Anda di halaman 1dari 2

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JTW 223 – PENGURUSAN OPERASI

SIDANG AKADEMIK 2010/2011

TUGASAN

Tarikh Akhir Penyerahan Tugasan : 15 Januari 2011

TUGASAN

Anda dikehendaki menyiapkan satu tugasan yang


membincangkan perbezaan pengurusan operasi bagi
organisasi berikut:
1) Industri Pembuatan/Pengeluaran( Manufacturing)
2) Industri Khidmat Pelanggan (Service)
3) Beri cadangan pengurusan operasi yang paling ideal
bagi USM untuk mencapai matlamat sebagai 100
Universiti Terbaik di dunia.

Sumber-sumber bagi penulisan tersebut dihadkan kepada:

1. Buku Rujukan
2. Artikel di dalam Jurnal
3. Bahan Bacaan (selain Jurnal) di dalam internet

1. Tulis laporan tidak melebihi 15 muka surat merangkumi hal yang


berikut:

a. Definasi dan ciri-ciri pengurusan operasi bagi industri pengeluaran


and khidmat pelanggan
b. Perbezaan ketara teknik-teknik pengurusan operasi bagi kedua-
dua industri disebut diatas( Dikaitkan dengan contoh-contoh yang
bersesuaian)
c. Faktor-faktor penting(yang sama dan yang berbeza) yang perlu
diambil kira dalam pengurusan operasi di industri tersebut.
d. Perbezaan dari segi masalah yang sering dihadapi
e. Perbezaan dari struktur organisasi
f. Berdasarkan pengurusan operasi yg berbeza, berikan cadangan
apakah bentuk pengurusan operasi yg paling sesuai untuk USM
mencapai matlamat sebagai salah satu diantara 100 universiti
terbaik di dunia.
g. Bincangkan dan kritik penulisan tersebut (sama ada positif atau
negatif)
1
h. Kesimpulan

2. Format bagi laporan anda ialah seperti yang berikut:


a. Tugasan mestilah menggunakan Bahasa Malaysia sahaja
b. Font: Tulisan Arial, Saiz 11
c. Gunakan kertas A4, Dicetak di satu belah sahaja
d. Pastikan di setiap muka surat laporan anda ditaip nama dan
nombor matriks anda
e. Semua laporan perlu ditaipkan dengan format selang 2 baris.
f. Pastikan setiap muka surat mempunyai nombor muka surat
g. Sertakan senarai rujukan di akhir laporan
h. Tugasan ini perlu disiapkan dalam kumpulan dan tidak
lebih dari 3 orang dalam satu kumpulan

3. Diingatkan bahawa pihak universiti memandang berat akan sebarang


kes plagiat, peniruan, penciplakan atau penipuan fakta. Pelajar yang
didapati melakukan perkara seperti ini akan dikenakan tindakan
sewajarnya. Untuk tugasan ini, sekiranya di dapati tugasan anda
mempunyai unsur-unsur plagiat, peniruan, penciplakan atau penipuan
fakta, tugasan anda tidak akan diperiksa dan akan diberi markah ‘0’

4. Tugasan mesti tiba di PPPJJ PALING LEWAT PADA 15 Januari 2011.


Tugasan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diperiksa
dan diberikan markah ‘0’.

JTW223(T)2010.11