Anda di halaman 1dari 3

PENDAHULUAN

Kesedaran Sosial

Kesedaran sosial merupakan keupayaan membina, mengekalkan,

mengembangkan hubungan serta keterampilan dalam menjalinkan hubungan

mesra dengan orang lain.

Empati merupakan kecerdasan emosi yang penting yang harus ada

dalam diri setiap individu. Empati akan memberikan kesan kepada seseorang

individu dan akan menyumbang kepada kejayaan atau kerjaya seseorang

individu. Sebagai contoh, Rosenthal (1997) menyatakan individu yang

mampu mengesan emosi rakan-rakannya dengan tepat lazimnya Berjaya

dalam bidang kerjayanya dan juga kehidupannya. Empati jga melibatkan

kemampuan memahami orang lain. orang yang mempunyai sifat empati

boleh mengatasi keragaman dan membina pergaulan, nmengembang bakat

orang lain serta membaca emosi orang lain. kesimpulannya, empati

merupakan keupayaan untuk memahami, meyelami dan merasai perasaan

atau keadaan orang lain.

Dalam kesedaran sosial ini, sifat berorientasikan khidmat juga perlu

ada. Orientasi khidmat ialah keupayaan dalam menjangka, mengenali dan

memenuhi keperluan pelanggan. Oleh itu, seseorang individu tersebut akan

dapat memahami keperluan pelanggan dan memikirkan cara bagi

1
meningkatkan kepuasan pelanggan. Dengan orientasi khidmat ini juga, kita

perlulah memberi bantuan dan nasihat yang meyakinkan kepada pelanggan.

Kesedaran sosial juga dapat membangun individu melalui

mengembangkan potensi murid dan rakan sejawat sebagai contoh. Dalam hal

ini, guru akan cuba mengesan bagaimana potensi murid dan rakan sejawat

boleh berkembang. Guru tersebut akan memikirkan galakan yang bagaimana

diperlukan oleh murid dan rakan sejawat. Cara-cara yang boleh diambil dalam

mengembangkan potensi seseorang ialah melakukan cara yang perlu dibuat

kepada murid dan rakan iaitu memuji dan memberi ganjaran untuk kejayaan

mereka dalam apa jua bidang

Di samping itu, kesedaran sosial juga melayani kepelbagaian dengan

cara yang boleh diambil iaitu memupuk kepelbagaian murid. Seseorang guru

haruslah mewujudkan peluang bagi mengembangkan kepelbagaian. Seorang

guru juga perlu bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Guru juga

perlulah memahami dan membanding beza kepelbagaian pandangan yang

diterima daripada pelbagai pihak. Kemudian, guru mestilah memandang

kepelbagaian tersebut sebagai suatu peluang untuk perkembangan dan

mencabar pemikiran sempit secara positif.

2
Selain itu, kesedaran organisasi juga perlu wujud dalam aspek

kesedaran sosial ini. Kesedaran organisasi ini wujud apabila seseorang itu

pintar dalam membaca emosi sesuatu kumpulan dan dapat mengesan

hubungan kuasa dalam sesebuah kumpulan tersebut. Sebagai contoh, guru

perlulah mengesan dengan tepat tentang hubungan kuasa dalam kumpulan

serta jaringan sosialnya. Dia juga perlu peka kepada faktor yang

mempengaruhi pandangan dan tingkah laku pelanggan atau murid.

Anda mungkin juga menyukai