Anda di halaman 1dari 15

rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 )

PENGENALAN

Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan


kebangsaan.
Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan
identiti kebangsaan dan perpaduan negara.
Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul
bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikan mengikut acuan
kita sendiri.
Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 )
menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran )
Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961.
Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan
satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat
dicapai.
Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976.Kertas kerja
ini akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasa
berubah dari awal hingga kini dan terjelmanya Falsafah Pendidikan Negara
secara tersurat.
Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarah
perkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British,
sebelum merdeka dan selepas merdeka.
Akhirnya akan membawa kepada satu isu bersangkutan perlaksanaan dasar
yang terbaru untuk dibicarakan dalam kertas ini iaitu pelajar-pelajar yang
lulus PMR dengan sekurang-kurangnya mendapat 1D, boleh dinaikkan ke
tingkatan 4.
Isu ini telah dilaksanakan dalam tahun 1998. Di kalangan warga pendidik
mereka melihat isu ini dalam berbagai persepsi ada yang pro dan ada yang
kontra dalam perkara ini.

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 )

Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu

Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan
berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri
Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14.
Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia
Tenggara.
Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’.
Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong
royong di kalangan masyarakat setempat.
Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling
banyak sekolah pondok.
Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di
Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung
Tanah Melayu termasuk Singapura.
Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan
berbentuk formal.

Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)

Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman


pemerintahan Inggeris.
Waktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular
Melayu, Sekolah Vernukular Cina, Sekolah Vernukular India, Sekolah
Vernukular Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ).
Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor politik,
ekonomi ,sosio-budaya dan agama.

Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 )

Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan


Pendidikan Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun.
Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah Vernukular
Cina dan Inggeris.

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

Pengajaran lebih ditekankan lagu-lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun.


Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke
Tanah Melayu.
Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula
kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal
bermastautin di Malaya.
Selain daripada itu di kalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk
memajukan pendidikan.
Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan.Atas
desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang
pendidikan untuk kanak-kanak Melayu.
Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan
pendidikan di sekolah-sekolah Melayu.
Maka pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh
L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan
pendidikan orang Melayu.
Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada
pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan
perlu dirombak semula.

Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 )

Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya


dilihat kronologi peristiwa perkembangan yang berlaku di dalam sistem
pendidikan untuk memberikan gambaran yang jelas mengenainya.
-Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957
-Laporan Rahman Talib 1960
-Pendidikan rendah percuma
-Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964
-Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan
diperkenalkan 1965
-Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967
-Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa
tertubuhnya Majlis Pelajaran Tinggi 1968. -ITM,TAR,UKM.

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

-1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan


diluluskan.
-Peristiwa 13 Mei 1969 .
-ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara sebagai
panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya.
-Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM.
-Laporan Majid 1971 dikemukakan.
-Laporan Murad 1973–kandungan keciciran pelajar-Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau
Laporan Kabinet 1979.
-Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM
pada 1989.

Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990

Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula


sistem pendidikan di Malaysia.
Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasi menyeluruh
dalam sistem pendidikan.
Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membina sebuah masyarakat yang
bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri.
Oleh itu dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan.
Penyusunan organisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah
pada peringkat Sek.Men dan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan
Sarawak supaya mengikuti dasar kerajaan.
Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi
supaya wujud kesinambungan dan kerelevanan peringkat-peringkat
pendidikan.
Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam
pendidikan agar wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi.

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

RUMUSAN
o Pendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris ia bercorak non-
formal.
o Kedatangan penjajah pula telah banyak menimbulkan masalah dan
mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan.
o Pendidikan agama telah berubah corak dengan penubuhan Sekolah Agama
Islam yang moden dikenali dengan nama ‘Madrasah’.
o Laporan L.J.Barnes ( 1951 ) merupakan komponen yang penuh kontroversi.
Ia memperlihatkan kepentingan sesuatu etnik sahaja.
o Laporan Razak ( 1956 ) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) telah menjadi
asas penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar –dasar yang
penting dikemukakan oleh Laporan tersebut dimaktub ke dalam Akta
Pelajaran 1961.
o Sehingga tahun-tahun selepas kemerdekaan hingga 1970 dianggap
penyusunan semula sistem pendidikan bukan sahaja di Semenanjung juga di
Sabah di Sarawak.
o Tahun tujuh puluhan hingga sembilan puluhan bolehlah dianggap sebagai era
pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan serta memperolehi
pendidikan berkualiti.

DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Pengenalan

Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh
Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem
Jawatankuasa.
Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam
menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara.
Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti,
dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut.

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam
pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan.
Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media
yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan
negara.
Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam
masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan,
kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya.
Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan
kedudukan geografi.
Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional.
Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan
berbagai aspek dan komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara
pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan
agihan insfrastuktur.
Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi,
kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan.
Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem
pendidikan.
Dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan
undang-undang.
Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus
dan mengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan
masyarakat yang lain.

Latar Belakang

☺ Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang


diberi kuasa oleh kerajaan.
☺ Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin, pemerintah atau pentadbir.
☺ Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi
seluruh organisasi atau masyarakat.
☺ Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanan dan desakan agar
dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya.

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

☺ Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-


dokumen urusan pentadbiran.
☺ Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat pada
undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.
☺ Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar
pendidikan mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat.
☺ Sama ada pendidikan formal atau tidak formal dianggap agen yang
dipertanggungjawabkan untuk proses sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli
masyarakat khususnya generasi yang akan datang.
☺ Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem
pendidikan ia hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-
dasar yang sedia wujud.
☺ Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat.
Masyarakat sebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia
bersangkutan ideologi negara iaitu sama ada ideologi demokrasi sosiolis,
kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis dan Islam.
☺ Selain daripada itu yang dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi,
orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian
kaum, teknologi dan pengaruh perkembangan antarabangsa.
☺ Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan
pendidikan negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu
Kementerian Pendidikan melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh
tujuh buah jawatankuasa.
☺ Jawatankuasa ialah Jawatan kuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli
anggotanya ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi ) Timbalan-Timbalan
Menteri Pendidikan, Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya, Ketua
Setiausaha dan dua orang timbalannya, Pengarah Bahagian Perancangan
dan Penyelididikan ialah Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian
Pendidikan Tinggi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks,
Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan.
☺ Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh
Menteri Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-
Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.
http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

Pengertian Dasar

Dari sudut bahasa dan dalam bidang sains sosial dasar sama ertinya dengan
asas, iaitu ketetapan yang menjadi pegangan dan tongak tindakan dan
urusan.
Perkataan Bahasa Inggeris dasar ertinya 'policy'. Dari segi estimologinya,
policy berasal dari perkataan Greek iaitu 'polis' yang bermakna ‘city-state'.
Dalam bahasa Latin bermaksud 'politia' yang merujuk kepada negara.
Manakala perkataan 'policie' digunakan dalam Middle English ia membawa
maksud merujuk kepada pengendalian urusan awam atau pentadbiran
kerajaan.

Objektifnya

Objektifnya dasar ini dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran


1961 iaitu:"
Bahawasanya Dasar Pelajaran seperti yang disytiharkan dalam
Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem
pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayan, sosial, ekonomi dan
politiknya."
Kenyataan ini secara am sahaja jika dilihat dari sudut objektifnya. Akan tetapi
dari aspek perlaksanaannya, Kementerian Pendidikan dengan berasaskan
kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah
mentafsirkannya sebagai menyatu padukan kanak-kanak sekolah berbilang
kaum serta menyediakan tenaga kerja.
Tenaga kerja ini bermaksud 'tenaga rakyat' yang terdapat dalam Laporan
Jawatankuasa Kabinet bagi aspek ekonomi.
Apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan, objektifnya yang telah dibentuk
diperkukuhkan lagi bidang tugasnya.
Antara lain tujuannya ialah dibawah Dasar Pendidikan adalah diharapkan
dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka masa

