Anda di halaman 1dari 18

Pelan Strategik Jakim 2009 - 2014 • Bab IV

BAB IV

TERAS STRATEGIK

LIMA teras strategik dikenal pasti bagi membantu Jakim melaksanakan

visi dan misi yang ditetapkan. Teras strategik tersebut adalah seperti

berikut:

TERAS STRATEGIK 1

Pemerkasaan Keupayaan Dan Kapasiti Organisasi Bagi

Meningkatkan Kecekapan Dan Penyampaian Perkhidmatan

TERAS STRATEGIK 2

Pengukuhan Pengurusan Hal Ehwal Islam Melalui

Bidang Penyelidikan Dan Pembangunan(R&D)

TERAS STRATEGIK 3

Pemantapan Penyelarasan Dan Penyeragaman Undang-Undang Islam Ke Arah Mendaulatkan

Pelaksanaan Syariat Islam

TERAS STRATEGIK 4

Pengukuhan Kerjasama Strategik Dan Ukhuwah IslamiahDi Peringkat Nasional, Serantau Dan
Antarabangsa

Ke Arah Penyatuan Ummah

TERAS STRATEGIK 5

Pemantapan Kefahaman Dan Penghayatan Islam


Secara Syumul Bagi MelahirkanKhaira Ummah

STRATEGIK 1

PEmERKASAAN KEuPAyAAN DAN KAPASITI oRGANISASI BAGImENINGKATKAN KEcEKAPAN DAN


PENyAmPAIAN PERKhIDmATAN

Teras Strategik pertama mengandungi tiga strategi iaitu memperkukuhkan

pengurusan dan pembangunan sumber manusia, mempertingkat dan

memperkasakan imej korporat JAKIM dan mempertingkatkan keberkesanan

tadbir urus sebagai peneraju agensi-agensi agama di peringkat Persekutuan.

Jakim akan memantapkan pelan pembangunan sumber manusia yangtersusun bagi melatih lebih tiga
ribu pegawai dan kakitangannya. Kompetensi

warga kerja Jakim juga akan dipertingkatkan melalui program-program latihan

yang berterusan. Usaha akan dilakukan bagi mewujudkan pelapis kepimpinan

dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam.

Di samping itu, jumlah ulama’ dan pakar dalam pelbagai bidang akan

dipertingkatkan. Sebagai langkah permulaan, usaha akan dibuat bagimenempatkan beberapa orang
pakar dalam bidang aqidah, syariah, perbandingan

agama, ilmu-ilmu al-Quran dan Hadis. Jakim juga akan mempertingkatkan

budaya kerja inovatif dan kreatif melalui program-program inovasiseperti “Indek Penarafan Masjid”, kad
pengislaman dan memperkenalkansistem daftar nikah, cerai dan rujuk yang mesra pengguna.

Usaha-usaha akan dilaksanakan bagi memperkasa imej korporat Jakim

melalui proses re-branding. Usaha ini akan dilaksanakan melalui penyediaan

pelan media dan promosi Jakim yang lebih tersusun. Disamping itu,

pengurusan Jakim berusaha mempertingkatkan urus tadbir yang lebih cekap


dan bertintegriti. Suasana persekitaran kerja yang lebih kondusif seperti

keceriaan pejabat dan konsep mesra pelanggan akan diutamakan.

Dalam memperkasa dan mempertingkatkan keberkesanan tadbir urus

sebagai peneraju agensi-agensi agama di peringkat persekutuan, tiga program

akan dilaksanakan iaitu memperkukuhkan pengurusan dan pelaksanaan

sistem kualiti, mempertingkatkan kecekapan kawalan dalaman serta

membangunkan pelan integriti dan kod etika Jabatan. Ketiga-tiga program ini

akan dilaksanakan sejajar dengan pekeliling dan garis panduan yang telah

ditetapkan oleh MAMPU dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

TERAS 1

PEmERKASAAN KEuPAyAAN DAN KAPASITI oRGANISASI BAGImENINGKATKAN KEcEKAPAN DAN


PENyAmPAIAN PERKhIDmATAN

STRATEGI

1. Memperkukuhkan pengurusan dan pembangunan sumber

manusia ;

2. Mempertingkatkan memperkasakan imej korporat JAKIM

melalui proses re-branding ; dan

3. Memperkasa dan meningkatkan keberkesanan tadbir urus

sebagai peneraju agensi-agensi agama di peringkatpersekutuan.


