Anda di halaman 1dari 13

Sejarah

Perkhidmatan Bank Simpanan di Malaysia bermula pada akhir kurun yang ke 19. Bank-
bank yang pertama sekali iaitu Bank Simpanan Negeri Perak ditubuhkan dalam tahun 1888 dan
Bank Simpanan Negeri Selangor ditubuhkan dalam tahun 1893 telah ditadbirkan oleh
Perbendaharaan negeri-negeri yang berkenaan sehingga bank-bank itu diambil alih oleh Jabatan
Pos. Dalam tahun 1907 Bank Simpanan Negeri Perak dan Selangor dimansuhkan dan diletak di
bawah Bank Simpanan Pejabat Pos Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang juga memberi
perkhidmatan di Negeri Sembilan dan Pahang. Pada ketika itu ia mempunyai 3,320 orang
penyimpan dengan jumlah wang hanya lebih kurang RM340,000 dalam kredit mereka.
Perkhidmatan Bank Simpanan yang berasingan di bawah Bank Simpanan Pejabat Pos Negeri-
Negeri Selat juga telah wujud di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura pada tahun 1902,
manakala Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah pun mempunyai Bank Simpanan Pejabat
Pos masing-masing beberapa tahun sebelum Perang Dunia yang Kedua. Semenjak tahun 1949
wang simpanan dalam Bank Simpanan Pejabat Pos telah semakin bertambah. Dalam tahun itu
ianya mempunyai 229,652 orang penyimpan dengan jumlah kredit sebanyak RM47.2 juta. Pada
masa pelancarannya 5 Disember 1974, Bank Simpanan Nasional Malaysia mempunyai lebih
daripada 2.5 juta orang penyimpan. Jumlah wang yang terkumpul dalam bank ini adalah
melebihi RM537 juta. Dari jumlah ini lebih dari RM526 juta telah dilaburkan dalam sekuriti-
sekuriti kerajaan. Jumlah dalam kredit penyimpan-penyimpan ialah melebihi RM511 juta. Pada
akhir tahun 1981, Bank ini mempunyai 4.3 juta penyimpan dengan jumlah simpanan terkumpul
sebanyak lebih RM1.2 bilion. Dengan tertubuhnya Bank Simpanan Nasional, satu babak baru
telah tercipta dalam sejarah institusi simpanan wang di Negara ini. Akta Bank Simpanan
Nasional 1974 memperuntukkan pemindahan kuasa pengurusan dari Jabatan Perkhidmatan Pos
kepada Lembaga Pengarah yang mengambil alih tugas-tugas dan tanggungjawab mengenai
perjalanan bank ini mengikut tujuan Akta tersebut.

KEMAJUAN

Dalam tahun pertama urusannya semenjak menjalankan fungsi-fungsi Bank Simpanan


Pejabat Pos pada 1 Disember 1974. Bank Simpanan Nasional telah menumpukan usaha-
usahanya kepada penyusunan semula dan penyelarasan organisasi serta memudahkan peraturan-
peraturan supaya dapat menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada
penyimpan-penyimpannya di setiap pelusuk negara. Bagi mencapai tujuan ini bank ini telah
membahagikan kuasa pentadbiran dan kawalan ke atas kegiatannya dengan menubuhkan pejabat-
pejabat cawangan sendiri di bandar-bandar besar di seluruh negara. Di kawasan yang tidak
memerlukan pejabat cawangan, pejabat-pejabat pos dan pos bergerak dengan kemudahan bank
simpanan terus digunakan untuk menggerakkan tabungan.
Dalam pada itu, kempen publisiti yang giat untuk menyemaikan tabiat berjimat-cermat
dan suka menyimpan wang di kalangan orang ramai telah dijalankan pada peringkat nasional.
Bahagian Perhubungan dan Pemasaran Bank ini telah ditubuhkan untuk mengatur lawatan-
lawatan ke sekolah-sekolah, pusat-pusat perniagaan dan balai-balai raya untuk menerangkan
kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh bank ini dan untuk menarik lebih ramai penyimpan.
Bank ini terus memberi khidmat kepada penyimpan-penyimpannya melalui 526 pejabat pos,
termasuk 135 unit pos bergerak yang bertindak sebagai ejen-ejen kepada Bank. Tabungan bersih
dengan bank ini dalam tahun 1975 bertambah sebanyak 6.2 peratus atau RM32.5 juta.