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

panjang dan jangka masa pendek bermatlamatkan untuk melahirkan


masyarakat bersatu padu,berdisiplin dan terlatih.
Sehinggalah membawa pembentukan Falsafah Pendidikan Negara yang
diasaskan kepada inspirasi negara dinyatakan dalam bentuk penulisan,
menekankan kepada usaha melahrkan insan yang berilmu dan berakhlak,
seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan dapat
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Usaha ini berterusan ke arah matlamat penting bagi sistem pendidikan
negara.

Proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan

Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang distiharkan dalam Ordinan


Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan
dapat memenuhi keperluan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi
keperluan negara dan mengalakkan perkembangan kebudayaan, sosial ,
ekonomi dan politik.“ Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat
yang sejajar dengan itu, dengan mengadakan pengajaran yang cekap dan
dengan mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak berpatutan, perhatian
hendaklah diberi kepada prinsip am bahawa murid-murid hendaklah dididik
mengikut kemahuan ibubapa mereka. Dan bahawasanya peruntukkan
selanjutnya adalah dikehendakki untuk menentukan agar dasar tersebut
dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya, peruntukkan bagi
perkembangan yang progressif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana
Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.”

Proklamasi dasar Pendidikan Kebangsaan memperlihatkan penekanan


kepada satu bentuk sistem pendidikan uang mengutamakan Bahasa
Kebangsaan sebagai alat komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi semua peringkat pendidikan.
Ini tertaluk dibawah bidang kuasa kerajaan . Justeru itu perlaksanaan dasar
yang seragam dimana kurikulum sekolah yang sama , peraturan jadual waktu
yang sama, bahasa pengantar yang sama, sistem peperiksaan yang sama,

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

bahasa dalam sistem peperiksaan yang sama , peraturan disiplin yang sama
dan peraturan sekolah yang sama.
Dasar mempertingkatkan kualiti insfrastruktur dan kurikulum dalam sistem
pendidikan formal negara ini terus dijalankan.
Dua buah Jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Mengkaji Taraf
Pelajaran di sekolah- sekolah (1982 ).
Ini jelas dalam kenyataan Laporan Jawatankuasa Kabinet.“ Mengkaji semula
matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya,
dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara
dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang
dan lebih-lenih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat
memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, berdisiplin dan terlatih.”

Strategi Perlaksanaan

Bagi mencapai matlamat dasar pendidikan beberapa strategi telah digubal.


Antara lainya adalah seperti berikut:
a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah
c) Mewujdkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh seimbang dan bersepadu;mengadakan
peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
f) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberikan perhatian khas
kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dikawasan luar bandar
atau pendalaman
g) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah
Rendah ( KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca ,menulis dan
mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Baru

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

sekolah Menengah ( KBSM ) pada tahun 1989. Matlamat utama


kurikulum baru ini adalah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.
h) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sek. Vokasional pada tahun 1978.

Latar Belakang

Perlaksanaan dasar ini yang bermula tahuan 1998 telah menimbulkan situasi
yang berbeza kepada golongan guru.
Ada yang menyambut baik dan ada yang menerima dalam keadaan kurang
senang hati.Telah diketahui oleh umum bahawa pelajar yang memperolehi 1D
ini adalah golongan yang lemah pencapaian dalam pelajaran.
Golongan yang terpinggir dan terpisah daripada rakan yang cerdas dan yang
cemerlang.
Justeru itu ada pelbagai persepsi umum terhadap golongan ini. Golongan
pelajar yang lemah ini telah melalui pendidikan di sekolah rendah selama
enam tahun.
Kementerian Pendidikan telah menekankan konsep 3 M iaitu membaca,
mengira dan menulis sewaktu di sekolah rendah.
Justeru itu pada tanggapan umum golongan ini telah gagal menerima
pendidikan di sekolah rendah.
Antara faktor yang jelas di atas kegagalan ini ialah kecerdasan mental ( IQ )
yang rendah.
Dari sudut kognitif mereka amat sukar menerima pengajaran dan
pembelajaran.
Selain daripada itu faktor sosio ekonomi yang rendah. Laporan Keciciran atau
Laporan Majid 1973 antara lain kandungannya ialah kemiskinan merupakan
faktor keciciran di sekolah rendah.
Ibu bapa yang berpendapatan rendah tidak berupaya membiayai
persekolahan anak-anak mereka . Maka kurang sokongan ibu bapa dari segi
moral, material wang dan galakkan.