STRATEGIK 2

mEmPERKuKuhKAN PENGuRuSAN hAL EhwAL ISLAm mELALuI

BIDANG PENyELIDIKAN DAN PEmBANGuNAN (R&D)

Kejayaan bagi mencapai teras strategi dalam bidang pengurusan hal ehwal

Islam melalui bidang R&D adalah bergantung kepada kecekapansumber manusia dan keupayaan
memilih isu-isu yang bakal dijadikan tajuk

penyelidikan. Antara langkah yang dirancang bagi mencapai strategi ini ialah

memperkukuhkan keupayaan dan kepakaran Jakim dalam bidang R&D. Bagi

tujuan tersebut, Jakim akan mewujudkan lebih ramai pasukan panel pemikir

yang berpotensi sebagai pakar rujuk dalam bidang hal ehwal Islam. Antara

bidang kajian yang menjadi keutamaan adalah perundangan Islam, sosial,

pendidikan Islam, pengurusan dakwah, aqidah, syariah dan muamalat.

Dalam usaha menghasilkan kajian yang lebih berkualiti, Jakim akan

membangunkan Standard Kajian Saintifik yang memberi penekanan

kepada aspek ketepatan data dan fakta yang berwibawa, menjalankan analisis

secara saintifik, serta mendapatkan pandangan pakar yang berautoriti dalam

menghasilkan sesuatu kajian. Di samping itu pangkalan data mengenai Islam

yang lebih lengkap, khususnya dalam bidang kefatwaan, undang-undang

Islam dan muamalat akan dibangunkan. Jakim juga akan mengadakan

perjanjian persefahaman dengan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan

untuk berkongsi kepakaran dan hasil kajian.

TERAS 2
PENGuKuhAN PENGuRuSAN hAL EhwAL ISLAm mELALuI

BIDANG PENyELIDIKAN DAN PEmBANGuNAN (R&D)

30

STRATEGI

1. Mempertingkat keupayaan dan keberkesanan R & D ;

2. Mengawal akidah ummah daripada penyelewengan yang

berkembang dalam negara ;


Pelan Strategik Jakim 2009 - 2014 • Bab IV

3. Membangunkan Pelan Perancangan Akidah khusu di Sabah

dan Sarawak ;

4. Membangunkan kemahiran dan meningkatkan kompetensi

pegawai-pegawai dalma menangani isu akidah ;

5. Mempertingkatkan pematuhan amalan syariah di kalangan

umat Islam ;

6. Memperkasakan ummah terhadap Mazhab Syafie ;

7. Memantapkan kajian hadith ;

8. Mengawal syariah ummah daripada menyeleweng dan

berkembang dalam masyarakat ;

9. Memperkasa bidang muamalat dan sosioekonomi Islam ;

10. Membangunkan modal insan di dalam bidang muamalat

Islam ;

11. Mengkaji keperluan akta berkenaan muamalat dan penguat-

kuasaannya ;

12. Menggalakkan produk kewangan Islam di Institusi perbankan

dan insurans ;

13. Mengkaji isu-isu semasa berkaitan pengawalan bahan-bahan

terbitan yang menyeleweng ;

14. Mengawal bahan-bahan penerbitan berunsur Islam yangmenyeleweng ;


15. Meningkatkan penglibatan pakar-pakar bidang media dalam

menangani isu-isu semasa ;

16. Mengurus penyemakan manuskrip Tafsir Pedoman Muttaqin ;

17. Memantapkan pembangunan falak di Malaysia ;

18. Merancang dan menyelaras pembangunan falak di

Malaysia ;

31
Pelan Strategik Jakim 2009 - 2014 • Bab IV

19. Melahirkan masyarakta celik falak ;

20. Menjadikan cawangan falak sebagai satu Bahagian di

JAKIM ; dan

21. Memperkasakan peranan JAKIM sebagai agensi penyelaras hal

ehwal Islam di Malaysia.