Dalam tahun 1976, Bank ini telah menambah tiga buah lagi unit bergerak menjadikan
bilangan unit bergerak kepada lima. Unit-unit ini bersama-sama dengan rangkaian pejabat pos
sebagai agen-agen bank, telah membolehkan Bank Simpanan Nasional menyediakan
perkhidmatan yang lebih luas kepada para penyimpannya terutamanya yang dari luar Bandar.

PETIKAN UCAPAN PELANCARAN

Oleh Allahyarham YAB Tun Haji Abd. Razak Bin Husein, Perdana Menteri Kedua Malaysia.

"Bank Simpanan Nasional merupakan satu bentuk baru dalam usaha kita memupuk perasaan
bercermat dengan tujuan supaya orang ramai digalakkan menyimpan wang pendapatan mereka.
Ianya akan mengekalkan ciri-ciri yang terbaik dan Bank Simpanan Pejabat Pos di samping
membawa beberapa pembaharuan sesuai dengan keadaan masa kini.

Saya berharap dengan pelancaran Bank Simpanan Nasional hari ini, ia akan berkembang sebagai
sebuah institusi simpanan yang utama dan akan meluaskan kempen simpanan oleh Kerajaan iaitu
sebagai langkah anti-inflasi dan juga mempercepatkan pembangunan Negara. Oleh yang
demikian Bank Simpanan Nasional mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan
rakyat dan kemajuan Negara."

Dewan Tunku Abdul Rahman

Kuala Lumpur

5 Disember 1974
OBJEKTIF BSN

Objektif utama Bank ialah:

i. Untuk memaju dan menggembleng simpanan khususnya dari penyimpan-penyimpan


kecil dan untuk menggalakkan tabiat berjimat cermat dan menyimpan wang;

ii. Untuk mengadakan saluran bagi orang awam amnya menyimpan wang;

iii. Untuk menggunakan wang Bank itu bagi pelaburan termasuk membiayai pembangunan
ekonomi Negara;

iv. Untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab Bank Simpanan Pejabat Pos dan

v. Memajukan kepentingan-kepentingan pendeposit dan lain-lain pelanggannya.

LAGENDA LOGO BSN


Simbol 'pohon pitis' yang merupakan tema logo Bank ini adalah merupakan
pokok pitis yang diukir dari timah sebanyak 13 keping seperti yang
dikeluarkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Ke-IV di Negeri
Kelantan dalam tahun 1903, ketika Negeri itu masih lagi di bawah takluk
Negeri Siam. Pada duit syiling itu tertulis "THURIBA FI ZUL-HIJJAH
SANAT 1321", iaitu diperbuat dalam bulan Zulhijah tahun Masihi 1903. Di
sebalik duit syiling itu pula tertulis "BELANJAAN KERAJAAN
KELANTAN", iaitu bererti Mata wang Kerajaan Kelantan. Perkataan 'pitis'
bererti 'wang' mengikut loghat Kelantan dan ia merupakan salah satu
pecahan mata wang yang digunakan di Kelantan sehingga tahun 1920.

KEISTIMEWAAN LOGO BSN


Duit syiling melambangkan simpanan wang dan pokok pada logo
melambangkan bahawa simpanan dalam Bank Simpanan Nasional
senantiasa berkembang. Duit-duit syiling telah dipilih untuk melambangkan
simpanan untuk menunjukkan bahawa Bank Simpanan Nasional adalah
merupakan sebuah Bank yang dipunyai oleh rakyat dan bahawa walau
bagaimana kecil sekali pun simpanan dibuat, ia tetap diterima.
Keistimewaan logo ialah matlamatnya hendak menggalakkan jimat cermat
dan menyemaikan tabiat suka menyimpan wang, serta hakikat kedudukan
Bank ini sebagai Bank untuk penyimpan-penyimpan kecil dan juga
penyimpan-penyimpan besar. 13 keping duit syiling dalam Malaysia serta
membawa pengertian perkhidmatan ke seluruh Negara.

