Anda di halaman 1dari 14

Wacana

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi


1.
komponen yang penting bagi wacana.
Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula
mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun
2.
kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan
menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.
Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan
3.
peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi.
4 Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:

i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan,


percakapan'

ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato,
khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).
5. Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.
Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti
berikut:

a. pendahuluan

b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik


6. (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)

c. penutup

d. graf, jadual, peta dan statistik.

 
7. Ia dapat digambarkan seperti berikut:
 
Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif
8. (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau
penghujahan.
9. Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.
Fungsi Contoh
dan, serta, lagi, tambahan lagi,
1. Tambahan tambahan pula, selanjutnya,
seterusnya, di samping.
pertama, kedua, seterusnya, selepas
2. Urutan itu, kemudian, kemudian daripada itu,
akhirnya.
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti
3. Penyataan semula
yang diterangkan.
contohnya, seperti, ibarat, laksana,
4. Contoh macam, umpama, bagai, bak kata,
sebagai.
rumusannya, kesimpulannya, sebagai
5. Rumusan kesimpulan, akhir kata, sebagai
penyimpul kata
berhampiran dengan, bersebelahan
6. Tempat
dengan, bertentangan dengan.
apabila, ketika, semasa, kemudian,
7. Waktu selepas, pada mulanya, lama-
kelamaan, lambat-laun, akhirnya.
oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal,
8. Sebab dan kesan
lantaran, jadi, dengan itu.
seperti juga, serupa dengan, sesuai
9. Bandingan
dengan, sama juga dengan.
10. Pertentangan tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau
bagaimanapun, namun begitu,
bertentangan dengan.
sebenarnya, sesungguhnya,
11. Pengesahan sewajarnya, tentulah, pastilah,
sememangnya.
(kembali ke laman utama)

PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang


berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang
semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan
tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh
kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan
yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:

1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,


selanjutnya, seterusnya, di samping
2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,
kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
3. Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang
diterangkan
4. Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,
umpama, bagai, bak kata, sebagai
5. Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai
kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan,
bertentangan dengan
7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada
mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
8. Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu
9. Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama
juga dengan
10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau
bagaimanapun, namun begitu, bertentangan
dengan
11. Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,
pastilah, sememangnya