32
Pelan Strategik Jakim 2009 - 2014 • Bab IV

STRATEGIK 3

Pelan Strategik Jakim 2009 - 2014 • Bab IV

STRATEGIK 3

mEmPERTINGKATKAN PENyELARASAN DAN PENyERAGAmANPERuNDANGAN ISLAm KE ARAh


mENDAuLATKAN PELAKSANAAN

SyARIAh ISLAm

Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam

yang telah dilaksanakan secara tersusun oleh Jakim sejak tahun 1988 akan

terus diperkasakan. Langkah ini adalah selaras dengan peranan Jakim sebagai

urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

yang antara lainnya bertanggungjawab menyelaraskan dan menyeragamkan

undang-undang Islam antara negeri-negeri. Bagi mencapai strategi ini,

sebanyak empat program akan dilaksanakan iaitu memperkasakan undangundang/

peraturan/kaedah Islam, memperkemaskan dan menyelaraskanpelaksanaan undang-undang/peraturan


dan kaedah Islam, serta membangunkan

dan mengembangkan ijtihad melalui manhaj istinbat hukum yang

berkesan dalam pengeluaran fatwa.

Beberapa program yang akan dilakukan bagi mencapai strategi pertama

ialah melaksanakan penggubalan model undang-undang Islam yang seragam

untuk diterima pakai di negeri-negeri dan menyelaraskan pemakaian model

undang-undang seragam melalui perbincangan dan konsultasi dengan negerinegeri,

serta menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dan penguatkuasaan


undang-undang Islam. Usaha bagi menggubal, menyemak, meminda dan

mengemaskini undang-undang/peraturan /kaedah Islam yang seragam untuk

diterima pakai di Malaysia akan dilaksanakan secara lebih agresif. Usaha juga

akan dilaksanakan bagi memperkemaskan fungsi khidmat nasihat undangundang/

peraturan/kaedah-kaedah Islam melalui kajian dan penyusunan

semula cawangan khidmat nasihat, serta menyelaraskan pelaksanaan

penguat-kuasaan undang-undang/peraturan dan kaedah-kaedah Islam antara

negeri-negeri. Jakim juga akan berusaha menyelaraskan pemakaian model

undang-undang seragam melalui perbincangan dan konsultasi dengan pihak

negeri-negeri. Usaha juga akan dilakukan bagi meningkatkan kesedaran

masyarakat terhadap undang-undang Islam itu sendiri. Semua program

tersebut adalah ke arah mendaulatkan pelaksanaan syariah Islam di Malaysia.

Strategi akan dilakukan bagi membangun dan mengembangkan ijtihad

melalui manhaj istinbat hukum yang berkesan dalam pengeluaran fatwa.

Bagi tujuan ini, sebuah urus setia khas iaitu Bahagian Pengurusan Fatwa dan

Pembangunan Ijtihad perlu ditubuhkan di Jakim. Dengan wujudnya bahagian

yang baru, pelbagai program akan dilaksanakan. Antaranya ialah mewujudkan

Garis Panduan Penggunaan Ijtihad untuk panduan semua pihak yang

terlibat dalam pengeluaran fatwa, mewujudkan kumpulan pakar bagi

membantu dalam tugas-tugas kefatwaan, serta mewujudkan pusat keilmuan

dan pengetahuan berkaitan dengan kefatwaan di peringkat nasional, serantau

dan antarabangsa.
TERAS 3

PEmANTAPAN PENyELARASAN DAN PENyERAGAmAN

PERuNDANGAN ISLAm KE ARAh mENDAuLATKAN PELAKSANAAN

SyARIAh ISLAm

STRATEGI

1. Memperkasakan Undang-Undang Islam di Malaysia ;

2. Memperkenalkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan Un-

dang-Undang Islam ;

3. Mempertingkatkan kredibiliti institusi fatwa di Malaysia ; dan

4. Memperkasakan penggunaan Ijtihad dalam kaedah pengelu-

aran fatwa di Malaysia.