MISI
Meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup rakyat Malaysia dengan menggalakkan
penyimpanan, pelaburan dan amalan pengurusan kewangan yang bijak yang dilakukan secara
aktif serta mengadakan kemudahan tersedia untuk tujuan ini.
 
VISI
Menjadi penyedia khidmat kewangan yang komprehensif serta bertaraf nasional dan menjadi
pilihan utama rakyat Malaysia.
 
PIAGAM PELANGGAN BSN

Pelanggan Sentiasa Diutamakan.

Perkhidmatan Yang Meyakinkan Dan Memuaskan Hati Pelanggan.

Produk/Perkhidmatan Yang Berkualiti, Cekap Dan Konsisten.

Ketepatan Menyampaikan Maklumat Secara Jelas Dan Lengkap.

Persekitaran Yang Selesa Dan Selamat.
 
FALSAFAH KORPORAT
TUMPUAN KEPADA PELANGGAN
Kita akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada para
pelanggan supaya dapat memenuhi kehendak-kehendak mereka dan memastikan mereka
 
berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Kita perlu sentiasa ingat bahawa kejayaan
bergantung kepada keupayaan kita memperolehi serta mengekalkan sokongan para pelanggan.
 
AMALAN PERNIAGAAN BERETIKA
Sebagai sebuah institusi kewangan yang bertanggunjawab ke atas simpanan dan urusan
kewangan orang ramai, kita hendaklah sentiasa menjaga amanah dan kepercayaan yang telah
 
diberi. Kita berkewajipan untuk menjalankan operasi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan
adil.
 
HORMAT SESAMA INSAN
  Kita adalah sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada orang ramai dengan menghormati
nilai dan maruah kemanusiaan. Kita akan sentiasa menjalinkan hubungan yang baik semasa
berurusan dengan para pelanggan.
 
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PENDIDIKAN DAN LATIHAN
Kakitangan yang bersatu dan berdedikasi adalah aset kita yang terpenting. Kita mempunyai
iltizam untuk mendidik, melatih, menggalak dan memberi ganjaran kepada kakitangan supaya
 
dapat membangunkan potensi mereka sepenuhnya. Kejayaan bergantung kepada sumbangan
padu daripada semua peringkat kakitangan yang bekerja sebagai satu pasukan.
 
MAJIKAN YANG PERIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB
Sebagai majikan, kita akan sentiasa peka terhadap keselamatan dan kebajikan semua
kakitangan. Kita akan mengadakan suasana kerja yang baik dan selamat, syarat-syarat
 
perkhidmatan yang baik dan kompetitif serta peluang-peluang yang mencabar dalam
memeajukan kerjaya kakitangan.
 
BERMATLAMATKAN KECEMERLANGAN
Kita percaya bahwa semua tugas dapat dilakukan dengan cara yang lebih baik. Kita
  menharapkan prestasi dan kualiti perkhidmatan yang tinggi dan memberi ganjaran bagi tindakan
dan hasil yang positif.
 
KEJAYAAN MELALUI KREATIVITI DAN DAYA USAHA
Kita akan memupuk semangat kreatif yang sentiasa inginkan pembaharuan dan yang berdaya
  usaha di kalangan kita untuk melahirkan pemimpin. Kita ingin memimpin dan bukannya
dipimpin.
 
BERDAYA SAING MELALUI TEKNOLOGI TINGGI
Kita akan menggunakan teknologi tinggi, sesuai dan moden untuk bersaing dan mencapai tahap
 
perkhidmatan yang tinggi, cekap dan produktif.
 
