1. Definisi: susunan kata yang pendek, membawa makna yang luas, ada kebenaran, sedap
didengar, bijak perkataan (Za’ba)
2. JENIS-JENIS PERIBAHASA:
2.1 PERUMPAMAAN
- Sesuatu maksud dibandingkan dengan perkara atau kejadian lain. Tergolong dalam
peribahasa berlapis, mengandungi makna tersurat dan tersirat.
- Dua bentuk: a) perbandingan terang-terangan (laksana, macam, seperti, umpama)
Contoh: bagai tikus jatuh ke beras,
Ibarat bunga sedap dipakai layu dibuang
Laksana katak diharung ular
Seperti katak di bawah tempurung
Umpama cincin dengan permata.
b) perbandingan tidak terang-terangan
Contoh:diberi betis hendak paha
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Gunting dalam lipatan
Sehati selembar benang, lama-lama menjadi kain
2.2 PEPATAH
Peribahasa yang bererti selapis, bersifat bernas, memberatkan sifat ringkas dan bijak
susunan katanya- Za’ba.
Pepatah berasal darpada patah-patah perkataan, hamper sama dengan bidalan, beza –
bidalan mengandungi pengajaran, pepatah – tidak berisi pengajaran.
Pepatah berasal daripada pusaka adat resam, berfungsi sebagai pedoman.
Contoh: air beriak tanda tak dalam Malu bertanya sesat jalan
Alah bias tegal biasa Takut kerana salah, berani kerana benar
Indah khabar dari rupa Ukur baju di badan sendiri
2.3 BIDALAN
Tergolong peribahasa bersifat selapis
Mengandungi nasihat, ditandai dengan kata-kata biar, ingat,jangan
Contoh: biar lambat asalkan selamat; tak kan lari gunung dikejar
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Jangan membawa resmi jagung, makin berisi makin tegak
2 bahagian: a)menyatakan maksud
b) menyatakan pematah
contoh: buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak beguna.
Mengandungi penyataan pad awalnya, diikuti oleh pelengkap kemudiannya
Contoh: biar mati anak, jangan mati adat
Kerbau dipegang pada telinganya, manusia dipegang pada janjinya
Contoh bidalan lain:
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga
Untung sabut timbul,untung batu tenggelam.
2.6 PERBILANGAN
Struktur hampir serupa bidalan / pepatah, perbilangan disusun berangkap-rangkap spt puisi
Perbilangan terdiri dua baris atau lebih, disebut satu demi satu.
Menitikberatkan isi, tentang adat istiadat, undang-undang, atau peraturan masyarakat
Contoh: Bulat air kerana pembetung, Helah si laki-laki luncur,
Bulat manusia kerana muafakat. Helah perempuan ganda.