STRATEGIK 4

mEmPERTINGKATKAN KERjASAmA STRATEGIK DAN uKhuwAh ISLAmIAh

DI PERINGKAT NASIoNAL, SERANTAu DAN ANTARABANGSA KE ARAh

PENyATuAN ummAh

Strategi telah ditetapkan supaya mempertingkatkan kerjasama strategik

dan ukhuwwah Islamiah di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

Ia adalah sebagai langkah ke arah penyatuan fikrah Islamiah yang lebih

seragam dan harmoni. Strategi tersebut akan dilaksanakan melalui

persidangan, seminar, forum mengenai isu-isu ummah di peringkatnasional, serantau dan antarabangsa.
Kerjasama strategik dan perkongsian

sumber maklumat dan pengalaman di kalangan institusi agama di peringkat

nasional, serantau dan antarabangsa akan dikongsi bersama ke arah

membina penyatuan ummah. Kerjasama strategik juga akan dilaksanakan

melalui program penempatan secara sangkutan pegawai-pegawai Jakim

di agensi-agensi peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

TERAS 4

PENGuKuhAN KERjASAmA STRATEGIK DAN uKhuwAh

ISLAmIAh DI PERINGKAT NASIoNAL, SERANTAu DAN ANTARABANGSA

KE ARAh PENyATuAN ummAh


STRATEGI

1. Meningkatkan ukhuwwah islamiah di peringkat nasional dan

antarabangsa ;

2. Memantapkan mekanisme kerjasama peringkat nasional ;

3. Memantapkan mekanisme kerjasama serantau ; dan

4. Memantapkan mekanisme kerjasama antarabangsa.

mEmANTAPKAN KEfAhAmAN DAN PENGhAyATAN ISLAm SEcARASyumuL BAGI mELAhIRKAN KhAIRA


ummAh

Teras strategik kelima mengandungi enam strategi. Strategi pertama ialah

memperkasakan agenda dakwah Islam ke arah pembentukan khaira

ummah. Beberapa program yang boleh memberi impak jangka panjang telah

dikenalpasti. Antaranya ialah penggubalan Pelan Tindakan Dakwah Nasional,

meningkatkan bilangan pendakwah yang kompeten, membangunkan profil atau

pangkalan data sasaran dakwah, mengoptimumkan saluran media dan

teknologi. Jakim juga akan memperkukuhkan aspek pengurusan dan penyelarasan

serta rangkaian dakwah secara lebih tersusun. Satu kajian impak

keberkesanan program dakwah akan dilaksanakan pada tahun 2011 bagi

melihat keberkesanan awal program-program yang telah dilaksanakan.

Strategi kedua adalah membina generasi muslim yang mempunyai

pegangan aqidah dan syariah yang mantap. Beberapa program utama bagi

mencapai strategi ini telah dirancang. Program-program tersebut ialah


mempertingkatkan kualiti modal insan umat Islam, memperkukuhkan aqidah

dan amalan syariah. Jakim akan melebarkan dakwah kepada generasi

muda, khususnya dari kalangan pelajar di peringkat pengajian tinggi. Ini

kerana golongan ini bakal menjadi pelapis kepimpinan negara di pelbagaisektor masyarakat.