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

Implikasinya kepada pendidikan dan menjurus kepada pencapaian yang


rendah dikalangan pelajar ini. Harapan ibu bapa begitu tinggi terhadap
sekolah supaya dapat mengubah nasib anak mereka dalam pelajaran.
Apabila diberi peluang meneruskan pelajaran naik ke Tingkatan 4 walaupun
1D ia sedikit sebanyak menganggu dalam sistem pendidikan samada iklim
dan budaya sekolah.
Implikasi pelaksanaan dasar ;
i. Peranan Dan Cabaran Guru.
Pada asasnya peranan guru adalah sebagai pengajar ,
pendidik,guru, fasilitator, pengelola, penasihat dan pembimbing.
Pendek kata peranan ini boleh disatukan sebagai peranan
seorang pemimpin yang serba boleh.
Selain daripada itu golongan ini yang lemah di peringkat awal
iaitu sekolah rendah.
Di sekolah rendah bilangan pelajar dalam sesuatu kelas begitu
ramai sehingga 50 orang pelajar.
Dalam hubungan ini pengajaran dan pembelajaran tidak
berkesan, guru kurang memberi tumpuan individu dan sentiasa
dalam keadaan yang tertinggal dari semua aspek pengajaran
dan pembelajaran.
Waktu ini pula pengaruh rakan sebaya begitu hebat yang akan
memberi impak yang kuat kepada sistem pendidian di sekolah.
Golongan ini ketara lemah dari segi kognitif akan tetapi dari segi
fizikal cukup aktif.
Keadaan ini akan pula menjejaskan disiplin sekolah.
Dalam bilik darjah seoarang guru berperanan sebagai pemimpin
penentu suasana emosi, penentu suasana sosial , pembentuk
sikap, harapan guru, sistem kepercayaan guru kemesraan dan
kelucuan, strategi kawalan bilik darjah, gaya kepimpinan guru,
kaedah mengajar pengunaan unsur-unsur psikologi seperti
pujian dan motivasi.
Persoalan sekarang dapatkah semua peranan ini iaitu guru
sebagai pemimpin , penentu suasana emosi, penentu suasana

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

sosial, pembentuk sikap dan harapan pelajar, pengukuh sistem


kepercayaan , pengawal sosial dan pengawal tingkah laku
dilaksanakan dengan berkesan apabila pelajar lemah dan
istimewa dapat melompat kelas kerana diperlukan mereka naik
kelas.
Hal ini mempunyai implikasi kepada latihan dalam pendidikan
guru , beban tugas dan secara tak langsung mengubah gaya
pengajaran dan pembelajaran.
Oleh demikian ini akan menimbulkan suasana konflik peranan
dikalangan guru dimana harapan komuniti atau masyarakat
begitu tinggi dari aspek pencapaian akademik pelajar
sedangkan pelajar yang lemah naik kelas ke Tingkatan 4.