Fungsi Wacana
Update
Cancel

http://www.slideshare.net/nurzurainie/fungsi-wacana

Fungsi Wacana - Presentation Transcript


1. WACANA ANALISIS RENCANA PENGARANG : AHLI KUMPULAN : NOR
HANIZA KHALID NUR ZURAINIE MOHD FAUZI NURUL AIN ZELKIFLE
2. FUNGSI - FUNGSI PENANDA WACANA
3.
o 1) Sebagai penghubung tambahan.
o contoh:
o “ Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan
diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan
perlindungan dan jaringan keselamatan untuk mereka. ”
4.
o 2) Sebagai penghubung urutan
o contoh:
o “ Selepas dua tahun dan tiga bulan Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK) dibentangkan, semalam rakyat diberitahu mengenai perkembangan
yang dicapai sepanjang tempoh tersebut. ”
5.
o 3) Sebagai penghubung contoh
o contoh:
o “ Penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, kemudahan
kesihatan, program pembasmi kemiskinan, pendidikan, perumahan kos
rendah dan keselamatan awam mendahului senarai keutamaan. ”
6.
o 4) sebagai penghubung waktu
o contoh:
o “ Kini segala-galanya terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana
komitmen kerajaan mengangkat taraf hidup mereka dan menyatakan
sokongan supaya projek-projek tersebut dapat diteruskan. ”
7.
o 5) Sebagai penghubung pertentangan
o contoh:  
o “ Biarpun belum menjangkau tiga tahun namun ada kejayaan yang dilakar
dalam laporan Kajian Separuh Penggal yang diperincikan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat. ”
8. JENIS PENANDA WACANA
9.
o Penanda leksikal
o i ) pengulangan penuh:
o “ Di sebalik perit jerih kerajaan melaksanakan program kesejahteraan
rakyat dan menangani krisis harga minyak, sokongan padu rakyat amat
diperlukan. Tanpa sokongan rakyat , segala projek serta program yang
amat sempurna di atas kertas tidak akan dapat dilaksanakan dengan
berkesan. ”
o - Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan
rakyat .
o  
10. ii) Pengulangan kata bersinonim “ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat
sebagai keutamaan adalah tepat terutama dalam keadaan rakyat terpaksa
menanggung kesan kenaikan harga minyak global yang sedikit sebanyak
menjejaskan rutin perbelanjaan mereka. Apatah lagi sejak kerajaan
mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat
tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan atau jaringan keselamatan untuk
mereka.” Perkataan minyak serta perkataan petrol dan diesel merupakan
perulangan kata yang bersinonim atau sama makna.
11. iii) pengulangan hiponim “ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagai
keutamaan adalah tepat terutama dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung
kesan kenaikan harga minyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin
perbelanjaan mereka. Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga
petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan
perlindungan atau jaringan keselamatan untuk mereka.”   Berdasarkan contoh di
atas, minyak merupakan superordinat, manakala petrol dan diesel merupakan
hiponim.  
12. iv) Pengulangan kolokasi   “ Antaranya kejayaan mengekalkan kadar
pertumbuhan ekonomi negara pada kadar yang membanggakan iaitu 6.1 peratus
setahun. Begitu juga dengan peningkatan pendapatan perkapita, pengurangan
defisit fiskal negara , penurunan kadar kemiskinan serta pengurangan jurang
ekonomi antara wilayah dan antara Bandar dan luar bandar . ”   Pendapatan
perkapita, pengurangan defisit fiskal negara, kadar kemiskinan dan jurang
ekonomi antara wilayah dan antara Bandar dan luar Bandar merupakan perkataan
yang berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama, iaitu ekonomi .
13.
o 2) Penanda penghubung
o i) Penghubung tambahan
o “ Begitu juga dengan peningkatan pendapatan perkapita, pengurangan
defisit fiskal Negara, penurunan kadar kemiskinan serta pengurangan
jurang ekonomi antara kumpulan etnik, antara wilayah dan antara Bandar
dan luar Bandar. ”
14.
o ii) Penghubung tentangan
o “ Ternyata komitmen kerajaan untuk terus memberi keutamaan kepada
projek rakyat termasuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang
lebih luas adalah jawapan bagi meringankan beban rakyat dan memelihara
kualiti hidup yang baik. Di sebalik perit jerih kerajaan melaksanakan
program kesejahteraan rakyat dan menangani krisis harga minyak,
sokongan padu rakyat amat diperlukan. ”
15.
o iii) Penghubung tempoh
o “ Kini segala-galanya terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana
komitmen kerajaan mengangkat taraf hidup mereka dan menyatakan
sokongan supaya projek-projek tersebut dapat diteruskan. ”
16. KEUTUHAN WACANA
17.
o Berdasarkan analisis keutuhan wacana yang pertama ialah berdasarkan
petikan yang terdapat dalam rencana pengarang dapat dilihat seperti
contoh :
o  
o “ Biarpun belum menjangkau tiga tahun namun ada kejayaan yang dilakar
dalam laporan Kajian Separuh Penggal yang diperincikan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat.
Antaranya kejayaan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara
pada kadar yang membanggakan iaitu 6.1 peratus setahun. ”
o  
o Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat
ini mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu kaitan sebab dan hasil .
Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat iaitu “ laporan Kajian
Separuh Penggal. ” merupakan sebab manakala ayat “ mengekalkan kadar
pertumbuhan ekonomi negara ” merupakan hasil.
18.
o “ Di sebalik perit jerih kerajaan melaksanakan program kesejahteraan
rakyat dan menangani krisis harga minyak, sokongan padu rakyat amat
diperlukan. Tanpa sokongan rakyat, segala projek serta program yang
amat sempurna di atas kertas tidak akan dilaksanakan dengan berkesan. ”
o  
o   Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat
ini mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu kaitan syarat dan
hasil . Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat di atas “ sokongan
padu rakyat amat diperlukan ” merupakan syarat manakala contoh hasil
ialah “ segala projek serta program yang amat sempurna di atas kertas
tidak akan dilaksanakan dengan berkesan. ”
o “ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagai keutamaan adalah
tepat terutama dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung kesan
kenaikan harga minyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin
perbelanjaan mereka. Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan
harga petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu
apakah pelan perlindungan atau jaringan keselamatan untuk mereka.”
o  
o Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat
ini mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu hubungan
memperkuatkan isi . Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat di
atas.
19.
o “ Begitu juga dengan peningkatan pendapatan perkapita, pengurangan
defisit fiskal Negara, penurunan kadar kemiskinan serta pengurangan
jurang ekonomi antara kumpulan etnik, antara wilayah dan antara Bandar
dan luar Bandar. ”
o  
o   Berdasarkan ayat di atas, terdapat penanda wacana yang digunakan yang
menjadikan ayat ini dianggap sebagai wacana yang dilihat berdasarkan
hubungan dari aspek gramatikal . Kata serta dan dan ialah penanda wacana
jenis tambahan yang berperanan sebagai penghubung ayat dengan ayat
yang sebelumnya.
20.
o “ Rakyat juga mesti bijak menilai kesungguhan kerajaan untuk
memastikan keharmonian Negara yang rakyatnya berbilang kaum ini terus
dipelihara. ”
o Contoh ayat di atas adalah sebuah wacana yang dilihat melalui hubungan
dari aspek fonologis . Perkataan mesti menunjukkan penegasan dalam
ayat.
21. KESIMPULAN
22.
o Berdasarkan analisis keutuhan wacana dari petikan rencana pengarang
Utusan Malaysia, saya dapati petikan ini adalah sebuah wacana yang
utuh . Ini kerana petikan ini mempunyai ciri-ciri wacana yang utuh.
o  
o Terdapat lima keutuhan wacana di dalam petikan rencana pengarang ini.
Antaranya, mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu kaitan sebab
dan hasil serta kaitan syarat dan hasil . Selain itu, terdapat juga hubungan
memperkuatkan isi , hubungan dari aspek gramatikal dan hubungan dari
aspek fonologis .
o  
o Rencana ini mempunyai wacana yang utuh kerana rencana ini dikarang
dengan kemas dan tersusun lancar .Setiap ayat dan perenggan terjalin rapi
dan kait-mengait. Selain itu, ketepatan isi-isi yang dikemukakan dalam
petikan erat pertautannya dengan tajuk perbincangan .
http://nasa76.tripod.com/wacana.htm

