Anda di halaman 1dari 4

TIADA 'buluh runcing' di sepanjang perjalanan ini.

Satu-satunya kelibat kerja meruncing


sumber hutan itu ialah buluh yang dijadikan kraf anyaman raga atau sangkar burung. Semua
yang seumpamanya banyak dijual di sudut pasar harian. Itu sahaja.

Penulis terasa sungguh lega kerana kebimbangan


mengenai sentimen tersebut hanyalah sensasi media
serantau. Maka, kembara pelancongan ke destinasi ini
sangat disyorkan terutamanya untuk pelibur Malaysia
yang mahu meredah jalanan kota sarat budaya itu
tanpa kesesakan melampau seperti di Jakarta.

BERSIAR-SIAR dengan menaiki andong


"Maaf, pak. Saya mahu jalen kaki aja. Kalo saya menjadi tarikan utama di jalanan selain beca dan
kecapean pasti akan nyari becak bapak, ya? Terima basikal.
kasih," kata saya kepada seorang pengayuh beca
ketika dia menawarkan perkhidmatan keliling kota serendah bayaran 4,000 Rupiah atau
kurang RM2. Dia tersenyum mendengar penulis cuba berbahasa tempatan, kemudian
mengangguk dan berlalu pergi. Begitu santun lagaknya tanpa desakan susulan.

Mungkin itu antara kelebihan di Jogjakarta berbanding


kota besar lain yang pernah penulis kunjungi di
Indonesia. Warganya dilihat lebih menghormati
pelancong kerana mereka tahu sejak sekian lama dan
untuk jangka masa panjang, industri pelancongan di
wilayah mereka adalah satu magnet untuk menawan
hati ramai pengembara dunia.

GEDUNG pertukangan perak seperti ini mudah


ditemui sekitar petempatan Kotagede dan Jalan
Lantaran itu, tidak nampak persaingan agresif di Malioboro.
kalangan pengendali sistem pengangkutan tradisional
di kota yang mendapat jolokan Bumi Jawa Asli ini.
Take a quiz & stand a chance to win Transitions lenses!

Sama ada menaiki andong (kereta kuda), becak


ataupun sewaan sepeda (basikal), masing-masing
sedia membantu memudahkan perjalanan ke sekeliling
kota.

Harga tambangnya juga amat murah! Hal itu nyata LALUAN lorong yang penuh nilai sejarah di
Kotagede.
disenangi golongan backpacker yang lazimnya tidak
dimanjakan dengan van agensi pelancongan yang
berhawa dingin.
Rentangan Malioboro
Begitupun kalau sudah menginjakkan kaki di sekitar rentangan Jalan Malioboro di pusat
bandar Jogjakarta, berjalan kaki lebih menyeronokkan.
Walau ke mana pun penulis pergi,
ucapanmonggo pasti kedengaran berulang kali.
Ungkapan itu secara akumulatif bermaksud silakan PELBAGAI ragam manusia di Pasar Beringharjo
pada waktu puncak.
atau selamat datang.

Dengan berjalan kaki, banyak yang


boleh didekati seperti kedai-kedai
jualan barangan harian, gedung
pakaian, aksi tukang kulit dan perak,
persembahan seniman jalanan,
lesehan (warung jalanan) dan lorong-
lorong pintas yang menghala ke
SENDRATARI Rama Sinta di auditorium dekat beberapa bangunan bersejarah di
Candi Prambanan.
sekeliling kota.

Antara yang dapat dilawati ialah monumen peringatan, Gedung Agung Istana Kepresidenan
Republik Indonesia dan Pasar Beringharjo yang menjadi pusat jualan aneka jenis tekstil batik
dan subproduknya.

Pasar popular itu juga hanya bersebelahan dengan


deretan kedai buku yang menjadi syurga para pencinta
sastera. Sumber bacaan terbaik seperti novel, majalah
dan akhbar yang diluahkan golongan penulis bebas
tempatan boleh didapatkan di situ.

AURA misteri dan ketenangan dapat dirasakan


Jika masih punya stamina, dari Pasar Beringharjo, tatkala termenung sendirian di halaman Istana
pelancong berkeluarga boleh menyusun langkah Ratu Boko.
seterusnya ke Taman Pintar di Jalan Panembahan
Senopati 1-3.

Kompleks moden yang menjunjung nilai pendidikan dan rekreasi itu mengajak pelawatnya
bereksplorasi melalui fasiliti seperti pameran, imbasan zaman, eksperimen sains dan
teknologi, permainan minda dan pertunjukan teater empat dimensi.

Sekitar keraton
Seperti yang diketahui ramai, Keraton Jogjakarta
menjadi tumpuan rakyat kerana menjadi pusat
perkembangan adat dan sistem sosial. Tidak hairanlah
sejak dahulu lagi, seluruh isi keraton mempunyai
hubungan rapat dengan lapisan hierarki masyarakat di
bawah naungannya.

KETAKSUBAN pengunjung yang cuba


menyentuh patung Buddha untuk berhajat di
salah satu stupa di Candi Borobudur.
Di Keraton Jogjakarta, pengunjung dapat menghayati rentetan kisah kesultanan yang
diasaskan oleh Sri Sultan Hamengku Buwono I pada tahun 1756 selepas pembahagian
wilayah kerajaan Mataram kuno kepada dua iaitu Jogjakarta dan Surakarta.

Di bahagian selatan keraton, terdapat sebuah halaman luas bernama Alun-alun selatan.
Jangan terkejut jika anda diminta menyertai ritual masangin. Ritual itu memerlukan anda
berjalan melewati ruang antara dua buah pokok beringin sejauh kira-kira 100 meter sambil
mata ditutup dengan kain hitam.

