Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU PULAU PINANG

BUKIT COOMBE, 11700 GELUGOR,PULAU PINANG.

ELM 3101

PENGENALAN KEPADA ASAS PENDIDIKAN MORAL

AHMAD ZUKI BIN YUSOFF

E-Mail: ahmadzuki276@gmail.com

TEL : 0134495891

COURSE PGSR-BM 2008-2012

PENSYARAH : CIK NG SOK GUN

TARIKH SERAH TUGASAN : 19 MAC 2010

Lampiran C
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya”

…………………………………

Nama : Ahmad Zuki bin Yusoff

No.K.P. : 640927-10-5875

Tarikh : 10 Mac 2010

Penghargaan
Dalam kesempatan ini,saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan
terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Cik Ng
Sok Gun pensyarah pembimbing saya dan rakan-rakan peserta program PGSR
yang banyak membimbing dan memberi sokongan moral kepada saya.

Sesungguhnya, tanpa bimbingan daripada pensyarah sudah tentu sukar


untuk saya menyiapkan tugasan ini dalam keadaan yang amat menekan saya.
Saya perlu membahagikan masa sebagai pendidik dan sebagai pelajar yang
terpaksa menyiapkan pelbagai tugasan yang diberikan.

Bantuan dan sokongan moral yang telah diberikan oleh rakan-rakan sekelas
amat penting dan dapat memberi semangat serta kekuatan kepada saya. Tanpa
sokongan moral daripada rakan-rakan seperjuangan, sudah pasti sukar untuk saya
meneruskan pengajian dan menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan
walaupun terpaksa mengorbankan masa cuti untuk menghadiri kuliah di samping
menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan kepada saya.

Sekembalinya saya ke sekolah , sudah pasti pelbagai tugas dan


tanggungjawab menanti saya dan menagih komitmen daripada saya. Tugas
mendidik anak bangsa sudah pasti menuntut ketulusan dan keikhlasan saya. Saya
tidak sanggup mengabaikan masa depan anak didik saya demi mengejar impian
mendapat segulung ijazah.Mahu tidak mahu saya terpaksa mengagihkan masa yang
terhad untuk mendidik dan menyiapkan setiap tugasan yang saya terima

ii
SENARAI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan

2.0 Nilai-Nilai Murni Masyarakat Melayu

3.0 Nilai-Nilai Murni Masyarakat Cina

4.0 Nilai-Nilai Murni Masyarakat India

5.0 Penutup

iii

Peranan Agama Terhadap Perubahan Nilai Masyarakat di Malaysia.


1.0 Pendahuluan.

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum melahirkan pelbagai budaya dan


juga agama yang menjadi pegangan hidup rakyatnya.Penghayatan nilai-nilai murni
di kalangan rakyat yang pelbagai agama perlu untuk mengekalkan perpaduan dan
hubungan yang harmonis antara kaum. Orang Melayu yang semestinya beragama
Islam,Cina beragama Budhisme,Konfusianisme serta masyarakat India beragama
Hindu. Ketiga-tiga kaum utama inilah yang mendominasi perubahan nilai dalam
kalangan masyarakat Malaysia.

Penghayatan nilai-nilai baik dari setiap agama dapat membantu menjadi


Malaysia terus aman dan makmur. Hubungan yang harmonis antara kaum di
Malaysia mestilah terus dipupuk dan ditanam dengan nilai-nilai baik yang disarankan
oleh setiap agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia. Rasa hormat-menghormati
kepercayaan dan agama kaum lain perlu disemai dalam kalangan generasi kepada
generasi agar diteruskan bagi mengekalkan keunikan negara kita ini.

Masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai budaya dan agama


sememangnya mempunyai nilai-nilai murni yang amat tinggi. Kesemua agama
memberi pelbagai pengajaran terhadap moral,akhlak dan kemanusiaan serta
pemeliharaan alam.Sekiranya nilai-nilai ini dihayati maka masyarakat akan hidup
aman dan tenteram. Penghayatan nilai-nilai murni dalam agama dan budaya akan
mewujudkan kehidupan yang bertamadun dan dapat bertindak sebagai pemangkin
kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

(1)

2.0 Nilai-nilai Murni Masyarakat Melayu.


Masyarakat Melayu sangat terkenal dengan budi pekerti dan berbudi
bahasa .Keadaan ketinggian budi pekerti dan budi bahasa sering digambarkan
dalam pantun-pantun Melayu seperti berikut:

Pulau Pandan Jauh ke tengah,

Gunung Daik Bercabang tiga;

Hancur Badan di kandung tanah,

Budi baik dikenang juga.

Dalam masyarakat Melayu keperibadian dan pembentukan sahsiah diri amat


penting untuk membina peribadi Melayu yang baik,beragama,berakhlak dan berbudi.
Pelbagai bentuk agen memainkan peranan penting dalam membentuk struktur
kemasyarakatan dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu.Keluarga
merupakan agen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk melaksanakan
tanggungjawab yang berat ini.