Penanda Wacana

3 jenis penanda wacana:


i. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi
ii. Memperjitu organisasi penulisan.
iii. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.

Menunjukkan pertautan dari segi kronologi

Beri pengertian kepada persoalan berkaitan waktu.


Contoh:
Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu,
pada hari esoknya, dsbnya.
Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh di atas.

Memperjitu orgonisasi Penulisan

Berfungsi untuk mempertautkan hubungan bahagian wacana dengan bahagian yang lain.
Beritahu pembaca apa-apa yang dibuat/didedahkan kepada bahagian tertentu.
Contoh:
Sebagai kesimpulan,
untuk merumuskan,
contohnya,
tegasnya,
dapat dinyatakan bahawa
pertama,
ahkir sekali,
dengan kata lain,
dalam hal ini,
dalam hubungan ini
untuk menjelaskan lagi

Nota: Setiap frasa yang diikuti koma (,) seperti contoh di atas diwajibkan meletakkan
koma dalam penulisan.

Menghubungkan fakta dengan fakta atau ide dengan ide yang lain

Halliday (1976) membahagikannya kepada 3 bahagian, iaitu:


a. Menambah atau memperluas ide
Contoh:
dan
selanjutnya,
di samping itu,
selain itu,
lebih-lebih lagi
tambahan pula,
begitu juga,
seterusnya,
satu lagi
dsbnya.

b. Menunjukkan pertentangan ide


Contoh:
tetapi
Sebaliknya,
pada masa yang sama
walaupun
walau bagaimanapun,
walaupun demikian
sama ada
sebenarnya,
dan sebagainya.

c. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat, tujuan-syarat.


Contoh:
jadi,
Oleh sebab itu,
disebabkan
oleh yang demikian,
untuk tujuan itu,
maka (kata pangkal ayat)
Berikutan itu,
Dengan demikian,
kecuali
dengan syarat
justeru

tetapi - Sekiraya tetapi terletak pada permulaan ayat ia mestilah diikuti dengan tanda
koma.
contoh: ... Tetapi, ...
sebaliknya - Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma (,) sebelum perkataan
'sebaliknya'.
Contoh:..., sebaliknya...

pangkal ayat - Di antara contoh-contoh pangkal ayat ialah seperti berikut: hatta, arakian,
sebermula, alkisah.

justeru - penggunaan 'justeru itu' adalah salah dari segi tatabahasa

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/keutuhan-wacana.html

Keutuhan Wacana
Keutuhan Wacana

Definisi
SATU ASPEK YANG PENTING KERANA INI MENENTUKAN APAKAH
SESUATU ITU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI WACANA ATAU HANYA
MERUPAKAN KUMPULAN AYAT YANG TIDAK TERATUR.

Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menyumbang ke


arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang
bermakna dalam berkomunikasi
(Asmah Haji Omar, 1986)

Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan,


percakapan
(Kamus Dewan, 1996)

Aspek-aspek Keutuhan Wacana:

1. Hubungan Dari Segi Semantik.


Dapat dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana.
Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu :
1. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
2. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

2. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.


Hubungan Sebab Dan Akibat . Contoh :
* Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan.
* Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.

