Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KERTAS KERJA
SUKANEKA RAKYAT
TEMPAT:
PADANG BOLA KG SELAYANG INDAH
TARIKH:
19 DISEMBER 2010 ( AHAD )
MASA:
8.00 PAGI – 1.00 PETANG
ANJURAN:
JAWATANKUASA KEMAJUAN & KESELAMATAN KAMPUNG
PERSEKUTUAN ( JKKKP ) KG SELAYANG INDAH
ANJURAN BERSAMA:
PEJABAT DUN TAMAN TEMPLER
Pendahuluan
Berpegang kepada slogan kampung “ SATU KAMPUNG SATU HATI “ , dengan ini Jawatankuasa
Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kg Selayang Indah melalui Pejabat
Dun Taman Templer mencuba sedaya upaya bagi merealisasikan konsep tersebut dengan menyusun
program – program muhibbah yang melibatkan semua kaum dan tidak mengira peringkat umur.
Sehubungan dengan itu JKKKP Kg Selayang Indah mencadangkan untuk mengadakan SUKANEKA
RAKYAT .
Okjektif
Berdasarkan pada keseluruhan penduduk yang berbilang kaum, Jawatankuasa Kemajuan &
Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kg Selayang Indah telah bermuafakat dalam mencari
idea bagi membolehkan semua penduduk tanpa mengira kaum menjalinkan hubungan erat tali silaturahim
dalam erti kata PERPADUAN sebenar.
Okjektif utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi siratulrahim antara semua penduduk
tanpa mengira kaum dan peringkat umur .Di samping itu ianya dapat menarik minat golongan muda agar
lebih cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan kerja- kerja kebajikan .
Secara tidak langsung , program ini dapat memberi gambaran positif kepada golongan remaja tentang
kehidupan bermasyarakat yang berkualiti dan saling menghormati antara satu dengan yang lain. Bagi
golongan tua , tentunya program sukaneka ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan yang semakin
longgar diatas kesibukan kerjaya masing-masing.
Sasaran
Tidak dinafikan bahawa negara kita sedang menuju ke arah negara maju, tetapi adakah sikap remaja kita
juga seiring dengan pembangunan. Jawapannya tentu tidak. Oleh yang demikian program seperti ini serba
sedikit diharap dapat menyedarkan pemikiran remaja betapa pentingnya perpaduan antara kaum bagi
menjamin kemerdekaan negara dapat di kekalkan.
Bagi golongan dewasa yang sibuk dengan kerjaya, tentunya program seperti ini dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim antara satu dengan yang lain.
Penyertaan
Program SUKANEKA RAKYAT ini terbuka kepada semua penduduk Kg Selayang Indah, tanpa
mengambil kira peringkat umur. Hanya penduduk yang tinggal di Kg Selayang Indah sahaja layak
menyertai program SUKANEKA RAKYAT ini.
Bagi menjayakan program sukaneka ini, semua penduduk tanpa mengira peringkat umur adalah digalakkan
untuk menyertai acara-acara yang di pertandingkan. Pembahagian acara terbahagi kepada peringkat umur
yang akan di tetapkan oleh Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan
(JKKKP) Kg Selayang Indah.
Perjalanan Sukaneka
Sukaneka ini akan di kendalikan oleh Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan
(JKKKP) Kg Selayang Indah. Perjalanan dan susun atur program ini akan ditentukan mengikut keputusan
mesyuarat yang akan datang selepas mendapat kelulusan dari Pejabat Dun Taman Templer.
Jemputan
Bagi memeriahkan majlis perasmian sukaneka, Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung
Persekutuan (JKKKP) Kg Selayang Indah berbesar hati menjemput ADUN Taman Templer YB Dato’
Subahan Kamal untuk merasmikan program SUKANEKA RAKYAT ini.
Tempat
Lokasi yang dicadangkan adalah Padang Bola Sepak Kg Selayang Indah.
Peraturan
Acara yang akan dipertandingkan dalam sukaneka ini berbentuk perpaduan kaum. Sehubungan itu,
peraturan setiap acara akan ditetapkan selepas mesyuarat akan datang berdasarkan acara yang
dipertandingkan. AJK Pertandingan berhak membatalkan kemenangan sesebuah pasukan jika pasukan
tersebut menipu dalam acara yang di pertandingkan.Keputusan pengadil adalah muktamad.
ACARA ( Cadangan )
2.1
2.2
2.3
3. KANAK – KANAK
4. KANAK-KANAK
4.1 Mewarna
5. WARGA EMAS
Pengurusan
ATURCARA PROGRAM
Tintatif Program :
Aturcara Majlis
: Bacaan Doa
Penutup
Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kg Selayang Indah amat yakin
perpaduan dapat dieratkan dalam program-program seperti ini. Dengan ini besarlah harapan kami agar
program ini dapat dilaksanakan demi penyatuan semangat bermasyarakat setempat. Walaupun program ini
dilihat agak ringkas tetapi manfaatnya amat besar kepada penduduk yang berbilang kaum dalam Kg
Selayang Indah khasnya dan negara umumnya.
SUKANEKA RAKYAT
ANGGARAN BELANJAWAN
ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 5,000.00
Jumlah Permohonan RM 5,000.00
ANGGARAN PERBELANJAAN:
Promosi
- Banner 3 unit RM 150.00 RM 300.00
- Backdrop 1 unit RM 300.00 RM 300.00
- Buku aturcara & handbill RM 300.00
Hadiah Sukaneka RM 1,200.00
PA Sistem RM 300.00
Makanan
- Sarapan pagi 200 pax RM 2 .00 RM 400.00
Pentadbiran RM 200.00