Anda di halaman 1dari 5

BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual
yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh
menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting
MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon
bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke
atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin.


Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-
perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya”  [al-Mu'minun 23: 1-3]
Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas
individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah
menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks
etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

EMAIL
Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.

Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru
untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ
akan masuk terus ke akaun Gmail saya.

Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta,
penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-
artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah
kita memiliki tabiat  mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak
terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar
tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan
kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis
diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka
mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah
tujuan ia dilakukan.
Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.
Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar
20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada
anda)?
Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.

Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya
menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan
daripada senarai penerima forwarded article beliau.
Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai
kebaikan’, ‘sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-
macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang
beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti
apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas
email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.
Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan ( filter)
bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah ( bin).
Sehingga kini ada lebih 20 filter  yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan
sebegini.
TAGGING DI DALAM FACEBOOK
Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.
Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk
mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang
bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging,  maka  foto itu
secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.
Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging  ini sebahagian
daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi
masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam
senarai jaringannya.
Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta
mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.
Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai
ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi
hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi
wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat
daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah
meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya”  [muttafaq 'alayh]
FACEBOOK DAN YAHUDI
Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin,
kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam
tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif.  Senarai panjang barangan dan perkhidmatan
disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada
yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja
yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang
bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara
mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau
Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat
serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas
Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi
dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg
menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah
perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-
desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di
Gaza”
Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook
dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang
betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah
diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI


Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin
dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi
dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa
sallam.”  [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]
Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang
mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau
kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain
orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi
umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi
Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka”  [Sharah
Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]
Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau
berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat
penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan
artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “ dengan klik sahaja
pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza “
Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan
bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi
Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala
didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen
merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak
halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya
membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik
bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan
perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan
sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita
terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama
buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh
Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan
penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat,
sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen
yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-
burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu
manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa
sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama
seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lai

Anda mungkin juga menyukai