Hubungan Sebab Dan Tujuan . Contoh :


* Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.
* Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.

Hubungan Sebab Dan Hasil . Contoh :


* Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah * Dia seorang yang amat rajin bekerja.
Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri.

Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana.


Kesatuan Tajuk Atau Topik . Contoh :
* Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-
sungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan
sering bersedih.)

Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar . Contoh :


A. Sudah siap?
B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang
dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)

Laras Bahasa Yang Digunakan. Contoh :


Laras bahasa dalam iklan – walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-
putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai
wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.

3. Hubungan Aspek Fonologi


Hubungan wacana dari aspek
fonologi berdasarkan hentian , intonasiatau nada suara . Unsur-unsur tersebut
dapat membezakan sesuatu wacana.

Contohnya hubungan antara ayat penyata,

“ Dia sudah pergi ? ”

Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur


menuturkannya.

Unsur-unsur paralinguistik juga membantu pemahaman tentang sesuatu


wacana. Dalam wacana tulisan, unsur-unsur paralinguistik ini ialah alat-alat yang
digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana.

Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma,


tanda soal, titik bertindih dan sebagainya. Dalamwacana lisan pula, ekspresi
wajah , iaitu keadaan air muka sertagerakan tangan dan badan merupakan alat-
alat untuk membantu memahami ujaran.

4. Hubungan Aspek Tatbahasa

Penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah :

* Penanda Rujukan * Penanda Penggantian * Penanda Penghubung *Elipsis

a)PENANDA RUJUKAN

1. Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata


ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan. 2. Contoh
penggunaan kata ganti nama diri orang : Radiah merupakan pelajar yang
amat rajin. Dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. (Kata
ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan ialah dia .)

3. Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk : Mangsa-mangsa banjir di


Kampung Seri Murni itu telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri
Murni. Mereka tinggal di sana sejak seminggu yang lalu. (Penanda rujukan
yang digunakan ialah di sana .)

b)PENANDA PENGGANTIAN

1. Penanda penggantian bermaksud menggantikan sesuatu unsur bahasa


dengan unsur yang lain . 2. Contoh penggunaan penanda penggantian
ialah : Pelajar-pelajar itu sering ponteng sekolah . Perbuatan
tersebut hanya merugikan mereka.
c)PENANDA PENGHUBUNG

1. Penanda penghubung digunakan bertujuan


menghubungkan katadengan kata , frasa dengan frasa ,
dan ayat dengan ayat . 2. Contoh penggunaan penanda penghubung :

Rencana ini bertujuan melihat perkaitan antara kepakaran


individudengan pembahagian tugas di tempat kerja. Selain itu , rencana ini
juga akan menghuraikan amalan pengurusan dan pentadbiran di pejabat.

d)ELIPSIS

1. Elipsis ialah pengguguran kata , frasa , dan klausa yang telah disebut dalam


ayat sebelumnya. Pengguguran dilakukan kerana pendengar atau
pembaca sudah memahami maklumat tersebut. 2. Contoh elipsis : Ani :
Awak kerja di mana ? (Awak bekerja di mana ?) Abu : Taman Universiti.
(Saya bekerja di Taman Universiti.) Ani : Dah lama ? (Sudah berapa
lama ?) Abu : Tiga tahun. (Saya sudah bekerja di sana selama tiga tahun.)

5. Hubungan Aspek Leksikal


1.Hubungan ini dilihat berdasarkan wujudnya pertalian antara perkataan atau kosa
kata dalam sesuatu wacana.
2.Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan berdasarkan aspek :
(a) Sinonim
Perkataan yang mempunyai maksud yang sama .
Contoh : Pelakon jelita itu semakin popular. Hal ini tidak menghairankan kerana
wajahnya dapat menambat hati ramai jejaka.
(b) Antonim
Perkataan yang berlawanan maksud .
Contoh : Wajah yang cantik dan hodoh bukan ukurannya tetapi yang paling
penting ialah hati budinya.
(c) Hiponim
Makna sesuatu perkataan merupakan sebahagian daripada makna perkataan
lain .
Contoh : Dia menjaga motorsikalnya dengan baik kerana itulah sahaja
kenderaan yang dimilkinya.
(d) Pengulangan kata yang sama
Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun
dia menangis . Semasa gembira pun dia menangis .
(e) Kolokasi
Dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri ,
tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain.
Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak
haiwan liar seperti harimau , gajah , badak sumbu , dan lain-lain kehilangan
tempat tinggal.
(f) Unsur bersambut
Contoh : Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak
pembangkang membidas hujah tersebut

Anda mungkin juga menyukai