Anda di halaman 1dari 4

Tajuk : Program Pembelajaran Menyeluruh

- Menghadapi Cabaran Pendidikan Nasional Masa Kini - Suatu Solusi


Inovatif

Program Pembelajaran Menyeluruh (Wholesome Learning Programme) dengan lima


buah buku berkulit keras dalam satu siri Bijak Belajar Di Sekolah; diusahakan oleh
Yayasan Numan setelah mengadakan kajian selama sepuluh tahun di Kuala Lumpur,
Petaling Jaya, Pulau Pinang, Seberang Perai dan Johor Bahru.

LATAR BELAKANG

Tiga tahun yang lalu Yayasan Numan telah memulakan langkah mengadakan kelas-
kelas pengajaran Bahasa Inggeris melalui Multimedia di Negeri Perlis Indera Kayangan.
Program ini telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak termasuklah Jabatan
Pelajaran Negeri Perlis, Kementerian Pelajaran Malaysia, YAB Menteri Besar Negeri Perlis,
Pusat Perkembangan Kurikulum dan Presiden Multimedia Development Corporation.
Yayasan Numan juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti bagi para pelajar sejak tujuh tahun
yang lalu seperti Program Smartrend, Kem IQ dan pelbagai program latihan interaktif yang
lain.

Lanjutan daripada itu, Yayasan Numan telah memperluaskan lagi skop program
kepada Program Pembelajaran Menyeluruh “Wholesome Learning”. Intipati program ini
termuat di dalam lima buah buku bertajuk “Bijak Belajar Di Sekolah”. Isi kandungan buku ini
adalah mengenai liputan kajian selama sepuluh tahun mengenai ciri-ciri yang terdapat pada
individu dari segi Fizikal, Mental, Emosi dan Intuisi (FMEI) Pengkhususan program adalah
dari segi melatih individu membina ciri-ciri di atas, terutamanya minda. Di samping itu
ditumpukan juga kepada Sains Pengurusan Badan bagi mencapai tahap kesihatan dan
kemampuan belajar yang optima. Dalam ertikata lain kita telah memulakan program “Sekolah
Bestari” sejak sepuluh tahun lalu. Cara kami adalah saintifik dan mudah diikuti.

Sejak program ini diadakan, pelajar telah mendapat faedah yang amat besar. Mereka
telah dapat menguasai alat dan teknik pembelajaran “bijak” menyebabkan mereka dapat maju,
baik dari segi akademik mahupun dari segi watak. Mereka mendapati diri mereka lebih sihat,
emosi stabil dan berfikiran positif.

SITUASI SEMASA

Umum mengetahui bahawa para pendidik hari ini berdepan dengan cabaran yang amat
serius khususnya dalam menghadapi masalah disiplin pelajar. Setiap masa kita disogok
dengan berbagai berita yang tidak menyenangkan berlaku di kalangan pelajar-pelajar dan
sekolah kita. Ini adalah tempiasan daripada proses pemodenan kehidupan di Malaysia yang
berlaku begitu pantas akibat daripada kemajuan sains & teknologi, khususnya ICT.

Apakah dia program Pembelajaran Menyeluruh?

•Satu program PRO-LOGIK™ bagi mempercepatkan proses pembelajaran dan


mengukuhkan kepintaran pelajar.
• Satu sistem berasaskan latihan praktikal bagi menajamkan kebijaksanaan Fizikal,
Mental, Emosi dan Intuisi (FMEI)
• Satu sistem pembelajaran meliputi Sains Pengurusan Badan dan Sains Minda.
• Pelajar akan dilengkapkan dengan satu pakej lengkap 360˚ “Wholistik” bagi melatih
dan membina kebijaksanaan FMEI. Tajuk-tajuk di bawah membawa objektif dan latihan
ke arah mencapai tahap optima ciri-ciri FMEI.

VISI

Kami menginginkan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri fizikal, mental, emosi
dan intuisi (FMEI) pada tahap optima dan mempunyai ciri kemahiran hidup berasaskan
pengetahuan Sains tentang tubuh badan, minda dan emosi agar mereka dapat menghadapi
cabaran masa hadapan yang kompetitif. Pelajar-pelajar ini bakal akan dapat menerajui usaha
dalam meletakkan negara pada tahap yang lebih gemilang lagi.

Objektif

• Mengenal pasti potensi dalaman individu yang diperlukan bagi pembinaan kuasa otak.
• Meningkatkan kesedaran tentang kebijaksanaan FMEI.
• Mengukuhkan kuasa ciri-ciri FMEI.
• Mengukuhkan kemahiran retensi mengingat.
• Meningkatkan kecekapan dan kuasa penerimaan minda.
• Melahirkan personaliti yang positif dengan pengurusan minda yang berkesan.
• Membina kualiti hidup dengan daya intelek yang cemerlang pada keseluruhannya.
• Melahirkan pemimpin cemerlang dengan pemikiran tajam melalui SMART
PROLOGIK™ bagi penyelesaian segala masalah.

Pendekatan kami

• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar melalui ujian dan analisis SWOT.
• Menganalisis corak tingkah laku pelajar dan membina FME yang betul.
• Membina set pemikiran yang betul setiap individu.
• Mendidik, memberi motivasi dan membantu pelajar menyelesaikan masalah yang
dialami.
• Memperkenalkan kaedah Pembelajaran Bijak (Smart) bagi meningkatkan kesedaran
mengenai bagaimana mereka boleh menjadi bijaksana (SMART) dan membina watak
yang diingini.

Apa yang kami lakukan di Program Pembelajaran Menyeluruh?