Keluarga memainkan peranan penting untuk mendidik dan mengajar anak-


anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan
suci dan terhindar dari segala gejala-gejala yang tidak sihat. Masyarakat perlu
merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Ini dapat
memastikan anggota masyarakat bertindak mengikut landasan yang dibenarkan
dalam masyarakat dan budayanya.

Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam


adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan
pembudayaan.Adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi mesti
tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang dianuti masyarakat Melayu.

Masyarakat Melayu menggunapakai kaedah menegur, member nasihat dan


juga merotan dengan kadar yang sepatutnya sejak kecil antara budaya masyarakat
Melayu yang menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek
ini menjadi asas dalam proses sosialisasi dan pembudayaan.

(2)
Kedatangan Islam juga telah mengubah pandangan semesta masyarakat
Melayu daripada unsur-unsur tahyul dan karut kepada pergantungan kepada Allah
S.W.T selagi tidak bercanggah dengan akidah dan syariah. Perubahan-perubahan
berlaku dalam masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam dapat dilihat
terutamanya dari segi pendidikan.Masyarakat Melayu menganggap sultan sebagai
‘khalifah Allah di bumi’ bagi menggantikan sistem beraja yang dipengaruhi unsur
Hindu dan Buddha.(M. Rajantheran 1994: 148).

Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia, Sultan


merupakan ketua agama Islam. Semua masalah berkaitan agama akan dirujuk
kepada Sultan. Alim ulama dan mufti menjadi tempat rujukan Sultan sebelum
memutuskan sesuatu yang berkaitan agama. Ajaran Islam yang dibawa oleh
Rasulullah (s.a.w) adalah agama yang sentiasa memartabatkan maruah,kemuliaan
atau harga diri manusia. Islam tidak pernah membezakan kedudukan seseorang
berdasarkan perbezaan warna kulit,jantina atau lain-lain lagi. Islam membuka ruang
yang seluas-luasnya untuk pemesyuaratan dan perbincangan kepada umatnya bagi
menyelesaikan sebarang permasalahan mereka.

Kesimpulannya, tiga prinsip asas yang menjadi penghayatan masyarakat


Melayu seperti berikut;-

i) Islam sebagai agama dan sistem kepercayaan yang merupakan teras


jati diri orang Melayu
ii) Perwatakan, adab dan kesusilaan orang Melayu yang bersandarkan
kepada prinsip tauhid dan hukum syarak.
iii) Penghayatan nilai tauhid dalam sistem kehidupan samada dalam entiti
keluarga, masyarakat dan sistem pemerintahan negara.

(3)
3.0 Nilai – nilai Murni Masyarakat Cina.

Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta


yang tersendiri. Mereka memuja nenek moyang dan tian(langit) di samping
kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang,tanaman atau alam
semulajadi.Masyarakat Cina mementingkan kepercayaan yang boleh memberikan
kesejahteraan,kemakmuran, kebahagian dan kekayaan.

Bagi masyarakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang


peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang
dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagian hidup selagi tidak
bercanggah dengan adat dan budaya mereka.Masyarakat cina menggambarkan
kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan
manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia
berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat.

Masyarakat Cina mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul


yang menguasai nasib seseorang yang menjadi prinsip tertinggi dalam alam
semesta dalam konteks etika Konfusianisme.Agama Buddha, Taoisme dan
Konfusianisme menekan aspek etika dan moral.Konsep ying dan yang
mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina bagi mencapai keseimbangan di antara
langit dan bumi.(Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan tamadun Asia UM :
2002:306-307)

Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi


aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran
Konfusius (551SM-479SM).Konfusianisme menekan pengamalan nilai dan sifat
moral yang mulia,terutama mengenai perikemanusiaan.Selain itu, ketaatan kepada
ibu bapa juga dititikberatkan oleh ajaran Konfusius.Manusia dikatakan mempunyai
sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat. Kesemua
nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia(xiao).
Mensius menegaskan sifat semulajadi manusia baik ketika dilahirkan. Xunzi
menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat di mana usaha individu yang
membentuk peribadi kearah kebaikan.Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia
tidak baik dan tidak jahat.(Soo Khin Wah 2001 : 306-308).
Ajaran Konfusianisme menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai
wulan iaitu:

i) Raja dengan menteri


ii) Ayah dengan anak
iii) Suami dengan isteri
iv) Abang dengan adik
v) Kawan dengan kawan

Konsep di atas jelas menunjukkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai


murni yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan
bekerjasama tanpa mengira bangsa. Keluarga masyarakat Cina amat mengambil
berat tentang hubungan sesama manusia. Walaupun sistem kekeluarga tradisional
pernah mengalami perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan
kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga hari ini.

Ajaran Buddha mementingkan kesederhanaan di mana pengajarannya ialah


penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada
pelbagai masalah manusia.Perkara ini dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang
betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada
melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.