MEMENUHI TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Kita adalah sebuah warga korporat yang bertanggungjawab dan organisasi yang mempunyai
  pertanggungjawaban sosial. Kita akan memelihara kepentingan serta berkongsi kejayaan
bersama masyarakat.

LEMBAGA PENGARAH BSN


   

Dato' Mohd Ali bin Abd.


Datuk Nozirah Bahari En. Ghazali bin Awang
  Samad  
Timbalan Pengerusi Ahli
Ahli
 

   

Datuk Adinan Maning


Dato' V. Danapalan Dato' Ng Kam Cheung
    Pengurus Besar/Ketua
Ahli Ahli
Eksekutif
 

     

Pn. Ummul Shirin Mohd


Datuk Dr. A Manaf
Thalha 
Hussin    
Setiausaha Lembaga
Ahli Silih Ganti
Pengarah

TADBIR URUS KORPORAT


Lembaga Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) mengiktiraf pentingnya falsafah amalan tadbir urus
korporat yang terbaik. Mematuhi Garis Panduan Piawai Tadbir Urus Institusi Kewangan Pembangunan
Bank Negara Malaysia (BNM/DFIGP4), BSN berusaha dan memastikan untuk mencapai rangka tadbir
optimum dan selanjutnya memaksimumkan nilai Pemegang Kepentingan Bank ini. Empat Jawatankuasa
telah ditubuhkan bagi membantu pihak Lembaga dalam penyampaian serta menjalankan tanggungjawabnya.
Jawatankuasa-Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan, Jawatankuasa Pengurusan
Risiko, Jawatankuasa, Saraan dan Jawatankuasa Pencalonan

Lembaga Pengarah BSN sentiasa mengekalkan piawai tertinggi dalam tadbir urus korporat demi menjaga
kepentingan Pemegang Kepentingan, kakitangan dan komuniti. BSN mematuhi prinsip kawalan sendiri
sejajar dengan kehendak dan keperluan berkanun. Tertakluk kepada Akta BSN 1974, tadbir urus korporat
BSN adalah seiring dengan mandat dan penjenamaan korporatnya dalam menyediakan akses kewangan
kepada komuniti yang memerlukan di Malaysia. 

BSN secara konsisten mengalakkan kebertanggungjawaban, ketelusan, integriti dan kecekapan. Ini adalah
untuk menentukan Bank ini ditadbir mengikut amalan perbankan yang terbaik di mana aktiviti menanggung
risiko dan amalan perbankan berhemah adalah seimbang.

JAWATANKUASA LEMBAGA AUDIT & PEMERIKSAAN


   Nama Ahli  Keperluan Mesyuarat
1. Tuan Haji Ghazali Awang (Pengerusi)
2. Y.Bhg.Dato’ Mohd Ali Abd.Samad
 Sekurang-kurangnya sekali setiap 3 bulan
3. Y.Bhg. Dato’ Ng Kam Cheung
4. Y.Bhg. Datuk Nozirah Bahari

JAWATANKUASA LEMBAGA PENGURUSAN RISIKO


   Nama Ahli  Keperluan Mesyuarat
1. Y.Bhg. Dato’ V. Danapalan(Pengerusi)
2. Y.Bhg. Dato’ Ng Kam Cheung  Sekurang-kurangnya sekali setiap 3 bulan
3. Tuan Haji Ghazali Awang
 

JAWATANKUASA LEMBAGA PENCALONAN


   Nama Ahli  Keperluan Mesyuarat
1. Y.Bhg. Dato’ Mohd Ali Abd. Samad (Pengerusi)
2. Y.Bhg. Dato’ V. Danapalan
 Sekurang-kurangnya sekali setahun
3. Y.Bhg. Datuk Nozirah Bahari
4. Y.Bhg. Datuk Adinan Maning
 
JAWATANKUASA LEMBAGA SARAAN
   Nama Ahli  Keperluan Mesyuarat
1. Y.Bhg. Dato’ Ng Kam Cheung (Pengerusi)
2. Y.Bhg. Dato’ Mohd Ali Abd. Samad  Sekurang-kurangnya sekali setahun
3. Y.Bhg. Dato’ V. Danapalan
PENGURUSAN TERTINGGI

Pasukan pengurusan BSN adalah terdiri daripada individu yang berpengalaman luas dan pakar di
dalam bidang yang diterajui masing-masing. Kecemerlangan kepimpinan mereka telah
menyumbang kepada usaha BSN untuk melaksanakan mandat kerajaan serta terus kekal
kompetitif di dalam industri perbankan Malaysia.

