Anda di halaman 1dari 20

KEMAHIRAN KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA

Pengenalan

• Kebolehan utk memahami budaya lain - asas utk menjadi seorang komunikator yg
mahir

• Tetapi kerana kita biasa & selesa dgn budaya kita sendiri, kita mungkin
menghadapi masalah utk memahami budaya lain

• Olekerana budaya dipelajari awal dlm hidup kita, ia menjadi asas kpd pemikiran &
perlakuan kita; seringkali budaya menghasilkan pesepsi & tingkahlaku secara
automatik bila kita sudah dewasa

• Memandangkan nilai-nilai & pandangan dunia kita juga dipengaruhi oleh budaya
kita, kita mungkin menghadapi masalah berkomunikasi dgn individu yg
mempunyai nilai-nilai & pandangan dunia yg berbeza

• Sungguhpun tabiat, respon, pesepsi & perlakuan yg dipengaruhi oleh budaya


sukar diubah, ianya bukanlah suatu yg mustahil
Kemahiran Komunikasi Antara Budaya: Definisi

• Perlakuan yg sesuai & efektif dlm suatu konteks itu (Spitzberg)

• Kebolehan individu secara keseluruhan utk menghadapi & menangani aspek-aspek yg


memberi cabaran kpd KAB khususnya yg lahir dari perbezaan budaya peserta (Kim)

• Seorang yg mahir dlm KAB berupaya menganalisa situasi & memilih tingkahlaku yg
sesuai & betul

• 3 komponen asas kemahiran KAB:

1. Motivasi
• Mempunyai sikap yg positif terhadap suatu peristiwa komunikasi

• Mempunyai motivasi utk mengubah perlakuan komunikatif

• Bersedia berusaha utk mencapai keputusan yg positif


2.Pengetahuan
• Kebolehan utk melakukan & mengatakan suatu yg betul pd masa yg tepat memerlukan
pengetahuan yg berkaitan

• 2 jenis pengetahuan diperlukan:

• Pengetahuan berkait dgn isi kandungan (content) – mengetahui topik, perkataan,


makna dll yg sesuai dgn suatu situasi

• Pengetahuan berkait dgn proses (procedural) – bagaimanan menyusun, merancang &


mengaplikasi pengetahuan tentang isi kandungan di dlm situasi tersebut

3.Kemahiran
• Tingkahlaku yg spesifik utk mencapai matlamat

• Seorang komunikator yg mahir berkomunikasi dlm situasi AB tahu cara-cara


mengubahsuai kemahiran yg sedia ada bila menghadapi individu dari budaya yg berbeza
Cara-cara Meningkatkan Kemahiran KAB
1) Kenali diri anda

• 4 langkah – mengenali budaya anda, mengenali pesepsi & sikap anda, mengenali gaya
komunikasi anda & memantau diri sendiri

(i) Kenali budaya anda


• Setiap seorang daripada kita adalah produk/hasil budaya kita

• Dgn mengenali dgn lebih dekat pelbagai aspek budaya kita, kita akan dpt memahami
kepercayaan, sikap & nilai-nilai kita serta bagaimana semua ini mempengaruhi (secara
positif atau negatif) pesepsi kita & cara kita berkomunikasi

(ii) Kenali pesepsi dan sikap anda


• Kenalpasti pendapat & sikap anda & sebarang prejudis yg anda mempunyai yg
menyebabkan anda mempunyai pandangan dunia yg serong (bias)

• Mengenali apa yg anda suka & tidak suka serta tahap sikap etnosentrik anda akan
membolehkan anda mengesan bagaimana sikap anda mempengaruhi cara anda
berkomunikasi
(iii) Kenali gaya komunikasi anda
• Pastikan imej yg anda mempamerkan kpd org di sekeliling anda

• Tanya diri anda soalan ini: Bagaimanakah saya berkomunikasi & bagaimanakah org memandang
diri saya?

• Kenalpasti gaya komunikasi anda; Norton menyenaraikan 9 pesonaliti komunikasi:

1.Dominan – sering bercakap, suka mencelah, mengawal perbualan


2.Dramatik – suka memperbesarkan perkara, menggunakan bahasa yg ‘expresif’
3 ‘Contentious’ – suka berbalah, suka menyanggah pendapat org lain
4 Berjiwa (Animated) – bertenaga, banyak menggunakan pergerakkan tangan & air muka yg
berbagai-bagai
5.Meninggalkan kesan (impression) – menyatakan pandangan/perasaan dgn cara yg
meninggalkan kesan
6.Relaks – tenang, tidak gelisah, selesa
7.Memberi perhatian – pendengar yg baik, memberi galakkan verbal/bukan verbal kpd penutur
8.Terbuka – menunjukkan emosi & perasaan, memberi maklumat peribadi
9.Peramah – memberi input/maklumbalas yg positif, memberi galakkan
(iv)Pantau diri anda
• Dgn memantau diri anda, anda dpt menetapkan tingkahlaku yg sesuai
mengikut situasi, mengawal reaksi anda, mewujudkan ‘impression’ yg baik
& mengubah tingkahlaku anda dari situasi ke situasi

• Kesedaran yg anda perolehi mengenai corak komunikasi individu anda &


budaya anda adalah langkah pertama ke arah meningkatkan kemahiran
KAB
2) Beri Perhatian Kpd Persekitaran

• Persekitaran mempengaruhi makna yg disampaikan dlm komunikasi & harus diberi


perhatian oleh perserta dlm KAB
 
(i)Masa (Timing)
• Komunikator yg efektif dpt menentukan masa yg sesuai utk bercakap tentang suatu
topik yg tertentu (cth: ada masa yg sesuai/tidak sesuai utk meminta kenaikan gaji)

• Hal ini juga dipengaruhi oleh budaya (cth: pelajar dari budaya yg berbeza mempunyai
pandangan yg berbeza tentang masa bila mereka diminta oleh pensyarah utk
menjawab soalan)

• Isu masa juga penting semasa perundingan perniagaan (cth: berbincang tentang
perniagaan sebaik shj bertemu atau di akhir mesyuarat)

(ii) Persekitaran Fizikal


• Budaya yg berlainan mempunyai peraturan & norma-norma perbualan yg berbeza
utk persekitaran yg berlainan
• Cth: dlm konteks pendidikan, sistem di AS menekankan kelas yg bersifat
interaktif tetapi di Jepun & Cina, aktiviti dlm kelas dihadkan

• Seorang komunikator yg berjaya tahu mengubahsuai tingkahlakunya mengikut


persekitarannya

(iii)Tradisi
• Kebolehan utk menyesuaikan perlakuan dgn tradisi-tradisi yg berlainan juga
akan menentukan kejayaaan KAB

• Terdapat beratusan adat tradisi dlm setiap budaya yg mesti diambil kira (cth:
menggunakan gelaran seseorang bila berbual dlm konteks formal di Malaysia)

• Beri perhatian kpd persekitaran & adat tradisi budaya yg mempengaruhi


komunikasi
3) Cuba Fahami Sistem Mesej Yg Pelbagai

• Semua budaya mempunyai kod verbal & bukan verbal yg menyampaikan makna yg mencerminkan pengalaman
& idea budaya masing-masing

• Untuk melicinkan komunikasi:

(i)Cuba pelajari bahasa budaya yg lain


• Terutamanya bila anda terpaksa tinggal dgn org dari budaya yg lain utk jangkamasa yg panjang

• Cth: komunikasi lebih efektif sekiranya anda menggunakan bahasa Jerman bila tinggal & bekerja di negara
Jerman

(ii) Fahami variasi budaya dlm penggunaan bahasa


• Bahasa bukan sekadar alat utk berkomunikasi; ia memberitahu kita tentang cara hidup, cara berfikir,
pandangan dunia & corak interaksi suatu budaya

• Terdapat perbezaan dari segi penggunaan bahasa antara budaya

• Cth: og Jerman bersifat objektif bila berbual – menghadkan perbualan kpd perkara yg sedang dibincangkan,
tidak membuat rujukan peribadi & tidak bersifat emosional

• Cth lain: org Arab menggunakan ungkapan-ungkapan tertentu dlm perbualan mereka spt Insya Allah,
Alhamdulillah dsbnya yg membuat rujukan kpd Tuhan
(iii) Ingat perkataan adalah terikat kpd budaya
• Komunikator yg efektif berhati-hati dlm memilih perkataan & ungkapan yg digunakan –
beliau mengelak dari menggunakan perkataan/ungkapan yg tidak menjadi sebahagian
daripada rangka rujukan (frame of reference) budaya yg lain (cth: bahasa kiasan, simpulan
bahasa dll)

• Peribahasa misalnya sukar di terjemahkan secara langsung (literal) & penutur bukan natif
mungkin tidak tahu makna peribahasa tersebut akibat kaitannya dgn budaya

• Perkataan/ungkapan yg bersifat taksa (ambiguous – mempunyai lebih dari 1 pengertian) –


harus juga dielakkan kerana boleh menyebabkan kekeliruan (cth: red tape is holding up the
bridge)

(iv) Beri perhatian kpd kod bukan verbal


• Perbezaan dlm penggunaan & intepretasi kod bukan verbal yg tidak diketahui oleh peserta
dlm KAB boleh mendatangkan masalah

• Cth: di Jepun seorang gadis mungkin menutup mulutnya dgn tangan kerana malu tetapi di
AS tindakan yg sama disebabkan oleh ketakutan
4) Pupuk Sifat Berempati (Empathy)

• Cuba ambil pandangan org lain – letakkan diri anda dlm budaya org lain & cuba
alami apa yg dialami oleh mereka

• Dgn mengambil perspektif org lain, seorang itu, melalui perlakuan verbal &
bukan verbal, menunjukkan pemahaman & penerimaan

(i) Beri perhatian – kpd luahan secara spontan org lain

(ii) Sampaikan perasaan empati anda – ia suatu yg bersifat resiprokal (timbal


balik)

(iii) Gunakan perlakuan yg diterima oleh budaya lain – cuba besifat sensitif kpd
nilai-nilai & tradisi budaya lain

(iv) Elakkan respon yg bersifat etnosentrik – elakkan dari mengintepretasi


perlakuan verbal/bukan verbal org lain dari perspektif budaya anda
5. Beri Perhatian Kpd Cara Pendengaran Yg Pelbagai

• Cara individu mendengar berbeza antara budaya

• Beri perhatian kpd yg berikut semasa berkomunikasi:

(i)Nilai yg diberi kpd perbualan berbeza mengikut budaya – sesetengah budaya mengutamakan
perbualan, yg lain, kesenyapan

(ii) Cara penutur menampilkan diri & idea-ideanya juga berbeza mengikut budaya – cth: di
Jepun, Korea & Thailand, penutur bercakap dgn nada yg rendah/lembut tetapi dlm budaya
Mediterranean, nada suara mungkin lebih tinggi

(iii) Respon bukan verbal yg dihasilkan dlm perbualan dipengaruhi oleh budaya – di AS, respon
spt ‘uh-huh’ atau ‘um-humm’ menandakan yg pendengar sedang memberi perhatian tetapi dlm
budaya lain respon spt ini mungkin dianggap sebagai pencelahan yg tidak sopan. Di AS juga,
seorang dikatakan memberi perhatian kpd penutur bila beliau memandang secara langsung
penutur tersebut tetapi perlakuan bukan verbal ini tidak diterima baik dlm semua budaya

• Utk menjadi seorang komunikator yg baik, perlakuan pendengaran semasa berinteraksi harus
sesuai dgn budaya peserta-peserta yg terlibat
6) Galakkan Maklumbalas (Feedback)

• Maklumbalas yg diberi oleh penerima mesej mungkin bersifat verbal, bukan verbal, dimaksudkan
atau tidak dimaksudkan

• Maklumbalas yg diterima memberi anda peluang utk membetulkan atau mengubahsuai mesej anda

• Kebolehan utk mendapatkan maklumbalas supaya anda dpt memantau proses komunikasi adalah 1
kemahiran yg penting

• Wujudkan suasana yg mengalakkan peserta lain memberi maklumbalas supaya anda dpt
mengubahsuai perlakuan komunikasi anda

• Maklumbalas bukan verbal dari anda (bersenyum, mengangguk kepala, postur badan yg condong ke
hadapan dll) memberi mesej yg anda berminat & ingin mendengar apa yg mereka hendak katakan

• Maklumbalas verbal yg positif dari anda (cth: menanya soalan) juga akan mengalakkan peserta lain
memberi maklumbalas

• Elakkan maklumbalas yg negatif spt bermasam muka, membuat sesuatu yg lain pd masa yg sama,
tangan disilang dihadapan dll
7) Pupuk Sifat Fleksibel Bila Berkomunikasi

• Sesuaikan perlakuan komunikasi anda dgn persekitaran anda & peserta


lain

• Kembangkan kemahiran yg akan membolehkan anda berkomunikasi dgn


individu dari pelbagai latarbelakang budaya dlm pelbagai situasi &
keadaan (cth: bertutur dgn cara yg formal bila berinteraksi dgn individu
dari budaya yg mempunyai gaya komunikasi yg lebih formal & sebaliknya)
8) Pupuk Sifat Bertoleransi Terhadap Ketaksaan

• Dlm KAB, peserta seringkali berhadapan dgn nilai-nilai & adat tradisi yg
mungkin menyebabkan kekeliruan & ketaksaan

• Komunikator yg efektif mempunyai sifat toleransi terhadap situasi yg


baru/suatu yg tidak dikenali

• Utk memupuk sifat ini seorang harus bersabar, tidak menilai & menerima
apa juapun yg tidak disangka/diramalkan

• Gunakan juga pendekatan yg bersifat ‘trial-and-error’ bila berkomunikasi –


elakkan dari berpegang kpd hanya 1 pendekatan yg diketahui
9) Belajar Cara Menangani Konflik

• Cara menghadapi konflik berbeza mengikut budaya – ia sebahagian


daripada sistem nilai suatu budaya

• Sesetengah budaya menganggap konflik sebagai suatu yg biasa & boleh


diterima (cth: suatu yg boleh membawa kpd perkembangan diri (AS),
cara hidup biasa/semulajadi (Timur Tengah), sebahagian daripada tradisi
yg mementingkan pendebatan (Greece))

• Budaya lain pula menganggap konflik sebagai suatu yg harus dielakkan


(cth: memalukan & berupaya memusnahkan keharmonian sosial (Jepun),
suatu yg melambangkan kelemahan manusia (Perancis), suatu yg harus
dielakkan dgn bersifat formal & mewujudkan jarak sosial (Jerman))

• Utk menangani konflik, pastikan terlebih dahulu punca konflik tersebut


(kenalpasti isu-isu yg berkaitan)
• Cuba berkompromi sejauh mana yg boleh – berkompromi tidak bererti
tewas

• Jangan tergesa-gesa utk menyelesaikan konflik – ambil masa utk bersifat


sensitif & utk menjalankan pemerhatian terlebih dahulu

• Gunakan gantinama diri yg merujuk kpd kumpulan (cth: kami/kita) supaya


fokus adalah pd isu & bukan pd individu perseorangan

• Lembutkan penggunaan perkataan ‘tidak’ sejauh mana yg boleh supaya


tidak menjatuhkan air muka sesiapa
10) Belajar Tentang Adaptasi Budaya

• Terutamanya bila hubungan antara budaya merangkumi jangkamasa yg panjang &


bersifat berterusan

• Langkah yg pertama adalah utk menghadkan & mengawal sifat etnosentrik

• Perolehi maklumat tentang budaya baru tersebut dari segi nilai-nilai, kepercayaan
& amalan mereka

• Pelajari bahasa budaya tersebut atau sekurang-kurangnya beberapa ungkapan asas


yg berkait dgn sapaan, respon yg bersopan dll

• Banyakkan hubungan langsung dgn individu dari budaya tersebut –sertai perayaan,
pesta, organisasi tempatan dll

• KAB yg berjaya harus bermula dgn mendalami pengetahuan anda tentang budaya
baru tersebut. Bila anda mempunyai pengetahuan ini anda akan dpt menentukan
perlakuan yg sesuai & yg tidak sesuai
Rujukan

• Martin, J. and Nakayama, T. (2008). Experiencing Intercultural


Communication. McGraw Hill: New York.

• Neuliep, J. W. (2003). Intercultural Communication: A


Contextual Approach. Houghton Mifflin: Boston, MA.

• Samovar, L. A. and Porter, R. E. (2004). Communication


between Cultures. Thomson-Wadsworth: Belmont, CA.

• Martin, J. and Nakayama, T. (2007). Intercultural


Communication in Contexts. McGraw Hill: New York.
TUTORIAL MINGGU 12

1. Temubual seorang rakan dari budaya yg berbeza dari budaya anda utk mengetahui apa yg dianggap
oleh beliau sebagai ciri-ciri komunikator yg berjaya. Pastikan juga :
• Kemahiran komunikasi yg dinilai tinggi dlm budayanya
• Kemahiran komunikasi yg dinilai rendah dlm budayanya

Kenalpasti persamaan dan perbezaan antara budaya anda dan budaya beliau dari segi kemahiran
komunikasi yg dianggap penting
 
2.Kaji laporan berita mengenai satu konflik antarabangsa. Kenalpasti kemahiran-kemahiran antara budaya yg
dpt mengelakkan/menghadkan/mengatasi masalah ini
  
3.Temubual seorang pelajar atau pensyarah anatarabangsa yg telah berada di Malaysia utk beberapa tahun.
Apakah keadaan psikologi beliau (cth: keliru, gembira, marah dll) pd awalnya dan kemudian selepas
setahun dua? Adakah beliau berjaya menyesuaikan diri dgn budaya tempatan? Jika ya, bagaimana? Jika
tidak, mengapa?
 
4.Cadangkan beberapa cara utk meningkatkan kemahiran komunikasi antara budaya (yg tidak diliputi dlm
kuliah)
 
5. Apakah pandangan anda tentang hubungan antara budaya di masa depan – adakah hubungan antara
masyarakat pelbagai budaya akan menjadi semakin rapat atau semakin renggang? Beri justifikasi jawapan
anda

Anda mungkin juga menyukai