Anda di halaman 1dari 8

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila kita sentiasa berbangga menjadi rakyat

Malaysia.Kita perlu sentiasa menghormati raja dan pemimpin negara serta

menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara.kita.Kita juga perlu menghormati lambang-lambang negara serta menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.Selain itu,kita perlu menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa serta berbangga dengan sejarah negara.

Semangat cintakan warisan bangsa juga dapat dipupuk apabila kita bersemangat setia negara.Kita perlu sentiasa cintakan bangsa dan negara.kita mestilah taat setia kepada raja dan pemimpin negara serta sedia berkorban untuk bangsa dan negara.Kita juga perlu bertanggungjawab kepada bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Kita mestilah peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.Akhir sekali kita perlu bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Antara lain,semua rakyat Malaysia perlu bersemangat kekitaan demi memastikan semangat cintakan negara wujud dalam setiap individu.kita perlu bersatu padu dan berharmoni serta bertolak ansur dan bertoleransi.Kita juga perlu bekerjasama dan saling menolong serta hormat menghormati sesame insan.Kita mestilah bersefahaman dan bermuafakat serta memiliki semangat muhibah atau semangat bermasyarakat.

Selain itu,kita dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa apabila kita berdisiplin menerusi akhlak dan budi pekerti yang mulia.Kita juga mestilah mempertahankan dan menjunjung perlembagaan negara serta sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.Sebagai rakyat sebuah negara yang sangat menjunjung adat ketimuran,kita perlulah berkelakuan sopan,bertatasusila dan berhemah tinggi.kita juga perlulah bertindak wajar dalam setiap perkara serta bersifat amanah dan jujur.Akhir sekali,kita mesti bertindak adil dan bertimbang rasa dalam membuat keputusan.

Akhir sekali,apabila kita rajin berusaha dan produktif tentulah semangat cintakan warisan bangsa tersemat dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.Kita perlu rajin,gigih serta berdikari dalam menjalani kehidupan.Kita juga perlulah tabah dan sabar menempuh setiap dugaan dan cabaran yang mendatang.Di samping itu,kita perlu menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan dan berganding bahu membangunkan negara.Kita juga mestilah sentiasa berilmu dan berketrampilan.

" Es ist unsere freundschaft fuer die ich alles geben wuerde. Translationnya : It is our

" Es ist unsere freundschaft fuer die ich alles geben wuerde. Translationnya : It is our friendship for which I would give everything.

:)...

See more

Happy moments, praise Allah. Difficult moments, seek Allah. Quiet moments, worship Allah. Painful moments, trust Allah. Every moment

\

Saya Sayang Mak!!

Isk .. isk .. isk .. Aku menangis, aku terkedu.
Isk
..
isk
..
isk
..
Aku menangis, aku terkedu.

Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.

HambaMu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.

HambaMu ini tak tahu menilai intan dan kaca.

HambaMu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego ...

Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.

Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal member kasih sayang dan menjaganya di usia tua ..

Oh! Kejamnya hambaMu ini ...

Aku mengimbau ...

"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata

aja."

"Biarlah Man, lama2 mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh

...

Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man. Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man

malu mak

..

Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari

kampungnya.

Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan

dan kejayaan anaknya itu.

Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan. Dia berjaya menjadi

seorang pakar bedah yang berjaya. Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya

di kampung. Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan

untuk anak kesayangannya itu. Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu,

hodoh ibarat raksasa.

Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota. Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah

hospital swasta tersohor di Malaysia. Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato’ dan mempunyai

dua orang cahaya mata, seorang putera dan seorang puteri.

Hati ibunya melonjak2 ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu. Dia bertekad yang dia mesti berjumpa

dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.

Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.

Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

“Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah” getus ibunya.

Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,

“Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?”

“Makcik nak jumpa dengan anak makcik”

“Anak makcik? Siapa?”

“Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik”

“Ooo ...

sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan”

Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.

Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.

“Siapa kau wahai orang tua?”

“Man ..

anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung.”

“Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang

berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?”

“Ayah

..

Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!”

“Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus!

Kau bukan mak aku!”

“Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa”

“Arghh

..

mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!”

Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan

menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu ...

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala. Api itu

seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya. Rizman

rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

“Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibu mu yang melahirkan dan

membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!”

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar. Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini

dah hamper tujuh hari berturut2 dengan mimpi yang sama. Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia

berasa amat berdosa dengan ibunya. Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!

Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

“Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini

kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?”

“Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku

Fuad?”

“Hoh ..

dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita

menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?” herdik Fuad.

“Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?”

“Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru 2 hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah”

“Apa?”

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana

kesalahannya dengan ibunya itu!

“Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri.”

Man mengambil surat tu dan membaca ...

Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.

Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak

Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan

ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti

macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh

melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat

melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa

anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.

Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.

Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya

dan melihat dunia.

Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.

“Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!” jerit Rizman.

@};-- ~~~~ --;{@

Dari Abu Hurairah R.A:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak

untuk bergaul dengan paling baiknya?” “Ibumu” Baginda S.A.W menjawab, “Kemudian siapa?”, “Ibumu”,

“Kemudian setelahnya siapa?”, “Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?”

“Ayahmu” jawab Baginda Rasulullah S.A.W.

Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan

kedua ibubapanya!

Dari Abu Hurairah R.A: Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang

, thank Allah. ^_^