       

Datuk Adinan Maning


Pengurus Besar/Ketua Eksekutif
 

   

Yunos Abd Ghani Hasan Mohamed  Winston Emmanuel


Timbalan Ketua Eksekutif  Timbalan Ketua Eksekutif  Timbalan Ketua Eksekutif 
   
(Perbankan Konsumer & (Perbendaharaan & (Pengurusan Kredit &
Pembangunan Perniagaan) Sokongan Korporat) Sokongan Perniagaan)
   

Ahmad Latfan Mohd


M. Zaukifele Ibrahim Frederick Siew Kin Meng Amran
Naib Presiden Kanan/Ketua, Naib Presiden Naib Presiden
   
Khidmat Bayaran  Kanan/Ketua, Kewangan  Kanan/Ketua, Juruaudit
Jabatan Khidmat Bayaran Jabatan Kewangan Dalam 
Jabatan Audit
 

   

Azaddin Ngah Tasir Dr Mohd Ridzwan Abdul


Naib Presiden Razak  Md Shariff Manat
Kanan/Ketua,  Naib Presiden Naib Presiden
   
Perbankan Cawangan  Kanan/Ketua, Pengurusan Kanan/Ketua, Keselamatan 
Jabatan Perbankan Risiko  Jabatan Keselamatan
Cawangan Jabatan Pengurusan Risiko
 

   

Zainuddin Bin Ahmad   Joannita Zaleha Yusof   Nilammasri Ja'afar


Naib Presiden Kanan/Ketua, Naib Presiden Naib Presiden Kanan/
Pengurusan Sumber Kanan/Ketua, Khidmat Ketua, 
Manusia  Korporat  Mikro Kewangan
Jabatan Pengurusan  Jabatan Khidmat Korporat Jabatan Mikro Kewangan
Sumber Manusia
 

   

Akhsan Zaini   Abdullah Aziz Buyong   Kamel Effendy Mohd


Naib Presiden Naib Presiden Razali
Kanan/Ketua,  Kanan/Ketua,  Naib Presiden/Ketua, 
Perbankan Konsumer Pembiayaan Pinjaman Kawalan Kredit
Jabatan Perbankan Jabatan Pembiayaan Jabatan Kawalan Kredit
Konsumer Pinjaman
 

     

Jamaliah Ibrahim   Rosman Ramlan    


Naib Presiden/Ketua, Naib Presiden / Ketua, 
Teknologi Maklumat  Bahagian Pentadbiran Am
Jabatan Teknologi Jabatan Pentadbiran Am
Maklumat
 
Kod Amalan Kerja dan Etika Kerja
Kami di Bank Simpanan Nasional (BSN) sentiasa mengamalkan tahap etika yang tinggi dalam
menjalankan urusan perniagaan berpandukan Kod Amalan Kerja dan Etika Organisasi BSN.
Berdasarkan Kod Amalan Kerja dan Etika Organisasi tersebut, BSN tidak akan menjalankan
urusan perniagaan yang boleh dianggap sebagai mendedahkan reputasinya kepada risiko. Secara
tambahan, BSN turut mengamalkan sikap toleransi sifar terhadap sebarang urusan yang tidak
beretika dan berunsur salah laku. Pada masa yang sama, BSN juga sentiasa berusaha untuk tidak
menjejaskan reputasi rakan perniagaannya. 

Justeru itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk menggariskan peruntukan asas yang
terkandung di dalam Kod Amalan Kerja dan Etika Organisasi BSN yang kami anggap sebagai
penting untuk mengekalkan hubungan perniagaan yang efektif berdasarkan prinsip saling
mempercayai dan menghormati di antara satu sama lain. 

