Anda di halaman 1dari 2

Amenorea (Tiada Haid)  

Amenorea
Amenorea bermaksud tidak datang haid ( menstruasi)) Ia juga dikenali sebagai ovari tidak
mengeluarkan telur ( anovulation) Dalam kebanyakan kes, ia berlaku di kalangan remaja
perempuan sebelum dewasa atau semasa mengandung, ibu menyusukan bayi atau menopaus,
ini adalah normal dan dipanggil Amenorea secara fisiologikal.

Oligomenorea adalah keadaan merujuk kepada haid yang tidak tetap, biasanya 3 atau 6 bulan
sekali dan berpanjangan.

Amenorea primer ialah kegagalan menstabilkan kedatangan haid. Ia dikategorikan sebagai


tidak normal, jika remaja perempuan tiada perkembangan fizikal secara seksual pada usia 14
tahun, atau remaja yang normal perkembangan fizikal dan seksualnya tetapi tidak datang
haidnya pada umur 16 tahun. Amenorea primer hanya berlaku kepada kira-kira 3 remaja
dalam per 1000.

Amenorea sekunder didenifisikan sebagai tidak datang haid berturut-turut selama 6 bulan
bagi wanita yang kedatangan haidnya tetap setiap bulan. Amenorea sekunder juga
menandakan gangguan pada sakit atau akibat yang umum.

Amenorrhoae sekunder berlaku kepada 3% remaja perempuan. Lebih 50% berlaku kepada
peserta pelari jarak jauh dan lebih 44% penari balet .

Tanda dan Gejala


Banyak penyebab kemungkinan berlaku. Termasuklah:

• Senaman yang melampau biasanya di kalangan ahli sukan - atlet.


• Kurang berat badan yang teruk - hasil pemakanan yang tidak sempurna (berat dalam
KG dibahagi dengan ketinggian dalam M²) kurang daripada 19 (kadar normal adalah
20 hingga 25 kg/m².
• Tekanan perasaan yang teruk dan gangguan pada emosi
• Gangguan kepada ovari untuk mengeluarkan telur
• Pengambilan pelbagai jenis ubatan
• Kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga
• Sindrom Polisistik ovari iaitu keadaan terdapatnya multilple cysts pada ovari, mandul,
obesiti dan gangguan hormon.
• Penyakit yang lama dihidapi, atau aktiviti kelenjar tiroid yang kurang atau lebih
• Hormon yang mengawal ovulasi dan haid yang dikeluarkan oleh kelenjar
hypothalamus pada paras luarbiasa (yang seterusnya mengawal kelenjar pituitary).

Sebab lain amenorea termasuk:

• Tiada vagina atau rahim atau keduanya semasa lahir


• selaput dara yang menutup vagina keseluruhannya

1
Terdapat kes yang jarang berlaku di mana jantina sebenar kanak-kanak masih tidak dapat
ditentukan kerana organ genitalnya tidak terbentuk dengan baik semasa lahir.

Diagnosa
Ia bergantung kepada keadaan dan sebab berlaku. Bergantung kepada umur dan sejarah,
selalunya ujian semasa hamil adalah langkah pertama yang perlu diambil sebelum
meneruskan dengan penyiasatan yang lain.

Mengambil sejarah yang penuh, seperti sejarah keluarga , pekerjaan dan sejarah aktiviti,
sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan berat badan dan sejarah perubatan lepas..

Walau bagaimanapun, untuk menentukan hasil diagnosis pemeriksaan penuh sakit puan dan
pelbagai ujian perlu dilakukan. Ujian ini termasuklah ujian darah untuk mengenal pasti paras
pelbagai hormon. Ujian Fungsi tiroid mungkin diambil. Analisis koromosom perlu jika
terdapat kesangsian jantina.

Ultrasound, tomografi berkomputer (CT Scan) atau imbasan MRI akan menunjukkan
sebarang keabnormalan alat kelamin.

Rawatan
Rawatan akan bergantung kepada penyebab berlakunya Amenorea.

• Amenorea berkaitan dengan senaman akan bertindakbalas kepada pengubahsuaian


program senaman itu sendiri dan dengan memberi perhatian kepada pengambilan diet
dan penjagaan berat badan.
• Amenorea yang berkaitan dengan berat badan perlu diuruskan untuk mendapatkan
berat yang normal dan bantuan pskiatrik mungkin diperlukan bagi mengatasi masalah
gangguan emosi..
• Dalam kes di mana organ genital tidak terbentuk dengan sempurna , mungkin
pembedahan di perlukan
• Bagi kes sindrom Polisistik ovari tindakbalas boleh berlaku dengan penurunan berat
badan dan sekarang insulin-sensitising agen seperti metformin digunakan.
Kekurangan hormon tiriod boleh dirawat dengan menggunakan hormon (thyroxine).
Selaput dara yang menutup vagina keseluruhannya memerlukan pembedahan.

Semakan Akhir : 22 April 2008

Anda mungkin juga menyukai