.

C. LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk

membantu sekurang-kurangnya mengurangkan masalah gengtserisme kalaupun tidak

dapat menghapuskannya sama sekali. Antaranya:

a) Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam konteks pembangunan

sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-masing sibuk dengan

pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti

diberi tumpuan. Ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai anak mereka

dan pada waktu yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja

mereka. Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta

apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak mereka. Ibu bapa yang

mengambil inisiatif ini wajar mengadakan perbincangan atau diskusi dengan anak-anak

mereka bukan setakat mengetahui kecenderungan mereka tetapi juga berbincang

mengenai perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk

meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan orang tua

mereka.

8
Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan membolehkan mereka

memainkan peranan yang lebih besar iaitu menjalin hubungan dengan pihak sekolah

termasuk mengambil berat mengenai perkembangan anak mereka di sekolah melalui

komunikasi dengan Guru Besar, guru kelas, guru disiplin dan warden asrama. Di samping

itu, sebagai satu tindak balas resiprokal, sumbangan ibu bapa boleh disalurkan melalui

penglibatan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) dan terbabit secara aktif

dalam aktiviti diantara pelajar sekolah dan ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa telah dengan

secara langsung menjadi idola kepada anak-anak mereka, terbabit secara langsung dalam

aktiviti bukan sahaja di rumah tetapi juga di sekolah.

b) Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut

gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat

menyekat daripada mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh mengadakan

hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau

disyaki terlibat dengan kumpulan gengsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau

program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar

berisiko ini. Ko-kurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar dalam

mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi beruniform

perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan

mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian

akademiknya.

9
c) Peranan Masyarakat

Gengsterisme mesti dilihat sebagai masalah berterusan yang melibatkan bukan

hanya pemerhatian daripada pihak sekolah semata-mata. Masyarakat juga boleh

memainkan peranan mereka jika isu ini mahu diatasi sepenuhnya. Badan-badan luar

terutama badan sosial atau organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan

sepenuhnya sebagai agen luar yang bertanggungjawab. Mereka boleh menjadi pengantara

diantara sekolah dan pelajar.

d) Peranan Kerajaan

Kerajaan memainkan peranan penting menangani masalah gengsterisme ini.

Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal

boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem

berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan

mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan dalam aktiviti gengsterisme.

Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian

Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi

keatas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau

kelakuan segelintir pelajar berisiko.

e) Peranan Media

Masalah gengsterisme juga boleh diatasi jika media memainkan peranan yang

lebih proaktif. Walaupun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah

kurang adil untuk industri media massa, media boleh mengurangkan siaran sebegini atau

sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui penayangan program yang

1
bersifat pembentukan kepribadian remaja yang unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya

mesti ditonjolkan supaya mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Rancangan-

rancangan sebegini yang harus diutamakan agar remaja menonton ‘role model’ yang baik

yang boleh menjadi ikutan mereka.

1
________________________________________________________________________

KESIMPULAN

________________________________________________________________________

Penyelewengan sosial dalam kalangan remaja atau masalah juvana dewasa ini

semakin serius dan membimbangkan. Langkah-langkah konkrit dan berkesan hendaklah

dirancang dan dilaksanakan segera, demi mengelakkan lebih ramai remaja tidak

bermoral, nakal dan liar serta menjerumuskan diri melakukan jenayah.

Ibu bapa dan pihak sekolah terutamanya perlulah memberi perhatian terhadap

gejala ponteng dan gangsterisme di kalangan pelajar bagi mengelak masalah disiplin

khususnya jenayah yang lebih serius. Gejala gengsterisme ini cenderung untuk membawa

kepada masalah disiplin dan kegiatan berunsur jenayah yang lebih serius seperti

penagihan dadah, ragut dan pelbagai bentuk jenayah lain.

Usaha bersepadu perlu dilakukan untuk membendung gejala ini di peringkat awal

dan mengelakkannya daripada terus berleluasa dalam kalangan pelajar.

1
________________________________________________________________________

LAMPIRAN

________________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa rajah berkenaan gejala gengsterisme yang wujud di Malaysia:

Rajah 1

1
Rajah 2

Rajah 3

________________________________________________________________________

1
BIBLIOGRAFI

________________________________________________________________________

Alex Inkeles. 1982. What is Sociology? : An Introduction to the Discipline

and  Profession. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amir Hasan Dawi. 1999. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim

: Quantum Books.

Ee Ah Meng. 1994. Perkembangan dan Pelaksanaan Kurikulum. Kuala

Lumpur: Fajar Bakti.

Husein Mahmood. 1993. Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa  Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin dan Kamarul Azhar. 1994. Asas Pendidikan III:

Perkembangan Dan Pelaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Mahadi Osman. 1996. Masyarakat Melayu dan Gejala Sosial. Kuala Lumpur:

Institut Perkembangan Minda. 

Mohd. Salleh Lebar. 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:

Nurin   Enterprise.

Mohd. Salleh Lebar. 1998. Sosiologi Sekolah & Pendidikan. Kuala Lumpur:

Thinker Library.

Anda mungkin juga menyukai