Kod Amalan Kerja dan Etika Organisasi tersebut yang digunapakai oleh BSN di seluruh negara
memberi penerangan mengenai beberapa senario perniagaan di mana kami mempunyai jangkaan
yang jelas mengenai perilaku kakitangan BSN dan bagaimana situasi percanggahan kepentingan
yang mungkin timbul akan ditangani.
 

Berikut adalah beberapa situasi sepertimana yang disebut di atas:


1. Pemberian Hadiah

  BSN sedia maklum kepentingan untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan semua
rakan perniagaan kami. Oleh sebab itu, terdapat situasi yang pihak kami anggap sebagai
sesuai untuk membolehkan pemberian hadiah sebagai tanda penghargaan kepada rakan
perniagaan yang dihormati. Namun, Kod Amalan Kerja dan Etika Organisasi BSN yang
dibaca bersama-sama dengan Seksyen 118 Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002
memperuntukkan bahawa kakitangan BSN adalah dihalang secara langsung atau tidak
langsung, meminta, menerima, mengizinkan atau bersetuju untuk menerima apa-apa
hadiah, komisen, emolumen, ganjaran, wang, harta, cenderamata atau benda yang nilainya
melebihi RM100 semasa menjalankan urusan atau perniagaan yang berkaitan atau
melibatkan BSN. Sekiranya perkara ini berlaku, kakitangan tersebut perlu memaklumkan
serta mengisytiharkan penerimaan hadiah tersebut kepada Bahagian Undang-Undang dan
Pematuhan BSN.

2. Hiburan / Acara

Kami percaya hubungan secara tidak rasmi adalah tidak kurang pentingnya bagi membina
dan mengeratkan hubungan perniagaan. Namun kami juga berpendapat bahawa jemputan
untuk menghadiri majlis-majlis hiburan atau acara yang diadakan secara besar-besaran
bukan merupakan satu keperluan perniagaan atau sesuatu yang membantu kedua-dua belah
pihak menjalinkan hubungan perniagaan yang berjaya, sihat dan menguntungkan.
  Sekiranya terdapat sebarang jemputan seperti ini, kerjasama pihak diminta untuk
memberikan penjelasan mengenai hubung kait acara atau majlis berkenaan dan jemputan
rasmi tersebut harus dialamatkan ke Pejabat Ketua Eksekutif BSN atau pihak pengurusan
tertinggi BSN bagi membolehkan pihak kami memastikan wakil yang sesuai menghadiri
majlis tersebut.

3. Keahlian Lembaga Pengarah

Kami mempunyai panduan undang-undang yang ketat yang perlu dipatuhi oleh semua
kakitangan berhubung keahlian di dalam lembaga pengarah mana-mana syarikat atau
organisasi yang berorientasikan keuntungan. Peraturan tersebut adalah bertujuan bagi
  melindungi organisasi dan seluruh kakitangan daripada percanggahan kepentingan yang
mungkin timbul di masa hadapan serta memastikan prinsip kesaksamaan kami tidak
terjejas.

4. Jemputan ‘Lawatan Sambil Belajar’ Ke Luar Negara

Sebarang jemputan bagi mengadakan lawatan sambil belajar di luar negara perlulah
terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari Pejabat Ketua Eksekutif BSN. Kakitangan
  adalah ditegah untuk memberikan sebarang komitmen atau jawapan secara nyata atau zahir
sama ada secara formal atau tidak bagi pihak BSN tanpa pengesahan wajar dari pihak
atasan selaras dengan prosedur dan dokumentasi yang diluluskan.

5. Lain-lain Faedah

Lain-lain faedah yang diterima selain dari perkara-perkara yang telah disenaraikan di
  dalam butiran 1 hingga 4 di atas hendaklah dirujuk kepada Pejabat Ketua Eksekutif untuk
semakan lanjut dan kelulusan.

PINJAMAN

Anda mungkin juga menyukai