Mitosnya, apabila seseorang berjaya melalui antara dua pokok besar itu, maka dia dianggap
bertuah dan keinginannya akan terkabul. Kedengarannya mudah, namun penulis yang
mencubanya pada kunjungan waktu malam telah tersasar langkah hingga terlanggar tembok!

Kalau anda memilih untuk tidak menyertai keseronokan cabaran itu, saksikan aksi lucu orang
lain yang terlanggar sesama sendiri. Sambil mentertawakan mereka, enak juga kalau
memesan semangkuk ronde (seperti minuman lai chi kang panas berperisa halia) dari gerai
pinggiran.

Kira-kira satu kilometer dari barat daya keraton terletaknya Tamansari atau Istana Air yang
terbina dengan rangkaian terusan, kolam, taman dan laluan. Kalau sesiapa menaruh minat
terhadap falsafah seni bina Alhambra atau Angkor Wat, penulis menyarankan tempat itu
sebagai lokasi wajib pergi kerana kehebatan ilham pembinaannya.

Bayangkan jaringan kompleks di bawah paras air, dewan kubah khas di tengah kolam lantas
membentuk pulau, serta terowong rahsia ke bilik tersembunyi.

Tanyakan juga pada pemandu pelancong tentang cerita yang berkaitan dengannya seperti
kolam pemandian sultan dengan isteri-isteri dan gundik-dundiknya, telaga Gemuling yang
menjadi ruang buat sultan dan permaisuri bermeditasi serta sudut-sudut rahsia lain di
Tamansari.

Keteguhan candi
Kira-kira 15 kilometer ke timur Jogjakarta, tersergam Candi Prambanan yang mengimbau
warisan agama Hindu-Buddha abad ke-10. Kawasan candi itu merupakan yang terbesar
dipersembahkan untuk tuhan Shiva di Indonesia. Tembok yang menjadi asas kepada tiga lagi
menara candi di situ diukir dengan kisah epik Ramayana yang khusus diitujukan kepada nilai
triniti Hindu.

Tidak hairanlah jika kawasan tersebut telah difikirkan sesuai untuk didirikan sebuah
auditorium separa terbuka bagi para pelancong yang mahu sama-sama hanyut dalam emosi
sendratari percintaan Rama Sinta.

Tidak lengkap rasanya kunjungan ke Jogjakarta jika tidak sampai ke Candi Borobudur.
Walaupun hakikatnya ia terletak dalam wilayah lain, candi ini ibarat ikon pelaris yang kuat
memanggil pelancong yang sampai ke Jawa Tengah.

Perlambangan aspek kejadian alam, sifat manusia dan konsep pengabdian kepada Sang
Pencipta diterjemah melalui struktur fizikal candi termasuk gaya susunan blok batu, stupa,
dan dudukan figura Buddha. Di candi agung itu, bersedialah untuk menguji ketahanan otot
kaki dengan pendakian tangga hingga ke aras puncaknya.

Begitupun binaan Candi Borobudur tampil majestik, penulis sebenarnya lebih menyukai lokasi
Istana Ratu Boko yang bertempat di puncak bukit Boko. Kawasan itu memperlihatkan aura
landskap misteri yang terdiri daripada sisa gerbang, kolam pemandian puteri, kampung lama
dan runtuhan tembok berformasi pelik.

Jelas sekali dari ketinggian itu, halaman berpadang hijau tersebut paling magis dan
sempurna untuk menghayati detik matahari terbenam sambil menyerap panorama
keseluruhan bumi Jogjakarta.

Mesti cuba, mesti pergi


Selain destinasi yang telah disarankan, masih banyak lagi pengisian pelancongan boleh
didalami jika anda tinggal lebih lama di Jogjakarta. Sebagai rumusan pantas, beberapa
muzium boleh dilawati bagi tujuan tersebut.

Antaranya seperti Muzium Perjuangan dan Muzium Benteng Vredeburg yang menceritakan
jerih payah perjuangan bangsa, serta Muzium Sonobudoyo yang menyimpan 1,001 maklumat
mengenai perkembangan aspek sosial, budaya dan agama.

Jangan juga cicirkan Kotagede dan Kampung Wisata Dipowinatan dalam senarai lawatan.
Kotagede mengembalikan ingatan terhadap pengasas bekas kerajaan Mataram Islam
dengan peninggalan seperti binaan rumah kalang, masjid dan makam sementara
Dipowinatan pula adalah lambang hospitaliti komuniti Jawa yang ramah meraikan
kedatangan orang luar untuk sama-sama berkongsi warna-warni kehidupan seharian mereka.

Alang-alang sudah bergaul mesra, tanyakan saja tentang makanan istimewa tempatan. Baik
gudeg (nasi campur), bakpia (snek kacang hijau), sayur ngasem (sayur asam) atau bakso,
salin sekali resipinya.

Akhir sekali, jangan lupa untuk ke kawasan pantai di selatan kota. Selain cantik diabadikan
dalam lensa kamera dan seronok untuk mandi-manda, anda boleh mendalami kisah Roro
Kidul, melihat ritual labuhan serta banyak lagi demonstrasi mistik yang istimewa.

Seandainya semua tempat itu sempat disinggah, anda akan mengerti akan satu perkara.
Betapa di atas tanah Jogjakarta, kekayaan budaya dan tradisi memperlihatkan satu
kesinambungan yang sukses. Ia dilestari dengan teguh, sekukuh Borobudur.