Anda di halaman 1dari 1

Orang yang tidak sabar nenunggu datangnya rezeki dan selalu gelisah kerana semua kesenangannya

tidak kunjung tiba adalah seumpama makmum yang mendahului imam dalam solat jema’ah ,
padahal ia tahu bahawa dirinya tidak boleh member salam sebelum imam member salam terlebih
dahulu . Segala pemasaalahan manusia dan rezeki itu sudah ditentukan dan ditetapkan 50 ribu
tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri .

..........semua ketetapan Allah pasti akan datang , maka janganlah kamu meminta-minta agar
disegerakannya....(An-NAHL:1)

The book – “Malice” – maknanya “dendam” Golda Mayer , bekas Pm Israel disebutkan bahawa
dalam satu fasal mengenai kehidupannya , ia pernah bekerja selama 16 jam sehari tanpa rehat
demi memperjuangkan prinsip-prinsip yang sesat dan fikiran-fikiran nya yang menyimpang itu,
sehingga akhirnya Berjaya mendirikan sebuah Negara Israel bersama-sama dengan Ben Gurion.

Dimana generasi muslim yang sedang leka, malas, tidak mencuba sesuatu, memilih untuk hidup cara
mudah,,memilih pemimpin yg sampah, lembab, banyak cakap,makan, minum, tidak mampu
menulis,pemikiran cetek, tiada tokoh , hanya dipilih dari lebihan kiraan cebisan kertas sampah
didalam tong undi.

Orang-orang Yunani mengubati orang yang ditimpa keresahan , kesuntukan , dan penyakit psikologi
lainnya dengan memaksa mereka bekerja di ladang dan kebun . Tidak berapa lama kemudian,
penyakitnya pun kembali sihat dan tenang...org-org yang mengunakan tangannya sendiri adalah
sebuah kelompok manusia yg lebih bahagia, tidak terbebani, & tenang sekiranya dibandingkan
dengan yg lain. Mereka memiliki frikiran bebas dan fizik yg kuat kerana aktiviti ,pekerjaan dan
latihan yang mereka lakukan...

Perasaan (Qana’ah ) ‘Puas dengan pemberian Allah’ adalah sebuah kekayaan yang agung. Sebuah
Hadith Sahih dr Rasullullah(s.a.w) ..”Redhalah atas sebahagian yg telah diberikan Allah kpdmu,
maka engkau akan menjadi org terkaya.”. terimalah saja keluarga, pendapatan,kenderaan,anak-
anak, dan tugas-tugas anda apa adanya dgn penuh keredhaan, nescaya anda akan merasakan
indahnya kebahagiaan dan ketenangan.

Anda mungkin juga menyukai