Anda di halaman 1dari 7

KAWASAN

KAJIAN

==========================================
==============================

13
KAWASAN KAJIAN
Perkampungan Parit Raja, Jalan Junid terletak di
daerah Muar, Johor. Kawasan ini adalah di bawah
pentadbiran Majlis Perbandaran Muar (MPM).
Keluasan kampung ini ialah kira-kira 61 040 meter
persegi dengan ketinggian 3 m dari aras laut.
Dari sudut geografi fizikal, kampung ini terletak
berhampiran pinggir muara Sg. Muar menghadap
Selat Melaka. Koordinat kawasan ini secara tepat di
dalam peta ialah 23°S 102°T.
Petempatan yang saya kaji ini mempunyai
kawasan tanah pamah yang rata dan luas. Oleh yang
demikian, ia sesuai didirikan dengan bangunan dan
perumahan. Ciri-ciri fizikal yang lain ialah seperti
pinggir laut, muara sungai, dan paya bakau.
Ciri-ciri budaya yang boleh diperhatikan di sini
ialah rumah, kedai runcit, surau, warong makan,
dusun, kebun buah-buahan dan sekolah.
Petempatan perkampungan ini terletak
berhampiran pekan Pt. Jawa, Pt. Bakar, dan Bandar
Muar. Pekan yang terhampir ialah Pekan Parit Raja.
Jarak Kampung Parit Raja dari sekolah saya ialah
kira-kira 5.5 km, manakala jarak Kampung Parit Raja
dari Tanjung Agas pula ialah 7 km.
Kawasan ini boleh dihubungi melalui jalan raya
berturap iaitu Jalan Junid sepanjang kira-kira 12.3 km
menghubungkan Jalan Abdul Rahman dan kawasan-
kawasan lain di sepanjang jaringan perhubungan
tersebut.

14
Walaupun mempunyai tahap ketersampaian
yang tinggi, kawasan perkampungan ini tidak dilalui
oleh perkhidmatan awam seperti bas dan teksi. Hal
ini kerana kawasan petempatan di sepanjang Jalan
Junid tidak dibangunkan dan dimajukan sepenuhnya.
Sebilangan besar penduduk di sini mempunyai
tanah kebun milik sendiri yang diwarisi sebagai
tanah pusaka.

==========================================
==============================

 Peta Daerah Muar

15
U

Petunjuk :

Sungai
Lebuhraya Tol
Sempadan Daerah Jln.
Utama Persekutuan
Sempadan Mukim Jalan

Kedudukan Kampung Parit Raja, Jalan Junid.


 Peta Lakar Kawasan Kajian

16
U

Kawasan kajian Kg. Parit Raja, Jalan Junid.

17
KAEDAH
KAJIAN

==========================================
==============================

KAEDAH KAJIAN

18
Kaedah kajian yang saya gunakan ialah :-

a) Kaedah pemerhatian
 Saya telah memerhatikan secara
keseluruhan Kampung Parit Raja, Jalan Junid,
tempat kajian ini dijalankan.
 Pemerhatian saya tertumpu kepada jenis
petempatan, faktor mempengaruhi, pola,
masalah petempatan serta cara mengatasinya.

b)Kaedah temubual
 Seramai 20 orang responden telah saya
temu bual. Mereka terdiri daripada penduduk
pelbagai peringkat umur dan jantina di Kampung
Parit Raja, Jln Junid yang dipilih secara rambang.
 Saya juga mengumpulkan maklumat
tentang kawasan kajian daripada pegawai di
Majlis Perbandaran Muar (MPM).

c) Kaedah rujukan
 Saya turut membuat rujukan di pusat
sumber sekolah untuk mendapatkan informasi
mengenai petempatan luar bandar di
Semenanjung Malaysia.

==========================================
==============================

19

Anda mungkin juga menyukai