Program-program ke arah pemantapan penghayatan agama dan

pembudayaan nilai murni yang telahpun dilaksanakan oleh Jakim sejak tahun

1985 akan diperkasakan. Fokus program pada kali ini ialah mempertingkatkan

penghayatan Islam dalam institusi keluarga melalui Program Pembangunan

Keluarga Islam (PPKI) dan Program Pembangunan Sosial (PPS). Keduadua

program ini telahpun mempunyai prasarananya di negeri-negeri. Jakim

akan terus memberi tumpuan kepada aspek pemantauan program-program

berteraskan nilai-nilai murni di agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan

dan sektor swasta, selaras dengan Pendekatan Islam Hadhari.

Strategi keempat ialah memperkukuh penghayatan ilmu-ilmu Islam

melalui pendidikan formal. Bagi mencapai maksud ini, Jakim akan memperluaskan

pelaksanaan modul KAFAsehingga ke peringkat menengah dan golongan

dewasa. Ini kerana ilmu-ilmu fardhu ain perlu diteruskan selari dengan

pemerkasaan ilmu-ilmu profesional yang lain.

Dalam strategi kelima, Jakim akan terus memperkasakan ukhuwah Islamiah

di kalangan masyarakat. Program utama yang akan dilaksanakan ialah

memperkasakan peranan institusi masjid, iaitu meliputi aspek pengimarahan


masjid, mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan dan meningkatkankemudahan infrastruktur. Bagi
mencapai teras strategi di atas juga Jakim

akan mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar pendekatan

Islam sedia ada. Dasar-dasar tersebut ialah Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam

yang telah dipekelilingkan sejak tahun 2001 dan Pendekatan Islam Hadhari di

Agensi Kerajaan yang telah dipekelilingkan pada tahun 2007. Jakim sangat

komited untuk meneruskan kedua-dua dasar tersebut yang akan ditampilkan

dengan pendekatan baru. Dua kajian impak bagi mengukur keberkesanan

program tersebut akan dilaksanakan pada tahun 2010.

TERAS 5

PEmANTAPAN KEfAhAmAN DAN PENGhAyATAN ISLAm SEcARA

SyumuL BAGI mELAhIRKAN KhAIRA ummAh

STRATEGI

1. Memperkasakan agenda dakwah Islam ke arah pembentukan

khaira ummah ;

2. Membina generasi Muslim yang kukuh akidah dan patuh

syariat ;

3. Memperkasakan pengurusan saudara baru dan menangani

gejala murtad ;

4. Pemantapan penghayatan Islam dalam ummah ;

5. Memperkukuh penghayatan ilmu-ilmu Islam melalui pen-

didikan formal ;

6. Meningkatkan tadbir urus masjid di Malaysia ; dan


7. Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan Dasar-Dasar

Pendekatan Islam.

wawasan 2020

Daya saing negara dan Kepuasan Pelanggan

Peneraju Dalam Membina Ketamadunan Ummah Yang Unggul

Mewujudkan Pengurusan Hal Ehwal Islam Yang Cekap dan Berkesan

Berwibawa dan Berhikmah

aGEnDa

MEMaCU

TRansFORMasI

PEnGURUsan HaL

EHwaL IsLaM

Matlamat

Perkhidmatan

Awam

Visi

Misi

Moto

Teras Strategik

Nilai Bersama

JaTI DIRIaManaHKERJasaMaIManMaRDHaTILaH

Pemerkasaaan

keupayaandan kapasitiorganisasi bagi


meningkatkankecekapan danpenyampaianperkhidmatan

Permantapanpenyelarasandan

penyeragamanundang-undangIslam ke arah

mendaulatkan

pelaksanaanSyariah Islam

Pemantapankefahaman dan

penghayatanIslam secara

syumul bagimelahirkan

khaira Ummah

Pengukuhan

pengurusan

Hal Ehwal

Islam melalui

bidangpenyelidikandan

pembangunan(R&D)

Pengukuhankerjasamastrategik danukhuwah

Islamiah di

peringkatnasional,

serantau dan

antarabangsa

Pembinaan

generasi satuMalaysia yangbertamadun

dan berakhlak

luhur

39

Anda mungkin juga menyukai