ii. Saiz Kelas


Kapasiti pelajar dalam sesuatu kelas akan menjadi bertambah
apabila pelajar yang lemah ini ke Tingkatan 4.
Keadaan akan memaksa pihak sekolah pecahkan dua apabila
pelajar yang ramai dalam satu kelas. Sesetengah sekolah akan
mengalami kekurangan bilik darjah.
Ini akan menyebabkan banyak berlaku kelas terapung.
Suasana begini amat tidak menyenangkan bagi guru yang
telibat.
Manakala kelas yang mecukupi timbul pula masalah lain
suasana kelas yang tidak sempurna kerana kerusi dan meja
yang tidak mencukupi .
Selain daripada itu kelas tidak dapat diceriakan kerana kurang
kerjasama dikalangan pelajar. Golongan pelajar yang lemah ini
lebih suka seronok, duduk berbual dan nakal. Ingin sahaja
merosakkan apa yang ada didalam kelas.
Suasana begini akan meningkatkan lagi usaha guru memantau
dan melipat gandakan tenaga ,masa untuk mengawal dan
adakalanya menghukum mereka.

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

iii. Disiplin Pelajar


Sekolah merupakan agen kawalan sosial.Mengenakan
peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi oleh pelajar.
Kebanyakkan peraturan sekolah rasional kepada pihak
pentadbir tetapi tidak sedemikian kepada pelajar sekolah dan
merupakan satu tempat yang unik.
Kolompok yang majoriti ( pelajar ) tidak mempunyai sebarang
kuasa , manakala segala kuasa terletak kepada golongan
minoriti ( guru dan pengetua ).
Pelajar yang merupakan golongan minoriti di sekolah sering di
anggap sebagai belum cukup dewasa untuk diminta pandangan
mereka.
Maka tidak hairanlah jika sering berlaku konflik antara pelajar
dan pihak sekolah berkaitan dengan peraturan yang ditetapkan
oleh pihak sekolah.
Kajian Sharifah dan rakan-rakan ( 1995 ) yang meneliti buku
rekod disiplin enam buah sekolah di Wilayah Persekutuan
mendapati bahawa pelbagai salah laku antara tahun 1990
hingga Jun 1994 ialah salah laku mengancam, memukul dan
mencederakan pelajar ( 522 kes ), berjudi ( 165 kes ), mencuri (
135 kes ) , merosakkan harta benda sekolah ( 63 kes ),
menggunakan kata-kata dan perbuatan lucah( 49 kes ), peras
ugut ( 42 kes ) dan sebagainya.

iv. Prestasi Guru


Dilihat segi prestasi guru yang terlibat dengan pelajar berisiko
ini dapat diukur daripada pencapaian pelajar yang lemah ini.
Guru yang terlibat dengan pelajar berisiko perlu bekerja keras
dan memainkan pelbagai (extanded role) untuk membantu
pelajar.
Dari tinjuan yang dilakukan ternyata guru berasa tertekan
kerana pelajar-pelajar yang lemah ini. Maka adakalanya guru
bertindak di luar batasan berhadapan dengan pelajar

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia
rafiza_pismpbmsem1_fpk_ipgrajang

seumpama ini kerana guru itu juga mahu mengekal prestasi


yang cemerlang untuk dinilai oleh pihak sekolah.
Guru sungguh berbesar hati sekiranya pelajar yang di ajar
memberikan respon yang baik melaksanakan tugas yang diberi
sama ada di sekolah atau kerja rumah.
Ini dengan tersendirinya guru mengubah bentuk atau gaya
kerja yang pasif ke arah lebih aktif.
Sebaliknya jika guru berhadapan dengan pelajar yang berisiko
ini ia mengambil cara yang mudah untuk mengajar ,
kadangkala lari dari prinsip asal untuk memberi ilmu kepada
pelajar.
Sering kali guru ini akan menjadi sasaran pihak pentadbir
menggangap pihak guru tidak berfungsi sebagai seorang
pendidik.
Maka wujud pertentangan antara pihak pentadbir dan guru.
Timbul konflik yang menjurus kepada perbalahan dan
suasana begini tidak sesuai dalam amalan pendidikan.

http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia