Anda di halaman 1dari 8

Contoh laporan kajian tidakan

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


MATEMATIK

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENDARABAN NOMBOR


NEGATIF MENGGUNAKAN KAEDAH KAWAN-BAIK DAN TAK KAWAN-TAK
BAIK

Oleh

Suhizulhisam Bin Keliwon


Ariff Anuar Bin Melan
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas,
Jalan Sawah,
81500 Pekan Nanas ,
Johor.

MAC 2007

ABSTRAK
Kajian Ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti serta kaedah untuk mengatasi
masaalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Biru dalam subtopik Pendaraban
Nombor Negatif. Seramai 34 orang pelajar didalam kelas tersebut, namun kajian ini
hanya ditumpukan kepada 15 orang pelajar sahaja kerana tahap kefahaman kelas ini amat
lemah jika dibandingkan dengan kelas-kelas lain. Pemilihan pelajar ini adalah
berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2006, temubual, ujian pra serta buku latihan mereka.
Hasil tinjauan mendapati pelajar mempunyai kesukaran untuk menyatakan hasil darab
yang melibatkan nombor negatif, memberikan jawapan positif atau negatif. Perancangan
tindakan adalah menggunakan kaedah padanan dan hasil daripada kehidupan seharian
mereka. Murid akan didedahkan dengan kaedah “Kawan – Baik” dan “Tak Kawan – Tak
Baik”. Teknik ini akan dijalankan selama 80 minit dan dijangkakan akan selesai dalam
tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan pelajar dalam
menyatakan tanda yang sebenar. Namun pelajar masih mempunyai kelemahan dalam
mendarab.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Mata pelajaran Matematik adalah mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Semasa peperiksaan akhir tahun 2006, terdapat pelajar yang tidak dapat
menguasaai konsep asas nombor negatif. Hampir keseluruhan pelajar dari Tingkatan 2
Biru gagal menyatakan tanda dengan tepat hasil dari daraban yang melibatkan nombor
negatif.
Topik nombor negatif ini akan digunakan dalam topik lain semasa di tingkatan tiga
seperti ungkapan algebra dan soalan PMR kertas 2, banyak berkaitan dengan nombor
negatif . Apabila dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar sering tidak dapat
menyatakan tanda yang tepat. Pelajar hanya meneka dan tidak dapat menyatakan
mengapa tanda tersebut bertukar.
Pelajar memberi ulasan, bahawa penyelesaian melibatkan nombor negatif amat sukar
dilaksanakan. Guru-guru juga memberikan respons yang serupa apabila mendapati
pelajar amat sukar menyelesaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif.
Pelajar sering melakukan kesilapan yang serupa setiap kali melibatkan soalan melibatkan
penggunaan nombor negatif. Pelajar juga memberikan alasan amat sukar untuk
mengingati rumus atau konsep yang penting dalam Matematik.
Topik ini dirasakan penting kerana pelajar akan menduduki peperiksaan PMR pada 2007
dan SPM 2009. Pentingnya mengaitkan keadaan persekitaran peajar itu sendiri dengan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar menghadapi kesukaran untuk mengingati
formula, dengan itu mengaitkan sesuatu formula dengan persekitaran mereka adalah lebih
mudah.

2. ISU KEPRIHATINAN
Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Biru dalam mata
pelajaran Matematik. Kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah pelajar yang tidak
dapat menguasai penggunaan nombor negatif dalam operasi darab. Kesilapan yang sering
dilakukan oleh pelajar adalah :-
a) Kesilapan dalam menyatakan tanda yang betul.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dalam operasi darab dan bahagi bagi
nombor negatif.
Topik ini boleh dikatakan mudah jika pelajar dapat memahami konsep asas Matematik.
Namun bagi pelajar ini, mereka lebih mudah untuk mengingati sesustu perkara yang
berkaitan atau hampir dengan kehidupan seharian mereka.
Saya yakin dengan mempelbagaikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, pelajar akan
lebih berminat untuk belajar. Dengan menerapkan kaedah yang mudah untuk mereka
ingati serta berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka, adalah lebih mudah untuk
mereka belajar.Minat setiap kumpulan pelajar adalah berbeza.
Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan tanda yang betul
terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan nombor negatif.

3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat mencapai
tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar
terhadap penggunaan nombor negatif akan dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan
bertambah apabila menyelasaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif.

i) Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif menggunakan
kaedah “Kawan – Baik” dan “Tak Kawan - Tak Baik”.

ii) Objektif Khusus


Secara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru.
• Pelajar dapat menyatakan tanda negatif atau positif pada jawapan akhir.
• Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban nombor negatif
dalam kertas 2 PMR.
• Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.
• Menjawab sekurang-kurangnya 70% betul dalam Ujian Post yang dijalankan.
• Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan pembelajaran
matematik.

4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 34 orang pelajar Tingkatan 3 Biru yang
keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tesebut akan disaring berdasarkan
daripada temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar
yang yang teramat lemah dan tidak boleh membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya
15 orang pelajar sahaja yang terpilih.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

i. Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan
hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan
dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-
a) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas pelajar semasa peperiksaan akhir tahun 2006.
Didapati pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang tepat semasa peperiksaan. Pelajar
juga didapati kurang berminat sewaktu P&P dijalankan didalam kelas. Tumpuan mereka
terhadap P&P amat kurang. Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masaalah
yang mereka hadapi semasa menjawab soalan peperiksaan dan P&P mendapati mereka
lebih berminat jika pelajaran itu berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. (Lampiran
A)
b) Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman
mereka dalam tajuk pendaraban nombor negatif. Ianya juga digunakan untuk mengesan
tentang masaalah sebenar yang mereka hadapi dalam menjawab soalan berkaitan
pendaraban nombor negatif. Disini masaalah sebenar mereka adalah apabila melibatkan
pendaraban dua nombor negatif. (rujuk lampiran ujian pra)
c) Buku Latihan dan Nota
.Buku latihan dan nota pelajar dilihat untuk melihat kesungguhan pelajar terhadap mata
pelajaran Matematik. Didapati pelajar tidak berminat untuk mempelajari Matematik.
Disini guru memainkan peranan untuk menjadikan P&P lebih menarik.
ii. Program “Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik”.
Kaedah perlaksanaan
a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah “Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik”.
b) Memadankan gambar yang serupa atau tanda yang sama bagi setiap gambarajah yang
dipaparkan. Padanan yang serupa bermakna Kawan (positif). Terdapat juga gambarajah
yang tidak mempunyai padanan, maka untuk itu bermakna Tak Kawan (negatif)
c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan seharian dan dalam
konteks Pengajian Islam dan Moral.
d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah yang
telah digunakan.
6. RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN
Selepas menggunakan kaedah padanan gambar dan mengaitkan dengan kehidupan
seharian mereka, saya telah menjalankan penilaian terhadap pelajar melalui ujian pos.
Ujian ini diberikan beberapa hari selepas P&P dijalankan. Ini bertujuan untuk
menentukan samaada mereka masih memahami apa yang telah mereka pelajari mengenai
pendaraban nombor negatif. Soalan yang diberikan adalah sama cuma kedudukan yang
berubah. Struktur soalan ujian pra dan ujian pos tidak banyak berbeza.
Hasil ujian pra mendapati pelajar mempunyai masaalah dalam menentukan tanda yang
sesuai apabila melibatkan pendaraban nombor negatif. 11 daripada 15 pelajar yang
menjawab soalan melibatkan pendaraban dua nombor negatif melakukan kesilapan.
Untuk soalan yang lain, yang hanya melibatkan satu nombor negatif, semua pelajar
memberikan jawapan yang tepat.
Ujian pos yang dijalanlan terhadap pelajar memberikan keputusan yang agan
memberangsangkan. Semua pelajar yang hadir sewaktu P&P djijalankan dapat menjawab
kesemua soalan dengan tepat. Hanya seorang pelajar sahaja yang masih melakukan
kesalahan yang sama. Pelajar ini sebenarnya tidak hadir semasa P&P dijalankan.

7. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian tersebut, beberapa
cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut.
a) Sebelum kaedah ini dijalankan, pelajar mestilah dapat menguasai pendaraban antara
dua nombor. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesilapan pelajar dalam mendarab dua
nombor.
b) Guru boleh mengguna pakai kaedah “Kawan – Baik” dan “Tak Kawan – Tak Baik”
dalam pengajaran mereka dan membuat pengubahsuaian mengikut tahap kefahaman
pelajar.
c) Soalan juga perlu dirangka mengikut tahap kesukaran yang sesuai untuk pelajar.
Posted by Ariff Anuar B. Melan a.k.a AAM at 11:41 PM 0 comments

Contoh kertas cadangan atau proposal kajian tidakan

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN


MATEMATIK

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENDARABAN NOMBOR


NEGATIF MENGGUNAKAN KAEDAH KAWAN-BAIK DAN TAK KAWAN-TAK
BAIK

Oleh

Suhizulhisam Bin Keliwon


Ariff Anuar Bin Melan
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas,
Jalan Sawah,
81500 Pekan Nanas ,
Johor.

MAC 2007

1. TAJUK KAJIAN
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif menggunakan
kaedah kawan-baik dan tak kawan-tak baik.

2. NAMA PENGKAJI
1. Suhizulhisam Bin Keliwon
2. Ariff Anuar Bin Melan.

3. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas
Jalan Sawah, 81500 Pekan Nanas
Pontian, Johor

4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Mata pelajaran Matematik adalah mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Semasa peperiksaan akhir tahun 2006, terdapat pelajar yang tidak dapat
menguasaai konsep asas nombor negatif. Hampir keseluruhan pelajar dari Tingkatan 2
Biru gagal menyatakan tanda dengan tepat hasil dari daraban yang melibatkan nombor
negatif.
Topik nombor negatif ini akan digunakan dalam topik lain semasa di tingkatan tiga seprti
ungkapan algebra dan soalan PMR banyak berkaitan dengan nombor negatif . Apabila
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar sering tidak dapat menyatakan tanda
yang tepat. Pelajar hanya meneka dan tidak dapat menyatakan mengapa tanda tersebut
bertukar.
Pelajar memberi ulasan, bahawa penyelesaian melibatkan nombor negatif amat sukar
dilaksanakan. Guru-guru juga memberikan respons yang serupa apabila mendapati
pelajar amat sukar menyelesaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif.
Pelajar sering melakukan kesilapan yang serupa setiap kali melibatkan soalan melibatkan
penggunaan nombor negatif.
Topik ini dirasakan penting kerana pelajar akan menduduki peperiksaan PMR pada 2007
dan SPM 2009. Pentingnya mengaitkan keadaan persekitaran peajar itu sendiri dengan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar menghadapi kesukaran untuk mengingati
formula, dengan itu mengaitkan sesuatu formula dengan persekitaran mereka adalah lebih
mudah.

5. FOKUS KAJIAN
Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Biru dalam mata
pelajaran Matematik. Kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah pelajar yang tidak
dapat menguasai penggunaan nombor negatif dalam operasi darab. Kesilapan yang sering
dilakukan oleh pelajar adalah :-
a) Kesilapan dalam menyatakan tanda yang betul.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dalam operasi darab dan bahagi bagi
nombor negatif.
Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan tanda yang betul
terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan nombor negatif. Tindakan susulan
selepas ini akan diteruskan demi kejayaan anak murid dan sekolah.

6. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat mencapai
tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar
terhadap penggunaan nombor negatif akan dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan
bertambag apabila menyelasaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif.

i) Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif menggunakan
kaedah kawan-baik dan tak kawan-tak baik.

ii) Objektif Khusus


Secara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru.
• Pelajar dapat menyatakan tanda negatif atau positif pada jawapan akhir.
• Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban nombor negatif
• Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.
• Menjawab sekurang-kurangnya 70% betul dalam Ujian Post yang dijalankan.
• Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan pembelajaran
matematik.

7. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 34 orang pelajar Tingkatan 3 Biru yang
keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tesebut akan disaring berdasarkan
daripada temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar
yang yang teramat lemah dan tidak boleh membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya
15 orang pelajar sahaja yang terpilih.

8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

i. Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan
hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan
dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-
a) Hasil dapatan dan pemerhatian daripada jawapan pelajar semasa peperiksaan akhir
tahun 2006. Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masaalah yang mereka
hadapi semasa menjawab soalan peperiksaan dan juga P&P. Temuramah antara guru dan
pelajar serta guru mata pelajaran yang lain juga dilakukan.
b) Ujian pra yang dijalankan terhadap pelajar untuk mengenalpasti masaalah yang
dihadapi oleh mereka.
c) Buku latihan dan buku nota dilihat untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar.
ii. Program “Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik”.
Kaedah perlaksanaan
a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah “Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik”.
b) Memadankan gambar yang serupa atau tanda yang sama bagi setiap gambarajah yang
dipaparkan. Padanan yang serupa bermakna Kawan (positif). Terdapat juga gambarajah
yang tidak mempunyai padanan, maka untuk itu bermakna Tak Kawan (negatif)
c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan seharian dan dalam
konteks Pengajian Islam dan Moral.
d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah yang
telah digunakan.

9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


Bil Aktiviti Tarikh Perlaksanaan
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan maklumat awal. 19 Mac 2007
2. Menulis proposal kajian 26 Mac 2007
3. Menghantar proposal kajian 30 Mac 2007
4. Merancang tindakan 4 April 2007
5. Melaksanakan aktiviti 1 11 April 2007
6. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1. 13 April 2007
7. Melaksanakan aktiviti 2 18 April 2007
8. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 20 April 2007
9. Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar 24 April 2007
10. Refleksi kajian 27 April 2007
11. Menulis laporan kajian 2 Mei 2007
12. Pembentangan dapatan kajian 12 Jun 2007

10. JUMLAH PERUNTUKAN


Bil Jenis Alatan / Bahan Jumlah Kos
1. Kertas A4 (1 Rim X RM 9.00) RM 9.00
2. Kad Manila (4 X RM 0.50) RM 2.00
3. Marker Pen (2 X RM 2.00) RM 6.00
4. Dakwat Pencetak RM 90.00
5. Photostat Bahan & Laporan Kajian RM 15.00
6. Buku Catatan Guru RM 3.00
JUMLAH RM 125.00
Posted by Ariff Anuar B. Melan a.k.a AAM at 11:24 PM 0 comments

Pendapat saya mengenai kajian tindakan?

Ini adalah pendapat peribadi saya secara umum dan ringkas tentang kajian tindakan..

1) Kita perlu jujur, terima kelemahan diri sendiri dan pelajar kita.
2) Semua manusia dijadikan dengan pelbagai kecerdasan diri.
3) Semua manusia inginkan yang mudah dan senang.
4) Kajian tindakan yang dihasilkan adalah khusus dan sesuai untuk sesuatu kelompok
tertentu
sahaja.
5) Tidak semua kaedah atau kajian tindakan yang dihasilkan oleh seseorang guru untuk
sesuatu kelas boleh digunapakai untuk kelas-kelas yang lain. Guru perlulah membuat
pengubahsuaian tertentu.
6) Ciptalah kaedah yang menarik, kreatif, unik dan yang anda fikir, pelajar dan anda juga
menyukainya dan senang memahaminya.
7) Jangan rasa malu dengan kritikan orang lain. Jika cara anda membuatkan pelajar
seronok
dan dapat memahaminya, teruskan!
6) Setiap kaedah yang dicipta perlulah diuji dan direkod bersama-sama bukti yang sahih.
7) Jangan cepat berputus asa. Kajian tindakan boleh dihasilkan bersama-sama dengan
rakan
guru yang lain. Idea bersama mengeratkan lagi semangat kerja berpasukan.