• Melatih pelajar mengkordinasikan masa, otak dan minda bagi meningkatkan


kecekapan belajar.
• Mendidik dan melatih pelajar berfikir secara transformatif melalui PROLOGIK™.
• Pembacaan berkesan melalui 4R SPEEDREAD yang meningkatkan kefahaman.
• Teknik FOTOMEMORI™ dan PETA MEMORI untuk membina ingatan yang lama.
• Mengurus masa peperiksaan dan latihan berkesan menghadapi peperiksaan dengan
kemahiran menjawab soalan dengan tepat melalui TS3M™.

Garis Panduan Kursus.


Program ini terbahagi tiga bahagian :-

Sains Pengurusan Badan.


Ianya mengurus proses intra-badan dan fungsi-fungsinya bagi mengoptima potensi
tenaga. Di dalamnya terdapat latihan “GESTURECISES” bagi mengimbang sistem hormon
dan mengoptima kesihatan badan untuk tujuan pembelajaran.

Latihan Sains Pengurusan Badan bertujuan untuk menyelaras komposisi badan pelajar.
Ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesihatan pelajar agar tercapai FME
yang tinggi. Keseimbangan FME amat penting untuk pelajar menyiapkan otak bagi mengenal
pasti, menilai dan menyerap data.

Keadaan ini akan melahirkan tahap optima kesihatan badan dan merangkumi 10
sistem badan. Ini termasuklah sistem pernafasan, sistem saraf, sistem endokrin, sistem limfa
dan sistem pencernaan. Latihan Sistem Pengurusan Badan memberi tenaga kepada pelajar,
bukannya meletihkan mereka.

Program Sains Minda


Ini adalah cara belajar yang paling cekap dan mudah berasaskan kefahaman tentang
otak dan fungsi minda. Ia menajamkan kemahiran minda dan membina ingatan, matlamat
yang dituju, bacaan pantas, penglihatan, teknik menjawab dan pembinaan keyakinan. Semua
ini akan membantu pelajar untuk belajar lebih cekap dan bijak.

Ia membina tenaga mengingat dan menyebut kembali maklumat yang banyak bila-bila
diperlukan melalui pembelajaran cepat lagi sistematik. Ini melibatkan pemahaman yang lojik
dan sistematik tentang minda dan emosi serta membuatkan minda lebih bersedia, sedar dan
kreatif untuk berfikir secara cekap.

Program Sains Minda meliputi teknik Peta Memori yang mengajar pelajar secara
sistematik dan berkesan bagaimana untuk mengkaji dan menganalisis masalah. Teknik ini
akan mendorong pelajar untuk maju dalam bidang akademik. Fungsi dalaman minda akan
diajar menggunakan formula yang dipanggil “Tujuh Peringkat Operasi Minda”. Pelajar akan
diajar bagaimana memperbaharui minda, menyimpan, mengeluarkan, memproses dan
mengingati informasi/maklumat. Fungsi-fungsi otak kiri dan kanan serta sifat-sifatnya akan
diterapkan sebagai perkaitan kepada proses pembelajaran dan pengingatan.

Satu lagi kebolehan yang pelajar akan pelajari ialah “Memori Fotografik” dengan
menggunakan kaedah FOTOMEMORI™. Dengan teknik ini pelajar akan mengambil gambar
(snapshots) satu blok informasi yang akan diimbas dan disimpan dalam otak yang kelak akan
dapat dikesan dan dikeluarkan bila perlu.

Program Pembangunan Kemahiran Hidup


Ini adalah suatu program yang sangat dinamik dan satu pengalaman yang boleh
meningkatkan kepintaran FME meliputi tajuk-tajuk yang luas termasuk kebijaksanaan Emosi
(EQ) pengurusan tekanan, pembinaan keyakinan, menentukan visi, pengurusan masa dan
kemahiran komunikasi.

Rintangan (blok) FME juga dikenal pasti dan dikikis agar pelajar dapat membina
keperibadian unggul pada keseluruhannya. Program ini juga membantu pelajar mengenal pasti
dan menajamkan pemikiran kreatif, membina kualiti kepemimpinan, mengajar cara-cara
penyelesaian masalah dan mengatasi masalah takut dan risau.

Siapa Patut Belajar?

Semua individu daripada tadika hinggalah orang dewasa yang ingin berubah akan
mendapati Program Pembelajaran Menyeluruh amat berfaedah dan praktikal. Tidak perlu ada
kebolehan luar biasa; hanya diperlukan anda mengikuti cara kami yang telah terbukti
berkesan. Guru-guru terutama Kauselor akan memperolehi faedah yang cukup besar sesudah
memahami konsep-konsep penting di dalam PPM.

Faedah

• Memperolehi cara belajar yang moden, cekap, menajamkan kemahiran minda dan
ingatan yang lebih baik; menguasai teknik menjawab peperiksaan dan membina
keyakinan serta memperolehi keputusan yang diinginkan.
• Menambah tenaga otak dan mengoptima tahap tenaga badan.
• Mengseimbang, mengharmoni corak tingkah laku.
• Kemahiran untuk memajukan diri seterusnya.
• Membina disiplin diri yang akan membawa kepada personaliti yang sempurna.

Faedah Lanjutan

• Mengawasi perkembangan diri.


• Ujian Penilaian, laporan berdasarkan pencapaian dalam kelas PPM.
• Menganjurkan hubungan interaksi antara anak dan ayah.
• Melibatkan program orientasi pelajar-penjaga.
• Mengajar penjaga bagaimana memberi penghargaan dan persefahaman.
• Kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris (modul English in Multimedia).
• Meningkatkan kemahiran bertutur.
• Mengawasi perubahan, kemajuan dalam pelajaran dan memberi petunjuk peribadi dan
kaunseling.

SEKIAN TERIMA KASIH.