Kesimpulannya, masyarakat Cina atau agama Buddha menyeru penganut


berakhlak mulia. Oleh itu, masyarakat dan negara haruslah hidup secara beretika
berbudi pekerti mulia. Pemerintah dan rakyat jelata mestilah mempunyai moral dan
akhlak yang mulia. Keluarga ,masyarakat dan negara perlu mengetahui peranan
masing-masing supaya kehidupan kita aman dan sejehtera.

(5)
4.0 Nilai-Nilai Murni Masyarakat India.

Masyarakat India kebanyakannya beragama Hindu. Bagi masyarakat India


keluarga merupakan unit asas dan terpenting.(Azhar Hj. Md Aros dan Azharuddin
Mohd Dali 2000 : 164). Masyarakat india juga mengamalkan sistem keluarga
bersama.Konsep tersebut membentuk keperibadian dan jati diri masyarakat India
agar bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh ajaran agama mereka.

Perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih saying dan
memberi perhatian kepada semua golongan sangat dititikberatkan dalam
masyarakat India.Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan
kepada generasi muda. Sistem keluarga bersama juga mengalami kemerosotan
kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran semasa dan arus pemodenan
terutama pengaruh daripada Barat menerusi media massa dan ICT.

Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma iaitu
tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusrtha iaitu empat objektif mulia yang
mesti ada dalam membentuk jati diri masyarakat India.( G.Sivapalan dan
M.Rajantheran dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM : 2002: 255-256)

i) Aram/dharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian


yang mementingkan moral dan etika merupakan objektif yang utama
dalam kehidupan ini.
ii) Porul/artha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja
dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal.
iii) Inbam/kama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal
hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan
etika.Tujuan mencari rezeki untuk memberi makan dan pakai keluarga
iv) Vidu/moksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan
tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan
terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan kerja amal di
samping menyebarkan jaran-ajaran agama. (Esa Khalid dan Mohd Azhar
Abd Hamid 2004 : 359-360).

(6)
Kesimpulannya , agama Hindu menitikberatkan kehidupan yang lebih baik
berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan kebaikan
dan tidak melakukan kerosakan terhadap makhluk lain sama ada manusia atau
haiwan.Sekiranya mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya mereka
akan dilahirkan semula dengan mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran
akan datang sehingga mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan
kelahiran.

Kepercayaan inilah yang membentuk keperibadian masyarakat India dari segi


etika dan moral yang mantap agar kehidupan mereka menjurus ke arah yang
lebih baik dan dapat menghindarkan masyarakat tersebut dari melakukan
perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam
kepercayaan mereka.

(7)
5.0 Penghayatan Nilai-Nilai Murni Masyarakat Malaysia.

Persoalan akhlak dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat yang


berbilang kaum sangat dititikberatkan seperti yang terkandung dalam Wawasan
2020 di mana tumpuan diberikan untuk melahirkan satu Negara Bangsa Malaysia
yang maju progresif,saintifik dan hidup bersatu padu.Masyarakat Malaysia yang
berbeza kebudayaan dapat berinteraksi di antara satu sama lain kerana
mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu
ke arah yang lebih baik. Keadaan ini membolehkan masyarakat Malaysia
berinteraksi di antara satu sama lain dalam melaksanakan satu matlamat yang
sama iaitu membentuk masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada
ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar
dalam agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindar
masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi
norma-norma kehidupan.

Perpaduan nasional dan pembentukan masyarakat yang harmonis dan


bersatu padu dapat dibina melalui interaksi antara kaum di
Malaysia.Pembentukan identiti budaya warga Malaysia dapat melahirkan satu
cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai
bangsa,agama,kebudayaan dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup
berdampingan,berganding bahu, semangat cintakan negara,bertimbangrasa dan
toleran. Dasar perpaduan dan integrasi berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk
rakyat hidup bersatu padu, aman daripada persengketaan dan kucar-kacir.

(8)
6.0 Penutup

Bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat majmuk ,


penghayatan nilai-nilai murni perlu diberi penekanan dan diteruskan.Kesemua
agama dan budaya yang dianuti masyarakat Malaysia menyeru serta mengajak
penganutnya agar berakhlak mulia. Kerajaan sentiasa memainkan peranan
penting dalam menangani permasalahan tersebut dan sentiasa menyuburkan
serta membuka ruang perbincangan dan percambahan minda agar masyarakat
sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh itu, semua warganegara
mesti mengamalkan dan menghayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran
agama masing-masing.

(9)
Bibliografi

A. Rahman I.Doi (1412H/1992M),Orang Bukan Islam Di Bawah Undang-Undang


Syariah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Fawzi Basri dan Abdul Halim Ahmad ed.(1987M),Isu-Isu Perpaduan


Nasional: Cabaran ,Pencapaian dan Masa Depan.Kedah: Universiti Utara
Malaysia.
Abdul Munir Yaacob dan Sarina Othman ed. (1995M),Masyarakat Majmuk.
Cetakan Pertama,Kuala Lumpur:IKIM.
Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A.Jawan(1997M), Kenegaraan
Malaysia,Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.